Followers

8.7.12

LANGKAH BEBAS KEWANGAN: Langkah 4

BISMILLAH.


LANGKAH 4 dari 30 - BUAT SEHABIS BAIK DALAM PEKERJAAN ANDA


Untuk sebahagian besar daripada anda, kerjaya adalah sumber pendapatan terbesar. Perbezaan yang kecil dalam pendapatan sepanjang kerjaya 40 tahun boleh bermakna berjuta-juta wang tambahan di dalam poket anda. Itulah sebabnya mengapa anda perlu memberi tumpuan pada kerjaya anda dan mengambil langkah-langkah yang khusus untuk memaksimumkan pendapatkan anda dari kerjaya anda 

Perkara #1 yang anda boleh lakukan untuk mengembangkan pendapatan anda adalah dengan mendapatkan gaji yang lebih 
Dan cara # 1 untuk meningkatkan pendapatan anda adalah untuk membuat kerja yang lebih dari biasa. ( maksudnya over deliver) 

Over Deliver memerlukan kreativiti dari diri anda , ia tidak berlaku dengan sendir - anda perlu merancang untuk membuat usaha tambahan agar majikan membayar untuk kerja tersebut.

Anda boleh ikut 3 langkah ini untuk over deliver dalam kerjaya anda:

1. Menentukan apa yang mejikan anda jangkakan dari anda. Berbincang dengan bos anda dan membuat senarai bertulis daripada apa yang beliau ingin daripada anda. Dapatkan perkara-perkara yang boleh diukur dari segi resultnya supaya tidak menjadi pertikaian .Kedua dua pihak perlu bersetuju dalam senarai supaya anda pastikan anda berada ditahap pemahaman yang sama.

2. Bekerja untuk lebih dari apa yang dijangkakan. Jika jangkaan anda adalah untuk menyelamatkan syarikat itu $ 100.000, bekerja untuk menyelamatkan $ 150,000. Jika anda perlu untuk mengembangkan jualan 5%, bekerja untuk berkembang 10%. Jika anda perlu mendapatkan tiga pelanggan baru yang memesan produk anda, bekerja untuk mendapatkan lima orang .

3. Dokumentasikan kejayaan anda secara tetap.( mingguan) , biarkan bos anda tahu bagaimana anda menjalankan tugas anda dengan matlamat anda. Tunjukan apa matlamat majikan dan apa yang telah anda capai dalam mencapai matlamat tersebut. Ini dengan sendiri akan membuktikan adakah anda over deliver.

Ketiga-tiga langkah di atas membantu anda mendapatkan apa yang anda perlu untuk mendapatkan kredit untuk kenaikan gaji dan pangkat. Promosi akan memberi kesan potensi pendapatan anda dalam kerjaya anda.

Jangan kerana anda mula memberikan perhatian untuk menambahkan pendapatan anda , jangan anda sekali kali lupa akan pa yang telah Mekanik$ sarankan semalam. Menjaga Aliran tunai.... dengan menjaga aliran tunai anda dan mengawalnya serta dengan menambahkan pendapatkan anda maka kuasa untuk anda menjadikan keadaan kewangan anda kuat adalah lebih baik. 

Anda harus tahu dan anda harus mempunyai kuasa keatas wang anda dan bukan menjadikan wang itu berkuasa keatas diri anda. 

Mekanik$ bertanggungjawap menyampaikan tip tip dan tanggung jawap anda untuk mengimplikasikan dalam diri anda.

1 comment:

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs