Followers

23.7.12

Catatan 3 Ramadhan Yang Sayu

BISMILLAH.

Assalamualaikum dan Ramadhan Mubarak. Apa khabar? Lama kakchik tak menulis di sini kan? Entri-entri kewangan tu tak dikira kerana ianya adalah autopublish. Tetiba hari ni dalam keadaan kepala yang agak sakit, tekak yang batuk-batuk dan badan yang sedikit panas, tangan terasa mahu menulis. 

Mungkin sebab terlalu lama meninggalkan blog sendiri, rohnya hilang sedikit dari jiwa kakchik. Roh menulis... tapi bila semangat datang ni baik teruskan walau badan kurang sihat takut nanti hilang lagi idea dan semangatnya.

Hari ni sudah Ramadhan ke-3. Alhamdulillah syukur kerana Allah masih izinkan kakchik menikmati puasa Ramadhan kali ini. Itupun tak tahu sempat dihabiskan 30 hari atau tidak. Maut entah bila akan datang menjemput dan diri pula asyik lupa yang bekalan amalan baik sangatlah sedikitnya. Takut juga. Takut mati dalam kelekaan dengan segala nikmat dunia. Na'uzubillah.

Pagi tadi kakchik mahu menghantar mesej 'Sanah helwah' kepada seorang teman online dari Johor. Sudah beberapa bulan kami tidak berinteraksi dan kakchik tahu beliau tidak sihat cuma tidak tahu tahap sebenar kesihatannya.

Semasa masuk ke fesbuknya, hati terus menjadi sebak apabila kakchik melihat berderetan mesej-mesej dari ramai kawan-kawannya. Semuanya ada perkataan ini, 'Al-Fatihah'. Innalillahi wa inna ilaihiraajiun. Allah Maha Kaya. Rupanya kawan kakchik ini telah kembali ke Rahmatullah 19 Mei yang lalu. Al-Fatihah untuk allahyarham Amira Amy.

Sebaknya... tak tahu nak kata. Terasa sangat sedih mengingatkan kakchik tidak berpeluang menegur-sapa beliau ketika akhir hayatnya. Semoga Allah tempatkan ruh arwah bersama ruh orang-orang yang beriman. Perkenalan kami yang bermula dalam tahun 2010 yang dimulakan oleh arwah, meninggalkan kesan yang mendalam di hati kakchik.

Ini mesej pertama yang arwah Amy hantar kepada kakchik di fesbuk.



Semoga Amy tenang di sana.

Lebih kurang sebulan yang lalu kakchik dapat tahu seorang lagi teman sedang berjuang untuk meneruskan hidup. Dia juga sedang berusaha melawan kanser. Semoga beliau mendapat rawatan yang sebaik-baiknya dan dapat kembali sembuh seperti dulu. InsyaAllah ramai juga yang bebas dari penyakit ini. Teman ini sangatlah kuat semangatnya dan tabah hatinya mengharungi ujian hidup yang datang bersilih-ganti.

Allah amat sayangkan beliau dengan menguji berkali-kali. Kakchik tahu beliau sangat kuat dalamannya walau fizikal lemah. Jangan risau temanku, senyumlah... insyaAllah Allah maha menolong hamba-hambaNya. Semoga dirimu sembuh dari penyakit berbahaya itu. Ikutlah nasihat doktor sebaik mungkin dan patuhilah jadual rawatan yang diberikan. Semoga sel-sel kanser itu dapat dihapuskan dari tubuhmu.

Airmata jatuh juga. Di hati, teringatkan arwah adik bongsu Mohd Zamani Taib (Al-Fatihah untuknya), masih terbayang-bayang batang tubuhnya di banyak sudut di rumah kami. Terbayang arwah Amira Amy yang pernah berkongsi ilmu dengan kakchik, pernah juga menjadi pelanggan kakchik. Dan hati ini berdoa, Ya Allah... Kau selamatkanlah adik yang baik hati itu dari penyakit ini. Kurniakanlah kesembuhan untuknya ya Allah. Perkenankanlah... perkenankanlah.

Amin ya Rabbal Alamin.

8 comments:

  1. Assalammualaikum kak chik, lama xdgr pkabaran..

    takziah ats pemergian shbt fb kak chik tu, lov yg mmbcanya pn turut sebak..

    kwn yg baek sukar utk dicari..smoge rohnya tenang disana..

    kak chik pun jgn lupe, jga ksihatan ye..

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan kak chik,
    Moga dilimpahi rahmat. Moga teman kak chik itu, diberi kesembuhan dan kekuatan iman. Amin..
    Kak, mohon maaf atas salah dan silap ya utk selama ini. :) Salam ramadhan al mubarak.

    ReplyDelete
  3. semoga mereka semua dilimpahi rahmat&berkat olehNya..amin.

    http://jmr23.com

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Kak Cik, salam ramadan. Al-Fatihah untuk arwah rakan Kak Cik, semoga ruhnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang sentiasa memperoleh reda-Nya.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh kakchik,
    aida ni..
    entah kenapa sayu juga aida baca blog kakchik kali ni
    sbb mungkin aida kenal benar sahabat kakchik yg sedang diuji dgn penyakit itu.
    entah sama entahkan tidak.
    hati kuat mengatakan ya,sama..dia org orangnya..

    kakchik,
    kita sama doakan deh semoga sahabat kita sembuh dan tabah dalam mengharungi segala ujian yang Allah beri..
    Allahumma Ameen..

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Chik,

    Semoga kita semua diberi kekuatan untuk menempuh cabaran hidup yang mendatang.

    Takziah di atas kepulangan ke rahmatullah sahabat/pelanggan kak Chik itu. Kita doakan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

    Doakanlah jua Neeny yang masih banyak kekurangan dan kelemahan diri ini dari segi akhlak dan penampilan. Masih banyak yang perlu diperbaiki dan diperbetulkan. Doakanlah Neeny juga dapat meninggalkan alam fana ini dalam kemanisan iman yang telah teguh dan jitu. Tidak sanggup dibayangkan meninggalkan dunia ini dalam keadaan yang tidak sempurna keimanannya.

    Semoga kak Chik juga cepat sembuh dan sentiasa berada dalam rahmat Ilahi jua.

    Al-fatihah kepada mereka yang pergi meninggalkan kita.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kakchik..
    tiada kata nak diluah..rasa sayu tiba-tiba..take care kak..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum kakchik... sedih dan insaf baca entry ni. semoga kita terus diberi umur agar dapat kita terus beribadah... amin

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs