Followers

23.6.12

PERKONGSIAN KISAH HIDUP & PENGALAMAN KAKCHIK

BISMILLAH.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar? Terasa sangatlah lama kakchik tidak menulis seperti biasa. Takde alasan yang konkrit untuk diberikan. Mungkin alasan paling kukuh ialah setiap kali kakchik mula menulis sebaris dua, tiba-tiba saja terjadi 'writer's block' iaitu idea melimpah-ruah di minda tapi tak mampu nak dilakarkan di blog. Itulah penyakitnya semenjak dua menjak ini.

Komen-komen yang kalian tinggalkan pula, masih banyak yang kakchik tidak kesempatan untuk membalasnya. Mohon maaf zahir batin kerana mungkin kakchik telah menghampakan kalian. Sejak aktif di facebook dengan dakwah dan bisnes, masa untuk blog semakin berkurang. Kesian sungguh kepada blog sendiri yang semakin terabai apatah lagi interaksi kakchik dengan kalian.

Tak baik sungguh sikap macam ni.

Sebenarnya kakchik ada merancang untuk menulis beberapa kisah secara bersiri berdasarkan pengalaman sendiri yang mungkin boleh menjawab beberapa persoalan yang sering kalian hantarkan ke kotak email kakchik. Harapan kakchik ialah siri perkongsian kisah di bawah tajuk-tajuk tertentu ini akan membantu kalian di dalam beberapa aspek kehidupan.

Rancangan kakchik nak tulis seperti berikut:

1. Siri AKU, DAKWAH & GERAKAN ISLAM
2. Siri AKU & NIQAB
3. Siri AKU & BISNES
4. Siri AKU & KERJAYA
5. Siri AKU & PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Itu yang kakchik rancang dan ada beberapa siri telah ada yang kakchik sediakan draf-drafnya untuk di'publish'kan. Moga-moga rancangan kakchik ini akan dapat dimulakan secepat mungkin dan mendapat keredhaan Allah SWT untuk dikongsikan dengan kalian semua. Mana tahu mungkin ada sesuatu yang boleh diambil iktibar dan manfaat untuk kita semua.

Satu permintaan kakchik, bolehkah kalian bagitau, tajuk manakah yang paling kalian suka kakchik kongsikan terlebih dulu? Jika ramai yang memberikan respon, insyaAllah kakchik akan pertimbangkan untuk disegerakan tajuk berkenaan.

Ok, cukuplah dulu untuk kali ini kerana kakchik ada tugas untuk diselesaikan. InsyaAllah akan cuba sebaik mungkin untuk menulis secara berterusan.

KakChik Niza
Perpustakaan Dar Nur al-Zahra'
23 Jun 2012

5 comments:

  1. Assalamualaikum kakchik yang ain kasihi dan sayangi selalu.Moga akak dlm rahmat Allah SWT dan sentiasa dikurniakan kesihatan, aamiin.

    Ain juga nak minta maaf kerana sekarang ni amat sukar untuk ain singgah blog akak dan sahabat yang lain.

    Berkenaan tajuk akak ingin kongsikan, ain prefer tajuk yang pertama kakchik.Banyak ingin ain tahu dan ingin ain pelajari drp pengalaman akak.

    syukran kakchik..

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs