Followers

21.4.12

Persiapan Untuk Pertunangan Adik

BISMILLAH.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah syukur, akhirnya adik kami semakin dekat jodohnya. 

Petang nanti insyaAllah Adik akan ditunangkan dengan seorang pemuda yang dikirakan oleh abang ipar kakchik. Khabarnya beliau seorang lelaki yang punya kerjaya yang tetap tapi kakchik sendiri tidka sempat ahu bertanya lanjut tentang latar belakang agamanya. Moga-moga Allah jodohkan Adik dengan pemuda beriman yang cintakan ilmu dan taat beragama.

Sudah hampir seminggu hidup kami sekeluarga agak sibuk dengan segala persiapan untuk kenduri pertunangan petang nanti. Maklum saja anak yang terakhir akan bertunang, Umi pastinya mahu buat kenduri besar sikit. Kakchik ni nak masak-memasak untuk kenduri, tidaklah pandai jadi kerja kakchik ialah menolong Umi membeli-belah dan memotong-motong bahan untuk gulai kawah dan lain-lain.

Nampaknya para pelanggan kakchik ramai juga yang tak dapat bersabar bila sehari-dua kakchik lambat membalas mesej dan menghantar email untuk borang tempahan mereka. Kakchik faham... tentu mereka risau takut kakchik tak mau layan permintaan mereka. Harap sabar ya, insyaAllah selepas majlis selesai, kakchik akan pastikan urusan dengan kalian akan berjalan lancar.

Ok, tak boleh nak mencatat panjang, nak mandi sekali lagi sebab nak ke pejabat untuk pos bungkusan pelanggan dan kemudian mengambil cheesetart yang telah ditempah dengan seorang kawan. Semuanya nak kena cepat sebab majlis dah tinggal beberapa jam saja lagi.

Hingga itu, jumpa lagi.

5 comments:

  1. Aslmkum kak chik.. lama nya saya tak mjenguk ke sni.. harap tak bkecil hati..tahniah & selamat bertunang utk adik kak chik.. smga dipermudah urusannya.. amin

    ReplyDelete
  2. Salam kak chik..k.atie pon sama ...lama xsinggah kat sini.Semoga kakchik sihat ya.
    Selamat bertunang kpd adik kak chik..InsyaAllah,itulah jodoh yg trbaik utk dirinya.
    Semoga majlis ini diberkati & jodoh depa hingga ke jinjang pelamin.Aminnnnnnnnnnnnnn

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum k.chik...gembira bila membaca catitan k.chik. rasa sgt dekat walaupun xpernah kenal..teman akam maya yg banyak memberiku i.spirasi ....tauladan dan tazkirah..semiga k.chik dan bisness betambah maju dan berkat...amin

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum k.chik...semoga bwrbahagia selalu..gembira membaca catitan k.chik..yg memberi saya banyak inspirasi...tauladan dan takziayatunafs....semoga k.chik keluarga dan bisness diberkati Allah...amin

    ReplyDelete
  5. Tahniah untuk adik Kakchik dan seisi keluarga ygg bakal menyambut ahli keluarga baru.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs