BISMILLAH.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada teman-teman semua terutama kepada yang sering singgah menjenguk kakchik di sini. Makin lama makin jarang kakchik dapat menulis. Kalau kalian perasan dan 11 hari kakchik meninggalkan blog Keluargaku Sayang tanpa sebarang khabar berita. Mungkin bagi yang selalu follow kakchik di facebook tak begitu terasa tapi bagi yang masih setia dengan blog, pastinya sedikit tertanya-tanya, kakchik ni nak berhenti blogging dah ke?
Sesekali cik abe tiba-tiba ajak makan angin ke pantai. Alhamdulillah. |
Itulah, kakchik pun takde alasan yang munasabah nak dikongsikan. Mungkin alasan paling munasabah ialah jadual hidup kakchik hari ni jauh lebih padat dari beberapa bulan yang lalu. Makin hari makin banyak tugasan dan amanah yang tersandang ke bahu dan memerlukan perhatian yang serius. Jika tidak diambil berat mungkin hidup akan tunggang-langgang. Nak kata sibuk setiap jam tu tidaklah tapi sedikit masa luang yang ada amatlah memerlukan kakchik dinamik sedangkan untuk menulis blog kakchik perlu berada dalam keadaan statik kecuali jari-jemari yang digerakkan.
Saban hari kotak inbox di dalam yahoomail dan facebook kakchik makin banyak mesej yang masuk sedangkan kakchik tidak mampu untuk melunaskan segala pertanyaan, permintaan, permohonan, dan seumpamanya kecuali yang benar-benar penting seperti yang berkaitan dengan jemaah, bisnes dan pekerjaan kakchik. Pada saat ini masih ada 48 mesej di facebook yang kakchik belum sempat baca dan balas. Mungkin dan berbulan mereka menantikan respon tapi sayangnya setiap kali kakchik sedang membalas sesatu mesej, yang lain pula masuk.
Dua orang si comel yang sentiasa dekat di hati. |
Jika di rumah pula, sekarang ni anak-anak saudara kakchik selalu mengisi masa lapang yang ada. Bukan mudah nak selesaikan menaip sesatu entri. Fuh, kena banyak sabar sebab asyik tak siap je. Selalu je entri kakchik terbengkalai di tengah jalan hehehe... nak buat macamana kan? Anak-anak kecil seperti Eqbal dan Adelia ni perlukan perhatian. Mana boleh kita main-main aje dalam mendidik mereka. Jadi selalunya kakchik akan kalah dengan telatah mereka.
Selain itu, hujung minggu lepas kami ke KL untuk Advance Marketing Power dan hujung minggu yang baru lepas ni kami ke KL lagi.... kali ni kakchik temankan cik abe yang ada kursus Advance Internet Power selama 3 hari. Kebetulan pula kakchik nak menghadiri Seminar Wang Power pada hari Ahad yang lalu. Macam sambil berenang minum air lah ni. Tapi kita merancang Allah yang menentukan. Kakchik tak jadi ke seminar dan cik abe tak habis berkursus. Ini kerana cik abe demam kuat sejak hari Sabtu hinggalah ke hari Ahad.
Hari pertama kami di KL sempat kami ronda sekitar KLCC Park. |
Berkampunglah kami di bilik hotel sepanjang hari hinggalah kami bertolak balik malam tadi dan sampai subuh tadi ke rumah. Tanpa sebarang rehat, kakchik dah kena kembali bekerja hari ni. Banyak kerja pejabat yang menanti untuk dibereskan kerana hari Rabu nak mesyuarat pengurusan pula. Penat tapi seronoknya ada kerana kakchik melakukan perkara-perkara yang kakchik suka. Dan paling penting, ke mana saja kakchik pergi, bisnes kakchik dapat berjalan dengan baik. Alhamdulillah.
Ikutkan hati, nak je setiap hari menulis tapi apakan daya.
Assalamualaikum Kakchik.. Lama tak ke blog ni. Cantik header baru akak. Kami amat memahami. Memang kadangkala tak sempat nak luangkan masa untuk update blog sendiri. Apa2 pun, Nur doakan agar semua urusan Kakchik dipermudahkan.. Jaga diri ye..
ReplyDeleteSalam Chik,
ReplyDeleteComelnya header chik tu...cikmin suka sangat tengok.. :)Cikmin pun dah jarang sebenarnya blog walking chik...bizi memanjang..blog sendiri pun macam dah terabai..kadang ada masa sedikit..faheem pulak yang tak kasi guna lappy ni..sebab asik nak ulang tengok boboiboi dia..hihi..