BISMILLAH.
Alhamdulillah selepas banyak hari menyepi dari blog sendiri, malam ni kakchik mencari sedikit kekuatan untuk mencoretkan sesuatu. Setiap hari asyik melihat saja paparan blog, hati selalu mahu menulis tapi terlalu banyak tugasan di alam nyata yang perlu kakchik lakukan. Hidup semakin luar biasa selepas balik dari menambah ilmu di IMKK hampir dua minggu lepas. MashaAllah memang banyak yang luar biasa berlaku kepada kehidupan kakchik termasuk dalam hal bisnes abaya. Alhamdulillah.
Kakchik masih ingat perbualan kakchik dengan seorang rakan peserta IMKK bernama Mimie kalau tak silap kakchik dan beliau ialah wartawan majalah Usahawan atau Jutawan (kakchik tak sempat nak cari bizkad dia untuk kepastian). Kata beliau, kakchik nampak yakin sangat bila bercakap dan dia tanya adakah kakchik dah biasa menyertai kelas Dr. Azizan Osman. Memang dah beberapa kali kakchik mengikuti kelas beliau tapi kemahiran bercakap ni bukan baru kakchik perolehi, semuanya telah dilatih sejak di bangku sekolah rendah lagi.
Nak kata mahir sangat tu taklah tapi insyaAllah kakchik berani dan yakin jika nak bercakap dengan orang yang baru dikenali. Agaknya sebab itulah kakchik terlibat dengan SALE kan? Semua kemahiran ni bukannya ada sejak lahir tapi telah dipupuk dan dilatih oleh deretan guru dari sekolah rendah hinggalah sekarang. Semuanya membantu menambah 'perisa' dalam kemahiran dan keyakinan bercakap. Cuma... nak bersyarah tu kena asah balik sebab dah agak berkarat hehehe.
Terima kasih kepada para guru yang telah melatih dan menggalakkan bakat kakchik dalam bercakap. Hehehe, jangan risau, kakchik cuba untuk tidak bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah. Kalau bergurau pun kakchik cuba kurangkan yang melalaikan. Bercakap di khalayak ramai dalam ertikata berdakwah ni kakchik rasa sejak kakchik pakai purdah keyakinannya semakin bertambah. Nak tahu kenapa? Rahsia.... :)
Ala... takdelah rahsia pun... saja nak gurau-gurau dengan teman-teman semua.
Sebenarnya purdah ini menambahkan keyakinan dan keberanian kakchik untuk bercakap tentang Islam, tentang bisnes, tentang motivasi, tentang membaca dan tentang apa saja topik yang kakchik suka nak kongsikan dengan orang lain. Setengah orang kata sikap macam ni dipanggil ramah. Harap-harapnya keramahan kakchik ini bertempat dan sentiasa dipantau oleh Allah SWT. Dan kakchik ramah dengan sesiapa saja yang kakchik yakin bercakap dengan kakchik tanpa unsur-unsur jahat.
Jika ada yang bertanya, "kenapa pakai purdah?", daripada senyum atau sekadar berdiam diri, kakchik memilih untuk menjawab pertanyaan mereka. Niat kakchik agar orang yang bertanya akan mendapat jawapan yang memuaskan dan jawapan itu akan membuatkan dirinya semakin suka untuk memahami, menghayati seterusnya mengamalkan cara hidup Islam yang sebaik mungkin. Seronok sekali kalau dapat bercerita tentang kebaikan-kebaikan menjadi seorang niqabi.
Kena ingat ya, memakai purdah ini TIDAK WAJIB kecuali ada keadaan tertentu yang menjadikan ianya wajib. Keadaan macamana tu kenalah cari jawapannya ya. Takkan kakchik nak 'suapkan' semuanya. Gunakan kuasa minda dan kuasa fizikal untuk mendapatkan jawapannya, insyaAllah akan jumpa dan ianya akan lebih memuaskan hati.
Walaupun orang hanya nampak mata kakchik sahaja sama ada dari jauh atau dekat, namun kakchik yakin tanpa melihat wajah, mereka mampu menilai perwatakan, sikap kakchik, keikhlasan dan sebagainya melalui penampilan, pergaulan dan perhubungan kakchik dengan mereka. Dengan lelaki bukan mahram sejauh mana batasnya dan dengan wanita pula bagaimana hubungannya. InsyaAllah orang akan dapat cam dan dapat tahu.
Hanya Allah Yang Maha Tahu betapa purdah ini begitu berharga buat diri kakchik. Ia umpama pemantau agar kakchik menjaga akhlak dan adab dalam apa juga keadaan. Semoga Allah izinkan kakchik mengamalkannya hingga ke akhir hayat.
thinking.
ReplyDeletetotally agreed ngan kakchik. tabik spring kat kakchik...
:)
salam K.chik.apa kabar/lama k.atie xsinggah kat sini & drop msj.Apapon ,k.atie setuju dgn apa yg k.chik tulis...
ReplyDeletesalam kenal dan dofollow sini
ReplyDeleteakak x sekuat tuan blog nie, iman masih kurang dan di pergentingan je,.. pakai tudung yg minimum saja yg mampu buat masa nieh...
Assalamualaikum kakchik,
ReplyDeleteAlhamdullilah catatan kakchik sentiasa dekat di hati, mendoakan yang terbaik buat kakchik sekeluarga.
salam kak chik - walaupun lina tidak pernah bertemu kak chik...lina juga mempunyai minat yg utk memakai abaya...alhamdulilah lina sedang dlm perjalanan memakai abaya di mana saje berada walaupun di office...sgt selesa dan kita terpelihara Insya Allah. Sejak membaca blog kak chik lina jatuh cinta dgn abaya...kawan2 office pun jd suka dgn apa yg kita pakai. Ada juga yg bercakap abaya mahal...kalau di kira balik buat baju kurang lebih kurang sama saje harganya....lagi pun pakai abaya jimat masa , ruang dll...tak gitu kak chik..
ReplyDeleteTerima kasih aJa.
ReplyDeleteWkslm kak atie. Memang agak lama tapi takdelah lama spt kakchik yg tak jenguk akak ni. Terima kasih ya kak atie, sudi lagi singgah di sini dan terima kasih juga kerana bersetuju.
ReplyDeleteSalam kenal aimaniman. Terima kasih sudi follow dan respon. Semoga iman akak akan makin naik w/pun hakikatnya iman ni memang dia turun dan naik. Kakchik doakan ketika iman akak naik, akak akan menggunakannya untuk membuat perubahan diri. InsyaAllah lepas tu payah sikit iman nak turun banyak :)
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Mieza. Terima kasih Mieza. Kadang-kadang termenung panjang untuk mencatatkan sesuatu.
ReplyDelete