Followers

5.2.12

Happy Anniversary, Yang!

BISMILLAH.

12 Rabiul Awwal bersamaan 5 Feb 2012. Kami di Kuala Lumpur, mengikuti program IMKK bersama Dr. Azizan Osman. Ianya hari terakhir program dan ianya MAULIDUR RASUL.

"Selamat hari ulang tahun Yang." bisik suami ke telinga kakchik pagi tadi.

Tiba-tiba saja rasa sebak. Tak mampu nak kata apa-apa melainkan menahan sebak.

Alhamdulillah... 12 Rabiul Awwal 1433Hijrah, genap sepuluh tahun kami hidup bersama. Alhamdulillah Allah izinkan jodoh kami berpanjangan hingga ke hari ini. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.

Semoga kita makin bahagia, kaya dan berjaya dunia akhirat ya Yang.

Kaya jiwa, kaya senyuman, kasih kasih sayang, kaya harta, kaya akhlak, kaya infak, kaya masa, kaya sungguh-sungguh kerana kita mahu memberi nilai dan membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka.

Kita mahu berjaya sebagai hamba Allah yang benar-benar berjaya memikul amanah sebagai Khalifah-Nya.

"I love you too."
"Happy 10th. Anniversary to Us!"

12 comments:

  1. assalamualaikum kak chik!
    happy anniversary...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...dah 10 tahun ye chik hidup bersama..dugaan dan bahagia yang ditempuh bersama..semoga terus kekal selagi hayat dikandung badan..semoga apa juga yang dihajati bakal diperolehi..amin.

    Selamat ulangtahun perkahwinan ke 10 buat chik dan che abe..

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikummussalam Mama Yatie. Terima kasih banyak. Mama Yatie kaya jiwa :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Cikmin. Sayang Cikmin. Alhamdulillah Cikmin, Allah telah izinkan kami mencapai hari ini dengan ikatan hati yang lebih utuh. Moga Allah perkenankan doa Cikmin untuk kami.

    Cikmin kaya dan berjaya dunia akhirat!

    ReplyDelete
  5. salam k.chik.Apa kabar?lama k.atie xsinggah sini...sbbnya bloglist k.atie hilang aritu.Byk bloglist yg xdpt k.atie kesan trmasuk la blog k.chik ni.
    Alhamdulilah,arini jumpa gak.HAPPY ANNIVERSARY YG KE 10 TAHUN..semoga sentiasa bahgia & dirahmati ALLAH.Aminnnnnn

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...selamat ulang tahun kak chik...semoga diberi kebahagiaan sehingga akhir hayat....amin

    ReplyDelete
  7. Syukur Alhamdulillah..1 jangkamasa yg lama dan semoga terus kekal bahagia hingga keakhirnya....amin....

    ReplyDelete
  8. Assalamualaykumwbh kak Chik...dah dua kali greet....nak jugak2 wish! Kita serupa kak...sambut ulangtahun kaweeeen!

    ReplyDelete
  9. Selamat Ulangtahun Perkahwinan, Kak Chik! Bestnya dah 10 tahun.

    Semoga kasih sayang akan kekal sampai bila-bila. Sangat comel korang berdua ni!

    ReplyDelete
  10. salam kak chik
    selamat hari ulangtahun kak
    walaupun bukan yg pertama
    tapi akak tetap dalam ingatan saya.
    terharu saya membaca entry akak ni.
    saya dah lama tak dapat nak blogwalking d blog akak,sbb ada banyak eprubahan dalam hidup saya kak sekarang.no hp akak pun saya dah terhlang dari hp saya ni.
    semoga rumahtangga akak DAN saya,bahagia dunia akhirat sebagaimana bahagianya rumahtangga Nabi Muhammad SAW.

    ReplyDelete
  11. Test cik weiii....percubaan mnggunakan Tab ;)

    ReplyDelete
  12. Slm chik.Tahniah dh 1dekad rupanya. Sama la kt. Z pun smbut anivsry yg ke 10 jg tp pd 17 Rbiul Awal.marin.Smbut bsar2an bsama seminar 3 dkad PAS Klate. Cari jg chik. Jumpa k.nikmah je.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs