Followers

27.9.10

Batas Aurat dengan Sepupu-Sepapat dan lain-lain.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Teman-teman semua, kakchik doakan semuanya dalam rahmat dan berkat Allah SWT. Hari ni kesihatan hidung kakchik masih juga seperti semalam. Belum mahu baik lagi nampaknya tapi kakchik dah kembali bekerja seperti biasa. MC lama-lama pun bukannya kakchik buat apa sangat kat rumah tu. 

Jadi sambil kakchik bertugas di Kaunter ni kakchik akan cuba sambung tulisan kakchik berkenaan tajuk Batas-batas Aurat yang telah kakchik tulis sebelum ni. Kalau nak baca boleh klik tajuk tadi.

Jom kita kongsi pula bagaimana kita nak jaga aurat kita bila ada sepupu-sepapat ni. Bila ada keluarga sudah pasti kita ada sepupu di sebelah mak dan di sebelah ayah. Lelaki dan perempuan. Bagi kita yang perempuan ni, sepupu lelaki adalah off-limits. Mereka itu adalah ajnabi yang sah nikah dengan kita. Jadi bila berada di kalangan mereka kita kena:
  1. tutup aurat sebaik-baiknya
  2. haram bersentuhan seperti bersalaman, berpelukan dan seumpamanya walaupun kita sudah kenal mesra sejak kecil lagi.
KECUALI jika sepupu kita itu adalah anak susuan ibu kita. Jika begitu mereka juga adalah ibarat adik-beradik sendiri dan boleh melihat aurat kita. Cuma... pandai-pandailah kita menjaga diri. Dunia sekarang tidak seperti 10, 20 tahun dulu. Sekarang ini dunia nafsu.

Kakchik ada tengok banyak gambar-gambar raya yang mana sepupu lelaki bersalaman dengan sepupu perempuan. Rasanya mereka tidak tahu akan batas-batas aurat ni. Moga-moga perkara ini dapat dielakkan dengan prinsip selepas ini. Buatlah kerana Allah.

BAPA SAUDARA SABIT

Iaitu suami kepada mak saudara kita sama ada sebelah ibu atau sebelah ayah. Dia juga bukan mahram kita. Jadi aurat tetap kena jaga dengan sempurna. Rambut kita dia tak boleh lihat. Tubuh badan kita juga sejak kita akil baligh, mestilah dilindungi dengan pakaian menutup aurat dari pandangannya.

TAPI, jika kita ni anak susuan mak saudara kita tu, maka bapa saudara sabit tadi telah menjadi bapa susuan kita. Hukumnya kini, dia seperti bapa kandung kita. (Yang ini kakchik kena clarify sekali lagi dengan pakar hukum jadi kalian jangan terima bulat-bulat ya sebab kakchik tak dapat sumber rujukan yang sahih ni.) Lepas ni kakchik edit semula ya.

Kena rehatlah dulu. Tak tahan ...

20 comments:

  1. anak saudara lelaki sabit dan datuk saudara lelaki sabit pun tak boleh juga dedahkan aurat kan...

    ReplyDelete
  2. salam kakcik...

    alhamdulillah, batas2 aurat dengan sepupu ni baru je di'kuatkuasa'kan dalam famili kami. dulu tau, tapi ambil mudah. alhamdulillah, sekarang semua dah sedar... :)

    tp kan kakcik, bab pakcik tu, nampak mcm susah sikit nk buat dlm famili kitorg. sbb dah anggap mcm ayah sendiri. apa pun, saya cuba juga, cuma ada few cousins yg rase susah nak buat. saya bagi galakan, kene buat juga. sampai bile kita nak ambil mudah, kan? hopefully family kami sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah...

    tq kakcik for this entry, nak share ye... :D

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian ilmu ini...

    byk yg sy tak bape nak tau selama ni...kalo dgn biras mcmane plak kak?

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Paling susah nak jaga aurat dengan ipar duai. Bab salam tu memang boleh elak, tapi bab pakaian tu ada masa payah nak sepenuhnya.

    Rambut akan hapak sebab terperap dalam tudung sepanjang hari bila abang atau adik ipar ada kat rumah, apalagi kalau ada migrin. Cuma, saya bernasib baik sebab mereka bukan sepanjang masa ada di rumah. Sempat jugalah beri pengudaraan yang sempurna sikit kat rambut walaupun baunya tetap hapak ;)

    ReplyDelete
  5. Bagus article ni...tak sabar nak tunggu sambungannya..tapi kak chik rehat dulu ye..bila dah sihat baru idea datang mencurah2...

    ReplyDelete
  6. asha: dgn biras pun kena tutup aurat juga..

    ReplyDelete
  7. aurat ni termasuk dalam ilmu fardu ain, atau bahasa lebih mudah benda-benda bersifat basic. Tetapi kebanyakan daripada kita suka ambil mudah. aurat dengan ipar duai, sepupu sepapat dan ibu atau bapa saudara sabit ramai yang tak tutup sebab anggap macam saudara dekat.

    ReplyDelete
  8. umidanish, memang betul. Asalkan hubungan kerana disabitkan maka wajib tutup aurat dengan sempurna di hadapan mereka.

    ReplyDelete
  9. Wkslm ratna.
    Syukur dan tahniah kepada keluarga ratna kerana telah melaksanakan satu perkara yang disukai agama.
    Memang benar agak sukar nak biasakan diri menjaga aurat di hadapan bapa saudara sabit yang sudah sekian lama dianggap seperti bapa saudara. Insyaallah boleh dilakukan beransur-ansur.

    Sama-sama.

    ReplyDelete
  10. Sama-sama asha. Dengan biras lelaki, batas auratnya sama seperti dengan lelaki bukan mahram asha. Mesti ditutup dengan sempurna.

    ReplyDelete
  11. Wkslm anyss.
    Payah tapi insyaallah boleh dijaga. Mulakan sikit-sikit. Kalau ditanya jawablah nak jaga aurat.
    Pasal rambut hapak ni, boleh diselesaikan. Kakchik ni memakai pakaian menutup aurat di dalam rumah sudah berbelas tahun kerana ada saja abang ipar atau adik ipar lelaki di rumah.
    Selalunya kakchik pastikan mencuci rambut dgn syampu 2 hari sekali dan pastikan ia benar2 kering sebelum memakai tudung. Bila banyak berpeluh, kaki cuci setiap hari dan keringka dengan angin. Insyaallah bau hapak tu kurang.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih kak azah. Sambungannya tak tahu lagi kak. Takut orang bosan dan kata kakchik ustazah je. Hehe, idea sentiasa ada cuma takde kudrat nak menulis.

    ReplyDelete
  13. Terima kasih umidanish. Tak perasan umidanish dah tlg jwb soalan asha.

    ReplyDelete
  14. Apa yang ummi nazihah kata tu memang benar. Sebab itulah kakchik ambil tanggungjawab utk sama-sama mengingatkan kita agar kita tak ambil mudah soal aurat ni. Ramai di kalangan kita hanya menganggap menutup aurat ni hanya dgn pakai tudung dan ada juga yang menutup aurat hanya bila nak keluar rumah. Perkara ni mesti selalu dibetulkan dan diingatkan.

    ReplyDelete
  15. Sekarang saya dah jelas dengan hukum aurat antara wanita dengan bapa saudara sabit. Terima kasih banyak-banyak kak cik.

    ReplyDelete
  16. Kakchik, saya suka dengan entry ni. Sekarang saya dah clear tentang aurat dengan bapa saudar sabit.

    ReplyDelete
  17. Bapa saudara yang merupakan abang ipar @ adik ipar kepada ibu dan ayah kita bukan mahram kita. Jadi terbatas aurat kita. Tetapi, sekiranya bapa saudara itu merupakan abang kandung @ adik kandung kepada ibu ayah kita, jadi mereka menjadi mahram kita.

    ReplyDelete
  18. Bapa saudara kita yang merupakan abang ipar @ adik ipar sebelah ibu bapa kita, adalah bukan mahram. jadi, aurat kita terbatas. Tetapi, sekiranya bapa saudara kita merupakan ABANG KANDUNG @ ADIK KANDUNG kepada ibu bapa kita, mereka adalah mahram kita.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs