Bismillah. Aku mohon perlindungan Allah dari Syaitan yang direjam.
Assalamualaikum wbt.
Teman-teman yang dihormati dan dikasihi kerana Allah, petang ni kakchik nak luahkan sikit satu rasa yang berbuku di hati ni. Perasaan geram terhadap orang-orang yang suka sangat mendengar sesuatu cerita bukan dari sumbernya tapi dari mulut-mulut orang lain yang juga tidak mendapat maklumat yang tepat.
Kakchik tahu, diri kakchik ini tidak sempurna, terlalu banyak kelemahan yang amat memerlukan perubahan kepada yang lebih positif. Dalam ketidaksempurnaan ini kakchik sudah tentu pernah membuatkan orang lain merasa marah, benci, dengki, sakit hati, curiga, gembira, bahagia dan macam-macam lagi bergantung kepada persepsi masing-masing.
Apa yang kakchik tahu dengan yakin ialah kakchik ini suka berkongsi kegembiraan dengan orang lain (di sini atau di alam nyata) tapi perkongsian kesedihan yang banyaknya ialah di sini.
Sebagai seorang Islam, kakchik cuba mengamalkan dengan sebaik mungkin nilai-nilai akhlak Islam yang telah lama kakchik pelajari contohnya cara bercakap dengan orang, cara bersahabat, cara berhujah jika ada perselisihan faham, cara menyimpan rahsia dan sebagainya. Bagi kakchik lebih baik berkawan daripada tiada kawan atau bermusuh. Tapi kadang-kadang kakchik juga bercakap kasar, maafkan kakchik.
Beberapa bulan lepas, kami (kakchik & cik abe) ditimpa ujian dan kami berjaya melaluinya dengan tenang, tabah. Dari peristiwa itu kami semakin rapat dan bahagia. Kakchik secara peribadi telah memaafkan pihak yang menyakiti kami tapi nampaknya hingga ke hari ini masih lagi ada 'soksek-soksek' di belakang kami berkaitan perkara itu. Kakchik perasan, orang berbicara negatif tentang kami kerana peristiwa itu, orang berbicara menyindir dan mengata-ngata akan kami. Yang menyedihkan ialah 'soksek-soksek' ini berlaku di kalangan orang-orang yang pernah rapat dengan kakchik. Kakchik amat terkilan. Terkilan dengan sikap begini - suka bercakap belakang. Hanya seorang sahabat dari kalangan itu yang sudi menelefon dan bertanyakan hal di sebelah kami. Kakchik amat berterima kasih kepadanya dan kakchik pun memang tahu dia tentu tertanya-tanya pasal hal itu.
Sikapnya itu amat kakchik suka. Terus bertanya kepada sumbernya bukan asyik berbisik sesama sendiri, membuat pelbagai andaian. Tidak baiklah macam tu... kakchik ini bukannya orang lain, tapi sahabat kalian juga. Kakchik tidak pernah mahu bersangka buruk dengan orang lain tapi kenapa ada yang suka mencari pasal dengan kakchik. Adakah diri kakchik ni tidak 'approachable'? Kalau ingin tahu tanyalah, apa nak ditakutkan. Kitakan sama-sama di atas perjuangan ini? Kenapa 'soksek-soksek' di belakang? Janganlah biarkan syaitan menyucuk jarum-jarum kesangsian, kebencian atau permusuhan di antara kita.
Isu kami ditimpa kezaliman orang itu, kami sudah mulai lupa. Tapi di kalangan ahli keluarga sudah mula rasa tidak mahu lagi mengambil berat akan hal-hal yang berkait dengan 'masjid'. Cukuplah kami membantu jauh-jauh. Peritnya masih terasa. Entahlah...
Kalau sampai perlu kakchik menziarahi mereka, mungkin kakchik akan pergi sebab sekarang ni kakchik rasa diri sudah tenang. Perasaan ammarah di waktu itu telah tiada. Yang ada hanyalah kasihan.
Buruk sangka, dengki, adu domba, mengumpat, memfitnah, memang lumrah dalam masyarakat Melayu tapi sifat-sifat itulah yang Islam larang daripada berakar umbi di dalam kehidupan kita. Selagi kami yakin kami di pihak yang benar, jalan kami ialah kerana Allah, kami akan teruskan hidup, terus berusaha untuk diri, keluarga, masyarakat dan agama. Dah malas nak ambil tahu pasal orang-orang yang suka dengar cakap orang ini.
Allahu'alam.
Perkongsian : Hujan
8 years ago
sabar ye kakchik. wpun nadiah tak tahu apa mslh sbnrnya tp mmg 'sakit' kalau kita tahu org cakap2 blkg perkara2 tak baik ttg kita tmbh2 kalau shbt kita sendiri yg buat mcm tu. mdh2an Allah lindungi kita dpd sifat mazmumah mcm tu...ameen..
ReplyDeleteNadiah - Terima kasih dik. InsyaAllah kakchik masih bersabar dengan sikap mereka. kakchik bukan kisah sangat apa yang mereka kata tu sebab ianya tidak benar. Cuma kakchik harap mereka datang bertanya dengan kakchik sendiri bukan hanya membuat andaian dan membuat kesimpulan sendiri. Kakchik agak tentu mereka segan atau mungkin juga ada yang dah buat salah dengan kakchik sebab itu malu nak tanya sendiri. Ya, semoga Allah lindungi kita dari prasangka buruk.
ReplyDeleteKakchik, yang paling penting, kita tahu siapa diri kita dan sentiasa mencari keredhaanNya.
ReplyDeleteBiarlah orang lain dengan cara mereka, selagi kita mampu kita boleh membantu tetapi jika kita tak diperlukan adalah lebih baik kita berdoa memohon agar mereka akan dibuka pintu hatinya.
Kak Tie - Terima kasih kak. Buat masa ni kakchik hanya fikirkan Allah saja. Apa yang kami lakukan kami harapkan Dia redha. Moga-moga ukhuwah di antara kami tidak terputus dan kakchik pun doakan kebaikan untuk mereka juga. Moga-moga begitulah kak tie kan.
ReplyDeleteSalam kak Chik
ReplyDeleteSyaitan ni jahat kan,suka pecah-belahkan kita.Lagi-lagi bila dia tau kita bersatu atas dasar apa.Paling mengguris bila yang rapat dengan kita sanggup terpedaya.Namun di situlah ujian ukhuwah sebenar. Hati yang ikhlas kerana Allah akan pasti bertaut kembali,InsyaAllah.
Semoga kak chik dan suami tabah hadapi dugaan ini. Allah sayangkan kak Chik,sebab tu,diberiNya ujian demi ujian ini.Erm,saya pernah jua alami keadaan ini disebabkan kata-kata seorang pembantu rumah.
ummu masyita - wa'alaikummussalam. begitulah, syaitan kerja dia memang nak porak-perandakan ikatan hati-hati orang Islam. bila kita kalah kepada bisikan2nya, terjadilah sifat2 mazmumah di antara kita. semoga Allah bimbing kita setiap. insyaAllah kakchik pun harapkan begitu. terima kasih ya masyitah, kami akan teruskan hidup dengan lebih baik, insyaAllah.
ReplyDeletesalam k.c...
ReplyDeletedugaan demi dugaan yang k.c lalui rasanya sudah pun membuatkan k.c faham benar tentang adat dan percaturan dunia ini...
pada pendapat saya, setiap persengketaan mestilah diadakan ujiselidik yang menyeluruh agar tidak terbawa-bawa kesalahan dan kekesalan du kemudian hari... saya berpendapat juga bahawa, semua yang bersengketa agar bersemuka.... tidak perlu mendengar sebelah pihak dan juga tidak perlu menuding jari menyalah sesiapa yang barangkalinya berkemungkinan kita terlalu naif (tidak tahu dan kurang siasatan) terhadap diri kita dan situasi di sekeliling yang telah berlaku...
apapun... best of luck to k.c, moga-moga dapat bersabar sesabar-sabarnya dengan apa yang sedang berlaku...
wallahu'alam...