Assalamualaikum dan salam pagi ceria kepada semua pengunjung. Puas kakchik fikir, apalah yang nak dikongsikan pagi ni? Kat rumah tu Ummi dengan adik-adik (La baru habis pantang, Adik baru cuti) dah mula sibuk mencuci dan mengemas rumah terutama bilik-bilik kosong kerana sehari dua lagi abang-abang akan dan keluarga masing-masing akan mula balik untuk menyambut Aidil Fitri.
Tahun ni yang baru hanyalah tikar getah untuk mengalas lantai kayu rumah kami sebab tikar getah yang asal tu sudah hampir 20 tahun usianya. Sebenarnya masih sangat cantik dan elok lagi sebab Ummi beli barangan yang berkualiti tinggi, susah koyak, tahan panas dan tahan sinaran matahari. Tapi... dia dah mula bosan dengan yang tu jadi kakchik bawa Ummi pergi beli yang baru. Kalau dulu lantai berwarna hijau kekuningan sekarang dah jadi coklat muda sesuai dengan kain langsir.
Hmmm... kita sambung cerita lainlah pulak. Cerita makan.
Rumah kami ni sejak awal Ramadhan hinggalah ke akhir-akhir ni menu berbuka memanglah makanan tradisional. Selalunya sira pisang, pengat pisang, cendol, akok atau serawa. Sekali-sekala buat mee atau bihun goreng. Itu je yang digilirkan, senang, tak kompleks dan yang paling penting semua orang suka terutama Ayah dan Cik Abe.
Tapi bila di hujung-hujung ni terasalah nak tukar selera sikit. Beberapa hari lepas Ummi mengidam nak makan ayam goreng KFC, balik kerja kakchik singgahlah belikan Family Feast sebab sudah tentu semua ahli keluarga yang ada pun nak makan. Lepas tu kakchik pula yang terasa nak makan pizza. Nak buat sendiri oven pula takde sebab kakak yang taukey biskut tu pinjam bawa balik rumahnya di Kuala Krai. Teringat Zan's Pizza, selalunya mereka buka gerai di pasar ramadhan stadium. Jadi semalam, kami sekeluarga berbuka dengan Pizza Pepperoni Ayam, mmm... yummy! Rasa macam hari ni nak beli lagilah, hehe.
RM20 untuk saiz besar. Dibakar panas-panas, baunya memikat selera.
Hidangan berbuka ayam goreng KFC makan dengan Cik Abe.
Sira pisang yang menjadi hidangan wajib untuk berbuka. Yang ni pisang kecik jadi masak sebiji-sebiji begitu je. Kalau yang besar, kita belah dua dan potong empat. Kegemaran Ayah.
Harap dimaafkan sebab pagi-pagi dok tayang gambar makanan, semoga semua yang melihat imannya kuat sebab kita berpuasa ni bukan puasa makan je kan. Insyaallah tak akan tergodanya.
Perkongsian : Hujan
8 years ago
Salam kakchik, sedapnya pisang sira tu :). Selamat hari raya ye kakchik, moga gembira selalu.
ReplyDeleteWkslm Intah.
ReplyDeleteTu menu wajib tu Intan. Kalau takde Ayah merajuk.
Kakchik pun nak ucapkan selamat hari raya kat Intan juga.
Lama tak nampak intan di blog. Terima kasih doakan kegembiraan kakchik.
Semoga Intan juga bahagia dan ceria selalu.
sira pisang tuh mengingatkan sha pada jiran sha (org kelantan) yg dah berpindah ke kampung.
ReplyDeletemasa dia tinggal kat sebelah dulu, ibu akan kirimkan lauk...dia balas dgn sira. sedap!:)
sha, sapa-sapa pun boleh buat sira pisang ni sha, sebab teralu mudah. syaratnya kena ada pisang, gula, pandan dan bunga cengkih. nanti sha boleh belajar buat sendiri.
ReplyDelete