Hari ni memang amat letih dengan kerenah Kakak dan Nana yang tak mahu masuk ke dalam kelas. Puas dipujuk tak mahu jugak diorang tu. Kakak asyik nak berdukung dengan Bibik Aishah, Nana pulak nak tidur kat atas riba KakChik. Bersabar ajelah kita ni. Rasanya orang lain pun pernah lalui masalah sama. Insya-Allah lama-lama nanti akan biasalah diorang dengan tadika tu.
Sebab diorang tak mahu masuk kelas, KakChik bawa aja ke Zahra' biarkan Bibik membaca buku dengan mereka dan layan mereka melukis. Nasib baik ruang ofis KakChik ni besarlah jugak, dapatlah diorang meniarap kat atas lantai tu. Dah pesan awal-awal tak boleh ganggu KakChik keje. Bagus pulak diorang, dengar kata sebab tak mahu dihantar balik ke sekolah atau ke rumah.
Jam 1 petang KakChik bawa ke gerai beli kuih untuk makan tengahari dan terus hantar mereka pulang ke rumah. Sempatlah beli beberapa jenis kuih. Balik rumah, makan tengahari, solat Zohor dan balik semula ke ofis ni. Letihnya... 2 biji panadol dah ditelah, tekak masih terasa sakit, tanda-tanda selsema bakal menyerang sudah kelihatan. Suhu badan pun dah agak panas ni. Adoilaaa... Nak tidur je rasanya... huhuhu.
Nak tulis apa ye?
3 years ago
Jangan lupa makan ubat dan banyakkan berehat ye Kak Chik,zureen doakan akak cepat sembuh..
ReplyDeleteZureen add link akak di blog ye..
salam kakchik..
ReplyDeletesyafakillah...semoga Allah menyembuhkan..adoii..roti jala macam enak je?
tq slalu dtg singgah ye kak chik. btw, take a gud rest ye..biar sihat cepat2.hehe...
ReplyDeletekak chik, demam ke?
ReplyDeleteharap2 tak jadi demam...
makan ubat tau..
kak chik, ive set my blog to private, nak invite kak chik, sorryla saya pun jrg kesini, takde mood kene attack pasal blog...
kak chik mail kat saya ek ur blogger mail:
nur.huda.ab@gmail.com
there will be slight inconvenience sb kene login nak view blog saya, but thats the best that i can do to protect myself... :)
syg kak chik!
p/s aritu makan piza, i wish that i try to bake one like u did, bila ntah nak try... kak chik tersangat2associate denngan piza, saya makan piza ingat kak chik tau.. hehe
kakchik selalu sibuk sgt... tu badan bgtau kena rehat... dapatkan rehat cukup2 dan minum air byk2... dah mcm doktor pulak bg nasihat... just take a good care of your health...
ReplyDeleteZureen - insya-Allah ubat tak lupa dimakan. Mekasih ya doakan KakChik. Semoga Allah pun sentiasa sihatkan Zureen.
ReplyDeleteIbnurashidi - syukran ya akhi. Insya-Allah akan segera sembuh.
Zara - sayangkan persahabatan kenalah selalu gi ziarah, hehehe. KakChik tak dpt nak rehat byk tapi badan dah rasa ok sikit.
nurulhuda - a^a demam selsema tapi masa dok menaip ni dah rasa kebah sikit. dah private kan blog ya, kakchik nak baca juga. Nanti KakChik antar email kat nurulhuda ya. Boleh dia associate kakchik dgn pizza? adik ni...
Sasha - rehat kakchik hanya bila dah landing atas katil malam2 tu. Sesekali jadi doc apa salahnya kan?
Kepada semua teman-teman & well wishers, terima kasih. Insya-Allah KakChik demam tapi masih kuat dan semakin baik ni.