BISMILLAH.
Dah tua-tua ni baru betul-betul serius menabung. Kalau sejak dulu lagi kakchik buat begini, pasti banyak masalah telah diselesaikan seperti hutang kereta dan kalau membeli stok abaya dan buku boleh je terus dibayar penuh tanpa ansuran.
Itulah pentingnya ada MENTOR, ILMU, SISTEM/STRATEGI, TINDAKAN dan IMPIAN (MESTI). Ditambah pula dengan POWER (yang ni kakchik kongsi lain kalilah ya. Kalau dah tau tu alhamdulillah.). Kebanyakan orang yang pernah mengikuti kelas-kelas Dr Azizan Osman pastinya tahu kedua-dua makna di sebalik perkataan-perkataan ni.
M.E.S.T.I. P.O.W.E.R !!!
Sudah lama kakchik baca dalam buku T. Harv Eker tentang 7 tabung yang kita perlu ada untuk bebas kewangan tapi baru tahun ni kakchik betul-betul ikut formulanya selepas kakchik menghadiri IMKK pada bulan Feb lepas. Sebelum ni hanya buat ketika ingat je pastu selalu je langgar janji dengan diri sendiri.
Kali ni, alhamdulillah masih konsisten.
"I put money into my Financial Freedom Fund everyday." Alhamdulillah.
Bak kata Abang Abu, Mekanik Wang, dalam facebook dia MEKANIK $:
Sharing dari mekanik $
Kalau ingin mulakan sesuatu , tak kiralah nak menyimpan ke, melaburke, berniaga ke, apa apa pun, mulalah dengan langkah pertama dan kecil dahulu. Lebih lebih lagi kalau anda baru sahaja berkecimpung dalam benda tu....
Ia adalah yang terbaik dalam melakukan apa apa sahaja pun.
Kalau simpan tu, mulakan dengan simpan apa yang mampu dulu,contoh - kalau anda hanya boleh simpan $10 sahaja kerana bajet , jangan plak simpan $50 terus , lepas tu dah tak simpan lagi,,, biar sedikit tapi konsisten... Boleh tak..... Pasti Boleh
Aku dan kau Kaya dan Berjaya
Kakchik nak tambah kat hujung tu dengan ".... DUNIA dan AKHIRAT."
Kak Chik,
ReplyDeleteRiha baru je pegi sekali kursus dgn Dr. Azizan tu, itu pun kelas basic yg ada Fiona Tahir sekali. Mcm mana nak check jadual kelas IMKK tu ek?
Memang betul tau, kalau nak berjaya kena ada MESTI!!!
Riha, nak cek jadual kelas DAO senang saja. Riha hanya perlu selalu jenguk website www.marketingpower.com.my
DeleteInsyaAllah pasti ada peluang.
Kak Chik, apa 7 tabung tu? Nak tahu juga.
ReplyDeleteKak chik nak tahu jugak...7 tabung tu,...
ReplyDeleteaja baru je mula menabung...sikit2...haha...tak tahulah bertahan sampai bila...
..thanks kakchik share info menabung ni :)
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteKalau kita mula dari dulu...mmg banyak membantu walaupun masa kita simpan tu hanya syiling je
Tiap kali target sesuatu, biasanya saya main kutu. Duit kutu tu bolehlah beli barang yang nak, tapi...pernah juga terkena bila main kutu.
Tak rugi menabung walaupun kita hanya masukkan baki syiling yang guna hari2 tu je. Nak lagi best, amalkan masuk tabung dgn jumlah tertentu...