BISMILLAH. Kalau turun ke KL, memang tak sah kalau tak ambil kesempatan bertemu dengan sahabat-sahabat facebook atau blog. Begitulah juga semasa kakchik ke KL pada kali ini sempena nak menghadiri Seminar Marketing Power Dr. Azizan Osman. Sahabat-sahabat inilah yang dikenali melalui facebook tapi kerana kejujuran dan persahabatan, ukhuwwah antara kami menjadi sangat erat sekali. Mereka menziarahi kakchik, menghiburkan kakchik dan membantu kakchik mengisi masa lapang yang ada semasa kakchik di sana. Alhamdulillah dan terima kasih.
Alhamdulillah, masa kakchik tidaklah terbuang begitu saja pada hari pertama di KL. Paginya, Amal yang dikenali melalui facebook, sudi mengambil kakchik di Hentian Putra dan di rumahnyalah kakchik menumpang sebentar sebelum ke Wisma MCA untuk mendaftar kemudian dia juga yang menghantar kakchik untuk check-in di Adamson Hotel, KL. (Tahun lepas masa ke KL bersama cik abe untuk ke Parlimen kakchik menginap di KL International Hotel, bersebelahan dengan Adamson Hotel). Nostalgia pulak hehehe.
Lepas Zohor, Izah pula datang ke hotel dengan membawa bersama dua orang puterinya yang comel-comel. MashaAllah seronok sungguh dapat bertemu mereka. Kami sama-sama makan lewat tengahari di Adamson Corner kemudian makan angin pula di Taman Tasik Titiwangsa yang sungguh best!. Banyak perkara yang kami kongsikan, terasa tidak cukup masa saja namun Asar, keletihan dan mereka juga perlu memandu pulang maka selepas menghantar kakchik pulang semula ke hotel, kami berpisah dan berjanji untuk bertemu lagi selepas ini.
Kakchik bersyukur di sebelah malam kakchik tak ada kelas tambahan jadi bila kawan-kawan kata nak datang ziarah dan ajak kakchik makan malam, makan STEAK yang sedap di Kg. Baru, kakchik amat-amat menantikannya. Hari Sabtu, kelas selesai agak lewat dan sebelum kakchik sampai di hotel, kawan-kawan telah pun menunggu di lobi. Kak Nita dan anak-anak, Atina, Ina dan Amal membuatkan kakchik amat terharu. Tak sangka sungguh. Ingatkan hanya Kak Nita dan Ina yang akan datang. Rezeki dan jodoh yang Allah tentukan.
Macam biasa, bila peminat abaya bertemu, suasananya amat riuh sekali. Sempat juga kakchik buat demo memakai shayla istimewa untuk Kak Nita dan juga sahabat yang lain. Moga-moga mereka akan dapat memakai shayla masing-masing dengan kemas, cantik dan cepat selepas ini. Senang saja cara kakchik kan? Hanya perlukan satu brooch dan satu jarum peniti. Kalau ada yang nak video tutorial yang baru, kena LIKE atau FOLLOW blog dan fanpage Abaya Elegan Lovers la ya.
Gambar tak berapa nak menjadi, dan kakchik nak pinjam gambar dari orang lain. InsyaAllah jika mereka izinkan, nanti kakchik edit pos ini.
Itulah lebih kurang kisah kakchik bertemu sahabat semasa berada di KL.
Assalamualaikum Kakchik,
ReplyDeleteAlhamdulillah, Kakchik dapat jumpa sahabat yg lain semasa di KL..Minta maaf sangat2 sebab tak sempat jumpa Kakchik.Dyg sangat sibuk...almost everyday mengharungi hari2 yg sibuk disebabkan urusan rumah dyg tu.hope to see u ..someday.
Alasmal: Wa'alaikummussalam Dayang. Tak mengapa. Kakchik pun faham kedatangan kakchik agak adhoc. InsyaAllah jika di lain masa ada peluang ke sana lagi, kita doakan moga-moga Allah izinkan kita pula bertemu.
ReplyDelete