Followers

4.11.10

Membawa Umi ke Bandar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam ukhuwwah fillah.

Alhamdulillah dalam keletihan dan gusi yang sedang sakit ni kakchik mahu ambil kesempatan sebentar untuk berkongsi beberapa gambar kenangan semasa kakchik membawa umi ke bandar KB petang tadi kerana umi mahu membeli tikar getah.

Jadi entri ini akan mempunyai banyak gambar dan sedikit tulisan. Gusi kakchik yang sakit ni buat kakchik rasa sengal seluruh bahagian dalam mulut. Nak menulis panjang-panjang pun takde mood sangat. Jadi kalian tengok gambarlah ya.

Persinggahan kami yang pertama ialah di kedai ini:

Pelbagai pilihan tikar getah buatan Malaysia, China dan Korea.
Ini pula ialah sebahagian daripada pilihan plastik untuk mengalas meja.

Selepas hampir 15 minit kami meninjau-ninjau akhirnya Umi membeli segulung tikar getah buatan Korea yang panjangnya 25 meter dalam harga RM300. Kami cuba tawarkan harga lebih rendah tapi tuan kedai kata itulah harga minima yang boleh dia beri untuk tikar getah Korea Triple A Quality. Mungkin sebab kualitinya bagus kot.

Selesai di situ kakchik ke Maybank dan BIMB untuk menyelesaikan bayaran sewa kedai MariBaca. Urusan di bank tidaklah mengambil masa yang lama jadi kami bercadang untuk makan angin sekitar KB kerana bandar pun lengang hari ni keranac hari cuti.

Jadi, kakchik bawa umi ke sini:

Bazar Tengku Anis.

Hari tu dah lalu kat tepi bazar ni masa ke bandar dengan cik abe tapi kami tak singgah jadi petang tadi kakchik ambil peluang ke situ dengan umi. Lagipun kami nak kenal juga tempat perniagaan baru di KB ni. Nanti orang kata, "Tinggal di Kelantan, Bazar Tengku Anis pun tak pernah pergi."

Ni antara yang menarik minat kakchik kat dalam bazar tu.

Suasana salah satu lorong kedai di tingkat 1 bazar.
Kedai menjual pakaian lelaki terutama jubah dan kurta.

Kat dalam Bazar Tengku Anis ni banyak bisnes batik tapi kakchik segan nak ambil gambar sebab kat kedai-kedai tu ramai pula orang berkumpul. Jadi kakchik pilih kedai yang lain dari yang lain untuk diambil gambar. Dan.... kakchik terjumpa kedai ini:

Kedai menjual abaya Dubai di Kota Bharu!
Sempat berkenalan dengan Kak Fini tuan punya bisnes.

Bertuah k.fini sebab beliau setiap 3 - 4 bulan sekali akan terbang ke Dubai jadi dia boleh pilih sendiri setiap abaya yang mahu dijualnya. K.fini selalu ke Dubai kerana suaminya bekerja di sana. Tak sangka sungguh dapat jumpa peniaga abaya yang ada kedai di KB ni. Rasa membuak-buak semangat untuk punya kedai abaya atau butik abaya juga.

Antara koleksi abaya yang dipamerkan di dalam kedai yang kecil tu.
Kata k.fini ini fesyen terkini abaya Dubai.

Harga abaya yang dijual oleh k.fini adalah antara RM175 - RM300. Berdasarkan pemerhatian kakchik pada material abaya yang dijual, kebanyakannya ialah crepe lexus dan crepe firdous yang agak nipis. Koleksi beliau juga ada banyak yang menggunakan bling-bling berbanding koleksi kakchik yang lebih fokus pada potongan, kualiti material dan sulaman.

Kami bertukar-tukar nombor telefon dan berjanji akan berhubung lagi selepas ini. Fuh, terasa bersemangat sekali untuk pergi sendiri ke Dubai untuk membeli abaya. Insyaallah... Insyaallah... satu hari akan tercapai juga hajat hati ini.

Hari makin menuju ke Asar jadi kami beransur pulang. Ketika sampai di simpang empat berdekatan Hotel New Pacific, kami terpaksa menunggu lampu hijau. Elok saja, waktu Asar pun masuk dan kami dapat dengar azan dengan jelas sebab di kiri simpang ada masjid ini:

Masjid An-Naim, Sri Cemerlang.

Kami tak singgah solat Asar kerana lampu pun hijau dan kakchik terus pecut kereta menuju kampung. Ada satu agenda lagi sebelum sampai di rumah, iaitu kami mahu singgah membeli barangan dapur di pasar basah hujung Jambatan Tok Guru.

Inilah antara yang kami nak beli. Segar sekali mata bila melihat sayur-mayur yang hijau ni.
Beraneka ulam kegemaran cik abe. 

Sebelum balik, kakchik membeli pisang goreng, sardin roll dan 3 biji murtabak yang sangat sedap yang dipesan umi yang menunggu di dalam kereta. Kakinya sudah mulai sakit jadi biarlah kakchik aje yang keluar membeli. Alhamdulillah kami sampai di rumah sebelum jam 5 petang. Segera bersolat Asar dan urusan yang lain.

Malamnya.... letih yang amat kerana sudah lama tidak berjalan banyak di bandar KB.

13 comments:

  1. Assalamua'laikum kakchik.

    wahhh... tikar getah dan alas meja tu nampak cantik sangat... suka melihatnya...

    koleksi abaya dan jubah2 tu pun nampak sweet. emmm bilalah berkesempatan untuk terus berjubah...

    Ya Allah, mudahkanlah...

    ReplyDelete
  2. salam kakchik
    masyaallah cantik-cantiknya abaya tu
    tikar getah tu pun macam2 colour ada

    ReplyDelete
  3. cantik abaya2 tu,kalo ke sane bleh singgah bazar tengku anis.....seronok baca pengceritaan kakchik satu persatu dan jelas...

    ReplyDelete
  4. Salam Kak chik,

    Masa pergi KB bulan jun lepas, tak nampak pulak bazaar Tengku Anis ni.Ruginya...
    Saya sendiri pernah pergi ke Dubai ,rasanya penghujung 2003....Masa tu Abaya belum banyak yg ada stail sulam atau blink2...saya ada beli 2 pasang untuk hadiah kat adik2 ipar. Masa tu tak beli tuk diri sendiri.(tak minat lg masa tu) sekarang baru minat hehe.
    Masa tu Abaya kebanyakan dr jenis kain nipis, biasanya perempuan Arab kat sana memang pakai abaya untuk pakaian luaran sbb kat dlm dia org pakai Tshirt,jeans or skirt juga.boleh nampak jeans yg dia org pakai bila berjalan.

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikummussalam Latifah.
    Sukar kami nak buat pilihan sebab banyak sangat yang cantik hehe. Rambang mata dibuatnya.
    Abaya tu kakchik kurang minat tapi jika Latifah suka yg bling-bling boleh singgah kedai K.Fini. Ada byk pilihan. Balik cuti jenguklah Bazar Tengku Anis tu. Insyaallah ada kemahuan pasti akan berjaya istiqomah berjubah.

    ReplyDelete
  6. Wkslm ummu masyitah. Barang cantik memang banyak sampaikan kita terbuang masa kerana leka melihat2 dan memilih hehe.

    ReplyDelete
  7. asha, jemputlah singgah ke BTA tu. tempatnya tak sibuk sangat sebab masih byk lot niaga yg kosong dan lokasinya pula agak jauh dr pusat bandar. tapi cubalah ke sana tentu ada yang menarik.

    ReplyDelete
  8. Wkslm Alasmal.
    BTA ni agak jauh dr pusat bandar. Kalau guna jalan2 biasa mmg tak lalu kat tepi bangunan ni. Next time datang, Alasmal ambil jalan dekat Masjid Muhammadi menuju ke Restoran Nasi Ulam Cikgu sebelah Kompleks Jabatan Pelancongan. BTA ni bersebelahan saja. Sebenarnya ramai yang berubah hati seperti Alasmal. Dah balik Malaysia baru teringin hehe. Mungkin masa tu tak banyak testimoni kot. Skrg ni ramai pemakai yg beri good testimoni.

    ReplyDelete
  9. Seronoknya kakchik bershooping. Insya ALLAH, semoga one day kak chik dapat pergi ke Dubai membeli sendiri abaya2 tu. lagi berbaloi..

    ReplyDelete
  10. kak azah, shopping tikar getah je, selebihnya window shopping hahaha. amiin... amiin.. amiin.

    ReplyDelete
  11. salam..dimana beli tikar getah ni di kb?
    raya nak balik kb so nak singgah kedai ni mcm2 pilihan ye..email kan saya alamtnya boleh?

    (izadira@hotmail.com)

    ReplyDelete
  12. wkslm happyichigo. kalau nak ke kedai itu, ianya terletak dekat simpang 4 Jalan Temenggong. Dekat dengan trafik light kalau datang dr arah Bulatan Jam, ia di sebelah kanan.

    ReplyDelete
  13. Salam,nak tau nama kedai tikar getah tu.. Ajatnya tgh mencari utk diletakkan di kedai yg bakal operasi

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs