Followers

31.7.10

Jika Isteri Menangis Di Hadapanmu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bismillah.

gambar hiasan: kami adalah isteri kepada suami masing-masing

Jika Isteri Menangis Di Hadapanmu...

Jika isteri menangis di hadapanmu….
“hargailah dia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis di hadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu di saat kau terperuk terlalu dalam …

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya.
Mungkin, kerana keputusanmu,
kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu,
saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh ke dalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu?
"Apakah keistimewaan perempuan ini?”
Di balik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN dan CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang-orang yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM di balik KESEDIHANnya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana satu hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI-ISTERI yg solehah dan SUAMI-SUAMI yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahawa ISTERI mereka begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

p/s: puisi ini adalah perkongsian dari beberapa orang teman di FB.

Tahniah Imam Muda Ashraf

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah dapat kembali menulis selepas semalaman terhalang. Hajat hati untuk menonton final Imam Muda pun terkandas gara-gara tertidur keletihan selepas solat Isyak. Anyway, pagi ni kakchik masih dapat membaca berita kejayaan Imam Muda Ashraf si pengantin baru, telah menjadi Juara rancangan realiti tv yang sangat bagus tu.

MUHAMMAD Asyraf Mohd Ridzuan (kiri) dinobatkan juara Imam Muda pada pertandingan akhir malam tadi di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Tempat kedua, Hizbur Rahman Omar Zuhdi. - Foto Eizairi Shamsudin, BH

Inilah program realiti yang kakchik sangat suka dan setuju jika terus dianjurkan pada tahun-tahun akan datang. Satu galakan kepada generasi muda mendekati Islam melalui pendekatan seperti yang dilakukan oleh penerbit rancangan itu. Cuma satu yang kakchik tak setuju dalam episod baru-baru ni yang mana para imam muda itu disuruh makan cara orang Barat. Isyk, tak patut ada dalam program Imam Muda kerana tidak selari langsung dengan cara hidup Islam.

Anyway, kakchik bangga dan berterima kasih kepada orang yang menghasilkan idea bernas program Imam Muda ni. Cayalah! Semoga Allah berkati kalian. TAHNIAH kepada semua peserta Imam Muda, kakchik doakan kalian semua sama ada berjaya atau belum berjaya akan menjadi contoh dan idola kepada remaja dan kanak-kanak di negara kita. Kekalkan prestasi akhlak mulia kalian semoga terus dicontohi.

Dan di bawah ialah berita tentang Juara Imam Muda di BH hari ini:

Asyraf Imam Muda
Oleh Zaidi Mohamad
bhnews@bharian.com.my
2010/07/31

Graduan Usuluddin dan Fikah UM juara Imam Muda

KUALA LUMPUR: Rezeki menyebelahi Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, apabila dinobatkan juara Imam Muda pada pertandingan akhir di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), di sini, malam tadi.

Graduan Usuluddin dan Fikah Universiti Malaya (UM) itu menewaskan Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, untuk merebut gelaran pertama Imam Muda. Dengan kemenangan itu, Muhammad Asyraf menerima insentif berbentuk tawaran sebagai Imam Ratib (kontrak) di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan.

Selain itu, Muhammad Asyraf juga menerima biasiswa pakej Berlian pengajian ke Universiti Antarabangsa Al Madinah (MEDIU), sebuah kereta Proton model Exora, pakej menunaikan ibadat haji, pakej umrah, pakej percutian ke Bandung selama empat hari dan tiga malam serta pakej perabot jati bernilai RM10,000.

Hadiah lain yang mengiringi kejayaannya ialah pakej spa Maghribi untuk seorang, wang tunai RM20,000, sebuah komputer riba Apple Macbook Pro, sebuah iPhone 3G, trofi Imam Muda serta sijil penyertaan dan kad pentauliahan diiktiraf JAWI.

Muhammad Asyraf ketika berucap sebaik menerima hadiah kemenangan mengucapkan terima kasih kepada isteri, ibu bapa, rakan-rakan dan penyokong yang mendoakan kejayaannya.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Astro, guru-guru, JAWI dan tenaga pengajar yang tidak kedekut ilmu, mursyid (mentor), mudir (pengetua), penonton dan wartawan yang menyebar luas (program Imam Muda).

“Hanya Allah SWT membalas jasa dan semoga kita bertemu pada program Imam Muda tahun depan,” katanya yang pernah berkongsi misinya mengubah persepsi masyarakat yang menganggap kerjaya imam hanya tertumpu di masjid dan majlis tertentu saja, sedangkan ia lebih meluas.

Naib juara, Hizbur Rahman pula membawa pulang biasiswa pakej Emas pengajian ke MEDIU, wang tunai RM15,000, trofi Imam Muda, iPhone, komputer riba, sijil penyertaan, kad pentauliahan diiktiraf JAWI dan beberapa hadiah menarik lain.

Turut diumumkan sebagai kejutan ialah hadiah tawaran biasiswa pakej Perak melanjutkan pengajian ke MEDIU kepada lapan peserta Imam Muda lain. Mereka turut menerima pakej percutian ke Bandung, sebuah Iphone, trofi dan sijil penyertaan.

Lapan peserta yang dimaksudkan itu ialah Sharafuddin Suaut, Ahmad Syakir Zamri, Amiril Md Banin, Nik Muhammad Adib Md Amin, Muhammad Khairul Azhar Ghazali, Nuri Ali Arbain, Ahmad Hazran Ahmad Kamal dan Mohd Taufek Mohd.

Bagi cabaran akhir, Muhammad Asyraf dan Hizbur Rahman dikehendaki menyampaikan tazkirah, mengaji Al-Quran secara bertaranum, menyanyikan lagu zikir dan menjawab soalan berkisar hukum agama Islam secara spontan.

Segala aspek pemarkahan dan penilaian diadili Tuan Pengetua yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara, Datuk Hasan Mahmud Al Hafiz. Beliau dibantu dua Mentor, Shahrizan Daud dan Syed Norhisyam Al Idrus, manakala Dzulkarnain Hamzah pula sebagai hos.

Imam Muda yang disiarkan Astro Oasis selama 10 minggu mencipta fenomena tersendiri biarpun kali pertama diterbitkan. Program realiti ini juga mencatat sejarah kerana mendapat liputan media antarabangsa.

INFO

Finalis Imam Muda

Nama Penuh: Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26
Asal: Pulau Pinang
Tarikh Lahir: 12 Februari 1984
Bangsa: Melayu
Status: Berkahwin
Pekerjaan: Imam
Nama Isteri: Nurhusna Yusof, 23
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Fikah, Universiti Malaya
Menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Syariah di UM

Nama Penuh: Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27
Asal: Baling, Kedah
Tarikh Lahir: 1 April 1983
Bangsa: Melayu
Status: Berkahwin
Pekerjaan: Guru Tahfiz
Pendidikan: Sarjana Muda Syariah (Tahun Akhir), Universiti Al-Azhar, Mesir
Nama Isteri: Liliyana Hasanah Yudi, 23

30.7.10

Penyertaan Ramadhan Giveaway Ada 2 Hari Lagi!

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua!

Alahmdulillah dapat lagi kita bertemu di hari yang penuh barakah ni. Kakchik cuma nak maklumkan projek Ramadhan Giveaway kakchik penyertaannya masih dibuka. Ada 2 hari lagi. Hari ni dan esok.



Kepada sesiapa yang masih berminat untuk menyertai tu, jemputlah ke entri ini: RAMADHAN GIVEAWAY dan tinggalkan komen sepertimana syarat yang ada. Tak susah pun...

Hadiahnya banyak juga tu. Sayanglah kalau takde penerima yang bertuah :)

29.7.10

Kepenatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Dah masuk jam 6 petang barulah kakchik ada kesempatan nak menulis serba sedikit di blog kesayangan ni. Kalau hari Khamis memang jadual kakchik agak padat kerana ada macam-macam agenda yang perlu diuruskan. Hari ni je kakchik dapat beri sepenuh tumpuan untuk MariBaca Bookstore, Abaya Elegan dan PALING PENTING, rumahtangga.

Abaya dari Jeddah.
Sejak shipment abaya dari Dubai dan Jeddah sampai pagi semalam, balik dari kerja semalam hinggalah pagi tadi kakchik isikan masa dengan merekodkan stok-stok baru dan membungkus abaya-abaya tempahan pelanggan yang telah selesai dibayar. Alhamdulillah pukul 10 lebih pagi tadi sebahagiannya telah selamat kakchik poskan melalui Poslaju di Telco Cherang.

Temankan kakchik di Zahra'
Nak ambil gambar abaya pun tak sempat sebab kamera kesayangan kakchik tu tertinggal di Zahra'. Selepas mengepos bungkusan tu barulah cik abe bawa kakchik dan amni ke Zahra' untuk mengambil kamera seterusnya kami ke MariBaca untuk menghantar stok abaya dan kakchik bermesyuarat sebentar dengan pembantu-pembantu kakchik.

Partner kakchik datang untuk melihat abaya baru dan seperti biasa dialah orang yang BERTUAH kerana dapat tengok dan cuba abaya baru, hehe. Kadang-kadang kakchik kesian kat pelanggan yang ingatkan kedai abaya kakchik ni ada cawangan di KL atau Selangor begitu juga dengan MariBaca. Ada yang tanya alamat untuk singgah dan mencuba abaya. Sayangnya bisnes abaya ini masih bisnes sampingan dan belum pun ada kedainya.

Biarlah bisnes ni dijalankan secara online dulu sambil kakchik mantapkan bisnes MariBaca yang baru meningkat di lokasi baru tu. Minggu depan kakchik nak daftarkan perniagaan Abaya Elegan ni selepas janji dengan Partner kakchik, jika bisnes berkembang, eloklah ianya didaftarkan. Plan nak daftarkan hari ni tapi banyak pula aral yang lain. Moga-moga dipermudahkan Allah minggu depan.

Nasi Goreng Anja Special - sedap
Hari ni kakchik tak masak macam biasa kalau hari cuti. Kami makan di Anja Cafe kat atas Kota Sri Mutiara tu. Makan Nagi Goreng Anja Special, Kentang Goreng dan minum air Fresh Orange, Sirap Bandung dan Radix panas. Alhamdulillah.

Balik ke rumah dalam keadaan gembira sebab sebahagian urusan penting telah diselesaikan. Tinggal lagi nak ambil gambar tudung-tudung untuk jualan, edit-edit gambar, upload ke FB dan ke blog Abaya Elegan dan rehat-rehat. Alangkah bahagianya.

Kalau takde aral, kita jumpa malam ni la pulak.

28.7.10

Bagaimana mahu menjadi wanita yang solehah?

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Lambatnya hari ni kakchik nak update blog. Dah la tu otak jadi agak beku dan kekeringan idea mahu dikongsikan di sini. Bukan takde perkara menarik berlaku tapi tak tahu yang mana satu nak ditulis.

Sebelum kakchik dapat pilih yang mana satu topiknya, kakchik nak kongsikan satu artikel yang dipinjam dari Notes MTD Kota Lama di FB iaitu mengenai topik di atas. Kakchik tahu pengunjung dan pembaca blog ini majoritinya kaum Hawa, maka tajuk di atas sangatlah sinonim dengan fitrah kita.

Siapa tak mahu jadi wanita solehah kak? Orang lelaki pula tentulah kita nak yang soleh. Wanita solehah untuk lelaki yang soleh. Jadi... bagaimana nak jadi solehah ni? Senangkah atau susahkah? Jom baca,

Gambar sekadar hiasan. Pasangan bahagia.

ADA yang bertanya, bagaimana saya mahu menjadi wanita atau isteri solehah.

Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca al-Quran?

Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.

Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.

Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.

Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.

Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.

Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.

Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.

Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.(Bagaimana pula kalau sebaliknya?)

Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah. (Insyaallah tidak...)

Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah lelaki suka mencari pelacur untuk memuaskan nafsu. Tidakkah mereka takut dengan hukum Allah dan risiko jangkitan penyakit yang boleh mereka dapat.

Sebenarnya, sesetengah lelaki gemar mencari perempuan lacur kerana mereka mendapat layanan kelas satu ketika bersama wanita berkenaan. Mereka tidak mendapatnya ketika di rumah apatah lagi isteri yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabai nafkah batin kepada suami.

Mungkin ada yang berkata, wanita lacur memberi layanan kelas satu kerana mereka dibayar atau mendapat tip.

Adakah isteri juga mahu suami memberi bayaran kepada mereka semata-mata untuk mendapatkan layanan kelas satu? Jika isteri mempunyai pandangan sedemikian, jangan melenting jika dikatakan mereka juga sama dengan pelacur.

Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.

Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami. (Ha'ah, apa alasannya?)

Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah.

Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.

Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.

Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.

Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.

Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.

Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.

Agak-agaknya boleh ke kita jadi solehah ni?

Jom Kita Buat Pahala!

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.

Pagi ni kakchik ada terima satu email dari seorang teman di KakChik's Wardrobe. Sayu hati membacanya dan kakchik ingin kongsikan email itu dengan teman-teman di sini. Marilah kita sama-sama melakukan sesuatu semampu yang kita boleh.

Bismillah.
 
SAUDARA ISLAM KITA MINTA SAYA TOLONG SEBARKAN EMEL INI...
 
Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat. 

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. 

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat. 

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan. 

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. 

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen. 

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen. 

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak. 

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. 

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian. 

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya. 

Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan. 

Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.
 
Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.

Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.

Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.

Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha. 

Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.
Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat. 

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

Kakchik sangat tersentuh hati melihat anak-anak kecil yang terpaksa melalui kehidupan yang penuh kepayahan ini. Betapa tabah dan kuat semangatnya ibu bapa yang melahirkan, menjaga dan membelai anak ini. Sesungguhnya ketabahan mereka datang dengan keredhaan mereka menerima ketentuan Allah SWT. Banyak ganjaran yang mereka dapat dari kasih-sayang dan jagaan mereka. Semoga Allah berkati mereka.

Jom, kita pun sama-sama boleh membantu.

27.7.10

Beginilah hampir setiap petang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam Nisfu Syaaban.

Petang-petang ni kalau kakchik balik awal, rumah kami jadi tumpuan anak-anak saudara. Kalau mereka rajin, mereka baca buku. Kalau malas mereka suka ke sana ke mari dalam rumah ini atau kat serambi. Seronok dan terhibur sekali dengan pelbagai telatah mereka.

Terhibur kami berdua dengan kerenah beberapa orang anak-anak saudara ni. Ini belum ada semua lagi ni tapi rumah dah riuh-rendah dengan suara mereka. Ada yang sedang semangat membaca buku macam Amriena dan Amierah. Ada yang suka bercerita non-stop macam Emran dan Amni. Ada yang suka makan macam Ikhwan dan Iffah dan ada yang suka dikendong hingga terlena seperti Eqbal.

Inilah selalunya suasana petang di teratak kakchik dan cik abe.

Sesi membaca di ruang membaca bawah tangga.

Bermain-main di depan rumah.

Si kecik yang suka didukung.

Gambar lama tapi si comel Amni ni memang suka makan coleslaw.

Hilang stres bila dapat bermain-main dengan mereka. Orang lain tak faham perasaan ini tapi kakchik memang sangat sayangkan semua anak-anak saudara kakchik termasuklah yang lain-lain yang tidak ada di dalam gambar ini.

Semoga Allah melindungi semua anak-anak saudara kakchik dari mara bahaya buatan manusia ataupun syaitan. Amiin.

Komputer Termurah di Dunia, USD35 Sahaja

Salam perjuangan dan salam keamanan semua.

Hati kakchik sungguh teruja bila membaca berita tentang komputer termurah di dunia ni. India kini makin maju dalam menghasilkan gajet-gajet teknologi yang canggih dan mampu milik. Alangkah bagusnya kalau komputer ni dijual di sini, bolehlah kakchik beli. Maklum saja USD 35 tu hanyalah dalam RM100 lebih je.

Kalian pun tahu kan kakchik membutuhkan sebuah laptop baru sejak laptop kesayangan kakchik rosak awal bulan ni. Sekarang ni kalau pergi survey harga laptop di pasaran sekitar KB ni paling murah pun dalam RM1200 lebih, itupun jenis yang kecil tanpa DVD-player-writer. Kakchik perlukan gajet yang lengkap.

Tak tahulah sejauh mana performance laptop termurah di dunia yang dihasilkan India ni? Tapi, jika prestasinya sebagus laptop lain di dunia ni, memang berbaloilah dimiliki. Kat bawah tu ada sedutan berita dari The Newsfeed.

India Debuts Prototype for World's Cheapest Laptop

Kapil 
Sibal
(AP Photo)
How cheap? $35 cheap! And it's likely to get even cheaper.

The “laptop”-- which is a touch screen gadget that looks somewhat similar to the iPad--was unveiled this week by India's human resource development minister, Kapil Sibal.

The Guardian reports that it has been designed for students and will likely be rolled out in 2011.

Sibal says that for the $35 price tag they've been able to develop “the motherboard, its chip, the processing, connectivity… including memory, display, everything.” Reportedly, the device will use a memory card and can be run using solar power.

What's more, Sibal says the price is expected to go down, eventually being available for a mere $10.
Seronoknya... USD35 je. Senang bak bawa ke mana-mana. Huhu memang menggamit hati kakchik ni. Kalau ikut berita tu, semuanya lengkap, boleh digunakan dengan kuasa solar (jimat letrik), guna memori kad dan harganya mungkin akan turun lagi!

Tapi... ada DVD/VCD drive tak?

Salam Mujahadah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera teman-teman semua.

Masa untuk bekerja.
Alhamdulillah hari ni masih dipanjangkan umur oleh Allah SWT. Syukurlah kita sebab masih ada masa lagi untuk memperbaiki diri kita dari keburukan semalam. Marilah kita sama-sama berusaha untuk amal makruf nahi mungkar dengan diri sendiri seterusnya dengan orang lain. Moga-moga hari ini hidup kita terasa penuh berharga dan bermakna. Kalau mati malam nanti, insyaallah amalan baik hari ini boleh menjadi timbangan amal kebaikan kita di akhirat nanti.

Selamat bermujahad semua!

26.7.10

Perkongsian: Jom Ambil Kisah Pasal Illuminati

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Pernah dengar pasal ILLUMINATI tak? FREEMASON? DAJJAL? Tentu pernah dengar tapi malas nak ambil tahu. Sebab kita rasa macam tiada kaitan apa-apa pun dengan kita. Kakchik pun sebelum ni hanya baca-baca gitu je tentang illuminati ni tapi tidak memandangnya secara serius hinggalah baru-baru ni ada pembaca blog telah komen satu gambar yang kakchik guna dalam satu artikel pasal membeli-belah. Gambar tu ada lambang mata sebelah.

Apa dia ILLUMINATI ni?
Boleh baca di SINI kerana penerangannya lebih jelas. Kakchik tak pandai nak hurai.

Dan w/pun berita pasal AJL dipengaruhi ajaran illuminati ini sudah basi, kakchik rasa masih ramai juga yang tidak tahu. Biarlah lambat asalkan minda terbuka, kita akan jadi lebih berjaga-jaga. Kakchik pinjam artikel dari blog Gambarhehe.com mengenai kaitan AJL dengan gerakan illuminati ini. Jom kita baca.

Rahsia Di Sebalik Anugerah Juara Lagu 2010 (AJL 24)


Blog Jejaki Tinggalan Rasul (JTR) mengajak anda yang sudah puas menonton Anugerah Juara Lagu 2010, mengenai apa yang ada di sebalik malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut..

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini..


Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?


Adakah ini satu kebetulan?

2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?


Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya…

3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.


Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan di VideoHehe tentang Lady in Red!

Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? Saya kata tidak.

Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.


Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.


Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.

Dan apa pula ini?


Apa persamaannya?


Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.

Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah.


Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda…

Meremang bulu roma kakchik membaca dan melihat co-incidence gambar-gambar tu. Terima kasih banyak blog Gambarhehe.com kerana sudi berkongsi maklumat dari pemerhatian beliau. Semoga kita lebih celik tentang gerakan-gerakan yang mahu menjatuhkan Islam ni. Gerakan yang menyusup masuk dalam pemikiran orang Islam secara halus dan melalui media-media kegemaran manusia seperti hiburan dan sukan.

Semoga kita sentiasa menjadi insan yang peka, prihatin atau cakna kepada agama kita dan keselamatan kita.Allahua'alam.

Perkongsian: Perlukah Berbogel Untuk Berdakwah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alangkah peningnya pemikiran sesetengah pembikin filem di negara ini. Kalau anda bersetuju dengan tajuk di atas maka anda juga samalah seperti mereka ini. Minta dijauhkan Allah. Kakchik terbaca dari ManggaOnline satu artikel berkenaan tajuk di atas tu, mashaallah... salahnya fahaman mereka.

Adakah perlu berzina dulu untuk berdakwah kepada penzina? Kalau kita ikut kaedah pembikin filem tersebut, begitulah caranya. Cuba baca artikel ManggaOnline di bawah,

Perlukah Berdakwah Dengan Berbogel?
Ditulis oleh Nonie Selasa, 06 Julai 2010 11:47

Akhir-akhir ini banyak penerbit mahupun pengarah filem mahukan sesuatu yang luar biasa untuk ditonjolkan dalam produk mereka. Yang terbaru, Arja Lee atau nama sebenarnya Azharudin Ramli mengaku berbogel dalam filem ...Dalam Botol.

Gambar hiasan pinjam dari sini.
Memanglah tertakluk dalam perlembagaan setiap individu yang hidup di dunia ini mempunyai hak asasi dan kebebasan, namun perlu difikirkan juga sensitiviti masyarakat sekeliling, lebih-lebih lagi di Malaysia yang kaya dengan adab sopan dan santun.(Bukan setakat itu ... yang paling perlu diambil kira ialah AGAMA ISLAM).

Tidak salah berbogel jika di rumah yang pastinya adalah tempat privasi kita, namun sekiranya untuk tontonan umum walaupun tidak menampakkan bahagian tidak sepatutnya, adalah satu kesalahan di sisi agama dan undang-undang.(Kenalah juga ada sifat malu pada Malaikat bila berseorangan).

Adakah perlu babak berkenaan semata-mata apabila pelakonnya mengakui mengambil keputusan tersebut agar lakonan nampak lebih realistik? Atau tiada pendekatan lain yang boleh digunakan untuk memberi mesej dakwah? (Tidakkah mereka mengambil pengajaran dari filem-filem Iran yang berjaya di peringkat dunia w/pun tanpa membuka aurat?)

Adakah dengan berbogel, dakwah yang ingin disampaikan akan berkesan dan lebih diterima? Rasanya belum pernah terdengar lagi orang yang terpaksa mencuri semata-mata ingin berdakwah kepada pencuri lain. (Matlamat tidak menghalalkan cara.)

Malah menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, sudah terdapat ratusan filem di negara ini yang bersifat mendidik dan tidak pernah ke tahap perlu berbogel. Pihak kementerian mahu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyiasat dakwaan itu kerana ia dianggap melakukan satu kesalahan. (Bukan dakwaan dah YB tapi kenyataan, pelakon sendiri yang mengaku di akhbar... boleh ambil tindakan dah tu.)

"Dari segi moralnya, berbogel di hadapan orang sudah salah, termasuk ketika berlakon memang tidak boleh. Ia salah di sini agama dan juga undang-undang kerana membuka aurat juga sudah berdosa, apatah lagi berbogel seperti itu," kata Jamil. (Berbuat DOSA ni bagi pelakon kita tidak apa-apa asalkan rezeki mereka 'HALAL'.)

Ada peruntukan undang-undang untuk kesalahan berbogel di hadapan orang. Belum ada mana-mana pelakon yang didakwa atas kesalaan itu, tapi sudah banyak kes di mahkamah yang mendakwa lelaki yang sengaja menunjukkan kemaluan mereka kepada orang lain. (Kes-kes tu berjaya diselesaikan ke? Atau jadi bahan ketawa saja...)

Proses pembikinannya awal-awal lagi sudah diprotes Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana sensitiviti yang ingin ditonjolkan, jadi bagaimana alasan berdakwah itu boleh digunakan. Matlamat tidak menghalalkan cara, sekalipun ingin berdakwah di dalam filem. (Setuju dengan JAKIM. Memang HARAM.)

Meskipun dibuat atas kerelaan sendiri namun adalah salah berbogel untuk tatapan penonton lebih-lebih lagi pelakunya seorang muslim. Di mana rasionalnya keperluan adegan itu kalau hanya sekadar mahu memberitahu watak Ruby lakonan Arja sudah menukar jantina? (Tak rasional langsung. Ikut nafsu semata. Banyak cara lagi boleh tonjol. Bahkan tak payahlah buat filem murahan macam ni.)

Mangga Online akui zaman ini gejala gay atau transeksual berleluasa sehingga dilihat biasa pada pandangan mata, namun tidak perlu terlalu ekstrem memperlihatkan adegan tidak sepatutnya semata-mata kerana realiti yang ingin ditonjolkan. (Tak perlu buat filem macam ni. Kenapa nak buat filem begitu?)

Tidak dinafikan adalah realiti kebanyakan individu mandi tidak berpakaian, namun perlukah diberitahu di layar lebar akan hakikat itu? (Tak perlu. menjatuhkan maruah seorang Islam. kenapalah cara orang barat juga yang nak ditiru?)

Filem ada bahasanya dan ada cara untuk memberitahu penonton watak yang sedang dilakonkan itu sudah menukar jantina. Melalui dialog pun boleh dan tak perlu berbogel bagi mengukuhkan kepercayaan penonton bahawa watak tersebut sudah menukar jantina. (Setuju)

Arja mungkin boleh dianggap berani untuk memberitahu kebenaran di atas apa yang dilakukannya semasa penggambaran filem yang sedang menjalani proses akhir itu. Tapi keberaniannya boleh dianggap tidak kena pada tempatnya. (Glamor murahan saja.)

Apatah pada masa ini isu kes video lucah membabitkan artis Indonesia sedang hangat dan turut mendapat liputan di sini.

Nampaknya filem terbitan Raja Azmi Raja Sulaiman ini sarat dengan kontroversi. Sejak awal pengumuman lagi banyak yang diperkatakan pasal filem ini. Malah filem yang pada awalnya dinamakan Anu Dalam Botol terpaksa dipotong anunya kerana tidak bersesuaian. (Dia tak pernah insaf. Kesian sekali. Semoga pintu taubat terbuka.)

Tulisan warna merah tu komen spontan kakchik. Memang cara Raja Azmi nak berdakwah ni tak kena. Kakchik kesian kat dia sebab dia ada kemahiran dan ilmu perfileman tapi sayangnya asas pendirian agamanya masih banyak perlu dikemaskini. Alangkah bagus kalau dia seorang yang taat beragama, tentu garapan filemnya Islamik. Oh, my wishful thinking.

Isu Tudung: Ramai Yang Membacanya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar kalian semua hari ni? Dah masuk kerja semula kan? Semoga semuanya masih bersemangat untuk meneruskan cabaran hidup pada hari ni. Sebelum nak cerita pasal tajuk kat atas tu, jom kita baca tazkirah sikit.

4 Perkara Yang Susah Utk Dilakukan: Kata Sayyidina ALI BIN ABI TALIB R.A ”Sesungguhnya amalan yang paling susah dilakukan adalah 4 perkara: 1-Memberi kemaafan ketika sedang marah. 2-Bersifat dermawan ketika susah. 3-Meninggalkan perkara haram ketika sendirian. 4-Mengatakan kebenaran kepada orang yang ditakuti."

Insyaallah ada manfaatnya untuk kita pada hari ni.

Ringkas saja post kakchik pagi ni, hanya nak kongsikan statistik post yang paling banyak dibaca sepanjang sebulan iaitu 27 Jun hingga 26 Julai.

Ramai yang suka baca tajuk paling atas tu tapi tak ramai yang komen.
 Cukup dulu untuk pagi ni sebab kakchik ada banyak kerja. Jumpa petang nanti insyaallah. Wassalam.

25.7.10

Kroniknya masalah zina sekarang ni.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kakchik doakan teman-teman kakchik semuanya sentiasa mendapat rahmat hidayah dan taufik dari Allah SWT untuk menikmati hidup di dunia ini sebagai seorang manusia Muslim yang taat kepada-Nya. Moga-moga Allah juga memelihara diri kakchik, cik abe dan keluarga kami dari segala maksiat dan dosa agar hati-hati kami sentiasa mengingati-Nya.

Gambar hiasan dipinjam dari sini.
Pagi tadi kakchik ada bersembang dengan Ummi pasal anak-anak sekarang yang sangat degil, suka melawan orang tua, tidak takut bila dimarahi oleh ibu bapa atau datuk nenek dan seterusnya perbualan kami meleret hingga kepada isu-isu kebejatan akhlak dalam keluarga Melayu Islam.

Tiap-tiap hari kita baca dalam suratkhabar terutama dalam akhbar yang penuh sensasi dan propaganda tu, banyak berita mengenai kerosakan akhlak manusia. Perkataan ROGOL, BUNUH, LIWAT, DERA, TEMBAK, BUANG, LUAR NIKAH, ANAK ZINA, KES POLIS, MAHKAMAH, NGERI dan banyak lagi perkataan berbau negatif dihidangkan untuk tatapan mata, minda dan jiwa.

Gambar sekadar hiasan. Dipinjam dari sini.
Sedih. Sungguh sedih kerana terpaksa membaca berita-berita negatif. Akhbar kita memang suka highlight berita-berita begitu dengan ayat-ayat gempak kerana mahu menarik pembaca. Hati perut mereka hanya labakan duit hasil jualan akhbar tanpa memikirkan kesan didikan tak langsung itu kepada masyarakat, Iya, perkataan negatif, cerita negatif itu semuanya sedang mendidik masyarakat kehidupan yang teruk.

Bimbang. Teramat bimbang bila pagi-pagi hari sudah dengar berita yang menyesakkan jiwa.

Kes remaja hamil kronik
Oleh Hafizah Iszahanid
bminggu@bharian.com.my
2010/07/25
Pergaulan bebas punca utama

KUALA LUMPUR: Seramai 768 remaja seawal usia 13 tahun, melahirkan anak yang sebahagian besarnya luar nikah sejak 2008 hingga bulan lalu, akibat pergaulan bebas.

Berdasarkan rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini saja, JKM mencatat 111 kes remaja bawah umur hamil berbanding 113 kes sepanjang 2009 dan 107 kes pada 2008.

Jumlah itu dipercayai lebih tinggi kerana ia berdasarkan kes dirujuk kepada JKM untuk mendapatkan perlindungan di Taman Seri Puteri, selain statistik tiga hospital kerajaan – Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Ada 135 hospital kerajaan di seluruh negara, tetapi usaha Berita Minggu mendapatkan perangkaan di kebanyakan hospital tidak berjaya, kerana antara lain alasan ialah isu sensitif dan bimbang dikenakan tindakan Kementerian Kesihatan.

Sebahagian remaja berkenaan membuat pengakuan sudah berkahwin kepada pihak hospital, ada mendakwa tidak tahu hubungan seks dengan rakan boleh menyebabkan kehamilan, malah ada kes mengaku dirogol.

Gambar dipinjam dari sini.
Bagaimanapun, remaja diklasifikasi kepada dua kategori, bawah 18 tahun dan bawah 16 tahun. Remaja bawah 16 tahun yang hamil dianggap sebagai kes rogol, walaupun atas dasar suka sama suka. Justeru, pasangannya boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada, manakala remaja di bawah usia 18 tahun akan dirujuk kepada JKM sebagai pelindung yang diwartakan.

Pengarah Bahagian Kanak-Kanak JKM, Noramni Mohd Yusoff, berkata pihaknya tidak hairan jika angka sebenar remaja bawah umur yang hamil lebih tinggi. “JKM hanya rekodkan kes dilapor atau memohon perlindungan. Statistik sebenar hanya boleh diperoleh dari hospital seluruh negara,” katanya kepada Berita Minggu.

Tinjauan di HKL dan HTAR, mendapati pada 2008 seramai 106 remaja bawah umur hamil luar nikah, manakala di HKL, 50 kes pada 2008, 67 kes (2009) dan sehingga Jun tahun ini, 38 kes.

Kajian Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL mendapati, kebanyakan remaja bawah umur ini tidak tahu hubungan kelamin boleh menyebabkan kehamilan.

Mereka melakukannya atas dasar ingin mencuba dan berseronok dengan rakan sekelas, kekasih yang lebih berusia selain ada juga kes mengaku dirogol.

Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, HTAR, Dr Mohamad Farouk Abdullah berkata, kajian 2008 mendedahkan kebanyakan remaja berkenaan berusia antara 14 hingga 18 tahun dengan majoritinya, berbangsa Melayu.

“Mungkin jumlahnya lebih lagi, tetapi tidak mustahil ada sebahagian yang menggugurkan kandungan. Memang jika kita lihat dari aspek sosialnya, keadaan ini teruk, tetapi dari sudut perubatan, jika mereka datang awal mendapatkan bantuan perubatan kita boleh membantu dari segi penjagaan sepanjang hamil,” katanya.

Beliau berkata, mendapat penjagaan kesihatan yang sempurna ketika hamil membolehkan remaja ini menginsafi kesilapan mereka, pada masa sama, memberi peluang mereka kembali ke sekolah.

Katanya, sepanjang 2008, 13,189 kelahiran dicatatkan di HTAR dengan 256 membabitkan kelahiran di kalangan remaja bawah umur. Daripada jumlah itu 75.8 peratus mengaku sudah berkahwin, 21.9 peratus tidak berkahwin sementara tiga peratus mendakwa dirogol. Kebanyakan mereka berpendidikan sehingga Penilaian Menengah Rendah (49.6 peratus), Sijil Pelajaran Malaysia (27.7 peratus), manakala bakinya hanya belajar setakat sekolah rendah.

Dalam konteks inilah Dr Farouk berkata, mungkin sudah tiba masanya untuk masyarakat berfikiran lebih terbuka dalam isu pendidikan seks di sekolah.

“Kebanyakan remaja yang hamil luar nikah ini tidak tahu hubungan intim boleh menyebabkan mereka hamil. Buat sekali tidak hamil, jadi mereka rasa tidak mungkin hamil dan lebih kerap melakukannya dan akhirnya hamil,” katanya.

Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL, Hasnah Sulaiman, berkata memang amat menyedihkan kebanyakan remaja bawah umur ini berbangsa Melayu beragama Islam. Malah latar belakang mereka terbabit ialah daripada keluarga berpendapatan rendah selain kurang ilmu mengenai sistem reproduktif manusia.

“Apabila ditanya, majoriti menjawab mereka buat atas dasar suka sama suka, berseronok-seronok dan tidak sangka boleh mengandung. Jika dulu kita mungkin kata remaja ini adalah bohsia atau minah rempit, tetapi rata-rata hari ini mereka adalah remaja biasa yang lazim kita temui di sekolah dan ada yang bertudung labuh,”

“Jika di HKL, dalam puluhan kes pasti ada lebih daripada satu kes remaja ini datang daripada keluarga yang porak peranda atau jika tidak bermasalah tetapi susah. Malah, kajian kami pada 2004 mendedahkan banyak kes membabitkan remaja yang tinggal bersama keluarga di rumah flat satu bilik,” katanya.
Inilah yang tidak mahu kita biarkan. Gambar dari sini.
Takut. Sangat menakutkan jika angka-angka perilaku yang rosak ini semakin meningkat. Sudah pasti akan naik jika kita hanya melihat dan menuding jari saja. Orang kita pula jika dianjurkan program mengenai isu sosial remaja, bukannya nak rajinkan diri menyertainya melainkan diwajibkan oleh jabatan. Kalau nak harapkan sukarela memang susah sangat nak kumpul kehadiran yang ramai. Paling teruk peserta lelaki.

Tak tahu kenapa orang lelaki amat sukar untuk mengahdirkan diri dalam program-program berbentuk kekeluargaan, keibubapaan atau pun rumahtangga? Padahal peranan merekalah yang sangat penting dalam memastikan institusi keluarga kukuh dan taat beragama.

Agaknya kenapa ya?

24.7.10

Bila anak-anak gadis menukar baju kurung kepada seluar jeans

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar kalian di hari Sabtu yang mendung ni? Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Kakchik dan cik abe alhamdulillah dua-duanya sihat. Sekarang ni kakchik di Zahra' sedang memantau para pengunjung yang datang. Hari ni jumlah pengunjung sehingga jam 11 pagi tidaklah seramai hari-hari Sabtu yang lain. Ramai... tapi tidaklah padat.

Dari perhatian kakchik sepanjang 2 jam di bahagian lobi perpustakaan ni semua remaja perempuan yang masuk memakai seluar jeans, bert-shirt paras pinggang dan bertudung kecil. Manakala beberapa orang kanak-kanak sekolah rendah berbaju kurung, berseluar panjang dengan t-shirt paras lutut dan bertudung paras dada. Oh, sekarang ada seorang remaja kolej datang dan berbaju kurung.

Apa yang kakchik nak sentuh di sini ialah remaja hari ini lebih gemar berseluar jeans atau seluar panjang berbanding berbaju kurung atau mana-mana pakaian yang labuh. Dalam hati kakchik ada rasa sayu dan kesian melihat pilihan pakaian mereka. Iya, alhamdulillah mereka masih berpakaian penuh walaupun tidaklah menepati ciri pakaian Islam yang menutup aurat dengan sempurna.

Banyak kekurangan yang kakchik lihat bila remaja suka berpakaian seperti di bawah:

Contoh kesilapan dalam berpakaian.

Of course la mereka tidak memakai kasut tinggi tapi kasut biasa atau selipar sahaja tapi pakaian atasnya sama macam gambar di atas. Kekurangannya ialah:
  1. Kurang sifat kelembutan seorang perempuan.
  2. Cara berjalannya agak laju
  3. Cara duduknya yang agak bebas, memanglah mudah nak melangkah dan memanjat tapi macam hilang seri keperempuanan gitu.
  4. Nampak tangkas - sepatutnya sifat ini ada pada lelaki tapi bila selalu berseluar kita sendiri pun dapat rasa kita lebih bebas bergerak.
  5. Ciri sopan-santun makin kurang 
  6. Tingkah-laku agak bebas
  7. Tutur-kata juga makin hilang lemah-lembutnya
  8. Ketawanya agak terbuka
  9. Dengan lelaki pun bebas bergaul.
  10. Tidak cantik.
Berpakaian begini pun cantik, sopan dan menutup aurat.
Ini pemerhatian kakchik ya bukan ambil fakta dari mana-mana kajian atau penulisan. Oleh kerana kakchik bekerja di tempat awam, jadi kakchik selalu memerhatikan tingkah-laku masyarakat kita terutama bila berkaitan dengan wanita, pakaian dan Islam.

Bukan bermakna bila kita berpakaian sopan seperti berbaju kurung, berjubah dan seumpamanya kita sudah baik segala-galanya, tidak... jangan fikir begitu kerana kita juga makhluk lemah dan tidak sempurna. Tapi amat berbeza sekali sikap dan sifat kita sebagai perempuan, wanita atau muslimah bila kita berseluar panjang.

Nampak manis dan sopan.
Secara peribadi kakchik rasa mendidik anak-anak perempuan berbaju kurung adalah lebih baik untuk iman mereka. Bukan sekadar nampak cantik tapi keayuan perempuan Melayu Islam juga terserlah. Manis dipandang dan insyaallah lebih baik akhlaknya.

23.7.10

Jika datang ke Kota Bharu jangan lepaskan peluang ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah selepas menjawab mesej di fb dan email di yahoomail dan gmail, barulah kakchik senang hati untuk mengemaskini blog kesayangan ni. Rasanya post untuk malam ni kakchik nak tulis perkara yang santai-santai saja agar kalian dapat membaca dengan mood yang tenang dan ceria.

Baiklah, apa dia yang menarik sangat di KB ni hinggakan kakchik ajak kalian tidak lepaskan peluang ni? Ok, ini adalah saranan kakchik lah sebab kakchik rasa amat rugi sekiranya anda datang bercuti atau zekali-sekala menziarahi teman atau keluarga tapi tidak mengambil peluang untuk melihat, menghadiri atau berkunjung ke beberapa destinasi yang akan kakchik kongsikan di bawah.

Kampung Pulau Melaka

Rumah Tok Guru di hujung Jln Tok Ku Hj Nik Mat. Agaknya yang mana rumah kakchik ya?
Ok, paling rugi kalau tak pergi ziarah ialah kompleks ilmu di Kampung Pulau Melaka. Ini bukan semata-mata nak promosi kampung sendiri tapi kerana di sinilah letaknya, rumah Menteri Besar Kelantan, Masjid Pulau Melaka, Maahad Tahfiz Nikmatillah, Maahad Darul Anuar dan SRI Al-Anuar. Datanglah bersolat fardhu terutama Subuh setiap hari ataupun Maghrib malam Jumaat, insyaallah anda dapat melihat (bagi yang perempuan) dan bertemu malah bersalam bagi yang lelaki dengan Tok Guru Hj. Nik Abdul Aziz. 

Papan tanda ni dekat je dengan rumah kakchik.

Masjid Tok Guru. Rumahnya di belakang masjid ini.
Bukan nak puja Tok Guru tapi inilah peluang untuk bertemu muka dan mendengar kuliahnya seorang Menteri Besar yang simple. Lihat sendiri kesederhanaan kehidupan seorang pemimpin rakyat yang tetap tinggal di rumah sendiri sejak menjadi Menteri Besar selama 20 tahun. Oh, lupa... hehe kakchik pun warga kampung ini.

Dataran Ilmu

Tok Guru sampai untuk memberikan kuliah beliau.
Dataran Ilmu telah dirasmikan kalau tak silap 2 tahun lepas yang mana sepanjang Jalan Dato' Pati dan Jalan Mahmud di KB dimanfaatkan sebagai dataran untuk aktiviti kuliah agama pada setiap hari Jumaat. Walaupun baru diberi nama Dataran Ilmu, kawasan jalan-jalan itu sebenarnya telah digunakan sebagai tempat kuliah agama di tengah bandar sejak negeri ini bertukar pemerintahan.

Banyak khemah disedikan sepanjang Jalan Dato' Pati.

Tok Guru sedang mengajar (memberi kuliah).

Solat hajat pun biasa dibuat di Dataran Ilmu selepas kuliah.

Pendengar lelaki pun ramai. Tua muda semuanya ada.

Muslimat bersolat di bawah khemah.
Setiap Jumaat jalan-jalan itu akan ditutup dari awal pagi hingga jam 12 tengahari untuk memberi laluan kepada 2 siri kuliah agama. Sesi pertama kuliah disampai secara bergilir-gilir oleh para EXCO dan ADUN Kerajaan Negeri manakala siri kedua ialah kuliah yang dinanti-nantikan iaitu kuliah agama dari Tok Guru Menteri Besar sendiri. Jika beliau uzur atau tiada dalam negeri barulah sesi beliau digantikan orang lain.

Awal pagi gerai baru buka.

Makin matahari naik, pelanggan makin ramai.

Beg tangan replika pun ada.

Aneka kuih-muih tradisi Kelantan.

Pelbagai jenis pulut. Fuh, terliur la pulak.
Selain kuliah agama, sekitar Dataran Ilmu dibuka peluang kepada peniaga-peniaga kecil yang menjual pelbagai jenis barangan, ubat tradisional, sayur kampung, makanan, pakaian dan peralatan ibadah. Yang tidak dibenarkan hanyalah menjual daging ayam, ikan dan lembu. Seluruh kawasan dipenuhi pendengar kuliah, peniaga dan pelawat. Anggaran kasar yang kakchik boleh buat mungkin minima 3 ribu orang hadir setiap Jumaat di situ.

Masih ada banyak lagi tapi malam ni cukuplah dulu dengan dua tempat itu.
Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs