Followers

31.5.10

Talian Hayat Untuk Gaza

PEMBUNUHAN TERBUKA DI LAUT LEPAS

Dunia Menjadi Saksi Atas Kekejaman Dan Sikap Keganasan Israel Di Perairan Antarabangsa Laut Mediterranean

KUALA LUMPUR, Mei 31 – PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.

HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.

“Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya,” tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia.

“Kami ingin menegaskan bahawa seluruh penduduk dunia yang diwakili oleh para sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dari lebih 50 buah negara yang berada di atas kapal tersebut itu, mengutuk sikap Apartheid yang ditunjukkan Israel itu sebagai satu tindakan yang amat kejam. Israel telah sedar bahawa modus operandinya selama ini untuk decimate ataupun meluluhkan bilangan rakyat sah warga Palestin daripada tanah tumpah darah mereka sendiri sebagai suatu tindakan bangsa yang bangkrap adab, akhlak, idea dan tamadun. Israel sudah tahu bahawa sudah ada gerakan antarabangsa yang kini sedang menjadi arus penentangan ke atas polisi luarnya yang amat menindas dan amat tidak berperikemanusiaan. Dakwaan mereka sebagai negara “underdog” yang dikepungi negara-negara Islam sudahpun lapuk dan kini Israel mahu mempamerkan yang ia mampu berlagak samseng di mata dunia untuk melangsungkan agenda kejinya itu. Ketahuilah, bahawa warga dunia tidak akan berpeluk tubuh terhadap sikap Apartheid Israel itu. Dunia TIDAK akan memaafkan Israel,” ujarnya lagi.

Pada bulan April yang lepas, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman menegaskan di dalam suatu sidang akhbar bahawa penglibatan HALUAN di dalam misi LL4G ini adalah untuk “expose to the public the crimes which is being inflicted by the Zionist Israel regime and its allies upon the citizens of Gaza and the Palestinian Nation as a whole”. Kini, buktinya telahpun jelas lagi nyata.

Rejim Israel mengisytiharkan bahawa permusuhan mereka bukan hanya kepada orang Islam tetapi semua bangsa dan agama yang menentang agenda zionisnya. Sebab itulah tanpa rasa malu mereka telah memusnahkan masjid, gereja, hospital, sekolah, universiti, kompleks pentadbiran, stesen janakuasa elektrik, tadahan air minuman dan semua yang diperlukan untuk kelangsungan hidup.
Rejim ganas ini PERLU disekat oleh kita semua, rakyat Malaysia.

HALUAN dengan ini menegaskan bahawa kami melalui gabungan semua NGO dan badan-badan lain yang menentang sikap degil dan kejam Zionis Israel akan “Bersatu Untuk Palestin”. Kami menyeru semua lapisan rakyat Malaysia agar menulis surat atau emel kepada Duta Besar Amerika, Britain dan Mesir di Malaysia untuk menyatakan solidariti kita menentang sikap mereka yang menyokong bangsa dan negara Israel yang terang-terangan amat keji itu.

Akhirnya kami memohon dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G dan menghancurkan Israel laknatullah.

Siaran Media
Hubungi: Encik Amran Baharum
Telefon: (+6) 019-225 4105 /251 4105
Web : www.lifeline4gaza.org
Emel : media@lifeline4gaza.org
Mei 31, 2010

30.5.10

Nasi Goreng Campur

Assalamualaikum dan salam Maghrib untuk semua.

Sementara menantikan waktu Maghrib yang tak lama lagi kakchik saja-saja nak kongsikan dinner kami malam ni yang sangat ringkas tapi cukup lengkap. Apa lagi kalau bukan nasi goreng. Tak tahu nak letak nama apa, asalkan nampak macam nasi goreng jadilah.

nasi + sayur-sayuran + telur dadar + ikan bilis goreng = nasi goreng campur

Sejak dok sendiri kakchik baru sikit-sikit tambah barang dan bahan di dapur tu jadi hanya ada yang basic je buat seminggu dua ni. Lagipun dalam masa yang sama dok train pekerja baru kat MariBaca tu jadi siang malam asyik ulang-alik ke sana. Insyaallah masuk tengah bulan Jun nanti, diorang dah boleh berdikari kot. Itulah yang kakchik harapkan.

Jadi sementara itu, kakchik nak penuhkan peti ais dengan bahan makanan yang perlu dulu. Dah lama juga tak memasak untuk kami berdua je. Sebelum ni asyik makan yang Ummi masak je setiap hari. Kalau kakchik masak pun makanan yang simple ala-ala western gitu.

Bolehlah mencuba pelbagai resepi yang dah lama dikumpul dari blog kawan-kawan ni. Isyk, bila ingat hal makanan, sapa tak kecur mulut kan? Anyway, selamat menjamu selera. Ringkas tak apa asalkan sedap, seimbang dan mengenyangkan.

Sedang mencari idea...

Assalamualaikum semua. Kakchik sedang mencari idea untuk menyusun-atur dalam rumah. Terjumpa pulak artikel menarik dari Beri Harian ni. Tengok gambar pun dah berkenan. Jom kita baca artikelnya. Panjang lah jugak tapi berisi...

Reka bentuk dalaman: Perancangan ruang
Bersama Hamidon Abdullah

2010/05/30

Perabot sesuai antara ciri perancangan ruang yang baik.

Susun atur ikut fungsi, perabot sesuai mampu cetus suasana positif

RUANG dalaman bangunan terbentuk daripada elemen-elemen struktur seni bina dan penutup yang merujuk tiang-tiang, satah yang menegak seperti dinding dan satah mendatar iaitu lantai. Elemen ini memberi bentuk kepada sesuatu bangunan itu dan seterusnya menjadi asas pembentukan ruang-ruang dalaman. Elemen ini turut menjadi tanda sempadan yang mengasingkan ruang dalaman dan luaran di sekelilingnya.

Ruang dalaman yang terbentuk hasil daripada binaan daripada elemen yang disebut tadi akan membentuk satu tanggungjawab kepada pengguna iaitu untuk memberi perlindungan (selesa untuk didiami), sedia berfungsi, cantik dari segi estetik dan memuaskan dari segi psikologi u untuk semua aktiviti. Semua ruang ini mempunyai fungsi sebagai pemberi perlindungan dan tempat berteduh. Namun fungsi ini tidak bermakna jika binaannya tidak dihasilkan untuk memberi kesan kepada psikologi manusia.

Ruang yang dihasilkan pula adalah pelbagai mengikut fungsi dan kegunaan. Baik ruang tertutup, ruang terbuka, ruang luas, ruang sempit dan ruang rendah, kesemuanya saling berhubungan baik di dalam mahu pun di luar rumah. Ia turut memberi kesan psikologi manusia seperti emosi, reaksi, sensasi dan motivasi kepada penggunanya.

Kehidupan manusia akan lebih sempurna jika ruang yang digunakan untuk membuat semua aktiviti itu direka dengan mengambil kira segala aspek keperluan manusia kerana sebahagian besar kehidupan dihabiskan di dalam ruang dalaman.

Ruang dalaman yang direka dan dirancang dengan baik seharusnya memberi kesan psikologi yang positif terhadap pemikiran dan tingkah laku penggunaannya. Sebaliknya ruang yang tidak dirancang dan diatur dengan tidak sempurna dengan tidak mengambil kira faktor keperluan manusia seperti fungsi ruang dan aktiviti, keperluan estetik serta keperluan alam sekitar akan mewujudkan pelbagai masalah dan menimbulkan kesan negatif terhadap pengguna ruang itu.

Keberkesanan fungsi dan ruang kualiti dapat direalisasi sekiranya segala keperluan yang dinyatakan itu diambilkira. Sesuatu binaan seni bina yang hebat dari pandangan luar tidak bermakna jika ruang di dalamnya tidak berfungsi dan pengguna sentiasa sengsara dan tidak selesa untuk tinggal lama di dalam kongkongan binaan seni bina itu

Ruang dan perabot

Ruang lebih berfungsi atau hidup andai diserikan dengan perabot di dalam ruang itu. Susun atur perabot dan peralatan dalam ruang adalah kesinambungan perancangan ruang dalaman. Selepas kita ketahui fungsi ruang dan mengenalpasti jenis perabot, proses seterusnya adalah mengatur kedudukan perabot mengikut kesesuaian penghuni rumah itu dan fungsi ruang.

Susun atur perabot yang menarik akan menambah keindahan ruang dan akan memuaskan hati pengguna. Susun atur perabot yang baik adalah merangkumi fungsi dan estetik. Susun atur perabot yang mengikut prinsip estetik akan memberi tambahan kepada kesan tarikan visual pada ruang dan membuat pengguna berpuashati sebaik melihatnya. Namun, jika susun atur perabot tidak mengambil kira nilai fungsi maka pengguna akan merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada susunan ruang dan pengguna akan berasa tidak puas hati dan mula cuba mengubah perabot ke sana sini sehingga memenuhi kehendak mereka. Oleh itu susunan perabot yang baik adalah gabungan kedua-duanya iaitu berfungsi dan menarik di mata pengguna.

Beberapa faktor perlu dipertimbangkan dalam susun atur ruang dan perabot :

Fungsi

Ruang akan berfungsi sekiranya ada aktiviti yang berlaku dan perabot sebagai pelengkap aktiviti. Ia hidup seseorang individu atau kumpulan yang akan menghidupkan fungsi ruang dalaman. Dengan mengetahui dan mengenali gaya hidup kita akan mengenalpasti fungsi sesuatu ruang. Sebagai contoh, ruang tamu digunakan untuk bersosial, termasuk meraikan tetamu. Susunan perabot seharusnya dirancang memuatkan sesuatu aktiviti kepada ruang sedia ada. Jika fungsi utama ruang tamu itu khusus untuk bersembang, adalah penting jika ia disediakan kerusi yang selesa.

Aliran laluan

Susunan perabot memerlukan laluan yang selesa tanpa gangguan dari satu ruang ke satu ruang. Perabot seharusnya diletak untuk mengarah laluan, menghalang laluan atau menunjuk arah laluan. Kawalan seperti ini cara terbaik kerana tidak memerlukan corak laluan trafik pada lantai.

Faktor manusia

Faktor manusia banyak mempengaruhi susun atur ruang kerana manusialah yang menggunakan ruang dan perabot. Kajian ukuran bentuk manusia adalah penting kerana menjadi standard dalam kiraan reka bentuk dalaman. Kajian ukuran manusia ini dipanggil ukuran Antropometrik yang merujuk ketinggian, berat dan isi padu.

Kesimpulannya, faktor yang dinyatakan itu boleh dianggap panduan bagi menghasilkan satu susun atur ruang dan perabot yang sempurna dan seterusnya menghasilkan satu reka bentuk ruang dalaman yang bermakna kepada penghuni. Setiap faktor yang dijelaskan memberi sumbangan antara satu sama lain kepada kejayaan kepentingan yang sama dan sekata.

'I heart your blog' dari Nadiah

I heart your blog

Assalamualaikum dan salam pagi ahad yang ceria untuk semua. Pagi ni sebelum bersiap nak ke pejabat kakchik nak kongsikan award yang diterima dari teman blogger yang juga kakchik semasa di usm dulu iaitu Nadiah (Bicara Hati).

Terima kasih untuk Nadiah sebab suka kat blog kakchik yang serba rojak ni. Blog Nadiah pun kakchik suka, intelektual dalam santai. Blog kakchik ni asal niatnya nak cerita tentang hal keluarga saja tapi lama-kelamaan jadi macam-macam isu dah.

Kakchik nak lanjutkan award ini kepada semua kawan-kawan yang tersenarai di dalam bloglist kakchik kat tepi tu. Sila sudi menerimanya. Blog kalian tak akan kakchik senaraikan kalau kakchik tak heart kan?

29.5.10

Hebatnya Perkataan 'SALE'

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Farah Salwa sekeluarga di Paka tu kakchik doakan segera sihat dari serangan demam. Kesian anak-anak kecil, moga Allah belas ke atas mereka dan cepatkan semuanya sihat.

Kakchik baru balik dari kedai ni. Malam ni memang ramai sungguh pengunjung di shopping mall tu. Agaknya sebab orang baru terima gaji dan kebetulan pula cuti hujung minggu ni agak panjang. Buat pertama kalinya MariBaca beroperasi hingga ke malam hari. Alhamdulillah... walau pun penat sikit perlu berulang-alik dari rumah ke kedai, insyaallah kakchik masih boleh bertahan. Ramai lagi orang yang nak survive hidup buat kerja lebih dari kakchik.

Satu yang menarik kakchik perhatikan ialah bila banyaknya digantung poster-poster bertulis SALE, maka ramailah pelanggan yang tertarik untuk masuk ke dalam kedai. Kakchik pun sama juga bila kakchik menjadi pelanggan. Perkataan SALE ni memang keramat kot.

Sejak minggu lepas, kat lobi Kota Sri Mutiara tu diadakan SALE pelbagai jenis beg tangan dan juga barangan bilik tidur seperti cadar. Dari 20% hinggalah harga runtuh 70%. Memang nafsu jahat tu nak sangat tengok beg-beg tangan tu tapi alhamdulillah masih menang pujukan nafsu baik agar kaki melangkah terus ke kedai sendiri menaiki lif. Kalau kakchik naik escalator, godaan lagi besar.

Dari atas kakchik tengok bermula 25 Mei orang mula ramai berkerumun di mana-mana saja yang ada perkataan SALE. MariBaca pun tidak ketinggalan menyahut seruan yang sama. Lagipun hari tu wakil PTS ada mencadangkan agar kami membanyakkan poster-poster SALE di dalam kedai. Nampaknya sejak menampal SALE di sekitar kedai, ada perubahan besar pada pola pengunjung dan pembeli. Alhamdulillah. Moga-moga pola itu terus berkembang kepada yang lebih positif selepas ini.

Tak lama lagi Ramadhan akan tiba. Kakchik bercadang nak buat SALE untuk beberapa genre buku terpilih sesuai dengan bulan yang mulia tu. Nanti kawan-kawan jemputlah membeli-belah di MariBaca dan AbayaElegan ya. Special discount hehe.

Kakchik memang kena belajar banyak lagi dari usahawan dan orang-orang bisnes yang lebih berjaya. Bisnes kakchik masih belum stabil, hutang pun masih banyak. Tapi minat punya pasal, kononnya nak mencontohi isteri Nabi Muhammad saw, Saiyidatina Khadijah r.a. Masih jauh perjalanan ini.

Kena ingat tu... SALE.

Pakistan buat laman sosial serupa facebook

Assalamualaikum dan salam pagi ceria semua.

Kakchik tak tahu sama ada teman-teman dah tahu atau tidak pasal fb ban penggunaan laman sosial itu di Pakistan. Khabarnya selepas Pakistan mengadakan demo besar-besaran minggu lepas menentang satu penganjuran melukis gambar Nabi Muhammad saw di dalam satu grup di fb, keseluruhan negara tu telah diban dari fb.

Orang Islam seluruh dunia minta fb menutup akaun fb kumpulan itu tapi pihak fb memberi alasan bahawa itu adalah FREEDOM OF SPEECH tapi bila seorang individu sengaja membuka satu akaun kumpulan mencela hitler (terkenal seluruh dunia akan kejahatannya) cepat saja pihak fb menutup akaun individu itu dan menghantar email mengatakan dia telah mengkhianati HAK ASASI.

Cuba baca di sini kalau tak percaya. TWO FACES OF FACEBOOK

Sebentar tadi cik abe dok membaca akhbar online dan dia terbaca satu berita bahawa Pakistan telah pun membina satu laman sosial serupa fb. Canggih juga orang Pakistan ni. Cuba tengok skrin di bawah:


Kakchik belum sign up pun. Kejap lagi nak cuba tengok. Kalau tengok sepintas lalu semuanya nampak sama macam fb. Banyak cabaran yang akan pihak millatfacebook hadapi nanti. Bukan mudah...

Itu sajalah perkongsian pagi ni. Jika rasa prihatin, sama-samalah kita usahakan atau doakan agar perbuatan jahat dan khianat musuh-musuh Islam akan dapat kita patahkan dengan kebijaksanaan.

Allahu'alam.

28.5.10

Semuanya cantik dan feminin

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Entri ni hanya suka-suka nak kongsikan minat dan angan-angan kakchik. Sekarang ni di kalangan pemakai pakaian sunnah, abaya, makin ramai yang mencari abaya jenis rama-rama (butterfly abaya). Jadi kakchik pun saja-saja search dari kedai-kedai online nak tengok secantik manakah abaya-abaya ini.

Ini antara yang kakchik jumpa dan suka.

Dijual oleh Sunnahstyle.com pada harga US$51.99


Dijual oleh Sunnahstyle.com pada harga US$49.99


Dijual oleh Sunnahstyle.com pada harga US$49.99

Sebenarnya kebanyakan abaya yang di jual di Sunnahstyle sangat kakchik berkenan. Shaylanya panjang dan lebar. Patutlah pemiliknya meletakkan nama Sunnahstyle, memang sesuai sekali.

Hanya mahu tamatkan satu semester saja lagi

Assalamualaikum semua. Salam Jumaat yang mulia.

Dugaan Allah sentiasa ada sementelah pula kita ini banyak tak sempurnanya. Nampak macam baik tapi orang tahu yang kakchik ni bukanlah baik sangat seperti yang disangka. Cuma belajar untuk menjadi manusia baik. Nak sebaik orang-orang yang lain tak mampu. Tak terlawan.

Sikap kakchik ada banyak yang menyusahkan orang sebenarnya. Rentak kakchik bekerja dan menguruskan keluarga mungkin sukar untuk diterima oleh sesetengah orang. Kakchik memang seorang yang degil.

Semester ini semester terakhir. Tempoh 4 tahun pengajian diploma pendidikan awal kanak-kanak ni pada mulanya dirasakan sangat lama, tapi bila sampai ke semester ini kakchik rasa macam cepat sangat masa berlalu. Kalianlah yang banyak memberikan sokongan, dorongan, semangat dan bermurah hati sentiasa mendoakan kejayaan kakchik.

Tiada lain hajatnya, mahu tamatkan pengajian dengan keputusan yang terbaik. Mahu mencapai target peribadi yang kakchik idamkan semasa awal membuat keputusan untuk belajar dulu. Banyak cabarannya. Bukan semua orang boleh faham.

Hari ni takde tutorial jadi kakchik ambil masa cuba membuat persediaan awal untuk menjawab soalan tugasan yang telah diberikan. Insyaallah Jumaat depan, senang sedikit perbincangan di dalam kelas. 

Hanya semester ini saja, sabarlah wahai kakchik. Cubalah berubah bukan kerana orang tapi kerana Allah.

27.5.10

Jawapan kepada komen teman-teman di post sebelum ini

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Terima kasih banyak atas kesudian kalian singgah dan cuba menenangkan hati kakchik. Insyaallah kakchik akan balas satu demi satu komen kalian di sini.

Jue: Wa'alaikummussalam. Maafkan kakchik ya, tak dapat nak luahkan lebih dari itu. Tapi prihatin Jue telah banyak membantu. TQ dik.

Tukang Kata: Syukran. Kakchik ingat sangat kat buku La Tahzan tu. Saat macam ni kalau dibaca juga lagilah sedih rasanya.

Ani: Wa'alaikummussalam Ani. Maafkan kakchik takleh nak jawab.

Irma: Wa'alaikummussalam. Terima kasih dik. Memang benar.

Ika: Wa'alaikummussalam Ika. Amiin... moga Allah tunjukkan kebenaran.

Wa'alaikummussalam Catlina. Terima kasih banyak. Hopefully I'm that strong sis. Trying to brave the situation is quite hard even though my husband is always besides me. He also is clueless. Insyaallah... call me k.

Noorma: Waktu makan Noorma tak tentu masa ya. Dok rumah ok je kalau gitu... sumber makanan dekat hehe. Kalau dok keje ofis, cepat lapar dan cepat letih. Betul kata Noorma tu, tapi yang ni sangat menyentuh hati kakchik sebab terlalu ..... Sedih mengingatkannya.

Wa'alaikummussalam Hana. :) kakchik minum air arab dulu la ya, bagi tenang sikit. Terima kasih ya Hana, datang tolong console kakchik. Masalah dari sumber sekitar je.

Terima kasih Syafrizal. Insyaallah, itulah yang diharapkan.

Wa'alaikummussalam K.Atie. Huhu, kakchik bukannya baik sangat kak... biasa-biasa je. Kan nanti orang-orang tu baca dia kata kakchik nak menunjuk-nunjuk pula. Nak kawan-kawan puji. Dalam keadaan 'uzur' ni hanya mampu berdoa kak. Hati dah tenang tapi sedih tetap ada.

Sha, jangan risau ya. Insyaallah masalah kecik je... kakchik ni yang lemah semangat. Kena uji sikit dah berlebih-lebih.

Wa'alaikummussalam kak e. Insyaallah kakchik cuba kak. Sayu hati ni bila diingatkan kata-kata diorang. Tafsiran yang salah terhadap kita. Tenang baca ayat terakhir kak e tu.

Hani: Wa'alaikummussalam. Syukran Hani. Bertuah kakchik punya ramai teman yang ambil berat. Nak balas macamana pun tak tahu.

Aja: PHD.. memang mudah menggoda manusia. Kalau boleh nak juga biar sangkaan manusia tu selari dengan sangkaan Allah. Tapi hati manusia mudah PHD kan?

Kakasma: Terima kasih banyak kak. Tak tau nak kata kak. Suami pun dok tanya, siapa? Kenapa kakchik sedih? Susah nak cakap kat dia. Kita ada masalah dengan orang lain dan kalau bagitau kan nanti dia pulak yang marah kat orang tu. Jadi kakchik cuba sabar. Nak tunggu masa yang sesuai untuk bersemuka. Minta penjelasan.

Semoga jawapan kakchik walaupun tidak jelas akan memuaskan hati sahabat semua. Nak jawab dengan jelas, nanti kan ramai yang akan terasa hati pulak. Lemah kakchik nanti. Terima kasih banyak-banyak atas prihatin teman-teman semua. Semoga jasa kalian menyejukkan hati kakchik akan mendapat ganjaran Allah atas keikhlasan hati kalian. Kakchik sayang sahabat semua.

Sedih... sedih bila ada yang buruk sangka

Assalamualaikum wr wbt.

Hati sangat terluka
Terasa saat ini juga mahu membawa diri jauh dari sini
Ya Allah...

Penting Menikmati Sarapan

Assalamualaikum dan salam pagi ceria kepada semua teman-teman yang sudah tentu di kala ini sedang sibuk di rumah masing-masing atau mungkin juga sudah ada yang dalam perjalanan ke tempat kerja.

Walau apapun keadaan kita, jangan kita lupa untuk bersarapan.

sardin roll + karipap ubi + kopiko

Sarapan ni penting ya. Elok sangat kita ambil berat soal sarapan ni. Nak bekerja, badan kita perlu sihat dan cukup stamina. Barulah kita lebih bersemangat.

Bacaan tambahan:

Penting menikmati sarapan


SELEWAT mana pun anda bangun tidur, pastikan anda makan sesuatu. - Gambar hiasan.


INGIN ketahui rahsia untuk menjadi bijak, gembira dan langsing tubuh badan? Jangan sesekali tinggalkan sarapan pagi!
Namun ramai yang tidak menyedari perkara itu. Memulakan hari dengan sarapan pagi adalah penting bagi membantu seseorang untuk berfikir, merasa dan kelihatan lebih baik. Ia juga penentu suasana untuk hari itu yang seterusnya.
"Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa mereka yang kerap mengambil sarapan pagi mempunyai sikap yang lebih positif, langsing dan mempunyai prestasi mental yang lebih baik," kata pakar nutrisi Nestle Malaysia, Cher Siew Wei.
Ini kerana badan kita menggunakan gula atau glukos dalam darah untuk tenaga. Apabila kita bangun daripada tidur, paras gula dalam darah adalah rendah kerana kita 'berpuasa' semalaman. Jadi, dengan pengambilan sarapan pagi yang penuh khasiat dan seimbang, ia akan membantu menyumbangkan tenaga yang cukup untuk memulakan hari anda.
Berat badan dan mood
Siew Wei berkata, memulakan hari dengan sarapan yang seimbang khasiatnya mempunyai kesan positif ke atas kepekaan, tumpuan dan membantu pelajar dan pekerja meningkatkan sikap yang positif terhadap pelajaran atau tugas masing-masing.
"Tidak menghairankan, jika diberi sarapan yang kaya dalam karbohidrat yang kompleks seperti roti jagung, minuman bijirin penuh dan sarapan bijirin penuh, akan meningkatkan paras glukos otak," kata beliau.
Makan untuk turunkan berat badan mungkin satu konsep yang paradoks kepada sesetengah orang. Namun begitu, kajian telah membuktikan bahawa makan sarapan pagi membantu membendung selera anda untuk hari berkenaan di samping mempertingkatkan metabolisme . Ini sudah pasti membantu seseorang untuk mengurangkan berat badan.
Siew Wei berkata, peningkatan metabolisme bermula dengan pembakaran maksimum jumlah kalori untuk menjana aktiviti anda.
Adakah anda seorang penggemar karbohidrat yang sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan? Sarapan pagi adalah masa terbaik untuk mengambil karbohidrat memandangkan anda mempunyai masa sepanjang hari untuk membakar dan menggunakannya sebagai tenaga untuk badan dan otak untuk bekerja. tetapi, pastikan untuk memilih bijian penuh yang tinggi serat.
Pengambilan karbohidrat waktu pagi adalah 'lesen' untuk anda tanpa menjejaskan usaha menguruskan badan.
Siew Wei berkata, mereka yang meninggalkan sarapan pagi juga dilihat cenderung memilih makanan yang mengandungi tinggi kalori pada waktu makan berikutnya. Untuk jangka panjang, ini boleh membawa kepada pembentukan penyakit kronik.
"Banyak kajian menunjukkan hubungan antara pengambilan sarapan pagi dan pengurusan berat badan. Satu kajian oleh Jurnal Penyelidikan Obesiti pada 2002 melaporkan bahawa 3,000 sukarelawan di Amerika Syarikat mendapati 78 peratus daripada mereka berjaya mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan itu hasil pengambilan sarapan pagi setiap hari.
"Hasilnya mendapati bahawa pengambilan sarapan pagi setiap hari adalah satu bentuk lumrah untuk mengekalkan penurunan berat badan," kata beliau.
Rutin pagi
Satu lagi kajian oleh Universiti Texas, El Paso di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa mengambil sarapan pagi boleh meningkatkan pengeluaran leptin, sejenis hormon yang menyekat selera.
Bagaimanapun kajian Nutrisi Dewasa Malaysia (2003) menunjukkan bahawa satu daripada 10 orang dewasa Malaysia tidak mengambil sarapan pagi.
Satu kajian bersama oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Nestle mengenai Status Nutrisi dan Tabiat Diet Pelajar Sekolah Rendah di Malaysia (2007-2008) menunjukkan bahawa satu daripada tiga pelajar sekolah rendah pergi ke sekolah dengan perut kosong.
Alasannya? Daripada 11,371 pelajar sekolah rendah, 45 peratus berkata, mereka tidak mengambil sarapan pagi kerana tidak mempunyai masa, 22.2 peratus tidak lapar manakala 17.6 peratus tidak berselera.
"Tiada selera atau tiada masa untuk sarapan pagi adalah sama dengan 'saya tidak mempunyai masa untuk bersenam' sebagai alasan," kata Siew Wei.
"Jika anda mahu membiasakan semula diri untuk bersarapan pagi tetapi 'tiada selera' menjadi halangan, mulakan dengan sesuatu yang sedikit dan senang untuk disediakan dan tumpukan perhatian untuk menjadikannya sebagai sebahagian daripada rutin pagi," katanya.
Tiada istilah lambat untuk sarapan pagi! Sarapan pagi ditafsirkan sebagai hidangan pertama pada hari anda yang perlu diambil dalam tempoh satu jam selepas bangun daripada tidur.
"Jadi, walaupun anda bangun hampir waktu makan tengah hari, makanlah sesuatu. Ia masih dianggap sarapan pagi," kata Siew Wei.
Sesetengah kita mungkin memilih untuk menunggu waktu makan tengah hari dan mengambil kedua-duanya sekali. Siew Wei menasihatkan agar ini tidak dilakukan.
"Sarapan pagi adalah permulaan pengambilan makanan selepas 'berpuasa' waktu tidur, jadi sekiranya anda bangun lewat, jangan tunggu untuk hidangan makanan selepasnya. Makan dulu sesuatu.
"Anda tidak boleh menggantikan sarapan pagi dengan memakan lebih pada waktu makan tengah hari. Ia tidak berkesan cara itu. Malah, ia boleh membahayakan tubuh dan kesihatan," katanya. - Bernama
Jom sarapan!

26.5.10

Hadiah dari Mekah

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Sedang buat apa tu...?

Sudah tentu ramai yang sedang melayari internet di saat ini. Dah 11 malam ni kalau student mungkin sambil study sambil blogwalking kan? Yang bukan student pulak sambil buat kerja rumah tangga, sambil update blog dan blogwalking juga. Ada yang lagi hebat, multitasking, sambil lipat kain, tengok tv, blogging, layan suami dan anak-anak. Fuh, hebat sungguh kaum wanita kita, hehe. Bukan senang nak imbangkan semuanya tu.

Bagi orang yang takde anak macam kakchik ni, malam-malam cam ni kalau tak membaca buku, menziarahi blog kawan-kawan, membuat kunjungan balas, sudah tentu mengemaskini blog. Itu pun kalau ada idea la kan.

Malam ni kakchik teringat nak kongsikan hadiah yang kakchik terima dari seorang adik junior sekolah dulu yang baru balik dari Umrah. Baik hati sangat adik kakchik tu sebab dia ingatkan kakak seniornya ni. Bukan setakat dia tolong mendoakan kakchik malah bawa balik buah tangan pula.

Memang dia tahu kakchik sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat, jadi semua buah tangannya adalah ubat untuk membantu usaha-usaha kakchik. "Terima kasih banyak-banyak Ayu sebab ingatkan kakchik. Semoga Allah permudahkan jodoh Ayu dan berkati budi baik Ayu terhadap kakchik. Tak terbalas rasanya."

Inilah dia hadiahnya:
Celak Mekah pun ada :)

Insyaallah kesemuanya akan kakchik manfaatkan sebaik-baiknya. Mana tahu, kali ini usaha kakchik dan cik abe berhasil dibantu pula dengan kedua-dua jenis ubat ini. Semoga selamatlah hendaknya.

Kita semakin hilang budi bahasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar hari ni? Apa khabar IMAN kita? Adakah makin turun, mendatar atau naik? Jangan merudum terus sudah la ya. Moga-moga kita sama-sama dapat nasihat-menasihati agar IMAN kita meningkat. Janganlah biarkan kita sorang je yang makin baik dan 'berjurus' sedangkan ahli keluarga dan teman-teman kita lalai dan leka. Tak baik macam tu sebab itu tandanya kita tidak bertanggungjawab kepada ahli keluarag dan masyarakat. So... hari ni, JOM kita buat lebih banyak kebaikan berbanding semalam.

Pagi ni kakchik nak sentuh sikit pasal BUDI BAHASA.

Gambar ihsan Laman Web Pusat Sumber Al-Ghazali, IPGM Kampus Pendidikan Islam

Sepanjang 5 tahun menjadi blogger ni kakchik sendiri melalui beberapa fasa perubahan dalam komitmen dan kandungan penulisan blog-blog kakchik. Sepanjang itu juga kakchik kenal dan bertemu secara maya pelbagai karektor orang. Ada yang peramah, sopan santun, tegas, kasar malah ada pelbagailah. Kalian pun boleh senaraikan.

Dari pengalaman 5 tahun tu yang paling ketara yang kakchik lihat perubahannya ialah semakin hari semakin ramai blogger yang mula hilang BUDI BAHASA sama ada dalam tulisan-tulisan di blog mahupun bila singgah di mana-mana blog milik orang lain. 

Maksud kakchik di sini ialah CARA KITA SAPA-MENYAPA di kotak jerit, shoutmix atau chatbox dan juga di kotak komen. Mungkin kerana sekarang ni ramai blogger yang muda-muda remaja di kalangan pelajar kolej dan universiti. Kakchik pulak dah 30an tentu kalian kata zaman berbeza, cara pun berbeza. TAPI kan, ISLAM tak pernah berbeza kan... BUDI BAHASA ni bukan saja adat resam Melayu atau bangsa lain tapi juga DIDIKAN agama kita iaitu ISLAM.


Kakchik agama-agama lain juga mengajar penganutnya tentang budi bahasa ni. Hormat-menghormati dan BERAMAH-TAMAH sesama kita. Barulah setiap perkenalan itu boleh dirasai kesan yang berpanjangan.

Contoh-contoh hilangnya budi bahasa:
  1. TIADA SALAM - bukankah kita dari kecil lagi sudah dididik bila ke rumah orang mesti memberi salam. Bukan susah pun... ASSALAMUALAIKUM! Satu nafas saja. Paling tidak, SALAM. Kalau orang bukan Islam boleh kata HAI atau HELLO. Salam itu tandanya kita mendoakan kesejahteraan kepada tuan rumah atau orang yang baru dikenali. Maaf ya sebab kakchik nak pinjam mesej yang ditinggalkan di shoutmix sebagai contoh agar dapatlah diubah. Kakchik pun manusia yang lemah iman tapi kakchik ada tanggungjawab sebagai teman untuk menegur. Semoga Allah permudahkan. Contoh:
    • singgah..
    • tumpang kentot
    • [link]
    • dan seumpamanya
  2. KURANG SOPAN - Sambil blogwalking tu kalau nak tinggalkan jejak, cek dulu siapa tuan rumahnya. Lebih muda atau lebih tua dari kita. Gunakan bahasa yang sesuai sebagai tanda kita singgah di blognya dan menghormati blogger itu sebagai tuan rumah. 
  3. MENCARUT - Entah kenapa akhir-akhir ni banyak betul blogger yang menggunakan bahasa mencarut ni. Kalau nak marah sikit tulis blog dengan perkataan-perkataan mencarut yang suatu ketika dulu hanya kita boleh dengar melalui filem-filem dari Barat. Tapi hari ni, lelaki atau perempuan, dua-dua macam biasa saja menggunakan perkataan-perkataan tidak baik itu. Lagi sedih bila penulisnya perempuan yang bertudung. Tiada cerminan kita itu perempuan Islam.


Mungkin ada banyak lagi tapi kakchik hanya tuliskan yang paling ketara saja. Sebagai orang Islam, kakchik malu dan sedih dengan perkembangan negatif ni. Berbudi bahasa adalah amat selari dengan didikan Nabi Muhammad s.a.w. yang terkenal mempunyai AKHLAK YANG MULIA. Bila kita tiada atau kurang budi bahasa, kita seolah-olah tidak minat atau mungkin masih JAHIL tentang agama kita sendiri.


Apa guna kita belajar tinggi, di kolej itu di universiti ini tapi bahasa kita tidak menunjukkan tahap akademik kita yang sebenarnya. Sekali baca hati terasa sedih dan berkata, "Inikah pelajar universiti kita hari ni?" Sepatutnya semakin maju negara kita, semakin canggih perkembangan akademik kita, semakin BAGUSLAH juga ADAB dan PERLAKUAN kita.

Untuk adik-adik terutamanya, kembalilah kepada Islam. Ambillah peluang usia muda itu untuk membetulkan akhlak dan halatuju hidup kita. MATI boleh datang bila-bila masa saja. MALAIKAT pun mencatat setiap apa yang kita sebut, setiap apa yang kita tulis. Biarlah catatan para Malaikat itu mengenai diri kita lebih banyak yang baik berbanding yang buruk. Bila banyak budi bahasa, insyaallah akhlak kita juga juga makin baik. Yakinlah, bila akhlak kita banyak yang baik, kalau kita mati sekarang, kita tidak mati SIA-SIA.

Maafkan kakchik di atas teguran di atas. Menegur kerana sayangkan teman-teman kerana Allah. Kakchik bukan ustazah, bukan juga orang yang belajar agama secara formal. Hanya seorang hamba Allah yang cintakan saudara seagama dan masyarakat kita yang berakhlak.

Allahu'alam.

25.5.10

Selera kurang

bila ada masalah
bila sakit
bila tengah sedih
bila banyak kerja
bila dateline makin dekat
bila nak exam
bila kena marah
bila orang kata tau makan saja
bila otak bercabang
bila nampak gambar tragis
bila tengok darah
bila sakit gusi atau gigi
bila tekak rasa geli-geleman
bila TAKDE SELERA...

24.5.10

Tiada Kedai Judi di Kelantan, Lesen Jual Arak Dihadkan


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Semalam kakchik ada membaca satu forum perbincangan di Gengblogger mengenai lesen Judi Bola yang telah pun diluluskan oleh Kerajaan Malaysia kepada Syarikat Berjaya Group yang memiliki Sportstoto. Semua orang Islam pun tahu, JUDI itu HARAM cuma ada yang bebal, suka juga berjudi.

Sedikit nasihat dari Ust. Zaharuddin (www.zaharuddin.net):
NASIHAT

Buat menteri dan pihak berkuasa yang beragama Islam khususnya, sedarilah tegahan Allah :

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-baqarah : 219)

Dan juga larangan selanjutnya

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)

Berbalik kepada perbincangan dalam forum tu, ia menarik ramai peserta kerana isu ini berkaitan dengan agama. Bahkan ianya berkait pula dengan politik. Tuduh-menuduh pun ada. Kakchik hanya tertarik untuk menulis pasal ini kerana ada beberapa peserta forum itu membuat dakwaan melulu mengatakan di semua negeri pembangkang juga ada tempat berjudi dan dia tekan sangat pasal Kelantan (w/pun tak sebut nama). MAAFKAN Kakchik ya, sebelum membuat kenyataan tu buatlah kaji-selidik dulu. Bagi orang yang membaca penyataan-penyataan berat sebelah tu, anda juga kakchik nasihatkan buat kajian lanjut, jangan terima bulat-bulat hanya kerana orang yang menulis tu pandai bermain kata-kata.

Untuk makluman kita semua KUASA MENGELUARKAN LESEN JUDI & ARAK NI KUASA KERAJAAN PUSAT, Kerajaan Negeri hanya berkuasa mengeluarkan LESEN PREMIS. Kat Kelantan ni lesen premis judi telah dimansuhkan sejak 1 Januari 1993 lagi manakala lesen premis jual arak telah dihadkan kepada beberapa kedai makan atau restoran cina yang hanya dikunjungi oleh orang bukan Islam. Mungkin ada orang yang dapat lesen untuk membuka pusat judi tapi nak buat bisnes tak boleh di mana-mana premis dalam Kelantan. Kalau buat juga, itu adalah secara haram mengikut undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan Negeri Kelantan. (Sila rujuk Scribd di bawah).

Kakchik quote tulisan dari blog Justice For All mengenai undang-undang berkaitan pelesenan judi dan arak:
a) Perlembagaan Persekutuan,
b) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953
c) Akta Pertaruhan Pool 1967
d) Akta Perlesenan Perniagaan 1948

Perlembagaan Persekutuan

JADUAL KESEMBILAN


[Perkara 74, 77]

Senarai Perundangan

Senarai I—Senarai Persekutuan

4. Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan, termasuk—

(l) Pertaruhan dan loteri

Dan negeri hanya kawal panggung wayang sahaja..

Senarai II—Senarai Negeri


(f) Pelesenan panggung, panggung wayang dan tempat hiburan awam.

Lesen Perniagaan (perjudian) di seluruh negeri adalah diproses dan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pelesenan di bawah kuasa-kuasa dalam Akta Perlesenan Perniagaan 1948. Pihak Berkuasa Pelesenan adalah Presiden-Presiden Majlis Perbandaran, Pegawai Daerah dan Pegawai-Pegawai yang dilantik oleh Menteri Persekutuan sebagai Pihak Berkuasa Pelesenan.

Pihak Berkuasa Pelesenan adalah melaksanakan tugas-tugas mereka di bawah kawalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Persekutuan. Ini adalah disebabkan bahawa Akta Perlesenan Perniagaan 1948 telah pun diisytiharkan sebagai undang-undang Persekutuan sebagai mengikut Perlembagaan Persekutuan. Di bawah Ordinan tersebut, Kerajaan Negeri tidak ada kuasa di sisi undang-undang untuk memberi apa-apa arahan kepada Pihak Berkuasa Pelesenan supaya tidak mengeluarkan Lesen Perniagaan yang dipohon oleh pemegang Lesen Pertaruhan Pool.

Dan kerajaan negeri, hanya ada kuasa hadkan premis judi melalui Pihak Berkuasa Tempatan iaitu melalui Undang-Undang Kecil [Penggunaan Premis-Premis]. Undang-Undang Kecil ini adalah dibuat di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1961, dan oleh itu ditadbir oleh Kerajaan Negeri. Harus diingat, kerajaan negeri hanya boleh hadkan premis atau tempat judi, bukannya lesen judi.

Jadi kerajaan negeri hanya boleh kawal judi untuk umat islam sahaja, bukannya lesen judi... ini boleh dilihat dalam enakmen negeri masing-masing..

Bila sentuh isu judi, isu ARAK juga akan turut berkait kerana ia ialah dua perkara yang sangat sensitif di kalangan masyarakat Islam. Bagi orang luar Kelantan, cerita dan berita yang melibatkan orang Kelantan sama ada pasal arak dan judi, akan riuh seMalaysia seolah-olah Kerajaan Negeri ini membenarkan semua itu berlaku dengan mudah sekali. Dalam bidang kuasa yang ada itu Kerajaan Negeri melalui MPKB-BRI telah berusaha sebaik mungkin mengawal, memantau kes-kes judi dan arak yang dilapurkan.

Tak baik tuduh membabi buta saja pasal kedai judi di sini. Sejak 1 Januari 1992, semua lesen premis judi telah dihapuskan. Maknanya tidak boleh buka bisnes judi di sini. Kota Bharu dan bandar-bandar lain bersih dari Sportstoto, Magnum atau seumpamanya. Datanglah sendiri dan carilah di seluruh negeri tak pernah nampak premis judi.
Dalam surah al-Baqarah ayat 219 Allah berfirman yang bermaksud, “Mereka itu bertanya kepada engkau darihal tuak (arak) dan judi. Katakanlah kedua-duanya itu dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. Mereka bertanya kepada engkau, apakah yang akan mereka nafkahkan? Katakanlah: sekadar berlebih daripada hajatmu. Demikian Allah menerangkan kepadamu beberapa ayat, mudah-mudahan kamu memikirkan.”
Begitu juga pasal tempat menjual arak. Memang ada permohonan dan ada lesen premis yang diluluskan tapi jumlahnya teramat kecil dan dikawal. Ada syarat-syarat tertentu yang akan diperiksa sebelum penjualannya dibenarkan.

Entahlah... kakchik ni orang KB, hampir setiap hari pun ke sana-sini sekitar beberapa bandar utama di sini. Tak pernah jumpa atau nampak kedai judi.

Untuk rujukan, sila lawat website tadahanwahyu (kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan) untuk melihat perubahan-perubahan pentadbiran yang dibuat oleh kerajaan negeri selama ini. Di sini ya: http://tadahanwahyu.tripod.com/baru.html

Wallahu'alam.

23.5.10

ONLINE BEST FRIEND AWARD-TAG

Assalamualaikum wr wbt kepada semua teman-teman.

Malam ni kakchik ingat nak membayar hutang tag yang ada dan juga menampalkan award-award yang kakchik terima dalam minggu lepas dan minggu ni. Minggu lepas kakchik terima award-tag dari FARAH SALWA @ Mommy Otai. Malam ni baru ada masa nak selesaikan tagnya.

ONLINE BEST FRIEND AWARD-TAG

Terima kasih Farah Salwa atas pemberian hadiah ini kepada kakchik. Kita memang dah macam best friend kan walhal kita cuma kenal di alam maya saja. Entah bila Allah nak takdirkan kita bertemu hehe. Ok, ini soalan pertamanya:
Write 5 interesting facts about the person who gave you this award
  1. Mula kenal Farah kerana dia suka memasak. Dulu-dulu singgah sebab selalu nak tengok masakan baru, dapat mencuci mata.
  2. Dalam mengenali Farah ni dari dia ada Cha hinggalah kini ada Mia. Kira lama juga tu...
  3. Farah surirumah sepenuh masa tapi turut menjadi supir Cha ulang-alik ke sekolah.
  4. Farah antara kawan maya yang rajin singgah dah meninggalkan jejak di blog kakchik.
  5. Selain di blog kami juga selalu berinteraksi di facebook. Itu yang membuatkan hubungan kami rasa rapat.

Apa lagi ya? Jap, nak tengok soalan di blog Farah...
Jot down 10 interesting facts about yourself of your hobbies.
  1. Online setiap hari kecuali talian internet terputus atau tidak sihat.
  2. Suka berkawan.- benar2 berkawan.
  3. Pantang nampak buku mesti nak tengok dan beli, baca belum tentu...
  4. Awet muda.... hehehe
  5. Outgoing
  6. Outspoken
  7. Boleh bercakap pasal buku dan abaya berjam-jam
  8. Peramah kot...
  9. Suka shopping online atau offline - time ada duit je
  10. Suka makan tapi tak berapa suka memasak

Ada lagi ke tag ni? Ooo... nak kena tag orang lain pulak...
Pick your 10 most deserving receipients and describe them
  1. Semestinya CIKMIN http://cikmin.com/
  2. KAK AZATIE http://azatiesayang.blogspot.com/
  3. MOKWONIK http://mokwonik.blogspot.com/
  4. NURINDAH http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/
  5. AIN http://norainiaron.blogspot.com/
  6. HANA http://hanamemories.blogspot.com/
  7. FMINA http://fmina08.blogspot.com/
  8. ASHA http://mdm7781.blogspot.com/
  9. JUE http://halo-me.blogspot.com/
  10. ROS@JM http://www.jintanmanis.com

Kawan-kawan yang lain bukan tak layak tapi kakchik pilih yang kerap singgah dan tinggalkan jejak akhir-akhir ni. Insyaallah ada lagi award lain lepas ni kakchik hadiahkan pada teman-teman yang lain pula.

Bagi para penerima, sudilah menerima hadiah ini walaupun ada TAG yang attached.

Terima Kasih Nuffnang, Iklan Buffered Bertambah Lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni mood untuk mengemaskini blog agak menurun. Mungkin kerana ada sedikit peristiwa yang berlaku pagi tadi yang menyebabkan sebahagian besar keceriaan kakchik telah berkurang. Tapi, tak perlulah kalian risau kerana ianya akan selesai juga nanti.

Untuk mencari kembali mood yang positif, kakchik terfikir untuk cek earning di Nuffnang. Alhamdulillah... nampaknya dari 1 iklan buffered kini sudah ada 4 dari dua blog utama kakchik iaitu Keluargaku Sayang dan juga KakChik's Wardrobe. Terima kasih kepada para pengiklan Nuffnang yang telah sudi mengiklan di kedua-dua blog kakchik.

Terima Kasih banyak.

Iklan-iklan ni banayk juga yang menarik. Kakchik ada juga klik iklan di blog kawan-kawan sebelum ni. Misalnya iklan Prudential sebab kakchik ada Prulady. Berminat juga nak tahu produk baru tu. Kalau orang ada anak memang sesuai dengan produk baru tu.

Satu lagi iklan yang pernah kakchik klik ialah pasal susu Dutch Lady tu. Macam berminat je nak masuk contest dia tapi penyakit malas pula yang banyak. Kakchik kalau bab masuk contest ni kurang rajin (kena guna perkataan positif) betul.

Anmum pun ada mengiklan. Hari tu klik kat satu blog untuk tunjuk kat adik pasal contest yang Anmum anjur lagipun dia ahli Anmum. Macam seronok je kalau dapat join tapi kakchik ni tak sesuai.

Rasa cam dah makin ceria dah... sebab itulah kena update juga blog. Ia ubat mujarab untuk hilangkan muram :D

Tukar kepada Show Global CPC ads barulah dapat iklan Nuffnang berbayar

Assalamualaikum dan salam dinihari semua.


Ini entri ringkas saja. Mengenai iklan Nuffang yang asyik 'TIDO' mengikut istilah yang famous di kalangan blogger yang meletakkan kod iklan Nuffnang di blog.

Kakchik baru membaca di FAQ Nuffnang berkenaan iklan ini. Cuba tengok:
What do the different types of Ads Preference mean and do?


  • Ads Preference refers to how will you want your Nuffnang ad units to look like before you're assigned a paid campaign by our advertisers. There are a few options such as Minimize Ads, Show Charity Ads, Show Default Ads, Show Global CPC Ads.
  • Minimize Ads will minimize your ad units to only show a Nuffnang logo or caption to reduce load time in your blog and our server while waiting for paid campaigns.
  • Show Charity Ads will enable your ad unit to show non paying ads that seek to promote various humanitarian causes such as adopt a puppy, blood donation or any community project that Nuffnang is working on for that period of time.
  • Show Default Ads will enable your ad units to show non paying ads that seek to promote the awareness of Nuffnang as the first Asia Pacific's blog advertising community.
  • Show Global CPC Ads will enable your ad units to show CPC ads for CPC campaigns that is running by our advertisers' request. This will enable you to earn (maksudnya boleh buat duit) while waiting for CPM campaigns by our advertisers. If there are not CPC campaigns ongoing for a particular ad unit, it will be minimized to reduce load time of your blog and our server.

Sebelum ni kakchik setkan ADS PREFERENCE dalam Blog Manager di Nuffnang tu sebagai Show Default Ads jadi setiap masalah kawan-kawan nampak macam iklan Nuffnang tu aktif tapi iklan itu tidak mendatangkan sebarang hasil kerana NON PAYING ADS. 

Sekarang dah set balik kepada Show Global CPC Ads.

Semoga dapat membantu. Wassalamulaiakum.

22.5.10

Alhamdulillah, Dah Dapat Pembantu Kedai Yang Baru

Assalamualaikum dan salam malam kepada semua teman-teman blogger.

Kakchik bersiaran dari MariBaca ni sementara menunggu Maghrib dan sedikit kerja selesai. Hari ni kakchik balik kerja terus singgah di sini untuk melihat pembantu baru kakchik melakukan tugasnya. Setelah seminggu menghadapi masalah pekerja, alhamdulillah akhirnya Allah membantu kakchik mendapat seorang (mungkin 2 orang) pembantu kedai yang baru. Pembantu kakchik yang lama (sepupu sendiri) sudah berhenti emergency seminggu yang lalu kerana telah dipanggil berkursus oleh PUNB. Terlalu adhoc maka tergamam juga kakchik nak mencari pekerja baru.

Selepas membuat interview dan sedikit briefing, nampaknya kami bersetuju untuk memberi tempoh percubaan selama sebulan. Bukan apa, kakchik suka kalau kami dapat membina keserasian antara pengusaha dan pekerja. Kakchik tak suka ada jurang terlalu jauh antara kami. Lagipun bagi kakchik mereka itu sedang belajar, belajar tentang selok-belok bisnes. Tak kan selamanya mereka nak makan gaji kan? Tapi kalau mereka sudi nak terus bekerja dengan kakchik, kakchik syukur sangat.

Apa yang kakchik harap dalam mencari pekerja ialah sikap amanah mereka dan juga keinginan mereka untuk meningkatka taraf ilmu serta kemahiran mereka. Kakchik suka pembantu yang proaktif. Tidak suka pembantu yang hanya berdiri saja menanti pelanggan. Kalau dia suka membaca, lagilah kakchik suka. Nampaknya kedua-dua calon mengatakan mereka suka membaca. Tapi bila ditanya buku apa yang terakhir dibaca, kedua-duanya macam teragak-agak la jugak, hehe.

Oklah, kakchik akan bagi peluang. Insyaallah kali ni nak usaha sungguh-sungguh untuk masa depan MariBaca yang lebih maju. Kakchik harus kaya, bisnes juga harus berkembang maju, kebajikan pekerja juga wajib dijaga. Bila dua pihak dapat bekerjasama dengan baik, insyaallah bisnes akan lebih mantap. Lebih-lebih lagi macam bisnes kakchik yang menjual buku ni. Bukan macam kedai-kedai buku biasa yang lain tapi kedaibuku ini istimewa. Apa yang istimewanya?

Kenalah datang ke MARIBACA.

Apa Rahsia Kakchik Awet Muda?

Assalamualaikum dan salam pagi yang damai untuk semua teman-teman di mana saja berada. Kakchik doakan kalian semua dalam keadaan sihat sejahtera dan sedang menikmati saat-saat bahagia bersama keluarga masing-masing.

Hari ni macam biasa kakchik bekerja. Baru je selesaikan leraikan sedikit perselisihan faham antara pengguna-pengguna library yang meletakkan kereta blocking kereta pengguna lain. Hari Sabtu memang selalu saja berlaku krisis berkaitan parking kereta. Tempat parking kami bukan tak banyak tapi hari Sabtu muatannya akan sentiasa melimpah. Ada alternatif lain di sekitar library tapi pengguna tetap juga double parking menyebabkan kereta yang di hadapan sukar untuk keluar. Terjadilah pergaduhan mulut antara mereka dan kitalah perlu menjadi orang tengah untuk meleraikan. Alhamdulillah... kedua-dua pihak dah pun berdamai tadi. Fuh, lega.

Dalam suasana hari yang sedang mendung dan hujan ni, kakchik membayangkan suasana di dalam library akan lebih sejuk dan nyaman daripada biasa. Insyaallah pengunjung yang ramai akan tetap selesa berada di dalam perpustakaan sepanjang hari. Aircond pun dapatlah kami jimatkan sedikit.

Oh, apa pula kena mengenanya cerita di atas ni dengan tajuk ya? Hehe... itu sekadar pembuka bicara je. Warming up kata orang putih. Jadi ... sekarang kakchik nak cerita pasal tajuk pula. Macam perasan saja bunyinya tapi itulah soalan yang selalu orang tanya kat kakchik. Susah juga nak jawab sebab kakchik tak pernah fikirkan soal awet muda atau tidak.

Awet muda ibaratnya segar seperti epal hijau ini.

Kakchik ada baca dalam majalah Aniqah, tentang tip-tip awet muda. Dan sebahagiannya selama ni telah menjadi amalan kakchik tanpa kakchik sedari. Jahil ilmu pasal ni sebenarnya. Tapi dah tak jahil dah... sebab sudah membacanya, tahu dan terus beramal dengan sedikit peningkatan insyaallah.

Mari kita tengok apakah dia tip-tip awet muda ni. Jika diamalkan insyaallah kita akan ANGGUN DI LUAR, CANTIK DI DALAM.

1. Menjaga wajah agar selalu segar, berseri-seri dan cantik
Cara PALING MUJARAB ialah dengan mencuci wajah kita sebanyak 5 kali setiap hari dengan air WUDUK. Ingat, jangan dilap atau dikeringkan air wuduk di muka dengan tuala, biarkan ia kering dengan sendirinya. Masa sekolah dulu ada seorang kawan yang wajahnya sangat gebu, bila kakchik tanya dia pakai apa, katanya takde pakai apa-apapun. Bila kakchik perhatikan barulah kakchik tahu amalannya yang tidak pernah mengeringkan wajah dari air wuduk. Mashaallah... mukanya sangat berseri dan gebu. Selepas berwuduk, ambillah sejadah, bersolatlah, jangan lupa zikir dan pastikan berdoa.

2. Menghilangkan tekanan perasaan atau 'stress'
Perbanyakkan beriadah (exercise). Riadah yang paling minima ialah SOLAT 5 WAKTU. Jika ditambahn dengan solat-solat sunat, ia akan memulihkan minda dari keadaan kecamuk dalam jiwa. Hati akan jadi lega. Ketika kita solat, kita melakukan pergerakan pada seluruh bahagian badan. Kita juga 'berbicara' dengan Allah, bermunajat dan mengadu pada-Nya. Allah pula Maha Mendengar dan Maha Mengasihani, insyaallah interaksi kita dengan-Nya melalui zikir dan doa akan cepat meleraikan 'stress' diri kita. Memang AMAT MUJARAB.

3. Cara untuk melembapkan kulit agar awet muda
Senyuman yang ikhlas dan banyak.Mekar di bibir dan datangnya ikhlas dari hati. Kita pun boleh beza sesebuah senyuman yang diberikan kepada kita itu dari hati atau tidak. Kalau dari hati, kita nampak anak matanya bersinar. Dan ingatlah doa ini bila senyum, "Ya Allah, sebagaimana Engkau memperindahkan kejadianku maka perindahkanlah pula akhlakku." (HR Ahmad). Kakchik amalkan doa ini setiap kali melihat wajah di cermin terutama semasa bersiap selepas mandi di waktu pagi.

4. Menjaga bibir agar cantik
Banyak menyebut kalimat-kalimat yang baik, zikir nama-nama Allah, bercakap perkara yang baik, tidak berbohong, tidak mengumpat, tidak menyakiti hati orang lain, tidak menyombong diri atau takabur dan sering melunakkan lidah dengan ayat suci al-Qur'an. Yang ini kakchik belum berjaya sepenuhnya. Masih di tahap yang lemah dan memerlukan peningkatan yang banyak. Sebab tulah agaknya bibir kakchik selalu kering.

5. Menjaga tubuh agar sihat, langsing dan ceria
Diet paling bagus untuk badan kita ialah pemakanan yang sihat disertai berpuasa sunat 2 hari seminggu iaitu Isnin dan Khamis. Dengar khabar lagi bagus kalau mampu mengikut amalan Nabi Daud a.s. yang berpuasa selang sehari. Mashaallah... kakchik tersangat jauh dari tahap ini. Nak lagi lengkap, makanan kita mestilah HALAL, banyak sayuran, buah-buahan dan semestinya air putih. Kakchik suka air mineral dan tidak suka air minuman. Amalan ini juga masih belum berjaya kakchik menjadikan ia rutin. Kena bergantung pula dengan cik abe sebab amalan berpuasa sunat ni dia lebih bagus dari kakchik.

6. Mengembangkan potensi diri dan intrapersonal serta perhubungan awam (PR) yang baik.
Menyebarkan SALAM dan tidak segan silu untuk menjadi orang pertama memberi salam HANYA kepada kaum sejenis kita. Muslimah tidak digalakkan memberi salam kepada Muslimin asing. (hal ini masih ada huraian dan perbincangannya tapi paling penting BERILAH SALAM KEPADA KAUM SEJENIS). Bila kita suka memberi salam, insyaallah kita akan lebih dikenal, dihormati dan disayangi. 

Kat sini kakchik nak tegur sedikit para tetamu blog yang singgah semasa blog walking. Tinggalkan salam sebagai jejak bukan "HI, NAK KENTOT KAT SINI", "SINGGAH", "BLOGWALKING", "JALAN-JALAN" dan seumpamanya. Tinggalkanlah jejak yang ada nilai sopan-santun sebagai cerminan kita itu orangnya terpelajar dan berilmu. Barulah kakchik ada rasa hormat kepada anda dan PALING PENTING, tulisan itu mendapat PAHALA kerana niatnya baik dan bahasanya baik. Hati pun suka je nak ziarah balas. Dapatlah kenalan baru, belajar pengalaman hidup yang berbeza, bertambahlah ilmu di dada.

Jadi, itulah dia rahsia awet muda kakchik. Kalian juga mampu mengamalkan tip-tip awet muda ini sebab ianya tidak susah langsung. Terlalu mudah. Itu saja rahsianya... selamat meniru ya!

21.5.10

Lunner (lunch + dinner)

Nasi Goreng Campak-Campak


Assalamualaikum dan salam petang Jumaat yang aman dan tenang.
Semoga teman-teman semua sentiasa dirahmati Allah SWT.

Dah lewat petang ni baru kakchik sempat update lagi blog Keluargaku Sayang ni. Kakchik balik dari tutorial tadi dah jam 5 lebih. Bila sampai di rumah tu perut memang dah tersangat lapar sebab kelas non-stop dari 10.15 pagi sampai 4.45 petang. Ada masa 15 minit rehat tu kakchik hanya sempat solat Zohor.

Sepanjang dalam kelas terakhir tadi perut asyik menyanyi je. Entah-entah tutor pun de ngar kot sebab hanya kami berdua je dalam kelas tu. Dia ada bagi masa rehat 10 minit untuk minum tapi kakchik malas nak turun ke cafe sebab kelas kakchik dah hujung sangat, habis masa untuk berjalan je.

Jadi, sampai aje kat rumah terus masuk ke dapur tanak nasi walaupun belum solat Asar. Lepas nasi dah dah ditanak barulah kakchik solat dan update status di FB. Usai solat, masuk ke dapur tengok isi peti ais yang sangat kosong tu. Tengok apa yang ada untuk masukkan dalam nasi goreng. 

Ada sedikit lebihan tuna spread, 2 batang sosej, sayur campur, telur, cili padi dan bawang besar. Sos tomato, sos cili dan kicap memang baru je beli. Yang takde ialah garam dan bawang putih. Never mind... kakchik masak ajelah dengan segala bahan yang ada tu asalkan hasilnya terasa sedap dimakan.

Alhamdulillah... sudah kenyang. Syukur dengan rezeki petang ini. Lunch campur dengan dinner jadilah LUNNER, hehe.

p/s: hari ni macam rajin memasak la pulak.
Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs