Hari ni nak cerita sikit pasal senyum. Kenapa ya, ada orang tu kita dah lama senyum kat dia (dalam keadaan dia nampak muka KakChik la) tapi dia buat dek... je dan tak balas pun senyuman KakChik tu. KakChik bukan senyum buat-buat tau tapi senyum mesra gitu. Sebab orang tak balas senyuman, KakChik pun rasa pelik la jugak. "Is there something wrong with my face or my smile?" Takpelah, orang tak suka kita senyum kat dia, kita pun tak kisah lah. Baik ca alik but, cabut. Ni pernah berlaku di beberapa tempat terutamanya di masjid atau dalam program Muslimah sahaja.
Dalam sehari entah berapa kali kita tersenyum dan berapa kali pula kita masam atau bersahaja. Bagi KakChiklah, lagi banyak kita hadiahkan senyuman kat orang lain, diri kita akan lebih riang dan ceria di hari tu. Lagipun bukannya susah apa pun nak senyum ni. Hanya dengan sedikit pergerakan di mulut saja, terjadilah sebuah senyuman. Tapi... ramai pulak orang yang lebih suka bermasam muka atau pun menunjukkan wajah yang serius. Eh, serius ketika berfikir tu lain ya tapi sentiasa serius je bila berdepan dengan orang lain, tak elok la macam tu... nanti orang yang berdepan dengan kita akan rasa macam ada yang tak kena je...
"Senyum Itu Sedekah"
Haa... kalau tak mampu nak sedekah dengan duit, sedekah aja dengan senyuman tapi mestilah senyuman yang ikhlas... Ada orang kata wajah kita ni emosi kita. Sebenarnya itu pendapat pakar-pakar kesihatan. KakChik setuju sesangat pandangan diorang tu kerana apa yang kita rasakan di dalam diri akan mudah tergambar di wajah kita. Sebab tu kalau marah atau suka, kita tak perlu nak ceritakan pada orang lain kerana ia dah jelas terpancar di wajah kita. Memang betul sekali. Susah nak kawal ekspresi muka ni kalau emosi di dalam tidak stabil.
Kalau ada sesiapa yang risau mukanya cepat tua dan berkedut... kena tahu, yang emosi yang dok bermain di wajah akan mempengaruhi kerut dan kedut yang bertakhta di wajah. Ha... ni bukan KakChik kata tapi pakar kesihatan yang kata. Jadi elok kita beringat ya, kalau nak awet muda tu kenalah berusaha stabilkan emosi diri. Jika kita sering bimbang, marah dan rungsing, kulit muka kita akan mudah menjadi berkedut terutama sekitar mata, sudut bibir dan juga di dahi.
Tapi.... kalau kita sering tersenyum, kata doktor pakar, ia akan menjadi terapi untuk awet muda... Jadi... senyumlah selalu.
Kat sini ada artikel yang orang lain tulis pasal SENYUMAN.
Rahsia Di Sebalik Senyuman
Sumber: Macam-Macam
- Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
- Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
- Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
- Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
- Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
- Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
- Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
- Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan di sebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
- Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
- Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
- Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
- Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
- Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
- Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
- Pujangga menyebut : "SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
thanks sudi share kat sini..suka lak yan baca entry nie..ehehe..lah nie pun duk tersenyum..ehehe
ReplyDeleteYan, KakChik pun turt tersenyum :)
ReplyDeleteeee kak chik, saya rasa nak senyum jer walau takde org, senyum kat depan komputer pun jadlah.
ReplyDeletemengurut wajah pun dikira awet muda. siapa yg rajin dok pi facial tu pttla selalu kelihatan muda sbb wajahnya sentiasa diurut. maka, sape yg tak mampu nk buat facial tu, rajin2 la senyum...senyum sbg facial semulajadi kita..
kak chik, pasal artikel tu, copy n print sajalah...kalau kak chik minat apa2 artikel tak perlu minta izin...saya sentiasa izinkan.
Huhu Kak Chik...
ReplyDeleteSelalu kalau saya senyum pastu orang tak senyum balik, malulah juga kita nikan...
haih, susah sangat ke kot nak senyum....
Last-last kalau jumpa orang yang sama, saya dha tak berani nak senyum dah... huhu... kan tak best tu?
ustazah,
ReplyDeletekakchik pun tersenyum membaca komen ustazah ni. agaknya inilah untungnya cerita pasal senyum, semua pakat senyum :).
mekasih ya bagi kebenaran. kakchik nak gi copy la lps ni.
BalQis,
ReplyDeletekakchik pun kadang macam tu jugak tapi kakchik cuba gak senyum kot-kot kali ni dia akan senyum. ada yg balas ada juga yg terus buat dek... je. entah la, lps pada tu kalau jumpa kakchik cuba elak dr jumpa dgn org2 tu.