Assalamualaikum semua.
Sekejap lagi KakChik dah nak bertolak ke Kuala Terengganu. Sepatutnya KakChik ke sana semalam tapi kerana nak pergi dengan Cik Abe terpaksalah tunggu urusan dia selesai dulu. Sekarang ni dia ke 'airport' menghantar pelanggan besar dia yang akan ke Aceh pagi ni. Hmm... sedang menanti Cik Abe balik ni.
KakChik ke KT sebab ada urusan sikit. Sambil-sambil tu bolehlah lihat-lihat negeri jiran yang sedang bersiap nak pilihan raya kecil tak lama lagi. Niat di hati nak juga jumpa Kak Ummi of Klinik Ummi sebab nak serahkan sendiri buku yang beliau beli. Ha... Kak Ummi, jika panjang umur dapatlah kita jumpa ya.
OK lah, tolong doakan perjalanan kami selamat. Kalau dibuatnya Cik Abe terpaksa selesaikan hal-hal adhoc, nampak gaya KakChik kena pandu sorang-sorang hingga ke Besut barulah ada teman ke KT sebab akan singgah ambik 'MieyMiey' di sana.
Ilalliqa' dulu. Wassalam.
Perkongsian : Hujan
10 years ago

