Followers

3.8.11

Entri Tanpa Kata: Ihya' Ramadhan 1432H di Kelantan

Sumber: FB Rizal Tahir

Sumber: FB Rizal Tahir

Sumber: FB Rizal Tahir

Sumber: FB Ustaz Zakiria D'Halal
Sumber: FB Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Pelancong dari Denmark turut ke Qaryah Ramadhan Sumber: Khiruddin Tok Ngulu

2.8.11

Wardina: Hiburan Diberi Definisi Yang Berbeza Di Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Di petang Ramadhan kedua ini kakchik ingin kongsikan dengan kalian tulisan menarik dari Nota Wardina Safiyyah di facebook rasmi beliau. Ianya menarik bagi kakchik kerana intipatinya dan juga kerana ada kaitan dengan negeri kakchik, Kelantan. Selamat membaca pada yang sudi. Semua hakcipta tulisan adalah milik Wardina sepenuhnya kecuali tulisan italic di atas ini dan di bawah sekali.

Hari Hiburan Islam Kelantan 30 Julai 2011

Sumber: FB Wardina
Ianya bermula dengan jemputan ke Kelantan melalui email - untuk hadir ke Program Bicara Selebriti anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang pernah dihadiri saya sehingga mencetus kontroversi suatu ketika dahulu - Ya tepat sekali "Artis TIDAK BOLEH dijadikan IKON" - Kali ini dijangka menggabungkan Dr Asri Zainul Abidin, Ustaz Hasrizal, Sham dan Amin Idris selaku moderator di satu pentas yang sama dengan saya... Ustaz Hasrizal menggelar kami "trouble maker 2011". Tersenyum saya sendiri.

Seorang wanita? Bersama IKON hebat ini? Oh tidaklah saya layak sama sekali...menolaknya? Tidak mungkin saya lepaskan peluang ini untuk menimba pengalaman - ianya satu penghormatan yang amat besar buat diri yang serba kerdil ini...

Saya tiba sehari awal untuk program khusus yang dipinta oleh saya sendiri- saya meminta supaya dianjurkan pertemuan bersama ibu bapa muda di KElantan - terlalu banyak yang ingin dikongsikan. DIbawa ketiga-tiga permata hati bersama saya kali ini. Esoknya satu lagi program diatur bersama dengan Nisa' dan remaja2 serta wanita Kelantan. :) Kita berbicara mengenai definasi "cantik" yang realitnya tidak berapa cantik.

Malam 30 Julai adalah malam kemuncak - tibalah saat yang ditunggu-tunggu... dan tiba-tiba entah dari mana kepala saya diserang 'migrane' yang amat perit sekali. Hampir pitam saya dibuatnya, namun saya gagahkan diri melangkah keluar. Kepala saya seperti ada yang mengetuk gong didalamnya....GONG! GONG! GONG! Aduh... ditelan panadol dengan harapan ianya hilang! Allah, masih kekal.... terlalu penat mungkin... melayan karenah anak-anak dan 2 program sebelum ini membuatkan saya agak keletihan.. baru ingin dilelapkan mata, ada suara yang memanggil "Ummi!, bangunlaaah" Aduh... diseretnya diri keluar dari katil hotel yang empuk itu. Oh Anakku.... :)

Saya cuba gagahkan diri... tiba di Balai ISlam,melihat pentas yang dihias GAH... saya tak sangka begini hebat perancangan kali ini. Tiada lagi bayangan di KB MAll..... ini..fikir saya "satu petanda dan fenomena yang baru!" "Hiburan Islam diberi satu nafas baru yang cukup membanggakan" "This is what we want!"

Saya naik ke pentas hampir longlai..wajah saya sebetulnya pucat lesu.. minda tidak berapa boleh menumpukan perhatian...namun saya cukup teharu dengan kehadiran pada malam itu. PENUH satu dewan! MasyaAllah....Tanpa wanita seksi, tanpa perkara lagha... tanpa hebahan media.... Inilah dia semangat baru....! Berhimpun semua atas dasar Iman dan kecintaan pada Islam... MasyaAllah..indahnya perasaan ini... Dewan diselubungi semangat mahukan perubahan! Perubahan pada erti HIBURAN itu sendiri- Sudah terlalu lama anak2 muda Malaysia dilalaikan dengan hiburan penuh kemaksiatan yang hanya meracuni minda mereka...

Bukan saja perubahan dari bagaimana erti 'hiburan' disampaikan tetapi bagaimana para alim Ulama' dan para Ustaz sendiri memberi definisi kepada hiburan - perbezaan pendapat kita menilai 'hiburan, seni dan muzik' tidak seharusnya dipaksa ke atas sesiapapun. Kita pilihlah pandangan yang sesuai dengan diri dan cuba memahami perspektif mereka yang mahukan sedikit hiburan dalam hidup , hiburan yang sama sekali tidak menggalkkan kemaksiatan, yang masih dibatasi adab Islam.

Kiblat dari Barat boleh dibungkuskan dalam suratkhabar lama... Ianya tidak "trendy" lagi. Islam itu senantiasa trendy...tiada surutnya, boleh disesuaikan pada apa saja waktu, masa dan ketika. Alhamdulillah dengan usaha dan kesungguhan ini. YB Baihaqi dan Ustaz Saifuddin, Nik dan Hajar serta semua yang bersama saya, terima kasih atas keramahan dan layanan yang sungguh istimewa. Rakyat Kelantan, anda cukup bertuah! Saya merasakan keikhlasan terpancar keluar dari setiap sudut baik dari penganjur, ahli panel dan moderator, baik dari penonton juga kesemua krew yang bertugas..ianya tidak boleh DIJUAL BELI. Ya.. mungkin ada yang tercabar dan cuba meniru yang seakan sama. Namun tanpa niat yang ikhlas...ianya tidak mungkin dapat meninggalkan kesan yang serupa.

Terkilan juga tidak dapat mempamerkan persembahan 'istimewa' bersama Amna. Kami mahu mengaji bersama... antara surah kegemaran kami iaitu Surah Buruj dan Insyiqaq...Ya antara hiburan kami anatranya ialah mengaji bersama. Ya ketenangan yang saya dapat daripada Quran tidak dapat dirungkai dengan kata-kata. Itulah Hiburan Islam yang tiada tandingannya!

Allahuakbar! Selepas program tersebut saya pulang dengan seribu satu azam dan mahu mencipta peluang yang baru buat diri...Terima Kasih daun keladi tahun depan buat lagi! :)

-Wardina Safiyyah-

----------------------------------------------------
NOTA KAKCHIK: Terima kasih kepada Wardina Safiyyah Fadlullah yang telah sudi ke Kelantan lagi walaupun pernah menjadi kontroversi selepas kunjungan pertama dulu. Walaupun kakchik bukanlah peminat setia tapi kakchik tetap suka melihat setiap perubahan yang Wardina lalui setakat ini. Terima kasih juga kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman mendidik anak-anak dan juga tentang dunia hiburan. Semoga Allah terus membimbing Wardina menuju kebahagiaan yang abadi. Maafkan kakchik kerana menyalin terus tulisan Wardina di facebook untuk dikongsikan di blog. Terasa sayang jika tidak diabadikan di sini. Harap dihalalkan.

1.8.11

Diari Ramadhan: Hari Pertama, Lebih Ceria

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kakchik ucapkan kepada semua yang sudi singgah di blog Keluargaku Sayang ni walaupun Puan Rumahnya tidak sihat sejak kebelakangan ini. Sebab itu masih banyak komen-komen yang belum dibalas. Mohon maaf zahir dan batin ya teman-teman. InsyaAllah kakchik akan cuba membalasnya secepat mungkin.

Hari ni alhamdulillah adalah hari pertama kita semua menjalani ibadah puasa Ramadhan 1432H. Dalam beberapa jam lagi kita pun akan bergembira dengan berbuka puasa. Alangkah nikmatnya. Eh, pagi tadi sahur tak? Sahur? Alhamdulillah... dapat pahala sahur dan dapat juga mengalas perut. InsyaAllah pahala tu bukan kakchik yang kata kita akan dapat tapi apa yang kakchik faham sahur itu adalah sunnah maka jika kita buat akan dapat pahala.

“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Selepas banyak hari tidak sihat, dengan gabungan 4 dalam 1 (batuk + selsema + sakit kepala + demam) kakchik tidak larat untuk ke mana-mana. Hari Khamis tu dah mula demam tapi sebab telah berjanji dengan pihak HUSM, kakchik gagahkan diri untuk membuka gerai jualan buku. Sepatutnya 2 hari tapi kakchik hanya buka sehari sahaja sebagai memenuhi janji. Alhamdulillah dapat menahan diri dengan panadol dan melakukan pelbagai perkara yang patut sehinggalah pulang ke rumah.

Malam tadi demam sudah kurang begitu juga sakit kepala. Hanya batuk dan juga selsema yang masih belum sembuh sepenuhnya. Cik Abe seperti tahun-tahun sebelum ini masih dijemput mengimamkan solat terawikh di sebuah masjid di KB. Kakchik sungguh gembira melihat suami kakchik yang makin segak dengan rambut bergunting kemas, pakai baju baru meninggalkan rumah menuju ke masjid yang berkenaan. Hati mahu ikut tapi belum masanya. InsyaAllah malam nanti.

Tanak nasi sebelum tidur bimbang takut terlewat bangun. Alhamdulillah bangun awal dapatlah sediakan makan sahur yang serba sederhana, nasi, sup daging yang cikabe beli semasa balik dari terawikh dan ikan kering goreng. Syukur alhamdulillah, itulah rezeki untuk bekalan tenaga kami hari ini. Hidup berdua, makan pun tidak perlu berlebihan. Semoga Ummi dan Ayah di Mekah dapat bersahur dengan makanan yang enak-enak juga. Rindu kat mereka.

Datang kerja semula selepas MC dua hari. Kalau MC lebih lama, tentu makin lemah dan tak bersemangat jadinya. Entah-entah boleh jadi lemau hahaha. Bosan sebenarnya sendirian di rumah tu. Asyik tidur, mana boleh jadi kan macam tu? Kalau ada teman nak bersembang atau main-main mata tu oklah juga hehe. Ini tidak, asyik tengok buku, komputer, dinding, pokok, abaya dan kotak je. Sejam dua masih ok tapi kalau dah 2 hari boleh bikin lagi pening kepala.


Makaroni Goreng


Apapun, alhamdulillah, tadi kami berbuka puasa hanya dengan hidangan ringkas, Makaroni Goreng, Kuih Akok pemberian CikMat di pejabat, Kurma dan Teh O Panas. Cukuplah hingga sahur pagi nanti. Sekarang ni bersiap untuk solat Isyak dan terawikh pula. Ok lah teman-teman, itulah lebih kurang serba sedikit cerita kakchik pasal hari pertama Ramadhan bercampur aduk dengan cerita beberapa hari yang lepas.


Jom kita terawikh!
Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs