Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Alhamdulillah leganya terasa apabila kakchik berjaya selesaikan 3 tugasan penting hari ni. Masih ada satu lagi yang amat penting tapi terpaksa ditangguhkan ke hari Ahad kerana kakchik tak sempat nak ke pejabat kerajaan yang berkenaan. Esok dah cuti.
Tadi, kakchik ke SSM untuk memperbaharui daftar syarikat MARIBACA BOOKSTORE yang sepatutnya dibuat dalam bulan April lagi. Kakchik tertukar tarikh dengan daftar syarikat untuk Zahra'. Ingatkan 15 Mei, huhu, padahnya kena denda RM10. Tak apalah asalkan kini urusan penting ini selesai. Alhamdulillah.
Satu lagi, hari ini juga perniagaan abaya kakchik mempunyai syarikat yang rasmi. ABAYA ELEGAN kini dimiliki sepenuhnya oleh BUTIK ABAYA HANIZA. Syukur, alhamdulillah. Sekarang ni bisnes abaya ni kakchik lakukan secara online saja dan memang berhajat dari awal tahun lagi mahu mendaftarkan syarikat selepas setahun membuat percubaan untuk bisnes ini.
Pendaftaran BUTIK ABAYA HANIZA ni adalah persediaan kakchik untuk merealisasikan impian kakchik untuk mempunyai sebuah butik abaya yang mengedar dan menjual pakaian muslimah dari timur tengah, aksesori, beg tangan dan kasut. Selain itu kakchik berhajat untuk menyediakan khidmat nasihat dalam fesyen dan gaya muslimah berdasarkan kod etika pakaian Islam yang sebaik-baiknya.
Semoga usaha ini akan mendapat redha Allah SWT. Insyaallah motto ini akan cuba disemai sebaik-baiknya, "Aurat Dijaga, Maruah Terpelihara" dalam jiwa kakchik dan jiwa para pelanggan yang membeli dan memakai abaya yang kakchik jual. Cita-cita kita adalah akhirat. Bisnes ini dapat dijalankan pun dengan izin Allah jua.


