Followers

3.5.11

Gaya KakChik Ke Pejabat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Malam-malam ni mesti nak kena fikir esok nak pergi kerja nak pakai baju mana, nak padankan dengan tudung mana, beg mana satu dan kasut yang mana satu. Nasib baik kakchik ni lebih banyak pakai abaya berbanding baju-baju lain untuk ke pejabat. Selamatlah sikit kerana warna hitam adalah warna selamat, boleh masuk dalam apa juga keadaan asalkan kena dengan cara menggayakannya.

Cerita pasal gaya ni, maaflah ya, jangan anggap orang yang setiap hari pakai abaya dan berpurdah ni tak suka bergaya. Anda silaplah sikit. Bagi kakchik bukan tak boleh bergaya, boleh... asalkan kena dengan kod pakaian Islam dan beberapa hal yang berkaitan hukum wanita bekerja. Apa yang penting pakaian itu hendaklah menutup aurat dengan sempurna, bersih, kemas dan meyakinkan pemakainya kerana bila bekerja kita akan berhubung dengan orang lain. Di waktu itu penampilan seorang muslimah perlukan menonjolkan ciri-ciri Islam yang unggul.

Tujuannya ialah kerana imej Islam bukan untuk membangga diri atau menarik perhatian orang. Kalau kita pergi kerja tapi pakaian kita serabai, menjolok mata, kotor, tak bergosok, berbau dan seumpamanya, maka kita secara sengaja atau tak sengaja telah mencalarkan imej Islam. Baik tak payah kerja, bekerja di rumah sahaja kerana kita tidak bermuamalah dengan orang ramai. Tapi, kalau benar-benar kita ikut cara hidup Islam, di rumah pun penampilan kita tetap kena ikut hukum dan adab-adabnya. Tak kan nak selekeh. Mana boleh... pandangan mata suami tu tak kan kita taknak jaga kan?

Cerita pasal gaya orang bekerja ni, di sini kakchik nak kongsikan beberapa rekaan gaya orang berabaya ke pejabat. Kalau kalian rasa tak sesuai, silakan beri komen yang MEMBINA ya. Kalau komen nak menjatuhkan maruah, kakchik tak akan 'publish'. PERINGATAN, rekaan-rekaan ini hanya inspirasi, BUKAN UNTUK JUALAN dan jika ada kasut tumit tinggi yang kakchik gunakan dalam set, bukan bermakna kakchik pakai kasut tu di luar, selalunya kasut dipilih untuk memadankannya dengan pakaian. Satu lagi, di dalam Polyvore, susah nak cari kasut tumit rendah.







Untuk melengkapkan set pakaian ini (jika kakchik bergaya sedemikian ke pejabat) ialah dengan menambah sehelai purdah dan gayakan tudung itu agar ia menjadi besar dan labuh. Ok, sudah siap untuk pergi kerja.

Malas

Assalamualaikum.

Sudah banyak hari kakchik tak menulis di sini. Boleh dikatakan setiap hari ada saja yang kakchik tulis tapi tak pernah siap. Selalunya kakchik 'save draft' saja kerana keputusan idea di tengah jalan. Terlalu banyak isu yang mahu disentuh tapi bila berehat panjang, kemalasan pun melanda. Malas nak membaca akhbar, malas nak menonton berita, hinggakan ada masanya malas nak bergerak. Nasib baik penyakit malas ni tak berjangkit kepada masak-memasak. Kalau tidak, alamatnya makan nasi bungkuslah suami kakchik. Mana seronok macam tu kan?

Sumber foto: Last.fm's Playground

Cerita pasal malas ni, memang setiap orang pun ada perasaan ini cuma sikit atau banyak. Kadang-kadang malas ini bila diikutkan sangat dan digalakkan pula ia akan membawa padah yang buruk dan dipanggil PENYAKIT MALAS. Bila dah jadi penyakit, nak cari penawar ada... tapi sebab malas, mana nak diusahakan. Betul tak? Akhirnya makin menjadi malas. Makin kronik dan akhirnya menyusahkan diri-sendiri dan orang-orang yang terdekat. Kalau isteri pemalas, kena marah kat suami. Nanti jadi pergaduhan suami-isteri. Dapur tak berasap. Rumah tak terurus. Anak-anak berserabai. Kain bertimbun tak berbasuh. Macam-macam yang buruk berlaku dalam rumahtangga.

Kakchik pun ada masanya terasa amat malas sekali. Misalnya kalau hujung minggu, terasa nak bermalas-malasan saja sambil menghadap internet, makan kudap-kudapan, tengok tv, baring-baring, tak membasuh kain, tak memasak, tak mengemas rumah, tak layan suami, tak buat apa satu pun. Malas sungguh rasanya. TAPI, perasaan itu tidak boleh dilayan dan dipendam saja di dalam hati. Kalau kakchik ikutkan perasaan malas tu banyak, banyaklah... masalah yang akan timbul yang akhirnya menyusahkan diri kakchik sendiri saja. Mana boleh nak bermalas-malasan kalau banyak kerja yang tersangkut. Nanti cik abe marah, kakchik juga yang geram. Bila geram mana ada muka nak senyum kan? Tak bagus... tak bagus. Eloklah jangan ikut perasaan malas tu.

Bukan tak boleh malas langsung (ikut kamus kakchik la), tapi tengok keadaan la kan. Kalau semua urusan keluarga, urusan kerja, paling penting - urusan suami, selesai, barulah boleh malas sebentar. Malas yang ini kakchik panggil berehat. Rehat sambil baca majalah, baca novel, tonton CSI, minum jus oren sambil tengok pokok hijau kat sebelah rumah, baring-baring, tak kiralah macamana kaedahnya, yang pasti rehat yang membuatkan segala urat-saraf rasa relax. Selalunya kakchik ingat nak ikut je cara ni bila hari Khamis, iaitu hari cik abe kerja dan kakchik cuti. Kononnya bila bersendirian di rumah kakchik akan punya 'all the time in this world' tapi selalunya tak menjadi. Anak-anak saudara tau kakchik ada di rumah maka diserbunya mereka, mana boleh malas-malas lagi.

Hai... malas ni jangan diikutkan sangat. Kita semua tahu kesan bila kita malas. Masing-masing tentu punya pengalaman tersendiri berkaitan akibat malas ni. Kakchik tak mahu senaraikan. Malu nak kongsikan dengan kalian semua. Senang kata, jom kita sibukkan hidup dengan pelbagai aktiviti, lebih berfaedah lebih bagus kerana bila diri kita sibuk, maka kita kurang masa untuk malas. Betul tak? Kalau kita setiap hari buat benda yang rutin pun lama-lama kita akan menjadi malas. Perasan ke tak ni? Yang ni kakchik memang alami sendiri sebab itu kakchik alihkan perhatian kepada melakukan sesuatu yang dinamik. Lakukan sesuatu yang buat fizikal kakchik bergerak. Kalau tidak kita akan mula rasa bosan dan akhirnya malas. Huhu bahaya.

Jom kita rajinkan diri!

1.5.11

Cuti ialah masak-masak. Cepat dimasak sedap dimakan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ayam Goreng Halia

Laksam Kelantan

Sihat sekejap, tak sihat sekejap tapi masuk ke dapur satu kemestian. Kalau dapur tak berasap siapa pula yang nak sediakan makanan kan?
Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs