Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Fuh, hari ni memang teramatlah letihnya. Dari pagi menghadap laptop menaip surat perlantikan staf, mencetak slip gaji kemudian memulakan menaip assignment. Allahu Akbar! Rasa macam tak cukup masa dan tenaga je. Bila dah siap semua tu, sediakan sarapan suami dan makan bersama. Sambil tu kakchik menanti jawapan SMS dari seorang teman yang juga pengusaha sebuah tadika. Kakchik ada mohon keizinan dia untuk membuat observation di tadikanya. Alhamdulillah... jawapan akhirnya sampai.
Selepas sarapan, kakchik bersiap sepantas yang mungkin untuk ke Tadika Elit Suria di Kubang Kerian tapi tak dapat juga nak bertolak cepat sebab Amni dan Emran dah masuk ke dalam bilik. Belum sempat keluar dah berpeluh melayan mereka. Akhirnya dah pukul 9 lebih barulah dapat bertolak.
Sampai je di Kubang Kerian, bermula depan HUSM, jalan sudah mulai sesak dengan kenderaan. Rupa-rupanya Mydin Wholesale ada pembukaan rasmi hari ni. Patutlah sesak sakan. Sabar ajelah sebab jalan ni saja yang paling dekat nak ke Tadika Elit Suria. Kakchik bimbang terlepas banyak kelas untuk observation.
Sampai je di sana, kakchik tengok kelas sedang rancak berjalan. Alhamdulillah, berkat kerjasama guru-gurunya terutama Kak Ros, dapatlah kakchik membuat observation untuk 4 kelas berlainan tahap iaitu Level 1 satu sesi, Level 2 dua sesi dan Level 3 satu sesi. Tercapai juga hajatnya. Semuanya untuk menyiapkan tugasan kakchik untuk semester ini.
Nampaknya kakchik kena minta tempoh seminggu lagi dengan tutor sebelum menghantar assignment kakchik sebab appointment dengan beberapa orang guru bahasa Inggeris di sekolah berbeza semuanya minggu depan. Bukan mudah nak dapat kebenaran pihak sekolah untuk membuat observation. Dan halangan paling sukar buat kakchik semester ni ialah terpaksa melakukan tugasan yang susah ini sendirian. Tugasan ni sepatutnya dibuat berkumpulan kerana perlu menemuramah 5 orang guru dan membuat observasi ke atas 3 buah kelas bahasa Inggeris.
Tapi... nak buat macamana kan? Sebab kakchik sendirian dalam kelas ini maka kenalah buat kerja sorang-sorang. Hmm... mintak-mintaklah tutor bermurah hati dan kasihan kat kakchik maka mereka izinkan kakchik seminggu lagi. Tolong doakan ya.