Followers

3.3.10

Baru 2 Bulan Dah 3 Kali Tukar Template

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Apa khabar IMAN kita hari ini? Semoga hari ni kita dapat melakukan banyak amalan baik untuk diri sendiri dan juga orang lain. Amiin.

Kawan-kawan kalau yang selalu singgah di sini tentu perasan kan yang tahun ni blog Keluargaku Sayang ni dah 3 kali bertukar template. Berbeza sungguh dengan template yang kakchik gunakan tahun-tahun lepas. Entah la. Sejak berhasrat menukar template, setiap yang kakchik tukar pasti timbul masalah.

 
Template lama yang sangat memuaskan hati. Tapi kakchik tukar sebab nak buat perubahan.

Misalnya templete yang biru cantik dengan mentari pagi bersinar tu tiba-tiba je hilang pokok-pokok bunga kat headernya. Mungkin pemilik template dah memadamkannya di photobucket. Malas nak cari semula.

Sayang sekali. Kakchik sangat suka template tu sebab sejuk mendamaikan.

 

Kemudian guna template hijau juga dengan mentari pagi yang ceria. Sebenarnya kakchik memang niat nak pakai sekejap je template tu sebab tak berapa puas hati. Tak pasti la pulak kat mana yang tak puasnya tapi memang tak puas hati.

 

Jadi, semalam sekali lagi kakchik tukar template. Guna template Green-Peace. Harap-harap yang ni akan kekal hingga ke hujung tahun. Harap... sangat.

2.3.10

Pengunjung yang pelik dan merisaukan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga hari ni semuanya dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Sekarang ni kakchik sedang bertugas di Kaunter Zahra'. Suasana semasa amatlah tenang dengan hanya ada beberapa orang pengunjung saja.

Beberapa orang staf telah ke kedai perabot untuk membeli beberapa buah kerusi, meja bankuet dan almari buku untuk tambahan perabut di Zahra' bagi menggantikan perabut yang telah rosak dan juga menambah ruang pameran buku.

Bersebelahan Kaunter ni ada sebuah meja komputer dan sekarang ni ada seorang remaja sedang menggunakan internet. Katanya mahu mengisi borang UPU. Kakchik rasa kurang sedap hati dengan tingkah-laku remaja tu tambah-tambah tutur-katanya dan memek mukanya yang agak pelik. Walaupun hanya memakai t-shirt, penampilannya kemas tapi lagaknya itu yang kelihatan macam orang kurang betul. Hmm... risau sikit ni.

Nak guna internet dan nak free, sedangkan kami caj penggunaan elektrik RM2.50 sejam sebagai derma tetap pengunjung kepada Zahra'. Iyalah, perpustakaan ni mana ada pendapatan atau peruntukan kerajaan. Semuanya bergantung kepada sumbangan orang ramai. Kalau semua nak free, bulan-bulan tu kami nak bayar kos penyelenggaraan dengan apa?

 
Sumber imej: pokcikli00

Kakchik nampak remaja tu agak suspicious lah. Nasib baik Makcik Minah datang dok kat depan Kaunter. Mungkin dia pun rasa pelik juga kat remaja tu. Tapi... kakchik benar-benar berharap yang dia normal senormal, normalnya. Takut juga dengan perangai mereka yang tidak berapa normal ni. Sebelum ni memang ada beberapa orang pengunjung yang macam tu.

Ada yang setiap kali datang membawa paperbag berisi macam-macam handout, kertas kerja, poster, fliers dan sebagainya. Lepas tu dia kumpulkan semua paperbag tu kat bahagian menyimpan beg sampai dah terkumpul agak banyak dan memakan ruang. Kami dah lama toleransi dan baru-baru ni kami buat keputusan untuk membersihkan bahagian simpanan dan sudah tentu semua barang-barang yang ditinggalkan di situ akan kami buang.

Untuk kes pelajar itu, Makcik Minah yang urus bahagian kebersihan sudah pun menasihatkan agar dia ambil semua bawa balik sebelum dibuang tapi dia buat dek... je. Bila kami dah buang barulah nak bising-bising marahkan kami. Hai... kerenah ini datangnya dari orang yang memang kurang stabil pemikirannya. Selalunya kami staf perempuan, kalau nampak dia datang, sudah tau apa yang dia buat. Dah banyak tahun dia datang, bawa paperbag, simpan kat bahagian simpanan, duduk sebentar di ruang keluarga dan balik. Sejak barangnya kena buang, dah tak datang. Merajuk agaknya... tambah-tambah bila kakchik tegur dia hari tu dengan agak tegas selepas dah banyak kali tegur secara lembut.

Hai...

Ada sorang lagi suka datang baca suratkhabar. Yang paling kami tak senang ialah caranya membelek helaian akhbar tu. Fuh, boleh koyak dibuatnya. Lepas dia baca selalunya suratkhabar tu hampir renyuk dibuatnya. Sekali tengok bukannya dia baca sangat pun isinya just belek-belek. Tapi... sekurang-kurangnya dia membaca kan. Ramai yang normal kat luar tu yang malas membaca, hehe.

Sorang lagi dan beberapa bulan tak datang. Selalunya pagi-pagi lagi dia sudah menunggu depan pintu utama. Dia juga datang untuk baca suratkhabar. Orang tempatan je. Mengikut cerita dari jiran-jiran, dia asalnya seorang yang normal, berjawatan agak tinggi tapi kerana masalah dadah, minda menjadi rosak tapi dia tidak membahayakan. Kerana dadah dia kehilangan isteri dan keluarga. Pernah beberapa kali dia hantar resume untuk mohon kerja di sini tapi kami KIV je. Kesian ... tapi masih rajin membaca.

Tak tahu kenapa, sekarang ni memang agak ramai orang yang mengalami masalah mental. Kadang-kadang luarannya nampak normal tapi sesuatu perkara yang ekstrem boleh membuatkan mereka 'meletup' dan mungkin membahayakan. Itulah yang merisaukan kakchik setiap kali melihat orang-orang seperti itu melangkah masuk ke dalam perpustakaan.

p/s: kakchik tulis sekali lalu je apa yang ada di minda jadi tiada susunan point.

1.3.10

Le Tour De'Langkawi: Keranamu aku terkandas

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sekarang ni kakchik di MariBaca. Hari ni kena ambik cuti kerja sebab staf kedai bercuti sebab dia banyak nak hadiri kenduri kawan-kawannya. Staf cuti, kakchik pun kena cuti huhu.

Kalau ikut perancangan, pagi tadi sebelum ke kedai, kakchik perlu awal-awal pagi ke MPKB untuk membayar saman parking. Ehem, bukan kakchik yang kena saman ya tapi orang tu lah...

Masa sampai kat simpang 3 Berek 12 - Hospital Raja Perempuan Zainab tu, nasib badan, elok je nak lampu hijau, tiba-tiba en.trafik datang dan menghalang jalan. Ingatkan cepatlah selesai halangan tu sebab biasalah kan kalau ada orang penting nak lalu, trafik akan halang jalan.


Lama menanti, kenderaan makin banyak dari arah kakchik sampai jem Jalan Hospital tu. Sekejap-sekejap beberapa buah motor polis trafik melintas dan diikuti beberapa buah kereta yang penuh bertampal sticker. Sebab kereta kakchik no 3 dalam barisan tu, kakchik tak nampak sangat apa yang tertulis di sticker. Nak zoom ambik gambar pun diorang laju sangat.

Menunggu lagi. Polis trafik tu pun kakchik nampak memandang jauh ke kanan, ke arah Jalan Pengkalan Chepa. Huh, rupa-rupanya Le Tour De'Langkawi.

Kakchik sempat rakam video masa pelumba-pelumba melepasi simpang. Wah... kenangan lagi. Tapi dah beberapa kali cuba upload ke youtube tak berjaya. Mungkin salah format kot. Takpelah... nanti kalau dah berjaya kakchik embed kat sini.
Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs