Isnin, 1 Jan 2018
Pagi tahun baru, rumah kembali sunyi bila kanak-kanak sudah kembali ke sekolah. Tinggallah kami yang berbisnes dari rumah, anak kecil dan ahli keluarga yang bekerja syif petang. Kebetulan abang dan kak ipar ada pulang bercuti jadi rumah keluarga agak meriah pagi ni.
Kami sarapan bersama dengan Nasi Berlauk Ayam Goreng yang sedap dan harum. Kuih-muih serba sedikit buat pencuci mulut. Usai sarapan, kami masi di dapur saling bercerita dari nama kuih, nama nasi, nama roti hinggalah pelbagai topik keluarga.
Seronok. Alhamdulillah.
Aflah dah bangun dari tidur, mesti terus cari Bonda. Apa lagi kan? Nak susu lah dia :) Hari pun makin gelap, nampaknya hujan nak turun lagi pagi ni. Alhamdulillah Kakchik suka cuaca macam ni. Sejuk dan nyaman. Terasa segar je. Hehehe tapi ada bahayanya, tarikan nak masuk dalam selimut tu BESAR sangat.
Syukur Kakchik tak tergoda. Tu yang boleh dok menulis panjang ni :D Entah dari mana datangnya angin kus kus semangat nak menulis pulak hari ni. Agaknya semangat lain macam sebab dah 1 Jan 2018. Harap-harap semangat nak menulis macam zaman blogging dulu akan kembali bagus macam dulu dulu.
Dah jam 10.05 pagi. Masa untuk menghadap instagram dan pages Abaya Elegan pula. YES untuk beberapa koleksi masih berlangsung jadi kena teruskan usaha bagitau orang pasal ni. Kan nanti orang cakap "APESAL TAK BAGITAU". Kan?
Ok, bye bye kejap ya.