Followers

20.6.16

SANAH HELWAH ANAKKU SAYANG

Selamat Ulang Tahun Yang PERTAMA Buat Wan Aflah.


Bonda doakan agar anakanda Wan Aflah membesar dengan sihat dan cerdas. Hidup sentiasa diberkati dan dirahmati Allah Subhanahuwa ta'ala.

Aamiin.

19.6.16

PILIH REKAAN ABAYA YANG SESUAI JIKA KELUAR SHOPPING

Bismillah. Alhamdulillah hari ini sudah 14 Ramadhan dan hari Ahad. Bagi kami di Kelantan, hari ini hari bekerja. Di saat Kakchik menaip ni suasana di jalanraya di hadapan rumah kami semakin rancak dengan bunyi deruman enjin kenderaan. Ya, orang sudah keluar untuk ke tempat kerja atau menghantar anak-anak ke sekolah. Namun, sebahagian besar penduduk di Malaysia, sedang bercuti hujung minggu pada hari ni. Biasanya kaum wanita, di hari inilah mereka keluar shopping bersama keluarga atau rakan-rakan. Itu di bulan biasa. Adakah di bulan Ramadhan ini situasinya sama? Allahu'alam. Apapun, bagi para #abayaladies pastinya mereka akan keluar berlibur dengan memakai abaya yang paling selesa. Pilihan rekaan abaya boleh dibuat mengikut kesesuaian tempat dan aktiviti yang mahu dilakukan pada hari ini.

Ke Pasar Basah Jika mahu keluar membeli-belah barangan dapur di pasar basah, pilihlah abaya yang mempunyai rekaan yang ringkas tanpa banyak hiasan sulam, manik atau batu-batu berkilauan. Sedikit hiasan itu lebih praktikal. Begitu juga dengan bentuk abaya. Potongan kembang A dengan lengan biasa atau lengan yang ada grip/cuff lebih memudahkan pergerakan. Kita tentunya tidak mahu memakai abaya yang berlengan besar dan luas apabila ke pasar basah. Nanti kan ada yang berbau ikan atau rempah kari hehe. Pasaraya @ Gedung Membeli-Belah Lain pula bila kita mahu ke pusat membeli-belah yang lebih besar dan moden. Kita masih boleh memakai abaya simple, tiada masalah kerana ia untuk kemudahan dan keselesaan kita. Namun, ada wanita amat menitik-beratkan penampilan dan imej mereka di mana-mana sahaja mereka berada. Ini termasuklah para #abayaladies . Bergaya tidak salah kan? Lagipun mereka menutup aurat dengan baik cuma mahu kelihatan anggun dan elegan. Kepuasan peribadi juga imej yang cantik kepada wanita Islam. Pilihan rekaan abaya mula pelbagai dari yang ringkas kepada yang agak sarat dengan hiasan. Banyak sulam masih ok tapi elakkan banyak bling-bling. Kurang sesuai ber-bling-bling di tempat yang ramai orang. Biarlah kita tampil elegan tapi bukan menjadi attention seekers. #KakchikNiza #AbayaElegan #EleganDanSyarie #InBusinessSince2009

26.2.16

YANG LABUH SEMAKIN LABUH.

YANG LABUH SEMAKIN LABUH. Itulah yang Kakchik dapat lihat sekarang ini. Wanita-wanita muslimah semakin berani melabuhkan tudung mereka ke saiz yang sama dengan telekung solat.
Dulu-dulu sudah ada cuma jumlah mereka tidak ramai dan kita kurang pendedahan tentang pemakaian sedemikian. Tapi, sejak muslimah di Indonesia mengkomersilkan pemakaian khimar dengan sentuhan moden, ia tiba-tiba BOOM menjadi trending. 

Kakchik suka. Kakchik amat suka. Entah kenapa, mereka kelihatan amat amat manis, bergaya dan patuh syariat. Tidak salah kan? Itu tandanya pakaian yang jelas jelas menunjukkan AKU ISLAM tanpa diberitahu kini diterima dengan terbuka. 

ALHAMDULILLAH. Berbaloi rasanya 10 tahun 20 tahun lepas para muslimah yang berjuang sungguh-sungguh di merata kampus pengajian dalam negara dihukum, dihina, dikeji, dikecam namun mereka bertahan.

Kini, generasi Y dan Z dapat menikmati hasilnya. Iya, pemakaian purdah/niqab sudah melata. Dulu haram dalam kampus. Nak pakai pun sorok-sorok. Dulu pakai tudung labuh jadi bahan sindirin umum, kina ia makin menjadi pakaian umum.

THUMMA ALHAMDULILLAH. Tahniah kepada para pejuang pakaian menutup aurat. Untung kalian. Ada SAHAM untuk akhirat.

#KakchikNiza #AbayaElegan #EleganBersyariat #Repost 

Kredit gambar: Si.Se.Sa
Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs