Followers

16.12.13

BILA FOKUS LARI

BILA FOKUS LARI

...tentulah susah hati. Bulan 12 dah nak habis. Tak lama lagi masuklah tahun masehi 2014. Kalau umur panjang, sempatlah merasa hidup di tahun baru. Ok, fokus... fokus.

Sebulan dua ni, fokus kakchik dalam bisnes dan kerjaya lari sikit terutama sejak banjir melanda Pantai Timur. Eh, nak salahkan banjir lah pulak... Bukan.. nak ceritanya fokus kakchik lari sikit dan mulalah berlaku beberapa situasi yang tidak diharapkan.

Kalau syampoo boleh ada 3 in 1, 4 in 1 dan kopi pun boleh ada 8 in 1 namun kakchik tak boleh ada macam tu. Tak mampu diklon atau di-kopipes (maaf pinjam bahasa seseorang).

Walaupun setiap hari ada jadual perancangan, things-to-do namun apabila fokus lari, maka tersasarlah target untuk dicapai pada hari tersebut. Nasib baik bukan setiap hari. Alhamdulillah... Allah masih sayang kat kakchik.

Ringkas kata, setiap apa yang kita nak buat, pastikan FOKUS betul-betul dan buat sepenuh hati. Fokus boleh lari mungkin adanya faktor-faktor pengacau berikut:
1. Hati sedang bersedih - misalnya kecik hati dengan suami.
2. Kepenatan teramat - jadual harian yang terlalu padat.
3. Kemalasan melanda - tiba-tiba rasa nak duduk je kat kerusi dan saja-saja browse internet.
4. Adik-beradik asyik berkumpul dan bersembang macam-macam - kita pun nak tumpang dua kaki-lah...
5. Gaji naik - berangan je lebih.
6. Sibuk nak buat kebajikan - lupa makan minum dan kebajikan diri sendiri.

etc etc etc...

MORAL OF THE STORY : Untuk benar-benar BERJAYA, kuasa fokus AMAT PENTING. Imagine ada singa sedang kejar, mengaum garang dan sedang mendekat. FOKUSSSSSS !


JANGAN BERTANGGUH

JANGAN BERTANGGUH

Bismillah. Kakchik nak nasihat diri sendiri ni, "Jangan suka bertangguh ya. Nanti last minute diri sendiri yang susah."

Sesuatu pekerjaan tidak akan dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin jika kita suka bertangguh.

Selalu bertangguh, berat akibatnya. Padah. Mungkin kena marah. Yang paling tak best ialah kita hilang kredibiliti.

Kerja bertangguh menyebabkan kejayaan yang cuma sesaat menjadi kejayaan yang tertangguh kemudian bertukar menjadi kegagalan.

Jangan nak mengelak diri dan cari pasal dengan orang lain. Audit diri sendiri dulu.

Jangan sampai ada yang kata kat kita, "padan muka hang."

MORAL OF THE STORY : Ada kerja, terus buat.

15.12.13

LUPA NOMBOR KERETA SENDIRI

LUPA NOMBOR KERETA SENDIRI

Siang tadi, kakchik masih lagi MC selepas demam + keletihan yang amat tapi ada tugas dan amanah yang perlu diselesaikan segera jadi terpaksalah juga menggagahkan diri untuk memandu. Nak ajak suami, dia pun kerja.

Sebenarnya dalam kesibukan kakchik terlupa, ansuran kereta telah overdue seminggu. MasyaAllah... nasib baik pihak bank belum telefon, kalau tidak buat malu je.

Sebelum-sebelum ni kakchik buat bayaran secara interbank giro tapi sejak bulan berepa dah kakchik pun lupa, selalu je selepas selesai buat interbank giro, esoknya duit dikembalikan ke dalam akaun. Bila consult pihak bank, memang betul ada masalah jadi terpaksalah ke bank untuk buat bayaran.

Back to the story, dalam keadaan badan yang belum 100% sihat, dan sedikit mamai, kakchik pun ke bank. Ambil no giliran, 2094... no semasa 2073 insyaAllah tak perlu tunggu lama kot sebab selalunya cepat je kat bank A ni. Namun sayang sekali, tunggu punya tunggu naik lenguh kaki berdiri hanya 4 orang yang baru selesai.

Tiba-tiba teringat, "oh, lupa... boleh buat deposit tunai..." apalagi teruslah kakchik ke mesin ATM. Berdebar juga nak buat bayaran guna mesin tu sebab dah berbulan-bulan kakchik tak guna mesin ATM. Nasib baik kat mesin sebelah ada pegawai bank sedang bantu seorang pakcik melakukan urusan yang sama, deposit tunai.

Masa dia suruh kakchik key-in nombor kereta, tiba-tiba kakchik tersedar, "alamak! apa dah no kereta ku....?" huhu, boleh tak ingat nombor kereta sendiri walhal setiap hari dok tengok. Kakak tu dah mulai senyum semacam. Perah otak.... akhirnya kakchik beri dia satu nombor, rasa-rasa macam betul.

Ops! Silap, nama tuan punya kereta Mr XYZ BINTI ABC. LOL... kakak tu siap cakap, "Dik, kena isi borang ni, buat laporan kat kaunter yang ada kesilapan pada nama pemilik." Nama lelaki tapi ada BINTI hahaha... kata kakak tu mungkin ada kesilapan semasa pihak bank upgrade sistem dan convert data lebih kurang sebulan lepas. Cancel. Tak jadi bayar.

Ayyo... dalam fikiran lemah, badan letih, kakchik terpaksalah telefon suami untuk sahkan nombor kereta. Nasib baik tak kena marah. Akhirnya baru dapat akaun yang betul dan boleh buat bayaran dengan senang hati.

MORAL OF THE STORY : Kalau badan tak sihat, mental pulak lemah, janganlah sibuk nak gi buat urusan penting macam tu. Silap haribulan, gi bayar kat akaun orang lain. Kan ke naiya?

12.10.13

[Pegawai Bank Ingat Orang Asing]

Beberapa tahun lepas, kat Kota Bharu ni tak ramai sangat muslimah memakai pakaian serba hitam dan berniqab keluar berurusan. Kalau ada selalunya para pelajar pondok yang keluar secara beramai-ramai.

Satu hari kakchik ada urusan kaunter di sebuah bank yang jarang kakchik singgah. Selalunya kalau singgah pun sekadar untuk mengambil wang di mesin ATM.

Hari tu kakchik antara pelanggan yang awal berurusan di kaunter. Sebaik saja nombor giliran dipanggil kakchik terus ke kaunter. Di kaunter ada sesuatu yang lucu telah berlaku.

Pegawai bank, tengok kepada kakchik dan berpaling kepada pegawai di kaunter sebelah dan bercakap dalam loghat Kelantan, "Eh, aku nok kkecek lagu mano nga dio nih? Nok keno kkecek oghe putih koh? Arab aku koho tok tau."

Di sebalik niqab kakchik tersenyum saja sambil memberi salam dan menghulurkan cek kepada beliau. Pegawai di sebelahnya pun tersenyum juga. Pegawai di depan kakchik kelihatan agak gelabah dan seperti tergagap-gagap.

Kakchik pun... cakaplah, "It's ok... nok kkecek oghe putih buleh, kalu kelate koho sayo buleh. Bahasa arab tu maahlah sayo tok panda." Hehehe... terus berderai dia ketawa. "Nasib baik... takut tergeliat lidoh jah nok keno kkecek oghe putih hehehe...".

Begitulah sedikit kenangan di suatu masa lalu. Penampilan kakchik disangkakan wanita arab kerana di sekitar Kubang Kerian ada sekelompok kecil muslimah dari negara-negara arab sama ada mereka menyambung belajar di USM Kubang Kerian, bekerja di Al Imam International atau menemani suami masing-masing menyambung pelajaran di sini.

Kalaulah kakchik pandai bahasa arab, kan best!

-KakChik Niza-

12.9.13

PERKONGSIAN: BEBAS HUTANG!

Oleh Sdr. Zulkifli, Damansara Damai
Sumber: Page Islam Agama Ku

Sejak tahun 2003 lagi saya azam nak bebas daripada segala hutang. Masa tu, kami terbeban dengan 5 hutang iaitu PTPTN saya, PTPTN isteri saya, Study Loan Yayasan Johor saya, Computer Loan, dan Car Loan. Lepas berhempas pulas selama 4 tahun, alhamdulillah, 4 Januari 2007 kami bebas dari segala hutang! Sejak hari tu, tak ada lagi hutang berbaki walaupun satu sen. Dan kami suami isteri kekal sebagai orang yang bebas hutang hingga ke saat saya menulis artikel ni.

Ada juga kawan yang mintak saya kongsikan cara untuk bebas hutang, tapi saya bukanlah orang layak untuk ajar cara bebas hutang. Cuma sekadar berkongsi tu, insyaAllah. Langkah pertama, saya boleh cadangkan sahabat semua baca buku Petunjuk Jalan Kekayaan, tulisan Chef Li. Buku tu banyak bagi motivasi dan membuatkan saya insaf untuk jauhkan diri dari hutang. Lepas menyelami betapa susah hatinya Chef Li masa dikelilingi hutang, saya sendiri pun rasa fobia dengan hutang.

4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi

Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.

Prinsip #1: Beli secara tunai.

Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.

Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.

Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.

Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual. Downgrade life style buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.

Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.

Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung bulan). Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank. Yang penting mesti menyimpan.

Prinsip #4: Bina pendapatan kedua.

Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.

Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.

Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!

Orang Bujang, Suami Isteri Bekerja, Lagi La Mudah

Kalau orang macam saya boleh menyimpan dan bebas dari segala hutang, saya rasa orang bujang sepatutnya lagi senang nak bebas hutang. Betul tak? Susu pampers anak-anak tak kena beli, duit hantar anak sekolah pun tak ada, pakaian anak-anak yang mahal-mahal tu pun tak perlu risau. Cuma fikir diri sendiri dan kebajikan mak ayah jer…

Kalau orang macam saya yang isteri tak bekerja pun boleh, orang yang dua-dua suami isteri bekerja sepatutnya lagi lah mudah untuk bebas hutang! Betul tak? Hidup ni satu pilihan…

Ok, sampailah masanya untuk saya dedahkan strategi yang saya pakai untuk bebas hutang dalam masa 4 tahun.

7 Strategi Bebas Hutang Dalam Masa 4 Tahun

Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:

Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.

Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.

Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.

Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.

Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.

Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.

Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!

Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!

Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.

Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.

Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!

Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!

Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.

Nota Jutawan Nota Kewangan Irfan Khairi

Tip terakhir, baca banyak buku-buku kewangan. Buku seperti “Jutawan Dari Planet Jupiter” (Azizi Ali), “Nota Jutawan, Nota Kewangan” (Irfan Khairi) tu wajib baca. Mana-mana buku yang saya baca, mereka akan cakap benda dan tip yang sama dengan apa yang saya kongsikan ni. Bezanya cuma samada kita AMAL ataupun tidak. Itu jer.

Moga tips ringkas ni dapat bantu sahabat semua untuk jadi G.O.O.D person. Iaitu “Get Out Of Debt” kata rakan saya, David Lee (Certified Financial Planner)…

Wallahu a’lam.

Zulkifli
11 Julai 2011
10 Sya’ban 1432
Damansara Damai

13.7.13

Ramadhan Mega Sale di Abaya Elegan

Bismillah. Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk berkongsi berita menarik untuk para pembaca yang suka pakai ABAYA. Sekarang ni butik abaya maya kakchik sedang buat Ramadhan Mega Sale kerana stok-stok abaya untuk dipakai sepanjang Ramadhan dan Raya telah banyak sampai. 

Mungkin ada pembaca yang tidak sempat nak jenguk page Abaya Elegan Lovers atau blog Abaya Elegan, kakchik senaraikan di sana gambar-gambar abaya yang sedang SALE. Ini sebahagian sahaja sebab masih ada banyak lagi dalam stok. Jika yang nak datang tengok dan cuba sendiri pun boleh. Syaratnya anda di Kelantan atau sudi datang ke Kelantan :)

Baiklah, ini sebahagian pilihan-pilihan yang ada.
















9.7.13

IMKK : AURA, HATI & REZEKI....

Oleh Anis Choc Moist Cake

Semua orang nak aura besar!... Kalau boleh nak sampai maksimum saiz aura tu, sampai keluar dari bulatan aura tu.. Mungkin ada yang tak faham apa dia aura ni semua.. Sebenarnya, semua kehidupan, semua makhluk Allah ada auranya... Bak kata Haji Asri, CEO Life Rich, kita semua ada Nur Cahaya di sekeliling kita.. Nur itulah Aura... Lebih besar Nur kita, bermaksud lebih besar rezeki kita... Jadi, kalau nak jadi money magnet atau nak rezeki mengejar kita, tambahlah atau besarkanlah saiz aura kita, cantikkanlah warna aura kita!..

Senang je nak besarkan aura ni. Setiap hari mandi garam.. insyaallah bulatan aura kita akan menjadi besar.. Senanglah kalau macam tu kan?.. Ada duit, beli banyak-banyak garam tu..hah, balik berendamlah dengan air garam tu... Tapi cukup tak sekadar mandi garam tapi tak jaga hati?..

Ramai yang tak perasan saya rasa... Semua berebut-rebut nak auranya besar, sebab semua kaitkan aura tu dengan rezeki... Itu okay, tak ada hal... Tapi, yang mereka tak perasan ialah tahu tak semuanya berkenaan dengan HATI?... It's all about LOVE... It's all about RELATIONSHIP... It's all about EMOTION... Perasan tak?..

Memang ada yang tak perasan...memang masih ramai lagi yang tak faham... Penat je sebenarnya kalau u all habiskan duit beribu-ribu ringgit untuk ke seminar-seminar untuk menjadi kaya dan berjaya, tapi u all tak jaga HATI u!.. U all pandang ringan tentang hati.. U all abaikan SOAL HATI!!... U all tak tahu... Sebenarnya di situlah sebenarnya punca rezeki u!.. Di situlah sebenarnya punca kekayaan u!.. Di situlah sebenarnya punca kejayaan dan keberkatan u!...

It's all NOT ABOUT duit..duit..duit..... rezeki..rezeki..rezeki... Hati letak tepi?.. Hati lantak pi?.... NO!!!... Kalau u all tak jaga SOAL HATI ni..., u pegi lah kelas beribu ringgit pun, travel punya lah jauh nak cari ilmu nak kaya... Tapi, kalau tak jaga soal hati ni... U tengoklah, balik nanti u buat..buat..bisnes all out, full swing... Mula-mula mencanak-canak sale, meletup-letup produk u.. Tapi...tak lama kemudian.. dah jadi macam dulu balik... Korek lubang, gali lubang.. korek lubang, gali lubang.... Sampai bila?..

Minta maaf, bukan nak kata saya ni pandai sangat SOAL HATI ni... saya pun manusia biasa, ada jugak yang tak betul.. Tapi, yang buat saya kesian kat u all ialah.... U bayar duit nenek seminar beribu-ribu ringgit punnn.... tapi TAK ADA The Power of LOVE... Habis lah!!... Kesian!!... U wont be anywhere, u are wasting your money and your time!..

Saya tengok semalam masa di Seminar Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan ramai lagi manusia yang tak memahami manusia lain... Yang dia tau nak kaya saja! Masa saya dan team saya ke kedai berdekatan nak makan, kat sinilah kita dapat lihat macam-macam ragam manusia.. Kalau dah nampak orang lain berlegar-legar memegang pinggan nak makan dan mencari tempat... Yang duduk melepak, bersembang, merokok tu... patut beradablah sikit.. Kalau nak kaya, belajarlah kesian kat orang, belajarlah faham perasaan orang.. Jangan pentingkan diri sendiri.. Memang isu ni nampak macam simple, tapi...di situlah letaknya HATI!!!...

Yang dalam kelas pulak, kalau dah tak berminat dengan apa yang u nak belajar, u jangan mengganggu orang lain!.. Ada yang datang entah fokus atau tidak.. asyik nak introduce produk dia saja.. asyik nak menjual saja!.. Come on lah... Kat mana The Power of Contribution u all kalau u all langsung tak beri energi u all untuk orang lain? U tau tak, kalau u dingin membeku..tak responsif, u sedang membebaskan aura-aura negatif u all kepada orang sebelah u.. kepada orang sekeliling u?..

Semua ni experience beberapa orang kawan saya.. Kesian mereka, mau tak mau.. walaupun mereka sememangnya positif, aura pun besar... Tapi, kalau orang sekeliling tak contribute energi mereka, mau tak mau melekat jugak yang negatif tu.. Bukan apa, jadi tak fokus bila ada orang-orang yang tak best macam tu...

Tapi takpe, hari ni...u all set your mind.. U akan duduk di kalangan orang-orang yang positif, orang-orang yang high energy!!.. Yang penting, u must contribute first!.. U must give your love first... Barulah u akan menarik orang-orang yang best dalam hidup u!. Barulah u akan rasa dan faham kemudian nanti... sebenarnya bukan susah sangat nak kaya dan berjaya, apalagi diberkati... asalkan u jaga HATI... u rawat hati u.. It's all about berapa besar u bukak jiwa u kepada orang lain...

It's all about LOVE....

WALLAHU'ALAM....

8.7.13

Ramadhan Mubarak



Bismillah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.

Sehari saja lagi sebelum kita melangkah ke dalam bulan Ramadhan yang begitu dinanti-nantikan.

Walaupun persiapan diri tidaklah seberapa namun azam dalam diri tetap mahu lakukan yang terbaik sama ada dalam amal ibadah, hubungan dengan manusia apatah lagi hubungan dengan Yang Maha Esa.

InsyaAllah kita sama-sama raikan Ramadhan dengan jiwa yang terbuka luas untuk menyerap segala kebaikan darinya.

Semoga Allah panjangkan umur kita untuk menikmati Ramadhan sekali lagi.

3.7.13

25 Kelebihan Istighfar

Bismillah

Di zaman yang serba mencabar ini ada baiknya kita menjadikan Istighfar sebagai salah satu amalan kita, Untuk lebih membuat kita bersemangat melakukannya, berikut adalah huraian kelebihan dan manfaat dari berIstighfar.

1. MENGGEMBIRAKAN ALLAH
Rasulullah s.a.w bersabda, “Sungguh Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya daripada kegembiraan salah seorang dari kalian yang menemukan untanya yang hilang di padang pasir.” (HR. Bukhari dan Muslim).

2. DICINTAI ALLAH
Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri.” (QS.al-Baqarah: 222). Rasulullah bersabda, “Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah. Orang yang bertaubat atas dosanya, bagaikan orang yang tidak berdosa.” (HR.Ibnu Majah)

3. DOSA-DOSANYA DIAMPUNI
Rasulullah bersabda, “Allah telah berfirman, "Wahai hamba-hamba-Ku, setiap kalian pasti berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kalian kepada-Ku, nescaya kalian Aku ampuni. Dan barangsiapa yang meyakini bahwa Aku punya kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli (beberapa banyak dosanya).” (HR.Ibnu Majah, Tirmidzi)
Imam Qatadah berkata,”Al-Qur’an telah menunjukkan penyakit dan ubat kalian. Adapun penyakit kalian adalah dosa, dan ubat kalian adalah istighfar.” (Kitab Ihya’Ulumiddin: 1/410).

4. SELAMAT DARI API NERAKA
Hudzaifah pernah berkata, “Saya adalah orang yang tajam lidah terhadap keluargaku, Wahai Rasulullah, aku takut kalau lidahku itu menyebabkan aku masuk neraka’. Rasulullah s.a.w bersabda,’ Dimana posisimu terhadap istighfar? Sesungguhnya, aku senantiasa beristighfar kepada Allah sebanyak seratus kali dalam sehari semalam’.” (HR. Nasa’i, Ibnu Majah, al-Hakim dan dishahihkannya).

5. MENDAPAT BALASAN SYURGA
“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.”(QS. Ali’Imran: 135-136).

6. MENGECEWAKAN SYAITAN
Sesungguhnya syaitan telah berkata,”Demi kemuliaan-Mu ya Allah, aku terus-menerus akan menggoda hamba-hamba-Mu selagi roh mereka ada dalam badan mereka (masih hidup). Maka Allah menimpalinya,”Dan demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku senantiasa mengampuni mereka selama mereka memohon ampunan (beristighfar) kepada-Ku.”(HR.Ahmad dan al-Hakim).

7. MEMBUAT SYAITAN PUTUS ASA
Ali bin Abi Thalib r.a pernah didatangi oleh seseorang, "Saya telah melakukan dosa’. 'Bertaubatlah kepada Allah, dan jangan kamu ulangi’, kata Ali. Orang itu menjawab,’Saya telah bertaubat, tapi setelah itu saya berdosa lagi’. Ali berkata, ‘Bertaubatlah kepada Allah, dan jangan kamu ulangi’. Orang itu bertanya lagi,’Sampai bila?’ Ali menjawab,’ Sampai syaitan berputus asa dan merasa rugi.” (Kitab Tanbihul Ghafilin: 73).

8. MEREDAM AZAB
Allah berfirman, "Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.”(QS.al-Anfal: 33).

9. MENGUSIR KESEDIHAN
Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).

10.MELAPANGKAN KESEMPITAN
Rasulullah s.a.w bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka,”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).

11. MELANCARKAN REZEKI
Rasulullah s.a.w bersabda,”Sesungguhnya seorang hamba boleh tertahan rezekinya kerana dosa yang dilakukannya.” (HR.Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah).

12. MEMBERSIHKAN HATI
Rasulullah s.a.w bersabda,”Apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah noda hitam di hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, maka bersihlah hatinya.”(HR.Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tirmidzi).

13. MENGANGKAT DERAJATNYA DI SYURGA
Rasulullah bersabda,”Sesungguhnya Allah akan mengangkat derajat seorang hamba di syurga. Hamba itu berkata,’Wahai Allah, dari mana saya dapat kemuliaan ini?’ Allah berkata,’Kerana istighfar anakmu untukmu’.”(HR.Ahmad dengan sanad hasan).

14. MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH
Abu Hurairah berkata,”Saya telah mendengar Rasulullah bersabda, 'Demi Allah, Sesungguhnya aku minta ampun kepada Allah (beristighfar) dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali’.”(HR.Bukhari).

15. MENJADI SEBAIK-BAIK ORANG YANG BERSALAH
Rasulullah bersabda,”Setiap anak Adam pernah bersalah, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah yang segera bertaubat.”(HR.Tirmidzi, Ibnu Majah, al-Hakim).

16. BERSIFAT SEBAGAI HAMBA ALLAH YANG SEJATI
Allah berfirman,”Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Yaitu) orang-orang yang berdo’a:”Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka,”(iaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap ta’at, yang menafkahkan hartanya (dijalan Allah), dan yang memohon ampun (beristighfar) di waktu sahur.”(QS.Ali’Imran: 15-17).

17. TERHINDAR DARI MENJADI ORANG YANG ZALIM
Allah berfirman,”…Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”(QS. al-Hujurat: 11)

18. MUDAH MENDAPATKAN ANAK
Allah berfirman,”Maka aku katakan kepada mereka:”Mohonlah ampun (istighfar) kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS.Nuh: 10-12).

19. MUDAH MENDAPATKAN AIR HUJAN
Ibnu Shabih berkata,”Hasan al-Bashri pernah didatangi seseorang dan mengadu bahwa lahannya tandus, ia berkata, ‘Perbanyaklah istighfar’. Lalu ada orang lain yang mengadu bahwa kebunnya kering, ia berkata, ‘Perbanyaklah istighfar’. Lalu ada orang lain lagi yang mengadu bahwa ia belum punya anak, ia berkata,’Perbanyaklah istighfar’. (Kitab Fathul Bari: 11/98)

20. BERTAMBAH KEKUATANNYA
Allah berfirman,”Dan (dia berkata): "Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.” (QS. Hud: 52)

21. BERTAMBAH KESEJAHTERAANNYA
Allah berfirman,”Maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.”(QS.Nuh: 10-12).

22. MENJADI ORANG YANG BERUNTUNG
Allah berfirman, "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(QS.an-Nur: 31).

Aisyah berkata,”Beruntunglah, orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka.”(HR.Bukhari).

23. KEBURUKANNYA DIGANTI DENGAN KEBAIKAN
Allah berfirman, "Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. al-Furqan: 70).

“Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.”(QS. Hud: 114).

24. BERCITRA SEBAGAI ORANG MUKMIN
Rasulullah bersabda,”Tidak seorangpun dari umatku, yang apabila ia berbuat baik dan ia menyedari bahawa yang diperbuat adalah kebaikan, maka Allah akan membalasnya dengan kebaikan. Dan tidaklah ia melakukan suatu yang tercela, dan ia sadar sepenuhnya bahwa perbuatannya itu salah, lalu ia mohon ampun (beristighfar) kepada Allah, dan hatinya yakin bahawa tiada Tuhan yang boleh mengampuni kecuali Allah, maka dia adalah seorang Mukmin.”(HR.Ahmad).

25. BERKEPERIBADIAN SEBAGAI ORANG BIJAK
Seorang ulama berkata,”Tanda orang yang arif (bijak) itu ada enam. Apabila ia menyebut nama Allah, ia merasa bangga. Apabila menyebut dirinya, ia merasa hina. Apabila memperhatikan ayat-ayat Allah, ia ambil pelajarannya. Apabila muncul keinginan untuk bermaksiat, ia segera mencegahnya. Apabila disebutkan ampunan Allah, ia merasa gembira. Dan apabila mengingat dosanya, ia segera beristighfar.” (Kitab Tanbihul Ghafilin: 67).


Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/10/25-manfaat-istighfar.html#ixzz2Xvp0CXf3

15.5.13

Reminder To Myself


Bismillahir Rahmanir Rahim

If there's one thing we can be certain of in this life, it is not money or fame, but death. 

Yes, we can wholeheartedly agree, every one of us will face death. 

Then why is it that many of us don't prepare for it? 

Indeed, we plan for retirement, our kids' college plans, buying a house, yet the one thing we are certain of is death. 

So remember often, the destroyer of pleasures, death!

Allahu Akbar!

9.3.13

Selamat Datang Ke Abaya Elegan Lovers

Bismillahir Rahmanir Rahim.

MasyaAllah... sudah berapa lama kakchik tidak mengemaskini blog kesayangan ini. Beginilah kalau fesbuk telah mengambil-alih banyak keperluan-keperluan dakwah kakchik. Walaubagaimanapun kakchik ada sesuatu yang mahu dikongsikan dengan kalian semua. Allahu'alam sama ada masih ada pengunjung atau tidak ke sini. Tidak menjadi satu masalah bagi kakchik :)

Kakchik assume sebahagian teman-teman yang singgah sudah tahu yang kakchik menjalankan bisnes menjual abaya (jubah) yang diimport dari tanah arab atau timur tengah. Bisnes ini adalah kerjaya sambilan kakchik di samping kerjaya sepenuh masa di al-Zahra'.

Nak buka butik belum kesampaian. Merata-rata kakchik mencari lokasi yang sesuai dengan bajet dan misi/visi bisnes tapi belum berhasil. Tidak mengapalah. Bisnes abaya kakchik masih berjalan seperti biasa secara online. Alhamdulillah. Dan bisnes online ini pastinya memerlukan pusat operasinya.

Tidak lain tidak bukan, rumah sendirilah yang paling sesuai. Kakchik ingin menjemput kalian untuk berkunjung ke home-boutique Abaya Elegan Lovers atau ringkasnya Abaya Elegan. Silakan.






24.1.13

12 Rabiul Awwal 1434 Hijrah : Sudah 12 Tahun

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Terima kasih ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Berkat rahmat-Mu bahtera rumahtangga kami hari ini sudah masuk tahun ke-12. Terima kasih kerana sentiasa melindungi bahtera kehidupan dua orang insan ini. Suatu perjalanan yang ada pelbagai suka-dukanya. Hari ini? Aku serahkan kepada-Mu ya Allah. Moga bahagia jua yang Engkau limpahkan.

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-12 Suamiku!





Aku doakan sepanjang kita hidup bersama, dirimu lebih banyak menikmati kebahagiaan berbanding kedukaan. Walau isterimu ini jauh dari sempurna dan selalu saja membuatkan hidupmu diuji, aku tetap mendoakan dirimu setiap hari terasa bahagia dan bermakna menjadi seorang hamba Allah yang punya seorang isteri, miliki kerjaya yang memuaskan hati dan mampu berbakti kepada kedua orang tuamu dengan gembira.


12 Rabiul Awwal 1434H, 12 tahun membina hidup.

Sering aku bertanya pada diri, "Adakah aku telah melaksanakan amanah sebagai hamba-Nya dan sebagai seorang isteri dengan sebaik-baiknya?" "Apakah kebaikan pada diri dan kebaikan kepada orang lain yang telah aku lakukan?" Aku sebenarnya takut, takut hidup ini semakin meningkat usiaku semakin aku jauh dari-Mu ya Allah. Tolong selalu pandu aku agar sentiasa di atas jalan-Mu ya Allah.

Meraikan Cinta. Hanya dengan usaha dan doa.

Semoga suamiku sentiasa sihat tubuh badannya. Semoga suamiku sentiasa kuat untuk solat berjemaah 5 waktu di masjid. Semoga suamiku sentiasa seronok ke majlis-majlis ilmu. Semoga suamiku taat berkhidmat kepada kedua ibu bapanya. Semoga suamiku sentiasa bertanggungjawab ke atas dirinya dan diriku. 

Semoga suamiku sentiasa penyayang dengan keluarga dan kanak-kanak. Semoga suamiku sentiasa pemurah dengan senyuman, pemurah dalam kebajikan. Semoga suamiku sentiasa membimbingku agar mencintai nabi dan perjuangan menegakkan agama Allah sepanjang hayatku. Semoga suamiku sentiasa menjadikan Allah dan RasulNya sebagai yang paling utama dalam hidupnya.

Aku mencintaimu kerana Allah.

Ya Allah ya Tuhanku, ampunkanlah dosa-dosaku. Ampunkanlah dosa-dosa suamiku. Ampunkanlah dosa-dosa kami sama ada yang telah dilakukan atau yang akan datang. Ampunkanlah ya Allah. Sesungguhnya aku hamba-Mu yang sangat lemah, memohon belas ehsan-Mu agar menetapkan imanku di atas jalan-Mu. Melindunguku dari bisikan-bisikan syaitan yang membolak-balikkan hati dari jalan keimanan. Aku mohon Engkau memberkati perkahwinanku, rumahtanggaku dan kehidupanku sehingga akhir hayatku. Aku lemah dan aku tahu hanya Engkau Yang Maha Mendengar segala bisikan hatiku. Aku hamba yang sentiasa menzalimi diri sendiri tapi aku mohon rahmat-Mu agar mengampunkan dosa-dosaku dan dosa-dosa suamiku. Bimbinglah aku dan suamiku agar sentiasa berada di atas jalan-Mu. Jauhilah kami dari syaitan yang direjam. Hidupkanlah kami dalam iman dan matikanlah kami dalam iman. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan kami, Muhammad Sallallahu 'alaihi wa Sallam.

Amin. Amin ya Rabbal alamin.

Salam Maulidur Rasul. Allahumma Solli 'ala Muhammad wa 'ala aali Muhammad ya Rasulullah.

7.1.13

TIPS KEWANGAN MANTAP


‎Oleh: Abang Abu, Mekanik Wang

MEKANIK $ : Antara perkara yang pada saya rasakan amatlah penting untuk menjadikan keadaan kewangan anda memang mantap.....

Kena pastikan anda buat benda ni
1) Anda membina ilmu kewangan
2) Ketahui bagaimana untuk mengunakan income and balance sheet.
3) Menghuraikan maksud kebebasan kewangan dan membina aliran tunai yang akan menjadikan anda mencapai kebebasan kewangan ,
4) Mengenal pasti strategi membina kekayaan.
5) Apa kos sebenar liabiliti anda.
6) Tahu apa itu pelabiuran hartanah dan pelaburan saham.
7) Membuat pilihan yang tepat dalam hal hal kewangan .
8) Membina pengetahuan mengenai perniagaan
9) Ketahui cara keluar dari perlumbaan mencari duit setiap hari.

Amacam? Kau orang tahu ke benda-benda ni..... Kalau dah tahu TAHNIAH....

Kalau tak tahu, memang susahlah nak berjaya KAYA,,,,,, So, apa nak tunggu lagi...... JOIN Program AbangAbu untuk mengetahui semua hal-hal di atas dan banyak lagi....

ps: Kakchik salin terus dapi page MEKANIK $ di fesbuk

6.1.13

WAHAI ANAKKU...

BISMILLAHIR-RAHMANIR-RAHIM

 
Gambar 2010. Ziarah Imanina Mahfuzah yang baru lahir.

Wahai anakku,
Ada waktunya kamu perlu membuka dan melihat kembali gambar- gambarmu sewaktu kecil. Sewaktu kamu bermain- main, berlari dan bergurau senda dengan adik-adik dan kakakmu. Waktu kamu tertawa riang dalam Kemesraan dan kasih sayang. Kamu dibesar dengan penuh penjagaan ibubapamu. Ada kalanya kamu di marah, ditegur dan dipukul. Namun semua itu adalah kerana sayangnya ibubapa kepada mu.

Wahai anakku,
Kini kamu semangkin dewasa menempuh kehidupan masing- masing. Jangan sesekali kamu melupai saat itu, agar kamu terus mengambil berat kepada saudaramu. Di antara mereka ada yang menempuh kehidupan dengan penuh kemiskinan dan kesusahan. Ada yang senang dan bahagia. Kesemuanya hanya sekelumit ujian Allah kepadamu. Janganlah kamu tidur kekenyangan, sewaktu adik adikmu tidur dalam kelaparan.

Wahai anakku,
Ada orang yang sanggup memutus silaturrahim kerana harta pesaka ibubapa yang ditinggalkan. Ada yang terus tidak mempedulikan kaum kerabatnya. Ada yang terus bermusuhan. Alangkah sedihnya andainya itu terjadi.

Wahai anakku,
Andainya mereka membuka kembali kenangan lama sewaktu kecil, tentulah mereka akan menagis di atas apa yang sedang berlaku. Dan kalaulah ibubapa mereka masih hidup tentulah mereka akan berdukacita.

Wahai anakku,
Buanglah kesombonganmu dan keegoanmu. Tunduklah kepada kebesaran Tuhanmu, dan sedarilah hakikat kejadian Kita semua. Kita hanya menanti masa untuk dimasukkan ke dalam tanah, yang akan memadam segala kesedihan, kesombongan dan keegoan.

Wahai anakku,
Janganlah kamu berebut dunia yang sedikit dan kamu abaikan nikmat akhirat yang banyak. Janganlah kamu tamak dengan dunia yang kamu akan tinggalkan. Sedang kamu tidak berusaha untuk akhirat yang kekal abadi. Buanglah sifat mazmumah dalam dirimu dan gantilah ia dengan sifat mahmudah.

Wahai anakku,
Kamu tidak mungkin dapat mengeluarkan sifat buruk dalam dirimu, seandainya kamu masiha bergelumang dengan kekotoran dosa terhadap Tuhanmu. Segeralah bersih kekotoran sebelum ia melekat lama pada tubuhmu, sehingga kamu sukar untuk menghilangkannya. Lalu kamu penuhi hatimu dengan zikrullah. Nescaya kamu akan dapati ketenangan dalam kehidupan ini. Kamu akan melihat hakikat kehidupanmu sebagai seorang hamba Allah. Nanti kamu akan bersyukur di atas nikmat, dan kamu akan sabar di atas segala ujianNya.

Wahai anakku,
Senyumlah kepada masalah dunia, nescaya dunia akan senyum kepadamu.

Dari Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

5.1.13

KISAH AKU DAN AYAH

BISMILLAHIR-RAHMANIR-RAHIM.

Umiku bercerita, demi membesarkan anak-anak 9 orang, Ayah dari muda sampai ke tua sentiasa rajin bekerja dan istiqomah solat jemaah di masjid kecuali ketika sakit berat. Ayah pernah merantau ke Kedah mengambil upah menanam padi dan bertukang. Kerja Ayah sangat teliti dan kemas. Rumah kami Ayah bina sendiri dengan bantuan Umi. Sedikit demi sedikit akhirnya rumah kami siap dan anak ini adalah yang kedua dilahirkan di rumah itu.

Gambar 2011

Ayah pernah jatuh dari pokok rambutan kerana anak degilnya ini meraung tak berhenti kerana mahu makan rambutan. Dipujuk tak makan, akhirnya dalam kepenatan Ayah panjat juga dan terjatuh. Patah kaki Ayah. Kesannya ada sampai ke hari ini. Setiap kali teringat peristiwa ini airmata pastinya mengalir.

Dulu Ayah nak masukkan ke sekolah Maahad Muhammadi tapi kerana gila nak jadi pemidato, dapat saja tawaran ke SBP, janji dengan Ayah nak sekolah agama terus melayang. Ayah merajuk, abang-abang yang tolong pujuk. Anak degil ni tau nak hajat hati dia dipenuhi saja. Akhirnya Ayah mengalah. Borang ke sekolah SBP akhirnya Ayah sign.

Petang tadi balik kerja ternampak susuk tubuh Ayah memanjat tangga mengemaskan rimbunan pokok bunga kertas Umi hati jadi amat sayu, betapa Ayah, sampai dalam keadaan uzur masih berusaha nak bagi anak cucu selesa. Pokok-pokok di tepi pagar dikemaskan agar mudah anak-anak nak parking kereta dan lalu-lalang.

Ayah menjadi sumber inspirasi buat anak ini untuk terus berusaha gigih dalam hidup. Sikap Ayah yang peramah, mengambil-berat pada jiran-tetangga terutama orang-orang yang lebih tua, suka mengekalkan silaturrahim, mudah beralah dan sangat menghormati ulamak sangat dikagumi. Rasanya sedikit sebanyak ada mewarisi sikap tersebut. :)

Pengorbanan Ayah turut memberi kesan kepada bisnes yang diusahakan oleh anak-anak. Bisnes abaya ini juga punya pertalian dengan Ayah. Kata-kata Ayah, nasihat, teguran dan cabaran banyak mendorong anak ini untuk terus maju ke depan. Didikan Ayah, berbuatlah baik tapi jangan diharapkan balasan.

Terima kasih Ayah. Ayah yang tiada galang gantinya.

LA Business Trip

NOTES: This set is created for someone who's going to LA for a business trip. It's based on her usual style. Thank you.


LA Business Trip


Black white dress
$40 - newlook.com




H&M high heels
$48 - hm.com


Witchery
$21 - witchery.com.au

3.1.13

TIP BISNES : In business you need to keep SELLING

BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni kakchik nak kongsikan tip bisnes yang dikongsikan oleh Abang Abu Mekanik Wang di fesbuknya. Perkongsian di sini ialah untuk memudahkan kakchik merujuk lagi di lain kali. 

TIP BISNES : In business you need to keep SELLING


In business you have to keep SELLING. without SELLING your cash flow might be effected and can make your business not very healthy.
 
In order to make your business grow than you have to be SELLING .

In order you can be always SELLING. So lets Start SELLING.

S = Set Target. Your Goals on how many you want to sell each day, week , month or year. SET TARGET ok.

E = Ever Ready. Always be ready with brochures, product, sales idea. Must be able to sell anytime, anyplace .

L = learn to ask good Questions! Questions will win customers .

L = Learn to Listen too. Don't keep talking and telling about your things. listen carefully what the customers saying and you can close big sales as well become loyal customers

I = Initiate. Always be the first to start conversations. After listening and ask good question, you must initiate the move to make them buy.

N = negotiate. Always have some ways that you can negotiate and allow them to have the space to negotiate. It's the key to 90% closing.

G= Get Refferal - Ask referrals from your customers, or even if they not decided to get our service you can always ask if anyone else that might need your service. You will be surprise with the result as many will be willing to do so as long you can get them to have connection .

So with this Lets start SELLING.....

KC: Terima kasih Abang Abu.
Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs