Followers

29.4.10

Kena tayang juga

Hadiah sejambak bunga dari kak azatie yang sepatutnya kakchik tayang minggu lepas lagi. Tapi ala kulli hal hari ni baru diizinkan Allah. Terima kasih banyak kak atie atas ingatan mesra ini.


Award ini dari shiori dan ada tag pulak dah. Ok lah kakchik jawab ya.

1. thank and link the person that give you the award
Terima kasih banyak ya shiori atas ingatan ini.

2. pass this award to 10/20/30/all bloggers you've recently discover
shiori, actually kakchik dah terima award yang serupa sebelum ni dah sudah pun hadiahkan kepada beberapa orang teman blogger baru. kira takpe ya kalau kakchik tak panjangkan yang ni. maafkan kakchik ya.

3. contact said blogs and let them know they've won this award
rasanya dah contact dah hari tu

4. state 7 things about yourself
. petite
. happy go lucky
. love love books
. love bags
. hates pimple
. love abaya
. friendly


Blogger Award Friendship dari Mokwonik. Huhu... ada tag juga nampaknya. Mari kakchik cuba.

(a) COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY AWARD
Terima kasih mokwo. Dengan besar hati kakchik sudi terima award ni.

(b) BERI TAU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI
Dah sebut pun di atas tu.

(c) TAJUK POS KORANG MESTI ADA 5-FIVE-KHAMSAH? KENA JAWAB 10 SOALAN DAN SETIAP 1, DENGAN 5 
Berkongsi entri la mokwo, kira takpe ya... kakchik ada M sikit nak buat satu entri khas. Maaf ya.

(1) FIVE NAMES THAT PEOPLE CALL YOU:
. nor - only hubby call me this
. cheja - family and special friends at Faris Petra
. chik - kawan-kawan
. kakchik - kebanyakan kenalan panggil nama ni
. za - saudara-mara

(2) FIVE IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:
12 R. Awwal - Islamic wedding anniversary
10 Apr - my birthday
27 Apr - hubby's birthday
1 Jul - MariBaca's anniversary
25 Mei - masehi wedding anniversary

(3) FIVE THINGS YOU DID YESTERDAY:
tidur - rehat banyak
blogwalking - baca senyap, jalan senyap-senyap je
tengok drama online - terjumpa semasa blogwalking, menarik
belanja cik abe makan di ani sup utara - sempena birthday dia
hantar buku ke eskpo peladang & penternak - buka gerai kecil

(4) FIVE WAYS TO BE HAPPY:
banyakkan senyum kepada orang lain terutama cik abe
layan anak-anak saudara
baca buku
solat, tapi baru je hari ni lampu hijau
tengok kanak-kanak

(5) FIVE FAVOURITE MOVIES:
ketika cinta bertasbih 1
ketika cinta bertasbih 2

mmm... susah ni sebab dah lama sangat tak tengok movie. mmm...
laskar pelangi
200 pound beauty - korea
harry potter - semuanya suka

(6) FIVE FAVOURITE HOBBIES:
beli buku - baca mana yang sempat je
tambah kasut - hobi yang bahaya
kumpul beg tangan - ini juga hobi yang bahaya
pakai abaya - sejak mula pakai, memang sukar nak tukar dah
makan-makan di luar - suka cuba makanan di lain-lain restoran

(7) FIVE FAVOURITE PEOPLE:
cik abe - sumber ketawa dan geram
ummi/ayah - takde tolok banding
anak-anak saudara - buah hati pengarang jantung
tok guru - guru agamaku yang dihormati
mak/ayah - mertua yang sangat sporting

(8) FIVE FAVOURITE PLACES FOR VACATION:
dubai - impian belum kesampaian
tok bali - dekat, tenang dan nyaman
korea - ingin lihat apa yang ada dlm drama tu betul ke tidak
new zealand - hijau padang rumputnya
pangkor - ingin sekali ke sana bersama cik abe

(9) FIVE REASONS YOU ANSWERED THE SURVEY:
semangat setiakawan
ada masa petang ni - boleh jawab soalan yang banyak ni
tak susah sangat
nak banyakkan update untuk hari ni
takde alasan lain dah...

(10) FIVE PERSON TO TAG:
mokwo, boleh tak kalau kakchik stop tag ni kat sini aje. kakchik tak larat nak contact kawan lain untuk terima award-tag ni. boleh ya?

Sibuk mengemas untuk berpindah lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar? Moga-moga kalian semua dalam keadaan sihat walafiat. Kakchik pun alhamdulillah sudah sihat dari demam cuma masih selsema saja. Itu pun dah makin baik, insyaallah.

Cerah sungguh langit pagi tadi.

Huhu, dah petang baru dapat nak menulis di blog ni. Sebenarnya sepanjang hari ni kami berdua sibuk mengemas serba sedikit barang-barang dalam bilik ni dan memindahkannya ke rumah baru kami. Nasib baik rumah kami tu dekat saja, jalan kaki je ke sana-sini. Yang banyak buat kerjany.a ialah cik abe. Kakchik pulak kena melipat 2 bakul kain yang berhari-hari dah diangkat tapi sebab kakchik demam, terbengkalailah kerja melipat kain tu.

Fuh, mengemas rumah dalam cuaca yang sangat panas ni mana nak selesa kan. 3 buah kipas semua dipasang tapi anginnya terasa panas dan kering. Tapi kan... masa kakchik sedang menaip ni kakchik nampak langit dah mula mendung tu. Angin pun agak kuat ni... terasa nyaman sekali. Kalau duduk dalam rumah kakchik ni tentu lagi nyaman.

Kami belum berpindah sepenuhnya. Pindah sikit-sikit sebab kakchik pun baru sihat. Esok pula kakchik ada bengkel membina blog kat rumah tu. Buat bengkel istimewa untuk beberapa orang yang berminat nak membina blog peribadi/bisnes dalam masa separuh hari semua siap lengkap. Kakchik dah letih mengajar percuma, asyik ditegur oleh cik abe sebab tenaga habis, masa habis, suara pun terganggu tapi semuanya free.

Kakchik ok je sebenarnya tapi bila dah makin ramai dan masa kita terpaksa dikorbankan kakchik rasa dah sampai masanya mengajar ni dijadikan rasmi sikit. Yuran berpatutan dan insyaallah hasilnya memuaskan hati. Itu janji kakchik untuk peserta bengkel nanti.

Untuk hari ni, rehatlah sebentar proses memindahkan barang. Lepas ni kalau larat, kita sambung lagi.

28.4.10

Nak rehat, baik duduk hospital

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah, rasanya petang ni kesihatan kakchik dah banyak baiknya cuma hidung je yang masih soksek-soksek. Dalam keadaan diri yang kurang sihat kadang-kadang kena berlakon takde sakit apa-apa sebab banyak tuntutan lain yang perlu dipenuhi. Hidup ini bukan mudah sebenarnya. Lainlah kalau dalam drama, kalau ada duit, sakit sikit, boleh rehat di hospital, takde sapa-sapa boleh ganggu. Tapi realitinya bukan begitu.

Apapun, kakchik amat berterima kasih kepada cik abe (yang turut terkena tempias sakit kepala kakchik). Semalam adalah birthday cik abe yang ke-35 tapi dia tidur je sepanjang pagi sebab kepalanya sakit. Kesian dia. Kakchik ada rancang sorang-sorang nak belanja cik abe makan di luar dan jalan-jalan tapi kakchik pun tak sihat juga. Maka duduk rehat dalam bilik ajelah. Dalam tak sihat tu dia keluar juga belikan panadol untuk kakchik.

Kepala ni kalau dia sakit, bukan main lagi. Macam ada orang tengah gerudi je. Malam tadi sebab tak tahan sangat kakchik minta tolong cik abe belikan panadol soluble. Dia, alhamdulillah cepat betul sihatnya. Kakchik je yang lambat. Fizikal lemah, emosi pun lemah tambah-tambah bukannya ada yang boleh bagi sokongan moral. 

Lepas minum segelas air panadol soluble tu hidung kakchik dah kurang berair atau berhingus. Kepala pun cepat je baik dan demam kebah. Tapi... panadol ni hanya penahan sakit. Bangun pagi tadi, demam masih ada, kepala kembali sakit dan hidung kembali berair. Nak buat macamana kan... sabar sajalah.

Masuk pukul 11 pagi, kakchik rasa makin berpeluh. Demam dah takde. Alhamdulillah... sambil-sambil tu kakchik cek buku-buku PTS yang baru sampai untuk dihantar ke stadium petang ni. Kakchik ada sertai gerai sempena Hari Peladang dan Penternak Peringkat Negeri selama seminggu tapi dah terlepas 2 hari kerana tak sihat dan orang yang sepatutnya datang ambil buku tak dapat ambil sebab tiada kenderaan. Kenalah susahkan orang pulak untuk mengangkat kotak-kotak tu ke stadium.

Usahakan ajelah. Kalau larat kakchik angkat sendiri masuk ke dalam kereta dan hantar ke stadium. Nasib baik ada orang yang sukarela nak tolong jaga gerai. Kalau tak memang kakchik tak akan sertai pameran ni. Ada pulak yang akan disusahkan nanti.

Apapun, kalau sakit, tak sesuai langsung rehat di rumah. Bak rehat di hospital. Kenapa? Adalah sebabnya.

27.4.10

Cuti Sakit

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kakchik mohon maaf sebab belum membalas semua komen di dalam 2 entri terakhir dan juga mesej-mesej yang ditinggalkan di shoutbox. Kakchik sangat tak sihat sejak lepas exam hari tu.

Hari ni cuti sakit sebab batuk menjadi-jadi bersekali dengan selsema. Harap teman-teman janganlah risau ya. Insyaallah sehari dua lagi kakchik akan sembuh.

Sehingga itu, kakchik doakan kalian semua sihat sentiasa agar kehidupan dapat berjalan dengan lancar.

Wassalam.

26.4.10

Seminar Kesihatan: Sakit Tuan, Sakit Puan & Bayi IVF

Assalamualaikum dan salam pagi ceria semua.

Maafkan kakchik sebab sehari tak update blog. Kakchik semalam menghadiri seminar kesihatan di Balai Islam Lundang dari pagi sampai ke tengahari, lepas tu singgah lunch di Restoran Ani Sup Utara di Berek 12 lansung balik ke pejabat dalam keadaan agak letih kerana sejak pagi lagi ditimpa selsema.

Sampai di pejabat, nampakanya pengunjung perpustakaan tak ramai sangat, mungkin sebab semalam hari hujan, hujan yang agak lebat dan berterusan hingga ke hari ini. Alhamdulillah... hujan rahmat setelah beberapa lama berada dalam cuaca yang sangat panas. Tidur malam pun... tak payah cakaplah.

Kakchik nak kongsikan satu je perakara yang kakchik dapat dari seminar semalam. Bukan dapat satu je... dapat banyak ilmu dan maklumat, cuma nak kongsi satu je. INI PENTING UNTUK TEMAN-TEMAN YANG SENASIB DENGAN KAKCHIK. Iya... kita yang sedang berusaha untuk mendapat zuriat ini.

Dr. Marshitah Mansor mencadangkan kita mengamalkan perkara ini setiap hari BERMULA HARI INI JUGA. Apa caranya? OK, begini:
Bangun seawal mungkin (kakchik rasa doc maksudkan waktu untuk qiamullail) dan minum 650ml air putih. Kemudian makan 1 sudu besar madu dan satu sudu besar minyak zaitun. Lepas tu rehat 2 jam. Masa rehat itu dimanfaatkan dengan solat taubat, solat tahajud dan solat hajat hinggalah masuk waktu Subuh. Lepas tu bersihkan diri, buang air kecil dan besar paling baik agar diri berasa segar. Bersarapanlah dengan makanan sunnah iaitu 7 biji kurma dan minum segelas susu segar (boleh blender bersama menjadi jus), makan semangkuk muesli (campuran oat, bijiran kekacang) dan bersedia untuk bekerja.

Itulah saranan beliau untuk kita mempersiapkan diri memiliki badan yang sihat luar dan dalam. Kakchik yakin seawal mungkin kita mulakan, makin baik. Ini cadangan doc, bukan takde cara lain... tapi apa salahnya kita mencuba kan.

Dan kita kena percaya, paling utama dalam usaha kita ini ialan BERDOA. Berdoa dengan terus-terang dan berterusan kepada Allah SWT. Kerana hanya Dia yang boleh menjadikan impian kita satu kenyataan.

Wassalam.

gambar-gambar menyusul kemudian, insyaallah.

24.4.10

Zuriat, idaman yang tiada, beban bagi yang berdosa.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar kalian hari ni? Kakchik doakan semuanya sihat-sihat saja, tenang-tenang saja dan sedang mengisi masa yang berharga ini dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Dan apa khabar iman kita hari ni? Moga-moga ianya makin meningkat dari hari ke hari bukan sebaliknya.

Alhamdulillah... syukur Allah masih izinkan kakchik bertemu lagi kalian di sini. Kakchik dah selesai exam hari ni untuk semester Januari. Lepas ni kelas akan berehat untuk sebulan dan kakchik akan kembali mendaftar untuk semester Mei tak lama lagi. Maknanya dalam masa yang ada ni bolehlah tumpuan difokuskan kepada keluarga, kerjaya dan bisnes. Kurang satu cabang.

Zuriat, idaman yang tiada, beban bagi yang berdosa.
Sumber: Hati Wanita

Entah kenapa tiba-tiba je hati terasa ingin menulis tentang zuriat. Satu tajuk yang sangat sensitif untuk kakchik perkatakan. Kawan-kawan pun sudah maklum yang kakchik dan cik abe belum dimurahkan rezeki dengan zuriat. Walaupun di dalam blog ini kalian selalu juga melihat gambar kanak-kanak bersama kakchik atau cik abe, mereka bukanlah zuriat kami tapi permata hati kami iaitu anak-anak saudara kakchik.

Sudah 8 tahun kami membina keluarga tapi Allah belum mahu mengizinkan kami menjadi ibu bapa. Allahu'alam apakah perancangan Allah untuk kami. Seperti juga pasangan suami isteri yang lain, kakchik dan cik abe juga sentiasa mengharapkan kelahiran cahayamata sebagai pelengkap keluarga kami. Mungkin ada yang akan tanya, 'sejauh manakah kakchik dan suami telah berusaha?'. Takpe... nanti kakchik cerita pasal usaha dalam entri yang lain. Untuk hari ni hanya sekadar-sekadar saja.

Hari ni kakchik boleh menulis dalam keadaan tenang tanpa air mata walaupun setiap kali perkataan 'zuriat' terpacul di mulut, tak kira mulut siapa, kakchik pasti sebak. Hari ni kakchik tenang, boleh menulis dengan lancar. Moga-moga selesai entri ini pun kakchik tetap tenang.

Saban hari membaca berita anak-anak kecil diperlakukan dengan kejam, hati keibuan kakchik amat-amat tersentuh. Kita bersungguh-sungguh mengharapkan anak, mereka senang-senang membuangnya begitu saja. Iya, kakchik tahu... mereka dibuang kerana ibu bapa mereka adalah jalang, adalah pelaku zina, adalah manusia yang rosak akhlak, manusia yang lemah imannya... Kakchik terfikir, betapa Allah memudahkan mereka mengandung dan melahirkan kerana mahu memberi amaran kepada manusia lain. Dan Allah tidak izinkan rahim ini subur dengan zuriat kerana ada pengajaran untuk kakchik dan suami.

Kalau tidak kerana kakchik tahu semua ini ujian Allah, kakchik mungkin hilang pedoman. Tapi keyakinan terhadap didikan agama, dan juga "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu berudaha mengubahnya" sentiasa menjadikan kakchik seperti hari ini. Moga-moga ketabahan ini akan berterusan.

Doa untuk mendapat zuriat:
Ertinya : ‘Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku.’


Doa Nabi Zakaria.




... mungkin bersambung.

23.4.10

Exam Week - The battle is still going on

Assalamualaikum dan salam hujung minggu semua.

Hari ini nampaknya akan berlabuh tak lama lagi. Malam ni kakchik tinggal sorang-sorang untuk mengulangkaji buat kali terakhirnya sebelum menduduki kertas exam terakhir pagi esok. Ingat tadi tak mau update langsung tapi bila teringat kat kawan-kawan semua, kakchik rasa bertanggungjawab pula nak tulis sesuatu kat sini.

Hari ni exam kertasnya agak susah berbanding yang semalam. Bila dapat soalan yang banyak nak ingat teori dan konsep ni kakchik memang tak hebat mana. Semua soalan tu kakchik jawab insyaallah tapi ada satu soalan tu ada ceraiannya perlu 3 contoh, yang tu terpaksa kakchik tinggalkan sebab langsung tak ingat apa jawapannya. Hilang 3 markah kat situ. Moga-moga jawapan yang lain-lain tu semuanya betul.


Esok ialah kertas terakhir kakchik. Subjek ini ialah subjek kegemaran. Kakchik amat berharap untuk subjek ini kakchik akan dapat menjawab kesemuanya dengan sebaik mungkin. Dah la lone ranger, kalau result cantik, kita sorang-sorang yang naik nama dan kalau sebaliknya kita sorang-sorang juga yang naik nama. Jadi... mestilah nak naik nama untuk yang baik-baik aje.

So... takleh lama-lama blogging. Buku masih dok di tangan ni. Kita jumpa lagi esok, insyaallah lepas kakchik selesai exam.

22.4.10

Exam Week - Belek-belek album lama

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah... berkat doa kawan-kawan semua petang tadi kakchik dah selesai menduduki exam paper yang pertama. Rasanya kakchik jawab semua soalan yang diberikan dengan baik. Insyaallah... dengan izin-Nya, kakchik amat berharap kertas itu kakchik lulus dengan A. Kena think positive kan.

Malam ni nak menulis tu lewat baru ada mood. Lagipun kakchik masih ada kertas esok, masih kena belek-belek buku juga. Sambil-sambil tu kakchik belek album-album lama. Takde lah lama sangat tapi rasa nak kongsi je kenangan itu bersama teman-teman.

Tahun ni kakchik tak sempat ke Pesta Buku tapi 2 tahun lepas kakchik diizinkan Allah ke sana. Ini antara gambar kenangan semasa di sana.

Di sebelah banting besar di sepanjang laluan menuju ke dewan tun razak 2.

Dah terlalu lama kakchik tidak membuka gerai di HUSM, rindu suasana berjualan buku di situ. Sungguh meriah sambutannya.

Bertemu Farah Adeeba di malam sambutan tahun baru 2009 di Stadium Sultan Muhd. ke-IV.

Kenangan berceramah tentang kepentingan menanam minat cintakan buku dalam satu kursus guru-guru pra-sekolah.

Menerima cenderahati dari Puan Pendaftar OUM semasa Hari Terbuka OUM yang pertama.

Cukuplah. Mata dah letih... kalian pun malas nak baca kalau panjang-panjang. Terima kasih kerana sudi membaca, menjenguk ke blog kakchik ni. Kalau ada yang baik tu silalah ambil, kakchik sedekah dengan senang hati. Yang buruk pula harap maafkan kakchik.

Wassalam.

Cek Jadual Exam Betul-Betul, Kalau Tak...

...akan jadi macam kakchik.

Assalamualaikum dan salam pagi ceria semua.

Kakchik ni teruk betullah... macamana boleh ingat exam mula esok walhal exam mula PETANG INI!! Huh, nasib baik belah petang. Kalau dibuatnya pagi ni kan ke diri sendiri juga yang panik.

Itulah kawan-kawan dan adik-adik, PASTIKAN KITA CEK JADUAL EXAM BETUL-BETUL beberapa hari sebelum exam bermula. Kakchik ni alhamdulillah Allah masih nak bagi peluang agar tidak panik dan sempat nak revise soalan-soalan akhir. Kalaulah kakchik ni leka dan tidak cek jadual exam dah tentu kakchik terlepas paper yang perlu diduduki petang ini. KES NAYA.

Insyaallah ini PERINGATAN untuk kita semua yang SEDANG BELAJAR agar sentiasa peka dengan hidup kita. Jangan asyik leka dengan BLOG, FB dan BLOGWALKING je.... BAHAYA untuk masa depan.

Ok, lah... cukup untuk pagi ni sebab kakchik nak kemaskan peralatan untuk ke 'medan tempur' petang ini. 

Kalau sudi, DOAKAN kakchik agar mudah menjawab soalan-soalan exam ya. Sudah tentu kakchik mengharapkan jawapan kakchik semuanya BETUL dan tepat. Moga Allah makbulkan doa kakchik selama ini selepas kakchik berusaha sekian lama.

Semoga rahmat dan berkat Allah untuk setiap diri kalian yang berusaha memartabatkan Islam di hari ini.

Jumpa lagi, wassalam.

21.4.10

Jangan Percaya!


Baik-baik bila pergi ke KLCC !! Bawa kawan dan jangan sorang-sorang. Kisah benar yang mengerikan lagi menyeramkan ini terjadi kepada seorang staff lelaki yang bekerja di tingkat 40 bangunan KLCC.

Pada hari tersebut (hari Khamis malam Jum'at) beliau ada membuat OT dan terpaksa pulang agak lewat kira-kira jam 11 malam sendirian. Sampai di depan lif, dia pun tekan tombol untuk turun. Kemudian,pintu lift terbuka tanpa ada siapa2 didalamnya. Dia masuk dan tekan tombol "G" untuk ke Ground floor. 

Tetapi entah mengapa, lift yang dia naiki itu terus naik ke atas, tidak turun ke bawah. Ketika sampai di tingkat 59, lift tersebut berhenti. Dan pintu lif terbuka... kemudian masuklah seorang perempuan yang cantik dan menawan sekali sambil tersenyum manis. Dia tak pernah melihat perempuan itu sepanjang bertugas di KLCC. Perempuan tadi pun masuk dan berdiri di belakangnya. 

Dia tertanya-tanya di dalam hatinya... "Siapa perempuan itu, dan kenapa sudah lewat malam belum pulang ke rumah?" Mau disapa terasa malu pula, jadi masing-masing saling diamlah. Dalam suasana hening sepi itu, lift tersebut terus meluncur turun dari satu tingkat ke satu tingkat. 


Tiba di tingkat 13, lampu lift terpadam dan lift terhenti. Dia mencium bau yang teramat busuk, yang mengganggu rongga hidungnya. Bulu romanya tiba-tiba berdiri. Dalam keadaan yang begitu cemas dan seram, dia cuba menenangkan perasaannya dengan membaca apa sahaja ayat-ayat suci yang terlintas diingatannya sambil memberanikan diri untuk menoleh ke belakang setelah lampu lift menyala. Tiba-tiba saja, perempuan yang berada belakangnya ketawa ......... dan segera berkata ........

"Maaf ya... saya kentut...abang jangan marah ya ?"

Hahahahahha... jangan... jangan... jangan marah. Nanti cepat tuer...

*Gambar di atas sekadar hiasan. Tidak ada kena mengena dengan cerita ini...

** Moralnya : Jangan simpan angin anda ketika berada dalam lift. Keluarkan sehabis-habisnya sewaktu di luar. Kalau lift rosak secara tiba-tiba, taklah buat suspen kat orang lain.

===============================================
Kakchik tengah stres mengulangkaji ni dan terjumpa pulak lawak kelakar ni dalam blog Hj. Arshad tadi. Jangan marah ya. Ini sekadar hiburan di malam hari.

Study Week - Idea Nak Pakai Esok


Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Agaknya kalau esok kakchik pakai macam ni ke pejabat ok tak? Ops, terlupa nak masukkan purdah sekali dalam gambar tu. Anyway, ideanya lebih kurang macam ni lah cuma kasut tu takdelah sampai tinggi dan halus macam tu. Hehe... boleh terkehel kaki kakchik kalau pakai kasut macam tu. Tak jumpa cari dalam Polyvore kasut yang diimpikan tapi jumpa yang warna sedondon dengan tudung, kira oklah. Just nak dapat idea.

Sesi intermission ni kakchik main-main kejap di Polyvore. Mata dah tak tahan tengok perkataan nouns, pronouns, singular, plural dalam buku. Jadi kenalah rehat sebentar. Sat lagi kakchik sambung lagi.

Untuk makluman, item-item dalam gambar di atas tu boleh dibeli tapi bukan dengan kakchik la. Kena beli melalui Polyvore dan jangan terkejut, harganya memanglah mahal. Kalau nak tahu lebih lanjut, klik je atas gambar tu nanti kalian akan dibawa ke Polyvore.

Ok, cukuplah masa untuk main-main. Kita sambung belajar.

Info - Seminar Kesihatan Keluarga

Sumber: UPWKK

Assalamualaikum dan salam petang yang ceria.

Entri ini khusus untuk membantu kawan kakchik yang bekerja di UPWKK mewar-warkan program seminar yang bakal diadakan pada 25hb. April nanti.

Walaupun kakchik tak dapat menyertainya kerana pada hari tu ada exam paper, kakchik harap ada di kalangan teman-teman blogger yang berada di Kota Bharu akan turut menghadirkan diri ke seminar itu.

Lelaki dan perempuan boleh menyertainya kerana kali ini akan disentuh tentang SAKIT TUAN, SAKIT PUAN dan BAYI IVF (Tabung Uji). Huhu, kakchik nak sangatlah pergi.

Penyertaan PERCUMA saja. Khabarnya sebelah petang selepas seminar ada sesi KLINIK PERCUMA bersama doktor pakar dari Pusat Perubatan An-Nisa', KB. Rugi... rugilah kakchik tak dapat pergi.

Itu saja maklumannya. Sila klik gambar untuk besarkan.

Study Week - Anugerah Blog Mesra Mata, Interesting Blog Award



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni untuk entri pemanas kakchik nak tayang 2 award yang kakchik terima dari sahabata maya kakchik yang dah jadi otai blogger dah sekarang ni iaitu YANMIE dari yanmieonline.com

Malam tadi kakchik singgah jenguk blog Yan sebab dah beberapa hari tak singgah. Dia pulak banyak betul update dalam sehari. Bukan main lagi sejak dah jadi dotcom ni. Kalau dulu-dulu dia suka kongsi masakan, sekarang dah makin matang blog dia. Dah ada macam-macam.

Eh, berbalik kepada 2 award kat atas tu, kakchik rasa blog kakchik sekarang dah mesra mata kan? Perasan sorang-soranglah kalau kawan-kawan tak setuju hehe. Tapi kakchik memang yakin, template terbaru ni dah masuk kategori mesra mata, insyaallah.

Dan ... kakchik memang harapkan setiap orang yang singgah di blog ini akan rasa ianya 'interesting' walaupun kakchik bukannya menulis serius semata-mata atau gila-gila setiap masa. Campur-campur mengikut mood semasa.

Dengan itu (formalnya...) kakchik nak ucapkan TERIMA KASIH BANYAK kepada Yan yang sudi hadiahkan kakchik kedua-dua award di atas tu. Kakchik ada niat nak hadiahkan 2 award di atas kepada teman-teman blogger yang lain. Nanti kejap kakchik buat penilaian dah hadiahkan award mengikut penilaian kakchik.

20.4.10

Study Week - Buku Oh Buku!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Malam ni kakchik kurang sihat sikit. Kepala ni dari petang tadi asyik berdenyut saja macam ada jarum-jarum tajam dok menyucuk serata kepala. Sampai kat rumah petang tadi kakchik minta Bibik Seri picitkan, alhamdulillah... banyak kurangnya sakit ni. Katanya banyak angin naik ke kepala mungkin sebab kakchik tidak makan tengahari tadi.

Bila dapat 'lampu merah' ni mesti ada perubahan pada hormon dalam badan. Selera pun kurang... otak pula kerjanya banyak, sebab itu dia cepat sakit. O2 kurang naik ke kepala. Salah diri sendiri la jugak... akhirnya badan yang terpaksa menanggung. Insyaallah ... dah beransur hilang sakitnya tu.

Sambil menunggu masuknya waktu Isyak ni, kakchik saja nak buang masa. Duduk kat kerusi ni, ambil kamera dan snap-snap gambar sekitar tempat kakchik duduk. Huhu... semua ni tak lama lagi akan masuk kotak sebab lepas habis exam nanti kakchik akan memulakan sesi perpindahan ke rumah baru.

Inilah dia harta kakchik yang amat berharga. Nak kata yang paling berharga tu tidaklah tapi amat... amat berharga.

atas meja, tepi lengan kiri kakchik

atas meja juga, sebelah kanan.. benda wajib untuk exam

tepi belah kiri meja study ada meja jepun, atasnya kakchik letak buku-buku dan majalah baru

semua ni buku kanak-kanak yang kakchik sediakan untuk bacaan anak-anak saudara. kira cam mini library diorang la ni

senang dicapai oleh tangan

ini pula atas meja, belakang laptop

kalau jenguk bawah meja, nampak rak buku ini. terpaksa letak belakang meja sebab bilik ni ruangnya terhad.

Masuk rumah baru nanti, cita-cita kakchik nak tempah rak buku khusus untuk semua buku yang ada, biar nampak kemas susunannya. Sekarang ni ada 6 rak pun tak semuanya sama warna dan bentuk. Tapi... sebelum cita-cita jadi kenyataan, kakchik akan masih menggunakannya. Lepas tu mungkin jual kat kedai 2nd hand.

Ok, dah isyak tu. Sampai sini dulu.

Study Week - Enggan Terus Berzina

Soal-jawab kaunseling dalam myMetro.

Soalan
SAYA pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berusia 22 tahun dan mempunyai masalah yang sudah setahun menghantui hidup saya.
Saya mempunyai kekasih dan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap. Bagaimanapun, dia mempunyai pendapatan lumayan hasil daripada kerjanya sebagai pemandu pelancong dan pemandu kenderaan apabila ada orang ingin melancong ke negara jiran.

Buat pengetahuan Dr, kami sudah berulang kali terlanjur. Saya ada menyatakan hasrat untuk berkahwin bagi mengelakkan kami terus dibelenggu dosa dan dia bersetuju.

Namun, apabila saya menyuarakan hasrat untuk berkahwin, keluarga menentang dengan alasan saya masih belajar dan kekasih tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Disebabkan tentangan keluarga itu, saya pernah terfikir untuk bernikah di Siam. Namun, apabila memikirkan keluarga, saya membatalkan hasrat itu.

Saya berulang kali memujuk keluarga tetapi tidak berhasil. Saya dan kekasih cuma inginkan hubungan yang halal bagi kami dan ingin mengakhiri episod dosa yang kami lakukan.
Dr, apa yang harus saya lakukan? Adakah saya patut bernikah saja di Siam tanpa pengetahuan keluarga atau kami terus dengan hidup yang penuh dosa jika saya perlu menunggu pihak keluarga memberikan restu kepada hubungan kami.

Gadis Keliru.
KEDAH

JAWAPAN:

ZINA adalah terlarang dan perlu dijauhi. Firman Allah dalam surah Al-Israa, ayat 32 yang bermaksud: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)".

Memandangkan adik dan kekasih sudah terlanjur, pengurusan masalah perlu dilakukan dengan sebaik mungkin dan berlandaskan agama. Niat adik untuk berkahwin adalah baik.

Perkahwinan disyariatkan oleh al-Quran, Sunnah dan Ijmak Ulama. Firman Allah, "Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki & perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan..." (Surah An-Nur : 32) .

Perkahwinan yang tidak mendapat restu keluarga dan kahwin lari sering kali membawa kesan yang lebih banyak buruk dari baiknya.

Justeru, apabila adik membatalkan niat untuk tidak kahwin lari di Siam, tindakan adik itu adalah rasional. Perkahwinan direstui ibu bapa adalah perkahwinan yang berkat dan boleh membawa kebahagiaan rumah tangga.

Dr tidak tahu apa sebenarnya yang adik jelaskan kepada ibu bapa apabila memujuk mereka untuk membenarkan adik berkahwin dengan teman lelaki. Adakah adik jujur dengan menceritakan bahawa adik sudah beberapa kali terlanjur atau tidak?

Ini kerana, maklumat yang tidak mencukupi boleh menyebabkan sesuatu keputusan yang bijak tidak boleh diambil.

Oleh itu, perancangan yang rapi sangat penting dalam sesuatu proses perundingan kerana ia adalah proses memujuk dan adik perlu melihat isu sebenar penolakan ke ibu bapa terhadap perkahwinan adik. Begitu juga apakah tindakan atau tawaran terbaik yang adik boleh berikan kepada mereka.

Penolakan daripada ibu bapa dengan alasan adik masih belajar dan kekasih tidak mempunyai pekerjaan tetap adalah berlandaskan kasih sayang dan keinginan mereka melihat adik bahagia.

Justeru, apabila adik ingin memujuk, perlu ada persiapan rapi dengan memberitahu mereka akan segala perancangan dari sudut pelajaran dan kerjaya kekasih. Biar mereka yakin dengan perancangan masa depan kalian. Ini kerana keyakinan itu adalah sangat penting untuk mereka menyetujui hubungan adik berdua.

Pilihan sama ada bernikah di Siam tanpa pengetahuan keluarga atau terus hidup bergelumang dosa jika perlu menunggu restu keluarga menunjukkan seolah-olah adik sudah membuat keputusan.

Dalam hal ini, adik perlu melihat alternatif lain seperti mencari penyelesaian kepada faktor-faktor penyebab keluarga menghalang, meminta kekasih mencari pekerjaan yang tetap atau menceritakan sebab sebenar adik ingin berkahwin.

Langkah itu akan membuka peluang kepada perbincangan yang lebih baik dengan ibu bapa dan kebarangkalian untuk mendapatkan persetujuan daripada mereka adalah tinggi.

Adik juga boleh berjumpa dengan Jabatan Agama untuk mendapatkan nasihat dan maklumat terperinci mengenai perkahwinan yang tidak direstui ibu bapa tetapi perlu untuk mengelak daripada berterusan melakukan dosa.

Jangan Dekati Zina
Sumber: Al-Fatih

Komen kakchik:
  1. Gadis Keliru, berterus-teranglah dengan keluarga akan keterlanjuran anda moga mereka terfikir betapa wajibnya anda segera dikahwinkan dengan kekasih anda itu.
  2. Keluarga pula, sila ambil tahu, siasat pergaulan anak anda. Jangan biarkan anak mempunyai kekasih dan anda langsung tidak ambil tahu apa yang mereka lalukan ketika bertemu.
  3. Gadis Keliru, bertaubatlah dengan segera agar Allah ampunkan anda. Jangan ingat perkahwinan itu menyelesaikan segala dosa yang telah dilakukan sebelum ini. Ia hanya menghalalkan perhubungan kalian berdua.
  4. Keluarga, tolong jenguk anak-anak anda di IPTA/IPTS kerana zaman ini pergaulannya terlalu bebas.
  5. Si lelaki, insaflah dan beryanggungjawablah terhadap diri anda dan juga perempuan yang telah anda rosakkan. Berusahalah membina kehidupan dengan kembali kepada Allah. Insyaallah... rezeki anda ada.


Di zaman ini, anak remaja dan pelajar kolej/universiti menjadikan berpasangan (couple) sebagai gaya hidup. Berpasangan ibarat keperluan hinggakan batas-batasnya makin terhakis dan akhirnya terjebak ke lembah zina. Sama-samalah kita menjadi WARGA PRIHATIN agar kita berani amal makruf nahi mungkar.

Study Week - Usrah

ASSALAMUALAIKUM dan salam pagi yang ceria untuk semua teman-teman.

Hari ni entah kenapa badan terasa amat lesu sekali. Cuaca yang panas memang menguji keimanan kita di pagi hari lebih-lebih kalau ada sesuatu yang berlaku yang boleh menaikkan suhu badan. Astaghfirullahal aziim. Kakchik ni perlu servis iman ni... mungkin sebab sudah 2 kali kakchik miss menghadiri usrah. Bila dah lebih 2 bulan takde bertemu muka dengan sahabat-handai, takde pengisian usrah... diri pun mulalah terasa kekurangan dan kelesuan dari dalam. Bukannya kakchik tak pergi 'mendengar' tapi suasana berusrah ada satu kelainan yang tak dapat nak kakchik nyatakan dalam perkataan.

Usrah itu apa?

Contoh kumpulan usrah.

Yang sebenarnya perkataan usrah ni perkataan Arab yang bermakna KELUARGA. Bagi kakchik pula usrah ini ialah sebuah kumpulan perbincangan yang ibarat sebuah keluarga yang sama-sama memakmurkannya dengan pelbagai perkongsian ilmu dan pengalaman kehidupan bermatlamatkan Islam yakni Allah SWT.

Kakchik mula-mula kenal usrah ialah semasa di sekolah menengah dulu iaitu di SMS Tg. Muhammad Faris Petra. Sejak di tingkatan 1 kakchik diperkenalkan kepada kumpulan usrah. Kakak seniors mewujudkan satu kumpulan usrah untuk satu dorm. Tujuannya ialah untuk memudahkan mereka membimbing kami dalam hal-hal keagamaan. Kakchik masih ingat bagaimana kami dididik tentang maksud solat dan cara mendirikan solat dengan betul. Praktikal terus dan mana yang silap terus dibetulkan.

Dalam usrah juga dipelajari makna aurat, cara menutup aurat yang sempurna, kenapa perlu tutup aurat, apa kesannya kalau aurat dibuka dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan maruah seorang muslimah. Ketika itu dakwah kakak-kakak melalui akhlak mereka yang begitu sopan santun amat-amat menarik minat kakchik untuk mencontohi mereka. Tidak pernah mereka memaksa tapi akhlak mereka adalah DAYA PENARIK yang sangat berkesan. Alhamdulillah.

Kadang-kadang waktu usrah menjadi agak bosan terutama bila perjalanannya terlalu kaku dan mengikut silibus yang ditetapkan. Biasanya silibus usrah melibatkan al-Quran dan Hadis (baca, hafal, terjemah dan syarah), feqah wanita, bacaan al-mathurat, isu semasa, tazkirah dan sebagainya mengikut kehendak ahli-ahli usrah. Tapi kakchik sentiasa rindukan usrah kakchik tak kira masa kakchik di sekolah dulu, di matrik, di USM mahupun bersama MSK, Muslimat dan kini bersama Mothers. Sentiasa rindu untuk hadir.

Apa yang kakchik dapat dari usrah?

Contoh teks usrah yang digunakan.

ILMU - itulah yang pertama sekali. Sebagai orang yang belajar di aliran sekular, kakchik tidak pernah mendapat pendidikan formal tentang ilmu Islam maka melalui usrahlah salah satu cara kakchik mendapatnya. Membaca buku agama sendirian tidak cukup, kita perlu berbincang untuk lebih memahami apa yang dimaksudkan. Dalam usrah Naqib atau Naqibah (orang yang membimbing usrah, lebih berilmu dan biasanya alim agama) akan menjadi fasilitator kepada ahli-ahli usrah. Ahli-ahli pula (kakchik refer sebagai adik-beradik usrah) akan bergilir-gilir menjadi pembentang mengikut topik dari silibus yang ada. Seronok.

SEMANGAT - setiap kali kakchik bertemu muka dengan adik-beradik seusrah, jumpa saja terasa bagai naik mendadak semangat Islam di dalam diri. Dalam ramai-ramai adik-beradik itu tentu ada yang akhlaknya, ilmunya, kehidupannya, yang boleh menjadi daya penarik untuk kita semakin cintakan Islam. Dia mungkin tidak tahu tapi kita tahu. Melihatnya saja sudah cukup menaikkan rasa sayang pada agama ini. Sebab itu kakchik suka pergi ke usrah, semangat kakchik akan cepat naik macam kereta baru lepas servis saja.

KASIH-SAYANG - masa remaja dulu usrah menjadi tempat tambah ilmu dan bina ukhuwah. Alhamdulillah... asas ukhuwah yang bermula di situlah yang mendorong kakchik menghargai setiap persahabatan yang terbina. Kakchik amat menjaga tali perhubungan sejak kakchik mula faham apa itu persaudaraan Islam semasa di sekolah dulu. Hari ni, bersama Mothers kakchik berusrah dan kakchik dapat merasakan keikhlasan dalam bersahabat. Bila diri terasa keikhlasan itu secara tak langsung diri rasa disayangi, diambil-berat oleh sahabat seusrah. Usrah menjadi ruang untuk berbincang isu keluarga, pendidikan anak-anak, sumbangan terhadap masyarakat yang boleh diberikan, bisnes, masalah rumahtangga, kemusykilan agama, kerjaya, politik dan sebagainya. Hubungan menjadi erat dengan kasih-sayang itu. Siapa yang mahu tinggalkan usrah itu? Tentulah sekali-kali tidak.

SAHABAT - usrah menambah sahabat bukan rakan, bukan kawan, bukan teman... tapi sahabat. Susah senang dirasai bersama. Tolong-menolong menjadi kebiasaan. Bukan mudah mendapat sahabat yang baik kerana diri sendiri dulu perlu memenuhi ciri-ciri sahabat yang baik dulu. Insyaallah barulah kita bertemu dengan sahabat yang baik juga.

Usrah sambil makan-makan.
Sumber: MamaHanan

MAKAN-MAKAN - hehe... yang ni masa zaman sekolah dulu mana ada tapi bila masing-masing dah berumahtangga ni, setiap kali buat pusingan usrah, pasti ada jamuan makan kecil-kecilan. Jangan tak tahu, sambil makan juga boleh berusrah. Adab makan, adab menghormati antara muda dan tua, adab kebersihan dan sebagainya. Siapa yang tak suka ke usrah memang rugi sebab paling tidak dapat juga pahala makan hehe.

Mungkin bagi orang lain usrah membawa maksud yang berbeza. Kakchik tahu ada beberapa buah buku yang khusus ditulis tentang usrah. Tapi ini usrah menurut pandangan kakchik dari pengalaman berusrah sejak berumur 13 tahun lagi. Panjang lagi cerita pasal usrah ni tapi cukuplah sampai di situ saja perkongsian dari kakchik untuk kali ini.

Wassalam.

Jika mahu tahu apa itu usrah mengikut ilmu agama, sila klik link ini: APA DIA USRAH?

19.4.10

Study Week - Mencari Semangat Yang Hilang

Assalamualaikum dan salam petang semua.

Dah hampir pukul 7 dah... tak lama lagi Maghrib akan masuk. Waktu ni kat luar bilik tu suara-suara anak-anak saudara kakchik berselang-seli dengan suara ibu mereka. Macam-macam hal bila makin senja. Masa kecik dulu orang tua selalu kata, bila waktu Maghrib tiba, cepat-cepat masuk ke rumah sebab hantu berkeliaran. Masa tu memang sebelum 6.30 petang semua dah siap mandi dan berbedak wangi, pakai pakaian tidur dan bersedia untuk solat Maghrib. Sekarang ni, alhamdulillah... di rumah ini suasana itu masih ada cuma sesekali terpaksa berperang dengan tv.

Oh, hari ni kakchik tukar layout blog lagi. Jangan marah ya... sebab hari tu kakchik dah kata memang belum betul-betul puas hati. Insyaallah yang ini dapat 4 dari 5 bintang dari kakchik. Tak kisahlah kalau orang lain tak suka asalkan kakchik suka hehe.

Sekarang ni minggu study untuk kakchik. Paksa study sebenarnya sebab bermula Jumaat nanti exam semester Jan sudah bermula. 3 hari straight kakchik exam. Penat juga nak khatamkan semua modul belajar tapi nak tak nak, kakchik harus pastikan kakchik khatam dan faham. Tahun ni sangat penting untuk kakchik memastikan keputusan peperiksaan sentiasa melebihi 3.67. Penting sangat-sangat.

Tapi kan... sejak dari membuat tugasan hari tu hinggalah ke hari ni semangat kakchik sangatlah pudar. Memang kakchik perlukan sangat sokongan moral tambah-tambah kakchik akan sorang-sorang menduduki peperiksaan nanti. Kalau teruk keputusan kakchik, teruklah keputusan untuk OUM KB (bagi kursus kakchik la...). Nampaknya... takde sapa yang nak naikkan semangat huhu.

Malam ni sekurang-kurangnya 2 jam adalah masa untuk ulangkaji. Selebihnya tu bolehlah buat benda lain. FB, blogwalking, makan, mandi, main dengan anak buah, bersembang dengan cik abe... macam-macam lagilah. Yang pasti kakchik mohon dari Allah agar ditetapkan hati kakchik untuk istiqomah dalam mengulangkaji. Susah payah kakchik meluangkan masa selama 3 tahun lebih menyambung belajar, janganlah kakchik jadi malas atau leka.

Yang pasti, nanti diri sendiri yang rugi. Semangat... o semangat! Datanglah kau dengan berkat dari Allah. Kakchik ingin belajar dengan tekun.

Wassalam.

Study Week - Entri Makanan

Nasi Goreng Special Anja Cafe
RM4.50 sepinggan
3.5 bintang
Lokasi di Tingkat 4, Depan Pusat Bowling, Kota Sri Mutiara (Billion), KB

18.4.10

Membina semangat juang yang pudar

Untukmu Palestin



dari generasi ke generasi
akan terus hidup dengan cita-cita dan harapan kami
apa yang diperkatakan hari ini
terhitung mengikut usia kita
ulang

c/o
telah datang kegelapan malam
yang menjauhkan siang hari
sesungguhnya kemampuan cahaya itu
untuk sampai sejauh-jauhnya
ulang

inilah cita-cita kami sepanjang umur kami
setiap kita bersatu dan bantu-membantu
ulang

solo
impian ini bukanlah sesuatu yang mustahil
untuk menjadikannya suatu kenyataan
sekalipun 'malam' itu panjang
subuh pasti akan menjelang tiba
ulang


solo
binalah seberapa dayamu
walau tak tercapai semuanya habuannya pasti ada
cubalah kamu berusaha untuk mencapai
walaupun usahamu sekadar untuk kemuliaan
ulang

c/o
telah datang kegelapan malam
yang menjauhkan siang hari
sesungguhnya kemampuan cahaya itu
untuk sampai sejauh-jauhnya
ulang

inilah cita-cita kami sepanjang umur kami
setiap kita bersatu dan bantu-membantu
ulang

solo
kenalilah siapa pemimpin di zaman kamu
yang berusaha meninggikan kedudukan mereka
bukalah mata dan sedarlah diri
lihatlah siapa yang datang selepas mereka
ulang


solo
dunia bagai mencabar dan memberontak
ketahuilah yang akan kekal hayalah yang berani
perjalanan beribu batu
bermula dengan langkah yang pertama
ulang

c/o
telah datang kegelapan malam
yang menjauhkan siang hari
sesungguhnya kemampuan cahaya itu
untuk sampai sejauh-jauhnya
ulang

inilah cita-cita kami sepanjang umur kami
setiap kita bersatu dan bantu-membantu
ulang

solo
kami perlukan keadilan dan kekuatan
kerana ia mampu menjaganya
demi umurku dengan perkataan dan rintihanku
menjadi tanggungjawabku mengembalikan tanahairku
ulang


solo
cinta yang membara menjadi tercabar
melihat si bangsawan dengan kegembiraannya
kembali dan membentuk dunia
sedangkan anak Palestin merejam dan melastik musuh
ulang

c/o
telah datang kegelapan malam
yang menjauhkan siang hari
sesungguhnya kemampuan cahaya itu
untuk sampai sejauh-jauhnya
ulang

inilah cita-cita kami sepanjang umur kami
setiap kita bersatu dan bantu-membantu
ulang

solo
di mana juga di atas muka bumi ini
yang bertutur bahasa Arab
dengan nada suara yang tinggi dan degupan jantung
kami menyeru kepada adanya penyatuan
ulang


solo
anak-anak kami di merata tempat
merekalah cahaya anak bangsa
kebenaran, rasa cinta, kebaikan
adalah matlamat kami setiap masa
ulang

c/o
telah datang kegelapan malam
yang menjauhkan siang hari
sesungguhnya kemampuan cahaya itu
untuk sampai sejauh-jauhnya
ulang

inilah cita-cita kami sepanjang umur kami
setiap kita bersatu dan bantu-membantu
ulang

solo
bersama kami menyanyi dengan mengucapkan
seni ini akan menjadi penyelamat
dalam kesedihan kami membina keriangan
dari jalan kehidupan yang telah tersasar
ulang


solo
ucapan yang benar dalam nyanyian
sekelip mata menjadi berat dan mencabar
ia datang selepas beberapa tahun
pemimpin yang cuba mengubah dunia
ulang

c/o
telah datang kegelapan malam
yang menjauhkan siang hari
sesungguhnya kemampuan cahaya itu
untuk sampai sejauh-jauhnya
ulang

inilah cita-cita kami sepanjang umur kami
setiap kita bersatu dan bantu-membantu
ulang

solo
biarkanlah impian menjadi kenyataan
dan hitunglah waktu sebenar-benarnya
setiap lorong-lorong yang tertutup
bagai pintu yang membuka rasa kecintaan
ulang


solo
dan nyanyian yang menghilangkan sempadan
dan tanahairku adalah jantung hatiku
selagi hidup kami akan terus menyanyi
dan selagi terdaya kami akan terus menyintai
ulang

c/o
telah datang kegelapan malam
yang menjauhkan siang hari
sesungguhnya kemampuan cahaya itu
untuk sampai sejauh-jauhnya
ulang

inilah cita-cita kami sepanjang umur kami
setiap kita bersatu dan bantu-membantu
ulang

solo
cinta bukanlah hanya untuk dilafazkan
tetapi untuk bertindak dan mengalaminya
jadilah sebagai bintang penanda
yang menjadi petunjuk perjalanan manusia
ulang


solo
cita-cita kami setiap masa
ialah penyatuah semua negara
nescaya lenyaplah setiap perbalahan
dan lengkaplah kamu sebagai manusia
ulang.

c/o
telah datang kegelapan malam
yang menjauhkan siang hari
sesungguhnya kemampuan cahaya itu
untuk sampai sejauh-jauhnya
ulang

inilah cita-cita kami sepanjang umur kami
setiap kita bersatu dan bantu-membantu
ulang

solo
kau cuba membentuk tanahairmu di negeri asing
di manakah bukti apa yangkau rancangkan?
menyanyilah untuk semua orang dan sahabat
kamu akan dapati indahnya alam ini
ulang


solo
dalam berbagai bahasa di dunia ini
dapat disingkatkan masa bertahun menjadi sesaat
sebagaimana burung mampu berterbangan
kamu juga mampu mendendangkan lagu
ulang

c/o
telah datang kegelapan malam
yang menjauhkan siang hari
sesungguhnya kemampuan cahaya itu
untuk sampai sejauh-jauhnya
ulang

inilah cita-cita kami sepanjang umur kami
setiap kita bersatu dan bantu-membantu
ulang

solo
kami harap cita-cita akan menjadi kenyataan
dan dapatlah diubah apa yang beku
alangkah banyaknya kebenaran yang muncul
dan mereka kata semuanya itu gila
ulang


c/o
telah datang kegelapan malam
yang menjauhkan siang hari
sesungguhnya kemampuan cahaya itu
untuk sampai sejauh-jauhnya
ulang

inilah cita-cita kami sepanjang umur kami
setiap kita bersatu dan bantu-membantu
ulang

solo
pokok bermula dari benih
kisah bermula dari pemikiran
selama ini kita simpati dalam berkhayal
kini marilah kita mulakan langkah yang pertama
ulang

c/o
telah datang kegelapan malam
yang menjauhkan siang hari
sesungguhnya kemampuan cahaya itu
untuk sampai sejauh-jauhnya
ulang

inilah cita-cita kami sepanjang umur kami
setiap kita bersatu dan bantu-membantu
ulang


kredit kepada 'akulah' kerana sudi menterjemahkan senikata lagu ini.
Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs