Followers

31.1.10

Cukup sekadar sekeping gambar

 
gambar diperolehi melalui email

Sarapan pagi orang yang demam.

Assalamualaikum dan salam pagi semua. Apa khabar? Semoga semuanya sihat-sihat saja ya. Hari ni kakchik terpaksa ambil MC sebab demam selsema sejak malam tadi. Nak tidur tak lena sebab hari dah siang, nak baca buku mata tak mau fokus, rasa mengantuk jadi duduk la kakchik kat depan laptop ni membaca suratkhabar online dan menjawab mesej/komen yang kawan-kawan tinggalkan malam tadi.

Sekarang dah jam 9 lebih, kalau belum sarapan, cepat-cepat cari makanan ya. Alas perut tu jangan biar masuk angin. Pagi ni kakchik nak makan nasi bungkus je, beli kat Chabang Empat Cherang. Semalam kakchik dah belanja kawan-kawan di pejabat, alhamdulillah semuanya kata nasi ni sedap. Memang nasi yang dijual makchik di situ sangat kakchik suka. Jom kita buka bungkusannya:

Maaflah nasi tu dah dicampur lauk dan kuah maka tak la lawa dilihat tapi memang sedap dimakan. Nasi pagi atau nasi berlauk di sini biasanya ada nasi, lauk, sambal dan ulam mentimun. Kadang-kadang ulam mentimun diganti dengan kangkung goreng atau taugeh goreng sempoi.

Nasi makcik ni sambalnya sangatlah pedas, agaknya inilah sebab kakchik sakit tekak hari ni. Itupun dah minta dikurangkan sambalnya, kalau takde sambal mana ada umph kan?

OK, lah dulu. Kakchik nak tengok-tengok blog kawan-kawan pula. Rasa macam banyak hari tak jenguk mereka bertanya khabar. Selamat bersarapan! Wassalam.

30.1.10

Makan malam dan hasil kerja tangan kakak

Assalamualaikum dan salam malam semua. Dah selesai makan malam? Kalau belum, cepat-cepat makan ya sebab bila makin lewat, makin lambat ia hadam dan tak elok untuk kesihatan.

Hidangan untuk Cik Abe. Tengoklah pinggan mangkuk yang tak sama tu, malu...

Malam ni kakchik makan nasi lauk biasa-biasa je. Orang kampung... makan pun cara orang kampung la kan. Kami tak biasa makan di luar dan kakchik pun hanya makan di luar dengan kawan-kawan sekali sebulan saja. Nak tengok hidangan malam ni, haaa lihat di bawah ya.

Yang sebenarnya kakchik nak cerita pasal kakak kakchik yang sulong yang suka sangat menjahit manik. Dalam keluarga kami dialah yang paling berseni tangannya. Selalunya baju-baju dia dan baju-baju kami dia yang lukis design, memang cantik dan lawa, sayangnya dia tak benarkan kakchik ambil gambar dan tayang kat sini. Kakak kakchik ni kerjanya sebagai doktor tapi di masa lapang sangat suka menjahit manik. Semalam dia ada tunjukkan bajunya yang baru siap telah pun dijahit manik dengan sangat kemas dan cantik sekali. 

Nak tengok tak? Nak tengok atau tak nak tengok, kakchik nak letak juga kat dalam ni hehe.

 
Corak pada  pergelangan baju.

 
Corak ringkas di bahagian siku.

 
Simple tapi cantik ... bagi kakchik la.

Cantik tak? Bagi kakchik yang tak berseni ni, itu sudah sangat cantik. Dah banyak helai bajunya dan baju adik-kakak kakchik yang dijahit manik tapi tak pernah kakchik nak ambil gambar. Kali ni kakak bagi can kat kakchik. Katanya kalau ada yang nak menempah pun boleh hehe... biar betul.

Kakchik dok bercadang nak jahit jubah kosong dan nak bagi kakak hiaskan dengan dekorasi manik. Tentu cantik dan elegan. Nanti boleh la dijual kan. Wokeh, cukup dulu cerita pasal kakak, kakchik nak rehat sebentar.

Wassalam.

What an interesting quote!

For attractive lips, speak words of kindness. For lovely eyes, seek out the good in people. For a slim figure, share your food with the hungry people. 

Remember, if you ever need a helping hand, you will find one at the end of each of your arms.  As you grow older, you will discover that you have two hands; one for helping yourself, and the other for helping others...
Mudahnya beramal dengan Islam. Kalau wanita suka bercantik-cantik, eloklah amalkan petua ini. Tak susah kan... Nak dapat bibir yang cantik hanya perlu bercakap perkara yang baik-baik. Nak pastikan mata kita menawan hanya perlu melihat kebaikan pada orang lain. Untuk menjadi langsing (yang ni pasti ramai yang minat) hanya perlu berkongsi makanan dengan orang yang lapar (memerlukan) - maknanya bersedekah la kan.

Dalam minggu ni dah berapa RM kita bersedekah?

Bersarapanlah agar kita lebih cergas


 
Assalamualaikum dan salam pagi ceria kepada semua teman-teman siber.

Apa khabar teman-teman semua hari ni? Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Di hujung minggu ni teman-teman berbangsa Cina tentu sedang sibuk membuat persiapan menyambut Tahun Baru Cina yang tinggal seminggu saja lagi. Semalam kakchik tengok ramai sungguh kaum Cina datang membeli-belah di Pasaraya Billion. Lagipun kebanyakan orang telah menerima gaji bulanan mereka, senang dan lenggang saja datang berbelanja, hehe. 

Ok, selepas menulis perkara yang agak serius selama dua hari, kakchik rasa eloklah kembali menulis perkara-perkara ringan pula hari ni. Banyak sangat yang serius jadi tak cerialah pula kan?

Hari ni nak cerita pasal sarapan dari pandangan kakchik lah. Ni bukan pandangan pakar ya tapi pandangan orang yang selalu bersarapan hehe. Ada kakchik terbaca bahawa SARAPAN IALAH MAKANAN UNTUK OTAK. Ada fakta tak? Selepas google kakchik jumpa artikel ini, sedut sebahagian je:
Otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran ke arah pembelajaran yang lebih cemerlang di sekolah. Sarapan pagi dikatakan dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.

Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.

Pemilihan sarapan terutamanya yang kaya dengan karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

Malangnya, ramai yang meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat kerana bangun lambat. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui rahsia di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.

Ada saintis yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus.

Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau di tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan sekeping roti dan secawan kopi.

Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.

Kesan lebih ketara dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan baik. Justeru, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.

Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan.

Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.


Maklumat dari PRO JAKIM

Menarikkan infonya.

Sarapan ni memang wajib dalam kamus hidup kakchik! Setiap hari mesti kena bersarapan untuk memastikan diri mampu melakukan apa saja aktiviti dengan baik. Tempoh waktu sarapan bagi kakchik ialah antara jam 7 pagi hingga 10 pagi. Maknanya kakchik perlu makan sarapan sekali dalam tempoh tersebut. Kalau dah masuk pukul 11 tu dah dikira brunch atau late breakfast.

Selalunya bila perut mendapat makanan di waktu pagi, kakchik akan lebih cergas melakukan kerja-kerja sama ada di rumah, di pejabat, di kedai buku atau di universiti hatta berjalan-jalan sekalipun. Takdelah kedengaran bunyi keroncong. Kan seronok dapat bekerja dengan penuh semangat!


Jadi, walau apa sekali pun jangan lupa sarapan kita!

29.1.10

Rintihan dan harapan rakyat Kelantan.

Assalamualaikum dan salam petang Jumaat semua. Petang ni kakchik bersiaran dari MariBaca Bookstore di Kota Sri Mutiara, KB. Semasa kakchik menulis ni ada beberapa orang pelanggan dengan anak-anak kecil mereka sedang melihat-lihat dan membeli buku. Alhamdulillah... suasana lengang di sebelah pagi tadi, nampaknya berubah bila menjelang petang. Semoga rezeki kami hari ni akan bertambah.

 
Selepas solat Maghrib berjemaah.
Kakchik ingin berkongsi sedikit cerita mengenai program malam tadi iaitu Solat Hajat Royalti Minyak yang berlangsung dari jam 7 malam hingga 11.30 malam di stadium negeri. Jom la baca untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

 
Jemaah muslimat sedang membaca Yaasin.

Malam tadi kakchik, cik abe dan ayah turut sama menyertai sebahagian besar rakyat Kelantan bersolat hajat di stadium negeri untuk memohon secara beramai-ramai kepada Allah SWT agar membuka pintu hati pimpinan Kerajaan Pusat untuk mengembalikan hak rakyat Kelantan yang wajib mereka bayar iaitu royalti minyak sebanyak 5%.

 
Para hadirin sedang menunggu tayangan di layar.

Itu adalah HAK RAKYAT KELANTAN yang kini cuba didolak-dalik oleh Ker. Pusat dengan nama wang ehsan. Kakchik bukan mahu berpolitik di sini tapi mahukan pihak berkenaan mendengar rintihan kami. Bayarlah hak rakyat Kelantan itu sebelum Allah tarik segalanya dari tangan sesiapa yang tidak bertanggungjawab.

 
Ku Li baru tiba dan naik ke pentas utama.

Semalam, YM Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) selaku orang pertama yang mengusahakan wujudnya PETRONAS di negara ini dan menjadi Pengerusinya telah bercakap mengatakan perkara YANG SEBENARNYA berkenaan royalti 5% ini. Kalian mungkin sudah melihat video youtube yang kakchik masukkan dalam entri pagi tadi. Harapnya teman-teman semua tolong mendoakan agar kami mendapat hak tersebut.
 
Isteri Ku Li (berpakaian oren sepasang) bersama VIP Muslimat. Isteri YAB Tok Guru yang memegang beg di tingkat atas di belakang isteri Ku Li

Sedih sangat hati ni bila kami rakyat Kelantan dianak tirikan oleh pihak Pusat kerana perbezaan ideologi politik. Adakah kami ini bukan rakyat Malaysia? Bayarlah royalti tu agar banyak kebaikan yang dapat dilakukan untuk rakyat negeri ini. Kami berkumpul sebegini ramai memohon kepada Allah agar menginsafkan hati-hati mereka yang keras dan berat sebelah. Berlaku ADILlah kerana kami minta hak kami bukan untuk sesatu parti tapi untuk seluruh negeri ini.
 
Lautan manusia hampir memenuhi stadium.

Ya Allah mohon Engkau makbulkan doa kami, rakyat Kelantan malam tadi dan di waktu mana sekalipun. Makbulkanlah.
 
Ku Li sedang berceramah tentang royalti minyak 5%, undang-undang minyak dan PETRONAS.
 
Gambar pagi tadi selepas kuliah Jumaat di KB

Video ehsan MediakiniTV

Semoga Allah mendengar hajat kami dan memakbulkannya demi kesejahteraan rakyat Kelantan dan negeri kesayangan kami ini. Hujung hayat kita tetap menghadap Allah Rabbul Izzati.

Solat Hajat Royalti Minyak


 

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua. Hari ni lambat benar kakchik kemaskinikan blog ni. Terlalu banyak aktiviti sama ada di rumah atau di luar rumah yang perlu kakchik uruskan. Letih banget sih...

Malam tadi kakchik ke stadium untuk solat hajat. Sebab dah tak larat ni kakchik kongsikan 1 video dari MediakiniTV dan sekeping gambar suasana di stadium semasa ceramah Ku Li semalam. InsyaAllah banyak lagi gambar akan kakchik uploadkan sekejap lagi.

28.1.10

Entah apa-apa... jom makan pizza


Assalamualaikum dan salam pagi ceria kepada semua. Kakchik doakan kalian semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa mendapat hidayah dan taufiq dari Allah SWT.

Sekarang ni dah hampr jam 11 pagi, dalam lebih kurang 10 min saja lagi. Sebentar tadi kakchik ke blog-blog yang mencuri gambar kakchik tu dan nampaknya tiada sebarang kerjasama diberikan. Selepas Zohor kakchik ada temujanji dengan peguam untuk membincangkan tindakan selanjutnya. Semoga Allah permudahkan segala urusan.


Petang semalam, sempatlah juga kakchik order sebiji Pepperoni Chicken Pizza dari Pizza Station. Sebab lambat turun ambil maka pizza dah sejuk dan rasanya taklah umph lagi. Pizza ni akan sedap kalau dimakan panas-panas sebab base rotinya tu macam banyak rongga sangat. Kalau dah sejuk memang tak sedap.

Hari ni memang letih sungguh walaupun belum masuk tengahari. Kalian dok buat apa ya di saat ini?

27.1.10

Nasihat Peguam Untuk Kes Curi Gambar

Assalamualaikum dan salam pagi ceria kepada semua teman-teman blogger. Kakchik doakan kalian semua sentiasa mendapat rahmat kasih sayang Allah dan diberi hidayah dan taufiq-Nya setiap saat agar kita hidup dan mati adalah kerana-Nya.

Pagi tadi peguam kakchik ada menelefon dan kami berbincang mengenai kes saman kakchik terhadap pihak yang telah mencuri dan menyalah-gunakan gambar di bawah ini.

Walaupun bukan kakchik yang diperkatakan di dalam setiap tulisan tersebut, itu bukan isunya. ISU UTAMA ialah MENCURI HARTA PERIBADI kakchik iaitu GAMBAR tersebut.

Kenapa kakchik TIDAK REDHA ke atas individu yang telah MENCURI dan kemudiannya menganggap gambar itu hakmilik mereka, dengan senang diedit, di'crop' untuk diletakkan di dalam tulisan masing-masing? Sebab-sebabnya ialah:
  1. Itu gambar gambar bersama seorang sahabat.
  2. Kakchik telah pun menulis NOTIS TIDAK BOLEH DISALIN TANPA IZIN di dalam artikel dan juga di sidebar blog.
  3. Gambar itu adalah khusus menceritakan tentang FESYEN MUSLIMAH bukan untuk POLITIK.
  4. Kakchik rasa TIDAK DIHORMATI kerana perbuatan mereka seumpama MENCEROBOH ruang peribadi kakchik.
Peguam nasihatkan hari ni kakchik jejaki mereka dan meninggalkan PESAN agar memadamkan gambar tersebut dari blog atau website masing-masing. InsyaAllah kakchik telah pun berbuat demikian dengan harapan dalam tempoh 24 jam, mereka memberikan kerjasama yang baik.

MENCURI ini bukan akhlak Islam.

Kakchik langsung tidak suka sebenarnya untuk melibatkan diri dalam perkara ini TAPI mereka yang MENCURI ini membuatkan hati kakchik langsung tidak selesa apatah lagi gambar tersebut telah di'copy paste' oleh banyak pihak kerana digunakan sewenang-wenangnya di blog tertentu. TOLONGLAH hormati HAK kakchik.

Kakchik TIDAK REDHA sama sekali.

Kita tunggu dan lihat dalam tempoh 24 jam bermula jam 11 lebih tadi adakah mereka memberikan kerjasama atau tidak.

Inilah antara blog-blog dan laman web yang sedang kami pantau:
  • http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2009/11/keluarga-nik-aziz-dah-jadi-cacing.html
  • http://neutraldaily.blogspot.com/2009/12/jika-sekat-nik-amalina-di-mana.html
  • http://www.malaysiakini.com/news/120486
  • http://www.malaysiakini.com/news/120570
  • http://www.masterdedah.com/2009/12/nik-amalina-heroin-baru.html
  • http://anakcucunabiadam.blogspot.com/2009/12/anak-nik-aziz-masuk-gelanggang-siber.html
  • http://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/12/16/lagi-kisah-nik-nur-amalina%E2%80%A6/
Masih ada lagi blog-blog lain yang menggunakan gambar di atas dan sudah pun kakchik senaraikan URLnya untuk rujukan peguam.

MOHON sangat-sangat anda menjadi seorang INSAN YANG BERTANGGUNGJAWAB.

Sebagai RUJUKAN:
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Kalau tak faham Bahasa Melayu, boleh aje baca yang Bahasa Inggeris:


ACT 588
COMMUNICATIONS AND MULTIMEDIA ACT 1998

PART X - GENERAL
Chapter 2 - Additional Offences And Penalties



Section 233. Improper use of network facilities or network service, etc.

(1) A person who —

    (a) by means of any network facilities or network service or applications service knowingly —
      (i) makes, creates or solicits; and (ii) initiates the transmission of,
    any comment, request, suggestion or other communication which is obscene, indecent, false, menacing or offensive in character with intent to annoy, abuse, threaten or harass another person; or (b) initiates a communication using any applications service, whether continuously, repeatedly or otherwise, during which communication may or may not ensue, with or without disclosing his identity and with intent to annoy, abuse, threaten or harass any person at any number or electronic address,
commits an offence.
(2) A person who knowingly —

    (a) by means of a network service or applications service provides any obscene communication for commercial purposes to any person; or (b) permits a network service or applications service under the person 's control to be used for an activity described in paragraph (a),
commits an offence.
(3) A person who commits an offence under this section shall, on conviction,be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both and shall also be liable to a further fine of one thousand ringgit for every day during which the offence is continued after conviction.
Sumber maklumat adalah dari sini http://www.skmm.gov.my/the_law/NewAct/Act%20588/Act%20588/a0588s0233.htm

Tolong beri kerjasama segera, jika tidak ANDA AKAN DISAMAN.

26.1.10

Makan besar !

Oleh kerana kakchik tak makan tengahari maka kakchik dah simpan hajat untuk makan besar untuk dinner. Habis je kerja di Zahra' kakchik terus ke MariBaca. Dekat je, kalau jalan kaki agaknya dalam 5 min sampailah. Sampai aje kat kedai kakchik terus solat Asar sebab masa di Zahra' tu dah ambil wudhu' takut terbatal pula. Sekarang ni waktu Asar masuk lambat jadi tak sempat nak solat di Zahra'.

Lepas solat terus naik ke tingkat 4, kakchik ke Anja Cafe sebelah pusat bowling. Apa lagi, nak order makanan la kan. Hehe perut dah mula bernyanyi riang sebab dah nampak menunya yang segala menarik. Cafe tu masih baru di Kota Sri Mutiara tu tapi MariBacalah yang paling baru. Selepas order, kakchik minta diorang hantar ke kedai, terus je laju melangkah kembali ke kedai buku kakchik.

Huhu, memang cekap dan pantas perkhidmatan mereka. Tak sampai 30 min hidangan dah sampai... kira cepat la kan sebab diorang pun ada pelanggan masa kakchik buat order. Jom tengok apa yang kakchik order.

Mee Hailam, RM4.50. 4 bintang


Mee bandung, RM4.50, 5 bintang


Hidangan penuh, semuanya RM15.00, fuh!

Tak terliur ke? Hehe kakchik bukan makan sorang tau. Mestilah makan dengan Dah, sepupu @ pembantu kakchik. Memang balik ke rumah tak perlu nak makan malam lagi. Malam ni Cik Abe makan sorang-sorang tapi kakchik temankan hehe.

Sampai juga hajat di hati tapi hancuss RM15. Sekarang ni makan di cafe di KB ni dah macam makan di KL dah. Harga makanan pun dah mula naik. Semuanya sebab gaya hidup di sini semakin berubah.

Hidangan makan tengahari


Sebab cuaca kurang elok, kaki pun jadi malas nak keluar ke mana-mana restoran untuk mencari nasi. Nasib baik dalam Zahra' ni ada gerai kecik menjual makanan ringan. Kira bolehlah hilangkan lapar buat sementara waktu.


Jadi waktu rehat kakchik isikan dengan makan dan membaca novel sejarah Islam. Pagi tadi masa kawan tanya nak kirim nasi ke tak, kakchik kata dah makan, masih kenyang. Memang la kan, baru masuk kerja, perut masih lagi kenyang sebab dah bersarapan di rumah. Bila dah masuk tengahari, mulalah dia nak berkeroncong. Padan la muka sendiri.

Jom makan!

Apollo Volcanoes - boleh tahan sedapnya

Tapi mana boleh jadi kalau dah 2 hari makan macam ni kan. Petang nanti kakchik ada hajat besar. Dah terbayang-bayang dah apa yang bakal dinikmati. Tunggu dan lihat.

Sejuk, hujan, Nasi Goreng Cina

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua teman-teman blogger dan sesiapa saja yang sudi singgah di blog Keluargaku Sayang ni. Kakchik doakan kalian semua dalam keadaan sihat dan berbahagia selalu.

Hari ni cuaca di Kota Bharu agak sejuk sebab hujan turun tak berhenti dari malam tadi. Sekarang ni pun masih lebat di luar tu, huhu... nasib baik ada kot dalam pejabat ni kalau tidak terketar-ketarlah nak buat kerja.

Makcik-makcik dan Mak-mak Datin yang datang belajar bahasa Arab pun sedang bising keluar dari bilik tutorial tu. Jam 10.30 pagi biasanya kelas mereka selesai. Nak buat macamana kan, dah pejabat kakchik ni betul-betul setentang dengan bilik tutorial tu, boleh dengar semua yang diorang dok bising-bisingkan. Woah... makcik-makcik ni memang ada kelas sebab walaupun dah berusia emas tapi masuk berabuk bahasa Inggeris. Ni mesti pernah bekerja sebelum ni.



Hmm... hari ni kalian sudah bersarapan ke? Pagi semalam dan pagi tadi kakchik makan Nasi Goreng Cina. Dah dua hari berturut-turut makan nasi goreng ni tapi masih belum puas lagi. Memang kakchik suka masak nasi goreng, makan nasi goreng yang orang masak... memang sukalah segala jenis nasi goreng.

Tak susah pun nak membuatnya. Bahan-bahan pun selalunya memang ada dalam petisejuk. Hanya perlukan nasi, bawang putih, bawang merah, cili merah, sayur sama ada sayur campur, sawi atau kacang panjang dan telur. Senang je dan sangat cepat disediakan.

Bila dah bersarapan di rumah ni, perut mulalah terfikir-fikir nak makan apa untuk tengahari nanti. Dah la cuaca sejuk macam ni, lagilah cepat terasa lapar. Nak keluar membeli hujan la pulak, huhu... tak seronok kalau basah.

Nak makan apa? Hmm...

25.1.10

Menulis Blog Boleh Jadi Bisnes Lumayan

Ramai orang sudah boleh bersetuju dengan penyataan di atas tu. Dunia kini dunia internet, dunia blog. Ada orang kerjayanya BLOGGER SEPENUH MASA. Memang ada... Tengoklah apa yang kini dinikmati oleh kak Suzana ini.

Keistimewaan WanitaMelayu.com

Forum Internet ilham Suzana Mustafa itu berjaya mengumpul 32,000 suri rumah dan menjana pendapatan RM30,000 sebulan.



SUZANA memulakan WanitaMelayu.com pada tahun 2005.



APA yang dilakukan oleh wanita ini mungkin kecil, tetapi sangat bermakna kepada 32,000 ahli forum Internet, WanitaMelayu.com.

Sejak dilancarkan pada tahun 2005, pengusaha salun, pembuat kek, penjual kraf tangan, peniaga kecil-kecilan bahkan suri rumah telah membentuk kenalan dan komuniti bisnes yang menjana pendapatan yang agak lumayan.

"Rata-rata penjual, kebanyakannya suri rumah, memperoleh pendapatan RM7,000 sebulan tidak lama selepas menyertai WanitaMelayu.com," kata pengasas forum itu, Suzana Mustafa, 40.

Malah, kata wanita kelahiran Labuan ini, seorang ahli forum mendapat pendapatan bersih RM30,000 sebulan.

"Saya memulakan forum ini sekadar mahu berkongsi maklumat dengan pelayar Internet lain.

"Tambahan pula, tidak banyak forum yang membincangkan mengenai hal wanita ketika itu," jelas Suzana yang tidak menyangka forumnya yang berlandaskan minat terhadap sulaman dan kraf tangan itu menjadi tumpuan golongan suri rumah.

Forum Internet

Pemegang Diploma Kesetiausahaan dari Bedford College, London ini berkata, beliau mendapat pendedahan mengenai Internet dan forum secara meluas ketika bekerja di bahagian undang-undang di sebuah syarikat swasta di ibu negara.

"Ketika itu, Internet masih baru apatah lagi forum. Tapi saya dapat rasakan yang forum ini mampu memberi impak yang besar dalam perkongsian maklumat," katanya yang juga peneraju galeri sulaman dan kraf tangan, ZSi Trading Entreprise yang terletak di Bukit Mahkota Cheras, Selangor.

Sebelum ini, Suzana banyak melayari forum serta blog luar negara bagi menambah ilmu, idea serta kemahiran dalam membuat sulaman serta peluang dalam bidang perniagaan.

Katanya, berbeza dengan apa yang terdapat di dalam forum terbitan tempatan, ahli forum di luar negara tidak lokek ilmu, lebih terbuka dan berkemahiran.



HEBAHAN mengenai sesuatu aktiviti begitu cepat tersebar menerusi Internet.



"Paling utama, mereka (ahli forum) tidak suka meleret-leret apabila mengulas satu-satu topik. Semuanya tepat, ringkas dan mengesankan," katanya.

Forum WanitaMelayu.com sememangnya mudah difahami dan senang dilayari. Anda cuma perlu merujuk kategori produk yang ingin dicari dan klik pada tajuknya.

Antara kategori produk yang dimaksudkan ialah barangan rumah, kecantikan, komputer, aksesori kereta dan kesihatan.

Celik IT

Misalnya, jika anda ingin mencari set pinggan mangkuk, cadar, permaidani, bingkai gambar atau kain langsir, klik kategori Produk Barangan Rumah dan anda akan dapat melihat senarai pengusaha atau kedai yang menjual barangan tersebut.

Begitu juga jika anda mencari jamu asli, herba, vitamin, pil melangsingkan badan, minyak urut mahupun madu, pilihlah kategori Produk Kesihatan.

WanitaMelayu.com juga menyediakan segmen Informasi Wanita dengan pelbagai celoteh berkaitan rumah tangga, dapur, dekorasi dan landskap, seni jahitan dan keterampilan diri.



HASIL sulaman Suzana ditempah oleh syarikat dan indvidu luar negara termasuk dari Arab Saudi, Turki dan Britain.



Bagaimanapun, pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan kemudahan yang disediakan di forum berkenaan.

Menurut Suzana, sejak mula lagi, beliau menyasarkan golongan suri rumah kerana melihat potensi kumpulan tersebut dalam meningkatkan pendapatan isi rumah.



Katanya, kebanyakan suri rumah yang singgah di forum WanitaMelayu.com mempunyai kemahiran dan produk yang boleh dipasarkan secara komersial.

"Namun, masalah utama mereka ialah tidak mempunyai masa, peluang dan sumber untuk melariskan produk mereka.

"Justeru, salah satu faktor wujudnya WanitaMelayu.com ini ialah untuk membuka peluang kepada golongan ini," ungkap Suzana yang berazam untuk melahirkan lebih ramai suri rumah yang celik teknologi maklumat terutama mereka yang tinggal di luar bandar.

"Saya anggap misi saya berjaya kerana 80 peratus daripada ahli forum WanitaMelayu.com adalah daripada kumpulan tersebut," katanya bangga.

Suzana tergelak kecil apabila diajukan soalan mengenai cabaran menjadi seorang pengendali forum Internet.

"Bidang online lebih berganda cabarannya berbanding berniaga secara biasa kerana kita tidak tahu dengan siapa kita berurusan," katanya yang turut menghasilkan buku mengenai sulaman dan kraf tangan.

Perniagaan online juga memerlukan kesabaran yang tinggi.

Katanya, dengan pendapatan yang tidak dapat dijangka, pengusaha online perlu cekap mencari pelanggan dan mempunyai kemahiran untuk menarik perhatian pembeli ke atas produk mereka.

Bagi merapatkan hubungan sesama ahli WanitaMelayu.com, beberapa siri perjumpaan dilakukan
.
Galeri ala bengkel

"Daripada pengusaha baju, manik, makanan, kraf tangan, sulaman serta hiasan rumah, kami berkumpul dan di situ kami bertukar-tukar pandangan.

"Paling istimewa, kami tidak menjemput orang kenamaan kerana bagi saya, mereka (suri rumah) sudah cukup penting.

"Di samping itu juga, kami mahu perhatian benar-benar diberikan hanya pada mereka yang menjadi ahli WanitaMelayu.com," ujar Suzana.

Menjengah galeri Suzana, ZSi Trading Entreprise yang terletak di Bukit Mahkota Cheras, jelas terzahir minat ibu kepada tiga cahaya mata ini terhadap kerja-kerja kraf tangan dan sulaman.

"Sulaman reben adalah minat utama saya. Rupa-rupanya, tidak ramai yang tahu mengenai teknik sulaman ini di Malaysia," katanya bernada kesal.

Melanjutkan bicara, Suzana menjelaskan, beliau turut menerima tempahan daripada individu yang tinggal di luar negara seperti Brazil, Turki dan Britain.

"Tempahan pertama yang paling banyak saya terima ialah daripada sebuah syarikat Arab Saudi pada tahun 2007.

"Syarikat itu yakin dengan produk saya setelah melihatnya di laman forum dan blog lalu memasukkan deposit sebanyak RM75,000," katanya.

Dengan tempahan sebanyak itu yang perlu disiapkan dalam masa enam bulan, Suzana nekad berhenti kerja di sebuah syarikat swasta bagi menumpukan perhatian pada perniagaan serta forum tersebut.

Tambah Suzana, selain berjaya mengeluarkan kit peralatan menyulam pertama di Malaysia, produk yang seringkali mendapat perhatian ialah sarung kusyen, beg jerut serta alas meja.

Menyentuh mengenai sulaman reben, Suzana menjelaskan fabrik, jenis reben serta alatan yang digunakan haruslah tepat bagi mendapatkan kualiti yang bagus.

"Silap pilih, bukan saja menjejaskan kualiti sulaman tersebut malah kemungkinan kita akan kehilangan pelanggan," katanya yang turut menganjurkan bengkel sulaman dan kraf tangan di galerinya.
Tentu ramai di kalangan teman-teman blogger yang mengenali beliau kan. Kalau di ruangan facebook, kakchik pernah melihat beberapa keping gambar semasa majlis perjumpaan WanitaMelayu.com baru-baru. Itupun hasil perkongsian dengan seorang temaniaga yang menjadi ahli persatuan ini.

Nampaknya kakchik kena lebih berusaha ni kalau kakchik pun nak ikut jejak langkah dia. Benda baik apa salahnya kan. Hebat sungguh kalau mampu mengimbangi pelbagai amanah sebagai seorang wanita terutama seorang Muslimah. InsyaAllah kakchik juga mampu.

Pasangan Islam berkahwin dalam gereja.

Assalamualaikum semua. Semoga kita semua sentiasa mendapat hidayah dan taufiq dari Allah SWT.

Hari ni kerja kakchik dah banyak yang selesai jadi kakchik ambil masa bertugas di Kaunter ni dengan membaca beberapa laman web dan berita dari merata dunia. Mana yang sempat lah kan. Untuk menambah ilmu dan juga pengetahuan hehe.

Dalam dok membaca tu kakchik terjumpa berita ini:
Church wedding for Muslim couple

Published Date: 23 July 2007
By Sophie Hazan, Yorkshire Evening Post
EXCLUSIVE

A CHRISTIAN chapel made Leeds history when it hosted a Muslim wedding.
Vicar Paul Travis welcomed bride Samara Iqbal and groom Hussanain Aleem Mir, who hail from north Leeds, inside Mill Hill Unitarian church at City Square on Saturday to exchange vows.

The Asian wedding guests entered the place of worship to cries of the Call to Prayer, a sound usually heard pouring from the doors of one of the city's mosques.

Samara dressed in a traditional English white dress with veil, finally stepping out of her bridal car a good 15 minutes after the scheduled 10am service.

Hussanain, who wore a white suit, waited at the altar.

The congregation listened as the Rev Travis led the traditional English service, altered only in that prayers were directed to Allah and not God.

"Smile, relax and enjoy, make this your mosque today," said the minister.

"Today is about bringing different faiths and creeds together, after all there is only one God although he might have many names."


The Rev Travis, who has been promoting inter-faith religion for 25 years, told the Yorkshire Evening Post prior to the service: "Samara and Hussanain wanted a British wedding, but they are from a very very traditional Muslim family.

"We will be having a very simple service, but you can imagine how difficult and uncomfortable this could be.

"The congregation is Muslim, there will be prayers from the Koran and we will address Allah, but this service will really help integrate the different faiths."
Apa pandangan kalian yang membaca dan melihat perkara ni? Kakchik kurang setuju atas beberapa sebab tapi kakchik tak mahu tuliskan lagi. Nak minta pandangan anda para pembaca sekalian dulu. Itupun kalau sudi memberi pandangan yang jujur.

...sabar menanti.

24.1.10

Cepat, Sedap, Berapi !!!


cepat dimasak, sedap dimakan

[Assalamualaikum dan salam pagi ceria kepada sesiapa saja yang telah menjengah blog kakchik ni. Entri kali ni sebenarnya kakchik setkan auto publish sebab kakchik mungkin agak sibuk di hari Ahad ni. Maklumlah semalam kakchik ambil cuti jadi kerja yang semalam dah terpaksa dibawa ke hari Ahad.]

Malam ni cik abe sedang ralit membuat laporan minit ke minit perlawanan bolasepak antara Kelantan - Johor dan Terengganu - Selangor jadi kakchik bolehlah tumpu masa selepas jam 10 ni untuk online. Yang sebenarnya memang sepanjang hari online cuma perlu memilih masa untuk berlama-lama depan komputer. Tadi kakchik dah siapkan air teh satu jag dan sepiring maggie goreng sempoi untuk cik abe jadi "masa untuk blogging".



Cik abe belanja kakchik makan burger malam ni dan kakchik buat maggie goreng untuk kudapan dia sambil dia buat kerja. Sekali-sekala makan junk food ni boleh la kan. Bukannya selalu pun. Boleh tahan sedapnya burger daging tu. Terima kasih ya Yang. Next time belanja mee bandung pulak ya hehe.


maggie goreng sempoi

Gambar paling atas tu gambar lama. Kalau kalian ingat, tahun lepas kakchik ada masak maggie kari berapi selepas pulang lewat malam dari mana kakchik pun tak ingat dah. Kiranya malam ni hajat di hatinya nak masak macam tu juga tapi yang ada cuma maggie goreng indomie dan bahan-bahan sampingan pun takde maka jadilah maggie goreng sempoi.

Boleh la kan. Asalkan yang makan terasa kenyang.

Rancangan memasak seterusnya ialah roti nasi, roti pandan, pizza, beshamel, roti bun mexico ... dan seterusnya. Berjaya atau tidak, kita tengoklah nanti.mas

23.1.10

Kakchik mahu yang besar dan lebar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kakchik doakan semuanya dalam keadaan sihat dan gembira walaupun cuaca hari ni sangat panas dan kita baru saja kehilangan almarhum Sultan Johor yang mangkat semalam. AlFatihah untuk baginda.

Hari ni kakchik sebenarnya mengambil cuti kerana ada sedikit urusan keluarga. Ambil cuti tiba-tiba sebab terpaksa. Kalau tidak urusan ini akan berlanjutan dan lambat selesai. Alhamdulillah nampaknya Allah telah mempermudahkan urusan tersebut ditangani sebaik-baiknya. Sekarang ini kakchik bertawakkal kepada Allah sambil meneruskan doa yang sepatutnya.

Oklah, itu cerita lain. Cerita yang kakchik nak kongsikan hari ni ialah pasal satu lagi impian kakchik yang belum tercapai iaitu mempunyai desktop berskrin besar dan lebar. Cik abe ada dua desktop tapi kedua-duanya masih menggunakan monitor model lama dan sekali ingat memang makan ruang sungguh monitor-monitor tu.

Kakchik mahukan skrin seperti di bawah ni:


Itu skrin desktop di Kaunter Zahra'. Itupun masih ada sedikit feature yang kakchik tak gemar iaitu ketinggiannya yang statik. Kalau dinamik, boleh direndah atau ditinggikan maka ia lebih baik. Memang suka pilihan skrin macam tu atas beberapa sebab la kan.

Mata tak sakit
Sudah tentulah... saiz font pun akan secara default lebih besar tak perlu nak tekan CTRL + untuk membesarkannya. Tak perlu squinting untuk membaca tulisan di skrin. Kadang-kadang kawan kita menulis panjang dalam blognya, letih juga anak mata nak membaca kalau font kecik.

Nampak lebih jelas
Segalanya yang ada di atas skrin akan pasti dapat dilihat dengan lebih jelas. Macam kita guna kanta pembesar untuk mencari benda halus la kan. Makin jelas makin lambat letih atau bosan.


Senang kesan kesilapan
Kakchik menaip agak laju (testimonial sendiri) lepas tu malas sikit nak edit apa yang telah ditulis. Selalunya selepas taip ayat terakhir, kakchik akan scan sekali lalu dan terus publish. Bila dah publish barulah perasaan ada salah eja di sana sini dan tertinggal perkataan yang masa menaip ada dalam fikiran tapi tak tertaip di dalam blog. Boleh bawa maksud lain pada ayat. Jadi kalau skrin besar macam yang Zahra' punya tu memang senang nampak. Sambil jari jemari menaip, mata boleh tengok di skrin.

Itulah lebih kurang alasannya kakchik nak sangat skrin besar dan lebar ni. Bukan tak mampu beli tapi masa sekarang ni tidak mengizinkan kakchik berbelanja lebih. Tambah-tambah kehendak ni hanya termasuk dalam kotak TIDAK PENTING TIDAK MENDESAK.

Itu saja dulu buat kali ini.

Oh, sebelum berhenti, ceria-ceriakan hari anda.


si mata bulat, eqbal

22.1.10

Mohon kemaafan itu yang terbaik, Beri kemaafan itu mulia

Assalamualaikum wr wbt dan salam petang Jumaat kepada semua teman-teman blogger dan pembaca setia blog Keluargaku Sayang.

Hari ni dah petang benar baru kakchik dapat bersiaran. Bukan apa... hari ni kelas tutorial kakchik dah bermula sepenuhnya dari jam 8 pagi selesai jam 5.30 petang. Memang ada rehat sejam lebih untuk waktu solat Jumaat. Tapi boleh dikira padat juga jadualnya walaupun cuma ada 3 subjek yang kakchik ambil. Waktu rehat tu kakchik balik ke rumah, siapkan apa yang patut untuk cik abe ke masjid tapi tak sempat pulak menghidangkan makan tengahari untuknya. Mohon maaf ya Yang.

Sebut pasal maaf ni, ada dua perkara berbeza iaitu MEMOHON MAAF dan MEMBERI MAAF.


Memohon maaf dari seseorang bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan. Jatuhlah darjat kita kalau terpaksa memohon maaf. Ego juga turut berperanan menghalang kita dari memohon maaf. Akhirnya kita tidak langsung memohon maaf dan membiarkan kesilapan yang dilakukan berlalu begitu saja. Hakikatnya... MOHONLAH KEMAAFAN, MOHONLAH KEMAAFAN, MOHONLAH KEMAAFAN kerana orang yang kita salahi itu insyaAllah akan memaafkan kita. Kalau dia tidak maafkan pun, hati kita pasti LEBIH LEGA.

Memberi maaf bunyinya macam mudah tapi hakikatnya tetap juga payah. Mulut mungkin menyebut, "baiklah, saya maafkan" tapi hati mungkin belum ikhlas memaafkan. Kakchik ada baca dalam beberapa artikel yang mengatakan diri kita akan lebih lapang dan tenang selepas memaafkan orang lain kerana ALLAH TURUT MEMAAFKAN KITA. Alangkah bagus begitu.

Atau EGO kita TERLALU BESAR?

MOHONLAH MAAF dari orang yang kita telah sakiti.

MOHONLAH MAAF dengan hati yang jujur dan ikhlas.

MOHONLAH MAAF agar diri kita tidak disalah anggap.

MOHONLAH MAAF untuk kebahagiaan kita sendiri dunia dan akhirat.

MOHONLAH MAAF kerana kita akan lebih disayangi.

MOHONLAH MAAF agar ukhuwah kita diredhai.

MOHONLAH MAAF kerana iman kita akan meningkat.

MOHONLAH MAAF untuk hidup yang lebih bererti.

DAN...

BERILAH KEMAAFAN kerana ia sebaik-baik perbuatan.

BERILAH KEMAAFAN yang sejujurnya untuk hidup yang lebih ceria.

BERILAH KEMAAFAN kerana Allah memaafkan hamba-hambaNya, siapalah kita?

BERILAH KEMAAFAN semoga kita dan dia bahagia dunia akhirat.

Kita adalah didalam satu perjalanan untuk mencari surga Allah swt dan orang yang terbaik di sisi Allah swt adalah orang yang benar-benar bertaqwa bukan yang banyak menulis atau banyak berkata atau yang hanya membaca atau yang tidak membaca kerana Allah swt tahu apa yang ada dihati-hati kita.  Allah swt tidak pernah silap menilai dan menghukum hamba-hambanya, Dia yang menentukan segala-galanya dan kita perlu melakukan yang terbaik kerana kita percaya Allah swt maha melihat dan maha mengetahui apa yang kita lakukan. (Haluan.org)

21.1.10

Hilangkan gundah di hati

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam pagi ceria kepada semua yang sudi berkunjung ke blog Keluargaku Sayang. Hari ini kasih sayang keluarga telah menghilangkan serba sedikit gundah yang bertakhta di hati. Kasih sayang Allah menghilangkan banyak gundah tersebut.



Kita manusia ni, mana mungkin tidak diuji oleh Allah, Pencipta kita. Untuk mencapai taraf sebagai hamba-Nya yang taat dan patuh, Dia turunkan pelbagai ujian agar kita berusaha memperbaiki diri dan membuat peningkatan dalam amal ibadat, muamalat dan sebagainya.



Hari ni kita ok, sihat, gembira, bahagia, rasa punya segala-galanya... tiba-tiba Allah turunkan ujian yang tak terjangka. Namun sebab kita tahu kita ini hamba-Nya, kita tabah menerima ujian tersebut walaupun sedikit sebanyak diri akan gundah gulana juga.



Diuji dengan soal kepercayaan, khianat, penipuan, prasangka, kemarahan dan segalanya, kita cuba bertahan dengan istighfar, dengan menyebut sabar, memujuk hati dan diri. Kita ini makhluk lemah yang mengharapkan ada dahan untuk bergantung, tiang yang menyokong amal ibadah kita sebelum dipanggil pulang. Segalanya akan terasa bagai dihempas ke batu bila diri ditipu.



"Kakchik is a superwoman", kata seorang teman blogger. Hakikatnya... I am not!

Kata Dr. 'Aidh,
"Orang cerdik akan berusaha merubah kerugian menjadi keuntungan. Sedangkan orang bodoh akan membuat suatu musibah menjadi bertumpuk dan berlipat ganda."
I'm looking at this for any hikmah behind it all. I think I can still handle this. My backbone is very strong and I believe in Allah's help. InsyaAllah 'every cloud has a silver lining."



This morning I went out to my mom's garden and took some pictures of her 'bunga kertas'. They give me a lot of consolation because they are 'berzikir' to Allah. Hilangkan gundah di hati dengan melihat ciptaan Ilahi. Even the spider that I always afraid of looks so interesting and calming.

I forgive and try to forget.

Now I have to go.

Maaflah ya separuh BM setengah BI. Nak bersiap dulu. Hari ni jadual padat.

20.1.10

Perkembangan Positif

Assalamualaikum dan salam petang Rabu kepada semua yang singgah di sini.
Semoga hidup kita hari ni berjaya meningkatkan satu amalan baik berbanding semalam.

Atas permintaan beberapa orang rakan blogger yang ingin mengetahui perkembangan terkini kedai buku kakchik, maka hari ni kakchik nak berceritalah sedikit sebanyak. Kalau anda bosan tu kakchik minta maaf ya sebab ini cara kakchik bercerita. Tak tahu dah cara lain.


backdrop untuk MariBaca

Hari ni masuk hari ke-9 MariBaca Bookstore menjalankan bisnes di lokasi baru iaitu di Kota Sri Mutiara yang turut mempunyai pasaraya Billion di dalamnya. Setakat hari ni jualan kami masih tidak begitu banyak perubahannya daripada tempat lama tapi menunjukkan peningkatan setiap hari. Tapi umlah pelanggan (pemerhati) yang masuk ke kedai adalah lebih ramai.


pengunjung dari kalangan pelajar kolej PTPTL

Kawan-kawan rapat juga datang menyatakan sokongan mereka ke atas usaha kakchik ini. Alhamdulillah, mereka turut membeli atau pun menyewa buku dari MariBaca. Kakchik cukup menghargai sokongan mereka kepada kakchik. Terima kasih ya sahabat-sahabat semua.


sahabat baik yang ralit memilih novel untuk disewa

Kakchik amat positif akan perkembangan di tempat baru ini berbanding tempat lama. Malam tadi ada pasangan pelancong yang menginap di hotel sebelah iaitu Hotel Renaissance datang ke kedai untuk membeli PETA Malaysia. Oh, kami terlepas peluang! Peta tiada di kedai kakchik. Ini petanda yang baik. Kakchik baru terfikir alangkah bagusnya kalau MariBaca turut menjual peta kerana pelancong ramai menginap di hotel tersebut. ASAP bekalan peta akan dicari!

Sempena pembukaan kedai baru ini MariBaca juga telah membuat persediaan untuk membuka KEAHLIAN untuk 100 AHLI ISTIMEWA. Kenapa istimewa? Belum dapat nak kakchik beritahu jawapannya hehe.

Hmm... mati idea la pulak.

19.1.10

Kasih Sayang Menemukan Kami

Ada kawan tanya kakchik, sempat atau tidak kakchik ziarahi semua blog teman-teman blogger yang ada dalam blog list dan Followers tu. Jujur kakchik jawab bergantung kepada keadaan dan masa kakchik. Kalau kakchik tidak sibuk, kakchik akan ziarahi blog-blog yang baru dikemaskini dan mengambil masa rehat untuk berkunjung pula ke blog-blog kawan yang selebihnya. Ziarah pagi sikit, tengahari sikit, petang sikit dan selebihnya malam. Tapi sudah tentulah ada dalam sehari tu blog yang tidak sempat kakchik kunjungi. Dan... blog yang sudah sangat lama tak dikemaskini tu tengoklah kalau ada masa, kakchik akan jejak untuk tanya khabar.


Followers pula ada yang selalu terjah blog kakchik dah ada yang pendiam, suka follow dan baca senyap-senyap. Yang selalu terjah, pasti cepat kakchik kenali sebab komunikasi melalui komen dan mesej yang berulangan.

Kadang-kadang bila tak sibuk, kakchik akan klik ikon-ikon mana-mana follower yang kakchik tidak familiar dan kakchik jejaki untuk cuba mengenali insan di sebalik ikon tersebut. Kakchik tidak pernah meminta sesiapa untuk menjadi follower blog kakchik, masing-masing adalah pilihan dan minat sendiri. Terima kasih ya duhai Followers sekalian, pertambahan jumlah anda semakin menaikkan semangat kakchik untuk terus blogging.

Apa yang seronoknya ada teman blogger dan ada followers ni? Nak tau apa manfaatnya pada kakchik? Ni ha kakchik senaraikan:
  • kawan semakin ramai - Dapat kenal ramai orang dari merata-rata tempat, bukan saja dalam negara malah yang duduk di luar negara atau memang orang luar negara, tidakkah menarik tu? Melalui perkongsian di blog mereka kakchik boleh mengenali diri mereka, ahli keluarga, hobi, kehidupan di tempat mereka dan macam-macam lagi. Semuanya kakchik pilih untuk dijadikan teladan dan sempadan.
  • kakchik makin pandai memasak - Ramai teman blogger suka memasak. Mereka mencuba pelbagai resepi dan berkongsi pula hasilnya di blog mereka. Yang pandai ambil gambar, boleh hasilkan shot yang menarik hingga menggoda orang yang melihatnya (kakchik la tu...) dan mencambahkan minat memasak dalam diri kakchik. Contohnya buat roti dan pizza - sesuatu yang mengejutkan seluruh keluarga, hehe.
  • kalau rajin dapat hadiah - Komuniti blogger ni ada semangat setiakawan, selalu saja menganjurkan pemberian award, pelbagai blog contest, teka-teki dan sebagainya. Kalau rajin masuk mungkin ada yang dimenangi. Kakchik jarang masuk contest tapi suka tengok kawan-kawan join dan anjurkan.
  • gader-gader (gathering) - Seronok sungguh kalau dapat bertemu mata dengan teman-teman blogger. Buat masa ni kakchik yang selalu dikunjungi teman dan belum punya peluang untuk kakchik pula yang mengunjungi atau berpakat bertemu di mana-mana tempat untuk makan-makan, sembang-sembang etc.

roti yang kakchik buat hasil pengaruh rakan-rakan blogger

ITU antara beberapa sebabnya. Ada lagi sebenarnya. Cukuplah dulu banyak tu. Dari blog juga Allah mengizinkan kakchik berjumpa dengan beberapa orang rakan blogger yang berasal dari luar Kelantan. Mereka datang ke Kelantan atas urusan tertentu tapi mereka sempat lagi bertemu kakchik. Gembira sangat.


Menziarahi blogger Jurnal Kehidupan, Umm Masyitah yang mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Perdana. Beliau datang jauh dari Temerluh, Pahang.

Dua hari lepas kakchik menziarahi rakan blogger, Umm Masyitah yang mendapatkan rawatan di Kota Bharu. Kakchik ingatkan beliau datang untuk melancong sambil membeli-belah, rupanya datang untuk merawat penyakit di tulang belakangnya. Terima kasih ya Masyitah sebab dalam sakit-sakit pun sudi melayan kunjungan kakchik. Sepatutnya Masyitah berehat tapi kakchik datang pula buat kecoh kat bilik wad :D .

sekali tengok macam takde mata je kakchik hehe.

Sangat gembira dapat bertemu Masyitah, dapat peluk orang yang selama ni unknown in person, dapat bersembang, macam dah lama kenal je, dapat kenal suami Masyitah yang ramah dan semestinya dapat bergambar dengan Masyitah. Syukur, Allah izinkan kakchik menjadi kenalan Masyitah, agar ia semakin erat selama-lamanya.

Blog juga menemukan kembali kakchik dengan teman-teman sekolah juga teman-teman universiti dulu (USM). Petang semalam kakchik dikunjungi oleh Norai yang dulu duduk satu desasiswa dengan kakchik masa Matrikulasi. Tak sangka selepas berbelas tahun semalam kami bertemu kembali. Seronok tak tahu nak kata. Sebenarnya kami sebelum tu dah bertemu melalui facebook dan Norai pun telah menjadi pelanggan kakchik (dia beli abaya Hannan). Syukur alhamdulillah... persahabatan yang terjalin kembali bertaut.


Kakchik, Norai dan Adik (anak Norai yang suka membaca)

 
"Ra, nanti singgah la lagi. Kedai chik pun makin mudah dikunjungi. Terima kasih ya singgah petang semalam."

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, yang bermaksud:
"Setiap dua orang Muslim berjumpa, kemudian salah seorang memegang tangan sahabatnya, kedua-duanya berjabat tangan, kedua-duanya memuji Allah, lantas berpisah, maka hilanglah dosa di antara kedua-duanya." (Hadith riwayat Imam Ahmad)
Seronokkan, hanya dengan bertemu sahabat, berjabat tangan (dengan ikhlas la ya) akan terhapus dosa-dosa kita dengannya. Alangkah baiknya Allah dengan kita. Sebab tu digalakkan kita selalu bersalam apabila bertemu sahabat-sahabat kita.

Cara yang betul berjabat tangan ialah:
mengenggam tangan sahabat dengan kemas dan erat di samping melemparkan sebuah senyuman manis disusuli dengan ucapan "Alhamdulillah"
Sehingga itu, jumpa lagi. Wassalamualaikum.
Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs