Followers

31.12.09

Malam tahun baru

assalamualaikum dan salam tahun baru masehi 2010 kepada semua yang berkunjung ke sini.


terima kasih sebab kalian terus setia dalam persahabatan di alam maya ini bersama kakchik.
walau sudah banyak tahun kakchik terlibat dalam dunia blog ini, 2 tahun kebelakangan ini sajalah kakchik mendapat ramai kawan.
kehadiran kalian amat-amat mengisi kebahagian hidup kakchik.
malam ni sepatutnya kakchik berada di kedai baru kakchik mengemas dan menyusun apa yang patut tapi takdir Allah mengatasi segalanya.
kunci kedai hanya boleh diambil pada pagi sabtu kerana tuan kedai masih di kuala lumpur.
huhu, punahlah sikit harapan dan perancangan.
tapi, kakchik terima... mungkin ada hikmah yang lebih baik di sebalik hal ini.
jadi, dok rumahlah kakchik malam ni melayan badan yang letih tapi tidak mahu beradu.
malam ni macam-macam yang berlegar di fikiran.
terfikir, mungkin sekalian orang sudah pun memasang azam yang baru. kakchik sudah memperbaharui azam sejak 1 muharram yang lalu.
bagi kakchik itu tahun baru yang lebih bermakna berbanding 1 januari esok.
malam ni kakchik akan tulis je apa yang terlintas di fikiran.
kalau takde kesinambungan daru satu ayat ke satu ayat tu harap dimaafkan la ya.
itu hak kakchik untuk menulis dan hak kalian untuk baca atau tidak.


terkilan sikit sebab tidak sempat menghabiskan kouta kelas yang kakchik daftar di bodypower.
sepatutnya kakchik habiskan 10 kelas tapi dek sibuk dengan urusan memindahkan kedai, mesyuarat dan macam-macam lagi, kakchik rugi 2 kelas.
huhu, melayang sikit duit.
oh, itulah tempat kakchik bersenamrobik sebanyak 3 kali seminggu.
biasanya setiap petang ahad, isnin dan selasa kakchik akan singgah di situ selepas balik kerja.
ahad kelas bodymove, isnin, bodystep dan selasa, zumba.
kakchik bersenamrobik untuk kesihatan.
nak bersukan pula keadaan kurang selesa bagi kakchik kerana kebanyakan pusat sukan dan rekreasi ada ramai lelaki ajnabi.


Bookcafe from Mapple.net
bookcafe, ialah angan-angan yang belum menjadi kenyataan.
mungkinkah 1431 hijrah dan 2010 akan memastikan ianya menjadi kenyataan.
insyaallah, nak seribu daya, malas seribu dalih.
kita mulakan peringkat demi peringkat.

hmm.... dah mati idea dah.

mengantuk.

zzz

30.12.09

Tahun baru Masehi 2010 hampir tiba

... dan kad ucapan pun mula sampai ke rumah.

Kad pertama yang kakchik terima ialah dari kawan baru, nba-Nur dari blog Cetusan Rasa. Terima kasih Nur atas pemberian kad yang comel ni. Siap ada animasi kelip-kelip lagi.

GlitterFly.com - Customize and Share your images

Semoga di tahun bari Hijrah 1431 dan tahun baru Masehi 2010, kita akan menjadi hamba Allah yang lebih bertaqwa dan bertanggungjawab ke atas diri kita, ibu bapa kita, keluarga kita, masyarakat kita dan paling penting ialah kepada AGAMA kita yang mulia, ISLAM.

Selamat Tahun Baru!

Saat-saat yang ditunggu-tunggu

Assalamualaikum dan salam petang yang nyaman kepada semua.

Wah... mesti ramai yang dok tertunggu-tunggu tu. Tunggu apa lagi kan? Tentulah menunggu keputusan teka-teki yang kakchik anjurkan dalam entri sebelum ini. Sabar ya... kakchik masih belum hilang penat lagi balik dari MariBaca mengemaskan kedai sebab ESOK ialah kami akan berpindah sepenuhnya ke lokasi kedai yang baru. Huhu, selamat tinggal kedai lama dan selamat datang kedai baru, semoga masa depan bisnes kakchik akan lebih cemerlang di sana.

Baiklah, sebelum kakchik umumkan JAWAPAN dan siapakah PEMENANG-PEMENANGnya, kakchik nak cerita sikit, sikit je... pasal coklat nnise yang dalam kopiah cik abe tu.

Masih ingat kan, coklat tu kakchik beli semasa kakchik ke kuliah jumaat di KB Jumaat lepas. Kakchik beli 3 bungkus dengan harga RM5. Sebungkus kakchik buka dah masukkan dalam kopiah cik abe. Tapi sebab dah terliur sangat, belum sempat kakchik kira, kakchik dah pun laju membuka sebiji coklat nnise dan memakannya. Waduh... sedapnya rasa coklat nnise buatan kampung ni. Semanis wajah makcik yang menjualnya. Kemudian barulah kakchik kira jumlahnya.



Untuk pengetahuan semua, bila dikira dan dicampurkan semua coklat nnise dari 3 bungkusan tu, TOTALnya ialah 92 biji. Jangan lupa sebiji sudah kakchik makan hehe. Setiap bungkus tu jumlahnya sama rata iaitu 31 BIJI setiap satu.

Jadi JAWAPAN teka-teki kakchik tu ialah 30 BIJI.

Dah boleh agak ke siapa pemenangnya? HANYA 3 JAWAPAN YANG TEPAT saja kakchik ambil kira ya.

INILAH DIA PEMENANG-PEMENANGNYA:

1. YASMIN (anak CikMin) - sebab cikmin kata yasmin yang teka, hehe pandai yasmin!

2. BIARLAH RAHSIA - tepat tekaannya, pandai sungguh!

3. nba-NUR - pandai... pandai Nur meneka.

Tahniah kepada yang menang! Dan terima kasih kepada semua teman-teman yang sudi meluangkan masa menyertai kuiz kakchik yang ala kadar je ni. InsyaAllah kalau terasa lagi nak buat kuiz utk eratkan silaturrahim, kakchik akan jemput lagi.

KEPADA PARA PEMENANG, sila bagitahu kakchik nama dan alamat penuh masing-masing kerana kakchik ingin menghantarkan hadiah kemenangan anda. Kalau segan nak bagitahu di sini, boleh EMAIL kepada kakchik di hanniaziz@gmail.com

Anda semua telah memeriahkan dunia kehidupan kakchik yang sedang serabut dengan pelbagai urusan sekarang ni. Hilang serabut, senyum yang menguntum. Alhamdulillah.

28.12.09

Kira Jumlah



Assalamualaikum! Salam 12 Muharram 1431 Hijrah.
Semoga semua kita masih lagi sihat sejahtera dan diberi rahmat hidup di atas bumi Allah SWT ini. Alhamdulillah.

Kakchik agak stres sekarang ni dengan segala macam hal dan urusan yang perlu dibereskan. Rasa macam tak sempat je nak menulis macam biasa. Tapi... entahlah. Kalau sempat kakchik tulis la kan.

Apapun, sempena tahun baru hijrah ni dan akhir tahun 2009, kakchik buat pertama kalinya nak anjurkan satu kuiz. Kuiz kira mengira je...

CUBA KIRA ADA BERAPA BIJI 'COKLAT NNISE' DALAM KOPIAH CIK ABE TU?

Kakchik ada 3 HADIAH ISTIMEWA untuk sesiapa yang berjaya meneka dengan tepat.

Kalau berminat nak mencuba, SILA TINGGALKAN JAWAPAN DALAM KOTAK KOMEN YA.

Jangan  stres-stres. Rileks la kan.

Apa lagi? Cepat kira!


DI SHOUTMIX, TIDAK DIAMBIL KIRA.

Selamat Mencuba!

27.12.09

Himpunan Kesedaran Wanita Kelantan 2009

Assalamualaikum dan salam 10 Muharram kepada semua teman-teman di mana saja anda berada. Semoga hari ini iman kita lebih baik dari semalam dan hari ni juga amalan baik kita meningkat lebih tinggi berbanding amalan buruk. Sama-samalah kita berusaha sebaik mungkin.


sepanduk program

Semalam kakchik langsung tak kemaskini blog sebab kakchik bersama cik abe menyertai program Himpunan Kesedaran Wanita Kelantan 2009 (HKWK2009) di Temangan, Machang. Sebenarnya ada dua program yang kakchik nak sertai, satunya ialah pasal pemerkasaan bisnes melalui blog yang dianjurkan oleh Afwaz Trading dan dibuat di Zahra' tapi selepas ditimbang-timbang, kakchik tak pergi program tu dan memilih ke HKWK2009.

cermin mata kena pancaran matahari, hehe

Bukan apa, dah lama rasanya kakchik tidak menyertai program muslimat yang dibuat besar-besaran begitu. Lagipun inilah kali pertama kakchik nak perkenalkan bisnes abaya kakchik kepada muslimat Kelantan. Kiranya sambil menyelam minum airlah. Bila membuka gerai maknanya tumpuan kepada pengisian program akan berkurang tapi kakchik dah bersedia iaitu dengan kehadiran suami tersayang untuk membuat rakaman penuh sepanjang program berlangsung dari 8.30 pagi hinggalah 5.00 petang. Bolehlah kakchik menonton dan mendengar semula ucapan, ceramah motivasi, forum dan pengisian oleh Tok Guru apabila pulang nanti. Apapun, kakchik bersyukur sebab dari tempat berniaga kakchik boleh mendengar dengan jelas setiap ucapan. Lagipun muslimat akan lebih memberi tumpuan kepada majlis dengan duduk beramai-ramai di bawah khemah yang disediakan.

Ramai pemimpin yang dijemput berceramah tapi kakchik tak dapat nak tulis sinopsis kat sini. Tak reti nak cerita sebenarnya hehe jadi kakchik sarankan kalau ada yang berminat bolehlah singgah di saluran youtube cik abe di MediakiniTV. Rasanya belum siap edit lagi kot sebab cik abe pun keletihan berdiri hampir sepanjang program berlangsung.

Untuk meringkaskan cerita, kakchik kongsikan gambar-gambar ini yang diambil sepanjang perjalanan ke sana, semasa di sana dan dalam perjalanan pulang. Tak sempat nak ambil banyak gambar sebab bateri kamera lemah, asyik amaran suruh tukar pek bateri je. Jom, tengok gambar.


Perjalanan pagi dalam cuaca yang agak mendung, sejuk.


Ketibaan para peserta dari seluruh Kelantan seawal jam 8.00 pagi.


Tempat duduk bawah khemah penuh walau pun basah kerana malamnya bumi Temangan disimbah hujan. Sasaran peserta sekitar 2 ribu tapi yang hadir mungkin 2 ribu setengah sebab nasi terpaksa ditambah lagi.


Antara pimpinan negeri yang hadir ialah EXCO Pembangunan Wanita iaitu YB Hjh. Wan Ubaidah Omar, dua dari kiri.


Walaupun tikar disediakan di bawah khemah basah, dan tiada kipas untuk menghilangkan kepanasan, muslimat Kelantan tetap komited sepanjang program berjalan. Syabas!


Abaya Elegan menumpang di khemah Nisa' yang comel tu.

Terima kasih banyak kepada C'Na yang sudi berkongsi khemah dengan kakchik. Kalau tanpa bantuannya dan adik-adik Nisa' Kelantan tak meniagalah kakchik semalam.


Ucapan Penutup oleh YAB Tok Guru. 


Sebahagian pimpinan muslimat negeri dan isteri-isteri wakil rakyat. Kelihatan MP Rantau Panjang, YB Hjh. Siti Zailah tersenyum manis.

Itulah sebahagian kenangan semasa kakchik menghadiri HKWK2009 semalam. Bila menghadiri program sebegini ada beberapa perkara yang sangat kakchik suka berlaku iaitu:
  • dapat bertemu kawan lama - ukhuwah kembali erat.
  • dapat bertemu ramai pimpinan muslimat - dapat semangat dan kata-kata nasihat
  • dapat beramah-mesra dengan pelbagai lapisan generasi - tua dan muda
  • dapat mengenali tempat baru - inilah kali pertama kakchik ke Temangan, Machang
  • dapat bekerjasama dengan suami untuk kerja Islam - hati gumbira
  • dapat menilai sejauh mana diri berubah ke arah kebaikan - terasa insaf dan semangat untuk membuat perubahan meningkat, alhamdulillah
Kakchik tahu lain orang lain pula persepsi mereka terhadap program ini. Apapun kakchik harapkan selepas menghadiri program sebegini, banyak kebaikan yang boleh di bawa ke akhirat untuk diri kita sendiri. Yang kakchik tahu, menghadiri program ilmu, insyaAllah ganjarannya besar. Allahu'alam.

Wassalam.

Sebahagian gambar adalah hakmilik teman, Lenny Kurniasih. Diambil dengan izin.

26.12.09

Hadiah Persahabatan dari Nur

Assalamualaikum semua, ceria-ceria selalu!

Untuk menceriakan lagi hari kita, kakchik nak kongsikan satu hadiah dari seorang kawan yang sudah semestinya kakchik kenali melalui alam internet ini. Namanya NUR. Terima kasih Nur atas pemberian hadiah ini. Kakchik suka dan sangat menghargainya.

Inilah hadiahnya:


Girly Comments & Graphics


Sangat cantik dan mengandungi kata-kata yang bermakna untuk persahabatan kita. Semoga setiap persahabatan yang kita jalinkan adalah kerana Allah jua kerana apa guna bersahabat kalau tidak boleh dibawa ke akhirat sebagai amalan baik kerana-Nya?

Kakchik doakan setiap jalinan persaudaraan yang dibina sama ada di alam realiti atau di dunia internet ini adalah ikhlas kerana-Nya.

25.12.09

Coklat Nnise dan Kuliah Jumaat

DO NOT COPY MY PICTURES!


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Dah penghujung Jumaat dah ni ... mungkin dah tamat sejak masuk Maghrib tadi. Moga-moga sepanjang hari Jumaat yang mulia ni kita telah melakukan banyak kebaikan berbanding keburukan. Maknanya kita berharap lebih banyak pahala yang kita dapat hari ni. Bukan kita dapat ukur pun tapi hati sendiri lebih tahu apa aktiviti yang kita buat yang akan Allah suka.

Nak cerita la sikit pengalaman siang tadi kat sini. Manalah tahu kot-kot ada faedah untuk pembaca juga.

Pagi tadi kakchik, cik abe dan ayah tak ketinggalan menghadiri kuliah Jumaat Tok Guru di Dataran Ilmu, KB. Kami bertolak agak lewat maka sampai di sana, kereta susah agak sesak. Orang yang datang lebih awal dapatlah mendengar keseleruhuan kuliah pagi yang disampaikan oleh YB Dr. Daud, ADUN Tendong. Tapi sebab kakchik lambat, maka dapatlah dengar sebahagiannya, ade lah dalam 30min.


ummi, kakchik dan ni' (gambar masa kuliah minggu lepas, 1 Muharram)

Beliau sentuh tentang kepentingan membayar hutang. Katanya Nabi Muhammad dulu tidak mahu melakukan solat jenazah seorang sahabat kerana beliau mati meninggalkan hutang sehinggalah ada sahabat lain yang sanggup membayar segala hutang si mati. Takutnya... kalaulah Allah ambil nyawa hari ni, siapalah yang sudi menanggung segala hutang-piutang kakchik. Dan orang alim sudi ke nak solatkan jenazah kakchik?

Satu perkara lagi yang kakchik ingat YB sebut ialah ganjaran ke atas orang yang memberi hutang adalah berkali ganda daripada bersedekah. (harap2 betul apa yang kakchik dengar ni sebab masa ni orang sedang parking motor kat depan kakchik, agak bising). Katanya kalau kita kaya, bagilah pinjam duit kepada orang yang memerlukan, misalnya jika kita sudah melakukan haji dan umrah (selesai yang wajib) maka elok juga kalau kita ada kemampuan, bagilah duit kepada sedara-mara agar boleh melaksanakan ibadah haji.

Huhu, kalau ada kawan-kawan yang kaya tu, eloklah bagi pinjam kat kakchik ni. Nak kembangkan bisnes, nak guna banyak juga modal ni. Hehe... insyaAllah banyak ganjarannya.

Eh, apa pulak kaitan cerita dengan tajuk dan gambar di atas tu?

Sabar... mesti berkaitnya. Lepas tamat kuliah pagi dalam jam 9.30 pagi beberapa minit rehat dan Tok Guru pun naik ke pentas untuk kuliah Jumaat. Orang dah ramai sangat masa ni dan kakchik pulak duduk kat bucu tangga Hotel Raudah kerana boleh mendengar kuliah dengan sangat jelas. Tapi, sayangnya diganggu pula oleh orang ramai yang meletakkan motosikal di sepanjang lorong tepi hotel. Maknanya terganggulah pendengaran kuliah kakchik pagi tadi.

Takleh nak tumpu perhatian kat apa yang Tok Guru kuliahkan. Mata pun mulalah nak melilau perhatikan gelagat orang yang datang. Sekejap ada satu keluarga mundar-mandir mencari tempat untuk duduk, akhirnya mereka menghampar tikar di atas jalan di lorong itu saja. Jeles juga bila tengok orang satu keluarga datang dengar kuliah. Kakchik tak pernah dapat buat gitu, selalunya kakchik berempat dengan cik abe, ummi dan ayah saja.

Tengah dok perhati sana-sini, kakchik nampak makcik minggu lepas yang jualkan Coklat Nnise kepada ummi. Dia datang makin dekat, akhirnya sampai depan kakchik. Tersenyum manis je makcik yang berwajah putih bersih tu. Akhirnya 3 bungkus Coklat Nnise buatan sendiri bertukar tangan dengan harga RM5 (RM2 sebungkus).


dah buka sebungkus masuk dalam kopiah cik abe, hehe.

Kakchik beli sebab minggu lepas tak cukup. Berebut anak-anak buah makan coklat ni. Lagipun kakchik sempat makan sebiji je. Kali ni bolehlah makan puas-puas, hehe.

Kakchik sempat dengar kuliah Tok Guru dengan baik lepas tu. Walaupun banyak yang Tok Guru sentuh tapi kakchik paling suka nak kongsikan kata-kata ini:

"Dosa ibarat kolestrol dalam badan."

Kalau badan kita boleh mendapat sakit kerana kandungan kolestrol yang makin meningkat, misalnya masalah kegemukan, kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan macam-macam lagi. Maka dosa juga membawa mudarat kepada kita sama ada pada jasad mahupun pada ruh. Sebab itu kalau terbuat dosa atau terasa macam apa yang kita buat tu berdosa, cepat-cepatlah kita brek dan undur agar kita dapat mohon ampun dan berusaha membersihkan diri dari dosa itu.

Allah Maha Pengampun kepada hamba-hambaNya yang benar-benar bertaubat.

Wassalam.

24.12.09

Hidangan ringkas tapi dah cukup lengkap kot


Ikan tenggiri goreng bawang lada.


Ayam gulai darat


 
Hidangan sampingan:- budu, sambal dan ulam timun

Assalamualaikum dan salam malam Jumaat. Dah pukul 10 lebih ni agaknya semua orang tengah menghadap tv, bersantai bersama keluarga kecuali kaki blogger macam kakchik ni yang kalau boleh nak dok depan laptop 24 jam, hehe (memang tak berlakunya).

Siang tadi entri kakchik meternya agak tinggi sebab kakchik tengah HOT masa tu. Itupun takdelah menggunakan mulut kakchik untuk marah-marah kat Malaysiakini tu. Cukuplah dengan tulisan saja. Sampai ke saat kakchik menulis ni mereka masih tidak keluarkan gambar tu. Patut-patut hubungi kakchik dan berbincanglah. Minta maaf ke atau buat artikel khas mengaku kesalahan mereka. MALAYSIAKINI MEMANG TERUK! HAMPEH!

Tak guna menaikkan api kemarahan sebab kakchik ni COOL je jadi malam ni kita cerita hal makan la. Lagipun hal makan ni ISU SEJAGAT yang memang semua orang suka. Ke ada sesiapa yang tak suka makan? Mungkin mereka yang ANOREXIC la kot. Mereka memang tak makan. Kalau makan mereka akan usaha memuntahkan semula. Isyk, macam-macam.

Harapnya kalian terhibur melihat hidangan ringkas kami malam ni. Mungkin dietnya tak seimbang sangat kalau dikira mengikut imbangan diet sihat tapi kira oklah. Sedap dimakan, badan dapat tenaga, cik abe gumbira dan dapat nikmat kenyang. Alhamdulillah.

Kalau nak cepat buat aje lauk goreng bawang-lada dengan apa-apa pun. Ikan boleh... ayam boleh... udang lagi sedap, sotong pun sedap. Daging jangan lupa. Memang ringkas, mudah dan cepat. Cuma ikan tu perlu direbus dulu baru boleh digoreng begini.

Ok, nak cari maklumat macamana nak buat surat Letter Of Demand (LND) dan juga maklumat pencurian harta peribadi di website Kementerian Dalam Negeri. Ini semua gara-gara kerja kotor Malaysiakini.

Jumpa lagi, wassalam.

Malaysiakini atau sesiapa saja, tolong jangan CURI gambar

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua teman-teman dan pengunjung blog Keluargaku Sayang. Kakchik doakan hari ini kehidupan kita lebih baik dari semalam terutama iman kita.

Hidup kita ni selalu saja diuji dari pelbagai sudut dan kadang-kadang KESABARANlah yang paling banyak diuji. Sememangnya Allah mahu kita berusaha meningkatkan keimanan diri sebelum Dia panggil kita pulang. Tapi mengatakan SABAR kepada seseorang memang senang tapi untuk mengamalkannya secara berkesan memanglah agak sukar.

Dan kesabaran kakchik diuji lagi. Kali ini dengan kes MENCURI gambar tanpa izin. Kalau dah DINYATAKAN tidak boleh ambil tanpa izin, maka TOLONGLAH jangan ambil. Itu maknanya tuan empunya memang TAK IZIN la tu. Ada sebab lah kakchik buat begitu. Jadi, TOLONGLAH HORMATI hak tuan punya.

TIDAK PROFESIONAL sekali kalau cari gambar di Google dan tidak periksa dulu asal-usulnya.


Sebelum kakchik MARAH, tolong TARIK BALIK gambar tersebut walaupun TELAH DIEDIT. Kakchik TIDAK IZINKAN sama sekali.


TARIK BALIK! DAN PASTIKAN SEMUA LAMAN YG MENYALINNYA JUGA MENARIK BALIK! KAKCHIK BAGI MASA HINGGA PUKUL 10.00 PAGI. KALAU TIDAK KAKCHIK AKAN SAMAN.
PREFESIONALLAH DAN BERETIKALAH DALAM PENULISAN KITA!

23.12.09

Once in a while indulgence.


Tonight's Dinner, KFC Snack Plate

along with 1 delicious Zinger Burger



and



not to forget 2 regular size cold drinks.


of course la kakchik tak habis makan sorang. kenalah makan dengan cik abe, hehe.

Sumber gambar2 adalah dari enjin carian. Sila klik imej utk ke laman pemiliknya. Terima kasih kepada mereka.

Kenduri Nasi Dagang



Assalamualaikum semua, semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Terima kasih banyak kepada teman-teman yang telah sudi meninggalkan mesej dan komen dalam entri kakchik pasal pinjaman tu. Cadangan, pandangan dan harapan kalian semua tu amat-amat kakchik hargai. Kakchik belum balas lagi setiap komen tu kerana nak kejar masa. Sat lagi bila masa rehat kakchik akan jawab satu persatu.

Kali ni nak cerita pasal kami sekeluarga berkenduri Nasi Dagang hari ni. Asalnya Ummi yang berhajat nak masakkan Nasi Dagang untuk jamuan pekerja-pekerja kontrak yang bina rumah kakchik dan rumah kakak tapi alang-alang dah berhajat tu kami sarankan Ummi untuk buat untuk famili sekali.

Ummi memang hebat!

Untuk menjamu makan hampir 40 orang (pekerja dan ahli keluarga), dia masak sorang-sorang je Nasi Dagang yang serba lengkap dengan pilihan 4 jenis lauk iaitu gulai ikan, gulai udang, gulai ayam dan gulai daging. Semua gulai jenis lain-lain tapi memang sesuai dimakan dengan Nasi Dagang. Cuma Ummi terlupa nak rebuskan telur je.

Kami anak-anak ni, hanya menolong kerja-kerja ringkas je. Yang banyak tolong chenah la kot sebab dia sedang bercuti di rumah. Kakchik keje membasuh pinggan-mangkuk dan alat-alat yang digunakan semasa penyediaan. Lagipun Ummi bangun memasak seawal jam 4 pagi dan kami ni pulak masih di alam mimpi. Hehe, malu kat Ummi.

Oh, gambar kat atas tu bukan gambar kakchik ya, tu pinjam dari internet. Tak sempat nak ambil gambar pun sebab banyak keje sangat pagi tadi. Tapi lebih kurang gitulah rupa Nasi Dagang Ummi. Abang ipar dan cik abe makan bertambah masa sarapan tadi, huhu. Rasanya tengahari ni diorang kat rumah tu akan berjamu sekali lagi la.

Sayangnya kakchik tak makan Nasi Dagang!

Sumber imej: Daftar Warisan

22.12.09

Sukarnya mendapat pinjaman

Assalamualaikum dan salam pagi ceria kepada semua teman-teman dan para pengunjung blog kakchik. Terima kasih kerana datang menjenguk-jenguk ke sini walaupun kakchik agak sibuk sekarang ni untuk selalu mengemaskini blog. Banyak perkara yang kakchik ingin kongsikan dengan teman-teman tapi masa tak mengizinkan.

Dalam tempoh tak sampai 2 minggu ni terlalu banyak urusan yang kakchik kena bereskan. Sekali fikir, laratkanh mental dan fizikal untuk menanggungnya. Nak lari ke mana kan? Dah tanggungjawab sendiri, nak tak nak kenalah juga diuruskan.

Sebagaimana yang kalian tahu kakchik ni ada bisnes kedaibuku dan abaya. Selama ini bisnes kedai buku tu kakchik uruskan dengan duit sendiri. Memang perit juga nak pusing modal terutama bila permintaan meningkat. Selepas 5 tahun, baru tahun ni kakchik berusaha untuk memohon pinjaman secara serius sebab bisnes kakchik dah memang kena modal lebih besar, kalau tidak teruk juga nak pastikan ia berjalan lancar.

Kakchik ada mohon dengan beberapa agensi tapi belum ada perkembangan positif. Letih dan penat rasanya nak memastikan permohonan berjaya. Walau apapun kena usahakan juga sebab bisnes nak diteruskan.

Sekarang ni tengah sibuk SALE nak pindah, kesian kat pembantu yang terpaksa bertungkus-lumus di kedai. Kakchik pula terlalu banyak kerja pejabat yang nak dibereskan sebelum masuk tahun baru. Minggu depan dah nak kena siapkan berkemas untuk berpindah ke lokasi baru. MashaAllah kalau difikirkan segala macam kerenahnya terasa nak tidur saja. Allahu Akbar! Tuhan saja yang tahu.

Ya Allah, tolonglah permudahkan segala urusan yang perlu dihadapi ni.
Kalau Engkau tidak membantuku, siapa lagi yang boleh memastikan segalanya selesai dengan baik.
Tolonglah Ya Allah.
Tolonglah.

20.12.09

Buah tangan dari Indonesia


Sepasang sandal/wedges yang sangat comel. Kakchik suka sangat-sangat pemberian dari kakak ni.


Sepasang kain sutera-satin warna hitam corak putih. Huhu, cantik ni kalau buat jubah ni.

Terima kasih kepada kakak tersayang yang melancong ke Tanah Abang, Indonesia dan pulang dengan buah tangan berharga untuk kami adik-adiknya.

Syukur atas rezeki ini.

19.12.09

Jualan Akhir Tahun dan Jualan Pindah Kedai

Assalamualaikum dan salam pagi semua.

1. MAAFKAN kakchik sebab petang semalam tak berjaya kemaskini blog dengan gambar-gambar sekitar kuliah jumaat. Internet tersekat-sekat.

2. Nak maklumkan yang MARIBACA BOOKSTORE akan mengadakan JUALAN PINDAH KEDAI bermula esok, 20/12/2009 hingga 26/12/2009 sempena perpindahan kami ke lokasi yang baru.




3. Selain itu ABAYA ELEGAN juga sedang mengadakan JUALAN AKHIR TAHUN dengan diskaun menarik terutama kepada pelanggan berulang.


4. Jemputlah membeli buku-buku pada harga diskaun yang menarik sepanjang SALE ini begitu juga abaya-abaya cantik untuk dipakai hari-hari atau pun ke majlis-majlis tertentu.

5. Hari ni kakchik nak melihat perkembangan lokasi kedai yang baru. Kalau perbincangan akhir menemui keputusan yang diharapkan, insyaAllah minggu depan, pindahlah kami ke sana. Doakan kakchik berjaya ya!

Nak keluar dulu.

Sumber imej dari google.

18.12.09

SALAM MAAL HIJRAH & BERTEMU KEMBALI

Assalamualaikum dan selamat menyambut tahun baru hijrah kepada semua teman-teman, semoga di hari pertama tahun baru ini kita dapat melakarnya dengan banyak kenangan yang membawa kebaikan di dunia dan di akhirat.



Alhamdulillah kita dapat bertemu kembali di alam blog ni selepas kakchik selesai peperiksaan akhir petang semalam. Malam tadi kakchik hanya berehat di rumah sementara cik abe ke Balai Islam membuat rakaman sambutan Maal Hijrah peringkat negeri. Sekarang ni dia masih di Masjid Pulau Melaka mungkin selepas solat subuh tadi cik abe turut membuat rakaman kuliah subuh Tok Guru. Kalau nak tengok koleksi video-video kuliah Tok Guru bolehlah singgah di saluran youtube cik abe di MediakiniTV.

RINDUnya kat kalian semua.

Banyak hari tak menulis di blog dan tak ziarah sesiapa terasa macam terputus hubungan dengan dunia, hehe. Bukannya kakchik pulun studi pun tapi memang paksa diri agar kurangkan internet untuk ulang-kaji. Kalau tak buat macam tu rasanya susah juga nak jawab soalan-soalan exam tu. LEGA rasanya sebab dah selesai. Moga-moga keputusannya seperti yang kakchik harapkan. Sekarang ni tawakkal kepada Allah sebab dah berusaha sebaiknya.

Hari ni kakchik dan cik abe bercadang nak ke bandar untuk kuliah jumaat jadi cukuplah dulu setakat ini tulisan pagi. InsyaAllah petang nanti ada lagi cerita baru. Sementara tu sila tengok JAWAPAN kepada MESEJ yang ditinggalkan di shoutbox kakchik. Nak mudahkan menjawabnya kakchik salin semua mesej ke sini:
#  fmina08  "salam thn baru kakchik"
SALAM TAHUN BARU fmina08.

# asiah yusro "salam kakchik, ana harap kakchik x marah, ana ada promosi blog kakchik dalam blog ana.."
WKSLM asiah yusro. SILAKAN, TIDAK MENGAPA.

# zah "dulu sedap kedai che nab nasi air, le ni krg kaww maa"
NASI AIR MAKSU NAB zah, BETUL2 KAT DEPAN BANGUNAN RESTORAN ANI SUP UTARA NI. MMG DAH KURANG KAW DAH SEJAK MAKSU NAB TIADA.

# orang muo "pakcik singgah jap:)"
SILAKAN PAKCIK.

# nyza "salam kakchik sayanggg...good luck in yr final exam..!"
WKSLM nyza. THANK YOU MY DEAR SISTER. ALHAMDULILLAH THE EXAM WAS FINISHED YESTERDAY.

# kedaionline "salam ziarah"
SILAKAN.

# sarah "salam ziarah kak,"
SILAKAN sarah. JEMPUT DATANG LAGI YA.

# fmina08 "kelas smpi april 2010 jek..tp dok terkial2 nk wat assigmen nih..huwaaaa...mcm nk cancell jek ke;as ni..cane ea?"
# fmina08 "salam kakchik..naik tren datang uma kakchik nih..bwk skII utk kakchik..heeee..akak..saya pon agak bz la sejak ada kelas nih..huu"
WKSLM fmina08. TRM KSH SB MASA KAKCHIK SIBUK PUN fmina MASIH SUDI DTG BAWA BEKALAN SKII. KULIT DAH MAKIN CANTIK DAH NI. OOO... BEST LA KALAU DPT HABIS BLN APR, KAKCHIK KENA TUNGGU SEPT 2010. JGN CANCEL... SYG SB DAH LAMA STUDI. fmina KUATKAN SEMANGAT YA.

# mama zureen "Zureen doakan Kak Chik berjaya.."
#  mama zureen  "klia dtg sini ye..samsung buat ambil gambar.. :)"
ZUREEN, TERIMA KASIH UNTUK KEDUA-DUA MESEJ YA.

# cikmin "rezeki kakcik ni..ada 2..."
MEKASIH CIKMIN... MUAHX3

# hana "tembak! hehe"
AH, NASIB BAIK KENA CIK NANG, KALAU TAK, TAK EXAM LA KAKCHIK KENA TEMBAK DEK HANA :D

# hana "slm kakchik..takpe la kak! exam yg penting! mudah2an kakchik dpermudahkan utk menjawab soklan! gud luck yer kak!"
TERIMA KASIH HANA. ALHAMDULILLAH EXAM SELESAI PTG SEMALAM.

# cikmin "shoot 1 tuk kakchik..."
DAPAT TAK?

# Riddy "salam ziarah.."
SILAKAN Riddy.

# t "salam ziarah"
JEMPUT DUDUK LAMA SIKIT t.

# cikmin "salam selamat kakchik..moga sehat hendaknya di pagi jumaat yg mulia ni..xmo ajak cikmin breakfast ke kakchik...hihihi..."
WKSLM CIKMIN. BERTEMU JUMAAT LAGI BARU DPT JWB MESEJ. SLMT TAHUN BARU YA. JOM SARAPAN!

# jaket korporat.ekskelusif.eksekutif "jom tukar link..."
# jaket korporat.ekskelusif.eksekutif "jom tukar link..."
#  jaket korporat.ekskelusif.eksekutif  "RM 58. Jenama BOSS. Murah..."
jaket korporat, TERIMA KASIH. BLOG KAKCHIK YG NI TAK LINK BLOG NIAGA. MAAF YA.

# shida "selamat pagi..jom joint DXn"
SLMT PAGI shida. TERIMA KASIH AJE.

# Idah "Salam kak..idah pun nak masuk contest buku tu..hihi..kalau akk menang hadiah bg kat idah ajelah...hahahaha...gurau aje..gud luck ye kak.."
WKSLM idah. SILAKAN YA. LAGI RAMAI MASUK LAGI BAGUS. HEHE HADIAH TU KALAU MNG DAH ADA ORG BOOK AWAL2.

# Ummu Masyitah "salam kak Chik,good luck ya."
WKSLM Um. Masyitah. THANKS A LOT SIS.

# deba "cek emel ye kak...urgent ni."
KAKCHIK DAH BALAS EMELNYA DEBA.

# adlindamia "Salam ziarah.."
SILAKAN MASUK adlindamia
Semoga tahun baru ini, iman kita semakin meningkat, kita juga boleh menghijrahkan diri ke arah yang lebih baik, lebih taat kepada ajaran Islam dan suruhan Allah SWT.
Wassalam.

14.12.09

Ani Sup Utara

Assalamualaikum dan salam pagi ceria semua.
Pernah dengar tak nama ANI SUP UTARA tu? Itulah nama restoran francais kalau tak salah kakchik yang menunya banyak dari jenis sup. Buat kali pertamanya minggu lepas kakchik dan rakan-rakan sepejabat makan tengahari di restoran tu di Berek 12. Jadi hari ni kakchik nak kongsikan gambar-gambar semasa kami ke sana sebagai pengisi ruang blog kakchik sementara kakchik menduduki peperiksaan akhir. Oh, harap teman-teman maafkan kakchik sebab dalam minggu ni kakchik tak janji dapat berziarah ke blog teman-teman, masa agak suntuk.
Jadi, silakan menjamu mata di restoran Ani Sup Utara yang menarik dan agak selesa.

papan tanda restoran, cantik.



sudut sarapan, layan diri.


bahagian kaunter restoran


pengunjung yang menunggu hidangan, lapar hehe.


minuman dan makanan yang dipesan dan sampai, cepat dan cekap servis mereka, 4 *


nasi ayam, dila punya


bihun sup, kakchik dan kakmar punya. semangkuk sorang la kan.


dekorasi yang cantik dengan khat bertulis ALLAH dan MUHAMMAD - harap-harap pengunjung yang datang tak membuat maksiat kat dalam restoran tu sebab insaf melihat nama ALLAH dan NABI MUHAMMAD s.a.w


bergambar kenangan sebelum balik ke pejabat, entah bila pula nak pergi makan di situ lagi?

Kami ni dah berjanji kalau boleh sebulan sekali nak makan tengahari sama-sama di luar. Selain dari mengenali tempat-tempat makan yang bagus, kami juga boleh melihat sendiri pembangunan yang berlaku di sekitar Kota Bharu. Lagipun kakchik dapat kongsikan maklumatnya kat sini dan kawan-kawan yang datang ke Kelantan bolehlah mencubanya. Kakchik rasa restoran ini boleh diberi 4* kerana makanannya sedap, suasananya bagus, dekorasinya menarik dan senang dikunjungi. Jika berminat nak cuba makanannya kalian boleh cari restoran ni di pekan Berek 12, Kota Bharu.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs