Followers

31.5.09

Gulai Kari Ketam

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Jam dah 8.13 pagi tu tapi kakchik mandi pun belum, hehehe walhal kejap lagi nak ke pejabat. Bukan apa... hari ni banyak pulak keje nak buat sebelum mandi ni. Nak mandi sebelum Subuh tadi, airnya teramatlah sejuk, ketar-ketar kakchik masa ambil wudhu'. Grrrrr.... sejuk. Badan kecik dan kurus memang sejuknya terasa sampai ke tulang hitam gitu. Huhu... tambah-tambah cuaca kat Kelantan sekarang ni asyik mendung dan hujan. Malam-malam anginnya sangatlah sejuk.

TERGENDALA SEBENTAR..........................................................

Ops! Sorry! Tadi tu terpaksa ditangguhkan penulisannya sebab si Amni datang dan sibuk nak ketuk-ketuk papan keyboard ni. Oklah, back to the topic of this post, KARI KETAM.


Enaknya gulai kari ketam, sayangnya tak boleh makan banyak, huhu...

Cerita kari ketam ni sebenarnya cerita hari Jumaat lagi. Kakchik dengan Ummi pergi ke pasar untuk beli-belah barangan dapur dan lauk-pauk untuk beberapa hari. Kalau beli untuk seminggu entah larat ke tidak kami nak mengangkatnya. Kakchik pun dalam keadaan sekarang ni tak mahulah mengangkat raga yang berat-berat tu. Lagipun di sebelah tangan lagi memegang tangan Amreena yang sibuk nak ikut ke pasar juga.

Hasil dari ke pasar - penuh satu bonet! DAN... terjadilah GULAI KARI KETAM.

Yum, yum. Enaknya... tapi sayang, manalah kakchik boleh makan banyak lauk ni. DANGER!

30.5.09

Menonton Video Sambil Tunggu Cik Abe Balik

Assalamualaikum & salam dinihari untuk semua!
Dah lebih sejam kakchik balik dari pesta buku dan sekarang ni sedang tunggu cik abe balik dari kerjanya. Ya, suami kakchik ni memang banyak kerja kat sekolah sekarang ni. Takpelah, selagi dia buat kerja untuk pendidikan dan Islam, kakchik takde masalah.

Tadi masa kat gerai, kakchik terpaksa bertungkus-lumus sorang-sorang melayan pelanggan yang ramai kerana pembantu kakchik terpaksa pulang awal. Walaupun amat letih tapi kakchik gembira sebab dapat bersembang dengan pelanggan dan rekomenkan buku-buku kepada mereka. Alhamdulillah... syukur ke hadrat Allah yang telah memberikan kakchik kekuatan untuk menguruskan gerai seorang diri. Masa nak balik tadi, keluar dari dewan, rupanya hujan sedang lebat, kakchik redah ajelah sebab taknak balik dekat pukul 12, iii takut.

Jadi, dalam dok menunggu ni, kakchik suka baca blog atau tonton video CITY SISTERS di Youtube. Suka sangat program ni. Kalaulah tv di Malaysia ada program macam ni. Hmmm.. jom tengok sama-sama.


KakChik sukalah cara diorang stailkan hijab/tudung diorang. All of them are reverts! Tajuk Episod 1 ni ialah CHANGE.


Yang ni tajuknya pasal CHARITY.


Yang ni pulak pasal REVERTS.

Kakchik suka sangat berkenalan dengan mereka ni sebabnya ianya umpama satu peringatan kepada diri sendiri apabila melihat mereka yang baru Islam tapi lebih mengetahui tentang Islam lebih dari kita dan berpakaian menutup aurat dengan sempurna. Malu pada mereka.

Oh, cik abe dah balik dah. Pen off dulu. Assalamualaikum!

29.5.09

Balasan Untuk Mesej di Shoutmix

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua... kakchik bersiaran lewat hari ni sebab baru balik dari pasar dan pagi tadi sibuk melayan kerenah budak-budak yang ditinggalkan ibu (adik kakchik on call) dan berpesan-pesan kat staf kakchik di gerai buku. Sekarang baru boleh duduk di meja dan melihat-lihat blog barang sebentar. Sat lagi nak balik ke dapur tolong Ummi siapkan makanan tengahari. Cik Abe pun masih di sekolah, katanya ada banyak kerja. Mungkin nak uruskan kertas-kertas exam anak-anak muridnya sebelum cuti sekolah.

Ok, apa yang kakchik nak cerita sebenarnya ialah pasal SHOUTMIX box kakchik yang dah 2 hari tak mahu keluar. Asyik kena refresh, lepas tu bila dia keluar, tak boleh pulak nak menulis balasan untuk mesej teman-teman. Entah apa masalahnya tapi nampaknya dah ok dah tu...


Untuk membalas semua mesej yang tertunggak tu, kakchik balas kat sinilah ya. Harap kawan-kawan yang telah meninggalkan mesej boleh membaca jawapannya di bawah. Jom kita tengok:

# muja "salam k.cik..smoge shat2 slalu.."
Details 2009-05-29 11:18 AM
WA'ALAIKUMMUSSALAM DIK MUJA. TERIMA KASIH. MOGA ALLAH MAKBULKAN DOA MUJA TU.

# ummi Hanie "Salam ziarah..Assalamualaikum"
Details 2009-05-29 9:48 AM
WA'ALAIKUMMUSSALAM UMMI HANIE.

# kakasma "salam pagi jumaat yg berkah...bila tayang pizza tu dh beransur sihatkan kakchik.."
Details 2009-05-29 7:18 AM
WA'ALAIKUMMUSSALAM KAKASMA. HEHEHE... ACTUALLY KAK BADAN NI RASA MACAM SIHAT MACAM BIASA CUMA HIDUNG JE YANG MASIH DI TAHAP TAK SIHAT. SELSEMA NI MEMANG SUSAH NAK BERENTI KAN.

# inahar ali "waaahh..besonye pizza..nak sepotong!!:drool:"
Details 2009-05-28 10:43 PM
INAHAR, DAH TERLAMBAT LA... NEXT TIME LA YA. KAKCHIK PEKENA SEPOTONG JE, TAK MAKAN NASI TGH & MALAM SB TERLALU KENYANG.

# farah "piza..piza...sdpnye...nape k.chik tk wt sndrik..k.chik ngidam ke tu..hihii"
Details 2009-05-28 9:26 PM
FARAH, KALAU IKUT HATI MMG LEBIH SUKA BUAT SENDIRI TAPI SEJAK BAHU KAKCHIK SAKIT NI, SUSAH SIKIT NAK ULI DOH. TU YANG BELI TU... NGIDAM...??? TAK LA KOT :)

# Noorma "Ingatkan kakchik yg buat piza tu..beli rupanyer..sini pun ada zan pizza tu, kat pasar malam, kami panggil piza tarzan , he,he.. :)"
Details 2009-05-28 8:08 PM
AWAT JADI PIZA TARZAN? DIA BOLEH TERBANG KE? HEHEHE... NAK BUAT SENDIRI KENA TUNGGU BAHU BETUL2 SIHAT LA.

# hana "hihihi.... mati2 kita igt kakchik dh kembali mem'pizza'! hehehe..."
Details 2009-05-28 7:25 PM
HAHAHA... ADA JUGA ORANG YANG TERKENA :D SAJA JE NAK CERIAKAN HARI HANA TU.

# iza "salam kakchik syg..lama iza tak jenguk sini..moga ceria2 sokmo kakchik deh.."
Details 2009-05-28 11:58 AM
WA'ALAIKUMMUSSALAM IZA. KAKCHIK PUN DAH SEMINGGU RASANYA TAK ZIARAH IZA. MOGA KITA SAMA2 CERIA SOKMO :)


# Tukang Cerita "Salam kak chik...sy dh jawab tag... :)"
Details 2009-05-27 11:20 PM
WA'ALAIKUMMUSSALAM TC. TIMA KASIH BANYAK. SEMALAM KAKCHIK DAH PUN MEMBACANYA. ADA PERSAMAAN LA KITA.

# kak e "salam kakchik... dah sihat ke tu..."
Details 2009-05-27 6:32 PM
WA'ALAIKUMMUSSALAM KAK E. MASIH LAGI SELSEMA... YG LAIN-LAIN ALHAMDULILLAH.

# fiza nordin "salam k chik...semoga kak chik sihat & ceria.lame x mai sini..."
Details 2009-05-27 4:12 PM
WA'ALAIKUMMUSSALAM FIZA. TRM KSH... AMIIN. LAMA TAK DTG TU TENTU SIBUK MENULIS TU.

# farah "salam k.chik..lame tk dtg sini..baru ade n3 baru k.chik..wndu jgk..amacam skrg dh strt alahan ke k.chik"
Details 2009-05-27 12:02 PM
WA'ALAIKUMMUSSALAM FARAH. KAKCHIK BLM SEMPAT LG NAK JALAN2 KE SEMUA BLOG KWN2. SIBUK YA AMAT SKRG NI. DGN PESTA BUKUNYA, MITING LA, MABUK LA, TUTORIAL LA, DAN PERSIAPAN NAK KE KL MINGGU DEPAN.

# Ahliahnizam "Salam Ziarah, Salam Taaruf :)"
Details 2009-05-27 8:47 AM
WA'ALAIKUMMUSSALAM AHLIAHNIZAM. SELAMAT BERKENALAN.

# emrullah "salam ziarah..kakchik, mintak tlg tlg bg idea utk nama library rumah anak yatim di sini link"
Details 2009-05-27 12:19 AM
WA'ALAIKUMMUSSALAM AZIZI. KAKCHIK DAH BACA KOMEN ADIK2 YG LAIN TU, PUAS DOK FIKIR TAK DTG JG IDEANYA. MGKN SB SKRG TGH SIBUK, OTAK PUN DAH BERKARAT SIKIT BAB MENCARI IDEA YG BAGUS. SO... MAAFKAN KAKCHIK YA. SEMOGA BERJAYA MISI DI ACHEH TU.
Itulah dia kesemua mesej yang telah tertunggak sejak 27hb. lagi. HARAP MAAFkan kakchik ya sebab terlalu lambat membalasnya.



Ok, nak jalan-jalan kejap. Ziarah beberapa 'rumah' yang sempat. Sat lagi nak ke tapak pesta buku pulak. Chow!

28.5.09

Pizza dah kembali...



Jemput makan...



Satu saiz besar...



Satu saiz biasa.



Hehehe, sebenarnya beli je kat gerai Zan's di Karnival Jualan Mega '09 di Medan Mara, KB. Testimonial: Yang besar tak sedap, muak sikit dan agak masam tapi yang saiz biasa tu AMAT la SEDAP.

27.5.09

Zahra' dan Pesta Buku

Assalamualaikum semua. Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Kakchik, alhamdulillah sihat walafiat kecuali selsema. Yang ni memang susah sikit nak sembuh kan. Lagipun sekarang ni musim selsema di serata negara.

Semalam kakchik tak dapat nak coretkan apa-apa kerana banyaknya kerja yang nak dibuat selepas 3 hari tak masuk pejabat. Mana boleh suruh orang lain buat kerja kita kan? Lagipun memang tak akan selesai kalau suruh orang lain sebab mereka pun ada banyak tanggungjawab yang lain.

Selain tu kakchik juga berulang-alik ke Balai Islam Lundang sebab MariBaca menyertai Pesta Buku & Komputer kat situ. Program selama 6 hari ni memang meletihkan sebab kena banyak berdiri, bercakap dan melayan kerenah pelanggan yang pelbagai. Semalam kakchik sempat bersama 2 pembantu di gerai. Bila pelajar sekolah rendah datang dengan rombongan, kenalah bersedia mental dan fizikal. Adik-adik ni boleh menyebabkan hati kita gembira sebab dia beli buku dan bertanya macam-macam pasal buku, tapi ada juga yang menyebabkan kita jadi geram sebab mereka merosakkan buku (lambung, lempar, lipat, lontar - semuanya mula dgn L). SABOooo ajelah. Tapi ibu bapa diorang memang berani beri duit RM50 kat anak-anak tahun 3 untuk beli-beli buku. Ada banyak kakchik ambil gambar tapi malas pulak nak download dari kamera.

Bagi kawan-kawan yang dok di KELANTAN tu, turunlah ke PESTA BUKU ni dan JANGAN LUPA singgah ke gerai kakchik, MARIBACA BOOKSTORE di lot 13. Ada DISKAUN 15% dan 20% untuk banyak buku. MANA ADA yang bagi diskaun sebanyak tu kat sini? Biasanya dapat 10% je. Beli BERATUS pun 10% saja... Hehehe, singgah gerai kakchik ya (berkempen saja :D ).

Sekarang ni kakchik kat pejabat sedang terjemahkan satu skrip dari BM ke BI sebab ada orang besar yang nak. Buat ajelah...

Wassalam.

p/s: Ops! Lupa. Semalam penulis Warkah Cinta Berbau Syurga, A. Ubaidillah Alias, singgah di gerai kakchik. Lama kami borak-borak tapi kakchik LUPA nak ambik gambar.

RUGI... patut boleh ambil buat PROMO kat kedai kan. Takpe... tunggu malam 31 Mei ni dia janji nak singgah lagi.

Buku ni harganya RM23.90, boleh dibeli di MariBaca.

25.5.09

Award Tag dari Xara

Assalamualaikum semua.

 

Rasa macam ada macam-macam nak cerita tapi bila nak tulis je, mati idea. Jadi sementara nak tunggu idea betul-betul datang, KakChik nak jawab award-tag yang dah bersawang ni.

 

award3tag-suri

 

Sebelum jawab KakChik nak ucapkan terima kasih kat Xara @ Suri (Another Side of Myself) yang telah sudi memberi award ni sekaligus telah menyebabkan hidup KakChik susah sekejap. Hehehe susah sebab kena fikir panjang bila nak menjawabnya.

 

Ok, mari kita tengok apa kebendanya tag dia.

 

Peraturan nak jawab tag ni ialah:

 

1. Copy badge "2009 Cute's 3logger Award" untuk diletakkan di blog anda.

- DAH BUAT DAH

 

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

- DAH BAGITAU PUN KAT ATAS TU - Xara ni penulis buku Virus L terbitan PTS
 

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

YANG NI YANG MIM ALIF LAM SIN NI.

- SUKA MEMBACA TAK KIRA BIDANG APA

- SUKA PAKAI DAN BELI ABAYA

- KAKCHIK SUKA CERIA + POSITIF TAPI MUDAH SENSITIF DENGAN S****

- BERCAKAP PASAL BUKU BERJAM-JAM PUN TAK APA

- AMAT GEMBIRA BILA CIK ABE AJAK GI MASJID

- SENTIASA BELI DAN BELI BUKU TAPI SEKARANG NI LAMBAT SIKIT NAK HABIS MEMBACANYA

- SEDANG MERANCANG UNTUK BUKA CAWANGAN MARIBACA TAPI KHUSUS UNTUK SEWA BUKU SAHAJA

- MINUM VICO PANAS SETIAP PAGI

- SUKA MAKAN PIZZA BUATAN SENDIRI

- MASIH TEGAS MEMBOIKOT PRODUK US & ISRAEL

 

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog.

- NORMI

- TUKANG CERITA

- REEN

- KAK E

- UMMI ERIEY

- YANMIE

 

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan:
"anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda"

-TAKPE... SAT LAGI KAKCHIK GI ZIARAH BLOG DEPA

 

Nampaknya itu ajelah tagnya. Semoga mereka yang diTAG tu akan SUDI MENERIMA award-tag ni sebagai tanda PERSAHABATAN di antara kita.

 

Wassalam. Jangan marah ya...

Bila Tak Sihat, Kita Terlalu Sensitif

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam pagi ceria untuk semua.

Apa khabar teman-teman hari ni?

Moga semuanya lebih baik dan sihat berbanding kakchik sekarang ni. Alhamdulillah... kakchik dah tak demam sejak petang semalam mungkin dengan pengambilan madu, jagaan dan kasih-sayang cik abe... dan doa kalian menjadikan kakchik cepat sembuh dari demam. Cuma saki-baki demam je yang masih ada - selsema dan sakit-sakit badan. Terpaksa MC 2 hari.

Sebelum lupa, kakchik nak ucapkan TERIMA KASIH BANYAK kepada teman-teman yang sudi menziarahi kakchik yang sedang demam. Dalam keadaan demam selsema yang boleh berjangkit ni kawan-kawan masih juga datang. Hehehe terima kasih ya, semoga Allah beri ganjaran yang setimpal kepada kalian.

Bila badan tidak sihat ni yang mula-mula kakchik ingat ialah DOA kat Allah agar segerakan kakchik sembuh. Sakit memang membuatkan kita teringat banyaknya dosa-dosa sendiri dan sikitnya amalan-amalan soleh yang dibuat. Bimbang la jugak sekiranya sakit ni melarat dan membawa kepada kematian. TAKUTnya... sebab entah beribu bakul dosa yang kakchik pikul. Semua ni bermain di minda kakchik. Nak cerita kat cik abe pun dia TERAMAT la sibuk. Kakchik tak mahu tambah beban dia tambah-tambah kalau dia balik lambat. Tapi isteri ni kat suami juga yang diharapkan memahami perasaannya. Bercakap dengan orang lain tetap tak akan sama dengan bersembang kosong dengan suami.

Sehari dua duduk di rumah kerana MC kakchik rasa TERAMAT LA BOSANnya. Melayan kerenah anak-anak sedara boleh hilangkan sekejap tapi selebihnya terasa macam tak tahu nak buat apa. Sekali fikir, baik pergi ke pejabat je tapi tak larat la pulak nak pandu kereta. Ambil buku baca, tak dapat tumpu. Rasa tak selesa di sana-sini. Jangan la ada sesapa sentuh hal-hal peribadi, terasa nak menangis je. Walhal takde apa-apa pun yang perlu diterasa-hatikan (ada ke frasa macam ni?). Sekarang ni emosi kakchik amat-amat sensitif tapi kakchik cuba sembunyikan dari Ummi dan adik-beradik. Tak suka biarkan mereka pulak turut bersusah hati dengan keadaan kita.

24 jam sehari, terasa terlalu panjang bila tiada kerja yang nak dibuat. Sepanjang MC, kakchik basuh kain-baju dan cadar. Malam tadi kakchik gosok sebakul kain-baju sampai lenguh-lenguh lutut dan melipat banyak kain yang dibasuh siangnya. Semuanya nak hilangkan rasa bosan. Sambil tu kakchik dengar bacaan ayat-ayat suci al-Qur'an sebab air wudhu' kakchik sekarang ni mudah sangat terbatal. Angin banyak kot dalam perut.

Kakchik cuba banyakkan zikir dan berfikir positif. Kakchik buat kertas kerja, konon-konon rancangan untuk buka cawangan baru MariBaca khusus untuk sewa buku sahaja. Tapi masa yang ada terasa terlalu banyak. Nak duduk lama-lama depan laptop macam biasa pun tak dapat sebab mudah sakit pinggang, jadi kakchik bersandar kat atas kerusi atau katil sambil baca buku atau majalah. Boringkan...

Sebenarnya di saat ini kakchik tak perlu sangat orang lain tapi orang yang tersayang tapi mana mungkin kakchik begitu manja sedangkan dia juga memegang amanah dan mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Setiap kali teringatkan dia, kakchik akan doakan yang baik-baik kerana kakchik mahu dia diterima Allah sebagai seorang PEMIMPIN yang benar-benar bertanggungjawab, adil, jujur dan amanah.

Semoga Allah ampunkan dosa-dosanya dan semoga Allah ampunkan dosa-dosa kakchik. Siapalah kita di atas dunia ini melainkan hamba yang memikul AMANAH dari Allah SWT.

24.5.09

Demam

Assalamualaikum semua.

Kakchik mohon maaf tak dapat membalas sebarang mesej yang ditinggalkan.

Demam melanda sejak semalam sampai tak dapat tidur lena.

Terima kasih kerana masih sudi datang berziarah.

Nanti kakchik betul-betul sihat, kakchik tulis cerita lagi.

Hari ni badan rasa ok sikit, boleh la online sekejap.

Semoga kalian semua ceria dan sihat-sihat selalu.

21.5.09

Di Mana KakChik Beli Abaya?

Assalamualaikum semua. Selamat menikmati waktu Maghrib yang sebentar ni. Biasanya lepas solat Maghrib ni sesuai kita mengaji Qur'an dalam satu 'ain atau lebih. Orang kita ni suka juga membaca Surah Yaasin di malam Jumaat ni. Kakchik ni takde lah buat macam tu. Sambung aje bacaan dari ayat terakhir yang dibaca malam semalam. Lepas selesai tu terasa nak menulis kat sini pulak. Kali ni nak kongsi pasal koleksi abaya kakchik. Kakchik sekadar berkongsi dan jika ada yang suka dan ingin turut memiliki abaya seperti yang kakchik ada ni, bolehlah kakchik tolong dapatkan.

 

Bagi seorang pemakai jubah dan abaya sepenuh masa, tak hairan kalau ada banyak helai pakaian ni dalam almari berbanding baju kurung.  Beberapa tahun sebelum ni kakchik biasa memakai jubah pelbagai warna terutamanya warna-warna pastel tapi sejak 2 tahun lepas, kakchik telah 'jatuh hati' pada abaya. Lain ke sama abaya dengan jubah ni? Hehehe, sebenarnya dari segi bentuk tu lebih kurang je... cuma abaya ni kebanyakannya berwarna hitam dan dipakai oleh majoriti wanita Muslimah di negara-negara Timur Tengah.

 

Ok, jom kita tengok apa yang ada dalam KakChik's Wardrobe!

 

090509 167 Ini namanya abaya Miss Lily yang kakchik beli secara online dari blogshop MISS ABAYA. Harganya RM90. Diperbuat dari kain jenis satin. Ada sulam di depan dan di bahagian belakang serta disertakan sehelai selendang Arab yang kita panggil shayla. Kakchik beli saiz S tapi banyak juga kena alter sebab saiz S di Makkah ni dia besar sikit sebab abaya ni tepinya berjahit lurus dari kaki hingga ke hujung lengan baju.
010409 026 Yang ni takde nama. Diimport dari Dubai. Kakchik beli di KF Collection atas Billion Shopping Complex. Kat kedai ni lah paling banyak kakchik beli abaya. Harga jual RM99 tapi sebab kakchik beli banyak, dapatlah harga diskaun RM75 sehelai. Sekarang tak dapat dah harga ni. Paling rendah pun RM85 je. Ini antara yang kakchik selalu pakai sebab kainnya lembut dan sejuk. Ada sulaman labuci dekat leher baju dan bahagian kaki.
010409 029 Dibeli di KF Collection juga. Sama kualiti dengan yang atas tu. Sulaman maniknya sangat kemas. Gabungan manik merah, biru dan putih. My favourite ni. Saiz SX memang betul-betul kena dengan badan. Tak payah baiki apa pun.
060509 018 Juga dibeli di KF Collection. Yang ni belum pakai pun sebab simpan untuk majlis-majlis rasmi atau hari raya kot. Harga RM140 diskaun dapat RM110 (sebab pelanggan tetap). Kain dari jenis berat sikit dan dekorasi di bahagian leher dan lengan baju sangat kompleks dan menarik. Ada labuci di leher dan bahagian kaki. Dalam gambar ni tak jelas sangat tapi memang glam sikit berbanding yang lain.
040409 004 Abaya ni saiz S dibeli di butik Nurazan Collection di Wakaf Siku. Masa tu butik tengah SALE dan abaya ni penghabisan stok. Dapatlah harga RM44. Huhu memang murah sangat sedangkan kualitinya bagi kakchik sangatla bagus. Jenis belah tepi dan ada lapisan atas, ala-ala kimono gitu.
040409 005 Yang ini kakchik beli di gerai Nurazan Collection juga di tapak kuliah Jumaat Tok Guru di Medan Ilmu, KB. RM65 sehelai saiz S. Ada belah depan tapi 2 lapisan diserikan dengan tasel di hujung lengan dan juga kat bahagian atas lutut. Bila pakai, rasa fancy je sebab kainnya sangat licin ala-ala jorjet.
040409 006 Ini pun dibeli di gerai Nurazan juga semasa kakchik ke KB mendengar kuliah Jumaat. Harga RM60 sehelai saiz S. Yang ni jarang-jarang kakchik pakai sebab potongannya body-shaping sikit. Katanya dibuat di Bangladesh ni.
040409 003 Abaya pertama kakchik yang diupah jahit dengan kakak ipar abang no 2. Kain jenis jalur ni kakchik beli sendiri kat kedai kain. Fesyen pun reka sendiri lepas tu suruh kakyah tu tolong jahitkan. Modal kain tak berapa ingat tapi upah menjahitnya RM35. Yang ni memang kakchik paling suka pakai sebab memang ukuran badan sendiri, selesa.
100409 032 Abaya fav no 2. Kakchik di KF Collection juga. Dihiasi dengan labuci dan manik. Walaupun ada bling-bling tapi takde lah bersinar pun bila dipakai. Suka sangai pakai yang ni. Saiz SX juga.
120409 029 Yang ini abaya fav no 3 sebab selesa dipakai dengan sikit lipatan di bahaian kaki baju. Hanya ada dekorasi di bahagian dada dan lengan. Ramai yang suka abaya kakchik yang ni sebab dekorasinya yang sangat kemas dan cantik. Harga asal lebih RM100 tapi kakchik dapat diskaun jadi RM94. Buatan Indonesia, dibeli di butik ASFI kat Billion juga.
260309 001 Satu lagi abaya kegemaran yang juga dibeli di KF Collection. Selalu dok ambik gambar ketika kakchik memakai abaya yang ni.

 

Cukuplah kakchik kongsikan 11 helai abaya kesayangan tu. Walaupun semuanya berwarna hitam, hakikatnya tidaklah panas ketika memakainya. Sama sama dengan rasa ketika memakai pakaian lain. Lagipun orang kata HITAM ITU MENAWAN kan? Hehehe jangan lupa ya, YANG PENTING TUTUP AURAT!

 

Jadi kat mana nak beli ni? Kakchik nak rekomenkan KF Collection sebab sekarang dah jadi biasa dengan KakYah (Ibu) dan anaknya Ayu. Dah jadi pelanggan tetap dah kakchik ni. JOM kita tengok kedainya.

 

010409 004

Gambar ni diambil beberapa bulan yang lalu. Sekarang dah lain susunannya.

 

010409 006

Pelbagai jenis pakaian wanita ada kat sini.

 

060509 007

Antara baju yang mendapat sambutan hangat selepas kakchik siarkan dalam KakChik's Wardrobe.

 

060509 013

Abaya yang baru sampai. Kakchik dah teringin nak beli tapi dah habis bajet la. Tunggu la sebulan lagi.

Kelas dah nak mula



Assalamualaikum dan salam pagi semua. Berbanyak syukur ke hadrat Ilahi sebab dengan limpah izinNya dapatlah kita bersua lagi di alam maya ini. Syukur alhamdulillah kerana dengan izinNya juga kita sama-sama dapat menikmati nikmat Iman dan Islam. Tanpa inayahNya, kita mungkin hanyut mengikut arus zaman.

Pepagi ni kakchik yang masih lagi banyak mengantuk ni nak catat ringkas saja. Esok kelas kakchik akan mula balik. Hari ni kakchik melayan Nana dan Amni sementara nak bersiap untuk ke MariBaca.

Alahai Nana ni, tak sabar-sabar dia nak ikut ke kedai. Dari tadi asyik dok berkepit je dengan kakchik. Banyak juga nak uruskan kat kedai hari ni. Nak kira hutang dengan penerbit (banyak yang tertunggak ni) dan uruskan stok untuk pesta buku minggu depan.

mmm tak boleh nak sambung la, budak kecik ni dok tarik tangan.

20.5.09

Snek

Antara perancangan dalam perjalanan balik petang ni ialah:

1. Nak beli jagung rebus atau jagung stim RM1 satu, RM5 dapat 6.

2. Jagung bakar pun ok jugak.

3. Nak beli sebungkus Snek Ku, yang kat ofis masih banyak lagi sebab kakchik makan tak banyak sangat, masin. Nak beli untuk bekalan di rumah.

4. Nak makan keropok lekor yang kat kedai SEDAP SENGOTI tu.

Apa lagi ya? Mmmm....

Oh, lupa... tadi kakchik ke MPKB ada urusan pasal CF bangunan Zahra' ni. Tak selesai lagi la... CC Jabatan Pembangunan kata, "nanti kita siasat."

Lepas MPKB, ingat nak singgah di MARA tapi dah waktu rehat. Selalunya Bahagian Pembiayaan tutup hingga pukul 2. Tak jadilah.

Singgah pula kat tempat menempah rubber stamp - tempah satu Zahra' punya dan satu MariBaca. Lepas tu tempah 200 kad bisnes MariBaca dan 100 kad Zahra'.

Mmm... bila nak naik kereta, ternampak la satu kedai tudung, DINIE AMUDI ENTERPRISE - tengah ada SALE. Apa lagi, hehehe tengoklah kejap. Memang ada niat nak belikan beberapa helai tudung 60" untuk hadiah kat sorang kenalan di Scotland. Mak ai! Murahnya... Sehelai boleh dapat RM9 je!! Selalunya tudung yang sama kakchik beli dengan harga RM15. Borong 5 helai boleh la diskaun sikit lagi.

Dah selesai, 12 lebih balik semula ke Zahra'. Sampai ofis, makan kuih bika sepotong, minum 3/4 botol air mineral 500ml, makan snek ku sikit dan solat Zohor.

Sekarang dok cari artikel pasal Muhammad Iqbal, penyair Pakistan. Kejap lagi nak solat Asar, keluar ke Lobi tengok-tengok pengunjung dan sedia nak BALIK.



19.5.09

Internet dengan Win ME

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah... lega rasanya bila mesyuarat dah selesai. Dapatlah rehat sekejap sambil baca-baca suratkhabar atau pun blogging. Banyak juga maklumat & berita terkini yang kakchik nak ambil untuk difailkan untuk rujukan di masa-masa depan.

Hari ni boleh dikatakan kali kedua kakchik tak bawa laptop ke pejabat semenjak ianya dibeli 5 tahun yang lepas. Hehehe, tak percaya? Memang setiap hari laptop dengan kakchik takleh berenggang. Selalunya ke mana saja kakchik pergi mesti nak bawa laptop bersama. Tambah-tambah sekrang ni ada broadband lagilah selalu diguna.

Gambar yang takde kena mengena dengan tajuk, hehehe
Ruang tamu rumah kakchik sebelum kami buka kedai dulu, tahun 2005 ni

Tapi hari ni terasa sakit je belakang ni jadi kakchik decide untuk tinggalkan aja laptop tu di rumah. Maknanya nak guna internet kenalah guna desktop pejabat yang masih bersistem operasikan Windows ME. Nak upgrade dah tak boleh sebab komponen hardware dia yang ORI Acer ni tak compatible dengan yang baru. Dah pernah tukar, langsung ada masalah. Jadi... back to square one la. Asalkan boleh guna sudah...

Komputer pejabat ni kakchik guna untuk menaip surat, memo dan kertas kerja je selain buat kerja-kerja grafik untuk Zahra'. Kalau nak access interbet memang kakchik guna laptop sendiri. Kalau waktu kerja ni kakchik guna yang tu lah jugak. Takpe... asalkan kerja library selesai.

Nampaknya jadual kakchik akan semakin padat bermula minggu depan. Akan ada Pesta Buku Kelantan, kemudian nak ke KL lagi selama 4 hari atas beberapa urusan. Kemudian mungkin turun ke Penang pula. Cuti sekolah pun dah dekat, maknanya kenalah kakchik ambil cuti juga untuk menguruskan MariBaca sebab sepupu kakchik yang jadi jurujual akan kahwin semasa cuti sekolah. 2 minggu dia cuti, terpaksalah cari pekerja sementara. Bukan senang nak cari orang kerja kedai buku ni.

Hmm... moga-moga Allah permudahkanlah segala urusan ni.

18.5.09

Entah macamana laaaa di rumah tu...

Assalamualaikum & selamat rehat tengahari semua.

Sedang makan atau baru selesai solat Zohor? Moga-moga teman-teman semua sedang seronok menikmati makan tengahari atau pun berehat barang beberapa minit sebelum menyambung kerja. Sekarang ni waktu rehat kakchik jadi dok blogwalking la ni. Tengok macam-macam terutamanya masakan di rumah teman-teman yang memang semuanya nampak sedap dan menggoda nafsu lapar kakchik.


Kakchik makan juga tapi makan kuih je. Cukup la tu untuk tengahari ni.

Oh, sebenarnya hati kakchik ni tak sedap rasa sangat sebab hari ni tinggalkan Ummi dengan 3 orang anak sedara kat rumah tu. Pagi tadi kakchik hantarkan Bibik Aisyah ke airport sebab dia nak balik ke Medan melawat ibunya yang sedang sakit. 10 hari dia akan di sana bermakna dalam tempoh tu Ummi lah orang yang paling susah.


Tengoklah keadaan anak-anak sedara kakchik di rumah. Ummi dah la makin tua dan selalu sakit-sakit tapi terpaksa pulak menolong adik dan kakak kakchik menjaga anak-anak mereka. Bukan tak boleh hantar ke nurseri tapi budak-budak ni memang tak mahu kecuali yang dah tadika tu.


Ketiadaan Bibik Aisyah yang agak cekap memang akan menambah bebanan Ummi. Hari ni adik kakchik yang doktor tu ada kes ceasarean dan oncall, tak dapat nak tinggalkan kes sebab tu kakchik yang tolong hantarkan bibik. Adik ipar pulak orang penting tentera yang terpaksa berulang-alik dari rumah, kem dan hospital. Dia sibuk dengan urusan rasmi yang melibatkan Sultan Kelantan yang sedang gering. al-Sultan tu Ketua Turus Artileri ke apa. Bahagian adik ipar la tu.


Bibik Seri ada... tapi dia tak cekap dan selalu menambahkan lagi beban Ummi walaupun dia suka nak menolong. Lagipun dia kena jaga Amni yang sekarang ni semakin lasak.


Nak tunggu sampai pukul 5.30 tentulah amat meletihkan bagi Ummi. Waktu tu barulah kami semua ni balik keje. Bila ingat macam ni terasa nak ambil cuti je. Nak tolong ringankan beban Ummi.

17.5.09

Entri Takde Mood

Assalamualaikum semua.

Ini ialah entri orang yang sedang takde mood. Kalau terbaca, harap maaf kerana memang tiada apa-apa nilai ilmiah pada entri kali ini. Hanya untuk tatapan mata semata-mata.

Jangan marah ya.

View 'Contest Win' on Polyvore


SILA KLIK ANAK PANAH untuk melihat rekaan seterusnya.

SEMUANYA IALAH SET yang kakchik DAH MENANG dalam CONTEST di Polyvore. Dah cuba macam-macam pertandingan.

Alhamdulillah, rupanya ada juga bakat perunding fesyen sikit-sikit. Insya-Allah sedang menggilap bakat ini untuk manfaat di masa hadapan.

16.5.09

Nak Makan Apa Ya?

Biarlah sapa-sapa nak kata apa pun, hari ni kakchik nak letak dua gambar ni kat sini. Sebenarnya ni lauk makan tengahari semalam. Hari ni kakchik keje jadi makan hari ni order dari restoran. Boleh la... tak sama dengan masakan Ummi.

Semalam kakchik makan sebelum Jumaat dengan Chenah jadi kakchik tak berpeluang makan SOLOK LADA ni sebab Ummi buat solok ni lepas Zohor. Tapi baunya.... mmm menggoda sungguh! Tengok ajelah Ayah dengan Cik Abe makan. Terliur... tapi selera dah tak ada masa tu. Hidu bau pun cukuplah.


Yang banyak kakchik makan ialah SAYUR AIR ni:

Sayur air pun sedap sama ada dimakan dengan nasi atau pun begitu saja. Selalunya kat rumah masak sayur air kami tambah bihun sikit. Hai.. dihirup sruup, sruuup... nikmatnya. Satu mangkuk kadang-kadang rasa tak cukup. Tapi 'makanlah kamu ketika lapar dan berhentilah sebelum kenyang' kan?

15.5.09

Istimewa untuk teman blogger bergelar GURU


Assalamualaikum untuk semua teman-teman semoga kita sentiasa di dalam nikmat kemanisan Iman dan Islam. Malam ni kakchik nak kongsikan entri yang pendek je KHUSUS untuk semua teman-teman blogger yang BERGELAR GURU.
  • azza dearie
  • one z
  • kak zana
  • ummu hanis
  • nurul @ TC
  • lily
  • kak aliya
  • normi
  • sarah @ mamahusna
  • sharniza
  • cikgu rash
  • hasz
  • dan sesiapa yang namanya kakchik tertinggal, jangan marah ya.

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU UNTUK KALIAN SEMUA!

Semoga Kalian Sentiasa Berdedikasi dan Beramanah dalam Melaksanakan Tanggungjawab sebagai Pendidik Anak Bangsa Kita.

Terima kasih juga untuk seluruh guru-guru kakchik yang telah membantu mendidik kakchik hingga kakchik menjadi seorang insan seperti hari ini. Semua guru di PASTI Pulau Melaka, SK Kedai Lalat, SM Tengku Muhammad Faris Petra, Matrikulasi USM, USM dan OUM serta semua insan yang pernah mencurahkan ilmu kepada kakchik, kalian juga adalah GURU.

Semoga Allah ampunkan segala dosa guru-guru kakchik yang telah mendidik kakchik menjadi seorang insan yang sebegini di hari ini. Insya-Allah jasa-jasa para guru tidak pernah kakchik lupa. Paling kakchik ingat ialah Cikgu Azizan guru kelas 1 Merah yang telah memberi gelaran KAKCHIK kepada kakchik kerana menjadi KETUA KELAS paling kecil tapi SUARAnya paling TEGAS, hehehe. Terima kasih Cikgu!

Mendaftar Semester Mei

Assalamualaikum semua.

Dah makan pagi ke? Hari ni kakchik makan lempeng kelapa. Bukan kakchik yang buat ya tapi Ummi. Penyakit malas datang lagi. Berangan nak buat pizza tapi bahu kakchik masih sakit kat tulang belikat tu jadi tak mahu la stress masa menguli. Kesian Ikhwan, dah banyak kali benar dok tanya kakchik bila nak buat pizza. Semalam siap dia merepek lagi, "Chikja ni... baghe ado ssumo doh, bakpo tok buat pizzanyo?" Sorrylah Wan, Chikja sakit bahu.

Kejap lagi kakchik nak ke OUM. Hari ni hari mendaftarkan diri dan mengambil modul-modul untuk semester pengajian Mei. Semester ni pendek sikit, hanya 3 bulan. Selalunya kakchik hanya ambil 2 kertas tapi kali ni OUM benarkan ambil 3, Pengajian Malaysia, Keusahawanan dan Etika Profesional. Insya-Allah kakchik akan usahakan yang terbaik. Bimbang juga takut jadi macam semester Januari, ada sikit turun keputusan untuk satu kertas kerana markah 'online forum' yang kontroversi. Tapi CGPA kakchik insya-Allah masih maintain.

Mungkin 2 minggu lagi kelas akan mula. Jadi rehat kakchik dari menghadap buku akademik tak lama lagi akan berakhir. Beginilah lumrah pelajar OUM.

Petang nanti kakchik ada usrah dengan kawan-kawan MOTHERS jadi kakchik mungkin tak sempat jumpa kak e sebelum dia balik ke KL. Malam tadi tentu kak e bosan dok sorang-sorang kat hotel atau mungkin adiknya ada datang menemankan. Harap-harapnya kak e tak kebosanan la malam tadi.

Nampaknya sampai situlah dulu, kakchik nak bersiap dulu. Wassalam.

14.5.09

Seronok Dating Dengan Kak E

Assalamualaikum semua.

Mata kakchik dah agak mengantuk ni dan badan pun agak letih tapi nak juga kongsikan kenangan hari ni bersama kak e (Under One Roof) yang datang ke KB.

Dalam pukul 12 siang tadi kakchik gi ambik kak e di Hotel Renaissance. Kiranya kami jumpa kakchik terus rasa mesra. Walhal inilah kali pertama kami jumpa. Dah la tu, agaknya kak e pun terkejut sebab hari ni kakchik pakai segalanya hitam dan ... rupanya kak e pun SUKA HITAM jugak.

Dari Renaissance, kami ke Pasar Siti Khadijah sebab kak e nak borong keropok. Katanya nak diHADIAHkan kepada teman-teman di Medan nanti. Kak e nak gi bercuti ke sana tak lama lagi. Bagus sungguh kak e ni, dia membeli semua tu untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan, bukan sikit... 2 KOTAK semuanya, 1 besar 1 kecik.


Sampai di pasar besar, ini dulu yang kami jumpa. Hehehe, dekat sangat dengan tangga, sapa yang tak mahu tengok kan? Kami pun samalah melilau sambil mencuba aksesori mas celup ni.


TENGOK!! Lawa kan kak e pakai rantai dengan loket tu. Agaknya berapa RATUS harganya tu? Sapa nak teka?


MURAH... gerai sorang pakcik tu menjadi pilihan kak e. Kat atas pasar tu memang banyak gerai jual keropok tapi yang tu ada jodoh dengan kak e, rezeki pakcik tuan kedai. Dalam kotak tu baru diisi separuh, masih banyak lagi yang kak e beli lepas tu.


Macam-macam makanan segera ala Kelantan/tradisional ada kat tempat kak e memborong keropok. Kakchik pun memang dah lama sangat tak naik ke atas tu, banyak perubahannya. Nasib baik kak e datang, kalau tak... entah bila kakchik akan ke pasar besar tu.


Habis membeli-belah, kakchik bawa kak ebalik ke rumah. MALU... sebab kakchik dok rumah Ummi dan kat rumah ni punyalah ramai orang terutama, budak-budak. Maaf ya kak e, kalau layanan kami tak sebaik yang sepatutnya. Makan pun lauk biasa aje. Ummi kata, lain kali ajak la kak e datang lagi.


Lepas solat zohor kakchik ajak kak e ke rumah Tok Guru MB sebab dekat saja rumahnya. Dapatlah posing-posing depan rumahnya. Gambar yang ada kak e dalam kamera kak e, so... kena tunggu kak e update blog dia baru boleh tengok gambarnya.


Ada beberapa tempat yang kami singgah tapi malas la pulak nak cerita sebab biasa-biasa saja. Hakikatnya kak e lah teman blogger pertama yang sampai ke rumah hingga ke dalam bilik (singgah solat).

Kakchik hantar kak e ke hotel. Lepas hantar kotak-kotak ke bilik, kami terus ke Billion Shopping Centre yang di sebelah hotel tu sebab kakchik nak ke KF Collection untuk bertanya khabar tentang sepasang baju yang telah ditempah. Gambar atas tu kakchik cuba pakai baju tu.

Dah puas melilau di beberapa kedai kat Billion, kakchik tumpang solat Asar di bilik kak e. Nak temankan dia lebih lama tak boleh juga sebab kakchik pun ada urusan lain di kedai. Jadi sebelum pukul 6 kami berpisah di parking lot Billion.

YANG PASTInya, kakchik amat seronok dapat jumpa dengan kak e.
Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs