Assalamualaikum.
Bila hari Khamis maka banyaklah pulak aktiviti yang nak dibuat dari pagi sampailah ke petang. Sekarang ni dah 2.41 petang, KakChik sebenarnya masih keletihan selepas pulang dari melangsaikan beberapa tugasan.
Dari awal pagi sudah tersedia menanti:
- 1 bakul kain kotor untuk dicuci
- 1 bakul kain-baju untuk dilipat
- beberapa helai baju untuk digosok
- sarapan untuk orang-orang nak ke sekolah dan ke tempat keje - hari ni masak penkek lagi.
Ingatkan dapat siapkan keje-keje tu dengan cepat sebab Kakak dan ke sekolah dan Nana senang diuruskan, bagi buku sebuah, dia akan ralit menghadap buku tu sambil mulut becok bertanya itu ini. Tup-tup datang pulak Ikhwan, Iffah dan Amni. Ikhwan tak ke sekolah, demam dan si Iffah katanya malas nak ke tadika. Amni tak apa bibiknya ada. Kelihatannya hari yang aman kembali gegak gempita. Alahai, kain-bajuku... nak dibiarkan budak-budak tu kesian pulak Ummi yang tak berapa sihat tu.
KakChik layanlah sebentar diorang terutama Nana dan Iffah sebab si abangnya dah terbaring tak larat. Kesian pulak, Ikhwan ni selalu je demam. Antibodi apa yang di kurang agaknya?
Dalam dok sibuk tu, kakak pulak datang mintak tolong hantarkan dia ke kliniknya sebab depan klinik susah nak parking sebab RHB buat karnival. Klinik dan RHB berjiran, habis parking lot diambil RHB. Tapi lepas negotiate dengan kakak, lagipun masa tu KakChik ni belum mandi, badan masih berbau minyak menggoreng penkek dan kain masih dalam mesin basuh. Dan... lega... kakak kata biarlah dia pegi sendiri.
Bila budak-budak dah makan dan sedang main sekolah-sekolah, KakChik cetak invois pelanggan-pelanggan yang order buku sebab pagi ni semua bungkusan nak dihantar melalui poslaju. Sebelum tu nak kena singgah di MariBaca dulu dan ke rumah kawan mengambil buku barulah ke pejabat pos. Bila sampai di kedai, otak takde fikir lain, "Jangan le tuan kedai datang hari ni. Malas KakChik nak berbahas dengan dia." KakChik hot sikit dengan tuan kedai ni, tiba-tiba je nak naikkan sewa. Kedai bukannya besar mana pun, bukannya ada pembaharuan pun dan kerosakan yang 5 tahun lepas pun belum dibaiki, tiba-tiba dia nak naikkan sewa! Katanya nak tambah RM250 lagi dari harga sewa yang lama. Isyk, geram betul ingatkan tuan kedai ni. Padahal dalam Perjanjian Sewa yang kita sain pada 2005 terang-terang kata selepas 5 tahun baru sewa naik. Maknanya tahun depanlah. Nasib baik dia tak datang. KakChik cabut ke pejabat pos.
Pejabat pos di hujung minggu bialah ramai orang, terpaksa tunggu giliran melepasi 30 orang. Kaunter ada 6 tapi yang dibuka cuma 3. Tahu-tahu sajalah macamana ramainya orang kat Pej. Pos KK tu. Lepas tu ada saja yang nak potong line. Kurang kesedaran sivik sungguh! Sepatutnya nak cepat datanglah cepat, dah kita lambat, ingatlah sikit orang yang masih lama dan lebih awal menunggu ni. KakChik dok aja kat situ sambil tengok gelagat orang. Ambil iktibar buat diri. Selalunya KakChik bawa buku tapi kali ni nak cepat tertinggal pulak kat dalam kereta. Jadi dok buang masa ajelah... sambil otak berfikir-fikir pasal tugasan yang belum siap.
Alhamdulillah, 12.45 selesai urusan di pej pos, terus pecut (berhemah ya) balik ke MariBaca semula, ada pelanggan tetap sedang menanti. Adik-adik tu memang peminat setia buku-buku Ain Maisarah, penulis novel remaja terbitan PTS. Mereka datang nak ambik tempahan untuk buku Impiana 3 dan Aku Mahu Ke New York 1 & 2. Bila sampai, diorang dah takde. Kata Aziah (sepupu), diorang dah ke sekolah dan janji akan datang ambik buku hari Sabtu ni. Sabo ajolah... takpelah kalau macam tu, serah kat Aziahlah uruskan.
Dari kedai KakChik ke kedai borong pulak untuk beli barangan dapur yang Ummi pesan. Nasib baik dekat saja tempatnya tapi punyalah ramai orang beratur nak membayar. Tau ajelah kedai borong ni yang kami panggil gudang, memang tempat peruncit beli barang tentulah dalam troli diorang bertimbun-timbun barang. KakChik punya hanya 5 item saja dibeli untuk bekalan 2 minggu (bihun, kek apollo, serbuk teh, kraker dan teh ais segera) untuk menjamu pekerja yang sedang buat rumah tu. Beratur panjang le ... perut pulak keroncong, lidah minta dibasahkan, aduhai... sabar la, sekejap lagi selesai.
Balik ke rumah, elok masuk ke dapur dengan barang-barang azan Zohor pun berbunyi. KakChik makan juga separuh biji penkek untuk alas perut takut masa solat nantikan terbayang-bayang pulak. Dapat tunaikan solat dan makan tengahari, rasa macam hilang masalah sehari, hehehe.
Patutnya KakChik gi BIMB ni tapi terpaksa kenselkan sebab dah takde masa nak studi dan siapkan pembentangan untuk pagi esok. Esok ada kelas ganti yang tak jadi petang Jumaat lepas. KakChik kena present 2 tajuk, jadi petang ni kena studi dan buat presentation. Ok, itu saja setakat ini. Jom tengok buku!