Assalamualaikum dan salam ceria untuk teman-teman terutama yang sudi singgah dan meninggalkan komen atau pesan. Hari ni 1 Muharram 1430 Hijrah sudah hampir berlalu dan akan masuk 2 Muharram. Ah, cepat sungguh masa berlalu kan. Sehari, kalau diisi dengan macam-macam urusan akan rasa terlalu cepat berlalu.
Ummi sedang tunggu Adik pergi cari ubat nyamuk dan pencuci pinggan mangkuk. Pagi-pagi tadi meredah hujan ke 'airport' menghantar abang ipar sekeluarga yang menetap di Sabah, pulang ke sana setelah bercuti sejak Hari Raya Haji lagi. Maklumlah... sekali balik mestilah duduk lama-lama sebab bukan senang nak balik selalu-selalu dengan keluarga yang semakin membesar. Jauh pulak tu. Nuuuuuuun di Sandakan sana.
Antara barangan yang kami beli. Tepung dan susu segar 1 botol tu KakChik punya projek. Nanti menjadi KakChik letak dalam blog hehehe. Belah petangnya, KakChik bawa Ummi ke Tesco untuk beli-belah barang-barang dapur. Ummi tak pernah sekalipun pergi ke Tesco. Dah banyak kali ajak tapi dia tak mahu pergi sebab dia fobia sikit nak naik tangga bergerak tu. Tesco pulak takde lif. Tapi hari ni Ummi setuju pulak. Barangkali lepas dengar cerita Mak yang sayur kat Tesco tu murah-murah.
Ummi asyik dok tengok orang yang ramai dalam Tesco. Walaupun sakit lutut, Ummi dapat juga datang untuk kenal Tesco KB. Sampai kat Tesco, punyalah ramainya orang. Tapi memang kat mana-mana pasaraya kat Kota Bharu ni di musim cuti memang ramai orang. Kat sini tak ramai yang lepak sebab keadaan 'layout' dalaman yang tak ramah kaki lepak, baguslah macam tu. Lain pulak kalau di KB Mall, kat situ memang ramah kaki lepak. Agaknya sebab Tesco ni memang sasarannya lebih kepada surirumah maka disusun aturkan sebegitu.
Selesai membeli-belah hampir jam 5 petang (2 jam kat dalam tu) kami mula
beredar nak balik tapi Adik nak beli jam tangan la pulak. Banyak sungguh barangan yang kami beli sebab memang dah rancang nak membeli barang dapur kat situ. Kami habis RM206.70 untuk semua barang yang kami beli. Antara yang dibeli di Tesco:
- Ubi kentang
- Ubi keledek
- Sawi
- Kobis
- Lada merah
- Tomato
- Mentimun
- Bawang Putih
- Bawang Besar
- Karot
- Tart telur
- Milo
- Gula
- Susu segar
- Keju mozarella
- Keju sandwich
- Roti Perancis (kegemaran Ummi, dimakan bersama teh atau sapu 'chilli tuna', mmmm yummy)
- Shieldtox
- Jambu Madu
- Nestle Yogurt Drink
- Telur
- Tepung gandum
- Tepung Protin Tinggi
- Sos Pizza
- Sos Cili
- Sos Tomato
- Kek Pisang
Lepas tu kami singga Secret Recipe:
- New York Cheese Cake
- Satu lagi cheese cake yang KakChik dah lupa namanya
Kedua2 cheese cake teramatlah 'delicious'nya. KakChik beli satu slice je untuk tiap jenis, sekadar nak rasa je tapi memang tak akan beli dah kot. Harganya RM6.50 satu slice, mahal oi..
Jalan lagi jumpa pulak orang jual swissroll macam-macam jenis RM10 untuk 3 biji. Apa lagi, beli je. Nanti boleh buat bekal ke pejabat. Nak buat tak pandai, nak cari resepi pulak terasa malas. Jadi beli ajelah.
Dah siap beli apa yang patut, jom la kita balik. Kaki sudah sakit, kepala sudah berdenyut. KakChik memang senang sakit kepala kalau ke pasaraya.