Followers

30.12.08

Raptai Countdown Tahun Baru 2009

Malam ni KakChik diarahkan ke stadium kerana perlu menguruskan persembahan multimedia dan peralatan media untuk sambutan Countdown Tahun Baru 2009. Sempatlah ambik beberapa keping gambar berkualiti rendah dalam hujan yang turun lebat sekejap-sekejap.

Sdr. Hafiz Hamidon, pengacara Akademi Nasyid TV9 telah dijemput untuk mengacarakan majlis serta menyampaikan beberapa buah lagu. Kelihatan beliau sedang berbual dengan Ketua Unit Wanita, Urusetia Pembangunan Wanita, Belia & Sukan, Cik Azlina. Hafiz ni memang peramah & mudah berkira.

Kuda dan kereta kuda akan turut terlibat dalam acara perarakan yang akan diadakan bersama rombonga motorsikal klasik.

YB Haji Takiyuddin, EXCO Kerajaan Negeri (baju oren) bersama para pegawai UPWBS dan MPKB-BRI sedang berbual dengan Sdr. Hafiz Hamidon.

Deretan motorsikal klasik yang agak berarak malam esok.

Orang kuat program, YB Wan Ubaidah Omar, EXCO Kerajaan Negeri sedang melihat persiapan sambutan yang sedang dilakukan di atas padang stadium.

Para pemukul gendang dari 4 kaum utama Kelantan iaitu Melayu, Cina, India dan Siam sedang berkumpul di pentas utama untuk acara raptai dan 'sound testing'.


Antara petugas yang sedang menyiapkan tag nama untuk VIP, Media, Urusetia dan Peserta terdiri daripada staf UPWBS serta Penghuluwati (pakai vest).

NANTIKAN BERITA LANJUT ESOK.

Tahniah!

Tahniah untuk dua orang anak saudara KakChik yang berjaya cemerlang dalam PMR baru-baru ni. Tahniah Muazzin Munzir dan Nabil Zaffry yang masing-masing mendapat 9A dan 6A. Gambar Zaffry takde sebab dia kat Shah Alam.

Munzir, KakChik hadiahkan sebuah buku, MEREDAH SAMUDERA kerana minatnya terhadap lakaran & lukisan rekabentuk kapal-kapal canggih. Buku tu tentang anak kapal yang belajar di lautan. Harapharap Zir suka. Memang pandai melukis ni macam arkitek je. Munzir, antara 26 orang pelajar terbaik dari 300 lebih pelajar MML, KB.

Ini kertas keputusannya. KakChik dulu dapat 6A je, selebihnya B. Mesti Ummi dah Abah 'happy' sesangat tu. Nanti jangan lupa rajin-rajin baca buku yang Chikja bagi tu. hadiah untuk Zaffry terpaksa disimpan dulu sehingga dia balik cuti nanti.

Hidangan Makan Tengah Hari - Nasi Kerabu Ibunda


Gembira Dalam Duka

Assalamualaikum teman-teman semua.

Dalam meniti hari-hari awal Muharram ini, KakChik kadang-kadang gembira tapi dalam masa yang sama turut berduka. Gembira kerana adanya teman-teman yang saling ziarah menziarahi, mengucapkan salam Maal Hijrah dan Tahun Baru dan ada yang rajin dengan menyertakan kad ucapan bersama. Siapa yang tidak rasa gembira kan? KakChik amat berterima kasih kepada semua teman-teman yang saban hari sudi menjenguk KeluargakuSayang ni yang hanya sekadar laman blog lakaran sedikit sudut pengalaman kehidupan KakChik di Kota Bharu ini. Blog ini tiadalah mempunyai penulisan yang bersifat ilmiah tinggi kerana KakChik sendiri tidak pandai menulis sebegitu dan lebih kepada cerita-cerita bergambar yang sesekali diselangi sedikit tazkirah untuk renungan dan manfaat bersama. Sebagai tanda terima kasih, ingin KakChik abadikan kad-kad ucapan teman-teman di sini untuk dikongsikan bersama pengunjung yang lain. Ibarat gambar yang difrem dan digantung di dinding rumah. Boleh dilihat oleh sesiapa saja yang datang berkunjung.




Dalam pada tu, KakChik terasa sangat dukacita melihat, mendengar dan membaca berita tentang saudara kita di Palestin. Sedih dan marah bercampur baur kepada rejim kejam Yahudi Zionis laknatullah. Dalam sekalian ummat Islam membuat persediaan menyambut Maal Hijrah, rejim ini dengan ganasnya telah mengebom orang awam atas alasan untuk memburu pejuang Hamas. Mereka bangga dengan segala alatan military yang canggih tapi MASIH BOLEH TERSALAH BOM! KEPALA PENIPU mereka ni. Sebenarnya mereka ingin menghapuskan masyarakat Palestin dan meneruskan agenda mereka untuk mengambil tanah milik Islam tu. Bagi KakChik, Yahudi Zionis ni ibarat general syaitan berfizikal manusia. Allah menjadikan mereka sebagai satu UJIAN BESAR kepada seluruh ummat Islam. Tapi manakah kesatuan Islam yang mahu tampil ke depan melawan penjenayah dunia ini?

(Gambar Reuters) Penduduk Rafah, Gaza menangisi kematian 3 orang
kanak-kanak mangsa terkini serangan Rejim Zionis.


Di sinilah terasa sangat kecilnya diri sendiri memainkan peranan. Keselesaan dan keseronokan kehidupan kita di tanah air yang aman ini menyebabkan kita lalai dari menjadi hamba Allah yang sebaik-baiknya. KakChik kadang-kadang terasa, masalah itu terlalu jauh dari kita, tak terasa sangat yang kekejaman sedang dilakukan ke atas ORANG ISLAM, sekadar berkata, "Oh, kesiannya... jahatnya Israel ni." Itu saja.

Jomlah kawan-kawan kita beringat-ingat. Marilah kita sama-sama berusaha beramal makruf nahi mungkar, saling nasihat menasihati, saling doa mendoakan, saling ingat mengingatkan, saling kasihan mengasihani kerana kita adalah Islam dan kita perlu bersama dalam memastikan ummat Islam di mana saja (di negara kita terutamanya) akan lebih bersatu dan bekerjasama mengukuhkan syiar dan syariat Islam. Janganlah hendaknya kita ini dilalaikan dalam keseronokan dunia. Moga-moga Allah bersama kita.

29.12.08

Tesco Shopping Spree

Assalamualaikum dan salam ceria untuk teman-teman terutama yang sudi singgah dan meninggalkan komen atau pesan. Hari ni 1 Muharram 1430 Hijrah sudah hampir berlalu dan akan masuk 2 Muharram. Ah, cepat sungguh masa berlalu kan. Sehari, kalau diisi dengan macam-macam urusan akan rasa terlalu cepat berlalu.

Ummi sedang tunggu Adik pergi cari ubat nyamuk dan pencuci pinggan mangkuk.

Pagi-pagi tadi meredah hujan ke 'airport' menghantar abang ipar sekeluarga yang menetap di Sabah, pulang ke sana setelah bercuti sejak Hari Raya Haji lagi. Maklumlah... sekali balik mestilah duduk lama-lama sebab bukan senang nak balik selalu-selalu dengan keluarga yang semakin membesar. Jauh pulak tu. Nuuuuuuun di Sandakan sana.

Antara barangan yang kami beli. Tepung dan susu segar 1 botol tu KakChik punya projek. Nanti menjadi KakChik letak dalam blog hehehe.

Belah petangnya, KakChik bawa Ummi ke Tesco untuk beli-belah barang-barang dapur. Ummi tak pernah sekalipun pergi ke Tesco. Dah banyak kali ajak tapi dia tak mahu pergi sebab dia fobia sikit nak naik tangga bergerak tu. Tesco pulak takde lif. Tapi hari ni Ummi setuju pulak. Barangkali lepas dengar cerita Mak yang sayur kat Tesco tu murah-murah.

Ummi asyik dok tengok orang yang ramai dalam Tesco. Walaupun sakit lutut, Ummi dapat juga datang untuk kenal Tesco KB.

Sampai kat Tesco, punyalah ramainya orang. Tapi memang kat mana-mana pasaraya kat Kota Bharu ni di musim cuti memang ramai orang. Kat sini tak ramai yang lepak sebab keadaan 'layout' dalaman yang tak ramah kaki lepak, baguslah macam tu. Lain pulak kalau di KB Mall, kat situ memang ramah kaki lepak. Agaknya sebab Tesco ni memang sasarannya lebih kepada surirumah maka disusun aturkan sebegitu.

Selesai membeli-belah hampir jam 5 petang (2 jam kat dalam tu) kami mula
beredar nak balik tapi Adik nak beli jam tangan la pulak.


Banyak sungguh barangan yang kami beli sebab memang dah rancang nak membeli barang dapur kat situ. Kami habis RM206.70 untuk semua barang yang kami beli. Antara yang dibeli di Tesco:
  • Ubi kentang
  • Ubi keledek
  • Sawi
  • Kobis
  • Lada merah
  • Tomato
  • Mentimun
  • Bawang Putih
  • Bawang Besar
  • Karot
  • Tart telur
  • Milo
  • Gula
  • Susu segar
  • Keju mozarella
  • Keju sandwich
  • Roti Perancis (kegemaran Ummi, dimakan bersama teh atau sapu 'chilli tuna', mmmm yummy)
  • Shieldtox
  • Jambu Madu
  • Nestle Yogurt Drink
  • Telur
  • Tepung gandum
  • Tepung Protin Tinggi
  • Sos Pizza
  • Sos Cili
  • Sos Tomato
  • Kek Pisang
Lepas tu kami singga Secret Recipe:
  • New York Cheese Cake
  • Satu lagi cheese cake yang KakChik dah lupa namanya
Kedua2 cheese cake teramatlah 'delicious'nya. KakChik beli satu slice je untuk tiap jenis, sekadar nak rasa je tapi memang tak akan beli dah kot. Harganya RM6.50 satu slice, mahal oi..

Jalan lagi jumpa pulak orang jual swissroll macam-macam jenis RM10 untuk 3 biji. Apa lagi, beli je. Nanti boleh buat bekal ke pejabat. Nak buat tak pandai, nak cari resepi pulak terasa malas. Jadi beli ajelah.

Dah siap beli apa yang patut, jom la kita balik. Kaki sudah sakit, kepala sudah berdenyut. KakChik memang senang sakit kepala kalau ke pasaraya.

Hari ni hujan, hantar abang ipar di 'airport'

Cik Abe, Mak dan Makcik Yah (mak sedara Cik Abe) semasa menanti van yang membawa abang ipar sekeluarga sampai di 'airport'. Inilah kali pertama Cik Abe dan Mak bergambar bersama selepas hampir 6 tahun.

Apalah yang Mak sedang fikirkan tu?

Abang Dan (kemeja biru air) yang baru sampai sedang sibuk memunggah beg & barang yang banyak. Keluarga besar nak balik ke Sabah, tentulah banyak barangnya.

Cik Abe dan Abang Dan sedang beratur untuk 'check-in' di kaunter Air Asia. Ramai sungguh orang kat 'airport' hari ni. Ada yang datang menyambut kepulangan rombongan haji dan ada yang datang menghantar ahli keluarga ke mana-mana, macam kami.

Mak dan adik ipar, Yah bersama anaknya Aini Syakirah, duduk-duduk sementara menunggu Abang Dan selesai 'check-in'. Nasib baik dapat kerusi, kalau tak, lenguhlah kaki dok berdiri kat situ dahlah orang penuh sesak.

Inilah keluarga sebelah Cik Abe. Mak (MIL) yang pakai tudung labuh tu dan Ayah (FIL) yang pakai kemeja putih tu. Yang lain tu ialah sanak-saudara yang datang dari Kg. Berangan untuk menghantar Abang Dan sekeluarga balik ke Sabah.


28.12.08

Makan Ikan Bakar Bawah Jambatan

Malam tadi, ada kawan nak belanja makan di Medan Ikan Bakar di bawah jambatan kat KT tu. Lepas solat jamak Maghrib dan Isyak, KakChik dan kawan-kawan pun bertolak ke restoran tu. Ramai sungguh pelanggannya, hampir takde meja kosong. Siap ada yang dah 'booking' awal-awal beberapa meja. Sekali tengok macam meja hidangan kat restoran @ hotel je...

Kata Intan (yang tengah tu), tempat tu memang famous... selalu dikunjungi oleh pelanggan berkumpulan. Macam kamilah yang datang berlapan. Nasib kami baik, ada dua meja yang baru dikosongkan, dapatlah kami duduk selepas beberapa ketika ke sana ke mari mencari meja.

Muka-muka ceria dua orang blogger. Seorang suka cerita pasal buku, seorang lagi suka cerita pasal makan. Nampak je kakchik angkat kamera, dok sibuk bersembang pun terus ready nak ambik gambar. ish ish ish... dilah & fari ni.

Restoran ni separuhnya dah masuk kawasan sungai. Nampak tu bayang-bayang lampu dalam air sungai tu. Masa ni hujan renyai-renyai dan dalam medan ikan bakar ni bingit sesangat. Gelap sangat. Tak nampak jambatannya.

Kat sini boleh pilih sendiri lauk yang kita nak makan, nanti diorang timbang dan masakkan ikut permintaan kita. Inilah makanan laut bersama ikan siakap yang kami pilih sebelum dimasak. Yang lepas masak tak sempat nak ambik gambar sebab sebaik je sampat kat atas meja, semua macam terkam je lauk tu... lapar... kena tunggu sejam baru dapat makan.

Sempat posing sambil menunggu hidangan. Muka-muka ceria yang keletihan. Masing-masing memandu dari jauh, sampai kat KT terus mesyuarat, belum mandi pun lagi. Tapi perut yang lapar perlu juga diisi.

Ha... Intan ni bagus. Dalam dok menunggu tu dia sempat lagi baca buku. Orang keje sibok memanjang, masa ginilah sempat nak belek buku. KakChik pulak isi masa dengan ambik gambar kawan-kawan.

Buku yang dibawa Intan, barangkali peminat Ramlee Awang Murshid. KakChik kalau novel BM memang lambat sikit berbanding novel BI. Bukanlah pandai sangat BI tu tapi memang tak minat sangat baca novel BM ni, buku-buku lain takpe.

Ini pinggan KakChik selepas makan nasi + ikan siakap 3 rasa + telur grg + sayur cmpr + udg celup tpg + sotong grg berempah + lala bersos dan ditambah pulak dengan jus oren. Alhamdulillah.... memang sedap jugak lauk-pauk kat sini. Nak kata tak pernah makan yang lebih sedap tu taklah tapi bila makan ramai-ramai ni memang enak bangat.

Orang tu memang tak makan nasi pun. Asyik makan sayur dan lauk je... tapi memang suka makan tu. bagus juga fari ni. Tak makan nasi tapi makan lauk. Tapi beringat ya... karbohidrat tu perlu jugak untuk tenaga tu...

Dalam ramai-ramai tu ada yang sudi nak licinkan kepala ikan siakap tu. Ni belum licin ni...

Jiran sebelah yang suka membaca tu, pun tak makan nasi. Yang banyak dia makan ialah lala... sampai menangguk di air keruh mencari lala, hehehe...

Ha... cepat licinkan mana-mana lauk yang berbaki tu... rugi kalau tak habiskan.


Semua lauk-pauk dah licin kami makan. Insya-Allah makan dengan beradab sekali... walaupun dah kelaparan kot masa tu.

Bila dah selesai makan dan membayar, kami nak balik beradulah pulak. Tapi, cop! Nak abadikan kenangan kat sinilah kejap. hehehhe.... tanda dah pernah sampai kat sini.

Nota:
Sekarang ni di Zahra', berehat awal sikit sebab sakit urat bawa kereta pagi tadi.

27.12.08

Perjalanan Hari Ini

Assalamualaikum teman-teman semua dan lebih-lebih lagi salam untuk suami tersayang yang mungkin akan singgah juga di blog isterinya ini.

Berhenti sebentar di Telong, Bachok. Saja nak ambik gambar perspektif jalan ni.

Sepertimana yang KakChik maklumkan, hari ini KakChik ke Kuala Terengganu dan kini semasa menulis ni KakChik sedang berada di rumah tetamu di Kuala Ibai. Alhamdulillah, rumahnya tersangatlah selesanya, dengan 4 bilik yang besar-besar dilengkapi segala kemudahan, terima kasih kepada Intan yang telah menolong mencarikan rumah ini.

Sebelum naik Jambatan Tok Bali yang tinggi menjunam tu.

Oleh kerana tadi sebaik saja sampai terus masuk mesyuarat sebab KakChik terlewat sampai kerana asyik 'makan jem' apabila mula memasuki bandar Kuala Terengganu. Tamat mesyuarat yang pertama dalam pukul 5 lebih, berehat sebentar, makan-makan masuk pula mesyuarat yang kedua. Hai... kelihatan orang lain yang terlibat agak keletihan namun kedatangan kami ke sini pun memang untuk mesyuarat, maka mesyuaratlah jawabnya.

Badan dah letih ni jadi kawan-kawan tengok ajelah gambar-gambar yang KakChik ambik semasa perjalanan siang tadi dan tersilap jalan hingga ke Sg. Tong. Tak yah ceritalah macamana boleh tersilap tu, hehehe...

Nampak tak jambatan yang naik tinggi tu? Nun sayup kat depan tu. Jambatan Tok Bali la tu (untuk yang tak pernah lalu, yg dah biasa lalu memang tak heran).


Ketika gambar ini dirakam, kereta betul-betul berada di puncak Jambatan Tok Bali. Hehehe... berani tak ingat bahaya ni. Satu tangan pegang stereng, satu pegang telefon buat ambik gambar. Nak berhenti tak boleh kat atas ni.


KakChik dah silap jalan masa sampai kat sini. Ni nak ke Sg. Tong dah, hampir sampai Felda Belara. Terpaksa pusing balik untuk ambil kawan di Kg. Saujana, Setiu.


Dah sampai pun KT. Nampak bangunan UMT (dulunya KUSTEM) yang KakChik datang berkursus 2 tahun lepas. Dah banyak perubahannya.


Sampai sini dah tak dapat nak ambik gambar dah, jalan mula jem dan polis pun ramai. Lagipun dah letih... ingatkan sampai cepat ke Kuala Ibai, tapi kekenyangan 'makan jem' maka sampai lah lambat.

Catatan ini ditulis pada 27hb. Dis 2008, jam 11.13 mlm
Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs