Dua hari lepas, Ummi telah dimasukkan ke Hospital USM kerana serangan jantung dan tekanan darah yang tinggi. Kami sekeluarga amat sedih dan bimbang akan keadaan Ummi. Sebenarnya Ummi sudah mula sakit sejak hari raya haji lagi tapi dia berkeras tidak mahu ke hospital walaupun sudah banyak kali kami pujuk. Katanya dada dia sakit sangat. Aku rasa amat kesian dan dukacita kerana tidak dapat menjaga Ummi sepenuhnya.
Alhamdulillah, malam pertama Ummi di hospital, akulah yang menjaganya. Ummi tak dapat tidur lena, mungkin kerana perubahan tempat dan juga sakit kepala kesan dari ubat yang dimasukkan ke badannya. Aku pun turut tidak tidur kerana bimbang Ummi perlukan pertolongan atau teman bercakap. Alhamdulillah, walaupun tidak tidur, esoknya aku masih mampu bertahan untuk mengajar senamrobik kepada wakil-wakil DUN di Zahra' pada jam 10 pagi. Petang selepas Zohor barulah aku sempat melelapkan mata sehingga Abang kejut sembahyang Asar pada 5.10 petang.
Malam ni giliran Chenah pula menjaga Ummi.