Followers

31.12.07

Ummi diserang sakit jantung dan darah tinggi.


Dua hari lepas, Ummi telah dimasukkan ke Hospital USM kerana serangan jantung dan tekanan darah yang tinggi. Kami sekeluarga amat sedih dan bimbang akan keadaan Ummi. Sebenarnya Ummi sudah mula sakit sejak hari raya haji lagi tapi dia berkeras tidak mahu ke hospital walaupun sudah banyak kali kami pujuk. Katanya dada dia sakit sangat. Aku rasa amat kesian dan dukacita kerana tidak dapat menjaga Ummi sepenuhnya.

Alhamdulillah, malam pertama Ummi di hospital, akulah yang menjaganya. Ummi tak dapat tidur lena, mungkin kerana perubahan tempat dan juga sakit kepala kesan dari ubat yang dimasukkan ke badannya. Aku pun turut tidak tidur kerana bimbang Ummi perlukan pertolongan atau teman bercakap. Alhamdulillah, walaupun tidak tidur, esoknya aku masih mampu bertahan untuk mengajar senamrobik kepada wakil-wakil DUN di Zahra' pada jam 10 pagi. Petang selepas Zohor barulah aku sempat melelapkan mata sehingga Abang kejut sembahyang Asar pada 5.10 petang.

Malam ni giliran Chenah pula menjaga Ummi.

20.12.07

Aidil Fitri 1428Hijrah












Raya Aidil Fitri

Chenah dan Akiff (sedang lena) bersama Umi dan Ayah
Adik bersama Umi dan Ayah

Umi dan Ayah kesayangan kami sekeluarga.
Angah-Abe Sir : K.Chik-Abe Chik
Chena-Abe Di dan anak-anak, Ikhwan & Iffah
La-Mizan bersama anak-anak, Ameerah & Amreena (Emran tidur)
Abe Ee-Along dan anak-anak, Siti Maryam & Syuhada' bersama Umi dan Ayah
Abe Sir-Angah bersama Umi dan Ayah


My Family

Amreena memang suka bergaya. Tengok tu, bukan main eksyen lagi dengan pakai cermin mata hitam. Masa ni kami pergi kenduri kahwin adik Angah di Kg. Sabak. Selamat pengantin baru Tie!

Ameerah memang suka ikut kami ke MariBaca, tapi kali ni kami ada Pesta Buku Kelantan di Balai Islam Lundang. Dia ikut juga... Pakai baju tebal sebab hari dah malam dan suhu dalam dewan Balai Islam tu sejuk ....

Ameerah pun suka acah-acah. Ni masa kat rumah Tok Mek Sabak. Dah makan nasi kenduri, dia nak minum air sirap hijau... warna hijau sebab orang PAS (hehehe).

Ameerah juga suka ikut KChik ke Zahra'. Ni dia sedang makan laksam. Tengok mulut tu... eeiii comot pun comel juga anak sedara KChik ni. Seronok dia dapat makan sendiri.

Ameerah ikut KChik ke Taska Murni Minda di Bunut Payung. Masa ni KChik nak jumpa pengurusnya, kawan KChik, untuk dapatkan bahan nak jawab 'assignment' DECE. Ameerah seronok dapat main macam-macam alat kat taska tu.

Munzir dan Ikhwan



30.9.07

Akhirnya Nofi Kembali ke Semarang

Hari Rabu lepas, Nofi telah bertolak ke JB bagi memulakan perjalanannya pulang ke Semarang, Indonesia. Nofi (Norvianti Karsono), 22 ialah pengasuh (bibik) anak-anak adikku Dr.Azila.

Seingat aku, Nofi datang ke rumah kami di Pulau Melaka, dua minggu selepas Aidil Fitri 2005, bermakna dia telah menjadi sebahagian ahli keluarga kami hampir dua tahun lamanya. Walaupun Nofi datang untuk bekerja, namun keluarga kami telah mengangkat Nofi sebagai keluarga kami. Tiada layanan berbeza (lazim antara majikan-pekerja) yang kami lakukan terhadap Nofi. Alhamdulillah layanan seluruh ahli keluarga, sama ada yang tinggal di rumah keluarga atau sudah ada rumah sendiri terhadap Nofi seperti adik-beradik (dalam batas-batas agama).

Umi ialah orang yang paling rapat dengan Nofi sebab sepanjang hari mereka berdualah orang yang sentiasa sibuk menguruskan rumah dan urusan dapur. Kalau awal datang dulu Nofi bercakap Bahasa Melayu (yang agak standard), kini Nofi bercakap dialek Kelantan pelat Indonesia. Bak gurauan kami sekeluarga, kalau Nofi kena tinggal di luar Kelantan lepas ni, tentu dia susah nak berkomunikasi sebab, loghat Kelantannya.

Jun 2007, La terpaksa berpindah ke Penang mengikut suaminya yang naik pangkat dan ditukar ke sana. Bermakna ketiga-tiga anak saudaraku (Ameerah, Amreena dan Emran) dan sudah tentu Nofi akan turut berpindah. Khabarnya kehidupan La sekeluarga di Penang agak baik walaupun katanya terlalu banyak masa dihabiskan di atas jalanraya kerana jalan di Penang sering 'jam'.

Tiba-tiba Allah ingin menguji kami sekeluarga, tanggal 26 Ogos, La kemalangan bersama Ameerah, Amreena dan Nofi. Ringkas ceritanya mereka dalam perjalanan ke pasar melalui jalan berbukit yang masih basah dan licin selepas hujan. Oleh kerana belum agak biasa dengan jalan berbukit, La telah terbabas ke dalam parit di bahu jalan. Akibatnya... kemalangan. Alhamdulillah La dan anak-anak hanya cedera ringan, tapi Nofi pula sebaliknya. Patah tulang selangka, retak tulang punggung dan cedera teruk di lutut kanan. Sungguh kami sekeluarga bersedih atas musibah ini terutama memikirkan Nofi yang berhajat untuk pulang ke seberang sebelum Aidil Fitri tahun ini.

Aku, Umi dan Adik ke Penang mengambil semuanya pulang ke kampung terutama Nofi, untuk dapatkan rawatan tulangnya. Oleh kerana Ayah telah banyak pengalaman terlibat dalam kemalangan dan patah tulang, sebaik sampai di kampung Nofi dibawa berjumpa Dr Daud (bomoh patah) di Kg. Buloh Poh. Berkat kesabaran, alhamdulillah tulang Nofi dapat diperbetul kedudukannya. Nofi boleh berehat (gambar atas) di rumah kami dan dilayan seperti ahli keluarga yang sakit yang lain. Dia dah sedih bimbang lambat sembuh dan tak dapat pulang ke kampungnya, tapi kuasa Allah Maha Hebat, dalam waktu yang singkat Nofi boleh bangun-duduk sendiri, berjalan, membengkokkan lututnya, mengangkat benda-benda ringan dan pernah juga menggoreng bihun untuk Ikhwan!

Akhirnya Allah makbulkan doa Nofi untuk pulang tahun ini. Yang sedih adalah kami. Bukan senang mendapat pengasuh yang baik, menjaga aurat, banyak sabarnya dengan kerenah anak-anak saudaraku yang ramai di rumah tu (5 di bawah 8 tahun termasuk anak-anak La), dan kami berenam (Mama, C'Nah, C'Na, Aku, La dan Adik). Kami ialah sebuah keluarga yang 'meriah'.

Malam Rabu lalu sukar sekali untuk kami berpisah dengannya. Aku sempat menghadiahkan sepasang baju mini kurung untuk raya, sebuah buku Mendekati Tuhan dan sebuah album gambar kenangan keluarga. aku lihat Nofi sudah berderaian air mata. Namun, Nofi permisi juga. Selamat jalan Nofi. Jika diizin Allah, kita akan jumpa lagi.

Rumah kami

18.9.07

Khairul Ikhwan sedang melukis di pejabat aku

Aku memang selalu membawa Ikhwan ke Zahra' ni. Biasanya aku suruh dia baca buku dulu kemudian baru aku benarkan dia buat aktiviti lain. Yang selalu dia buat ialah melukis. Kat dalam pejabat aku ni dah ada 4 lukisan yang dia lukis. Rasanya Umi dia pun tak tahu.



Ini salah satu lukisan yang dilukisnya. Tajuk buah-buahan tempatan. Cantikkan?

Amreena Solat

Tengoklah si kecil Amreena ni. Lepas tengok Tok Mek sembahyang, dia pun apa lagi, ambil tempat di sejadah kono-kononnya Solat lepas tu siap dengan berdoa sekali. Baguslah, inilah latihan dari kecil.


Apa yang didoakan tu? Gambar ni diambil semasa aku ke Penang menziarahi La yang kemalangan pada 27 Ogos lepas.

Wan Farihin Mustaqim Wan Mustafa di Dar Nur al-Zahra'

Inilah anak saudaraku yang tinggal di Kuala Krai. Eii...geramnya. Pandai betul bergaya Aqim ni. Nak ikut aku ke Zahra' padahal Mama dan Wan nya ada di rumah. Seronok tengok Aqim susun buku dan melukis. Nanti kalau balik KB, boleh datang lagi ya.




Ha... tengok tu, disusun dengan kemas buku-buku tu.




Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs