Followers

1.3.15

BERABAYA KE MANA SAHAJA

BISMILLAH.



Terasa lama sangat kakchik tidak menulis di blog seperti dulu-dulu. Malam ni selepas membaca satu artikel di suratkhabar, hati tiba-tiba rasa nak menulis pula. Moga-moga ada manfaat di sebalik tulisan malam ni.

Alhamdulillah kakchik sekarang sudah 24 minggu mengandungkan bayi bertuah ini. Walaupun kandungan semakin kelihatan baby-bumps nya tapi masih ramai juga orang tidak perasan apabila mereka bertemu kakchik. Ya, mungkin kerana abaya yang dipakai telah berjaya menyorok keadaan diri yang mengembang dari pandangan mata. Syukur alhamdulillah.

Kakchik memang tak nak orang nampak. Segan bercampur malu. Terasa seperti tak lengkap penjagaan aurat kakchik kalau baby-bumps kelihatan dengan jelas. Usaha juga sebaik mungkin agar tak nampak. Tapi, kita tak mampu juga nak melawan kuasa angin yang Allah jadikan. Sekali ia bertiup kuat, ternampaklah juga.

Syukur juga abaya kakchik mampu mengurangkan kesan nampak tersebut. Hati gembira sebab tak perlu nak beli baju maternity sebab semua abaya pun longgar dan masih boleh dipakai macam biasa. Cuma kakchik dalam usaha untuk tambah koleksi abaya yang belah depan untuk mudah menyusu esok-esok. Sekarang ni banyak yang jenis sarung jadi tidak praktikal bila baby dah lahir nanti.

Ni baby tengah aktif ni. Dia suka sangat waktu lepas Maghrib dan Subuh kerana waktu tu kakchik luangkan untuk mengaji Qur'an dan tadabbur maknanya. Tapi waktu-waktu lain pun baby bertuah ni aktif. Bedebub-bedebab dia main tendang-tendang kat dalam tu hehe. Syukur sangat kan dengan nikmat yang Allah anugerah ni? Pasti kawan-kawan yang pernah mengandung memahaminya.


Related Posts with Thumbnails