Followers

29.7.12

LANGKAH BEBAS KEWANGAN: Langkah 7

1 comments
BISMILLAH


LANGKAH 7 dari 30 - TINGKATKAN KREDIBILITI ANDA


Selain dari langkah sebelum ini yang Mekanik$ berikan supaya anda boleh mendapatkan pendapatan yang lebih. ada juga cara yang lebih kreatif dalam menambah nilai dan kredibiliti untuk diri anda.

1) Masuk apa apa pertandingan anugerah dalam bidang yang anda ceburi. Anda boleh menyertai dengan menghantarkan permohonan kepada mereka yang menganjurkannya. Dan sekiranya anda dilihat mempunyai kelayakan mungkin anda akan dipilih memenangi anugerah tersebut dan ini dilihat sebagai sesuatu yang amat berharga dalam resume anda. 

2) Mengambil kelas untuk meningkatkan skil anda dalam bidang anda atau satu skil yang baru untuk menambah nilai diri anda juga akan memberikan peluang untuk anda meningkatkan pendapatan anda, serta mendapat tawaran tawaran lain disebabkan ilmu baru yang anda perolehi .

3)Dapatkan sijil sijil tertentu sebagai pakar dalam bidang tersebut juga akan memberikan anda peluang untuk menambahkan pendapatan anda dan juga mengembangkan perniagaan anda sekiranya anda berniaga. Jadi sentiasa UPGRADE dan dapatkan certification.

23.7.12

Catatan 3 Ramadhan Yang Sayu

8 comments
BISMILLAH.

Assalamualaikum dan Ramadhan Mubarak. Apa khabar? Lama kakchik tak menulis di sini kan? Entri-entri kewangan tu tak dikira kerana ianya adalah autopublish. Tetiba hari ni dalam keadaan kepala yang agak sakit, tekak yang batuk-batuk dan badan yang sedikit panas, tangan terasa mahu menulis. 

Mungkin sebab terlalu lama meninggalkan blog sendiri, rohnya hilang sedikit dari jiwa kakchik. Roh menulis... tapi bila semangat datang ni baik teruskan walau badan kurang sihat takut nanti hilang lagi idea dan semangatnya.

Hari ni sudah Ramadhan ke-3. Alhamdulillah syukur kerana Allah masih izinkan kakchik menikmati puasa Ramadhan kali ini. Itupun tak tahu sempat dihabiskan 30 hari atau tidak. Maut entah bila akan datang menjemput dan diri pula asyik lupa yang bekalan amalan baik sangatlah sedikitnya. Takut juga. Takut mati dalam kelekaan dengan segala nikmat dunia. Na'uzubillah.

Pagi tadi kakchik mahu menghantar mesej 'Sanah helwah' kepada seorang teman online dari Johor. Sudah beberapa bulan kami tidak berinteraksi dan kakchik tahu beliau tidak sihat cuma tidak tahu tahap sebenar kesihatannya.

Semasa masuk ke fesbuknya, hati terus menjadi sebak apabila kakchik melihat berderetan mesej-mesej dari ramai kawan-kawannya. Semuanya ada perkataan ini, 'Al-Fatihah'. Innalillahi wa inna ilaihiraajiun. Allah Maha Kaya. Rupanya kawan kakchik ini telah kembali ke Rahmatullah 19 Mei yang lalu. Al-Fatihah untuk allahyarham Amira Amy.

Sebaknya... tak tahu nak kata. Terasa sangat sedih mengingatkan kakchik tidak berpeluang menegur-sapa beliau ketika akhir hayatnya. Semoga Allah tempatkan ruh arwah bersama ruh orang-orang yang beriman. Perkenalan kami yang bermula dalam tahun 2010 yang dimulakan oleh arwah, meninggalkan kesan yang mendalam di hati kakchik.

Ini mesej pertama yang arwah Amy hantar kepada kakchik di fesbuk.



Semoga Amy tenang di sana.

Lebih kurang sebulan yang lalu kakchik dapat tahu seorang lagi teman sedang berjuang untuk meneruskan hidup. Dia juga sedang berusaha melawan kanser. Semoga beliau mendapat rawatan yang sebaik-baiknya dan dapat kembali sembuh seperti dulu. InsyaAllah ramai juga yang bebas dari penyakit ini. Teman ini sangatlah kuat semangatnya dan tabah hatinya mengharungi ujian hidup yang datang bersilih-ganti.

Allah amat sayangkan beliau dengan menguji berkali-kali. Kakchik tahu beliau sangat kuat dalamannya walau fizikal lemah. Jangan risau temanku, senyumlah... insyaAllah Allah maha menolong hamba-hambaNya. Semoga dirimu sembuh dari penyakit berbahaya itu. Ikutlah nasihat doktor sebaik mungkin dan patuhilah jadual rawatan yang diberikan. Semoga sel-sel kanser itu dapat dihapuskan dari tubuhmu.

Airmata jatuh juga. Di hati, teringatkan arwah adik bongsu Mohd Zamani Taib (Al-Fatihah untuknya), masih terbayang-bayang batang tubuhnya di banyak sudut di rumah kami. Terbayang arwah Amira Amy yang pernah berkongsi ilmu dengan kakchik, pernah juga menjadi pelanggan kakchik. Dan hati ini berdoa, Ya Allah... Kau selamatkanlah adik yang baik hati itu dari penyakit ini. Kurniakanlah kesembuhan untuknya ya Allah. Perkenankanlah... perkenankanlah.

Amin ya Rabbal Alamin.

22.7.12

LANGKAH BEBAS KEWANGAN: Langkah 6

0 comments
BISMILLAH


LANGKAH 6 dari 30 - JADI ORANG YANG DISUKAI 



Kadang kala walau segigih mana kita kerja atau setulus mana dalam anda melakukan pekerjaan anda , masih tidak dapat apa apa pangkat atau peningkatan dalam wang gaji ? kan kan kan!!!

Sebabnya anda perlu menjadi orang yang disukai untuk mendapatkan apa yang anda inginkan tadi... Bila orang suka senang untuk anda mendapat peningkatan gaji atau pangkat..

Ini memang logik kerana orang suka pada orang yang mereka sukai, betul kan,,,, Jadi hari ini mudah saja aktiviti yang anda perlu buat...... Belajar cara untuk anda disukai.....

Untuk permulaan ini adalah yang akan buat orang suka

1) jujur
2) rendah diri
3) memahami perasaan orang lain
4)Sentiasa ceria
5)Positif
6)Panda mengawal perasaan
7)Sentaisa ramah
8)Kemas
9)Dengar dengan teliti bila orang berbual.

15.7.12

LANGKAH BEBAS KEWANGAN: Langkah 5

0 comments
BISMILLAH


LANGKAH 5 dari 30 - KEMBANGKAN NETWORK ANDA


Ramai orang hanya terfikir untuk mengembangkan network mereka apabila mereka terdesak dalam mendapatkan sesuatu service, tetapi cara ini tidak produktif. Anda harus perlu mengembangkan rangkainan kenalan sebelum anda memerlukan khidmat mereka , suapa mereka bersedia ketika anda memerlukan bantuan mereka, Saya sendiri banyak mendapat faedah dengan mempunyai rangkaian kenalan yang ramai dan berkualiti.Ini juga amat berguna dalam menjadikan kewangan anda lebih mantap.

Bagaimana anda boleh menambahkan rangkaian kenalan anda.

1) Sentiasa mengajak sesorang kenalan untuk makan, yang baik seminggu dapatkan seorang. yang baik kalau orang yang berpengaruh dan berjaya.

2)Menawarkan diri dalam kerja kerja kebajikan dan menjadi ahli jawatan kuasa dalam apa apa badan yang anda ada minat didalamnya

3)Sentiasa tersenyum apabila berada dalam sesuatu barisan menunggu bayar bil, atau di kedai kopi ketika makan,,, pada masa menghantar anak ke sekolah ,,,,, bila bila masa ada peluang untuk bercakap dengan orang mulakan untuk membina rangkaian dan kenalan baru.

4)Juga gunakan online resources seperti fb, linked in dan lelaman social untuk kembangkan kenalan , dan jadi sebagai orang yang memberi nilai kepada orang lain dalam masa membina rangkaian , always give first and automatic you will be recieving.... its the LAW of GIVING....

So jangan tunggu lagi,,, terus buat....... kalau betul apa yang anda katakan pada first time dapat tip Mekanik$ .... teruskan semua tip

9.7.12

KakChik, kenapa KakChik pakai purdah?

11 comments
BISMILLAH.


Soalan di atas selalu saja kakchik terima melalui email atau mesej di facebook. Secara ringkas, inilah jawapan kakchik:


1. purdah ialah pakaian isteri-isteri nabi, ia sunnah, insyaAllah dapat pahala jika kita ikut.
2. untuk menjaga maruah diri, memelihara iman
3. mengawal diri agar sentiasa ingat amanah sebagai hamba Allah
4. menjadi yakin, seorang muslimah tetap ada ruang untuk berada di medan masyarakat tapi menjaga batas-batasnya
5. demi redha Allah

selebihnya Allah yang Maha Tahu

8.7.12

LANGKAH BEBAS KEWANGAN: Langkah 4

1 comments
BISMILLAH.


LANGKAH 4 dari 30 - BUAT SEHABIS BAIK DALAM PEKERJAAN ANDA


Untuk sebahagian besar daripada anda, kerjaya adalah sumber pendapatan terbesar. Perbezaan yang kecil dalam pendapatan sepanjang kerjaya 40 tahun boleh bermakna berjuta-juta wang tambahan di dalam poket anda. Itulah sebabnya mengapa anda perlu memberi tumpuan pada kerjaya anda dan mengambil langkah-langkah yang khusus untuk memaksimumkan pendapatkan anda dari kerjaya anda 

Perkara #1 yang anda boleh lakukan untuk mengembangkan pendapatan anda adalah dengan mendapatkan gaji yang lebih 
Dan cara # 1 untuk meningkatkan pendapatan anda adalah untuk membuat kerja yang lebih dari biasa. ( maksudnya over deliver) 

Over Deliver memerlukan kreativiti dari diri anda , ia tidak berlaku dengan sendir - anda perlu merancang untuk membuat usaha tambahan agar majikan membayar untuk kerja tersebut.

Anda boleh ikut 3 langkah ini untuk over deliver dalam kerjaya anda:

1. Menentukan apa yang mejikan anda jangkakan dari anda. Berbincang dengan bos anda dan membuat senarai bertulis daripada apa yang beliau ingin daripada anda. Dapatkan perkara-perkara yang boleh diukur dari segi resultnya supaya tidak menjadi pertikaian .Kedua dua pihak perlu bersetuju dalam senarai supaya anda pastikan anda berada ditahap pemahaman yang sama.

2. Bekerja untuk lebih dari apa yang dijangkakan. Jika jangkaan anda adalah untuk menyelamatkan syarikat itu $ 100.000, bekerja untuk menyelamatkan $ 150,000. Jika anda perlu untuk mengembangkan jualan 5%, bekerja untuk berkembang 10%. Jika anda perlu mendapatkan tiga pelanggan baru yang memesan produk anda, bekerja untuk mendapatkan lima orang .

3. Dokumentasikan kejayaan anda secara tetap.( mingguan) , biarkan bos anda tahu bagaimana anda menjalankan tugas anda dengan matlamat anda. Tunjukan apa matlamat majikan dan apa yang telah anda capai dalam mencapai matlamat tersebut. Ini dengan sendiri akan membuktikan adakah anda over deliver.

Ketiga-tiga langkah di atas membantu anda mendapatkan apa yang anda perlu untuk mendapatkan kredit untuk kenaikan gaji dan pangkat. Promosi akan memberi kesan potensi pendapatan anda dalam kerjaya anda.

Jangan kerana anda mula memberikan perhatian untuk menambahkan pendapatan anda , jangan anda sekali kali lupa akan pa yang telah Mekanik$ sarankan semalam. Menjaga Aliran tunai.... dengan menjaga aliran tunai anda dan mengawalnya serta dengan menambahkan pendapatkan anda maka kuasa untuk anda menjadikan keadaan kewangan anda kuat adalah lebih baik. 

Anda harus tahu dan anda harus mempunyai kuasa keatas wang anda dan bukan menjadikan wang itu berkuasa keatas diri anda. 

Mekanik$ bertanggungjawap menyampaikan tip tip dan tanggung jawap anda untuk mengimplikasikan dalam diri anda.

4.7.12

Wordless Wednesday: Anak kecil yang ingin membantu.

2 comments
BISMILLAH





1.7.12

LANGKAH BEBAS KEWANGAN: Langkah 3

1 comments
BISMILLAH


LANGKAH 3 dari 30 - TAHU KEMANA DUIT ANDA PERGI


Sesetengah orang merujuk kepada ini sebagai bajet, tetapi saya suka "pelan aliran tunai" kerana ia lebih deskriptif apa yang anda lakukan. Selain itu, pelan aliran tunai kedengaran lebih proaktif!!!!

jurang antara pendapatan anda dan apa yang anda belanjakan adalah faktor penting dalam kewangan yang anda perlu tahu dan berusaha untuk mengembangkan. Dengan jurang yang besar dan berkembang, adalah cara terbaik untuk jaminan kewangan anda yang baik. Dengan jurang anda negatif atau positif yang sedikit maka sukar untuk menjamin kewangan yang baik. Anda perlu tahu untuk mengembangkan jurang anda dengan pengurusan pelan aliran tunai anda.

Untuk membuat satu pelan aliran tunai, tuliskan berapa pendapatan anda sebulan, dan kemudian menggunakan maklumat yang anda kumpul daripada dalam langkah 2 (atau dengan melihat pada rekod yang lepas) untuk mengira jumlah yang anda belanjakan setiap bulan. Tolak perbelanjaan anda dari pendapatan dan apa yang tinggal itulah jurang bulanan anda (dan diharapkan ia adalah nombor positif.)

Jika jurang anda adalah negatif, atau rendah maka anda perlu meningkat jurang tersebut dengan fokus pada simpanan anda, hanya dua cara untuk memperbaikinya adalah untuk meningkatkan pendapatan dan / atau perbelanjaan dipotong. Dan itulah apa yang akan anda ikuti dalam langkah-langkah seterusnya - idea bagaimana untuk meningkatkan pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan.

Jadi, mulakan dengan mendapatkan berapa jurang atau wang lebihan yang anda dapat sekarang. Buat dengan teliti dan pastikan anda melakukan dengan tepat.
Related Posts with Thumbnails