Followers

28.3.12

27.3.12

7 HARI YANG BERLALU

BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam rindu dari kakchik untuk kalian semua yang selalu sudi untuk singgah dan membaca. Mohon maaf kerana sudah 7 hari kakchik tidak menuliskan apa-apa di blog Keluargaku Sayang ini. Kalau nak beri sebab memang ada banyak tapi cukuplah sekadar kakchik mengatakan, Allah tidak izinkan walaupun setiap hari hati teringatkan blog ini.

Oleh kerana masa lapang pun makin kurang maka kakchik akan bercerita mengikut susunan gambar sejak 19 Mac hinggalah semalam. Kalau rajin nak membacanya, silakan... amat kakchik hargai. 

Pada 19 Mac tu banyak abaya baru telah sampai dan seperti biasa bila stok baru masuk kerja kakchik di luar waktu pejabat akan bertambah dengan mendadak. Buka kotak, cek bungkusan agar semuanya dalam keadaan baik, bilang jumlah abaya, rekodkan sama ada tally dengan invois atau tidak, katalogkan, mula mengambil gambar, muatnaik gambar ke blog dan facebook (sebanyak mana yang mampu), membuat promosi, menguruskan jual-beli, membungkus, mengepos dan kemudiannya mendapatkan maklumbalas dari para pelanggan. Fuh, penat sekali tapi kakchik tak kisah sebab kakchik seronok melakukannya.

Salah satu contoh abaya bling-bling yang baru sampai.

Keesokan harinya kakchik perlu ke JPJ untuk membuat pengesahan kad pengenalan bagi penukaran hakmilik kereta Kenari yang kini telahpun dibeli orang. Rupanya sekarang dah ada peraturan baru, kena buat pengesahan di JPJ pula. Dulu semuanya dilakukan oleh jurujual Perodua. Apapun, lega rasanya bila mengenali tuan baru si Kenari yang kelihatannya seperti seorang yang baik. Alhamdulillah.

Tabung derma di depan kaunter 9 & 10 di JPJ.

Di petang Rabu, anak-anak buah kakchik macam biasa akan naik ke rumah sebaik saja kakchik balik dari kerja. Hari tu Adelia kurang sihat sebab gusinya sakit nak tumbuh gigi baru. Kesian sangat. Sampai demam-demam kerana gusi sakit. Kita yang dewasa ni pun tak tahan bila sakit gigi, inikan pula anak kecil yang baru berumur setahun lebih. Tapi Adelia ni sangat bagus, mudah dengar kata dan pujukan. Sambil mengadu gusinya sakit, dia turut berikan logik kenapa dia kena kuat. Hehehe cerdik sungguh anak ini.

Adelia dan kakak keduanya, Amriena menunggu kakchik berkemas.

Hari khamis pun tiba, hari sibuk sedunia (dalam kamus kakchik je) kerana pada hari inilah kakchik ada banyak urusan yang berkaitan dengan bisnes. Sebenarnya dari malamnya lagi kakchik sudah membungkus dan menanda sebab mudahlah urusan bila nak ke pejabat pos nanti. Anak-anak saudara tahu kakchik tak kerja pada hari Khamis jadi mereka pun suka sangat naik ke rumah meminta perhatian. Kakchik pula tak sampai hati taknak layan mereka tapi tidaklah sampai mengganggu kerja-kerja rasmi. Urusan pelanggan kenalah dilakukan dengan sebaik-baiknya kan?

Pagi tu kakchik dan cikabe ke halaman melihat bunga-bunga kertas hasil tanaman umi sambil melayan Adelia berlari-larian. Seronok sakan dapat bermain di halaman yang lapang, tenang, nyaman dan menceriakan. Alhamdulillah. Jemputlah menjamu mata melihat pokok-pokok bunga kerta umi kakchik. Kakchik takde bakat menanam bunga. Kalau beli benih, selalunya tumbuh jadi pokok yang akhirnya menjadi milik umi juga sebab pokok tu akan teraniaya kalau masih jadi milik kakchik.









 
Hari yang ditunggu-tunggu pun sampai... alhamdulillah bertemu lagi dengan hari Jumaat yang penuh barakah. Syukur kerana Allah masih mengizinkan kakchik menikmati hidup hingga ke penghulu segala hari, iaitu hari Jumaat. Impian kakchik kalau mati, nak Allah ambil nyawa pada hari Jumaat di bulan Ramadhan. Sangat seronok bila Jumaat datang. Selain banyak dan suburnya majlis ilmu pada hari ini, inilah harinya kakchik berehat-rehat di rumah sambil membersih dan mengemas. Misalnya mengemaskan SOHO Abaya Elegan :)





Rehat lama-lama tak boleh juga kan? Kita kenalah sentiasa produktif dan proaktif kerana hidup sebagai hamba Allah ni amanah kita ada banyak. Jadi bila Sabtu datang, kakchik pun kembali menyambung rutin memandu ke pejabat. Orang lain cuti, kakchik dan sebahagian orang yang istimewa (jangan marah ya...) perlu menyumbang bakti kepada masyarakat. Dalam keceriaan dan semangat nak pergi kerja tiba-tiba bertembung dengan peristiwa menyayat hati dan menginsafkan. Kemalangan ngeri berhampiran SK Demit. Khabarnya pemandu kereta ini meninggal di tempat kejadian. Innalillahi wa inna ilaihi raajiun.



Kembali ke pejabat seperti biasa, menyumbang bakti untuk orang awam yang dahagakan ilmu. Perpustakaan Dar Nur al-Zahra', kakchik masih setia di sini. Tahun ni perpustakaan kami mendapat banyak penambahbaikan. Selain mendapat cat baru untuk seluruh luar bangunan, di dalam pula sudut kanak-kanak turut mendapat tempiasnya. Peralatan juga turut menerima perubahan termasuklah mesin fotostat kami. Trade in mesin jenama Dialta dengan jenama Canon yang lebih baik. InsyaAllah khidmat fotostat akan lebih pantas dan berkualiti selepas ini. Alhamdulillah.

Pekerja-pekerja Yee copier sedang memasang mesin canon yang baru.

Semalam, alhamdulillah bisnes abaya mendapat jualan yang agak tinggi berbanding hari-hari biasa. Jadi kakchik terfikir untuk membelanja cikabe dan keluarga di rumah dengan ayam goreng RFC maka kakchik singgahlah sebentar di RFC Kubang Kerian. Alhamdulillah... gembira bertambah-tambah apabila kakchik membuatkan orang lain gembira. Semoga Allah sentiasa memberkati setiap rezeki yang diperolehi.


19.3.12

Pengalaman Sebagai Crew SMP di Kota Bharu

BISMILLAH.

Assalamualaikum dan salam sejahtera utuk semua. Alhamdulillah dapat juga meluangkan sedikit masa untuk mencoretkan sesuatu di blog ini. Semakin kerap nampaknya kakchik terlewat dalam mengemaskini blog ini. Banyak peristiwa, cerita dan pengalaman yang mahu dikongsikan tapi tidak kesampaian dek kesibukan kakchik dengan urusan lain. Maaf ya para tetamu Keluargaku Sayang jika anda singgah tapi asyik melihat entri lama saja.

Keratan Metro Ahad, 18 Mac 2012.
Baiklah, hari ni kakchik ingin berkongsi pengalaman sekali lagi terlibat dalam Seminar Marketing Power (SMP) anjuran  pakar pemasaran nombor 1 di Malaysia iaitu Dr. Azizan Osman. Kalau tahun lepas kakchik menyertainya sebagai peserta, kali ini kakchik dengan sukarela menyertai Crew atau petugas untuk SMP. Satu pengalaman berbeza tapi menarik juga.

Sebagai crew, sesi taklimat diadakan seawal jam 6.30 pagi iaitu selepas beberapa minit kita menunaikan solat Subuh. Pada pagi Sabtu 17 Mac itu, kakchik bersiap seawal jam 5 pagi dan bersolat jemaah dengan suami di rumah. Oleh kerana perjalanan dari rumah ke KTC mengambil masa dalam 20 min maka pastinya kakchik tidak sampai ke tempat taklimat menepati masa yang ditetapkan.

Apapun, kakchik sempat menelefon kepada Ketua Crew memaklumkan kelewatan kakchik. 

Alhamdulillah, semasa sampai yang ada beberapa orang Crew lelaki yang mungkin menginap di hotel bersebelahan. Kakchiklah crew perempuan yang paling awal. Alhamdulillah, kakchik suka begitu. Kakchik mahu pastikan dalam melaksanakan sesuatu amanah kakchik mahu berada di depan. Ini kerana bila taklimat dimulakan, kakchik telah relaks, tenang dan bersedia mental dan fizikal untuk memberikan perhatian kepada setiap arahan yang disampaikan.

Ada beberapa tugas yang Crew perlu lakukan iaitu membantu semasa sesi senaman di pentas, menjadi penyambut tetamu, menjadi petugas bahagian pendaftaran, menjadi 'usherer' semasa di dalam dewan untuk memastikan lelaki dan perempuan duduk di tempat yang berasingan, mengedarkan borang, memegang mikrofon dan yang selebihnya.... gunakan 'common sense' saja.

Yang seronoknya.... menjadi Crew boleh masuk ke dalam dewan seminar dengan PERCUMA!

Antara tugasan yang sempat kakchik lakukan ialah menjadi 'usherer', menguruskan pendaftaran sebelum masuk, memegang mikrofon dan menguruskan pendaftaran AMP (bolehlah 2 orang hehehe). Selain tugasan, yang kakchik amat suka sepanjang menjadi Crew ialah boleh berkenalan dengan para pelajar dan graduan  DAO serta staf Richworks. Mengenali mereka yang dulunya biasa-biasa tapi kini ada yang berpangkat Dato', ada yang sudah pun mencapai pendapatan SEJUTA yang pertama, bak kata mereka hebat-hebat semuanya tapi saaaaangatlah 'down to earth'.

Networking, atau bina rangkaian atau senang lagi disebut, jalinkan persahabatan dengan orang yang berjaya, orang yang positif insyaAllah kita juga akan turut menjadi positif. Itulah yang kakchik dapat rasakan semasa berurusan, berkomunikasi, melihat bizkad mereka, mendengar perbualan mereka, melihat keceriaan mereka, semuanya turut melonjakkan semangat dalaman dan luaran kakchik untuk kaya dan berjaya. SeMESTInya kaya yang beriman, pemurah dan berjaya di dunia dan akhirat. Lebih-lebih lagi DAO selalu sebut, matlamat hidup kita mestilah untuk menambah nilai diri-sendiri di samping menambah nilai kepada orang lain.

Syukur Allah izinkan kakchik menjadi Crew dan cik abe menjadi peserta kerana dia belum pernah menyertai SMP sebelum ni. Lepas ni kakchik amat berharap Allah kabulkan doa dan harapan kakchik untuk menjadi Crew di Advance Marketing Power (AMP) pula. InsyaAllah hujung bulan ini kami ke Kuala Lumpur. Melabur untuk ilmu dunia yang menjurus ke akhirat. InsyaAllah.

Kakchik yakin Allah akan membantu hamba-hambaNya yang berusaha bersungguh-sungguh. Kakchik yakin Allah menolong hamba-hambaNya yang bersyukur dengan membantu agamaNya, membantu hamba-hamba Allah yang lain. Kakchik yakin Allah sentiasa ada untuk mendengar setiap permintaan, setiap curahan perasaan, setiap luahan cinta, setiap detik denyut nadi yang bergerak dalam tubuh hamba-hambaNya. Dia sentiasa ada untuk kita dan kita sepatutnya sentiasa ingat kepada-Nya di masa berdiri atau duduk atau dalam apa keadaan sekalipun.

ALLAU AKBAR!

KakChik Niza
Dar Nur al-Zahra'
19 Mac 2012

12.3.12

ABAYA PARTY & PELUANG BISNES

Bismillah.
Assalamualikum ... 
Mohon maaf kerapa para peminat blog ABAYA ELEGAN kerana sedikit lewat mendapat makluman ini.

Sila lihat iklan di bawah.




PROGRAM TERTUTUP! WANITA SAHAJA.

Sempena program ini, pihak kami ingin membuka PELUANG BISNES untuk rakan-rakan terutama yang berada di Kelantan.

Kami membuka 8 GERAI BISNES yang sangat MURAH.

Anda akan mendapat sebuah meja dan 2 buah kerusi.

GERAI BISNES ini berada di dalam bangunan dan di sekitar pusat aktiviti semasa ABAYA PARTY.

MAKA


Jika anda menjalankan bisnes yang berkaitan dengan:
* pakaian muslimah
* aksesori wanita
* makanan tambahan/kesihatan
* takaful dan seumpamanya
* kek, kuih & pastri
* gubahan bunga


ATAU APA SAJA YANG MENJADI KEGEMARAN WANITA,


ANDA Patut membuka gerai.

HUBUNGI: 019 9403659 SEKARANG JUGA!!!

TEMPAT TERHAD.

Buat Pertama Kalinya Ada 'Header' Untuk Blog Ini

BISMILLAH.

Alhamdulillah ketemu lagi kita di hari yang indah ini di dalam suasana yang sungguh membahagiakan sekali. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT, setelah sekian lama akhirnya IMPIAN untuk mempunyai 'blog header' untuk blog Keluargaku Sayang terzahir juga akhirnya.

Kredit Foto: Nor Abdullah

Kalau kalian perasan, di atas sana, blog kakchik dah ada pembuka yang menarik sekali. Kakchik tak tahu hati orang lain tapi hati kakchik cukup gembira dan puas hati dengan hasil ilustrasi sahabat kakchik, adinda Nor Abdullah yang kini bermastautin di Jeddah, Arab Saudi.

Gambaran yang Nor lukiskan di 'header' ini sangat sinonim dengan gambaran yang sebenar buat diri kakchik sebagai pemilik blog. Yang paling signifikan ialah kedudukan meja makan dan tingkap itu. Oh, benar-benar menyerupai walaupun Nor langsung tidak pernah melihat suasana tersebut di dalam gambar-gambar kakchik.

Pemandangan di luar tingkap juga tepat sekali. Itulah pemandangan indah alam ciptaan Tuhan yang saban hari menjadi santapan mata dan minda kakchik. Ehem... ada yang perasan ke apa yang berada di skrin laptop tu? Hehehe... memang tak boleh lari dari bisnes kesayangan, Abaya Elegan Lovers.

Oh, azan Zohor sedang berkumandang tu, kakchik mahu berehat untuk solat dan makan tengahari. Sebentar lagi mahu kembali menyambung tugasan pejabat. Hari ni kita mengemaskini buku rekod harian perpustakaan pula. Mari kita menuju kejayaan. Mari kita menunaikan solat.


KakChik Niza yang happy,
Dar Nur al-Zahra'
12 Mac 2012

* Sesiapa berminat mendapatkan khidmat Nor Abdullah, sila rujuk pautan ini: 

10.3.12

Sajak Oki Setiana Dewi Untuk Kelantan

BISMILLAH.

Assalamualaikum dan salam sejahtera teman-teman semua. Dalam kesuntukan masa yang ada ini, kakchik ingin sekali berkongsi video amatur yang dirakam sendiri malam tadi semasa menghadiri program Bicara Selebriti di KTC, Kota Bharu. Di hujung program, Oki telah sudi mendeklamasikan sebuah sajak yang dinukilkannya khusus untuk Kelantan.

Semoga kita sama-sama dapat menghayatinya.



Jika mahukan bait penuh puisinya, silakan lihat di bawah.

Puisi "Indah Buatmu Kelantan"


Negeri Kelantan seindah namamu,
Tanah serendah sekebun bunga,
Negeri tadahan wahyu.. Cik Siti Wan Kembang,
Cukup indah namamu.. Seindah negerimu..


Duhai wajahmu yang indah,
Persis Jeddah.. Yang pernah ku lewati,
Taat menjunjung Al-Quran.. Teguh menggalas syariaat,
Yang tidak pernah goyah.. Tersentuh hati kudusku,


Lantaran aku disini.. Biar tidak pernah ku duga,
Bertemu dengan seorang ulamak.. Yang dicintai rakyatnya,
Lalu.. Kuntum rindu yang lama tersimpan,
Terubat jua akhirnya.. Biar segolongan cintaku..


Beruntung rakyatnya.. Menumpang teduh seorang ulamak,
Yang lembut tetapi tegas beribadah,
Yang pengasih namun tidak goyah pada percikan kealpaan dunia,
Pasti aku merindui lagi.. Entah kapan bisa di ubati,
Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu membaja,
Membangun Islam bersama.. Semoga kita bertemu kembali..


Oki Setiana Dewi,
Kelantan Trade Center, Kota Bharu,
Kelantan


9 Mac 2012.

Terima kasih Oki. Kenangan ini pastinya mohon Allah kekalkan selamanya begitu juga dengan ukhuwwah yang terjalin antara kita.

9.3.12

KULIAH TOK GURU: Air Mata di Mahsyar

BISMILLAH.

Mulai hari ini PESAN TOK GURU akan digantikan dengan siri KULIAH TOK GURU: Air Mata di Mahsyar iaitu buku terbitan Dewan Muslimat Sdn. Bhd. Semoga kita akan sama-sama mendapat manfaat dari perkongsian ini.


BAB 1: Meninjau Himpunan Raksasa di Bumi Mahsyar


Sumber: Pusat Rawatan Islam KISWAH.

ALAM luas ciptaan Allah SWT akan menempuh saat kemusnahannya, lihatlah tumbuh-tumbuhan yang menghijau di sekeliling kita akhirnya akan kuning layu, bebunga yang kembang mekar akan gugur dari kelopaknya, besi akan karat dan menjadi reput meskipun kepejalan dan kekerasannya tidak diragui, makanan dan lauk-pauk yang segar akan basi, anak-anak remaja akan pudar kejelitaan dan ketampanannya dimamah oleh usia tua, akhirnya ajal pun tiba. Semua itu adalah unsur-unsur kiamat kecil yang sentiasa berlaku di sekeliling kita.

Situasi demikian merupakan suatu perkhabaran awal bahawa kemusnahan sebenar akan berlaku kepada seluruh ciptaan Allah, iaitu alam buana dan seluruh gawang cakerawala yang dipenuhi berbilion keluarga planet, akan menemui ajalnya pada suatu detik yang dinamakan kiamat. Tiada suatupun yang terkecuali selain yang kekal hanya Allah Yang Maha Pencipta yang menetapkan tarikh lahir segala ciptaan-Nya.

Firman Allah di dalam Surah Ar-Rahman ayat 26 - 27:


Yang bermaksud: "Setiap yang ada di muka bumi ini akan binasa. Dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan."


...bersambung

7.3.12

WORDLESS WEDNESDAY: Save Syria.

BISMILLAH.


PERKONGSIAN: Surat Dr. Azizan Osman Yang Penuh Inspirasi


BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam kejayaan untuk teman-teman semua. Anda kaya dan berjaya dunia & akhirat. Alhamdulillah pagi ini kakchik ingin kongsikan satu surat dari Mentor Kekayaan dan Kejayaan No. 1 di Malaysia iaitu Dr Azizan Osman yang telah banyak mengubah persepsi kakchik tentang bisnes, pemasaran, kekayaan dan kejayaan dunia menuju akhirat. Beliau khabarnya akan kertolak ke Makkah pada hari ini untuk mengerjakan ibadah umrah. Semoga beliau dan rombongan mendapat rahmat kesihatan yang baik dari Allah SWT untuk menjalani ibadah umrah dengan penuh khusyuk dan tawadhu'.

Inilah surat yang beliau kongsikan di dinding facebook beliau pagi ini. Kakchik 'highlight' mana-mana 'point' penting yang kakchik rasa berguna untuk diri kakchik dan mungkin juga diri teman-teman semua. Silakan.

Dr.Azizan Osman
Catitan 7 Mac 2012. 

Pinjam gambar tahun lepas :)
Assalamualakum wbt. 

Apa khabar semua? Semoga anda semua dilimpahi rahmat Allah swt, dipermudahkan segala urusan. 

Alhamdulillah hujung minggu baru-baru ini, saya telah berjaya bercakap di hadapan lebih 1,300 orang untuk program terakhir Klinik Usahawan - Seminar Marketing Power 2012 di Hotel Pearl View, Seberang Prai, Pulau Pinang & lebih 2,400 orang peserta di Wisma MCA, KL untuk program yg sama. 

Pengalaman kali ini agak mengujakan kerana di P.Pinang, kami terpaksa membuka ruang tambahan utk peserta-peserta duduk sehingga penuh dan mereka terpaksa duduk di atas lantai. Seperti biasa, majoriti mereka yang hadir adalah mereka yang pertama kali hadir program saya dan ingin tahu kenapa ramai yang telah hadir serta ramai juga yang telah berubah hidup mereka. 

Ramai yang pertama kali akan "terperanjat" dengan program-program anjuran Richworks dibawah kelolaan saya kerana program kami adalah yang seumpamanya di Malaysia berkonsepkan "infotainment", mendidik dengan santai dan menghiburkan. Saya percaya dengan prinsip "Education requires energy", maksudnya "belajar perlukan tenaga" dan adalah lebih mudah untuk belajar bila kita belajar dengan gembira, ceria tetapi pada masa yang sama anda diberikan pengisian ilmu tentang keusahawanan dan bagaimana untuk membina kejayaan yang pantas sebagai usahawan, bagaimana untuk memulakan perniagaan supaya ianya lebih mudah berjaya serta kunci perniagaan yang utama iaitu pemasaran. Saya juga selalu mengingatkan peserta saya untuk membetulkan niat di dalam perniagaan. 

Ramai orang nak berniaga adalah kenapa? Majoriti yang saya jumpa akan jawab, "Kerana nak duit" atau "kerana nak kaya" bukan? Tetapi, masalahnya, saya selalu jumpa mereka yang telah berniaga bertahun-tahun lamanya tetapi tak kaya-kaya malah di kelilingi oleh banyak hutang. Bukan lebih kaya malah lebih kayap. Ramai yang berniaga yang saya dapati mereka, maaf cakap, "SS". Tahu "SS" tu apa? Mereka "Syok Sendiri". Yalah, ada bisnes katanya, ada kad bisnes kononnya tetapi perniagaannya adalah "sekadar di pinggiran". Bukan menghina tetapi inilah yang berlaku berdasarkan pengalaman saya sebagai jurulatih kekayaan & kejayaan dan telah bercakap di hadapan lebih 120,000 orang peserta secara "Live" masuk tahun ke-4 tahun ini.

Tuan-tuan & puan-puan yang berniaga

Untuk perhatian anda, berdasarkan pengalaman saya menjalankan perniagaan yang berjaya dengan kejayaan membina portfolio syarikat daripada RM10 ringgit menjadi beberapa ratus juta ringgit setahun serta memiliki, lebih daripada 12 tahun tahun ini dan gagal banyak kali, tergolek-golek sebelumnya serta hari ini mengusahakan lebih 12 buah syarikat di dalam pelbagai industri seperti agensi pengiklanan bertauliah, strategi pemasaran, pereka grafik, syarikat perkhidmatan korporat, syarikat IT, latihan dan pembangunan sumber manusia di dalam Malaysia & Asia. Portfolio projek pengiklanan & pemasaran saya over the years merangkumi pelbagai syarikat antaranya TM, TMNet, DIGI, CELCOM, Standard Chartered Bank, HSBC serta projek fund-raising untuk WWF, MAKNA dan syarikat portfolio syarikat SME serta telah berjaya membantu mereka meningkatkan jualan mereka dalam masa yang pantas lebih daripada 400%, saya ingin kongsikan kepada anda bagaimana anda sebagai peniaga atau usahawan boleh berjaya dengan lebih pantas dan lebih besar lagi :-

1. Pastikan matlamat anda berniaga yang paling utama bukanlah untuk kaya - Ini adalah sifat peniaga biasa-biasa yang akan buat benda yang sama dan tak berapa nak kaya. Matlamat utama perniagaan yang berjaya atau usahawan yang berjaya adalah, mereka sangat jelas bagaimana produk atau perkhidmatan mereka dapat menambah nilai hidup orang lain dan bagaimana produk/ perkhidmatan yang mereka berikan itu bakal menyelesaikan masalah apa serta masalah siapa di kalangan orang ramai/ sasaran pasaran mereka. Bila anda jelas dengan matlamat ini, anda hanya perlu jadi lebih agresif berkongsi tentang apakah matlamat anda ini kepada seramai mungkin orang di luar sana, kongsikan dengan mereka tentang apa yang anda lakukan dan bagaimana anda boleh menambah nilai hidup mereka serta bagaimana anda boleh menyelesaikan masalah mereka. Contoh, jika anda pandai buat lempeng yang sedap dan menggiurkan di Shah Alam, dulu mungkin matlamat anda, janji dapat jual. Tetapi hari ini, matlamat anda ialah, anda wajib memberitahu semua orang di Shah Alam bahawa anda boleh membuat lempeng sambal ikan bilis goreng yang sedap dan menggiurkan dan ia akan buat anda rasa panas, pedas dan rasa sangatttt enak tanpa anda perlu menggorengnya sendiri. Amacam?

2. Kuasai pemasaran- Peter Drucker, salah seorang pengasas pengurusan & pemasaran moden pernah berkata, di dalam perniagaan, hanya ada 2 perkara yang paling penting iaitu Pemasaran & Inovasi. Betapa sedap pun lempeng yang mak kita pandai buat, tetapi jika tak pandai pasarkannya, maka ianya hanya akan jadi santapan ayah sahaja.....:)p. 93% mereka yang berniaga gagal adalah kerana mereka tidak pandai memasarkan produk/perkhidmatan mereka tetapi masalahnya ramai mereka ini dahlah BODOH lepas tu SOMBONG pula tu, taknak belajar. Bila saya adakan program percuma untuk Seminar Marketing Power baru-baru ini, lebih 17,000 orang hadir di 5 lokasi seluruh semenanjung tetapi mereka yang lain tetap akan cakap, aku sibuk.... Macamlah sibuk sangat sehingga perniagaan mereka telah touch 1st million kan? Anyway, Robert T.Kiyosaki pernah berkata dan saya amat menyokongnya, sekiranya seseorang itu berniaga lebih dari 3 tahun tetapi dia belum touch 1st million, bermakna mereka ini tidak ada mentor, ilmu dan sistem yang betul. Itu yang saya nak kongsikan pengalaman saya dan pengalaman peserta-peserta program saya yang telah berjaya selepas bertindak menggunakan ilmu yang saya kongsikan. 

3. Sentiasa inovasi- Sentiasa belajar dan belajar daripada mereka yang lebih berjaya supaya ia akan membuatkan anda lebih berinovatif untuk meningkatkan perniagaan anda ke peringkat seterusnya dalam masa yang pantas.

Anda dan saya adalah manusia. Manusia adalah tuhan jadikan sentiasa mahukan perubahan, penambahbaikan serta peningkatan. Ingat, sekiranya anda mempunyai banyak masalah hari ini samada dalam hidup, dalam keluarga, dalam perniagaan, ianya adalah berpunca daripada tidak ada ilmu bagaimana untuk menanganinya.

Sesuatu bangsa akan berjaya jika mereka berilmu serta bersuluhkan iman dan ikhlas di dalam apa yang dilakukan. 

Saya sambung lain kali & Insya-Allah saya akan berangkat mengerjakan umrah bersama 37 orang ahli keluarga dan beberapa orang peserta saya yang ingin pergi bersama. Doakan perjalanan kami selamat dan umrah kami mabrur. Semoga tahun hadapan, saya dapat chartered kapal terbang untuk pergi bersama-sama dengan lebih ramai lagi termasuk membawa mereka yang kurang berkemampuan. (KC: Amin Ya Rabb. Kakchik nak ikut serta.)

Semoga anda sekeluarga lebih bahagia, sihat, kaya, berjaya dan diberkati Allah swt. 

Salam sayang

Dr.Azizan Osman 
usahawan, pakar strategi pemasaran
pengasas strategi Marketing P.O.W.E.R 
trainer bertauliah (Asia) untuk Guerrilla Marketing International 
jurulatih kekayaan & kejayaan
------------------
richworks.com.my
marketingpower.com.my
wangpower.com

4.3.12

RENCAH KEHIDUPAN: Keperluan Hidup

BISMILLAH.

Malam ni kakchik sebenarnya tak tahu nak tulis apa kat sini. Terasa seperti kepala ni makin susah nak dapat idea untuk menulis sejak dua menjak ni. Apapun alhamdulillah Allah bagi ilham untuk menulis tentang harta dunia yang dipinjam sebentar kepada kakchik dan kini ia bukan lagi milik kakchik.

Ya, kita semua pun tahu.... hidup kita di atas dunia ini hanyalah pinjaman. Nyawa kita ni hakmilik Allah yang boleh diambil balik bila-bila masa saja. Dalam keadaan sedar begitu, kita tetap diamanahkan oleh Allah agar berusaha untuk hidup dengan sebaik-baiknya di atas dunia ini sebagai hamba-Nya yang taat setia agar hidup kita di akhirat nanti berpaksi bahagia.

Sebut tentang hidup ni pastinya melibatkan pelbagai benda seperti keperluan dan kehendak. Kedua-duanya menjadi resepi kehidupan kita setiap hari. Antara resepi penting bagi seorang manusia yang hidupnya sentiasa memerlukan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat, keperluan yang wajib ada ialah sebuah kenderaan. Bagi kakchik, ianya sebuah kereta.

Sejak pandai menyimpan duit sendiri sedari mula bekerja, kereta kakchik berubah saiznya mengikut keperluan semasa yang berkait rapat dengan tahap kemampuan ekonomi kakchik. Kalau dulu kakchik membeli Kancil kerana ketika itu masih bujang dan kereta pun banyak dimanfaatkan oleh kakchik seorang untuk ke sana ke mari atas urusan kerja, jemaah dan peribadi.

Kenari berusia 6 tahun.

Sejak memulakan bisnes buku kanak-kanak dan selalu membuka gerai di sana-sini, Kancil dirasakan tidak lagi berpadanan dengan bebanan yang perlu dibawanya. Alhamdulillah pula kemampuan ekonomi turut meningkat maka kakchik menaik-taraf sedikit kenderaan dari Kancil kepada Kenari. Ramai yang kata, Kenari tu hodoh, bentuk berkotak dan macam-macam lagilah tapi bagi kakchik, membelinya ialah pelaburan berkaitan perniagaan.

Kenari itu ruang simpanannya lebih luas kerana tiadanya penghadang di bahagian belakang. Kakchik pula hanya menggunakannya berdua dengan cik abe. Jadi apabila kami mahu bergerai di mana-mana, banyaklah peralatan yang boleh diisikan di dalamnya. Bisnes pula mula berkembang, dari kedai buku, kini kakchik ada bisnes abaya. Selalunya kakchik akan membuka gerai untuk mempromosi kedua-dua bisnes ini tapi sekarang ini lebih banyak gerai promosi abaya berbanding buku. Mungkin kerana kakchik sudah tiada pembantu untuk mengangkat kotak-kotak buku yang berat.

Sejak menyertai kelas-kelas Dr Azizan Osman, bisnes abaya kakchik makin maju. Alhamdulillah. Mungkin ilmu yang diterima dan dipraktikkan dengan sebaik-baiknya itu telah membantu menjadikan bisnes abaya kakchik makin dikenali ramai. Syukur ke hadrat Allah SWT. Rezeki makin bertambah, permintaan makin tinggi dan hidup juga huru-hara dibuatnya. Tak menang tangan lagi untuk menguruskan bisnes ini sendirian. Dan apabila bergerai di mana-mana ruang simpanan kereta juga semakin sempit dirasakan.

Selamat berpisah...

Maka, mulai hari ini, berakhirlah perkongsian hidup kami dengan kereta Kenari yang telah banyak berjasa itu. Teringat di saat mula-mula membeli kereta dulu, niat yang utama ialah kakchik mahu kereta itu boleh menjadi saksi di 'sana' nanti bahawa kakchik telah memanfaatkannya dengan sebaik mungkin ia dengan segala kerja di jalan Allah. Niat itu tidak pernah kakchik lupa sampai ke hari ini. Kereta itu mengikut tuannya ke merata-rata tempat, insyaAllah tempat yang baik-baik saja. Ia juga telah memuatkan ramai orang, memberi kegembiraan kepada ahli keluarga terutama anak-anak saudara yang ramai tu.

Petang tadi kami berpisah dengan rasminya. Terasa sedih namun gembira juga. Sedih kerana esok, kakchik tiada kereta untuk pergi kerja, terpaksa meminjam kereta ayah buat sementara. Sedih juga kerana tidak sempat membasuh terlebih dahulu Kenari kakchik itu sebelum berpisah kerana ketidaksempatan. Tapi... kakchik gembira, alhamdulillah... kakchik gembira kerana ia akan ada pengganti. Tak sabar rasanya menanti harinya. Semoga pengganti Kenari ini akan menambah nilai kepada hidup kakchik dan juga hidup orang lain.

InsyaAllah.


KakChik Niza
Baiti Jannati

2.3.12

Huru-Hara

BISMILLAH.

Salam Jumaat (lewat malam Jumaat :D sebenarnya).

Sudah seminggu berlalu tanpa sebarang entri terbaru dari kakchik. Setiap hari berhajat untuk menulis tapi setiap hari juga hidup agak huru-hara dengan bisnes abaya yang sedang huru-hara. Jangan risau ya, huru-hara kat sini bukan yang negatif tapi huru-hara yang positif-positif saja.

Terasa seperti bersalah pula kerana jarang kakchik tidak menulis lebih dari dua hari. Selalunya hanya dua hari saja blog tiada update terkini lepas tu mesti kakchik dah mula menulis kembali. Jika bukan idea sendiri, kakchik pasti akan kongsikan tulisan orang lain di bawah tajuk PERKONGSIAN.

Kali ni memang tak sempat langsung. Maafkan kakchik ya para pembaca budiman. InsyaAllah kakchik tidak melupakan langsung blog Keluargaku Sayang, blog kesayangan kakchik ni. Malam pun dah lewat ni dan badan pun sangat letih terutama minda kakchik yang letih, kakchik nak berehat dulu.

Esok nak pergi kerja dan tentunya nak uruskan bisnes abaya dengan lebih mantap.

Anda kaya dan berjaya dunia akhirat!
Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs