Followers

24.2.12

PESAN TOK GURU: Semua amalan soleh adalah ibadat jika ...

1 comments
BISMILLAH.


Ibadat itu tidaklah khusus kepada sembahyang, puasa, zakat dan haji sahaja. Malah semua amal soleh yang diniatkan kerana Allah juga dikira ibadat. Amal-amal seperti itu apabila diniatkan selain daripada Allah, dianggap syirik. sesunggunya terlalu banyak amalan yang boleh menjadikan seseorang itu syirik.

TGHHA

23.2.12

Kosongkan Kalendar Kita Untuk...

4 comments
BISMILLAH.

Hari ni kakchik nak 'parking' beberapa poster program yang bakal berlangsung dalam bulan ini dan bulan depan. Poster-poster program ilmiah yang kakchik ingin menyertainya. Mana tahu mungkin anda di kalangan teman-teman yang membaca blog kakchik ni akan turut berminat untuk merancang penyertaan masing-masing ke mana-mana program yang bagus ini. Kalau kakchik jika ada sesuatu program menarik yang kakchik nak sertai, kakchik akan terus tanda di dalam Kalendar Perancangan Setahun.

Taknak tulis panjang-panjang, sebab posternya sudah cukup menceritakan tentang program yang menarik yang bakal memberikan kebaikan kepada kita terutama iman kita. Jom kita rancang penyertaan kita.








Ada lagi beberapa program penting dan menarik yang kakchik berhajat nak sertai tapi kakchik tak jumpa pula poster-posternya. InsyaAllah jika kakchik jumpa di lain masa, kakchik akan edit semula pos yang ni. Cukuplah dulu untuk kali ni.

Wassalam.

21.2.12

PERKONGSIAN: Ustaz, is it true perempuan tak menutup aurat ni jahat?

8 comments
BISMILLAH.


Gambar sekadar hiasan.

Liberal Gurlz :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”

Liberal Gurlz :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Liberal Gurlz :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”

Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”

Liberal gurlz :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”

Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”

Liberal Gurlz :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”

Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”

Liberal Gurlz :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”

Ustaz :
"Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….
“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”

Liberal Gurlz :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”

Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”
“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”

Liberal Gurlz :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”

Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!....menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”

Liberal Gurlz :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”

Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”
“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”

Liberal Gurlz :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”

Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”
“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”

Liberal Gurlz :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”

Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

Liberal Gurlz :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”

Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”


- Via Jaws Network
- Via fb Oh! Media

17.2.12

Al-Fatihah.

19 comments
BISMILLAH. 


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Al-Fatihah untuk Allahyarham Mohd Zamani Taib (adik bongsu kakchik) yang telah kembali ke Rahmatullah lebih kurang jam 9.34 pagi tadi. — at Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

PESAN TOK GURU: Manusia Benih Tamadun

4 comments

BISMILLAH.


"Saintis Barat hari ini berlumba-lumba untuk menjalankan kajian benih tumbuh-tumbuhan. Benih-benih dijaga begitu elok untuk menghasilkan tanaman yang bermutu. Jika benih tumbuh-tumbuhan pun dijaga demikian rupa, kenapa tidak 'benih tamadun' iaitu manusia? Lantaran itu, didiklah anak-anak dengan jagaan iman dan taqwa, kerana dari 'benih' inilah akan lahirnya tamadun ummah, Insya Allah.."

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Balai Islam Lundang 22 Mei 2010.

16.2.12

Oki Setiana Dewi di Kelantan 9 Mac Ini!

0 comments

Insya-Allah


Bersama: Oki Setiana Dewi (Heroin Filem 'Ketika Cinta Bertasbih')
| 9 Mac 2012 | 9.00 Malam | Di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu

untuk 

Bicara Selebriti (Siri 4)


Jom kita gi!

‎9 Formula Untuk Memulakan Sesuatu Perniagaan oleh Dr.Azizan Osman

3 comments

BISMILLAH.

Hari ni sebelum kakchik logout dari Internet dan memandu ke HUSM untuk menjaga adik yang sedang melawan kanser, kakchik nak berkongsi ilmu lagi dengan teman-teman semua. Kali ni ilmu tentang bisnes pula. Kakchik tahu ramai di kalangan teman-teman yang punya bisnes sendiri dan ada juga yang sedang merancang untuk memulakan satu perniagaan. Apakata kalian baca 9 Formula yang mudah dan praktikal ini yang dikongsikan oleh Mentor Kejayaan #1 Malaysia iaitu Dr Azizan Osman.

"Untuk mencapai sesuatu kita perlu ada matlamat yang jelas, untuk mencapai matlamat kita perlu ada keinginan yang tinggi, untuk mencapai keinginan yang tinggi, kita perlu kuasa bertindak yang luar biasa." :)

Silakan.



‎9 Formula Untuk Memulakan Sesuatu Perniagaan oleh Dr.Azizan Osman- Usahawan, Mentor Kekayaan & Kejayaan, Pakar Strategi Pengiklanan & Pemasaran & Master Trainer (Asia)

Tahukah anda bahawa ada 9 formula atau langkah yang anda perlu lakukan untuk anda meningkatkan peluang kejayaan perniagaan baru anda?

Pertama: Matlamat Perniagaan & Peribadi Yang Jelas

Kedua: Kenalpasti apakah masalah yang boleh diselesaikan dengan menggunakan produk atau perkhidmatan berkualiti tinggi yang bakal anda berikan?

Ketiga: "Bootstrap"- Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan tanpa modal atau dengan modal yang paling minima terlebih dahulu sehingga anda yakin untuk membesarkannya. Kesabaran adalah penting serta sentiasa bersedia untuk menimba ilmu. 

Keempat: Test, Trial & Adjust- Mencuba dan mengubahsuai produk atau perkhidmatan anda mengikut keperluan pelanggan dan pasaran

Kelima: Mengembangkan perniagaan menggunakan keuntungan daripada perniagaan anda bukan dengan pinjaman

Keenam: Pilih "tentera" ataupun pekerja anda dengan teliti dan betul

Ketujuh: Mendapatkan fasiliti kewangan berdasarkan aliran tunai perniagaan anda yang positif

Kelapan: Mulakan dengan berniaga secara sampingan- Jangan berhenti bekerja secara tergesa-gesa

Kesembilan: Kuasai pemasaran- Sentiasa bersedia untuk "kembali ke sekolah" ke dewan-dewan seminar untuk belajar tentang strategi pemasaran yang terkini.



*Anda boleh membaca keseluruhan artikel ini di dalam Majalah Harmoni keluaran 1 Mac 2012 nanti atau hadir sendiri ke Klinik Usahawan Dr.Azizan Osman-Seminar Marketing Power 2012 dengan layari marketingpower.com.my atau hubungi 1-300-88-2424. -Admin Marketing Power-

15.2.12

PERKONGSIAN: Bagaimana Mahu Berhijrah Diri?

4 comments
Bismillah.

Malam ni kakchik agak kepenatan kerana siang tadi banyak memandu kerana ada beberapa urusan luar pejabat yang perlu diselesaikan. Memandu dalam Bandar Kota Bharu ada masanya amat meletihkan kerana kesesakan kenderaan di jalan-jalan tertentu yang kakchik perlu lalui. Akibatnya, kakchik tak larat untuk ke hospital menziarahi adik petang tadi. Alasan je sebenarnya tapi itulah...

Gambar Hiasan. Dipaparkan dengan izin pemiliknya.

Baiklah, nak menulis sendiri... otak kakchik pun letih. Kakchik sedang membaca mesej-mesej yang hampir 40 ada di dalam kotak Inbox di facebook dan ada juga di email. Dalam banyak-banyak tu ada lebih kurang 10 mesej berkaitan persoalan tentang BERHIJRAH DIRI. Dari isu nak ubah perangai, nak tukar penampilan dari ranggi kepada lebih sopan, nak jadi isteri solehah, nak mula pakai niqab hinggalak kepada bila masanya nak bertindak untuk berubah.

MashaAllah... kakchik tak mampu nak jawab kesemuanya kerana sekarang ni hidup kakchik agak 'huru-hara' bak kata Dr. Azizan Osman, Mentor Pemasaran kakchik. Tambah-tambah bila adik bongsu sedang berperang melawan kanser paru-paru di hospital. Kalau dah kaya-raya, boleh dah gajikan pemandu kan? Hehehe... mungkin tak seletih ini jadinya. Makin letih bila hormon-hormon badan mula berubah bila nak sampai musim ABC ni.

Dalam keadaan begini, bila hati tidak mahu menghampakan teman-teman yang mengharapkan bantuan, Allah temukan kakchik dengan satu artikel dari blog Kembara Seorang Mujahid. Tajuk posnya ialah HIJRAH DIRI yang ditulis khas sempena tahun baru hijrah 1432 yang lepas tapi tips-tips yang dikongsikan kakchik rasa masih relevan hingga sekarang. Sangat relevan. Semoga tips-tips yang bakal kakchik kongsikan ini akan turut membantu teman-teman yang dalam perjalanan menghijrah diri. Siiru ala barakatillah.

Tips-tips untuk 'penghijrahan diri' dan Insya-Allah dapat kita manfaatkan bersama.
1. NIAT. Hijrah harus dimulakan dengan niat yang tulus ikhlas mengharap keredhaan Allah. Perubahan diri yang dimulai dengan niat pasti mendapat pertolongan Allah. Manakala hijrah ke arah kebaikan yang dilakukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk pasti mengundang kemurkaan Allah dan tidak kekal lama kebaikannya. 
2. TETAPKAN MATLAMAT. Matlamat yang utama pastilah untuk mendapat keredhaan Allah. Namun yang harus ditelusuri ialah persoalan sejauh mana relevannya matlamat yang ditetapkan. Matlamat yang disasarkan harus realistik dan mudah dicapai. Jangan meletakkan matlamat yang sukar dijangkau dalam tempoh yang singkat. Contohnya anda ingin berubah daripada seorang yang jahil tentang ilmu agama menjadi seorang mukmin yang hebat dalam masa beberapa minggu. Tentu mustahil bukan? Mulakan dengan usaha yang mudah. Contohnya anda kini konsisten mengikuti kuliah agama di surau dan masjid setiap malam. Itu mungkin hijrah diri terhadap ilmu. Anda meletakkan sasaran bahawa dalam masa 1-2 tahun ini anda dapat memahami konsep asas Islam. Atau dalam masa 2 tahun akan datang anda dapat menguasai hukum tajwid dan dapat membaca al-Quran dengan baik. 
3. BUANG PERSEPSI YANG SALAH. Selama ini anda mungkin mempunyai persepsi yang salah terhadap diri anda dan kehidupan. Anda mengkin mempunyai persepsi bahawa hanya golongan yang baik-baik sahaja yang dapat kemanisan iman. Segala tanggapan negatif bahawa anda tidak layak untuk berubah harus dibuang jauh-jauh. Tetapkan apakah keinginan anda. Catatkan apa yang ingin diubah, lantas sebutkan sebarang perubahan positif tersebut berkali-kali agar membentuk suatu persepsi yang baik. Buang segala persepsi hanya insan terpilih sahaja yang boleh berubah.  
4. BANYAKKAN MEMBACA DAN MENDENGAR KISAH ORANG-ORANG YANG BERJAYA. Bagi mereka yang ingin bertudung contohnya, bacalah buku-buku di pasaran tentang bagaimana akhirnya wanita-wanita mendapat hidayah untuh tampil bertudung menutup aurat. Banyak bahan bacaan yang mendorong kita untuk berubah. Itulah kuasa hijrah. Dekatilah tokoh-tokoh serta ahli agama yang sentiasa akan memberikan motivasi dan nasihat. 
5.PEDULIKAN KATA ORANG LAIN. Untuk berhijrah memang memerlukan pengorbanan. Orang akan melihat sebarang perubahan diri yang dilakukan. Pasti ada yang memuji malah ada yang mengeji. Itulah rencah kehidupan yang perlu anda lalui. Jangan berkecil hati dan kuatkan semangat. Jangan mudah luntur semangat hanya kerana kata-kata orang yang iri hati dengan perubahan positif anda. Kita mungkin hanya diumpat demi untuk hijrah diri, tetapi Rasulullah SAW pernah dibaling batu dan disakiti oleh golongan musyrikin. Jadikanlah segalanya sebagai suatu pendorong untuk terus beristiqamah dalam perjuangan mengubah sikap.
6. BERDOALAH. Allah sesungguhnya telah berfirman: 
Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina." 
(Al-Ghafir 40: 60) 
Berdoalah demi mengharap pertolongan daripada Allah SWT. Tiada kuasa lain yang mampu untuk memberi hidayah dan membantu keinginan anda untuk berhijrah daripada keburukan kepada kebaikan. Jangan kita lupa bahawa Allah menentukan segala niat dan keinginan diri dimakbulkan. Jadi, berdoalah diiringi keinsafan terhadap dosa-dosa lalu, mohon diampuni-Nya. Berdoalah agar segala usaha membaiki diri itu dibukakan jalan yang luas tanpa halangan berliku. 
Sememangnya hijrah diri itu menuntut pengorbanan dan kekentalan semangat yang luar biasa. Panduan sudah diberi, pilihan di tangan anda. Kata orang, "Tepuk dada tanya Iman". Jadikanlah tahun ini, tahun hijrah diri yang mencerna seribu satu kebaikan untuk diri, keluarga dan agama.

13.2.12

Memakai Purdah Menjadikan Diri Lebih Berani

9 comments
BISMILLAH.

Alhamdulillah selepas banyak hari menyepi dari blog sendiri, malam ni kakchik mencari sedikit kekuatan untuk mencoretkan sesuatu. Setiap hari asyik melihat saja paparan blog, hati selalu mahu menulis tapi terlalu banyak tugasan di alam nyata yang perlu kakchik lakukan. Hidup semakin luar biasa selepas balik dari menambah ilmu di IMKK hampir dua minggu lepas. MashaAllah memang banyak yang luar biasa berlaku kepada kehidupan kakchik termasuk dalam hal bisnes abaya. Alhamdulillah.

Kakchik masih ingat perbualan kakchik dengan seorang rakan peserta IMKK bernama Mimie kalau tak silap kakchik dan beliau ialah wartawan majalah Usahawan atau Jutawan (kakchik tak sempat nak cari bizkad dia untuk kepastian). Kata beliau, kakchik nampak yakin sangat bila bercakap dan dia tanya adakah kakchik dah biasa menyertai kelas Dr. Azizan Osman. Memang dah beberapa kali kakchik mengikuti kelas beliau tapi kemahiran bercakap ni bukan baru kakchik perolehi, semuanya telah dilatih sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Nak kata mahir sangat tu taklah tapi insyaAllah kakchik berani dan yakin jika nak bercakap dengan orang yang baru dikenali. Agaknya sebab itulah kakchik terlibat dengan SALE kan? Semua kemahiran ni bukannya ada sejak lahir tapi telah dipupuk dan dilatih oleh deretan guru dari sekolah rendah hinggalah sekarang. Semuanya membantu menambah 'perisa' dalam kemahiran dan keyakinan bercakap. Cuma... nak bersyarah tu kena asah balik sebab dah agak berkarat hehehe.

Terima kasih kepada para guru yang telah melatih dan menggalakkan bakat kakchik dalam bercakap. Hehehe, jangan risau, kakchik cuba untuk tidak bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah. Kalau bergurau pun kakchik cuba kurangkan yang melalaikan. Bercakap di khalayak ramai dalam ertikata berdakwah ni kakchik rasa sejak kakchik pakai purdah keyakinannya semakin bertambah. Nak tahu kenapa? Rahsia.... :)

Ala... takdelah rahsia pun... saja nak gurau-gurau dengan teman-teman semua. 

Sebenarnya purdah ini menambahkan keyakinan dan keberanian kakchik untuk bercakap tentang Islam, tentang bisnes, tentang motivasi, tentang membaca dan tentang apa saja topik yang kakchik suka nak kongsikan dengan orang lain. Setengah orang kata sikap macam ni dipanggil ramah. Harap-harapnya keramahan kakchik ini bertempat dan sentiasa dipantau oleh Allah SWT. Dan kakchik ramah dengan sesiapa saja yang kakchik yakin bercakap dengan kakchik tanpa unsur-unsur jahat.

Jika ada yang bertanya, "kenapa pakai purdah?", daripada senyum atau sekadar berdiam diri, kakchik memilih untuk menjawab pertanyaan mereka. Niat kakchik agar orang yang bertanya akan mendapat jawapan yang memuaskan dan jawapan itu akan membuatkan dirinya semakin suka untuk memahami, menghayati seterusnya mengamalkan cara hidup Islam yang sebaik mungkin. Seronok sekali kalau dapat bercerita tentang kebaikan-kebaikan menjadi seorang niqabi. 

Kena ingat ya, memakai purdah ini TIDAK WAJIB kecuali ada keadaan tertentu yang menjadikan ianya wajib. Keadaan macamana tu kenalah cari jawapannya ya. Takkan kakchik nak 'suapkan' semuanya. Gunakan kuasa minda dan kuasa fizikal untuk mendapatkan jawapannya, insyaAllah akan jumpa dan ianya akan lebih memuaskan hati.

Walaupun orang hanya nampak mata kakchik sahaja sama ada dari jauh atau dekat, namun kakchik yakin tanpa melihat wajah, mereka mampu menilai perwatakan, sikap kakchik, keikhlasan dan sebagainya melalui penampilan, pergaulan dan perhubungan kakchik dengan mereka. Dengan lelaki bukan mahram sejauh mana batasnya dan dengan wanita pula bagaimana hubungannya. InsyaAllah orang akan dapat cam dan dapat tahu.

Hanya Allah Yang Maha Tahu betapa purdah ini begitu berharga buat diri kakchik. Ia umpama pemantau agar kakchik menjaga akhlak dan adab dalam apa juga keadaan. Semoga Allah izinkan kakchik mengamalkannya hingga ke akhir hayat.

8.2.12

Wordless Wednesday: S.M.I.L.E.

2 comments
BISMILLAH.



7.2.12

Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan 2012 (IMKK)

6 comments
BISMILLAH.

Pagi di Kuala Lumpur. 3 Feb 2012.
Dalam perjalanan menuju IMKK.

Alhamdulillah... selepas 4 hari bermusafir ke Kuala Lumpur untuk menambah ilmu, kakchik dan cik abe kini telah kembali semula ke Kelantan. Kembali dengan diri yang lebih ceria, lebih semangat, lebih beraura.

"Anda kaya dan berjaya dunia akhirat!"

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Allah SWT yang telah izinkan kami menyertai IMKK bersama Mentor Kekayaan & Pemasaran No.1 di Malaysia iaitu Dr. Azizan Osman. Pengalaman berharga yang sangat-sangat berharga.

(^____^) ialah kuasa kekayaan yang paling mujarab.

Hajat hati nak bercerita tentang pengalaman menyertai IMKK tapi dah berapa kali tulis-padam, tulis-padam tak dapat juga kakchik nak ceritakan dengan sebaik-baiknya. Terlalu bagus program ini sampai tak terkata dibuatnya.

Suasana dalam dewan sebelum seminar hari pertama bermula.
Penuh sesak atas dan bawah.

Di saat ini kakchik masih mampu membayangkan satu persatu pengalaman yang dilalui sepanjang kakchik berada di KL dari 2 hingga 5 Feb sempena IMKK ini. Semangat... inspirasi... insaf... gembira... bahagia... terkedu... terkejut... tersedar... teruja.... entah, tak dapat nak huraikan dengan kata-kata.

Ringkas kata,

"Apa yang saya fikir, apa yang saya rasa, apa yang saya cakap dan apa yang saya buat, semuanya adalah doa!" kata DAO.

Kakchik kini lebih mengenali potensi diri kakchik. Kakchik kini lebih faham maksud, "hidup untuk memberi sebanyak-banyaknya". Kakchik kini tahu betapa pentingnya menjadi kaya dalam ertikata yang sebenarnya. Kaya harta, kaya jiwa, kaya kasih-sayang, kaya cinta, kaya senyuman, kaya sumbangan, kaya pertolongan, kaya perkongsian ilmu dan sebagainya.

"The more you give, the more you will get (from Allah and from others)." - DAO

The Law of Love iaitu satu daripada bahan perkongsian DAO semasa IMKK adalah segmen perkongsian ilmu yang paling kakchik suka. Terlalu suka kerana ia telah meningkatkan lagi ketelusan dan keutuhan hubungan kami suami isteri. Segmen ini boleh menandingi apa-apa seminar kekeluargaan atau apa-apa kursus berkenaan hubungan suami isteri atau rumahtangga.

Sepanjang IMKK, terlalu kerap DAO menyentuh isu kasih-sayang, cinta dan kepentingan hubungan suami isteri yang membahagiakan. Bagi kakchik, inilah antara faktor penting kejayaan kakchik dalam hidup dan bisnes.

The Power of Giving/Reciprocal juga tak lekang dari mulut DAO. Nyata sekali, memberi, membantu, menolong, membantu, menyumbang, menderma atau apa saja istilah yang digunapakai, intipatinya ialah memberi nilai kepada hidup orang lain dan menolong menyelesaikan masalah orang lain. Tak faham? Silalah sertai IMKK. Sangat-sangat berbaloi.

Cukuplah itu yang kakchik kongsikan tentang IMKK ini. Nak tahu lebih lanjut atau nak terinspirasi macam kakchik, kalian sendiri kena sertainya. Tak rugi apa-apa. Malah sangat-sangat membantu hidup kita di dunia dalam perjalanan menuju akhirat.

IMKK, I already miss you.

KakChik Niza
Baiti Jannati
Kg. Pulau Melaka
KB.

5.2.12

Happy Anniversary, Yang!

12 comments
BISMILLAH.

12 Rabiul Awwal bersamaan 5 Feb 2012. Kami di Kuala Lumpur, mengikuti program IMKK bersama Dr. Azizan Osman. Ianya hari terakhir program dan ianya MAULIDUR RASUL.

"Selamat hari ulang tahun Yang." bisik suami ke telinga kakchik pagi tadi.

Tiba-tiba saja rasa sebak. Tak mampu nak kata apa-apa melainkan menahan sebak.

Alhamdulillah... 12 Rabiul Awwal 1433Hijrah, genap sepuluh tahun kami hidup bersama. Alhamdulillah Allah izinkan jodoh kami berpanjangan hingga ke hari ini. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.

Semoga kita makin bahagia, kaya dan berjaya dunia akhirat ya Yang.

Kaya jiwa, kaya senyuman, kasih kasih sayang, kaya harta, kaya akhlak, kaya infak, kaya masa, kaya sungguh-sungguh kerana kita mahu memberi nilai dan membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka.

Kita mahu berjaya sebagai hamba Allah yang benar-benar berjaya memikul amanah sebagai Khalifah-Nya.

"I love you too."
"Happy 10th. Anniversary to Us!"

3.2.12

PESAN TOK GURU: Nikmat Paling Besar

4 comments
‎"Kasihnya Allah SWT kepada kita sehingga disiapkan bumi dengan segala kelengkapannya sebelum dijadikan manusia dibumi. Sepertimana kita yang ingin menerima menantu, kita adakan majlis kenduri dengan segala persiapan seperti khemah, lauk-pauk sehingga kepada air basuh tangan disediakan untuk rombongan menantu yang tiba di hari perkahwinan. Ini menunjukkan sanjungan kita kepada rombongan menantu yang bakal tiba, demikianlah juga kasih Allah SWT bahkan ia jauh lebih besar jika dibandingkan dengan kasih kita kepada bakal menantu."

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 6 Januari 2011.

[admin] Video di bawah menceritakan nikmat yang paling besar iaitu nikmat Islam.

Related Posts with Thumbnails