Followers

18.4.12

Teguran Allah Datang Dalam Pelbagai Cara

BISMILLAH.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kakchik nak berhenti kerja.

Itulah apa yang kakchik rasa sejak beberapa waktu tapi hari ini perasaan itu sungguh memuncak. 

Semuanya gara-gara sebuah kritikan yang sungguh menyayat perasaan dan kepercayaan serta keikhlasan.

Ada juga tergetus, adakah ada niat tak baik di sebaliknya?

Atau memang ia disertai niat yang ikhlas hasil pemerhatian yang tidak berat sebelah.

Sedetik hati berdetak, terasa amat sedih dan pilu hinggakan segala jari jemari yang ada bergetaran.

Ya Allah, aku tahu ini teguran dari-Mu.

Walaupun aku boleh menafikannya tapi pandangan manusia tidak akan sama.

Pandangan yang disertai keikhlasan atau iri hati, kakchik pun tak pasti. Moga-moga jujur ikhlaslah kritikan itu.

Iya, kakchik masih hamba-Nya yang sangat lemah. 

Masih terlalu banyak yang perlu dibaiki dan ditingkatkan terutama dalam amalan kakchik sendiri.

Bekerja ini satu ibadah jika disertai dengan niat kerana Allah.

Terima kasih Allah atas teguran itu. Aku menerimanya dengan hati terbuka walau aku terpana dan sedih.

InsyaAllah aku akan baiki dengan sebaik mungkin.

Kalau boleh aku mahu tiada lagi kritikan dan buruk sangka.

Aku letih mahu menafikan dan jika aku sekadar diam, banyak lagi yang buruk dan berpanjangan akan berlaku.

Tidak betah, tidak enak sekali perasaannya.

Pekerjaan ini amat kusuka. Aku memilih untuk bekerja kerana ia mendekatkan diriku dengan masyarakat.

Mohon Engkau terus menegurku ya Allah agar aku akan lebih teliti dalam setiap pekerjaan yang kubuat.

4 comments:

  1. Bismillah.Assalamualaikum kakchik.Istiqomah dalam melakukan kerja.Niat yang terbaik lillahitaala.Smg Allah trs redha dn smg trs sukses.

    //Syg kakchik=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah..Moga Kakcik terus tabah dan istiqamah selalu..aminn

      Delete
  2. Assalamualaikum.. Saya pun pernah mengalami situasi macam tu. Awal2 tu memang kita rasa 'denial'.. kita buat semua betul and orang lain buat semua salah. Take time. Fikir secara rasional. talk to your husband. U can get the best advise from him.. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan hambanya sendiri...

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum kak chik..

    Semoga kak chik tabah menghadapi walau apapun ujian. Semoga semakin menjadi hamba yang lebih dekat kepada Allah. Amin.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails