Followers

31.10.11

Seminar Marketing Power: Jumpa Sahabat Facebook


BISMILLAH. Kalau turun ke KL, memang tak sah kalau tak ambil kesempatan bertemu dengan sahabat-sahabat facebook atau blog. Begitulah juga semasa kakchik ke KL pada kali ini sempena nak menghadiri Seminar Marketing Power Dr. Azizan Osman. Sahabat-sahabat inilah yang dikenali melalui facebook tapi kerana kejujuran dan persahabatan, ukhuwwah antara kami menjadi sangat erat sekali. Mereka menziarahi kakchik, menghiburkan kakchik dan membantu kakchik mengisi masa lapang yang ada semasa kakchik di sana. Alhamdulillah dan terima kasih.


Alhamdulillah, masa kakchik tidaklah terbuang begitu saja pada hari pertama di KL. Paginya, Amal yang dikenali melalui facebook, sudi mengambil kakchik di Hentian Putra dan di rumahnyalah kakchik menumpang sebentar sebelum ke Wisma MCA untuk mendaftar kemudian dia juga yang menghantar kakchik untuk check-in di Adamson Hotel, KL. (Tahun lepas masa ke KL bersama cik abe untuk ke Parlimen kakchik menginap di KL International Hotel, bersebelahan dengan Adamson Hotel). Nostalgia pulak hehehe.


Lepas Zohor, Izah pula datang ke hotel dengan membawa bersama dua orang puterinya yang comel-comel. MashaAllah seronok sungguh dapat bertemu mereka. Kami sama-sama makan lewat tengahari di Adamson Corner kemudian makan angin pula di Taman Tasik Titiwangsa yang sungguh best!. Banyak perkara yang kami kongsikan, terasa tidak cukup masa saja namun Asar, keletihan dan mereka juga perlu memandu pulang maka selepas menghantar kakchik pulang semula ke hotel, kami berpisah dan berjanji untuk bertemu lagi selepas ini.

Kakchik bersyukur di sebelah malam kakchik tak ada kelas tambahan jadi bila kawan-kawan kata nak datang ziarah dan ajak kakchik makan malam, makan STEAK yang sedap di Kg. Baru, kakchik amat-amat menantikannya. Hari Sabtu, kelas selesai agak lewat dan sebelum kakchik sampai di hotel, kawan-kawan telah pun menunggu di lobi. Kak Nita dan anak-anak, Atina, Ina dan Amal membuatkan kakchik amat terharu. Tak sangka sungguh. Ingatkan hanya Kak Nita dan Ina yang akan datang. Rezeki dan jodoh yang Allah tentukan.

Macam biasa, bila peminat abaya bertemu, suasananya amat riuh sekali. Sempat juga kakchik buat demo memakai shayla istimewa untuk Kak Nita dan juga sahabat yang lain. Moga-moga mereka akan dapat memakai shayla masing-masing dengan kemas, cantik dan cepat selepas ini. Senang saja cara kakchik kan? Hanya perlukan satu brooch dan satu jarum peniti. Kalau ada yang nak video tutorial yang baru, kena LIKE atau FOLLOW blog dan fanpage Abaya Elegan Lovers la ya.

Gambar tak berapa nak menjadi, dan kakchik nak pinjam gambar dari orang lain. InsyaAllah jika mereka izinkan, nanti kakchik edit pos ini.

Itulah lebih kurang kisah kakchik bertemu sahabat semasa berada di KL. 

26.10.11

Jemputan Ceramah, Kematian dan Ke Kuala Lumpur

Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar kalian semua di petang hari Rabu ni? Kakchik doakan kalian semua dalam keadaan baik-baik saja. Alhamdulillah sempat juga hari ni kakchik mencuri peluang untuk menuliskan sesuatu di sini. Ingatkan tak tahu nak tulis apa-apa sebab badan agak keletihan sehari-dua ni kerana jadual yang agak padat. Namun, sebelum ke Kuala Lumpur malam ni, kakchik rasa elok juga kakchik menulis serba-sedikit.

Alhamdulillah, selepas menghantar suami Ke Hotel Grand Riverview pagi tadi kerana dia ada program syarikat di sana dari pagi hinggalah ke jam 5.30 petang. Inipun kakchik baru aja sampai di rumah dari mengambilnya. Selepas menghantar cik abe, kakchik terus memandu menghala ke Kubang Kerian kerana kakchik ada jemputan ceramah di Madinatul Ilmi untuk pelajar-pelajar USMKK.

Sudah lama kakchik tidak memenuhi jemputan berceramah. Rasanya sejak sibuk dengan pengajian di OUM kakchik jarang menerima jemputan berceramah dan inilah kali pertama selepas grad Mei 2010. Lama benar kan? Dan kakchik tidak kisah pun kerana berceramah ni bukanlah satu aktiviti yang kakchik beriya-iya sangat. Iyalah, ilmu sangat kurang, nak berceramah ni kenalah juga ada ilmu, persiapan dan pengalaman. Makanya, agak gementar juga nak ke tempat ceramah.

Tajuk yang diberikan pula sangatlah menariknya, "Wanita, Kecantikan, Personaliti dan Iman". Rasa macam tidak patut pula untuk ditolak jemputan ini apabila tajuk yang akan dibincangkan ialah satu tajuk yang amat dekat dengan hati kakchik. Tajuk yang ada kait rapat dengan dakwah dan bisnes kakchik. Apatah lagi kakchik acapkali juga menulis tentang perkara yang hampir sama di dalam blog-blog kakchik.

Nak berceramah ni bagi orang yang sudah biasa, tentulah tiada apa-apa masalah. Bagi kakchik, ianya cukup mendebarkan lebih-lebih lagi para audien ialah kalangan mereka yang cerdik-pandai. Ada banyak rama-rama dalam perut kakchik. Tidur malam tadi pun rasanya tidak selena biasa hehehe. Agaknya mimpi pun teringat-ingat apa yang nak disampaikan kepada audien.

Sepanjang perjalanan kakchik tidak lupa berselawat sebagaimana cadangan seorang teman iaitu Ummu Amar. Bila berhenti di lampu isyarat, kakchik berdoa banyak-banyak agar Allah permudahkan lidah kakchik nanti berbicara dengan ilham yang berkaitan dengan tajuk. Kakchik ni tak boleh ada teks jika nak ceramah, nanti kakchik akan jadi rigid. Oleh sebab itu kakchik hanya buat nota pendek saja akan isi kandungan ceramah kakchik.

Mohon maaf banyak-banyak kepada teman-teman yang berharapkan kakchik berkongsi teks atau video dengan mereka. Semuanya tak ada kecuali mungkin ingatan di minda para pendengar ceramah kakchik. InsyaAllah gambar-gambar pun takde yang ambil. Kena kuat fotografik memori sungguh agar ingatan dari pengalaman berceramah tadi boleh bertahan lama di ingatan.

Ringkasnya, kakchik hanya mampu mengucapkan segunung syukur ke hadrat Allah SWT yang telah memudahkan perjalanan ceramah tadi. Allahu'alam sejauh mana penerimaan dari para audien tapi kakchik rasakan ada aura positif di dalam bulatan yang dibentuk semasa ceramah tadi. Semoga yang baik-baik saja yang telah didengari oleh telinga setiap pendengar. InsyaAllah. Kakchik bimbang, apa yang kakchik sampaikan tidak memenuhi tajuk atau mungkin langsung tidak berisi.

MashaAllah ... boleh terlupa pula. Pagi tadi kakchik dikejutkan oleh satu berita sedih. Isteri kedua kawan kakchik telah meninggal dunia pada jam 4.00 pagi tadi. Innalillahiwainnailaihiraajiun. Al-Fatihah untuk allahyarham Aisyah yang pulang menghadap Ilahi. Suaminya (kawan kakchik) kini sedang mengerjakan haji di Makkah bersama isteri pertamanya (kawan kakchik juga). Allahyarham masih muda dan pergi meninggalkan seorang cahayamata yang baru berusia 6 bulan bernama Bahirah.

Syahdu rasanya walaupun kakchik tidak kenal rapat dengan allahyarham. Sama-samalah kita doakan ruh allahyarhan ditempatkan bersama ruh orang-orang yang beriman. Jenazah telah selamat dikebumikan jam 3.30 petang tadi. Kakchik tidak sempat berziarah namun, doa tetap juga dikirimkan. Semoga kawan kakchik tabah menghadapi berita kematian isterinya dan dapat meneruskan ibadah haji dengan sempurna hingga ke akhir.

Di saat ini hati kakchik terasa sedikit sedih sebab malam ini kakchik akan bertolak ke KL dan meninggalkan cik abe sendirian di rumah. Kakchik sudahpun menyiapkan pakaian kerjanya yang siap bergosok dan semua keperluan lain untuk kemudahannya yang akan menguruskan diri-sendiri selama 4 hari kakchik tiada di rumah. Memang mudah nak menangislah bila nak berpisah dengan suami ni hehehe. Biasalah kan? Tapi pemergian kakchik ke KL pun dengan izinnya dan untuk masa depan kami juga.

Tolong doakan perjalanan kakchik selamat pergi dan balik. Tolong doakan juga agar pengorbanan ini akan memberi banyak manfaat di masa hadapan buat kakchik dan cik abe, buat keluarga, buat agama dan buat masyarakat. Kakchik pergi dengan jiwa yang berkobar-kobar dengan segunung harapan agar Allah redha dan menunjukkan jalan yang terbaik. Kakchik tak tahu sempat atau tidak untuk kakchik update blog semasa di sana kerana siangnya kelas sangatlah padat. Malam free tapi belum pasti ada talian internet atau tidak di sana.

Jadi, mohon maaf zahir batin dari kalian semua. InsyaAllah kita jumpa lagi. Entri selepas ini insyaAllah dari KL. Salam sayang.

KakChik Niza
Baiti Jannati
6.38 ptg, 26.10.2011

24.10.11

SEMINAR MARKETING POWER DR. AZIZAN

BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana hari ini Dia masih memberi peluang untuk kakchik dan kalian semua untuk bangun dari mati yang sementara (tidur) dan meneruskan hidup seperti biasa. Bermakna kita semua masih ada peluang untuk melakukan segala yang terbaik untuk masa depan kita sama ada di atas dunia lebih-lebih lagi untuk akhirat.


Pagi ni kakchik nak berkongsi sedikit pengalaman menyertai program Seminar Marketing Power Dr, Azizan di Kelantan Trade Center (KTC) pada Jumaat lepas. Pengalaman yang berbaloi sekali. Kenapa kakchik kata begitu? Nanti kakchik ceritakan dalam tulisan kakchik yang seterusnya. 

Skeptikal

Sebenarnya sudah beberapa tahun kakchik melihat iklan satu mukasurat penuh Dr. Azizan di dalam suratkhabar tapi tidak pernah sekali pun kakchik teringin untuk melihat lama-lama iklan tersebut apatah lagi mahu mengambil tahu mengenainya. Bagi kakchik, iklan sebegitu hanya orang yang tak ada kerja sesuai ikuti kerana ia khabarnya boleh membantu mereka mendapat pendapatan.

Satu perkara lagi ialah banyaknya ura-ura yang negatif tentang Dr. Azizan yang kakchik dengar dan baca tapi kerana minat kurang, kakchik tidak ambil pusing. Kalau baca pun sekali lalu je. Dan kakchik juga tidak suka sebarkan perkara yang jenis khabar angin ni. Kalau kakchik dengar orang kata Dr. Azizan ni penipu, kakchik setakat dengar saja. Kakchik tak akan iyakan sebab kakchik pun tidak tahu fakta-faktanya sama ada benar atau tidak.

Sikap tak endah kakchik kepada iklan dan cerita-cerita kejayaan orang juga kakchik sekadar tengok begitu saja. Dalam hati tu memang teringin nak berjaya macam mereka tapi kerana kurang cita-cita maka iklan itu langsung tidak berbekas di hati melainkan rasa tak percaya. Bagi kakchik, orang nak mengiklan produk mereka pastinya mereka buat cerita yang canggih-canggih barulah boleh menarik minat pembaca.

Hati Diketuk

Satu hari (12 September) kakchik seperti biasa membelek-belek suratkhabar mencari berita-berita menarik dan penting untuk dibuat keratan akhbar. Tiba-tiba ternampak wajah orang yang kakchik kenali dalam satu iklan satu mukasurat. Hati berkata, "Kak Hae!" Ya, kakchik lihat Kak Tengku Norihan iaitu trainer aerobik kakchik di Bodypower di dalam suratkhabar. Dia menceritakan pengalamannya yang cukup memberangsangkan.

Kakchik tidaklah rapat sangat dengan Kak Hae ni tapi sejak ikut kelas aerobik di Bodypower miliknya kakchik ada juga dengar serba-sedikit pengalaman turun-naik bisnes kecergasannya. Jadi sebahagian ceritanya di dalam iklan itu boleh kakchik sahkan sebab semasa ianya berlaku, kakchik masih lagi mengikuti kelas aerobik secara harian. Namun sejak tahun lepas kakchik tidak lagi sempat untuk ke kelas aerobik kerana beberapa masalah.

Apapun, iklan itu habis kakchik baca dari A sampai Z. Hati bagai diketuk. Kebetulan pula di waktu itu kedaibuku kakchik sedang menghadapi masalah kewangan dan pengurusan. Bisnes abaya pula sedang naik. Kakchik merasakan seolah-olah ada ketidakseimbangan dalam kakchik menguruskan waktu, tenaga dan kewangan untuk keluarga, kerjaya, dua bisnes dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan kakchik. Bimbang sungguh dan takut bisnes akan merudum.

Keputusan Drastik

Tag peserta di tangan.

Dalam iklan itu kakchik tahu bagaimana Kak Hae boleh berjaya dalam tempoh yang pantas dan di situ juga dimaklumkan program apa yang telah beliau ikuti. Kakchik bertanya pada hati, "Adakah ingin biarkan hidup makin susah? Apakata bagi peluang untuk diri dan suami?" Tanpa lengah kakchik masuk laman web yang dinyatakan iaitu http://www.marketingpower.com.my/site .

Ada banyak dijadualkan senarai tarikh dan tempat yang telah dan akan diadakan SMP. Hati kakchik macam risau takut-takut di Kelantan ianya telah lepas. Oh, alhamdulillah masih belum terlambat. SMP di Kelantan akan dibuat pada 21 Oktober. Kakchik tanya hati, "Nak bertindak sekarang atau nak biarkan begitu saja?" Selepas bertawakal kakchik menghantar mesej kepada cik abe tapi lama menunggu tanpa jawapan, kakchik ambil keputusan untuk mendaftar.

Oleh kerana berjimat amatlah penting di saat kewangan tidak begitu stabil, maka kakchik buat pilihan mendaftar untuk 3 orang maka yuran RM20 seorang menjadi RM10 seorang. Daftar untuk suami dan seorang kawan. Selepas mendaftar, kakchik maklumkan pada cik abe, juga tiada respon. Agaknya pada masa tu dia sedang sibuk di pejabatnya. Tak mengapa. Yang penting kakchik telah maklumkan dan telah minta izin. Jika selepas ini dia tak izinkan takdelah terasa sangat hangus RM20 tu (untuk dia dan kakchik).

Berfikiran Positif

Setiap kali fikiran kakchik teringatkan pendaftaran SMP itu kakchik cuba berfikiran positif. InsyaAllah, hati kakchik selesa mahu menyertainya dan suami pun telah mengizinkan. Menanti hari dengan perasaan yang agak bersemangat walaupun masih ada sedikit ragu-ragu dan berjaga-jaga. Sedikit-sebanyak ada juga kakchik termakan kata-kata kawan dan kenalan tentang Dr. Azizan dan SMP.

Hanya Allah saja tempat kakchik mencurahkan harapan agar penyertaan ini tidak sia-sia. Jika hati berat, kakchik tidak akan pergi. apatah lagi dalam keadaan jadual aktiviti yang semakin padat. Namun, tiba juga 21 hb Okt dan selepas cik abe balik dari Solat Jumaat, kakchik bersiap ke KTC. Puas memujuknya namun, dia juga punya banyak urusan berkaitan bisnesnya yang memerlukan perhatian segera. dengan izin cik abe, kakchik bertolak ke KTC dalam hujan renyai-renyai.

SMP di KTC, KB

Kakchik sampai agak lewat. Semasa mengisi borang, ramai peserta telah pun masuk ke dalam dewan dan dari luar kakchik boleh dengar pengerusi membuka majlis. Tiada bacaan Al-Fatihah seperti kebiasaan kami di sini tapi salam pengenalan dan tayangan video selama beberapa minit. Usai menghantar borang dan memakai tag di tangan, kakchik terus masuk ke dewan sambil melilau mencari kawan. Tak jumpa dan akhirnya kakchik duduk di sebelah seorang kenalan baru, Angeline namanya. Seorang wanita Cina yang masih belum punya halatuju dalam menyara hidupnya.

Selepas tayangan video, senamrobik pula diadakan dan dipimpin oleh tak lain tak bukan, Kak Tg. Norihan, trainer kakchik dan juga pemilik Bodypower Fitness Center. Memang semua peserta dijemput ikut serta bersenamrobik tapi tiada siapa yang memaksa atau mewajibkan kita untuk ikut. Bagi kakchik walaupun selalu beraerobik, di dalam dewan yang bercampur lelaki dan perempuan, bukanlah tempatnya. Ana muslimah.

Kakchik hanya tepuk tangan sambil berdiri saja. Senamrobik zoomba memang agak rancak dan ramai juga yang cuba ikut namun ramai juga yang hanya menjadi pemerhati seperti kakchik. Selesai berzoomba, barulah Dr. Azizan keluar memperkenalkan diri dan terus memperkenalkan Kak Hae dan menjemput beliau membuat sedikit perkongsian pengalaman mengikuti SMP sejak bulan Mei 2011.

Penyampaian Dr. Azizan cukup menarik minat kakchik. Apa yang diceritakan adalah jelas dan mudah difahami. Kata beliau untuk berjaya dalam apa jua kerjaya atau bisnes yang kita ceburi, kita mestilah ada M E S T I iaitu Mentor yakni penunjukcara yang akan membantu, Elmu iaitu Emosi dalam menuntut ilmu dan berkongsi ilmu, S iaitu Strategi yang terbaik dalam mengurus dan mencapai matlamat, T iaitu Tindakan yang dilakukan dalam mencapai matlamat dan I iaitu Impian yang mahu dicapai.

Kesimpulan

InsyaAllah kakchik akan ke Intensive Advance Marketing Power di KL selama 3 hari, 28 - 30 Oktober ini. Itulah natijah dari kehadiran kakchik ke SMP. Kita kaya dan berjaya. Barulah kita boleh melangsaikan hutang yang ada, mencapai segala impian hidup. InsyaALlah.

KakChik kaya, berjaya dan berakhlak mulia. InsyaAllah!


23.10.11

20.10.11

HIDUP UNTUK MEMBERI SEBANYAK-BANYAKNYA.

BISMILLAH. Assalamualaikum dan selamat malam untuk semua.

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga peluang untuk kakchik menulis sesuatu di sini. Sibuk betul sepanjang siang hari tadi. Ni baru orang biasa, entah bagaimanalah para pemimpin melaluinya hampir setiap hari dengan pelbagai program siang dan mahu malam. Patutlah Allah pilih mereka menjadi pemimpin, bukan calang-calang orang boleh ke sana ke mari, buat itu buat ini dari pagi hingga ke dini hari. Tabik hormat sungguh.

Kakchik di saat ini terasa amat segar kerana baru saja mandi. Hehehe... lewat sangat kakchik mandi malam ni. Selalunya mandi sebelum Maghrib tapi malam ni dekat jam sepuluh baru selesai mandi. Alhamdulillah... dengan badan yang segar dan wangi, ehem... kenalah wangi-wangi sebab dengan suami kan, kalau busuk dan masam, suami pun tak tahan.

Dari pagi kakchik keluar menghantar cik abe ke tempat kerjanya kemudian bergegas pulang ke rumah semula untuk menyiapkan beberapa tugas rumahtangga. Hujung minggu kenalah membasuh, menyapu dan mengemas rumah. Alhamdulillah dalam masa hampir dua jam, sambil melakukan semua urusan itu kakchik sempat juga menguruskan beberapa jualan abaya secara online.

Sebahagian AJK bergambar di hadapan perpustakaan yang masih belum bernama.

Ada dua jemputan yang perlu dipenuhi. Jam 11 pagi kakchik ada taklimat untuk AJK Masjid Seberang Pasir Mas - Salor tentang pengurusan sebuah perpustakaan. Syabas untuk warga kariah masjid itu yang bertuah kerana mendapat sebuah perpustakaan untuk kegunaan mereka. InsyaAllah kakchik akan ceritakan pasal hal ini dalam entri khusus nanti. Gambar-gambar pun akan kakchik sertakan. Hati kakchik begitu terharu melihat semangat dan kesungguhan mereka dalam memakmurkan perpustakaan itu.

Sekali lagi bergambar di hadapan Masjid Seberang Pasir Mas - Salor yang tersergam indah.

Usai majlis taklimat waktu sudah hampir Zohor tapi kakchik perlu memandu lagu laju ke satu tempat yang lebih jauh iaitu ke Pantai Sri Tujuh di Tumpat. Di sana kakchik dijemput membuat demonstrasi pemakaian tudung untuk muslimah. Oleh kerana tempatnya jarang kakchik tuju, maka jalannya juga kakchik kurang arif dan ingat. Slot kakchik jam 4 petang tapi kakchik rela pergi lebih awal.

Tujuan pergi awal ialah, dapat berehat dan dapat mengikuti ceramah yang disampaikan oleh jemputan khas iaitu Dr. Hafizah Mustakim dari Klinik Perdana Cawangan Islah. Kalau tak silap kakchik nama program itu ialah Wanita Anggun, Cantik dan Jelita anjuran Majlis Daerah Tumpat sempena kempen menutup aurat yang bertemakan "Aurat Terjaga Maruah Terpelihara". Kalau tak silap kakchik, rasanya inilah slogan yang kakchik cipta semasa kempen ini pertama kali diadakan lebih kurang 6 atau 7 tahun yang lalu. 

Entah betul entah tidak ni sebab ingat-ingat lupa. Mungkin orang lain yang bagi idea, Allahua'lam. Kalau salah mohon pihak berkenaan maafkan kakchik.

Sebahagian dari muslimah yang hadir semasa ceramah Dr. Hafizah.
Dewan penuh hingga melimpah keluar. Alhamdulillah.

Selesai membuat dua demonstrasi, kakchik minta diri dari penganjur kerana jam sudah hampir 5 petang. Kakchik anggarkan masa yang perlu diambil untuk memandu dari Tumpat ke pejabat suami ialah dalam 30 minit. Alhamdulillah kakchik sampai 15 minit lebih awal dan sempatlah ambil angin sambil menghilangkan peluh semasa menunggu cik abe di dalam pejabatnya yang berhawa dingin. Cuma satu yang kurang selesa ialah solat Asar terpaksa dilewatkan demi nak sampai awal dan tidak mahu suami menunggu. Lebih baik kakchik yang menunggu daripada dia yang tunggu.

Itulah lebih kurang kisahnya siang tadi. Kalau nak diceritakan secara detail, insyaAllah dalam entri seterusnya esok. InsyaAllah, dengan izinnya. Bila dah sampai di rumah pastinya nak layan makan minum suami, layan anak-anak saudara berceloteh pasal buku, pasal mainan mereka, layan ummi yang juga punya cerita, layan diri-sendiri pun mestilah juga. Sambil-sambil kakchik tidak lupakan teman-teman dan para pelanggan yang sentiasa berhubung.

Syukur alhamdulillah Allah kurniakan kakchik suami yang sangat penyayang, yang telah mengizinkan kakchik ke semua program yang kakchik sebutkan tadi. Kalau tanpa izinnya, tentu berat hati kakchik yang degil ni semasa berada di dalam kedua-dua majlis tadi. Syukur alhamdulillah juga kerana Allah jadikan pengalaman bekerja untuk agama ini begitu indah walau kadang-kala sulit. Tapi pengalaman yang sekali-sekala indah inilah yang menjadi pemangkin untuk kakchik terus melakukannya.

Terima kasih banyak kepada kawan-kawan yang telah mendoakan agar segala urusan kakchik berjalan lancar pada hari ini. InsyaAllah kakchik tidak lupakan kalian dan mohon Allah rahmati dan berkati kalian semua yang begitu baik hati. InsyaAllah kita sama-sama bantu masyarakat kita demi agama kita yang mulia ini. Selamat berjuang untuk amal makruf dan nahi mungkar. Allahu Akbar!

Salam Jumaat.

KakChik Niza
Baiti Jannati
Pulau Melaka
20 Okt. 2011

19.10.11

TAK BERHATI PERUT SUNGGUH!

BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Allah... sejak tengahari semalam, mood kakchik sangatlah rendah. Bukan keran dimarahi orang. Bukan kerana ada masalah yang sedang menghantui jiwa. Ehem, masalah tu memang ada tapi tidaklah sampai menjadikan mood kakchik sebegini rendah. Tapi yang pastinya kakchik sentiasa saja terasa sedih dan airmata mengalir tidak semena-mena.

Allah....Allah. Masih terbayang-bayang di depan mata perkara yang berlaku. Teringat saja, kalau sedang makan, kakchik akan berhenti. Terasa tak boleh nak telan makanan itu. Kadang-kadang selesai solat, air mata jatuh berjuraian. Di saat menaip inipun air mata masih berderai-derai. Hai... murahnya airmata kakchik sejak semalam.

Mula-mula kakchik sudah cuba mengelak dari melihatnya tapi setelah begitu ramai yang mengongsikannya, hati menjadi semakin berat untuk melihat juga. Kakchik silap, kakchik pergi tengok semasa sedang makan tengahari. Tidak habis roti canai yang sedang dimakan kerana jiwa ini tidak tahan lagi.

Ya Allah... zalimnya manusia ini. Zalim sungguh! Terlalu zalim! Kejam! Tiada perasaan! Tiada peri kemanusiaan langsung! Sampainya hati mereka.... sampainya mereka berbuat begitu ke atas satu jiwa yang masih mentah, tidak mengerti apa-apa. Tiada jiwakah mereka? Allahu Akbar!

Video Kanak-Kanak China Yang Dilanggar

Ya Allah... terlalu menyayat hati. Setiap kali teringat apa yang berlaku ke atas anak itu, kakchik teringatkan anak-anak saudara kakchik. Dahsyatnya sikap manusia yang lalu-lalang tanpa langsung ada rasa simpati dan belas kasihan. Kasihannya anak itu. Entah apa nasibnya? Kakchik ingatkan nyawanya hilang di situ saja.... Ya Allah... terlalu sedih untuk dibayangkan. 

Di negara kita kini, semakin ramai orang yang hilang perikemanusiaan. Suami layan isteri macam hamba, macam orang gaji, macam pelayan restoran. Isteri tidak hormat suami, melawan cakap suami, mudah melenting, marauh tidak dijaga. Anak muda makin ramai bergaul-bebas, buat maksiat dengan bebas, berzina siang malam akhirnya dapat anak dibuang macam sampah!

Buang Anak, Lempar Anak, Kelar Anak

Bila ingatkan gambar-gambar bayi-bayi malang yang dibuang dan dibunuh ibu kandung mereka, hati kakchik cukup terguris. Ya Allah.... kesiannya bayi-bayi itu, kesian sungguh anak-anak kecil itu yang bagi kakchik di usia itulah mereka begitu menghiburkan sekali buat orang dewasa. Tidak dapat kakchik bayangkan bagaimana seorang ibu boleh lakukan perkara zalim ini ke atas anak sendiri.

Entah apa di fikiran mereka semasa tangan-tangan mereka memperlakukan perbuatan sadis itu ke atas tubuh kecil yang lumrahnya sesiapa saja suka mahu mencium dan memeluknya. Kakchik sedih... sedih sungguh. Nak menulis pun jadi tiada mood. Kepala naik sakit kerana menangis sendirian di dalam pejabat. 

Gloomy.

Sedih, memang terlalu sedih tapi amanah tetap juga dilaksanakan sebaik mungkin. Usaha dakwah mengajak orang beramal makruf nahi mungkar akan terus dilakukan selagi ada kudrat, selagi suami izinkan, selagi ada hayat. Rasanya, tidak sanggup lagi dah nak mendengar, membaca atau melihat gambar-gambar yang menyayat hati ni. Kekejaman manusia umpama tiada hentinya tapi ingatlah Allah itu bila Dia murka, kemurkaannya amatlah berat kesannya.

Kakchik takut Allah murka dan terus turunkan bala. Allah... Ya Allah.

18.10.11

Oki yang manis khabarnya akan ke Kelantan.

BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar kalian hari ini? Kakchik doakan semuanya berada dalam keadaan baik-baik saja. Kakchik pun alhamdulillah... sihat walafiat walaupun malam tadi kepalanya sakit dan kakchik berehat lebih awal daripada biasa. Syukur alhamdulillah, sakit kepala hilang bila bangkit dari tidur pagi tadi.

Cuaca hari ini pula sentiasa sejuk dan lembap kerana hujan dari malam tadi masih belum berhenti hingga ke saat kakchik menulis ini. Nasib baik kakchik pakai baju dua lapis, tidaklah terasa sejuk sangat badan ini dan jika udara makin sejuk, insyaAllah ada kot yang sedia dipakaia.

Sebenarnya kakchik tiada modal hendak menulis sejak semalam lagi. Selepas menerbitkan entri berkenaan mohon sumbangan untuk saudara seagama di Thailand, kakchik sibuk dengan urusan kerja di pejabat dan luar pejabat. Antaranya kakchik dan Dila telah keluar membelikan buku-buku baru untuk perpustakaan kami, kemudian makan tengahari bersama-sama di TCRS.

Selepas Zohor kakchik ke bank pula untuk sedikit urusan tapi tidak juga selesai. Kembali ke perpustakaan, ada pula tetamu yang datang untuk meminta bantuan nasihat dan cadangan pembukaan sebuah perpustakaan awam di Pasir Mas. Kemudian kembali menghadap kerja seperti biasa sambil sekejap-sekejap menjenguk fb.


Tiba-tiba saja, kakchik teringat kepada gambar Oki Setiana Dewi yang kakchik snap dari keratan akhbar pada hari Ahad lepas. Kakchik tengok gambar dia dan terfikirkan betapa sebenarnya boleh untuk seorang itu menceburkan diri dalam dunia lakonan, dunia artis tapi tetap terjaga penampilan dan akhlaknya.

Terfikir di dalam hati, tidak inginkah adik-adik remaja atau para wanita Islam di luar sana yang meminati beliau dan filem-filem lakonan beliau untuk meniru gaya berpakaian seperti Oki? Alangkah bagusnya kalau mereka menjadikan Oki idola dalam berpakaian. 

Bajunya ialah jubah atau jilbab yang longgar dan labuh, tidak menampakkan susuk tubuh. Tudungnya juga besar dan labuh. Wajahnya manis sekali tanpa solekan tebal (mungkin tidak bersolek). Cuma satu, kalaulah dia berpurdah, MashaAllah... pastinya bahagia sekali kakchik yang menyukainya.

Usianya baru 22 tahun, masih muda dan masih seorang pelajar. Walaupun Oki ialah artis dari seberang tapi tiada salahnya untuk dijadikan contoh dalam hal berpakaian. Moga-moga dalam hal lain juga amat baik walaupun ada beberapa aspek yang kakchik kurang setuju misalnya bergambar berdua-duaan dengan artis ajnabi.

Namun, tulisan ini fokusnya ialah pakaian dan jika remaja dan beliawanis mahu menirunya pada kakchik, tiada salah langsung kerana ia menepati ciri-ciri pakaian yang mengikut syariat Islam. Dan khabarnya Oki akan ke Kelantan pada tahun depan. Allahua'lam.



KakChik
Perpustakaan Dar Nur al-Zahra'
18 Oktober 2011

17.10.11

BANTUAN KEMANUSIAAN UNTUK SAUDARA ISLAM DI THAILAND

BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sebagaimana yang kita tahu, negara jiran kita Thailand sekarang ini sedang dilanda masalah banjir yang agak teruk. Kita simpati dengan apa yang berlaku di sana dan kita berdoa agar Allah SWT melindungi negara kita terutama Negeri Kelantan yang begitu dekat dengan Thailand dari turut menerima nasib yag sama.

Orang Islam di Hatyai yang pulang dari solat dengan mengharung banjir.

Ada di kalangan kenalan kami yang mempunyai dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Thailand telah menyuarakan kerisauan mereka dengan nasib keluarga dan masyarakat negaar mereka terutamanya golongan minoriti Islam. Bantuan makanan memang sampai tapi banyak juga yang tidak halal dan tidak selamat untuk dimakan oleh orang-orang Islam.

Dalam kesempatan yang ada ini, pihak kami dengan rendah hati mahu membantu saudara-saudara Islam yang sedang menghadapi masalah mendapatkan bekalan makanan halal semasa musim banjir besar di Thailand sekarang ini. 

Keadaan sebuah masjid di Hatyai yang ditenggelami air banjir.

Bantuan bolehlah disalurkan kepada seorang kenalan kami iaitu Sdri. Tasneem Sayorwan dari Bangkok yang kini sedang bekerja di Malaysia. Maklumat beliau ialah seperti di bawah:

Name on account: Tasmeen Sayorwan/ Tasneem Sayorwan
Bank Account: Maybank
Account no: 1623 5731 5607

For more information about the donation, you can: 
1. SMS 013 332 4398 or
2. Facebook: Tasneem Sayorwan or
3. Email: na_neem@live.com or
4. Comment on this blog.

Jika kita tidak mampu menghulurkan bantuan kewangan maka hulurkanlah bantuan dalam bentuk doa untuk keselamatan mereka. Semoga Allah redakan bencana ini tidak lama lagi dan sentiasa melindungi kita semua dari mala petaka di atas dunia atau di akhirat nanti.


Jazakallahukhairan jaza'.

KakChik
Perpustakaan Dar Nur al-Zahra'
Telipot, KB
17 Okt. 2011

16.10.11

MATI DIHEMPAP DAHAN POKOK

BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perkongsian berita di pagi Ahad dari akhbar Metro Ahad. Berita di muka depan.



Natijah:

Remaja perempuan berusia 14 tahun meninggal dunia. Belia lelaki berusia 22 tahun cedera di kepala. Innalillahiwainnailaihiraajiun. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa adik yang telah pergi di usia muda itu dan menginsafkan yang lelaki yang masih diizinkan Allah untuk bernafas di dunia ini.

Pengajaran:

Ajal maut di tangan Tuhan, ianya takdir Allah SWT. Semoga kematian kita adalah kematian dalam husnul khotimah dan di tempat yang mulia.

15.10.11

KANAK-KANAK FITRAHNYA SUKA BERTANYA

BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat lagi kita bertemu di hari Sabtu ni. Di kala ini pengunjung perpustakaan mulai datang tapi tidaklah begitu ramai. Biasanya bila jam menghampiri jam 11 pagi barulah keadaan di dalam perpustakaan akan mula terasa sedikit panas. Pengunjung sudah agak ramai  ketika itu dan setiap tingkat juga akan dipenuhi mereka. InsyaAllah. Itu berdasarkan lumrah mingguan di perpustakaan ini pada hari Sabtu.

Sambil-sambil kakchik melihat mereka datang, kakchik amat suka bila ada ibu bapa membawa bersama atau menghantarkan anak-anak mereka yang kecil berkunjung ke sini. Satu usaha yang sangat dibanggakan bagi membiasakan anak-anak dengan perpustakaan dan ilmu. Syabas! Anak-anak itu biasanya setengah jam pertama akan seronok membaca atau membelek buku-buku tapi selepas itu mereka akan mula tidak duduk diam hinggakan ada yang langsung tidak berdisiplin. 

Yelah, kanak-kanak, fitrahnya mereka akan dinamik terutama yang berusia 9 tahun ke bawah. Kalau mereka tidak bergerak, berlari ke sana ke mari, kakchik pula yang akan terasa pelik. Tak mengapalah. Mereka masih boleh dididik dan diasuh dengan peraturan walaupun belum tentu mereka akan betul-betul faham di usia begitu muda. InsyaAllah makin mereka meningkat remaja, didikan yang kita berikan akan mereka fahami dan ikut. Cuma kita jangan jemu mendidik mereka dengan baik.

Selain itu, kakchik acapkali juga melihat anak-anak ini bertanya macam-macam kepada ibu bapa mereka. Malah kadang-kadang kakchik juga menjadi tempat mereka bertanya. Samalah juga dengan anak-anak saudara kakchik yang 7 orang di rumah tu. Dari yang sebesar umur 12 tahun hinggalah seusia setahun, semuanya banyak soalan. Mulut mereka becok tapi kakchik suka bila mereka bertanya sebab kakchik akan cuba memberikan jawapan yang sebaik-baiknya dan sejujur-jujurnya sesuai dengan usia mereka. Jika tak tahu kakchik cuba carikan alasan yang munasabah.

Menjawab pertanyaan mereka ini janganlah kita ketepikan. Kakchik lihat ada ibu bapa yang malas nak melayan pertanyaan anak-anak mereka dan dengan mudah berkata, "Alah.... sibuk nak bercakap. Cuba pergi bercakap. Cuba pergi buat keje sendiri. Bisinglah." MashaAllah... kata-kata ini keluar dari mulut seorang ibu yang kemungkinan sedang khusyuk membaca sesuatu yang sangat diminati dan tidak mahu diganggu. Anak itu mungkin akan berhenti bertanya sebentar tapi pastinya anak kecil yang tidak mengerti kehendak ibunya akan kembali bertanyakan soalan yang sama hinggalah mereka mendapat jawapan.

Mari kita baca apa yang ditulis oleh Prof. Dr. Bustam Kamri, pakar kanak-kanak tentang JANGAN BOSAN MELAYANI PERTANYAAN ANAK-ANAK.

Perbendaharaan kata kanak-kanak tatih semakin meningkat apabila berusia 18 bulan hingga 24 bulan sebanyak 200 perkataan. Terdapat kanak-kanak tatih pada peringkat usia 18 bulan-24 bulan yang berterusan bertanya "Apa itu?" atau cuma menyebut "Tu?" Kanak-kanak ini mahukan nama objek. Terdapat orang dewasa atau ibu bapa yang merasa bosan untuk menjawab pertanyaan yang sama berkali-kali. Pada peringkat usia 2 tahun hingga 3 tahun kanak-kanak sudah menguasai lebh kurang  
Pada peringkat usia 2 tahun hingga 3 tahun kanak-kanak sudah menguasai lebh kurang 500 perkataan. Ibu bapa dan orang dewasa dinasihatkan jangan bosan kerana kanak-kanak di peringat ini sepanjang masa suka menyoal,"Kenapa?" Layanilah persoalan yang ingin diketahui dengan memberi penerangan mudah untuk memuaskan perasaan ingin tahu kanak-kanak ini.

Tengok tu, betapa cepatnya anak-anak kecil ini mengumpulkan perkataan di minda mereka dan pantasnya meningkat pengetahuan mereka. Kalau mahu anak kita lekas pandai bercakap dan boleh menguasai banyak perkataan dan sebutan yang jelas dan betul, JANGANLAH BOSAN melayan pertanyaan mereka. Lepas tu JANGAN MENIPU dalam memberikan jawapan kerana mereka akan menerima dengan telus tanpa curiga. Kesianlah kepada anak-anak kita jika kita tipu mereka semata-mata kerana kita malas nak menjawab soalan-soalan yang mereka ajukan walaupun soalan itu terlalu remeh.

InsyaAllah tidak letih pun badan kita untuk menjawab soalan mereka malah bertambah seronok bila kita mendengar mulut comel anak-anak ini menyebut semula perkataan-perkataan yang kita gunakan untuk menjawab soalan mereka. Alangkah bahagianya kan? Itulah yang kakchik amalkan sejak sekian lama dalam melayan kerenah anak-anak saudara kakchik yang kecil-kecil tu. Kelihatannya mereka semakin cerdik dan pintar. Rata-ratanya boleh bercakap sebelum usia  1 tahun terutamanya Adelia yang kini begitu petah dan yakin bertutur walau usia baru setahun sebulan.

Semoga kita tidak jemu dengan anak-anak kita. Merekalah permata hidup dan merekalah penenang di kala jiwa kita tertekan. Tekanan kerja hilang sebaik sahaja mata ini melihat kelibat mereka yang memanggil-manggil di balik tingkap apa bila kita pulang dari kerja. Serta-merta senyuman menguntum di bibir dan terasa alangkah bahagianya hidup ini.


KakChik Niza
Pejabat Pengurus, Dar Nur al-Zahra'
15 Oktober 2011


13.10.11

MUSIM ORANG PAKAI JUBAH, BAGUS TAPI ...

BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kakchik doakan kalian semua dalam keadaan baik-baik saja hari ni sebagaimana diri kakchik juga. Alhamdulillah dalam keadaan banyak urusan yang perlu dilaksanakan pada hari ni, kakchik amat bersyukur keran amasih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menuliskan sesuatu di blog kesayangan ni. Alhamdulillah. Harapnya kalian tidak pernah jemu berkunjung ke sini walaupun kakchik lambat respon atau balas mesej yang ditinggalkan.

Sebentar lagi kakchik perlu keluar ke bandar dan mungkin akan balik semula ke rumah bersama-sama cik abe petang nanti. Ada beberapa urusan rasmi yang masih belum diselesaikan yang tidak sempat kakchik lakukan si sebelah pagi. Pagi tadi selepas menghantar cik abe ke pejabat kakchik singgah di SSM kemudian ke pejabat pos dan ke pasar. Sebelum zohor ada pelanggan datang ke butik (rumah) jadi dah selesai makan tengahari ni baru nak keluar lagi. Beginilah selalunya kalau hari Khamis.

Sekarang ni kan, rasanya semua orang boleh setuju dengan kakchik kalau kakchik katakan, wanita Malaysia kini telah ramai yang memilih jubah atau abaya sebagai pakaian harian mereka. Setuju tak? Kalau setuju tentulah kita mempunyai beberapa pandangan yang serupa yang menjadikan kita membuat konklusi begitu kan? Kalau tak setuju tu mungkin kalian tinggal di tempat yang jarang jumpa orang berjubah ataupun kalian tiada akses internet.

Kenapa kakchik kata sekarang ni ialah musim orang suka pakai jubah dan abaya? Ok, inilah antara alasan-alasan yang boleh kakchik fikirkan berdasarkan pemerhatian kasar kakchik dari persekitaran dan networking kakchik di internet.

1. Bisnes pakaian muslimah berupa jubah/abaya meletop-letop.

2. Di mana-mana saja tempat perniagaan yang ada di sekitar bandar-bandar dan pekan-pekan yang kakchik telah pergi pasti kakchik jumpa ada banyak yang menjual pakaian muslimah ini. Kalau di Kelantan ni majoriti tuan punya kedainya insyaAllah Islam manakala di luar kakchik difahamkan ramai juga yang tuannya ialah bukan Islam.

3. Gambar wanita berjubah boleh dilihat di dada-dada akhbar dan majalah sama ada di dalam iklan atau pun gambar berita.

4. Keluar saja dari rumah, amat mudah untuk bertemu wanita yang berjubah, yang berabaya tu di majlis-majlis tertentu amat mudah kalau di bandar, susah sikit kecuali pada hari Jumaat di Dataran Ilmu semasa kuliah TGNA.

5. Rekaan jubah dan abaya yang semakin kreatif, pelbagai dan kontemporari. Pilihan teramat banyak. Dari yang semurah RM50 hinggalah yang beratus-ratus ringgit mengikut tempat yang dibeli dan jenamanya jika ada jenama.

6. Media massa turut mempromosikan pakaian 'wanita muslimah' (kononnya) melalui drama tv, rancangan-rancangan wanita dan sebaginya.

Itu antara sebab atau alasan yang dapat kakchik fikirkan dalam masa beberapa saat ini. Makin setuju kan dengan tajuk kakchik kat atas tu?

Secara peribadi, ini adalah satu perkembangan yang positif kalau dilihat dari sudut Islam kerana pada dasarnya pemakaian jubah dan abaya itu amatlah dianjurkan sebagai pakaian wanita Islam yang mampu menutup aurat dengan sempurna. Jadi, kakchik syukur dan gembira. Alhamdulillah.

Tapi.... ada tapinya. Perubahan zaman, gaya hidup dan trend semasa dunia fesyen kini telah banyak memanipulasi pakaian wanita Islam yang begitu sopan dan tidak bertabaruj itu kepada sesuatu yang seperti ini:




Astaghfirullah... kesian diri kita jika kita juga termasuk dalam kalangan muslimah yang memilih jubah yang sebegini untuk dipakai. Sia-sia kita habiskan duit membelinya mungkin dengan niat nak menutup aurat kita dengan sempurna, yelah kan, pakai jubah tentulah nak tutup aurat. Mana ada orang pakai jubah nak tunjuk aurat kan?

Masalahnya jubah yang mengikut potongan badan begini, melekat di setiap susuk lekuk badan malah ada pula yang nipis hingga menampakkan 'outline' pakaian dalam kita, telah termasuk dalam hadis nama yang disebut BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG. Kerja sia-sia saja yang kita buat. Pahala tak dapat, berkat hilang malahan DOSA pula yang kita kutip sepanjang masa pakaian itu dilihat oleh orang bukan mahram kita.

Tak guna seorang muslimah memakai jubah atau abaya jika beginilah hasilnya. Kakchik yakin, tentu kalian pun perasan kan bila menghadap cermin selepas menyarungkan pakaian ke tubuh. Tak kan tak nampak ketat atau nipisnya pakaian yang kita pakai tu? Agaknya syaitan telah kaburkan pandangan mata sehinggakan ketika bercermin, jubah sejarang dan seketat di atas dapat kita pakai tanpa rasa apa-apa. Sebab itu kita kena tahu doa bila nak berpakaian ni agar kita tak tersalah pilih yang seperti di atas.

Jadi, hari ni cuba tilik jubah atau baju di badan tu? Kalau nampak segala lekuknya, dan kita sendiri tak yakin nak bersembahyang dengannya begitu saja tanpa pakai kain sembahyang, maka itu tandanya kita kena perbaiki pakaian kita. Pilihan kan banyak... pilihlah yang lebih besar dan longgar. Awat ler... kita tu pi pilih yang ikut potongan badan pastu kecik pulak... ataupun stretchable.

Sebut pasal STRETCHABLE ni, tentulah jahitannya dikecilkan dari ukuran biasa kerana nak bagi ia STRETCH la kan? Bila nak STRETCH ni tentulah benda alah tu akan melekat di badan... Huhu, kat depan nampak bentuk payu dara, nampak bentuk perut kempis atau buncit, kat belakang nampak bentuk punggung, bentuk seluar dalam pun berbekas jelas. Aduh... takde perasaan malukah kita terhadap dunia? Kalau dah kat dunia kita tak malu, apatah lagi kepada Allah SWT.

Dah... pakai saja semua pakaian yang ketat dan seksi tu di rumah, khusus untuk pandangan mata suami. Kalau belum kahwin, cukuplah di dalam bilik saja. Zaman sekarang ni perempuan sama perempuan pun belum jamin boleh selamat dari godaan nafsu. Syaitan dia tak kira siapa, dia akan tetap goda hinggalah kita membuat dosa. Tengok dalam almari kita tu, mana yang masuk dalam kategori 'jubah maksiat' ni jangan lagi dipakai ke pejabat atau ke mana-mana saja. Jangan kita jadi tukang seksa iman orang lain.

"Yelah, iman masing-masing, siapa suruh hang tak jaga pandangan mata hang?" Tapi bila kita sentiasa dinamik ni mana nak mampu sepanjang masa nak tundukkan pandangan kalau yang pakai macam ni dok depan mata kita, dok sebelah meja kita, dok kat kerusi belakang kita dan kadang-kadang berdiri betul-betul di depan pandangan kita. Istighfar memang boleh... tapi tolonglah jangan menyeksa iman orang lain yang bukan setiap masa tinggi rating nya.

Ok, cukuplah dulu untuk kali ni. Jam pun sudah pukul 3 petang. Kakchik nak keluar dulu. Hari pun macam nak hujan tu... Semoga nukilan kakchik petang ni akan sedikit sebanyak menjadi ingatan kita bersama. InsyaAllah kakchik TAK rasa diri kakchik ini lebih bagus dari sesiapa kerana kakchik amat tahu betapa lemahnya iman kakchik. Tapi Allah ajar kita agar sentiasa saling mengingatkan agar kita semua beroleh kebaikan dunia dan akhirat. Maafkan salah silap jika ada.

Wassalam.

KakChik
Baiti Jannati, Pulau Melaka
13 Okt. 2011

12.10.11

Wordless Wednesday: Cute Doodle


Source: Ticher Ina

BERITA BAIK BUAT PENIAGA KECIL & ONLINE

BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Pagi tadi macam biasa sambil mengecop suratkhabar perpustakaan ni kakchik sempatlah juga membelek-belek  sambil melihat tajuk-tajuk yang penting dan menarik. Selalunya tak sempat nak duduk dan membaca betul-betul suratkhabar harian ni melainkan di sebelah petang jika kakchik solat awal bolehlah tengok sebentar.

Selalunya kakchik tak minat sangat nak membaca di ruangan Bisnes/Niaga kerana banyak sangat yang kakchik tidak faham. Mungkin kerana di ruangan itulah selalunya ada maklumat tentang bursa saham, berita-berita berkaitan bisnes-bisnes besar, hal-hal kewangan negara yang di luar jangkauan minda kakchik. Nampak sangatlah belum betul-betul usahawan atau ahli perniagaan hebat kan? hehehe

Anyway, hari ni, hati kakchik mahu membaca ruangan tersebut. Mungkin kerana ada berita menarik untuk kakchik dan juga untuk rakan-rakan lain yang menjalankan bisnes kecil-kecilan separuh masa atau sepenuh masa. Nak tahu apa, silalah tengok keratan akhbar di bawah.



MENARIK KAN? Kakchik memang suka sangat dengan servis baru pihak POSLAJU ni. Bagi kakchik yang buat bisnes secara sampingan ni, terpaksa menghadkan hari mengepos barang kepada hari tetap sekali seminggu iaitu pada hari Khamis. Semuanya kerana di hari lain kakchik bekerja dan agak susah nak keluar ke pejabat pos walaupun di waktu rehat.

Bila ada servis begini, terasa kerja mengeposkan barang akan lebih mudah selepas ni. Tel saja ke talian 1-300-22-5258 dan pihak poslaju akan datang ke rumah untuk memungut bungkusan. Pastinya tidaklah percuma kan tapi tidak mengapa... kena caj RM5 tanpa mengira berapa jumlah barang yang mahu dihantar asalkan tidak melebih 30kg. 

Kos penghantaran diuruskan sepertimana di kaunter poslaju juga. Bayar tunai kepada wakil poslaju di pintu rumah dan selesailah t/jawab kita. InsyaAllah kata Ketua Peg. Eksekutif Pos Malaysia, barang akan sampai keesokannya. Harap-harap begitulah hendaknya.

Jadi kawan-kawan, berita ni adalah berita baik buat kita kan?


11.10.11

PERKONGSIAN: Dari Nota Wardina Tentang Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz

BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Seandainya Nik Aziz Gubernur Aceh
Banda Raya - 9 June 2011 | 54 Komentar
Bila ada Iman dan Ada Kuasa : Sumber - harianacheh.com

Fakhruddin Lahmuddin bersama kawan-kawannya dari Majelis Permusyawaratan Ulama (MPU) Aceh Besar bersilaturrahmi ke Negeri Kelantan, Malaysia. Mereka ingin menjumpai seorang pemimpin rakyat yang mungkin sekali tak ada di daerah lain, apalagi di Aceh.


Namanya Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Lebih akrab disapa “Nik Aziz”. Dia menjabat Menteri Besar (gubernur) Negeri Kelantan sejak 20 tahun terakhir. Karena kepemimpinannya, oleh rakyat, ia digelar Umar bin Khattab-nya Kelantan. Musabab itulah, Fakhruddin dan kawan-kawan ingin belajar pada gubernur berusia 84 tahun itu.

Saat tiba di depan pendopo, rombongan disambut sekretaris gubernur; karena Nik Aziz sedang dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur. Lalu mereka dipersilakan duduk di ruang pertemuan berkapasitas 200-an orang. Sungguh, mereka terpana. Kursi dan meja kayu, kipas dan mimbar usang, pula perabotan lainnya, tampak sederhana, jauh sekali dengan di Aceh atau provinsi lainnya.

Tak berapa lama kemudian Nik Aziz hadir. Ia berjubah putih (selalu demikian, menurut cerita warga Kelantan). Mereka selanjutnya beramah-tamah. Usai Fakhruddin dan kawan-kawan menyampaikan maksud kedatangannya, Nik Aziz pun berbicara.

“Nak jaga dan bangun Kelantan tak sulit bagi saya. Yang sulit adalah nak jaga diri saya dari godaan duniawi,” tutur Nik Aziz menanggapi penilaian Fakhruddin dan kawan-kawan tentang ketenteraman Kelantan, di mana mayoritas penduduknya Melayu asli.

Pernyataan tersebut memantik semangat Fakhruddin untuk terus mengorek sisi menarik lain dari seorang Nik Aziz. Ketua MPU Aceh Besar itu pun memerolehnya dari melihat sendiri maupun berdasarkan cerita penduduk Kelantan.

Pertama, begitu dilantik jadi Menteri Besar (MB) Negeri Kelantan, dinas pembangunan umum setempat segera menawari Nik Aziz untuk mengaspal dan memperbaiki jalan sekitar rumah dan pesantren miliknya. “Jangan, jangan! Kenapa sebelum saya jadi MB tak diperbaiki? Tak boleh,” tegasnya. Orang dinas terdiam.

Kedua, Nik Aziz selama jadi gubernur tak pernah tidur di pendopo. Ia menilai, kalau tidur di pendopo harus menyewa guard (satpam) dan tukang kebun, misalnya. Lalu pekerja itu digaji dengan uang negara, di mana uang itu seharusnya dipakai untuk menyejahterakan rakyat. Ia tak mau begitu. Gubernur Aceh sekarang juga tak mau tidur di pendopo, tapi berbeda tujuannya dengan Nik Aziz.

Ketiga, Nik Aziz tinggal di rumah yang sangat sederhana. Rumahnya berkonstruksikan kayu. Kecil. Padahal sampai kini ia sudah punya 10 anak dan 55 cucu dari istri tunggalnya. Fakruddin dan kawan-kawan terpana lagi ketika berkunjung ke rumahnya. Tak ada satupun pengawal yang jaga-jaga di rumah pemimpin salah satu negara bagian Malaysia itu.

Keempat, Nik Aziz pelayan tamu. Suatu kali ada wartawan asing ingin menjumpai Nik Aziz di rumahnya. Usai dipersilakan masuk oleh seorang lelaki tua, wartawan itu menunggu sang gubernur. Tak lama kemudian, lelaki tua tadi keluar dengan membawakan minuman.

“Saya ingin menjumpai Nik Aziz, apa dia ada di sini?” kira-kira begitu tanya si wartawan. “Inilah saya Nik Aziz yang kamu maksud,” sahut lelaki tua itu. Si wartawan terkejut dan malu. Lalu satu pertanyaan menarik darinya timbul lagi kemudian, “Anda seorang gubernur, apa tidak takut tinggal di rumah dengan tak ada seorangpun guard?” Dengan mantap Nik Aziz menjawab, “orang yang perlu pengawal adalah orang yang punya musuh, punya masalah. Saya tak punya masalah dengan siapapun. Guard saya adalah beribadah kepada Allah.”

Kelima, Nik Aziz turut membersihkan tandas (sebutan WC oleh orang Malaysia). Suatu kali, sekira jam 3 pagi waktu Malaysia, seorang santri melihat ada bayang-bayang seorang lelaki di sebuah WC pesantren milik Nik Aziz. Ia heran, yang membersihkan toilet seharusnya tugas santri. Begitu didekatinya, ternyata lelaki itu pemimpin pesantren tempat dia belajar, yaitu Nik Aziz. Ia merasa malu.

Keenam, suatu malam, seorang warga keturunan Cina kebingungan karena mobil yang dikemudinya mogok. Lalu sebuah mobil tua berhenti. Seorang lelaki tua turun dari dalamnya. Lalu membantu si Cina itu. Bahkan ditemani sampai ke bengkel. Esok pagi, ia terkejut. Ia melihat di koran, ada foto orang yang membantunya semalam. Ternyata lelaki tua itu Nik Aziz.

***

Begitulah Nik Aziz. Fakhruddin Lahmuddin menceritakannya beberapa hari setelah ia pulang dari Kelantan. Tepatnya, Ketua MPU Aceh Besar itu mengisahkan kepada saya pada Jumat 27 Mei 2011 yang panas, usai mengajar di Fakultas Dakwah IAN Ar-Raniry Banda Aceh. “Masih banyak cerita menarik lain tentang Nik Aziz selama jadi gubernur, cerita yang nyaris mustahil ada pada diri pemimpin di Indonesia maupun negara lain,” katanya. Dia tidak sedang berbohong.

Adakah calon gubernur di Aceh seperti gubernur Kelantan iu?

Aceh di ambang Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada). “Sulit menemui calon pemimpin seperti Nik Aziz di Aceh, maka patut memilih yang mendekatinya,” kata pemimpin Ponpres Umardian itu.

Lalu dia menganalogikan pada seorang sopir bus penumpang yang mengalami situasi membahayakan. Tiba-tiba saja, sekitar tiga meter di depannya seorang lelaki tua sedang menyebrangi jalan dengan melangkah pelan, sendiri. Di kanan, bus lain berusaha menyalipnya. Sedang di kiri,  ada jurang yang dalam. Sopir gamang. Kalau menabrak lelaki tua itu pasti mati. Kalau mengelak atau mengerem, bus pasti masuk jurang dan semua penumpang kemungkinan besar akan mati. “Pilih mana?”

“Begitu juga dalam hal memilih pemimpin,” katanya. Bila seandainya semua calon pemimpin tergolong zalim–baik tingkat tinggi maupun rendah–, maka patut memilih satu pemimpin yang zalimnya paling rendah di antara lainnya. Bila pada cerita sopir di atas, lebih bagus menabrak seorang lelaki tua itu daripada masuk jurang lalu semua penumpang mati.

Kemudian Fakhruddin menyebutkan satu hadits sahih riwayat Bukhari yang artinya, “Rasulullah pernah bersabda, `Bantulah saudaramu yang zalim dan yang terzalimi`. Lalu sahabat rasul bertanya,`Ya Rasulullah, kami tahu bagaimana cara membantu orang yang terzalimi, tapi bagaimana kami membantu orang yang zalim?` Rasulullah menjawab, `cegah ia dari melakukan kemungkaran.”

Musim Pilkada banyak “orang zalim” yang minta dibantu saat pemilihan. Bila ada pemimpin–yang sudah bisa dipastikan kalau kepemimpinannya kelak akan menyengsarakan rakyat–meminta bantuan pada kita untuk memilihnya, maka bantulah dia.

“Caranya, jangan memilihnya saat pemilihan berlangsung. Jika kemudian ditanya kenapa tak bantu, cukup dijawab, ‘saya sudah bantu Anda supaya tidak menjadi pemimpin yang zalim. Supaya kejahatan tidak terus bertambah. Maka saya bantu menguranginya dengan tidak memilih Anda saat pemilihan.’ Jika ada calon lain yang minta bantu juga, hadapi dengan cara yang sama,” katanya.

Maka jalan untuk menemukan Nik Aziz di Aceh akan terbuka meski dalam jangka yang lama, dengan catatan konsep “membantu orang zalim” itu harus konsisten dipegang rakyat. Jika tak besar gengsi, pemimpin di Indonesia patut meniru Nik Aziz. Dan andai saja Nik Aziz Gubernur Aceh sekarang, maka majulah Aceh.

ADA PENGAJARAN YANG AMAT BESAR DAN BENAR DALAM TULISAN DISINI.... SAYA MEMANG TAK BOLEH TERIMA JIKA TOK GURU DICERCA DAN DIMAKI SERTA DIHINA. SAYA SANGAT MARAH APABILA ADA YANG MENGAMBIL KENYATAANNYA KEMUDIAN DIMANIPULASIKAN....PADA SAYA BELIAU JAUH LEBIH BAIK DARI SAYA DAN MEREKA YANG MENGHINA ITU. JANGAN PULA ADA YANG MAHU MENUDUH SAYA DENGAN 'LABEL' YANG BUKAN-BUKAN. SAYA MINAT DAN HORMAT DENGAN TOK GURU NIK AZIS. FULLSTOP. MEMANG SUSAH MENCARI PEMIMPIN SEPERTINYA KINI. WALLAHU'ALAM - SAYA SAYANG TOK GURU, MOGA DIRIMU DIBERKATI. (Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot)

10.10.11

ROTI CANAI TELUR

BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga teman-teman semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Kakchik, alhamdulillah sihat walafiat. Segala-galanya cukup walaupun tidak mewah. Alhamdulillah. 

Sebentar lagi kakchik nak ke satu mesyuarat berkenaan pertandingan kreativiti tapi sebelum ke sana kakchik nak menulis sikit tentang ROTI CANAI.


Sudah agak lama kakchik tidak makan roti canai ni. Kalau tak silap sejak bulan Mei lagi. Lama sungguh kan? Bukan tak teringin ke apa tapi tak kesempatan untuk singgah membelinya.

Entah macamana pagi tadi kakchik benar-benar terasa mahu makan roti canai. Bukan yang kosong tu tapi nak merasa roti canai telur yang panas-panas dengan kuah campur.

Kebetulan jalan nak ke pejabat ni akan melalui sebuah restoran di tepi cabang yang menjual roti canai. Kakchik memang sudah lama tahu pasal restoran ni tapi segan nak berhenti membeli kerana selalunya pelanggannya ramai.

Takdir Allah pagi tadi pelanggan tidak ramai dan lengang saja. Selesai membeli suratkhabar, kakchik terus memandu perlahan dan memberi signal ke kiri terus berhenti betul-betul di depan restoran itu.

MashaAllah... sebaik saja pintu kereta dibuka, sudah menusuk hidung aroma roti canai. Tanpa berlengah kakchik terus memesan 2 biji roti canai telur berharga RM1.50 sebiji. Harga dah naik sakan ya? Kalau yang kosong harganya 80 sen.

Sampai di pejabat, mulut sudah tidak sabar mahu menikmati roti canai yang baru dibeli. Sambil mengemas kaunter kakchik bercerita dengan Dila yang yang kakchik ada beli roti canai. Baunya harum, kuahnya pekat sekali, pasti sedap.

Tak sangka pula Dila yang sedang mengandung juga teringin nak makan roti canai. Ooo patutlah Allah ilhamkan agar kakchik membeli 2 biji roti canai tadi. Kalau nak ikutkan kakchik makan sebiji pun sudah terlalu kenyang. Rupanya ada rezeki untuk orang lain.

Syukur alhamdulillah... kakchik sudah dapat menikmati sebiji roti canai telur yang sangat enak dan dapat juga bersedekah kepada kawan yang sedang mengandung. Nikmat sekali. Terima kasih ya Allah atas segala nikmay yang Engkau berikan.

InsyaAllah jika diizinkan lagi, kakchik nak belanja cik abe makan roti canai di restoran itu.

PERKONGSIAN: Talian Hayat Buat Isteri

BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi ni kakchik nak kongsikan 35 TIPS yang dipanggil TALIAN HAYAT BUAT ISTERI hasil nukilan Dr. Harlina Halizah Siraj, seorang tokoh motivasi. Semoga kita para isteri akan mendapat banyak manfaat darinya.


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 1 - Ikhlaskan niatmu menjadi teman hidup pasanganmu. Ketetapan Allah memilih yang seorang ini buatmu, dari berjuta lelaki di dunia. Pasti ada hikmah yg tersirat dan tersurat. Ayuh, kita selongkar rahsia Allah itu dalam hidup seharian bersama, pasti di situ kau kan temui bahagia....

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 2 - Pertahankan ikatan pernikahan yang dibuat atas nama Allah yg Maha Agung. Hanya dgn nama-Nyalah, apa yang asalnya haram antara engkau & sidia, menjadi halal dan dibolehkan. Genggam erat ukhuwwah yg terjalin - penuh pasrah dan tawakkal.

TALIAN HAYAT UNTUK PARA ISTERI : Nota 3 - Pandu arah kehidupan bersama ini semata2 utk mencari redha Allah. Saling bantu membantu dalam usaha kebaikan dan takwa. Kumpulkan sebyk mungkin bekalan. Moga tika kita terpaksa berlutut di depan Allah sendiri-sendiri, amal bakti yg kita kutip bersama mampu meraih belas ihsan Allah buat kita sekeluarga.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 4 - Fahamilah erti sebenar taat kepada suami yang disarankan agama. Ketaatan itu bukannya menurut semua perintah suami tanpa usul periksa. Demi hubungan yg harmoni & sejahtera, elok benar kalau siisteri yang mengalah / `surrendered',di saat kita mampu menunjuk lagak menyombongkan diri terhadap suami. Merendah diri bukan minta dipijak-pijak! Sekadar menunjuk akhlaq terpuji, agar tenang hati suami. Rugikah kita para isteri kalau kita taat secara rela diri?

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 5 - Selitkan doa setiap masa, moga Allah SWT mencampakkan hidayah-Nya ke dalam hati suami kita. Moga lebih cinta dia kepada iman, takwa dan ihsan. Moga dia terus gigih mencontohi suami teragung, Muhammad SAW. Mudah-mudahan jua, bersama kita meniti kehidupan dalam redha dan kasih sayang Allah setiap masa dan ketika!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 6 - Hargailah setiap usaha, kasih sayang, saraan hidup dan pemberian suamimu, insan kerdil yg begitu gigih cuba melaksanakan amanah berat di bahunya. Hentikan cemuhan, kritikan, sindiran dan perli dlm setiap patah ayat yg ditujukan utknya. Gantikan dgn kata semangat dan keyakinan yg mampu mendorongnya menjadi suami yg lebih menyerlah, InsyaAllah.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 7 - Didiklah hati agar menyayangi wanita yang melahirkan suamimu, kenanglah jasanya mendidik anak lelakinya menjadi pasangan yang mengasihimu kini. Jangan sekali jadi musuh @ saingannya, sekalipun itu mungkin tanggapan ibu mertua terhadapmu. Yakinkan hatinya, bahawa engkau bukanlah perampas kasih anaknya. Engkau sebenarnya permata yang menyinari hidup suami dan juga penyeri hidupnya, jika dia sudi memberi peluang tersebut kepadamu!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 8 - Belajarlah untuk ikhlas dalam memberikan kasih sayang dan cinta utk suamimu. Seringkali ada sahaja niat dan sebab musabab lain semasa kita melafazkan ikrar kasih. Jika benar ikhlas, engkau takkan mudah kecewa jika sesekali seperti cintamu tidak berbalas, penat lelahmu tidak dihargai. Keikhlasanmu kan menjadi daya penarik yg kuat mengikat hati suamimu kepadamu!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 9 - Serlahkan bakat dan potensimu, gunakan kecerdasan dan keupayaanmu untuk memberi manfaat kepada orang lain. Prihatinlah kepada keperitan hidup masyarakat di luar sana, bantulah semampu boleh. Jadilah manusia yang banyak jasanya - pasti suami dan anak-anakmu bangga beristeri dan beribukan seorang yang istimewa seperti kamu!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 10 - Bijaklah mengurus masa, modal anugerah Allah kepada kita semua. Senaraikan keutamaanmu dan tumpukan usaha mendahulukan mana yang sepatutnya dibereskan dahulu. Dapatkan bantuan suami dan anak2 untuk menyelesaikan tugasan. Jangan bebankan dirimu cuba menjadi `wanita luarbiasa' - suamimu cuma inginkan seorang isteri solehah yg bijaksana!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 11 - Beranikan dirimu untuk mempercayai kejujuran suamimu dalam melayari bahtera ini bersama. Sesungguhnya, kepercayaanmu ibarat titisan air yg diperlukan oleh rimbun untuk kekal menghijau. Tanpanya, ia akan layu kekuningan. Namun, suamimu perlu jua diperingatkan - agar cermat menjaga kepercayaan itu ibarat kaca yg mudah retak & calar. Sekali tercalar, mungkin selamanya terluka...

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 12 - Imbangilah antara kebergantunganmu kepada suami dgn keupayaanmu untuk berdiri di atas kaki sendiri. Pasrahmu yang total hanyalah kepada yg Maha Agung. Saling bergantung, perlu memerlukan adalah perencah kenikmatan hidup bersama. Jikalau masih sendiri-sendiri, apalah erti hidup sebumbung. Sementara dia masih ada di sisi, kita serahkan kemudi bahtera di tangan suami. Namun jika dia harus pergi, kita akan mampu memikul amanah yg ada, InsyaAllah!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 13 - Dapatkan maklumbalas sejujurnya dari suamimu mengenai akhlak dan tingkahlakumu. Biarkan dia berkata-kata tanpa sebarang gangguan, sekalipun hatimu melonjak-lonjak mahu bersuara membela diri. Mohonlah giliranmu pula memberikannya maklumbalasmu. Pilihlah perkataan terbaik dalam menyusun buah tuturmu. Istiqamah dalam muhasabah, kunci tautan dua hati yg ikhlas mencintai kerana Allah SWT.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 14 - Ubati segera hatimu yang terluka mendengar pengakuan suamimu : cintanya sudah beralih kepada wanita lain. Jgn pantas menyalahkan dirimu, apatah lagi mengalah dan berundur. Jgn pula biarkan cemburu merasuk diri, mengocak ketenangan & membakar amarahmu. Tenanglah dahulu, santuni emosimu yg terhiris pilu. Biarkan airmatamu mengalir buat seketika. Namun yakinlah, sesungguhnya engkau masih belum kehilangan segala-galanya.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 15 -Pilihlah tindakan yang bijak dalam menangani kemelut suamimu mahu atau sudah berkahwin lain. Berikannya peluang menjelaskan keadaan. Dapatkan segera bantuan org tengah yg adil & amanah. Berpandulah kepada akal, melebihi emosimu di saat ini. Jgn biarkan dirimu seratus peratus dipersalahkan,kelemahanmu dikatakan punca suami terpaksa mencari yang lain. Ingatlah, suamimu yang sepenuhnya bertanggungjawab atas pilihan dan tindakannya.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 16 - Hindarkan nada keras, kasar dan lantang apabila berbicara dengan suamimu. Banyakkan mendengar dari bersuara, kerana sesungguhnya Allah melengkapkan manusia dengan sepasang telinga dan hanya satu mulut sahaja. Janganlah ambil kesempatan dari sifat pendiam dan mengalah suamimu. Berikan rasa hormat dan penghargaan yang sebaik-baiknya. Percayalah, anak-anak sedang memerhatikan kemahiran berkomunikasi kalian berdua!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 17 - Serahkan anak-anakmu untuk dijaga sepenuhnya oleh ayah mereka (suamimu) sekali sekala. Yakinlah, mereka akan kelihatan gembira, selamat dan masih bernyawa bila engkau kembali. Hampir pasti, cara suamimu amat berbeza dengan gaya rutin kebiasaanmu. Apalah salahnya membiarkan suamimu mempraktikkan kemahiran kebapaannya. Sebaik manapun engkau sebagai ibu, takkan dapat menjadi seorang bapa terbaik untuk anak-anakmu.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 18 - Hentikan segala kritikan, komen, sungutan dan rungutan terhadap kelemahan dan kekurangan suamimu. Sifat bongkaklah yang menjerumuskan syaitan ke lembah kehinaan dan laknat Allah. Dengan sifat itu jualah syaitan akan merosakkan hubungan perkahwinanmu. Gunakan kaedah penuh hikmah dan merendah diri dalam menegur suamimu. Berikannya peluang dan masa untuk memperbetulkan kesilapan serta ketidakcekapannya selama ini.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 19 - Hiasi kediamanmu penuh kesederhanaan, sekalipun engkau mampu menyalutinya dengan kemewahan. Nyamankan hawa segenap ruangan rumahmu dengan alunan tadarus Al-Quran. Hangatkan kedinginan dengan kemesraan ziarah ukhuwwah tetamu yang datang. Hijaukan halaman dengan pepohon yang segar mengiringi zikirmu. Jadikan ketenangan tema utama yang dikongsi bersama dengan semua yang sudi bertandang.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 20 - Layanlah ahli keluarga suamimu sebagaimana engkau mahu dia melayani keluargamu. Janganlah tunjukkan kebencian dan rasa kurang senang semasa bersama ipar-duaimu. Hindarkan sebarang pertembungan yang memaksa suamimu memilih antara engkau dan keluarganya. Berikanlah hadiah, sambutlah kedatangan mereka ke rumahmu dengan ramah tamah dan senyuman keikhlasan - nescaya keberkatan rezeki melimpah ruah dalam kehidupan.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 21 - Janganlah sesekali putus asa dari rahmat & kasih sayang Allah. Jika suamimu kini bukanlah seorang soleh yg taat pada perintah Tuhannya - sungguh amat besar ujian Allah buatmu. Mohonlah satu dari dua kekuatan - agar kau kuat menghadapi cabaran ini & cukup kuat utk membebaskan diri jika itu pilihan yg terbaik ataupun suamimu diberi kekuatan oleh Allah utk bertaubat nasuha, berubah dan beristiqamah menjadi insan yg jauh lebih baik!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 22 - Lindungi dirimu dan anak-anakmu dari didera secara fizikal, emosional dan seksual oleh suamimu. Allah telah memerintahkan suamimu agar sentiasa berlaku maaruf (baik) terhadapmu. Sebesar manapun silapmu, suamimu tidak berhak menghinamu dengan kekerasan, kekasaran dan keganasan. Jgn malu memohon bantuan keluarga, rakan dan taulan. Sesungguhnya engkau berhak mendapatkan pembelaan dan perlindungan!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 23 - Semaikanlah kecintaan terhadap ilmu pengetahuan, sebaik-baik penyuluh kehidupan dan neraca pertimbangan. Kutiplah mutiara kebijaksanaan di mana jua engkau menemuinya. Jadilah manusia berilmu dan bermaklumat. Buatlah keputusan berasaskan ilmu, hadapi segala cabaran dengan senjata ilmu, pelihara hakmu melalui keteguhan ilmu dan pertahankan hujahmu dengan kubu ilmu.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 24 - Perbaiki mutu komunikasi antara engkau dan suami. Semoga tiada yg terselindung, hingga yang satu pihak lagi hanya bersangka-sangka dan berteka-teki. Sekiranya suamimu makin kasar tingkahnya, mungkin ada terselit kekecewaan di hatinya - hingga keganasan jadi pilihan. Jangan terus-menerus menjadi mangsa penderaan. Hentikan segala kemelut rumahtangga!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 25 - Jangan jemu berbakti kepada keluargamu. Semuanya InsyaAllah, dikira ibadah oleh Allah SWT. Memang kadangkala seperti tiada siapa yg peduli apatah lagi menghargai penat lelah dan payah jerihmu. Bukankah manusia sememangnya pelupa. Namun, kita punya Allah SWT yg tidak pernah terleka, terlalai atau tertidur dari memerhatikan kita!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 26 - Perbanyakkan sedekah kepada ahli keluargamu. Bagi isteri bekerjaya, peruntukkan sebahagian gajimu utk infaq dan perbelanjaan keluarga. Namun, izinkanlah suamimu menyara dirimu, semampunya. Jgn ambil alih tgjwbnya mencari rezeki yg halal buatmu dan keluarga. Mudah2an kehidupanmu sentiasa dalam kecukupan yg barakah....

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 27 - Luahkan keinginanmu untuk dihargai dan disayangi. Khusus bagi yg tidak bekerjaya di luar rumah, keperdulian suami dan anak2 buatmu adalah penyegar tubuh dan emosi yg kepenatan. Jangan terus menjeruk perasaan. Amat wajar untuk engkau nyatakan apa yg terbuku secara terus dan terang. Sesungguhnya, engkau memang berhak disayangi dan dihargai.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 28 - Pastikan solatmu kerap diimami oleh suamimu. Jgn lepaskan peluang utk mengaminkan setiap titipan doanya. Jika suamimu seorang yg tersangkut hatinya di masjid/surau - sesekali, mohonlah hakmu untuk dipimpin dalam solatmu. Namun jika suamimu seorg yg sengaja engkar dan berani meninggalkan solatnya - jgnlah jemu memperingatkan tugas utamanya sbg abdi Allah yg Maha Besar kekuasaan-Nya!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 29 - Jangan berdendam terhdp perbuatan silap suamimu yg silam. Cubalah memaafkan dan hilangkan amarah di dada. Engkau mungkin sukar utk melupakan, namun engkau ada pilihan sama ada mahu memaafkan atau sebaliknya. Jgn biarkan api membakar sekam, nanti yg tinggal hanyalah abu dan arang.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 30 - Carilah seorang sahabat setia yg boleh berkongsi kesedihanmu, namun cukup amanah utk menjaga segala keaibanmu. InsyaAllah, engkau tidak akan sukar mencari sahabat sebegitu, jika engkau sendiri sentiasa menjalankan tgjwb seorang sahabat sejati kpd org lain. Jgn cuba dipendam-pendam, disorok dan dijeruk perasaan yg luka....bimbang kelak tak tertanggung lagi.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 31 - Ingatlah bhw engkau umpama pakaian (libasa) bagi suamimu dan dia pula pakaian bagimu ( Al-Quran - AlBaqarah : 187). Bertindaklah yang molek agar suami boleh berbangga dengan setiap lakumu. Peringatkan jua suamimu agar dia memperelokkan setiap tingkahnya, kerana engkau jua ingin tumpang bangga dengannya.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 32 - Pertingkatkan komitmen keluargamu utk mempraktikkan cara hidup Islam yg syumul. Peliharalah solat, jgn sekali abaikan perintah Allah. Didik anak2mu utk mematuhi suruhan Allah. Moga2 keluargamu terbimbing menjadi keluarga sakinah.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI - Nota 33 - Ikhlaskan setiap detik yg telah, sedang dan akan dihabiskan bersama suamimu. Ganjaran segala pengorbanan & susah payahmu bukannya datang dari suamimu, melainkan hanyalah daripada Allah SWT semata-mata.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI - Nota 34 - Sentiasalah saling nasihat-menasihati. Bagi sebahagian isteri, menasihati suami mungkin sesuatu tugas yg hampir mustahil. Namun, kita tidak boleh berhenti berusaha, berikhtiar dan mencuba. Mulakan dgn meminta nasihat dari suamimu terlebih dahulu. Timbang-tara segala nasihatnya. Perbaiki mana yg kurang, tampung mana yg bocor. InsyaAllah, tak lama lagi, suamimu akan meminta dinasihati pula, InsyaAllah!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 35 - Peringatkanlah suamimu akan pesanan ayat ke6 Surah At-Tahrim - di mana dia diperintahkan Allah untuk memelihara dirinya dan dirimu serta anak2 dari azab api neraka! Besar sungguh tanggungjawab yg dipikulnya! Engkau dan anak2 tidak akan menanggung dosanya, namun kemungkaranmu dan anak2 akan ditanggungkan ke atas bahunya! Cukuplah pesanan itu menjadi peringatan!
Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs