Followers

29.9.11

Perkongsian: Sudahkah kita taat kepada Allah, Rasul dan Pemimpin?

0 comments

Assalamualaikum. Malam ni kakchik nak kongsikan satu artikel dari blog Ust. Ahmad Baie Jaafar. Artikel lama tapi agak menarik untuk dibaca di hari ini. Perkongsian ini tida semestinya menggambarkan pendirian kakchik yang sebenar. Ini hanya untuk membuka minda kita.

Seorang pemimpin sebuah kerajaan negeri yang sungguh berjiwa hamba.
Foto kredit: RizalTahir Photography

Pada Jumaat, 20 Februari 2009 lalu Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah. Tahukah anda apakah bentuk dalil al-Quran dan Sunnah itu? Suka saya mengajak anda meneliti kupasan berikut supaya fikiran itu tidak dikelirukan oleh pihak yang berkepentingan. 

Firman Allah: Wahai orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasul dan pemimpin dalam kalangan kamu...

Taat kepada pemimpin adalah pakej yang datang sekali dengan ketaatan kepada Allah dan Rasul. Ertinya orang yang beriman setelah taat kepada Allah dan Rasulnya, dia juga wajib taat kepada pemimpinnya. Mereka yang tidak taat kepada pemimpin bermakna ketaatannya kepada Allah dan Rasulnya agak tercemar, tidak seratus peratus keislamannya.

Walau bagaimanapun ketaatan kepada pemimpin tersebut bersyarat iaitu dia (pemimpin itu) juga taat kepada Allah dan Rasul, patuh kepada undang-undang dan peraturan Allah dan Rasul, dan menganjurkan perkara yang berasaskan perintah dan larangan Allah dan Rasul kepada rakyatnya.

Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya ketaatan itu adalah pada yang makruf (perkara yang jelas diperintah oleh Allah dan Rasul atau tidak bercanggah dengan Syariat)." Riwayat Muslim.

Dalam hadis lain, "Mendengar dan taat terhadap seseorang Muslim adalah pada apa yang disukai ataupun yang dibenci selama dia tidak memerintahkan sesuatu yang menjurus kepada maksiat. Maka apabila dia memerintah melakukan maksiat (menentang peraturan dan undang-undang Allah dan Rasul atau yang tidak bercanggah dengan syariat) maka jangan dengar dan taat lagi." Bukhari.

Rasulullah juga bersabda: "Sesiapa yang keluar dari ketaatan (menentang ketaatan) dan bermufarakah (keluar) daripada jemaah (kumpulan ramai yang dia sertainya) maka jika matinya mati dalam kategori jahiliah." Bukhari.

Berdasarkan al-Quran dan sunnah di atas, apakah perbuatan tunjuk perasaan bertujuan mencabar pemerintah adalah haram?

Perlu dijelaskan di sini kategori pemimpin atau pemerintah supaya semua yang dalam kategori rakyat dapat melaksanakan perintah taat di atas. Sebenarnya sebagai rakyat Malaysia pemimpin kita ialah Perdana Menteri yang dilantik secara sah. Manakala pemerintah ialah Yang diPertuan Agong. Semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan juga parti wajib taat kepada kedua-dua selagi perintah itu tidak melanggar undang-undang dan syariat.

Bagi rakyat di negeri-negeri seluruh Malaysia, pemimpin mereka ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri. Manakala pemerintahnya ialah Sultan dan Yang diPertua bagi negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, dan Sarawak. Seluruh rakyat yang bermustautin dan bermukim di negeri-negeri berkenaan tanpa mengira agama, bangsa, dan parti politik wajib taat kepada pemimpin dan pemerintah mereka selagi kedua-duanya tidak mengarahkan sesuatu yang melanggar undang-undang dan syariat.

Persoalan sekarang, adakah realiti rakyat Malaysia hari ini taat kepada pemimpin dan pemerintah? Adakah pemimpin dan pemerintah sekarang ikut undang-undang dan syariat dan mengarahkan sesuatu yang berlandaskan undang-undang dan syariat? Apakah mereka adil dalam melaksanakan amanah Allah dan rakyat?

Mengikut pemerhatian saya, ada pemimpin yang tidak adil kepada rakyat yang berlainan parti. Ada pemimpin yang memilih kroni untuk memberi projek kerajaan. Ada juga pemimpin yang cakap tak serupa bikin, janji politik yang sukar ditunaikan. Pemimpin sebegitu sudah tentu tidak mengikut undang-undang dan syariat, maka sesiapa yang terlibat dalam urusan dengan pemimpin itu, tidak perlu taat. Tetapi dalam perkara lain yang elok dan menepati undang-undang dan syariat masih wajib ditaati.

Berdasarkan sikap pemimpin di ataslah barangkali rakyat Malaysia tidak boleh bersatu. Mereka yang pro pemimpin akan taat pemimpin walaupun pemimpin itu melakukan kesalahan. Tetapi kalau rakyat yang pro pembangkang akan menentang pemimpin negara walaupun dalam perkara yang baik. Semua ini berlaku kerana sikap pemimpin di atas. Padahal dalam Islam semua rakyat perlu taat kepada pemimpin yang memerintah negara.

Begitulah juga yang berlaku di negeri-negeri, terdapat ketidakadilan dalam pengagihan kemakmuran dan kebaikan dan manfaat kepada semua rakyat. Mereka yang kaya terus kaya dan yang miskin terus miskin. Dalam keadaan ini, sudah tentu rakyat yang tidak berpuas hati dengan pemimpin itu akan terus menentang pemimpin negeri tersebut. Keadaan yang tidak selaras dengan kehendak Islam ini harus diperbetulkan semula oleh pemimpin, pemerintah dan juga rakyat jelata. Semuanya perlu kembali kepada Allah.

Sebenarnya kalau semua rakyat ikut perintah Allah dan Rasul, mereka pasti tidak menjadi pembangkang kepada pemimpin yang telah dilantik. Maknanya seluruh rakyat Malaysia akan taat kepada Perdana Menteri dan pemimpin di bawahnya. Seluruh rakyat negeri Selangor wajib taat kepada Mengeri Besar dan pemimpin di bawahnya. Seluruh rakyat Perak wajib taat kepada Menteri Besar yang sah dan pemimpin yang di bawahnya. Begitu juga di negeri-negeri lain termasuk pemimpin yang bukan Islam seperti di Pulau Pinang.

Rakyat tersebut boleh menjadi pembangkang kepada perkara yang bertentangan dengan undang-undang dan Syariat tetapi dengan cara yang betul dan melalui saluran yang betul. Dalam ini yang menjadi pembangkang bukan semestinya daripada golongan parti pembangkang, sebaliknya mereka daripada parti pemerintah juga boleh membangkang pemimpin. Kalau perkara ini boleh dipraktikkan oleh rakyat, pastilah negera kita akan maju, aman dan mendapat keredaan Allah.

Sedarlah wahai pemimpin dan pemerintah dan juga seluruh rakyat Malaysia, kita dihidupkan oleh Allah di muka bumi ini untuk memakmurkan bumi ini. Kalau kita asyik mempertikaikan itu dan ini, masa bila kita hendak memakmurkan bumi ini. Ingatlah amanah Allah akan dipersoalkan di akhirat nanti, jadi fikirlah sebelum kita semua dijemput oleh Allah bertemunya nanti

Tulisan ini disalin dari: http://baei.blogspot.com/

28.9.11

Kalau tidak suka pada hukum Allah, jangan jadikan jenaka murahan!

9 comments
Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi ni kakchik ada sesuatu yang nak dikongsikan. Sejak semalam hati terasa pedih bila melihat satu karikatur yang sangat-sangat menghina hukum Islam. Entah apakah yang difikirkan oleh orang yang melukisnya dan mereka yang meluluskan ianya diterbiatkan di dalam sebuah akhbar yang dibaca oleh hampir seluruh negara. Astaghfirullahal'aziim.

Sumber: Facebook Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Ya Allah... semoga hati mereka yang melakukan perkara ini Kau izinkan untuk insaf dan kembali ke jalan-Mu. Sampai bilakah Engkau mahu membiarkan mereka terus menghina hukum-hakamMu dan menyebabkan ramai rakyat Malaysia ini terkeliru dan terjunam bersama dengan mereka. Insafkanlah mereka Ya Allah.

Sebentar tadi, kakchik terbaca status Imam Muda Hassan yang sangat menarik hati kakchik. Kata-kata beliau kakchik rasa perlu sekali dipandang berat oleh kita semua terutama sesiapa yang berani memperkatakan tentang hudud dalam nada yang selari dengan orang yang melukis karikatur di atas.

Silakan membaca status Imam Muda Hassan yang kakchik salin dari facebook.

Kata Imam Muda Hassan di statusnya di facebook: "Berpada-padalah ketika berpolitik. Sekalipun tidak mahu kpd hukum Allah, jgn sampai hukum Allah dijadikan sbg alat jenaka hanya semata2 utk mencapai kepuasan sendiri. Sedarlah diri yg kita hanya penumpang di muka bumi ini, kebalkah kita jika Allah menimpakan balaNya nnt? Yang pasti, bala bkn shj menimpa sesuatu kaum yg mempersendakan itu, tetapi keseluruhan kaum itu. Astaghfirullahal'azim..Ya Allah, ampunkan dosa kami.." 

Kata imam muda hassan lagi: "Kita melenting bila org menghina jalur gemilang, tetapi kita berpeluk tubuh berdiam diri bila org menghina Islam itu sendiri. Siapa lagi yg boleh diharapkan kalau org Islam yg menghina agamanya sendiri.. 

JELAS imam muda hassan:..."Ini bukan lagi soal politik. Ini melibatkan maruah kita sbg org yg mengaku Allah itu sbg Tuhan kita didalam kalimah syahadah. Betapa sygnya Rasulullah terhadap Ummatnya, tetapi alangkah sedihnya jika Rasulullah melihat apa yg terjadi akhir zaman ini. Adakah manusia berfikir mereka akan selama-lamanya hidup di atas muka bumi in?Lupakah kita pada kehidupan yg kekal abadi di sana nnt?"......

27.9.11

Cara KakChik Kurangkan Tekanan

4 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Ada masanya walaupun banyak draf yang telah dibuat, kakchik masih belum puas hati untuk mem'publish'kannya kepada umum. Bukan apa... kalau boleh nak 'publish' dalam keadaan hati terasa tenang dan gembira. Jadi, 'hold on' dululah. Nanti makin bertambah pula tekanan akibat kerja dan keletihan.

Sementara itu, blog KakChik's Wardrobe ada masalah sikit sekarang ni kerana pihak 'hosting' dengan mengemaskini server mereka. Kakchik nak 'update' fesyen pun lambat sikitlah. Untuk mengisi ruang yang ada ni, kakchik kongsikan saja beberapa rekaan yang dibuat sempena musim luruh (fall). 

Kat Malaysia mana ada 'Fall' kan? Tapi set kakchik ni untuk tak kira musim sebenarnya. Tambahan pula kakchik dapat kurangkan tekanan bila dapat mereka-reka ni. Lebih kurang beginilah...

Home Sweet Home



FALL INTO FASHION




Looking Good On Friday




Bila kebosanan, inilah antara cara kakchik mengisinya. Sekadar bermain-main dengan kreativiti sendiri. Takdelah kreatif sangat tapi hati kakchik suka bila dapat siapkan sesatu set rekaan. Orang tak berkenan takde masalah asalkan tekanan kakchik hilang.

25.9.11

Seminar Keluarga Bahagia, Interaktif Bersama Prof Dr Muhaya Mohamad

2 comments

Assalamualaikum wrbt

Pendidikan bermula daripada rumah dan ibu bapa merupakan role-model kepada anak-anak di dalam sesebuah keluarga. Manusia yang cemerlang lahir daripada sebuah keluarga yang cemerlang. Keluarga yang cemerlang pula bermula dengan suami isteri yang cemerlang yang seterusnya menjadi ibu bapa yang cemerlang.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda;

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Bukhari)

Menurut Imam Al-Ghazali pula, anak adalah seperti sebutir batu permata yang belum digilap. Ibu bapalah yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan.

Atas kesedaran ini, Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) merangka program tahunan khusus dalam memberi panduan kepada pasangan suami isteri yang baru melayari bahtera rumah tangga mahupun ibu bapa yang telah mempunyai anak-anak, mengenai teknik-teknik serta tips-tips untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia, dan seterusnya melahirkan sebuah komuniti masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

Sumber: FB Prof Dr Muhaya Mohamad

Penampilan istimewa Prof Dr Muhaya Mohamad ke bumi serambi mekah ini akan menghangatkan lagi perkongsian ilmu serta motivasi kepada para peserta dalam mengharungi kehidupan berkeluarga, untuk menjadikan keluarga masing-masing sebagai keluarga yang solehah, bahagia di dunia dan lebih penting bahagia sehingga ke akhirat.

Butiran program adalah seperti berikut:

Program : Seminar Keluarga Bahagia, Interaktif Bersama Prof Dr Muhaya Mohamad
Tarikh : 22 Oktober 2011, Sabtu
Masa : 8.30pg-2.00ptg
Tempat : Dewan Utama Balai Islam Lundang, Kota Bharu Kelantan
Yuran : RM80 individu / RM150 pasangan

Terhad kepada 300 yang Terawal !!!

Kepada yang berminat, bolehlah menghubungi Syakir 019-9009321, atau Dr. Nik Azrizie 012-9524247.

Terima kasih.

Wassalam

24.9.11

SELENDANG ARAB UNTUK DIJUAL

3 comments
BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera teman-teman semua.

Di petang yang aman-damai ni, sambil bermain mata dengan suami kat depan tu (senyum), kakchik nak ambil peluang sedikit untuk menarik perhatian para peminat selendang arab atau lebih dikenali dengan nama SHAYLA/SHEYLA. 

Butik online kakchik masih ada beberapa helai selendang arab yang diimport dari Qatar. Kainnya sangat lembut dan selesa dipakai dan dikenali sebagai sutera sifon. Ukurannya pula agak besar iaitu antara 27 inci x 82 inci. Memang agak lebar dan besar untuk dililit bagi menutupi aurat kita di bahagian atas.

Selain itu, shayla ini kelihatan agak nipis tapi bila dililit ia akan menjadi legap yakni tidak jarang dan tidak menampakkan bayang anggota yang ditutupinya. Ini testimoni kakchik sendiri yang amat selesa memakai shayla dari Qatar ni. Kain sutera sifon yang digunakan untuk dijadikan shayla ini sangat sejuk bila dipakai, jadi tak perlu risau akan kepanasan. InsyaAllah panas biasa-biasa saja, macam pakai tudung lain juga.

Ok, kat bawah ni ada 5 helai yang masih berbaki. Sesiapa yang berminat nak membelinya boleh aje tinggalkan pesanan di kotak komen ya. 

SHAYLA001 - RM58.00, 27" X 80"

SHAYLA002 - RM58.00, 28" X 68"

SHAYLA003 - RM70.00, 28" X 82"

SHAYLA004 - RM75.00, 29" X 80"

SHAYLA005 - RM48.00, 28" X 82"

Yang paling bawah tu ialah PLAIN BLACK SHAYLA. Kosong saja. Kakchik pun suka pakai yang ni sebab boleh dipadankan dengan mana-mana abaya. Jika nak ke majlis yang rasmi, hanya tambah satu kerongsang atau satu pin tudung biasa. Pakai abaya dan shayla tidak perlukan banyak aksesori kerana ia sudah memadai.

23.9.11

DIBUNUH KERANA ENGGAN MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS

8 comments
SEMOGA MATINYA MATI SYAHID.

Bismillah.

Kata Ust. Zaharuddin Abd. Rahman di laman facebooknya: "Innalillahi wa inna ilaihi rajiun, jika benar berita ini, sah mangsa adalah seorang syahidah mempertahankan kehormatan diri sehingga nyawanya melayang. Sangat mulia.. Allahummaagfirlaha war hamha." 

Itulah yang ustaz katakan selepas membaca berita 

SHAH ALAM – Polis semalam mendedahkan pembunuhan seorang remaja perempuan yang mayatnya ditemui dengan kesan terbakar hampir 80 peratus di dalam semak berhampiran loji kumbahan di Jalan Bukit Belacan 5 September lalu berikutan keengganannya untuk melakukan hubungan seks.

Menurut polis, akibat penolakan tersebut, teman lelaki mangsa yang juga suspek dalam kes itu disyaki cuba memperkosa remaja berkenaan. Suspek merupakan seorang pelajar institut pengajian tinggi awam berusia 19 tahun dari Ukay Perdana, Ampang.

Pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan itu ditahan pada pukul 12 tengah hari, 12 September lalu di Seri Iskandar, Perak.

Ketika ditahan, polis merampas sebuah telefon bimbit milik mangsa dan sebuah kereta jenis Perodua Kancil milik keluarga suspek yang didapati mempunyai keterangan-keterangan fizikal seperti rambut yang diyakini ada hubung kait dengan kes bunuh itu.

Siasatan awal ketika itu mendapati, suspek membeli petrol di dua buah stesen minyak di kawasan Ampang Jaya untuk membakar mangsa.

Mangsa dikenali sebagai Nurul Awatif Syakir, 19. Dia merupakan pelajar Maahad Tahfiz Al-Tijarah, Selayang, Gombak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, siasatan pihaknya setakat ini mendapati suspek dikatakan mengambil tindakan drastik untuk membunuh mangsa selepas berang apabila permintaannya ditolak.

Katanya, polis juga telah mendapatkan laporan penuh bedah siasat ke atas mangsa tetapi enggan mendedahkannya sehingga siasatan selesai.

“Sehubungan itu, permohonan kita untuk melanjutkan tempoh reman ke atas suspek telah dibenarkan sehingga 27 September ini bagi membantu polis menjalankan siasatan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini semalam.

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan, mayat seorang remaja perempuan ditemui berhampiran loji itu pada 5 September lalu dengan kesan terbakar hampir 80 peratus badannya pukul 1.35 petang.

Sebelum itu, ahli keluarga mangsa membuat laporan mengatakan mangsa tidak pulang selepas keluar pada pukul 8.30 malam sehari sebelum itu dan pengecaman dibuat berdasarkan cebisan baju kurung serta sepasang anting-anting.

Sumber: Kosmo Online


Allah... Allah... hati kakchik ni sangat sedih dan bimbang. Di zaman nafsu menjadi raja ini, kehidupan di luar sungguh menakutkan. Seks, pergaulan bebas, berpasangan tanpa nikah umpama satu kebiasaan. Orang yang menolak melakukan seks bebas, dipaksa, dikhianati dan dizalimi akhirnya dibunuh. 

Bila jiwa manusia dikuasai syaitan, hilang segala kebaikan dalam sekelip mata. Mahu melepaskan geram atau melarikan diri, manusia sanggup berbuat apa saja yang melampaui batas kemanusiaan lebih-lebih lagi batas agama. Allahu Allah.

Marilah kita sama-sama beringat teman-teman semua, LA TAKRABUZZINA. Jauhilah apa juga perbuatan yang mendekati zina kerana natijahnya sangatlah berat. USAHLAH bercinta sebelum berkahwin. USAHLAH berjanji-temu dengan kekasih walau di mana saja. PERTAHANKANLAH kehormatan diri kita sebaik mungkin.

USAHLAH jadikan agama sebagai umpan untuk membina cinta yang haram. Kakchik lihat ramai yang macam ni di alam facebook tu. USAHLAH hipokrit kepada diri sendiri. Di luar alim, di alam maya pula lain. SAYANGILAH diri sendiri kerana Allah memberi pinjam nyawa kepada kita untuk dimanfaatkan sebaik-baiknya ke jalan-Nya.

Semoga Allah tempatkan ruh allahyarham adik Nurul Awatif Syakir di kalangan ruh hamba-hambanya yang terpilih. Amin.

22.9.11

NILAI SEORANG ISTERI

4 comments
BISMILLAH














WAHAI SANG ISTERI...

Jadilah engkau perhiasan yang tinggi nilainya di dalam rumah tangga, 
sumber penyejuk dan kebahagiaan hati suami, 
berhiaslah engkau untuk menyenangkan suami, 
jagalah hatinya agar engkau tak menyakiti dia. 
Walaupun dengan hal-hal yang kecil. 
Katakan kepadanya, jika akan berangkat mencari nafkah: 

“Wahai suamiku carilah rezeki yang halal di sisi Allah, janganlah engkau pulang membawa rezeki yang haram untuk kami. Kami rela berlapar dan hidup susah dengan makanan yang halal.”


INSYAALLAH.

21.9.11

JAGUNG OH JAGUNG

4 comments
BISMILLAH.


Sekian lama aku mengimpikanmu
Berbulan menelan liur setiap kali melepasi geraimu
Puas kupujuk, puas kurayu buah hatiku
Namun sabar juga terpaksa kuseru.

Jagung rebus oh jagung rebusku
Harum semerbak baumu
Dari dalam balang panas berasap tinggi
Kecur di lidah tentu rasanya manis sekali.

Berhari-hari anganku musnah
Berhari-hari kugoda tidak juga goyah
Duhai suamiku hatiku gundah
Tolong belikan jagung rebus Kak Mah.

Tuhan itu Maha Penyayang
Dia mendengar bisikan hati hamba yang seorang
Tersenyum manis suamiku memandang
Lalu dia berkata, "Gerai jagung tu kat mana Yang?"

Alhamdulillah... alhamdulillah
Mimpi jagungku jadi kenyataan
Ini semua perkenan dari Allah
Untuk hambaNya yang sungguh kasihan.

Hehehe. Selamat makan jagung rebus.



Nukilan spontan: 
Kakchik
Pulau Melaka

20.9.11

MENCABAR DIRI MEMBACA 50 BUAH BUKU

2 comments
BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Teman-teman yang dihormati,

Bacaan hari ini.
Hari ni kakchik mengamanahkan diri kakchik membaca sebuah buku lagi. Pagi tadi kakchik telah mengkhatam sebuah novel berbahasa Inggeris yang dibaca setiap malam sebelum tidur sejak beberapa hari yang lepas. Dalam masa yang sama kakchik sedang membaca sebuah buku biografi bertajuk, "Syed Qutb: Cetusan Idea Seorang Pejuang" dan sebuah buku lain yang sangat menarik iaitu "Menjadi Moden Bersama Islam". 

MashaAllah terlalu banyak buku yang menarik dan boleh menambahkan celik ilmu dan celik hati untuk kakchik baca sama ada di pejabat ini ataupun di rumah sendiri. Cuma... kakchik saja yang belum begitu rajin untuk memanfaatkan sepenuhnya masa yang ada untuk memperbanyakkan bacaan. InsyaAllah sejak awal tahun lagi kakchik sudah berjanji dengan diri sendiri untuk mencabar diri menghabiskan 50 naskah buku pada tahun ini. Setakat ini jauh lagi nampaknya hajat itu akan tercapai.

Kebetulan pula hari ini kakchik terasa mahu melihat-lihat akaun kakchik di dalam Goodreads. Untuk makluman, sejak masuk 2011 inilah kali pertama kakchik login. Teruk kan? Sejak meletuskan dunia facebook, kakchik hanya tahu blog, facebook, blog dan facebook. Banyak akaun kakchik dalam laman tertentu yang terbengkalai termasuklah dalam Goodreads. Walaupun jumlah buku bacaan kakchik bertambah tapi kakchik lupa untuk mengemaskini rekod bacaan kakchik di dalam Goodreads.

InsyaAllah mulai hari ni kakchik akan cuba kembali aktif di sana.

Berbalik kepada cerita kakchik mencabar diri nak habiskan 50 buah buku ni, rupanya Goodreads pun ada menyediakan satu widget yang boleh diletakkan di dalam blog atau laman web sebagai memberitahu dan juga mengingatkan kita tentang cabaran peribadi kita tu. Bagus juga kan? Jika kakchik letak di dalam blog ini, insyaAllah setiap hari kakchik akan melihatnya dan rasanya diri akan sentiasa bermotivasi untuk memenuhi kehendak cabaran tersebut.

Inilah widget yang kakchik sebutkan tadi.




Di sidebar kanan pun kakchik ada letakkan dengan harapan ia menjadi REMINDER kepada kakchik. Seronok sebenarnya mencabar diri-sendiri ni. Tiada siapa memaksa, hanya diri-sendiri yang menentukannya. Takkan kita nak main-main pula kan?

Doakan kakchik berjaya. Sekarang ni mahu menyambung bacaan dan cuba membuat sedikit ulasan di dalam blog Perpustakaan Dar Nur al-Zahra'. InsyaAllah.

19.9.11

BELAJAR JAHIT KAFTAN SENDIRI

12 comments
BISMILLAH.

Abaya/Kaftan

Sudah lebih dari 15 tahun kakchik tidak menjahit pakaian sendiri tapi entah bagaimana hari ni tiba-tiba terasa mahu menjahit pula. Bukan apa... bila kakchik jumpa video di bawah ni, kakchik dapat rasakan mudahnya nak jahit sehelai kaftan atau abaya rama-rama kesukaan kakchik. Bila kemahiran asas sudah ada, insyaAllah nak menjahitnya tidaklah susah. (Ehem, beriya benar nampaknya.)



Apa kata kita sama-sama cuba?

Berdasarkan video tutorial dari kawan kita ni, jom kita tengok peralatan yang diperlukan dan langkah demi langkah untuk menjahit sehelai kaftan yang sopan tapi elegan.

Peralatan:

1. Gunting kain
2. Hemming tape
3. Jarum peniti
4. Tali inci atau tali pengukur
5. Kapur tulis khusus untuk kain
6. Mesin jahit
7. Sterika
8. Kain yang diperlukan secukupnya

Cara, Langkah demi langkah:

1. Ukur panjang dari lengan ke lengan. (nak jahit kaftan/abaya tak perlu fikir nak potong di bahagian bahu/ketiak).
2. Ukur labuh yang disukai dari bahu hingga ke paras kaki kemudian tambah 2 inci untuk jahitan tepi/basi.
3. Ukur luas kolar untuk leher. Caranya, sila tengok dalam video ya hehe.
4. Langkah seterusnya tu bolehlah tengok video sampai habis.

Kakchik rasa, orang yang tak pandai menjahit dengan mesin jahit pun boleh jahit kaftan sendiri. Guna teknik jahitan jelujur/lurus pun ok kot. Tak payah pakai mesih, tapi jahit tangan saja. Remehlah sikit dan memakan masa lebih lama. 

Bak kata orang tua-tua, nak seribu daya, taknak seribu dalih. 

Jom kita sama-sama cuba!

ALLAH MENDENGAR BISIKAN HATIKU

14 comments
Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah, hari ni cuaca di Kota Bharu ni cerah dan ceria sekali tapi kakchik dengar khabar, kat negeri-negeri lain hujan agak lebat dan berterusan terutamanya di Perlis. Doa kakchik agar Allah melindungi kalian semua di mana saja berada. Hanya doa yang baik-baik saja kakchik kirimkan untuk semua teman-teman kerana nak bertemu mata untuk bertanya khabar dengan lebih mesra, belum diizinkan Allah.

Hari ni kakchik dan Dila bercadang nak ke rumah Kak Mar yang baru bersalin minggu lepas. Sekarang ni kakitangan perpustakaan tinggal kami berempat saja. Kakchik, Dila, Cik Mat dan Cik Aziz. Agak susah sikit mahu ke mana-mana jika ada urusan terutama bila pengunjung ramai dan khidmat fotostat sangat diperlukan mereka. Beginilah keadaan yang terpaksa kami lalui bila organisasi kami kecil dan kemampuan kewangan kami terhad. Tapi kami cuba lakukan yang terbaik dalam berkhidmat untuk awam.

Memangku Imanina Mahfuzah, anak seorang sahabat di Putrajaya.

Sejak awal bulan ni kakitangan kami berkurang seorang kerana pembantu am yang baru bekerja sebulan, tidak datang kerja tanpa khabar berita. Puas kakchik telefon berkali-kali, langsung tidak diendahkannya. Hairan sungguh. Sepanjang Ramadhan/Ogos dia datang kerja setiap hari dengan ceria dan tidak banyak masalah. Hubungan dengan kami yang lama ni pun boleh dikatakan agak baik. Entahlah.

Tahun ni Kak Mar yang cuti bersalin, insyaAllah tahun depan Dila pula yang akan cuti bersalin. Entah bila akan tiba giliran kakchik pula :( hanya Allah saja yang tahu. Dia semestinya tahu betapa setiap hari kakchik berharap sekali doa yang satu itu dikabulkan tapi Allah tetap suka menguji kakchik hingga ke hari ini. Tak mengapa, kakchik masih mampu bertahan, masih yakin Dia tak akan hampakan kakchik dan cik abe. Usaha kakchik tak pernah berhenti. Moga-moga Allah melihat kepada semua itu dan kasihankan kami berdua.

Ok, cukup tak mahu lagi cerita hal tu nanti ada pulak yang simpati. Kakchik tak berapa suka bila orang kata, "Kesian kakchik..." dan yang seumpama dengannya. Nanti kakchik jadi sedih. Lagi sedih kalau orang yang baru kahwin sebulan dua atau setahun dua merengek-rengek yang mereka belum mengandung. Janganlah merengek depan kakchik, hati kakchik ni amat-amat terguris tapi kakchik tak sampai hati nak larang adik-adik dari merengek begitu. Kakchik faham, setiap yang berkahwin pastinya mahu cepat menimang anak.

Anyway, that's my life and my test, takde kena mengena dengan orang lain kan? Sekali-sekala memang sedih nak tulis pasal perkara ni. Airmata ni mula nak bertakung. Isyk. Kadang-kadang bila tengok cik abe gembira melayan Adelia dan Amni, airmata pun tak semena-mena nak keluar. Rasa dalam hati, "Ya Allah, suamiku tentunya lagi gembira jika dapat melayan anak sendiri." Ah... tak boleh nak sambunglah, kakchik tak dapat tahan airmata.

Permisi.

18.9.11

DOA KETIKA DIDATANGI HAID

2 comments

Riwayat Daripada Saiyidina Aishah R.A. diambil daripada kitab yang bernama Durratun Nasihin Fil Wa, zi Wal Israr dikarang oleh Osman Bin Hasan Ahmad As Sakiril Khubuwi.

"Tidak ada daripada seorang perempuan yang kedatangan haid melainkan adalah haidnya itu menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu daripada segala dosa-dosanya dan sekiranya ia membaca doa (dibawah) pada hari yang pertama yakni: 


(Maksudnya) Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan aku memohon keampunan kepada Allah daripada segala dosa.

Maka menulis oleh Allah baginya terlepas daripada api neraka dan dapat lalu di atas Sirat dengan selamat dan aman daripada azab dan meninggikan oleh Allah Taala baginya dengan tiap satu hari dan satu malam akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid manakala adalah perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taala di dalam masa haidnya."

Nota kakchik:

Keseluruhan tulisan di atas telah kakchik salin dari blog: http://ajak-ry.blogspot.com/

Oleh kerana selalu saja ada kawan-kawan yang bertanya, apa salahnya kakchik abadikan doa ini di dalam blog ini untuk rujukan peribadi dan sesiapa saja yang memerlukannya.

Allahua'lam.

17.9.11

BERZINA ITU BUKAN SATU PERKARA YANG 'BIASA'

4 comments
BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sebentar tadi kakchik menonton satu klip video di dinding fb Wardina Safiyyah (ada di atas tu). Allahu Allah... kalau Wardina boleh menggeletar dan menangis semasa menemuramah adik Liya (bekas penzina dan melahirkan anak luar nikah), hati kakchik pun turut rasa bergetar. Ya Allah... rupanya di kalangan remaja awal usia perkara BERZINA ini sudah dianggap sebagai satu perbuatan yang BIASA. Astaghfirullahalaziim.

Kemudian Kak Ros (Pengerusi Raudhatus Sakinah iaitu rumah perlindungan akhlak) pula memberitahu, ada ibu bapa yang menelefon pihak RS untuk mendapatkan bantuan kerana anak mereka melakukan MASALAH YANG BIASA. Ya Allah, mana boleh perbuatan ZINA dianggap sebagai satu perkara yang biasa? Tolonglah... tolong ingat baik-baik dalam kepala kita, ZINA ITU DOSA. ZINA ITU PERKARA LUAR BIASA di dalam masyarakat Islam. ZINA BUKAN PERKARA BIASA!

Remaja hari ni walaupun fizikal mereka cepat besar berkembang tapi otak mereka masih lagi agak lambat untuk cerdik dan matang terutama dalam hal seksualiti menurut Islam. Apatah lagi kalau mereka pula hidupnya tidak dididik dengan betul dengan ilmu dan pendidikan agama. Belajar agama di sekolah hanya kerana perlu lulus periksa bukannya untuk dapat ilmu, faham dan seterusnya diamalkan dalam hidup demi masa depan yang lebih berkat dan diredhai Allah.

Kasihan mereka. Kakchik tak tahu nak salahkan siapa bila masalah sosial remaja Islam kita makin parah. Kelihatannya mereka makin jauh dari agama. Solat 5 waktu jarang yang betul-betul cukup melakukannya setiap hari. Ini bukan berlaku di kalangan remaja sekolah harian biasa MALAH berlaku juga di kalangan remaja yang mendapat pendidikan di sekolah-sekolah agama. Kadang-kadang yang bersekolah agama ini lagi berat masalahnya.

Suratkhabar negara kita tak menggunakan perkataan ZINA tapi menggunakan perkataan BERSEKEDUDUKAN atau PERSETUBUHAN HARAM. Apa salahnya jika menyebut ZINA? Kakchik percaya perkataan itu lebih menakutkan kepada mereka yang teringin melakukannya. Lagipun, itu ialah perkataan yang ALLAH gunakan di dalam AL-QUR'AN dalam mengingatkan hamba-hambaNYA akan dosa perbuatan ZINA. Kita semua pun tahu ada ayat yang MELARANG KITA SEMUA DARI MENDEKATI ZINA. Kakchik ada tulis pasal BUNGA-BUNGA ZINA satu masa dulu.


TGNA pernah menyatakan di muka depan akhbar Sinar Harian (tahun lepas kalau tak silap kakchik), KALAU ZINA SEBUT ZINA jangan sebut luar nikah, sekedudukan atau sebagainya. Kakchik yakin sangat, orang akan GERUN nak menyebutnya sebagai perbuatan yang BIASA. Masyarakat Islam kita ni kurang takut dalam hal-hal berkaitan DOSA PAHALA ni agaknya sebab jarang dengar dalam TV/radio dan jarang baca dalam majalah/suratkhabar. Kalau selalu dengar dan selalu tonton, macam iklan dalam tv tu, insyaAllah ia akan mudah melekat di otak luar sedar kita.

Teman-teman semua, sama-samalah kita perhatikan cara kita mendidik anak-anak di rumah tak kira anak lelaki atau anak perempuan. Pakaian mereka didiklah dengan yang sopan dan tidak menjolok mata sejak mereka kecil lagi lebih-lebih lagi bila mereka mula reti sebut, MALU. Kalau menghukum anak-anak, ikutlah cara yang Nabi Muhammad saw ajar. Tolonglah ambil berat soal pendidikan awal anak-anak ni. Jangan serah hampir sepenuhnya kepada guru sekolah, pengasuh mereka atau datuk-nenek. Kita sebagai ibu bapa, kitalah yang usaha lebih untuk pendidikan anak-anak kita.

Jangan sampai anak dah terlanjur barulah kita garu kepala nak cari jalan memulihkan mereka. Bukan mudah. Dan di saat itu kita mungkin mula nak menuding jari kepada orang lain. Kakchik pun tahu, kita semua ni takde seorang pun yang tak sibuk. Surirumah pun sibuk, inikan pula kita yang kerja sebagai doktor, jurutera, guru, pengarah, pengurus, usahawan dan sebagainya. Semuanya sibuk. Masa 24 jam tu tak pernah cukup. TAPI, TOLONGLAH... masukkan anak-anak dalam KESIBUKAN KITA. Jangan abaikan mereka dengan kemewahan hidup, kebebasan bergaul dan kesunyian dari perhatian kita.

ELAKKAN sampai satu masa mulut kita menyebut, "Anak saya ada masalah. Itulah... MASALAH BIASA anak-anak zaman ini." Nau'zubillah.

16.9.11

'OUTING" DENGAN UMI DAN ADIK

2 comments
BISMILLAH.

Assalamualaikum. Petang tadi selepas solat asar, kakchik ke Mydin Mall bersama umi dan adik. Kakchik sekadar jadi pemandu untuk umi yang nak beli barangan dapur. Adik tu saja nak tumpang sekaki. 

Ramai sungguh orang membeli-belah di hari cuti (hujung minggu) ni. Bila nak membayar, kena beratur panjang sekali walaupun semua kaunter dibuka. Sebab kali ni adik datang sekali jadi kakchik bolehlah merewang-rewang sementara dia dan umi beratur. (^___^) jangan marah ...

Dah selesai membayar, kami singgah makan sebentar di food court Mydin Mall. Kali ni kami try HOT & roll. Cheesy Chicken Paratha untuk adik dan Pizza Beef Paratha untuk kakchik dan umi.

Iklan di dinding kiosk HOT & roll.

Penyediaannya ringkas dan cepat sekali. Hanya 5 minit.

Sudah siap tapi belum dilipat.

Sedia nak makan.

Cheesy Chicken Paratha yang adik kata sedap.

Umi terliur nak makan jagung stim, gembira kakchik tengok dia makan.

Ini hidangan kakchik, Sirap Bandung dan Pizza Beef Paratha.

Selesai di Mydin kami lalu jalan belakang Nirwana Maju, ternampak ada pasar malam. Singgah sekejap.

Di pasar malam tu saja tengok-tengok dan takdir Allah, terjumpa pula dengan kenalan yang bekerja di Mydin Mall. Alhamdulillah... gembira rasanya bila dia tegur kakchik semasa kami bertemu di gerai tudung. Walaupun sempat berkenalan semasa kakchik membuka gerai di Mydin dalam bulan April lepas tapi kakchik dah rasa agak selesa dengannya.

Kami balik ke rumah dan elok sampai cik abe dah nak ke masjid untuk solat Maghrib. Huhu, ni yang malas keluar membeli barang lewat petang ni tapi nak buat macamana... itu je waktu lapangnya. Anyway, kakchik ada juga beli sesuatu. Jeng je jeng....


15.9.11

Sibuk Dengan Bisnes Abaya

6 comments
Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah, selepas dua hari tanpa sebarang entri, hari ni kakchik ada sedikit masa untuk menuliskan sesuatu di sini. Nak menulis tu kalau boleh setiap hari tapi dalam minggu ni dan minggu depan masa lapang kakchik akan lebih ditumpukan kepada bisnes abaya kakchik. Bukan apa, stok baru dah masuk manakala stok lama yang belum terjual tu nak lah kena uruskan jualan penghabisan stoknya. Huhu, banyak kerja nak kena buat dan tenaganya hanya seorang.

Kitalah jurugambarnya, jurueditnya, jurureka iklannya, kita juga nak kena rajin buat promosi, kita seorang diri juga nak kena berkhidmat sebaik mungkin kepada pelangggan, kita juga yang nak ke sana-ke mari menguruskan penghantaran dan macam-macam lagi. Kakchik percaya, setiap orang yang mengusahakan bisnes online yang tiada pembantu tentu punya pengalaman dan kekangan yang hampir sama. Fenaaaaaat sangat tapi gembira.

Alhamdulillah sebahagian besar gambar untuk abaya-abaya yang baru masuk sama ada sehari dua sebelum raya dan awal bulan ini telah selamat diambil gambar dan di'upload' ke dalam blog dan FB Abaya Elegan Lovers. Setiap malam selepas selesai urusan rumahtangga pasti kakchik menguruskan semua kerja-kerja ni. Selain itu nak juga kena uruskan keluar-masuk duit, rekod pelanggan dan jika ada masalah, perlu juga berhubung dengan pelanggan.

Beginilah pengalaman yang perlu dilalui kerana hati sudah nekad. Selagi mana suami dan agama tidak terabai, insyaAllah bisnes ini masih akan diteruskan. Tambahan pula ianya berkait rapat dengan agama kan? Bila melihat orang-orang yang berjaya dalam bisnes yang sama ni, kakchik cuba kenalpasti apakah kelebihan mereka dan di manakah kelemahan kakchik. Dari situlah kakchik cuba perbaiki sedaya mungkin. Takut sekali jika pelanggan mula cop kita tidak serius dalam berbisnes dan menyeleweng. Nau'zubillah.

Ramai orang yang berniaga pakaian Muslimah, tapi mungkin tak ramai yang mendapat redha Allah. Kakchik harap kakchik dan perniagaan kakchik ni akan termasuk dalam golongan yang tidak ramai itu. Ingin sangat-sangat perniagaan ini mendapat redha-Nya. Dan mahu sangat-sangat mengurangkan apa juga ciri keburukan dalam kakchik berniaga dan berkhidmat kepada pelanggan.

Oklah, sampai di sini dulu untuk kali ni. Anak-anak saudara kakchik sudah bising memanggil-manggil dari tadi untuk temankan kakchik ke pejabat pos. Ada beberapa bungkusan abaya pelanggan yang perlu diposkan. Kakchik permisi dulu.


Kakchik di Pulau Melaka

13.9.11

Apa pandangan kalian tentang abaya ini?

9 comments
Bismillah.


Setiap pandangan kakchik alu-alukan. Jika ada pandangan tersebut menggunakan perkataan yang berbau sindiran, celaan, umpatan, lucah dan seumpamanya, komen tersebut tidak akan diterbitkan malah akan dibuang. Harap maklum.

Kalau nak cuba menggayakan abaya di atas, ini idea dari kakchik:

Styling the M201102 Abaya


Wide flat shoes, $35
Chanel tassel handbag, $288
Pearl bangle, £14
Lola Rose pink jewelry, £125
HONORÉ DES PRÉS Eau de Toilette Nu Green Cliquez pour Agrandir, €56
Furniture & Home Decor - Furnishings & Home Decorating at Kohls.com



Terima kasih.

12.9.11

KakChik dan Abaya

15 comments
Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk teman-teman semua. Alhamdulillah hari ni kita semua masih lagi dapat hidup seperti biasa, normal dan di saat ini kakchik harapkan semuanya sedang semangat melakukan kerja masing-masing. InsyaAllah bila dapat hasilnya nanti, dapatlah dimanfaatkan untuk diri, keluarga, agama dan masyarakat. InsyaAllah.

Hari ni kakchik terfikir untuk menulis tentang pengalaman kakchik memakai abaya dengan hati yang sentiasa seronok dan membahagiakan. Wah... pakai abaya pun boleh seronok dan bahagia? Tak percaya? Jom baca seterusnya. Ini pengalaman dari hidup kakchik seharian sejak tahun 2007 menukar koleksi pakaian dari jubah warna-warni kepada abaya timur tengah yang berwarna hitam legam.

Tutup Aurat

Sudah lama kakchik tahu pasal pentingnya menutup dan menjaga aurat ni. Di zaman sekolah rendah dulu kakchik belum faham konsepnya dan memakai baju kurung serta bertudung kerana dipakaikan oleh ummi dan seronok meniru kawan baik yang merupakan anak seorang imam. Kakchik mula belajar tentang aurat apabila menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Di situ kakchik mula kenal usrah dan di dalam usrahlah kakchik mendengar ilmu tentang aurat ini.

Satu masa dulu kakchik pun begini juga.

Dari berbaju kurung dan bertudung labuh (waktu tingkatan 1 tu hanya kakchik sendirian bertudung labuh, kemudian barulah ada kawan-kawan yang turut memakainya), pakaian kakchik berubah kepada jubah semasa di tingkatan 4. Kakchik akui perubahan diri kakchik banyak dipengaruhi kesedaran dari ilmu dalam usrah, taalim dan juga penampilan kakak-kakak senior Matrik UKM. Mereka kelihatan sangat alim, murah dengan senyuman, akhlak terpuji dan cantik sekali. Siapa tak terliur nak jadi seperti mereka kan?

Semasa di Matrikulasi 1 kakchik bergilir memakai baju kurung dan jubah tapi bila masuk Matrikulasi 2 di Minden, kakchik hanya memakai jubah hinggalah tamat pengajian dan bekerja. Ada masa-masa tertentu saja kakchik memakai pakaian bercorak, selebihnya jubah polos warna-warna pastel. Pada masa itu kakchik benar-benar yakin itulah pakaian terbaik yang telah melindungi diri dan maruah kakchik selama ini. Bukan itu saja, dengan berpakaian begitu, kakchik masih mampu melangkah jauh dalam kerjaya dan bisnes. Alhamdulillah.

Untuk makluman semua, sepanjang tempoh itu kakchik cukup tidak suka dengan pakaian berwarna hitam sebab itu kalian tak akan jumpa baju atau jubah hitam di dalam almari kakchik. Tudung hitam mula ada bila kakchik masuk ke tahun-tahun terakhir pengajian di universiti. Itu pun jarang-jarang dipakai. Tapi, kakchik sangat suka melihat orang lain berjubah hitam, bertudung hitam dan berpurdah. Terasa seperti satu perasaan aman dan tenang melihat mereka.

Kisah Abaya Bermula

Satu hari kakchik telah ke Kompleks Kota Sri Mutiara untuk membaiki jam tangan (kalau tak silap) dan kakchik naik ke tingkat 3. Semasa berjalan melintasi sebuah butik pakaian wanita yang seksi-seksi mata kakchik terpandang ke satu rak di bahagian dalam butik. Ada banyak jubah hitam bergantungan di rak tersebut dan di situ tertulis 'SALE 30%'. Entah bagaimana kaki kakchik ditarik masuk ke dalam butik itu yang setahu kakchik menjual pakaian dari Indonesia pada harga yang mahal. 

Inilah abaya kakchik yang pertama.

Hari itu, kakchik pulang dengan sehelai abaya hitam dari Indonesia yang sangat cantik. Sulaman manik di sekitar dada dan hujung lengan sangatlah kemas dan cantik. Kakchik tidak kisah orang tidak nampak hiasan di dada tu sebab yang penting tuan punya badan sangat puashati memakainya. Sejarah telah tercipta di dalam tahun 2007 (tarikh sebenar kakchik lupa). Kakak kakchik telah sudi membantu memendekkan sedikit abaya itu dan dengan perasaan berkobar-kobar, kakchik telah memakainya ke pejabat. MashaAllah... lain sungguh perasaannya.

Alhamdulillah suami tak pernah halang, tak pernah suruh dan dia terima seadanya apa juga penampilan kakchik asalkan sentiasa menutup aurat dengan baik. Bila dah ada sehelai hati dah mula tak senang duduk bila nak ke mana-mana. Terasa seperti tak lengkap jika memakai jubah biasa untuk keluar. Jadi abaya hitam yang sehelai itu agak lasak jugalah kakchik pakai tapi ia masih dalam keadaan baik hingga ke hari ini kerana kainnya, jahitannya sangat berkualiti dan sesuai untuk kakchik yang banyak bergerak. Cinta telah terpatri, abaya hitam pasti dicari lagi.

Tukar Koleksi Pakaian

Penggunaan internet semakin pesat dan orang semakin ramai membuat bisnes secara dalam talian. Kakchik yakin, jika dicari pasti akan ada maklumat tentang bisnes yang menjual abaya. Kebetulan pula salah seorang sahabat baik kakchik memang memakai abaya hitam sepenuh masa dan minat yang sama itu telah menjadikan kami lebih akrab. Kakchik gunakan internet untuk mencari abaya. MashaAllah banyaknya gambar-gambar muslimah berabaya di dalam internet tapi tidak banyak pengusaha tempatan yang menjualnya. Kakchik malas nak ke bandar mencarinya kerana tidak sukakan kesesakan. Tahu-tahulah Bandar Kota Bharu tu.

Makin banyak yang hitam berbanding warna lain.

Alhamdulillah, Allah temukan kakchik dengan sebuah blog yang menjual abaya dubai. Bila dibelek-belek, ciri-ciri abayanya menepati kehendak kakchik iaitu 'simple elegant' tapi masalah sikit bila tengok harganya. Mana ada yang kurang dari RM150 tapi kakchik akan diberi diskaun tertentu mengikut bilangan abaya yang kakchik beli. Makin banyak makin besar diskaunnya. Belian pertama kakchik buat untuk diri sendiri dan sahabat baik kakchik. Walaupun tidak pasti peniaga itu jujur atau tidak, tapi kami tawakkal kepada Allah dan akhirnya 5 helai abaya telah selamat kami terima. 2 kakchik punya selebihnya sahabat punya.

Terlalu puashati memakainya. Hitam memanaskan kata orang tapi kakchik merasakan sebaliknya. Hati terasa amat dekat dengan Allah, lebih yakin dalam kerja-kerja Islam, lebih kerap kakchik menulis (cuba tengok arkib, masuk 2008 bilangan entri sangat banyak kan?), lebih berkeyakinan untuk berada di mana-mana saja dan lebih banyak memikirkan tentang dosa pahala. Alhamdulillah. Tidak sangka, hanya sehelai pakaian yang hitam boleh menjadikan banyak perubahan pada jati diri kakchik.

Bisnes Abaya Bermula

Tabiat manusia, bila sukakan sesuatu mulut ini pasti akan sentiasa mahu kongsikan kesukaan kita dengan orang lain lebih-lebih lagi bila makin ramai yang bertanya. "Cantik jubah Chik. Beli di mana?" tanya seorang kawan. "Suka tengok Chik pakai macam ni. Bila agaknya akak pun boleh pakai begini?" kata seorang kenalan semasa bertemu di satu majlis. Memang ramai yang memuji tapi kakchik anggap itu sebagai ujian dan kembalikan pujian kepada yang berhak iaitu Allah SWT. Ini mungkin satu peuang.

Mencuba nasib berniaga di ekspo sempena Karnival Cheng Ho 2010.

Dari banyak komen, persoalan, pujian dan ada juga cemuhan, Allah telah ilhamkan satu idea kepada kakchik iaitu memulakan bisnes abaya secara online. Pada kakchik apa salahnya kakchik mempromosikan satu pakaian muslimah yang mengikut sunnah para isteri Nabi saw dan sahabiah silam, warnanya pula disebut sebagai salah satu warna kegemaran Rasulullah dan pastinya ia menepati syariat dalam berpakaian secara Islam. Akhirnya bisnes abaya kakchik bermula pada akhir tahun 2009 dengan bantuan modal dari sahabat baik kakchik (beliau jadi pelabur) dan sokongan moral yang kuat dari Allah SWT.

Di situlah kakchik membina ukhuwwah yang lebih rapat dengan pembekal kakchik. Bermula dengan satu pembekal, kini kakchik mempunyai 5 pembekal tetap dari Dubai, Doha dan Jeddah. Bagi kakchik kejujuran di dalam ukhuwwah itu amat penting walaupun demi satu bisnes. Bukan apa... inikan bisnes pakaian muslimah? Sudah pasti kakchik tidak mahu menjadikan bisnes ini bermatlamatkan keuntungan semata-mata apatah lagi kakchik menggunakan modal yang besar dengan untung yang minimal. Yang penting, para muslimah mempunyai pilihan pakaian yang mungkin menepati syariat Islam dalam berpakaian, ianya pula boleh menggalakkan muslimah menjadi insan yang lebih mencintai agamanya.

Impian Membuka Butik Abaya

Sekarang ini kakchik masih menyimpan impian untuk memiliki butik abaya sendiri. Maksud kakchik butik dalam bentuk fizikal yang boleh dikunjungi oleh pelanggan atau sesiapa saja yang meminati abaya. Hanya mahu fokus kepada abaya hitam dan segala kelengkapan berpakaian yang kakchik dan sahabat suka saja. Iaitu kami akan cuba sentiasa istiqomah dengan motto kami iaitu 'Kami Hanya Menjual Apa Yang Kami Suka Pakai' dan pastinya yang kami suka pakai itu mestilah memenuhi kehendak syariat. Kalian pun tahu kan, kakchik ni memakai purdah jadi pastinya butik kakchik juga menjual purdah. Selainnya ada serba sedikit aksesori yang sesuai untuk dikenakan bersama pakaian untuk mengemaskan penampilan.

Gambar sekadar hiasan.

Syarikat sudah pun didaftarkan dalam bulan Mei lepas dan kini operasi bisnes abaya kakchik yang kalian kenali sebagai Abaya Elegan Lovers bernaung di bawah syarikat bernama BUTIK ABAYA HANIZA. Alhamdulillah. Semoga impian yang sedang diusahakan akan menjadi kenyataan juga satu hari nanti. Pada waktu itu mungkin kakchik perlukan korbankan kerjaya kakchik di perpustakaan wakaf tu dan beri tumpuan sepenuhnya kepada bisnes abaya ini. Harapannya tidak lain ialah untuk mencari redha Allah dalam mengajak muslimah menjaga aurat mereka. Mereka kemas dan cantik serta lengkap menutup aurat, hati kakchik gembira.

Buat masa ini, kalian bolehlah membeli-belah abaya, purdah dan tudung bidang besar melalui blog bisnes kakchik iaitu ABAYA ELEGAN LOVERS. Sekarang ini sudah ada stok baru dengan diskaun pembelian 10% untuk pelanggan berulang dan 5% untuk pelanggan baru. InsyaAllah harga berpatutan dan kualiti abaya adalah terjamin. Kakchik akan cuba pastikan khidmat pelanggan yang kakchik berikan kepada setiap pelanggan atau sesiapa saja yang bertanya adalah pada tahap paling maksima. Tapi kenalah maafkan kakchik jika ada sikit sebanyak kelemahan, maklum saja, kakchik juga makhluk Allah yang lemah.

Tabarruj atau Tidak

Kata Ni'mat Sidqi di dalam bukunya bertajuk TABARRUJ (Bersolek), "Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan. Al-Bukhari Rahmatullah'Alaihi ada berkata: "Tabarruj iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya." Untuk menjaga masyarakat dari bahaya pendedahan aurat dan di samping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian, Allah melarang setiap wanita yang telah berakal lagi baligh dari bertabarruj (berhias-hias)." 


"Pengertian perhiasan bukanlah tertentu pada alat-alat solek atau fesyen-fesyen pakaian sahaja, malahan perhiasan yang paling istimewa adalah terletak pada tubuh badan seseorang wanita itu. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini didedahkan kepada orang lelaki maka perbuatan demikian juga dinamakan TABARRUJ."

Pada pandangan kakchik, memakai abaya insyaAllah boleh mengelakkan kita dari bertabarruj dengan beberapa syarat. Ini kesimpulan yang kakchik buat selepas membaca buku Ni'mat Sidqi yang disebut di atas. Kesimpulan kakchik:

1. Warna abaya yang hitam sudah biasa dilihat oleh orang ramai, tidak menjolok mata maka tidak tabarruj.

2. Pemilihan corak dan hiasan pada abaya. Kita pun tahu, warna hitam bila digabungkan dengan sedikit warna lain ia menjadi berseri jadi pilihlah corak hiasan yang ringkas dan tidak terlalu menarik perhatian. Misalnya sekadar hiasan di hujung lengan, hujung selendang dan mungkin sedikit di kaki abaya.

3. Hiasan pula elakkan dari yang terlalu berkilauan hinggakan kelihatan seperti artis. Cukuplah sedikit-sedikit untuk mencantikkan pakaian kita dan memberi semangat dalam melaksanakan apa jua amanah.

4. Memakainya dengan bersederhana, tidak meninggi diri. Walau harga abaya itu RM100, RM200 atau RM300, buatlah biasa-biasa saja bila memakainya. Usahlah meninggi diri bila kita memakai pakaian yang mampu dibeli oleh kita. Semuanya hanya pinjaman saja.

5. Jangan tambah aksesori berlebihan bila pakai abaya. Sehelai abaya yang dipasangkan dengan selendang yang sepadan, sudah cukup untuk menutup aurat kita. Aksesori lain yang wajib ialah sarung kaki dan anak tudung. Jangan tambah hiasan pelik-pelik pada tudung hinggakan diri menjadi tertonjol.

6. Kakchik menjual sambil menceritakan cara pemakaian yang lebih baik. Misalnya tudung mestilah labuh melepasi paras dada walau apa cara sekalipun kita memakainya. Kakchik sendiri menjadi model bergerak untuk cara pemakaiannya. Jika mahu ditiru, silakan saja. Semoga Allah meredhai kita.

Sebagai peniaga ni kakchik cuba untuk berhati-hati dalam memilih abaya yang mahu dipromo atau dijual kepada pelanggan. Kakchik takut, niat asal menjadi sia-sia bila abaya yang dijual disalahguna oleh pelanggan atau kakchik telah menyebabkan pelanggan bertabarruj. Harap-harap tidak berlaku. Misalnya abaya dibeli kerana mahu bergaya mengikut trend semasa. Sekarang kan ramai orang suka pakai abaya maka wujudlah abaya-abaya yang nipis berbayang, ketat, dipotong mengikut bentuk badan, sarat dengan hiasan berkilau-kilauan dan sebagainya. Kakchik tidak suka memakainya apatah lagi mahu menjualnya kepada orang lain.

Mungkin akan ada yang kata, kalau macam tu susahlah nak maju. Hanya orang macam kakchik sajalah yang minat nak beli abaya kakchik. Lambatlah bisnes nak untung. Tak mengapa... rezeki itu dari Allah. Kakchik berusaha mahu menjadikan bisnes ini satu medan dakwah di kalangan muslimah. Moga-moga dalam ramai-ramai pelanggan yang membeli tu ada ramai yang jujur ikhlas orangnya, warak dan alim agama pula dan mereka sudi mendoakan yang baik-baik buat kakchik dan muslimah yang lain. Segalanya untuk Islam.

Penutup

Jika kakchik tersasar dari matlamat asal perniagaan ini, kalian jangan segan silu menasihatkan kakchik ya. Jangan biarkan kakchik menjual pakaian muslimah tapi menyebabkan pemakainya berdosa lantas kakchik juga berdosa. Doakanlah agar kakchik dapat menjual abaya yang berkualiti dari segi penghasilannya setanding dengan kualiti ruh di sebalik pemakaiannya. Semoga kakchik yang menjual dan kalian yang membeli sama-sama mendapat redha Allah di atas niat kita menjaga aurat dengan sebaik mungkin.

Allahua'lam.

PS: Salah silap kakchik dalam tulisan ini mohon teman-teman yang lebih alim dalam hal ini menegur kakchik. Emailkan saja kepada hanniaziz@yahoo.com Shukran.


10.9.11

Sepupu Kahwin: Hari Menyambut Menantu

4 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Petang ni kakchik hanya ada entri bergambar saja khusus untuk keluarga arwah bapa saudara yang mahu melihat gambar-gambar sepupu kakchik yang berkahwin pada 3 Syawal lepas. Gambar-gambar di bawah ialah semasa kami menghantar sepupu ke rumah suaminya di Bachok pada 3 September lalu.

Barakallahulakuma wabaraka'alaikuma fi khair untuk Nik Azahani Nik Harun dan suaminya.

 



Di bawah ini pula sedikit gambar kenangan kami dan rombongan.











Wassalam.
Related Posts with Thumbnails