Followers

31.12.10

25 Hari Dah...

Assalamualaikum.

Malam ni sudah cukup 25 hari kita menjalani hidup pinjaman ini di dalam tahun baru hijrah dan malam ini juga akan bermulanya 1 Jan 2011. Kalau beberapa tahun lepas kami di Kelantan menyambut tahun baru masehi dengan aktiviti solat hajat di stadium negeri, cukuplah sebagai contoh kepada semua bahawa menyambut tahun baru boleh tapi dengan cara yang selari dengan Islam.

Gambar kenangan semasa sambutan tahun baru di Kota Bharu 2 tahun lalu.

Kakchik terfikir akan kata-kata seorang teman, "tengoklah 9 bulan lagi, pasti ada yang zalim membuang anak hasil hubungan haram di malam tahun baru." Astaghfirullahalaziim... sampai begitu sekali persepsi teman kakchik tu kerana perasaan geram beliau kepada apa yang telah berlaku sekitar bulan Ramadhan tahun ini. Tak ingat? Tahun inilah Ramadhan kita banyak sekali tercemar dengan kes-kes buang bayi.

Ada status kawan di fb berbau kebimbangan beliau pada cara masyarakat kita menyambut malam tahun 2011 ni. Katanya, bila Maal Hijrah, sebahagian ahli masyarakat ni sudah mula melencong cara sambutannya, dia bimbang, malam ini bakal dikorbankan dengan berpeleseran, mabuk-mabuk, bersukaria di kelab malam, berzina atau sebagainya. Bagi kakchik kebimbangannya berasas.

Selama 25 hari Muharram kita lalui, mungkin kita tidak terasa sangat dan boleh jadi kita pun lupa bahawa kita sudah ada 'buku baru'. Kakchik pun lupa. Buku itulah yang akan diambil kira kelak. Tahun baru masehi ni takde buku baru dah sebab yang kita dapat semasa 1 Muharram tu masih di lembaran awal lagi. Tak tahu nak kata sudah berapa banyak Malaikat Raqib dan Atid mencatat segala amal perbuatan kita.

Takut pula rasanya dan sangat malu pada Allah malah pada kalian semua. Macam tiada peningkatan langsung pada iman dan amal ibadah kakchik. Ruh apakah yang kurang dalam kehidupan ini? Malu... malu... malu. Kalau Allah tayang buku amalan kakchik yang selama 25 hari ni kepada cik abe pun kakchik sangatlah malu. Sudah tentu banyak sekali dosa yang kakchik telah lakukan sedangkan sedikit sangat amalan baik ataupun nahi mungkar yang kakchik lakukan. Allahu Akbar.

Kakchik tak mahu menyesal.

Alhamdulillah Majlis Berjalan Dengan Baik

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam Jumaat yang penuh rahmat Allah.

Sumber: Nur Ilham Hamzah

Alhamdulillah majlis yang dirancang telah pun berjaya dilaksanakan dalam masa 3 jam setengah pagi tadi. Syukur ke hadrat Allah kerana dalam keadaan diuji dengan kereta yang tiba-tiba rosak petang semalam hinggakan kerja-kerja memunggah kotak-kotak abaya dan rak-rak besi ke Zahra' tertangguh hingga ke pagi ni, syukur, majlis berjaya juga.

Kali pertama nak mengadakan perjumpaan dengan pelanggan terutama peminat abaya, kalau ikutkan situasi semalam dan jika kakchik tidak kuat semangat, tak sabar dan ikut emosi, mungkin majlis hari ini kakchik batalkan. Tapi janji dengan pelanggan terutama yang telah setuju dan nak datang, janji itulah yang menjadikan kakchik yakin. Biarlah sedikit atau ramai yang datang, yang penting, majlis mesti dibuat.

Sumber: Nur Ilham Hamzah

Gembira, seronok dan amat berterima kasih kepada yang sudi datang. Bawa makanan pula tu, dah la kakchik terlupa yang kakchik punya kerana pagi-pagi lagi sudah sibuk memunggah kotak keluar dari kereta kakchik ke dalam Kenari adik. Terima kasih La sebab dengan senang hati meminjamkan kereta. Allahu Allah, terima kasih kerana membantu diri ini bersabar.

Yang datang tidaklah ramai tapi kemesraan di antara kami terasa amat erat. Ada yang baru kali pertama berkenalan, selesai majlis, saling bertukar maklumat perhubungan. Moga-moga ukhuwwah yang bertaut hari ini akan terus kekal dan dibajai melalui kontek di fb, emal, YM ataupun blog. Insyaallah. 

Demo memakai shayla. Sumber: Nur Ilham Hamzah

Kakchik paling seronok bila melihat masing-masing gembira mencuba abaya yang ada. Rasanya mereka cukup puas hati dapat mencuba seberapa banyak abaya yang mereka berkenan w/pun tidak mampu untuk membeli di kali ini. Bagi yang telah berjaya mendapatkan abaya idaman masing-masing, kakchik doakan, kalian tidak puas untuk mencuba yang lain pula selepas ini. Insyaallah abaya kini telah berada di MARIBACA.

Itulah sekadar sedikit perkongsian mengenai Gathering The Abaya Ladies yang telah dilaksanakan pagi tadi. Wassalam.

30.12.10

Cukup Menyampah Dengan Mesej-Mesej Sampah di Shoutbox

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam ceria di pagi Khamis yang sejuk, mendung dan tenang ni.

Dari meja tulis kakchik ni, kakchik nampak melalui celah-celah cermin tingkap pohon yang menghijau di belakang rumah. Boleh didengar bunyi 2 ekor burung belatuk kuning yang masih setia mematuk tingkap di tingkat atas rumah ini. Kasihan burung-burung tu asyik tertipu dengan pantulan imej sendiri.

Sebelum mula menaip ni kakchik baru saja melihat blog Keluargaku Sayang ni dan seperti biasa mata kakchik akan turut melihat dan membaca mesej-mesej yang ditinggalkan di kotak mesej Shoutmix dan Cbox yang ada di sebelah kanan.

Kalau dulu, hati kakchik akan selalu gembira melihatnya kerana hanya mesej dari pengunjung dan teman-teman yang ikhlas ada di situ. TAPI sejak akhir-akhir ni semakin banyak mesej-mesej sampah yang ditinggalkan oleh tuan punya mesej yang SANGAT TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.

Contoh mesej yang tidak dialu-alukan di kotak shoutmix.

Cukup geram dan menyampah melihat segala mesej yang kakchik AMAT PASTI bukannya ditulis satu persatu oleh tuan punya badan. Inilah gara-gara sikap nak ramai orang berkunjung ke blog sendiri tapi MALAS nak singgah, memberi salam, menyapa dengan sopan dan menghormati kotak-kotak mesej tuan punya blog.

Walaupun URL mereka kakchik BAN, DELETE ianya tetap tidak berkesan. PARA BLOGGERS YANG LAPARKAN KUNJUNGAN... TOLONGLAH HORMATI kakchik sebagai tuan punya blog. Ruangan itu kakchik khaskan untuk para tetamu meninggalkan pesanan. Bila sebut TETAMU, kenalah menjaga ADAB-ADABNYA.

Ada yang masuk berkali-kali dalam sehari, banyak yang menipu.

Datang 'rumah' orang tapi tak tahu menjaga adab. Agama Islam tak ajar macam tu. Mungkin manusia yang sudah kurang beradab MAKIN KURANG ADAB kerana adanya SOFTWARE AUTO yang salin, hantar mesej-mesej sampah ke serata blog orang. Cukuplah... janganlah jadi PEMALAS SANGAT. 

Jika perkara ni berterusan, kakchik rasa 2011 nanti kakchik akan buang kotak-kotak pesanan tu dan simpan dulu hingga masa yang sesuai. Ada sedikit dukacita bila melihat sikap bloggers yang sangat tidak matang, kebudak-budakan, pemalas dan sebagainya. Kalau tak sempat nak blogwalking pun, tak usahlah menggunakan software autosenders tu, kakchik tak redha ada dalam blog kakchik.

Memang emosional sikit bila cakap bab ni sebab kakchik sayang blog ni. Sudah cukup lama rasanya kakchik hormati para blogger yang sebegini dan bersabar tapi JANGANLAH SUKA MEMIJAK KEPALA ORANG, apa anda ingat tulis blog ini setakat atas dunia saja ke? Tak ingatkah yang apa yang kita tulis dan kongsi dengan pembaca ni akan turut dikira lepas kita mati nanti?

HENTIKAN. Belajar menjadi blogger yang jujur.

29.12.10

Kenyang dengan Makaroni Bakar.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam kasih sayang untuk semua teman-teman baik yang sentiasa sudi bertandang ke sini.

Kakchik tak dapat nak menulis panjang, hanya ini saja yang dapat dikongsikan hari ini. Siang tadi kakchik dapat rezeki yang enak ini. Syukur alhamdulillah... dalam kepeningan kepala memikir banyak perkara, kakchik mendapat ketenangan dengan kudapan ringkas ini. Syukur.


Sudah pasti, kalian dapat makan sesuatu yang enak juga hari ni kan? Tiba-tiba saja kakchik teringat kepada seorang pakcik yang meminta sedekah di depan pintu bank dari pagi sampai ke petang. Adakah perutnya dapat diisi hari ni? Dari dalam kereta, kakchik terasa amat sayu kerana walaupun ada sedikit masalah kewangan, kakchik masih ada duit untuk mendapatkan makanan. Moga-moga pakcik itu juga mampu.

Sekarang masih ada sedikit kerja rumah. Mahu berehat dulu.

Wassalam.

28.12.10

Gathering of The Abaya Ladies di Kota Bharu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kakchik doakan teman-teman semua dalam keadaan sihat walafiat. Kakchik pun begitu juga. Dalam minggu terakhir tahun Masehi 2010 ni, kerja kakchik sangatlah banyak. Kat pejabat banyak, kat kedai banyak dan kat rumah pun lebih kurang juga. Yang paling menyebabkan kakchik tak sempat nak menulis banyak entri ialah tugas mengimbangkan 3 akaun syarikat yang perlu ditutup sehari dua lagi. Allah saja yang tahu betapa kakchik ingin sekali nak minta orang lain melakukannya tapi amanah tetap amanah.

Gambar sekadar hiasan. 
Apapun, malam ni kakchik sekadar nak mewar-warkan satu program yang kakchik rancang iaitu 'Gathering of The Abaya Ladies' bagi mengumpulkan para pelanggan Abaya Elegan sekitar Kelantan, para peminat abaya dan mereka yang berminat untuk melihat, mengenali dan membeli abaya buat kali pertama. Sebenarnya jika bukan dari Kelantan pun dijemput hadir juga. PROGRAM INI KHAS UNTUK WANITA SAHAJA.

Konsep majlis kakchik ni mudah saja, INFORMAL dan POTLUCK. Kalau sudi, bawalah makanan ya. Sama-sama kita rasa.

WAJIB PAKAI ABAYA kecuali anda baru datang untuk mengenali lebih dekat lagi.

Ada perkongsian ringkas tentang PAKAIAN WANITA ISLAM, FESYEN & TABARRUJ.

DEMONSTRASI memakai shayla yang ringkas dan mudah.

JUALAN ABAYA dari Dubai dan Jeddah. Return Customer dapat DISKAUN 5%.

Berkenal-kenalan dan menghubungkan silaturrahim.

JAMUAN MAKAN secara POTLUCK. Minuman kakchik sediakan.

Begitulah lebih kurang rancangan yang kakchik buat untuk JUMAAT ini iaitu 31 DISEMBER 2010. Dengan hati terbuka kakchik menjemput semua pelanggan dan para peminat abaya, WANITA SAHAJA, ke majlis ini bertempat di RUANG KELUARGA, Perpustakaan Awam Islam Dar Nur al-Zahra', Lorong Merican, Telipot, Kota Bharu. Majlis bermula jam 10 pagi dan akan berakhir jam 12 tengahari, insyaallah.

Kalau ada sebarang pertanyaan sila tinggalkan dalam kotak komen ya. Wassalam.

27.12.10

Haatyai syurga untuk kaki 'shopping'

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni kakchik terpaksa buat entri bergambar saja. Tidak kesempatan untuk menulis banyak kerana banyak kerja nak buat. Otak tak sempat nak berfikir panjang untuk mengarang walaupun selalunya kakchik main tulis je apa yang terfikir di minda.

Ok, kenapa pulak kakchik kata Hattyai ni syurga untuk yang suka shopping? Antara sebab-sebabnya ialah:
  • Nilai baht yang masih murah, hampir sama dengan nilai RM. Kalau pandai tawar-menawar akan dapat harga yang jauh lebih rendah.
  • Terlalu banyak tempat untuk membeli-belah @ menghabiskan duit tanpa sedar :)
  • Paling sesuai untuk yang suka membeli pakaian kasual moden dan beg tangan
  • Harga makanan pun masih jauh murah berbanding di Kelantan

Dan lagi menarik bila mata boleh melihat benda-benda sebegini:


Kakchik memang nak ambil banyak gambar tapi sayangnya bateri kamera semakin lemah jadi kakchik terpaksa berbasi-basi agar sempay simpan tenaganya untuk 3 hari. 

Kedai macam ni pun sangat banyak dan dibuka seawal jam 8.00 pagi.


Peniaga di sana suka mempamerkan patung-patung yang memperagakan pelbagai fesyen pakaian di kaki lima kedai. Ada satu kedai yang menjual jeans, sampai tak nampak pintu kedai sebab banyaknya patung diletakkan di luar seperti ini.

Kalau memang berniat untuk cuti-cuti shopping, Haatyai mungkin sesuai. Tapi kena kuat menjaga mata dan mulut, jangan sampai asyik melihat benda-benda yang melalaikan dan mulut senang-senang berbual benda-benda berbau lucah dan seksual. Kena ingat, kiri dan kanan ada Malaikat yang tidak pernah letih mencatat setiap amalan kita.

Allahu'alam.

26.12.10

Yang unik di Thailand

Ialah banyaknya kabel-kabel yang berselirat begini. Serata tempat yang kami lalu, kakchik asyik nampak kabel-kabel ni je. Kata salah seorang ahli rombongan, mungkin kabel telefon tu. Satu syarikat pakai satu kabel, sebab tu kat Thailand takde piring pemancar untuk telekomunikasi. Tak seperti kat negara kita.

Allahu'alam.

Makanan yang enak di Haatyai yang tak dapat dicuba

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni kakchik memang tak sempat langsung nak update blog siang tadi. Banyak masa dok tumpu kepada urusan kemaskini akaun syarikat kerana sehari dua lagi kami akan bermesyuarat akhir tahun. Tapi dalam dok sibuk tu sempat pula berFB, hehe.

Malam ni oleh kerana kakchik masih tak dapat nak menulis panjang, kakchik nak kongsikan gambar makanan ini yang sangat ingin kakchik rasa tapi tak jadi membelinya. Cik abe alergik, dia tak boleh makan, tak kan kakchik nak makan sorang-sorang kan?

Mmmm.... yummy!

Udang segar goreng, saiz sebesar tangan lelaki.

Hai... kecur air liur dibuatnya. Nasib ler... terlepas peluang. Nanti kalau tak tahan sangat nak makan, kakchik akan cari udang galah ni dan goreng sendiri. Nak masak celup tepung boleh, buat tomyam pun sedap ni... belah dua dan buat salai kemudian makan dengan pencicah. Aduh... sedapnya.

Sesiapa yang nak ke Haatyai dan suka makan udang ni bolehlah mencari gerai menjual udang ni berdekatan tempat ini:

Tempat kawan-kawan tukar duit.

Tempat ni berada di kawasan bazar pakaian yang penuh sesak berdekatan dengan pasaraya Odeon. Kakchik tak ingat sangat dah apa lagi yang ada kat sekitar tu sebab sekelilingnya terlalu banyak gerai, kedai, hotel dan pasaraya. Sekadar sedikit maklumat bagi yang berminat untuk ke sana.

Manalah tahu kot-kot boleh mencuba udang goreng yang mengancam ni. Tapi... makan kena beringat-ingat ya sebab banyak sangat pun bahaya untuk badan juga. Nanti kan berat naik payah nak turun. Susah nak buat amal ibadah pula nanti. Sekadar ingat-mengingat sesama kita.

Wassalam.

25.12.10

Welcome to Pattani, On The Way to Haatyai

Assalamualaikum dan salam perantauan.

Papan tanda yang mengalu-alukan kedatang pelancong seperti kami.
Alhamdulillah kakchik dan cik abe sudahpun selamat sampai di rumah petang tadi selepas 3 hari 2 malam kami bercuti di Haatyai. Syukur, sepanjang kami cuti-cuti, tiada sebarang insiden tidak elok yang berlaku. Walaupun kami tidak dapat nak menghayati betul-betul percutian ini kerana cik abe tidak sihat, tapi kami sempat juga bersama-sama ahli rombongan yang lain dalam meronda-ronda di sekitar bandar Haatyai.

Adik-adik kakitangan Al-Quds Travel telah menjadi model adhoc kakchik.
Tapi sebelum sampai di Haatyai kami telah terlebih dulu sampai di pekan Takbai seterusnya Pattani. Di sini kami singgah untuk makan tengahari dan solat jamak qasar Zohor dan Asar. Di sinilah kakchik dapat merasi Tom Yam Putih yang paling sedap (jika nak dibandingkan dengan jenis tom yam lain yang dimakan sepanjang percutian ini).

Perjalanan masih agak jauh namun inilah buat pertama kalinya kakchik langsung tidak merasa mual apabila menaiki bas dua tingkat dan duduk pula di bahagian atas. Alhamdulillah.

Dari dalam bas macam-macam yang kakchik lihat dan salah satu yang menarik ialah bila kakchik lihat pelajar-pelajar sekolah di sana baru tamat kelas dan keluar dari kawasan sekolah. Kat sini pelajar universiti pun kakchik lihat memakai uniform khas iaitu blaus atau kemeja putih, kain atau skirt hitam. Bagi yang Islam mereka bertudung putih.

bersambung

24.12.10

Kali Pertama ke Luar Negara

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah fillah kepada teman-teman yang masih sudi menziarahi blog kakchik. Salam sayang dari kakchik di bumi Hatyai, Thailand.

Sepanjang hayat kakchik selama 36 tahun ini, inilah kali pertama kakchik menjejakkan kaki ke negara orang. Bukan tidak pernah ada peluang, ada tapi banyak perkara yang menyebabkan keinginan hati kakchik untuk ke mana-mana negara belum tercapai hinggalah kali ini.

Semuanya atas limpah rahmat Allah juga yang telah memilih cik abe untuk bekerja di syarikat umrah, ziarah dan pelancongan. Alhamdulillah, pihak syarikat telah mengadakan Hari Keluarga di Hatyai kali ini. Walaupun cik abe masih agak baru di situ tapi dia juga telah diberi peluang untuk menyertai pelancongan keluarga kali ini. Rezeki kakchik, alhamdulillah.

Sekarang ni kami diberi masa 2 jam untuk berehat di hotel sementara menantikan jam 4.45 waktu Malaysia, iaitu lebih kurang 3.45 waktu Thailand untuk rombongan keluar ke pusat membeli-belah lagi. Semalam kami keluar dari rumah lebih kurang jam 7.40 pagi kerana perlu ke Jabatan Imigresen untuk membuat Pas Sempadan. Alhamdulillah, kami sampai awal, maka cepat saja pas sempadan kami siap.

Dari situ kami singgah sebentar di Al-Quds kerana cik abe nak lihat-lihat sedikit kerjanya yang tertangguh kerana MC 3 hari. Dalam jam 9 lebih kami ke tempat berkumpul di Jln. Kuala Krai sebelum konvoi dengan kereta ke Jeti Feri Pengkalan Kubor. Dari situ kami naik feri yang sangat menyakitkan kepala untuk ke seberang iaitu Pekan Takbai.

Oleh kerana ada beberapa ahli rombongan masih perlu menyiapkan kerja-kerja mereka maka perjalanan dari Takbai ke Hatyai menjadi lewat sejam. Sepanjang perjalanan, Abe Li selaku pemandu pelancong kami dengan caranya yang kelakar telah membantu sedikit-sebanyak dalam penambahan ilmu pengetahuan kami tentang Semenanjung Thai ini.

Dari Takbai, kami sampai di Yala kemudian Pattani, Sg. Korok (Golok), Songkhla kemudian sampailah kami di Hatyai. Tapi kami tidak terus ke hotel penginapan tapi singgah sebentar di Pantai Simula untuk melihat patung duyung. Ramai juga yang bergambar tapi kami berdua memilih untuk tidak mengabadikan kenangan percutian kami dengan patung separuh bogel itu. Kami tak pergi dekat pun dan sekadar berjalan-jalan melihat-lihat sekitar pantai itu. Lagipun cik abe masih kurang sihat dan kakchik juga sudah sakit kepala.

Rupanya ramai orang Islam di tempat-tempat ini terutama di Pattani yang mana kata Abe Li, 85% penduduknya beragama Islam. Kami melepasi Masjid Kersik di wilayah Pattani iaitu masjid yang menjadi tinggalan kesan berdarah serangan tentera Thai ke atas umat Islam yang sedang bersolat jemaah di situ. Sayang, tidak sempat mengambil gambar kerana bas tidak berhenti.

Jamuan makan tengahari kami di Yala, sangat sedap terutama tomyam putihnya tapi ayam goreng halia sudah agak keras kerana mungkin telah lama dihidangkan sebelum kami sampai. Bak kata makanan kat sini lebih kurang saja dengan makanan di Kelantan sebab kami dah biasa makan makanan Thai di KB cumanya nasi kat sini wangi seperti pulut. Khabarnya itulah sebabnya kulit wanita Thai mulus-mulus. Allahu'alam.

Kakchik tak sempat nak ambil banyak gambar sebab keadaan kepala yang sakit, jadi mood pun kurang elok. Tapi bila keadaan mengizinkan kakchik akan kongsikan kat sini. Ingat nak sambung cerita tapi masa dah sampai untuk bersiap. Sekejap lagi kami nak ke bandar Hatyai lagi. Kali ni tak tahulah nak beli apa lagi. Duit pun ada 600 baht saja lagi. Setakat ni kakchik nak beli satu beg etnik, 2 helai skirt kembang, 1 helai seluar aladdin, cermin mata hitam, madu asli, sabun madu asli (buah tangan untuk adik-kakak di rumah), sehelai batik siam dan 2 gelas air.

Oklah, nanti kakchik sambung lagi.

Wassalam.

22.12.10

Cuti-Cuti Hatyai

Sumber : Flickr
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Maafkan kakchik tak sempat nak membalas komen yang terdahulu. Sekarang ni sedang berkemas untuk perjalanan esok pagi. Kali pertama kakchik ikut suami bercuti ke negara jiran, hati terasa berdebar-debar.

Kakchik berat nak ke Langkawi tapi keputusan memihak kepada ramai yang mahu ke Hatyai maka ke Hatyailah kami esok pagi. Kakchik tak tahu lagi sempat update blog atau tidak sepanjang berada di sana tapi jika ada peluang kakchik akan update.

Untuk pembaca yang menunggu sambungan entri Penampilan Diri Berkualiti, insyaallah kakchik akan sambung selepas pulang nanti. Sementara itu kalian bolehlah jenguk-jenguk entri terdahulu. Banyak juga kakchik tulis berkenaan aurat, pakaian dan fesyen.

Sehingga itu, mohon maaf atas salah silap. Kalau sudi, doakan perjalanan kami pergi dan balik, selesa dan selamat.

Wassalam.

Penampilan Diri Berkualiti

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang untuk kalian yang masih sudi bersilaturrahim secara ikhlas dengan kakchik. Apa khabar? Moga-moga semuanya dalam keadaan sihat, ceria, gembira dan bersemangat menjalani hidup sebagai seorang Islam, setiap hari.

Agak lama rasanya kakchik tidka menulis topik yang agak serius. Hari ni kebetulan pula kakchik membaca sebuah buku yang tajuknya entri ini menyalin terus tajuk buku tersebut. Kerja kakchik agak banyak hari ni tapi bila kepala mula rasa tepu dan mula pening, membaca buku adalah ubatnya.

Pagi tadi semasa kakchik menanti cik abe bersiap untuk klinik, sempatlah juga kakchik ronda-ronda ke blog-blog 'fashionista' di kalangan muslimah. Kelihatan mereka sangat bergaya sekali dengan pelbagai gaya penampilan harian yang berbeza-beza. Gambar-gambar yang dikongsikan di blog mereka juga sangat cantik menyebabkan mata yang memandang tertarik untuk menatap lebih lama.

Satu perkara yang kakchik nampak dari kesemua persembahan blog-blog 'fashionista' itu ialah bagaimana mereka menampilkan diri mereka di khalayak ramai. Penampilan mereka mempesoanakan sekali. Kena pulak dengan pakej empunya diri yang cantik lawa. Mashaallah. Kata penulis buku tu, Robiah K. Hamzah, 
"Penampilan peribadi yang mempesonakan ialah bila kita berjalan di hadapan orang ramai semua tumpuan terpaku kepada kita." 
Itulah mereka. Tapi, kita kena ingat, kalau menurut Islam, penampilan yang mempesonakan bukanlah sekadar pada pakaian kita tapi pakejnya ialah akhlak yang mulia, penuh sopan-santun, penampilan yang kemas, anggun tapi sederhana, cara kita berjalan (bagaimana Nabi Muhammad SAW berjalan?) dan cara kita bercakap dengan orang lain. Jika semua faktor ini ada pada diri kita, insyaallah kita dikatakan mempunyai penampilan diri yang berkualiti.

Misalnya, kita memakai baju kurung yang labuh, longgar dan tidak nipis, dipadankan pula dengan tudung labuh, kelihatan dari jauh orang sudah tahu, kita adalah seorang muslimah. Tiba-tiba kita gelak berdekah-dekah macam tak ingat dunia dan keluar dari mulut kita, "Lantak la...", agaknya apa pandangan orang sekeliling yang melihat dan mendengar kata-kata kita?

Situasi kedua, kita memakai jubah, tudung labuh, cantik dan manis dilihat, wajah pula ditutupi purdah. Sekali pandang, mashaallah... indahnya muslimah solehah yang begitu menjaga auratnya. Tapi di blog atau facebook, kita tayangkan banyak gambar kita dalam pelbagai aksi dan gaya, banyak yang memfokus pada bahagian mata, tambah-tambah mata pula bercelak tebal, memang cantik tapi sangat tidak kena dengan pakej pakaian kita. Seharusnya kita tidak begitu walaupun teringin mahu berbuat begitu. 

Ada pula yang suka berseluar ketat, peminat tegar 'skinny jeans' katanya tapi sangat minat menulis hal-hal agama berbentuk nasihat dan teguran. Suka juga 'copy & paste' tulisan-tulisan orang lain yang sangat banyak pengajarannya terutama berkenaan akhlak dan penampilan sebagai muslimah. Sayangnya kita masih juga bangga dengan seluar ketat kita dalam masa yang sama mengata-ngata pula orang yang berpurdah tapi suka bergambar menggoda. Hakikatnya kita juga tak jauh beza dari segi akhlak dengan dia cuma pakaiannya lebih baik daripada kita dalam menutup aurat.

Adakah berkualiti penampilan diri kita jika seperti kes-kes di atas? Bagi kakchik, tentulah tidak. Sebagai seorang yang beragama Islam dan cuba sebaik mungkin mahu menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang taat, kakchik fikir, kita kenalah rajin berusaha agar pakej penampilan diri kita ini menjadi paling berkualiti di sudut pandangan Islam.

Pakaian, pakailah yang sopan, menutup aurat dengan sempurna. Ingat tu... sempurna. tak guna kita tudung kepala tapi di bawah kita pakai baju kecik, seluar ketat. Buat malu kepada orang bukan Islam saja. Kalau di bawah badan kita cantik dengan baju longgar, tebal dan labuh, jomlah kita sesuaikannya dengan tudung yang besar, tidak jarang dan labuh juga. Kalau nak bergaya boleh saja asalkan kena dengan cara Islam. Sudah-sudahlah dengan memakai tudung tapi bert-shirt lengan pendek. Jangan biarkan lengan kita terus mengutip dosa untuk kita. Sempurnakan... sempurnakan... pahala insyaallah dapat.

Percakapan, jagalah adab dan sopan-santun. Zaman sekarang ni kakchik lihat kedua-dua unsur ini semakin hilang dari diri anak-anak muda. Orang dewasa dan tua pun macam terikut-ikut dengan budaya ini.

... akan disambung. Bateri nak habis.

21.12.10

Sup juga yang dia mahu.

Soup of Love
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar kalian hari ni? Harap-harap semuanya dalam keadaan sihat dan sedang melakukan pelbagai urusan yang berkenaan. Kakchik pun sihat, alhamdulillah tapi cik abe masih lagi demam. Tu dia baru bangun dari tidur. Kesan ubat yang diberikan doktor memang membuatkan cik abe mengantuk. Takpelah, asalkan dia dapat rehat yang cukup.

Hari ni kakchik terpaksa sambung lagi cuti. Terpaksa sebab kena meminjam cuti tahun depan sebab 'annual leave' tahun ni sudah habis. Semuanya kerana mahu menjaga cik abe yang sedang sakit. Kalau bukan kakchik yang menjaganya siapa lagi kan? Sebagai isteri, menjadi amanah kita menjaga kebajikan suami dan Allah sudah menjanjikan balasan syurga untuk isteri yang solehah. Siapa yang tak mahu, rugilah kan?

Cik abe merajuk sebab kakchik belikan nasi bungkus pagi tadi. Sebenarnya kakchik memang nak masak sebab tu kakchik ke Mydin Hypermart tapi takut dia lapar dan masakan lambat siap, kakchik belikan Nasi Kak Wok. Sayangnya, suami kesayangan ni nak makan sup juga. 

Lepas sediakan segelas teh O panas, dia makan nasi sedikit, makan ubat dan kembali berbaring. Apa lagi, kakchik teruslah ke dapur untuk sediakan sup. Demi suami yang mengidam, insyaallah masak sup bukanlah susah. Setengah jam, semuanya siap dan sedia untuk dimakan.

Alhamdulillah... gembira tengok cik abe menghirup sup dengan berselera. Petang nanti, bolehlah kakchik tambah makaroni untuk jadikan makaroni sup buat makan malam. Bila suami kenyang dan gembira, penat lelah ke sana ke mari hilang begitu saja.

20.12.10

Beli Buku Lagi, Tak Tahu Sempat Habis Baca Atau Tidak

Assalamualaikum dan selamat membaca.

Cuti sekolah dah hampir habis. Nampaknya para ibu bapa semakin sibuk dengan persiapan anak-anak mereka yang akan kembali ke sekolah tidak lama lagi. Cepat sungguh masa berlalu hinggakan kakchik pun rasa macam tidak cukup masa untuk melakukan pelbagai perkara di hujung tahun ni.

Antara yang semakin dirasakan tidak sempat dibuat ialah, MEMBACA.

Tapi sekarang ni kakchik ada sedikit waktu untuk membaca buku. Setengah jam pun sudah ok hatta 10 minit pun tidak apa asalkan kakchik boleh membaca dan ianya bacaan yang berkualiti. Baca sikit tapi boleh hadam dengan 'jelira' di dalam minda dan boleh pula diterjemahkan dengan amal perbuatan.

Membeli buku adalah satu tabiat kakchik yang sudah bermula sejak di sekolah rendah lagi tapi masa tu buku dibeli dengan duit ayah tapi hari ni bila sudah punya duit sendiri, kakchik peruntukan dalam RM300 sebulan untuk bahan bacaan. Alhamdulillah, banyak yang kakchik sudah beli tapi makin hari makin lambat pula kakchik menghabiskan bacaan kakchik.

Nasib baik ada waktu menunggu cik abe di lobi tempat dia kerja. Sambil menunggu dapatlah kakchik membaca beberapa halaman. Kalau dia yang memandu dalam perjalanan pulang, alhamdulillah kakchik dapat menyambung bacaan.

Tahun ni sasaran untuk menghabiskan 50 buah belum tercapai. Hari ni jumlah yang kakchik berjaya baca hanya 39 buah sedangkan masa yang berbaki hanya sekitar 12 hari saja. Tak mungkin kakchik mampu membaca 11 buah buku dalam tempoh itu.

Untuk tahun depan kakchik tetapkan sasaran 60 buah buku. Bukan apa... bila sasaran lebih besar, mana tahu kakchik mampu membaca 50 buah buku. Bukankah berbaloi tu. Jadi buku baru sudah ada, insyaallah menanti giliran saja untuk dibaca.

Adakah kalian juga mengisi waktu cuti bersama anak-anak dengan aktiviti membaca? Ye lah, di samping makan angin dan membeli-belah. Semoga buku tidak pernah diketepikan dalam hidup kita.

Allahu'alam.

Dia Demam Lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Semoga hari ni jauh lebih baik dari semalam untuk kita semua. Cik abe demam.

Balik dari kerja petang semalam, cik abe asyik batuk dan muntah. Kasihan suami kakchik. Masuk waktu Maghrib, kami solat berjemaah dalam keadaan cik abe batuk-batuk. Tak tahu nak kata apa perasaan dalam hati ni. 

Cik abe baring dan kakchik selimutkan dia sambil picit-picit badannya yang panas. Dia tak mahu dipicit. Rasanya otot-ototnya rasa sakit bila kakchik picit jadi kakchik hanya gosok belakang dia. Batuk lagi. Muntah lagi.

Kakchik masak nasi dan buat lauk dan sayur ringkas saja sebab cik abe nak makan nasi. Lebihan mee kari yang kami buat sarapan, kakchik masukkan dalam peti ais. Jatuh air mata bila lihat cik abe macam ni. Berselimut, ketar dan suhu badannya panas sekali.

Selepas makan malam, cik abe berehat. Selimut dari hujung kaki ke hujung kepala. selalunya kakchik tak beri dia baring kalau selepas makan tapi malam tadi, dia sangat perlu berbaring. 

Ubat tahan sakit, panadol dah habis. Hanya minum air suam dan kakchik harapkan selimut tebal akan buat cik abe berpeluh. Peluh bagus untuk lekas sembuh.

Demamnya melarat hingga ke pagi ni. Kakchik telefon bosnya beritahu dia sakit. Bos yang memahami, izinkan cik abe cuti sakit tapi kakchik nak bawa juga dia jumpa doktor w/pun cik abe ni liat sikit. Kakchik pun terpaksa ambil EL sebab nak jaga dia. Takkan nak masuk kerja juga dalam keadaan begini kan?

Moga-moga selepas jumpa doktor, ambil ubat dan MC, cik abe akan dapat ubat yang sesuai agar lekas sembuh. "Lepas ni kena jaga kesihatan betul-betul ya Yang. Nor akan tolong pastikan."

19.12.10

Kasut baru untuk ke pejabat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar? Hari ni kalau cek graf pelawat blog tentu menurun sakan. Biasalah kan, hari Ahad, ramai yang meluangkan masa bersama keluarga sama ada keluar jalan-jalan, membeli-belah atau balik kampung. Jadi, tak ramai sangat yang aktif di alam maya. Kakchik pun kadang-kadang begitu juga.

Entri kali ni nak cerita pasal kasut. Sebelum ni kakchik ada tulis satu entri di KakChik's Wardrobe pasal kakchik perlukan kasut baru untuk ke pejabat sebab kasut yang sedia ada tu sudah mula rosak. Kakchik bukan takde kasut lain tapi yang ada tu memang tak sesuai langsung untuk dipakai ke pejabat dalam cuaca sekarang ni. Kalau dipakai, sebentar saja stokin kakchik akan basah.

Jumaat lepas, semasa kakchik ikut cik abe ke KB Mall tu kakchik ambil peluang menjenguk kedai-kedai kasut yang ada. Memang ada banyak pilihan kasut tapi yang sesuai dengan saiz kaki dan tujuannya susah pulak nak jumpa. Akhirnya kakchik singgah ke Dr. Cardin. Barangkali sudah rezeki Dr. Cardin, duit kakchik akhirnya bertukar tangan dan kakchik bawa balik kasut ini:


Wedges ini sangat ringan kerana tapaknya dibuat dari tali guni. Sudah nasib kaki kakchik agaknya bila disarungkan saja sudah terasa selesa. Apatah lagi bila kakchik praktis berjala ulang-alik dalam kedai kasut tu. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga sepasang kasut yang sesuai. Nampak tinggi tapi tumitnya hanya 1.5 inci.


Rekaannya ringkas saja tapi yang penting selesa bila dipakai. Sebenarnya lagi baik kalau depan tu tidak 'peep toe' tapi susahnya nak dapat kasut bertutup yang sesuai kaki. Orang kecik ni agaknya ramai yang bermasalah macam kakchik bila nak beli kasut kan?

Kasut ini telahpun kakchik rasmikan malam tu juga. Kasut yang sedia ada tu kakchik pakai ke pejabat lagi, nak tunggu kulitnya banyak tanggal dan tapaknya yang hampir nak tercabut tu, benar-benar tercabut barulah kakchik akan buang. Buat masa ni kakchik akan gilir-gilirkan dengan kasut yang baru ni.

Nampaknya bajet dalam Play Account bulan ni dah digunakan untuk kasut. Bakinya masih ada tapi kakchik ada beli gelang perhiasan ni;


Hari ni dah rasmikan dah. Kakchik ni bukannya suka sangat pakai gelang ni tapi tak tau kenapa jatuh hati pulak pada 7 gelung gelang manik hitam ni.


Pakai masa ke pejabat siang tadi. Bolehlah... takde menonjol sangat dah puas hati dengan penampilan sendiri. Sekali-sekala je beli aksesori ni sebab takut membazir.

Itu ajelah sedikit cerita pasal kasut baru dan gelang hiasan ni. Hujung minggu ni harap-harap jadi pelan percutian kami ke Langkawi atau Haatyai.

Entri Senyap

Assalamualaikum.

Hari ni hanya ada entri tanpa ulasan. Kesibukan.

Mee Kari

Jumpa lagi.

18.12.10

Sekarang ni macam-macam boleh beli online

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sebentar tadi kakchik asyik membaca status update terkini kawan-kawan di fb. Satu perkara yang sangat menarik kakchik lihat ialah banyaknya iklan perniagaan. Ada orang kena tag macam-macam produk dari pelbagai bisnes yang diusahakan melalui fb.

Kalau diikutkan kakchik juga sebenarnya terlibat dalam urusniaga online di fb atau di blog. Sekarang ni memang kakchik lebih suka membeli secara online berbanding ke shopping complex. Tengoklah, sepanjang hari di KB Mall, kakchik balik ke rumah dengan badan yang lenguh-lenguh dan kepala yang sakit.

Membeli secara online, hanya duduk saja depan komputer dan pilih barang yang dikehendaki. RISIKO memang ada tapi kenalah pilih penjual yang dikenali atau kakchik dah dapat review yang bagus dari kawan-kawan yang pernah menjadi pelanggan mereka.

Cuba tengok apa yang kakchik pernah beli secara online.

Beg tangan Coach, imitation.
Buku, adalah pelaburan bulanan yang turut dibeli secara online.

Kakchik hanya beli benda yang kakchik selalu guna dan perlu saja.

Pembuat roti jenama Tefal dari Jerman.

Pakaian yang dipakai setiap hari, iaitu abaya adalah keperluan yang selalu kakchik beli secara maya. Lagipun sambil membeli kakchik juga menjual.

Setiap hari pakai abaya, jadi memang satu keperluan.

Selian membeli keperluan kadang-kadang ada juga kakchik beli sesuatu sebagai aset untuk bisnes, misalnya penyangkut tudung ni:

Memudahkan kerja mempamerkan shayla dan pashmina yang kakchik jual.

Pernah teringin nak membeli kasut secara online tapi bimbang pula takut tak kena saiz. Kaki kakchik ni kecil, susah nak jumpa kasut yang betul-betul sesuai. Tak semua kasut saiz 4 tu boleh kakchik pakai. Kadang longgar dan kadang ketat. Jadi, buat masa ni kakchik masih membeli kasut di kedai-kedai kasut berdekatan.

Dalam kita membeli secara maya ni, faktor kepercayaan adalah sangat penting. Jika kita pembeli, sudah tentu kita mengharapkan penjual akan menghantar barang seperti yang dijanjikan dan barang itu pasti sampai. Ada juga yang sanggup menipu. Bila pelanggan sudah bayar, barang tak sampai dan penjual lesap.

Begitu juga bila kita sebagai penjual macam kakchik ni. Bila tak berjaya memenuhi kehendak pelanggan, terasa seperti diri ini telah mengkhianati amanah orang. Walaupun maaf dan segala boleh dimohon dan dimaafkan namun, kepercayaan telah sedikit tercalar. Sebab itu kakchik akan lebih berhati-hati dalam berurus-niaga selepas ini.

Yang pasti, urusniaga maya ini ada RISIKOnya.

Jumpa Kak Ummi di KB Mall

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar kalian semua di hari Sabtu ni? Kakchik doakan agar Allah kurniakan kalian semua dengan tubuh badan yang sihat agar dapatlah dimanfaatkan untuk amal makruf nahi mungkar. Alhamdulillah... kakchik syukur sebab hari ni kakchik sihat dan cik abe pun sihat. Kami dua-dua pun dapatlah pergi kerja macam biasa. Kerja swasta ni macam ni lah. Orang lain cuti, kita kerja. Demi amanah yang dipikul, kita laksanakan dengan penuh tanggungjawab dan senang hati.

Ni kakchik nak cerita pasal pertemuan yang tak dirancang dengan Kak Ummi (blog Klinik Ummi) sekeluarga di KB Mall pagi semalam. Semalam kakchik saja nak ikut cik abe ke tempat syarikat majikannya mengadakan promosi Year End Sale di KB Mall. Asalnya lepas hantar dia kat situ kakchik akan terus ke Dataran Ilmu tapi dek kerana jalan yang sesak, akhirnya rancangan kakchik diubah. Kakchik akan ambil peluang jelajah KB Mall semasa cik abe buat kerja.

Baru je beberapa minit kami masuk di bahagian basement tu dan cik abe mahu membeli bateri videocam, kakchik yang dok melilau ni ternampak satu keluarga yang baru masuk menuju ke kedai sebelah. "Eh, macam kenal je... Rasa macam Kak Ummi dari Terengganu tu.", ni kakchik dok cakap dalam hatilah. Sebab rasa yakin, kakchik beritahu cik abe yang kakchik nak tegur mereka.

Ringkas cerita, memang benarlah telahan hati kakchik. Allahu Akbar! Allah Maha Kaya. Dulu masa ke KT punyalah kakchik merancang nak jumpa dengan Kak Ummi tapi tak juga dapat. Akhirnya di KB Mall kami bertemu. Gembira tak terkata. Hehe, Kak Ummi sama kecik la dengan kakchik. Anak-anak dara sunti Kak Ummi semuanya solehah. Dr. Roslan dah jadi ustaz sebab kakchik asyik panggil dia ustaz saja. Jangan marah ya doc. Sekarang ni doc pun ramai ustaz juga.

Terima kasih banyak untuk Kak Ummi sekeluarga sebab akan pergi melancong bersama Al Quds Travel. Semacam satu sokongan untuk kerjaya cik abe sekaligus membantu syarikat majikannya. Kakchik ni memang suka menyibuk kalau sesuatu perkara tu ada kaitan dengan cik abe. Jangan risau... kakchik tak akan campur tangan dalam bisnes orang, cuma nak tolong promosi saja. Apa salahnya promo benda baik. Allah saja yang tahu apa niat kakchik yang sebenar. Yang pasti, cik abe happy.

Untuk Dr. Roslan dan Kak Ummi, terima kasih banyak atas tawaran penginapan percuma jika kami ke KT. Insyaallah akan diambil perhatian sangat-sangat hehe. Itupun kalau kakchik ke KT lah dan takde penginapan. Taknak menyusah Kak Ummi dan Doc. Kakchik sangat suka dapat jumpa kalian sebab kalian berdua sangat-sangatlah mesranya. Macam dah selalu sembang di luar je rasanya walhal, semalam tu baru kali pertama kita bersua muka. Mashaallah, besar kuasa Allah yang menghubungkan kita melalui alam maya ni. Semoga ukhuwwah fillah terus berkekalan selama-lamanya.

Allahu'alam.

17.12.10

Kerabu Pauh Chicken Rice Shop

Kerabu di Chicken Rice Shop

Assalamualaikum dan salam tengahari. Entri kali ni pasal makanan sebab dah lama tak cerita pasal makanan kat blog Keluargaku Sayang ni. Semalam kakchik ke KB Mall untuk lihat-lihat cik abe yang sedang bertugas di tapak promosi Al Quds Travel di ruang legar KB Mall.

Oleh kerana kakchik keluar rumah dengan perut yang hanya beralaskan pisang goreng sebagai sarapan dan ke sana ke mari menyelesaikan pelbagai urusan, sampai di KB Mall dalam jam 3 lebih, kakchik sangatlah lapar. Dalam tu hanya TCRS saja yang punya suasana yang sesuai untuk kakchik makan sendirian tanpa gangguan dan terlindung.

Hehe, tentu ada yang bertanya bagaimana kakchik makan di tempat awam? Insyaallah itu akan kakchik cerita dalam entri khusus. Tentu ramai nak tahu. Tapi kali ni nak cerita kakchik hanya makan pakej Single Meal + Kerabu + Milo panas. 

Wah... kerabunya sangatlah kakchik suka tapi tak dapat nak habiskan sebab banyak sangat untuk seorang. 3/4 saja yang perut kakchik mampu terima. Tapi kan... kalau dapat makan lagi, kakchik nak makan dengan cik abe. Mungkin petang ni :)

Nak ke KB untuk Kuliah Agama

Assalamualaikum dan salam Jumaat yang berkat untuk semua.

Alhamdulillah syukur, hari ni masih lagi dapat menghirup udara segar dari persekitaran rumah yang nyaman dan hijau. 

Hari ni umpama hari menuntut ilmu agama di Negeri Kelantan ni sebab orang ramai dari serata pelusuk negeri akan keluar menuju tempat-tempat kuliah agama. Antara 3 tempat tumpuan yang kakchik tahu ialah di Dataran Ilmu tempat kuliah Jumaat tetap anjuran Kerajaan Negeri, di Dusun Raja iaitu tempat ahli Jemaah Tabligh akan berkumpul untuk ta'alim mingguan kalau tak silap kakchik dan di Tanjung Mas iaitu di Kompleks Pengajian ABIM.

Mungkin ada banyak lagi masjid-masjid atau tempat-tempat khas yang akan mengadakan kuliah pada hari ni tapi kakchik lebih suka ke Dataran Ilmu. Tok Guru sendiri yang akan memberi kuliah di sana. Lagipun kakchik suka melihat orang ramai yang datang dari serata negeri.

Inilah suasana biasa setiap minggu di Dataran Ilmu sepanjang Jalan Dato' Pati, Kota Bharu. Jalan ini akan ditutup dari laluan kenderaan dari jam 7 pagi hingga jam 12 tengahari. Tempat ni dah jadi tumpuan pelancong kerana inilah satu-satunya jalan utama yang ditutup khas kerana ada majlis ilmu di atasnya. Dahlah di tengah-tengah pusat bandar yang sibuk. Syiar Islam.

Jadi, sekarang mahu bersiap. Insyaallah mahu ke sana.

16.12.10

Fanpage Abaya Elegan

Assalamualaikum dan selamat malam.

Kakchik hanya mahu memberitahu kalian, para pembaca dan pengunjung blog Keluargaku Sayang bahawa blog bisnes abaya kakchik sudah lama mempunyai FANPAGE di facebook. Jika sudi, tengok-tengoklah ya.

Ini fanpage yang dimaksudkan:



Sebenarnya kakchik lebih cepat update maklumat tentang bisnes dan stok abaya terbaru di fanpage berbanding di blog. Jadi kalau LIKE fanpage Abaya Elegan Lovers tu insyaallah jika kalian pemilik akaun facebook, anada akan dapat selalu melihat maklumat terkini.

Jika tak minat, tidak menjadi masalah.

Selamat berehat. Esok cuti hujung minggu. Seronoknya...

Terlalu penat nak menulis

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam 10 Muharram aka Hari Assyura.

Hari ni dan semalam tentu ramai di kalangan teman-teman yang berpuasa sunat kan. Syukurlah kalia diberi kelapangan untuk melakukan ibadah tersebut. Bagi orang yang uzur syari'e ni ada juga rasa rugi sebab terlepas peluang tapi dapatlah juga buat amalan baik serba sedikit sepanjang tahun baru ni.

Kakchik minta maaf sebab semalam langsung tak update. Masa terlalu cemburu hinggakan kakchik tak sempat sungguh. Bila banyak urusan yang memerlukan kakchik memandu ke sana-sini dalam keadaan jalan yang sangat sesak sekitar Jln. Sultan Yahya Petra, Jln. Sultan Ibrahim dan Jln. Kuala Krai tu atau lebih tepat lagi sekitar KB Mall, memang sungguh meletihkan.

Balik ke rumah nak uruskan suami dan rumahtangga, kemudian macam biasa uruskan bisnes online. Rupa-rupanya 3 jam di waktu malam ni memang tak cukup untuk baca+balas email, cek pesanan di facebook + balas + berbalas2 mesej dengan kawan dan pelanggan. Allahu Akbar! Apapun kakchik kena berhentikan segala urusan online bila tengah malam. 

Tapi kan... walaupun penat, kakchik happy. Alhamdulillah... happy sebab kakchik dapat buat apa yang kakchik suka. Semunya suka. Urus suami suka. Kerja di Zahra' suka. Jual buku di MariBaca suka. Jual abaya online sangat-sangatlah suka. Selagi semua ini dapat kakchik lakukan dengan gembira dan suami tak marah, selagi itu kakchik akan sentiasa syukur ke hadrat Allah Ta'ala sebab hanya Dia yang izinkan semua ini berlaku.


Ok, kakchik nak ke KB Mall dulu. Nak ambil cik abe yang sedang bekerja overtime membantu syarikatnya buat Jualan Akhir Tahun. Siapa yang nak melancong pada harga RM99 seorang tu jom lah ke KB Mall, Al-Quds Travel sedang buat promosi besar-besaran.

Permisi dulu. Wassalam.
Related Posts with Thumbnails