Followers

29.11.10

Maafkan kakchik

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kakchik mohon maaf jika sehari dua ni tak sempat nak update blog. Kakchik demam selsema dan sangat tidak larat.

Semoga kalian semua sihat walafiat.

Permisi dulu.

28.11.10

Walau sibuk dengan kerja dan bisnes, hati tak senang bila suami sakit.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kakchik ada masa rehat sebentar ni sementara nak kembali menatap beberapa bil-bil utiliti yang baru sampai, nak sediakan cek-cek untuk beberapa kontraktor yang datang servis beberapa peralatan di perpustakaan dan menyelesaikan beberapa tugasan hari ni. 

Dalam kakchik sibuk nak siapkan kerja-kerja ni, dalam hati selalu saja teringatkan cik abe yang kurang sihat. Suami kakchik tu sejak raya haji lagi asyik batuk-batuk saja. Pagi raya tu dia imamkan solat sunat hari raya dan berkhutbah dalam keadaan batuk-batuk. Moga-moga dalam keadaan begitu, isi kandungan khutbah tu masih boleh meresap ke dalam jiwanya dan jiwa-jiwa para jemaah.

Minggu lepas pulak, kakchik setiap hari berada di tapak ekspo Cheng Ho. Ada hari kakchik sempat sediakan sarapan dan makan tengahari, mencelah di waktu-waktu senggang untuk pulang sebentar melihat beliau. Syukurnya pejabatnya di rumah, jadi tidaklah bimbang sangat tapi tau sajalah bila dah menghadap komputer, bukannya mudah nak berhenti dan berehat.

Hari ni kakchik mungkin akan balik lewat lagi sebab lepas habis kerja kakchik perlu singgah sebentar di Maribaca. Ada sedikit urusan dengan pembantu kakchik. Esok kakchik bercuti sehari sebab ada jemputan membuka gerai pameran/jualan oleh pihak PSK HUSM, di Kubang Kerian. Oleh kerana persetujuan tu dah lama kakchik beri, maka tidak beradablah pula jika menarik diri.

Insyaallah dengan lokasi yang lebih dekat dengan rumah, kakchik akan sempat pulang di waktu tengahari. Semoga Allah tolong lindungi suami kakchik dari segala musibah, menyembuhkan segera batuknya, insyaallah kakchik ada minta kakak bawa balik ubat batuk yang sesuai dari kliniknya. Moga-moga cik abe kembali sihat bertenaga.

Rezeki itu pemberian Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bila dah masuk pukul 12.30 tengahari ni, perut pun mulalah minta diisi. Kalaulah hari ni Kaunter depan tak sibuk, kakchik boleh aje ke bandar mencari makanan idaman hati seperti:

Chicken Chop Kemaman Kopitiam

Tapi... cukuplah tengahari ni dengan sebungkus nasi berlauk berharga RM2.00. Syukurlah dengan rezeki yang Allah berikan. Lagipun semuanya hakmilik Dia. Kita ni hanya peminjam sahaja. Nak bayar dengan apa ya?

Tak terbayar kot tapi sekurang-kurangnya dapatlah bayar semampu boleh.

26.11.10

Hasrat Melihat Aksi Akrobatik Tercapai Juga

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Alhamdulillah akhirnya dapat juga kakchik update sekali lagi blog ini hari ni. Cerita yang kakchik nak kongsi bukan yang berlaku hari ni tapi yang berlaku semalam. Maaflah sebab terlewat sehari. Nak buat lagu mana kan? Almaklum saja kakchik sedang bergerai jadi laptop tinggal aje kat rumah. Ada masa sejam dua balik tak sempat nak tulis panjang-panjang. Inipun kakchik set masa untuk autopublish. Takdelah blog sepanjang hari dok ceita tajuk sama saja.

Semalam, hajat hati untuk melihat aksi akrobatik berjalan atas tali oleh pemegang rekod dunia, Adili Luxor, akhirnya tercapai juga. Persembahan terakhir beliau disertai dengan beberapa acara kebudayaan Cina Ugyur yang lain. Kiranya lebih istimewa berbanding hari-hari lain. Bertuah kan? Alhamdulillah.

Mari kita tengok apa yang kakchik alami di dalam stadium petang semalam.

Jam 3 petang, kami 3 beranak sudah mengambil tempat dalam stadium. Orang masih belum ramai.
Para penonton yang masuk lebih awal dari kami. Syukur dapat duduk di astaka, teduh.
Peralatan untuk persembahan akrobatik telah sedia terpasang dan sedang dikemaskini oleh para petugas. Gayat.
Itulah puncak tertinggi. Kakchik tak berapa dengar pengacara beritahu ketinggiannya tapi lebih tinggi dari bumbung astaka stadium.
Itulah orangnya, Adili Luxor sedang memeriksa kekuatan tali.
Setengah jam kemudian stadium sudah mulai penuh.
Ekspo ini berjaya menyatukan kaum Melayu, Cina dan India dalam satu stadium. Payah nak jumpa sebenarnya.
Persembahan pertama ialah dari Xhinjiang Music & Dance Group (nama tak tepat). Kakchik ada ambil video tapi lambatlah nak upload.
Seterusnya persembahan tarian oleh kumpulan kebudayaan Muslim Ugyur-Xhinjiang. Muzik Cina bunyi macam muzik padang pasir.
Seronok tengok mereka menari.
Seterusnya ialah...

Persembahan kungfu shaolin.
Best kalau dapat buat flying flip macam tu.
Macam-macam alat perisai yang digunakan. Real pulak tu, huhu.

Lepas tu ada pula persembahan ini yang biasanya ada dalam sarkas,

Agaknya apa yang dibuat tu? Pakcik ni bermain jumbling baton sambil menari rancak.
Tarian lagi. Rasa macam sedang menonton drama period Genghis Khan je.
Persembahan kungfu lagi tapi lebih hebat. Kakchik rakam video jadi gambar tak banyak.
Nyanyian lagu-lagu klasik Cina Ugyur. Macam lagu arab je bunyinya.
Kungfu shaolin lagi. Kali ni sifu turun padang dan buat aksi pecahkan besi dengan kepala. Auch! Sakitnya.

Dan akhirnya.... yang dinanti-nanti.


Bila acara terpenting bermula, bateri kamera kakchik dah lemah sangat-sangat jadi gambar dah tak boleh ambil. Lagipun kakchik buat rakaman video agak banyak termasuklah bagaimana Adili dan Sattar menaiki tali dari bawah hingga ke puncak tanpa memakai sebarang alat bantuan. Hebat sungguh!

Kalau kakchik berjaya upload video, kakchik akan kongsikan di sini.

Kata seorang makcik, kuat yakin kepada Allah dan konsentrasi yang tinggi telah menolong mereka naik ke atas tali itu seolah-olah seutas tali itu seperti tanah yang rata. Nampak sangat mudah mereka melangkah kaki malah berlari-lari ke depan ke belakang, tutup mata, berbasikal dan baring di atas tali yang seutas itu. Hebat. Mashaallah.

Kakchik yakin dengan kata-kata makcik itu. Dalam apa jua kerja, keyakinan pada Allah dan konsentrasi insyaallah boleh membawa kejayaan kepada usaha kita. Allahu Akbar!

Masalah Aurat Wanita Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua teman-teman blogger dan fb, semoga kalian semua dalam keadaan sihat walafiat walau di mana saja kalian berada.

Pagi-pagi ni sebelum kakchik terlupa dan sebelum kakchik bersiap untuk ke tapak ekspo, kakchik ingin sekali menulis tentang topik ini. 

Sebagaimana ramai yang tahu, wanita Kelantan memang majoritinya berpakaian menutup aurat. Kalau mahu lihat ramai wanita bertudung labuh, berpurdah dan bertudung, datanglah ke Kelantan. Alhamdulillah. Kakchik cukup bersyukur sebab Allah bukakan pintu hati anak-cucu Hawa di sini untuk memelihara aurat mereka dengan memakai pakaian yang sopan mengikut Islam.

Tapi, akhir-akhir ini ada satu tren yang sangat menaikkan rasa malu dan sedih kakchik. Satu tren yang sungguh memalukan bila dilihat setiap hari di depan mata ini. Maklum saja sepanjang hampir seminggu berada di tapak ekspo, sudah pasti wanita yang memakai pakaian mengikut tren ini akan lalu-lalang, malah singgah membeli di gerai kakchik.

Nak tahu apa trennya? Ok, inilah dia!

Gambar ihsan pages Bertudung Demi Aurat vs Bertudung Tetapi Telanjang

Allahu Akbar! Ujian kami dalam berdakwah kepada para wanita di sini semakin kuat. Kali ini fesyen di atas tu bukan saja menular di kalangan orang muda malah golongan tua-moden juga terpengaruh. Bayangkan ibu atau nenek kalian yang berusia 50 tahun ke atas memakai pakaian seperti model di atas. Apa perasaan kalian?

Kakchik lihat mereka yang menjadi mangsa ni kebanyakannya dari golongan agak berada berdasarkan penampilan, percakapan dan pilihan produk yang mereka beli. Bagi kakchik, usia bukanlah penghalang untuk kelihatan cantik bergaya, siapa yang kata salah kan? Tapi biarlah kita bergaya mengikut kehendak Allah. Kasihanlah kepada anak cucu yang melihat kita sebagai contoh mereka.

Kalau ibu dan nenek pakai macam ni, jadi tak hairanlah kalau anak cucu pakai yang serupa atau lebih 'SKIMPY' daripada ini. Kakchik syukur bilangan yang berpakaian sopan menutup aurat itu masih lebih besar namun, kerana yang sedikit ini terlalu menjolok mata maka mereka menjadi tarikan perhatian semua lapisan masyarakat.

INSAFLAH! Tolonglah rasa malu. Bila kita terasa tak apa memakai pakaian sebegini untuk keluar rumah, INGATLA, SYAITAN di sebelah tu sedang BERSORAK KEGEMBIRAAN. Anda sebenarnya sedang TELANJANG di khalayak ramai.

25.11.10

Hari ke-4, melawat China's Pavilion.

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah fillah.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih mengizinkan kakchik bernafas lagi di atas dunia ini. Bukan semua orang dapat membuka mata dan melihat lagi alam di pagi ini. Ada ramai orang yang pergi meninggalkan alam fana ini pagi ini. Allahu Akbar!

Semalam kakchik tak sempat nak sambung menulis cerita di blog ini. Terlalu banyak urusan ke sana-sini terutama usaha untuk ke pejabat pos untuk mengeposkan banyak bungkusan abaya pelanggan. Alhamdulillah ada kak an dan anakandanya yang sudi turun padang membantu kakchik di gerai. Terima kasih banyak kak an.

Oklah, mari tengok serba sedikit gambar kenangan pada hari ke-4. Oh, kakchik sempat melawat China's Pavilllion semalam.mashaallah... banyaknya perkara yang menarik. Kakchik pun tak habis 'round' satu pavilion tu sebab terlalu ramai orang dan masa kakchik yang terhad.

Ini je yang sempat kakchik rakam.

Dari hadapan pintu masuk pavilion China.
Gerbang yang menyambut kedatangan tetamu.
Pasu daripada kulit kacang.
Mutiara air tawar, RM80.00 satu. Geram sekali tapi takde bajet.
Selendang sutera China, hanya RM20 sehelai.
Suasana dalam tapak pameran.
Menyiapkan khat yang sangat kemas dan cantik.
Adik warga China yang fasih berbahasa Melayu, mempromosikan Al-Qur'an canggih. Ada pen khas bila ditunjukkan pada sesatu ayat, terus dibacakan ayat tersebut. Siap dengan tajwid, dan segala tertib membaca Al-Qur'an. Mashaallah.
Rangka binaan rumah di China yang sangat menarik.
Peminat jed pasti sangat gembira berkunjung ke sini sebab banyak sekali gerai menjual jed dan batu aked.
Pelbagai jenis cenderahati untuk buah tangan kepada kawan-kawan.
Pedang kung fu shaolin pun ada dipamerkan.
Kakchik tak pasti sama ada ini rantai leher atau apa tai ada kalimah Allah di loketnya.
Bekas bedak yang sangat comel dan teliti kerjatangannya.
Pelbagai lukisan hasilan pelukis Muslim Xhinjiang. Boleh dibeli.
Set pinggan mangkuk, ada beberapa pilihan yang cantik.
Pasu-pasu bunga yang menarik perhatian kakchik. Esok, nak beli sebiji.
Sungguh comel kasut-kasut yang dibuat daripada tali guni ni. Kakchik cuba yang paling kanan, selesa sekali.
Tempat ini rasanya paling ramai orang. Menanti giliran untuk diurut. 
Lukisan cat air China yang dilengkapi khat yang cantik.
Aksesori wanita.
Banyak sekali skirt labuh yang kakchik suka tapi sayangnya harga RM100 lebih setiap satu sebab ianya 2 in 1. Skirt dan dress sekaligus, rekaan yang kreatif.
Pilihan tudung yang dipakai oleh satu etnik Cina.
Gajet elektronik terkini dari China.

Itulah antara gambar yang sempat kakchik rakam semalam dalam masa satu jam lebih melawat tapak pameran China Muslim. Hari ni hajat hati nak melihat persembahan Adili Luxor meniti atas tali dan juga melihat Al-Qur'an terpanjang di dunia yang berharga RM300 juta.

Semoga Allah permudahkan urusan kakchik di gerai, bisnes kami mendapat sambutan dan juga kakchik sempat berkongsi pengalaman bergambar yang lebih menarik dengan kalian semua. Kakchik pinjam sekeping gambar dari jurufoto PRO, gambar acara yang sangat ingin kakchik lihat.

Adili Luxor, Cina Muslim pemegang rekod dunia meniti atas tali. Foto kredit RT Photography.

Insyaallah kakchik nak tengok sendiri hari ni.

23.11.10

Hari ke-3 Cheng Ho Expo

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Kakchik, alhamdulillah sihat-sihat saja cuma teramat sibuk di gerai expo. Sekarang ni dapat balik berehat sebentar sementara kawan kakchik menguruskan gerai pameran. Dah masuk hari ketiga kami bergerai dan sudah banyak sungguh mata kami memerhati orang dan kami diperhatikan orang. 

Syukur alhamdulillah ramai sungguh umat Kelantan ni yang menutup aurat tapi sayangnya ramai juga yang membalut tubuh semata-mata. Paling kakchik sedih bila melihat ibu-ibu berbadan gempal dan berusia mungkin atas dari 40an tanpa segan silu membalut tubuh mereka dengan seluar ketat dan hanya memakai t-shirt atau blaus paras punggung. Sedih hati ni melihat agak ramai yang begitu.

Apa yang kakchik pasti, sudah hilang perasaan MALU di dalam hati mereka. Kalau mereka ada perasaan MALU, sudah pasti, mereka tidak akan berpakaian begitu. Terlalu banyak salah faham dalam berpakaian dan  menggetarkan iman. Semoga Allah memberi mereka kesedaran. Kakchik tidak mampu untuk menegur apatah lagi untuk menasihat.

Satu kegembiraan yang dapat kakchik kongsikan ialah ramainya kaum lelaki yang berminat dengan abaya yang kakchik jual. Ada suami bersungguh-sungguh mahu membelikan abaya untuk isterinya menutup aurat tapi sayangnya si isteri pula tidak mahu. Nak yang ada cutting ikut badan. Dan banyak juga helahnya. Alangkah bagusnya dan pasti ganjaran syurga jika isteri itu menerima cadangan suami tu. Rugi sekali.

Oklah, cukuplah sedikit cerita, mari tengok gambar hari ni.


Bateri kamera semakin lemah jadi banyak gambar yang kurang menjadi. Apapun, yang pasti expo ini sangat meriah. Kakchik masih belum ada kesempatan untuk melihat Al-Qur'an terpanjang di dunia, aksi Adili Luxor , pemegang rekod dunia berjalan atas tali dan persembahan kungfu shaolin. Insyaallah kakchik akan cub acari masa untuk mendapatkan pengalaman ini.

Jumpa lagi.
Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs