Followers

30.9.10

Abaya kakchik dah tinggal sikit, kena beli yang baru ni.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah setelah dari jam 10 pagi hingga jam 6 petang kakchik berpenat-lelah dari MariBaca hinggalah ke takap Karnival Kesihatan, barulah terasa lega bila dah balik ke rumah, mandi, solat, makan nasi kerabu dan berehat. Sambil-sambil berehat ni untuk menghilangkan rasa sakit tapak kaki dan lenguh betis, kakchik saja nak kongsikan perancangan baru untuk wardrobe kakchik.

Rasanya bekalan abaya kakchik semakin berkurang ni dan kakchik pula setiap hari memakainya. Sementelah pula hampir semua jubah-jubah lama kakchik telah disedekahkan kepada yang berminat. Kalau masih ada yang mahukan jubah FREE saiz XS, bolehlah beritahu kakchik ya. Cuma perlu bayar kos penghantaran, jubahnya kakchik sedekah je.

Kakchik ada hati nak beli beberapa helai abaya baru yang ringkas-ringkas saja. Sesuai dipakai sebagai pakaian harian sementara kakchik sudah punya 3 helai abaya khas untuk majlis-majlis tertentu. Mungkin kakchik nak beli abaya yang ini:
Gambar dari Abaya Elegan.
Kakchik suka yang AR116 tu. Harga dalam RM200.00 sepasang. Boleh dipakai ke pejabat, membeli-belah, ke program agama mahupun ke makan malam. Tak over sangat dekorasinya.

Bajet kakchik ialah abaya berharga RM100 - RM200 sepasang. Insyaallah kalau kakchik beli sekali dengan abya tempahan pelanggan Abaya Elegan, kakchik akan dapat harga istimewa. Jimat kos. Hmm... hati ini berkenan juga dengan abaya kat sini:
Gambar dari Abaya Elegan.

Kalian rasa yang mana paling sesuai dengan kakchik? Yang ni jurang harga antara RM150 - RM200 sepasang. Lawalah... confuse pula nak memilih yang mana satu. Tolong beri cadangan.

Walaupun kakchik ni ada bisnes abaya, tak semua abaya yang kakchik jual tu kakchik ada. Ada juga yang kakchik tak mampu beli tapi kakchik tersangatlah suka. Mahal sangat dan takur berkebih-kebihan pula. Biasanya abaya kategori ni ialah yang harganya RM270 ke atas. Memang sangat cantik dan berkualiti tapi mahal.

Contohnya yang ini:
Cantik dan ringkas tapi mahal.
Harganya RM300.00 sepasang buat kakchik telan air liur saja. Kakchik tahu abaya ni sangat berkualiti buatannya. Kain pula dari material yang lembut dan sejuk bila dipakai. Bukan senang nak beli abaya hitam yang selesa dipakai dalam cuaca tropika negara kita ni. Tapi abaya ini selesa.

Baik kakchik guna duit RM300 tu untuk beli 2 helai abaya di bawah ni:


Untung, sebab boleh dapat 2 helai abaya kan?

Memang kakchik nak beli abaya baru tapi takdelah sampai banyak helai sangat hehe. Ini hanya wishful thinking kata orang putih. Buang masa kalian saja membaca tulisan kakchik malam ni kan? Apapun terima kasih.

MariBaca & Abaya Elegan di Karnival Kesihatan

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!

Kakchik nak maklumkan yang hari ni dan esok kakchik akan berada di tapak Karnival Kesihatan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Klik untuk imej lebih jelas.

Kalau nak lihat dan beli abaya, jemputlah ke gerai kakchik di NO. 3 sebelah Nisa' Kelantan.

Kakchik baru nak bersiap ke MariBaca ni. Baru nak angkut barang-barang. Khabarnya orang dah ramai kat tapak karnival. Tadi ada AJK yang telefon membawa khabar.

Moga-moga karnival kesihatan ni mendapat sambutan meriah dari masyarakat.

Jumpa di sana ya!

Menghina Islam Makin Menjadi-Jadi

Assalamualaikum dan salam pagi ceria semua.

Alhamdulillah, pagi yang penuh ceria sekali. Alamak! Baru teringat malam tadi lupa nak makan ubat. Huhu, macamana boleh lupa ni? Isyk, kakchik ni kalau ralit buat kerja lain sebelum tidur inilah akibatnya. Insyaallah pagi ni kakchik makan.

Dalam masa sejam yang ada ni (kakchik nak bersiap ke MariBaca mengambil barang-barang sebelum ke tapak Karnival Kesihatan), kakchik cuma nak luahkan sedikit perasaan terhadap satu berita hangat berkaitan seorang paderi Malaysia yang menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam.

Si Penghina Islam, Benjamin Stephen. Gambar dari PDO
Iya, semua orang sudah tahu paderi yang mana satu. Itulah paderi Melayu yang mendakwa dirinya berasal dari Johor tapi di dalam klip video tu dia berceramah di sebuah gereja di Sarawak. Bila sudah kufur dari Islam, nampaknya dia bersikap berlebih-lebihan sekali.

Setahu kakchik video tu telah ada di Youtube sejak 2008 lagi. Kakchik sudah melihat hampir kesemua videonya tahun lepas selepas ramai rakan blogger menulis tentang penghinaan Islam tu. Maaf nak cakap kakchik memang benci dengan sikap orang seperti paderi itu. Begitu sekali mahu menarik kepercayaan penganut Kristian hingga beriya-iya menghina Islam.

Kita hidup dalam negara yang berbilang kaum, berbilang agama dan kita semua sudah tahu agama Islam ialah agama rasmi negara ini. Maka hormatilah hak penganut agama rasmi iaitu kami. Kenapa suka sangat mencari gaduh dengan orang Islam sedangkan kami tidak pernah menghina agama lain? Kalau mungkin ada, kakchik yakin yang melakukannya bukanlah orang yang taat beragama.

Kakchik benar-benar berharap pihak SKMM akan segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas penghina Islam itu. Janganlah perkara-perkara sensitif sebegitu membara hingga boleh menaikkan darah orang-orang Islam. Maruah agama adalah satu perkara yang amat umat Islam jaga. Marilah kita saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Untukmu agamamu, untukku agamaku.

29.9.10

Kesian Cikgu, Terpaksa Jadi Kerani.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Sebelum masuk tidur ni kakchik sempat belek-belek akhbar online. Ada artikel menarik tentang kerjaya di bidang perguruan. Kakchik sangat simpati dengan para guru yang sebahagiannya terpaksa melakukan tugas-tugas kerani hingga mengganggu tugas utama mereka iaitu mendidik dan membimbing anak bangsa. Betul kah? Mari baca apa kata wartawan Harian Metro.

Guru sudah jadi kerani

Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid
2010/09/26

PENUH DUGAAN...mengajar pelajar sudah cukup mencabar, guru tidak wajar dibebankan lagi dengan tugasan sampingan remeh sebaliknya fokus pada tanggungjawab hakiki. 
Bukan sekadar mendidik, pelbagai tuntutan kerjaya tidak sepatutnya kini mereka galas menjadikan tumpuan terhadap proses penjanaan dan pembelajaran ilmu terjejas.

Lebih menyedihkan, golongan itu turut menjadi sasaran kecaman masyarakat jika gagal melahirkan pelajar cemerlang akademik dan sahsiah diri menyebabkan guru semakin terdesak serta tertekan.

Apakah benar peranan guru sebagai sumber pemangkin ilmu semakin terhakis sebaliknya menjadi golongan itu diperkotak katikkan hingga mereka dalam dilema? Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia Cawangan Kedah, Anuar Husin, berkata golongan guru hari ini bukan sekadar memegang tanggungjawab sebagai pendidik malah anggota masyarakat secara keseluruhan.

Menurutnya, cabaran utama bukan lagi menyalurkan ilmu kepada pelajar sebaliknya turut mendidik masyarakat melalui peranan di luar waktu persekolahan sekali gus memberi bebanan dalam melaksanakan tumpuan dan tanggungjawab sebenar.

"Dalam perguruan, tugas hakiki adalah mengajar, malangnya guru masa kini dilambakkan dengan pelbagai tanggungjawab sukar dan mencabar. Mereka bukan sekadar guru tapi turut mendidik masyarakat secara keseluruhan.

"Malangnya masyarakat bersikap sambil lewa dan enggan bersama memikul tanggungjawab mendidik menyebabkan mereka semakin tertekan. Guru juga dihimpunkan pelbagai tugasan tidak sepatutnya seperti perkeranian.

"Justeru, bagaimana mahu menumpukan perhatian pada tugasan? Masyarakat hanya tahu memberi tekanan tapi enggan membantu," katanya.

Bukan isu baru guru terpaksa memikul pelbagai tanggungjawab remeh yang menuntut pengorbanan masa, antaranya mengurus dan mengemaskini sistem maklumat pelajar (Emis), sistem salah laku, pendaftaran, yuran, mengurus kumpulan wang amanah pelajar miskin (KWAPM), rancangan makanan dan susu tambahan.

Memburukkan keadaan, mereka terpaksa berhempas pulas menghabiskan sukatan pengajaran kerana dihantar berkursus selain pembelajaran tergendala.

Mengulasnya, Anuar berkata waktu persekolahan padat serta pelbagai perancangan dibuat menjadikan waktu guru semakin terhad hingga menyukarkan proses pembelajaran berjalan lancar.

"Sungguhpun tugasan sampingan tidak sukar, banyak waktu terbuang. Guru sering merungut kerana terlalu terikat dengan pelbagai tuntutan menyebabkan proses pembelajaran tergendala.

"Ia bukan remeh dan perlu diberi perhatian kerana bersangkut paut pencapaian pelajar masa depan. Guru sentiasa dipersalahkan jika pelajar gagal.

"Masyarakat pula mahukan kecemerlangan tapi enggan memahami. Apabila guru gagal menyempurnakannya, bukankah akan menimbulkan konflik? "Tindakan segera perlu diambil kerana bimbang akan menjejaskan mutu pendidikan keseluruhannya," katanya sambil meminta pihak berkenaan mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi kemelut itu.

Ditanya adakah rungutan itu disebabkan guru sudah lama dalam zon selesa, beliau berkata golongan itu boleh menerima perubahan namun perlu ada batasan dan mekanisme tertentu bagi menanganinya.

"Guru boleh menerima perubahan malah sedar tanggungjawab dipikul semakin berat tapi perlu ada tolak ansur. Mereka juga ada tanggungjawab lain perlu dipenuhi seperti keluarga.

"Masyarakat juga harus memberi sokongan dan bersama menggembleng tanggungjawab. Jangan lepaskan sepenuhnya pada guru kerana tidak adil," katanya.

Bagi mengatasi kemelut itu, beliau mencadangkan penyusunan semula tugas pekeranian sedia ada hingga tidak mengganggu tugas hakiki guru selain menambah lagi pembantu guru bertaraf kerani.

Bilangan pelajar turut perlu dikurangkan supaya guru tidak terbeban dalam mengemaskini data peribadi selain menerapkan peranan alumni untuk memberi pembelajaran berbeza berdasarkan pengalaman pekerjaan.

"Konflik perlu diatasi secara berhemah supaya semua pihak mendapat manfaatnya. Penyelesaian bukan sekadar jangka pendek tapi berpanjangan demi kebaikan generasi seterusnya.

"Menjadi guru bukan mudah namun kerjaya itu sangat mulia, perlu berlapang dada menerima apa jua cabaran manakala masyarakat juga jangan bersikap lepas tangan.

"Proses penjanaan ilmu tidak akan terhenti, justeru pelbagai pihak perlu mencari penyelesaian supaya konflik sedia ada dapat diatasi," katanya.

Di rumah kakchik ada Adik yang menjadi guru. Sejak 2 tahun lalu, kakchik melihat betapa tinggi pengorbanannya sebagai seorang guru di sebuah sekolah rendah swasta. Masanya dan tenaganya begitu banyak diluangkan untuk mendidik hinggakan anak-anak muridnya saban hari datang ke rumah sama ada untuk mengulangkaji, beriadah atau menonton video.

Malam pula membuat persiapan mengajar sambil membahagi masa untuk membantu kakaknya menjaga anak-anak saudara. Tinggi sekali pengorbanannya hingga tiada masa untuk memikirkan soal jodoh dan masa depannya.

Moga-moga pihak tertentu seperti Kerajaan dan pentadbiran sekolah, tidak memanipulasi para guru dan membebankan mereka dengan tugas-tugas yang tidak sepatutnya mereka buat. Kesian para guru.

Nuffnang, Jangan Serik Mengiklan Ya

Alhamdulillah, selepas 3 bulan earnings kakchik di Nuffnang sudah pun melebihi RM200. Dalam blogging dan tidak blogging masih ada pengiklan yang sudi mengiklan di blog Keluargaku Sayang ini. Terima kasih banyak ya.

Kali terakhir kakchik mengeluarkan duit iklan Nuffnang ni ialah 26 Jun lalu dan cek pun sudah lama sampai. Azam kakchik untuk simpan pendapatan iklan ni hingga hujung bulan 9 nampaknya memberikan pulangan yang lebih baik. Alhamdulillah.

Buffered Earnings pun banyak yang sudah menjadi Metered Earnings tapi bila status bertukar, cepat pula pengiklan baru mengambil alih. Paling banyak mengiklan di blog kakchik ialah DiGi. Nampaknya kakchik nak guna talian DiGi la pulak lepas ni sebagai tanda terima kasih.

Inilah rekod Buffered dan Metered Earnings kakchik sejak 17 Jun hingga sekarang.


Mungkin esok kakchik akan cash out duit ni atau mungkin juga biarkan dulu hingga duit tabung laptop kakchik ni menokok lagi. Alhamdulillah.

Perlakuan-Perlakuan Kecil Suami Yang Amat Disukai Isteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga hari ni teman-teman semua dalam keadaan sihat sejahtera.

Hari ni kakchik ambil cuti lagi sebab telinga kakchik masih lagi belum surut betul-betul bengkaknya. Daripada kakchik ke pejabat dalam keadaan telinga yang berdengung baiklah kakchik di rumah. Kalau terasa mood kurang, boleh baring-baring atau kacau suami sedang buat kerja. Tak pun boleh layan Amni yang celotehnya menceriakan. Paling kakchik suka ialah layan saluran ASTRO 550, 556 atau 303.

Tiba-tiba saja kakchik terasa nak menulis sesuatu di blog ni. Teringat beberapa artikel yang dibaca semalam dari internet dan buku. Rasanya boleh kot kalau kakchik turut menulis sedikit pandangan untuk tajuk di atas berdasarkan pengalaman, pengamatan dan pembacaan. Boleh la ya?

Pelukan

Gambar hiasan dari Google.com
Bagi isteri kakchik rasa, mereka boleh bersetuju jika kakchik kata, isteri amat suka jika suami peluk mereka tanpa dirancang. Pelukan mesra yang datang secara tiba-tiba. Tak perlu sebarang kata-kata tapi hanya satu pelukan hangat. Perasaan isteri ketika dipeluk, seolah-olah terlerai segala kekusutan pada hari itu. Kadang-kadang kita mempunyai tekanan emosi, bila dipeluk suami, terasa seperti suami telah sama-sama menyelesaikan masalah kita.

Ada banyak artikel yang kakchik baca dalam majalah Mingguan Wanita, Midi dan beberapa majalah yang lain menceritakan tentang sikap suami yang bila tidur malam suka membelakangi isteri. Tidak seperti di awal perkahwinan dulu. Kakchik teringat cerita Hindi bertajuk Baghban kalau tak silap yang mana watak ibu dan bapa dimainkan oleh Amitabh Bachan dan Hema Malini. Betapa bahagianya seorang isteri, (Hema) bila suaminya (Amitabh) yang membelakanginya tiba-tiba mengubah arah dan mendepakan lengannya agar si isteri dapat melabuhkan kepala di atasnya. Kakchik amat setuju dengan perasaan di saat itu.

Dr. Fadzilah Kamsah di dalam program beliau di TV setiap pagi tu ada juga menyebut, pelukan isteri kepada suami dan suami kepada isteri akan memanjangkan umur pasangan. Allahu'alam. Tapi kakchik nak bagitau, bila suami peluk kita dengan penuh mesra, diri ini terasa amat disayangi dan dihargai. Orang perempuan ni mudah dipujuk tapi jarang orang lelaki yang nak guna cara yang paling mudah ini. Ada seorang penceramah kata, orang lelaki ego, tak minat nak belajar psikologi rumahtangga sebab itu asyik guna teknik lama saja. Hehe, betul atau tidak, hanya yang dah kahwin saja lebih tahu.

Kerja Rumah

Alangkah bahagianya hati isteri bila tanpa disuruh atau diminta, selesai saja makan, suami dengan sukarela menolong mengemaskan pinggan-mangkuk yang digunakan. Membersihkan meja makan, membasuh pinggan-mangkuk yang kotor, menyapu lantai dan membuang sampah. Tidak semestinya suami buat semua itu tapi perlakuan ini walaupun isteri tak kata apa-apa, ia sebenarnya amat menggembirakan hati seorang isteri. Terasa di hatinya, alangkah baiknya suaminya kerana tidak mementingkan diri sendiri.

Perlakuan ini kakchik rasa paling disukai oleh para isteri yang bekerja yang balik ke rumah, tanpa berehat terus menyambung tugas sebagai isteri pula. Kakchik pernah lihat seorang isteri, baru balik kerja, terus meletakkan beg tangan dan beberapa fail, tanpa menyalin pakaian terus ke dapur menjerang air dan mula menyediakan hidangan makan malam. Kakchik tahu dia tentu sangat penat tapi kerana sayangkan suami dan anak-anak dia langsung tidak berehat tapi terus melaksanakan amanahnya.

Kalaulah suami di masa itu meringankan tulang untuk memasak nasi atau menolong menjaga anak-anak, kakchik yakin isteri itu akan memasak dalam keadaan gembira dan kepenatan fizikalnya hilang begitu saja. Tidak jatuh taraf suami bila menolong isteri di rumah malah bagi kakchik rasa hormat pada suami akan makin meningkat kerana ciri-ciri membantu isteri di rumah ini adalah ciri-ciri Nabi Muhammad SAW. Siapa yang tak suka suaminya ada ciri-ciri itu kan?

Solat Jemaah di Masjid

Ikut kata Dr. Fadzilah Kamsah, suami sukakan isteri yang cantik dan bijaksana tapi jika tak cantik pun tak apa sebab kebijaksanaannya itu akan membuatkan dia menarik. Bagaimana pula perempuan melihat lelaki? Kakchik rasa ramai yang suka mempunyai suami yang kaki masjid. Betul tak? Solat 5 waktunya kalau boleh mahu dilakukannya di masjid hatta si suami itu selalu peka akan masuknya waktu solat.

Di mata kaum wanita, lelaki yang suka ke masjid itu walau bukan seorang ustaz atau ahli agama, dia termasuk juga dalam kategori orang yang soleh. Soleh itu bagi kita orang awam ni banyak mengukurnya dari pandangan dan pemerhatian mata kasar kita. Kadang-kadang kita lihat juga pada akhlak dan amalannya. Wajah bersih, kemas, segak dan tampan juga kita ambil kira. Tapi bagi kakchik la kan, kata-kata bekas Pengarah Pusat Islam USM lebih kurang begini, "lelaki ni wajah hodoh takpe kalau akhlaknya cemerlang sebab perempuan akan nampak dia hensem juga, macam saya ni." sangat-sangat betul.

Lagi hensem bila lelaki itu yang juga suami kita adalah seorang pengunjung masjid yang tegar. Dan jika dia tidak kesempatan beribadah di masjid, dia mengajak kita mendirikan solat secara berjemaah di rumah. Berbunga-bunga hati isteri ni bila suami mengimamkan solat kerana ganjarannya 27 kali ganda dan selepas solat boleh bersalam dan mencium tangan suami.

Kesimpulan

Cukuplah dulu dengan 3 perlakuan di atas. Ada banyak lagi sebenarnya tapi kakchik rasa ini pun dah cukup panjang untuk kalian luangkan masa membacanya. Insyaallah jika ada kesempatan lagi kakchik akan tulis lagi agar kita sama-sama dapat membina rumahtangga Muslim yang lebih baik. Allahu'alam.

28.9.10

Pakai But Dengan Abaya Tetap Selesa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Alhamdulillah terubat juga rindu untuk menulis blog hari ni. Sepanjang hari kakchik rasa tidak selesa kerana hidung selsema dan kini telingan kiri pula bengkak. Jadi kakchik hanya online sebentar saja di sebelah pagi dan sebentar tadi baru kakchik login sekali lagi.

Baru-baru ni kalian dah tengok gambar hiasan but Chloe yang kakchik kata nak serupa dengan but kepunyaan kakchik kan? Sebenarnya yang Chloe tu lebih banyak nak menyerupai but kakchik yang lama, yang rosak tu. Yang baru dibeli ni tapaknya lebih rendah, hanya 1.5 inci sahaja. Jauh lebih selesa berbanding yang dulu.


Sejak dibeli, boleh dikatakan kakchik memakainya setiap hari. Alhamdulillah tidak ada sebarang masalah kecuali kakchik kena simpan kasut ini di bawah Kaunter Zahra' setiap kali ke pejabat berbanding sebelum ini. Biasanya kakchik letakkan kasut di tangga perpustakaan saja. Terasa sayang nak tinggalkan di situ kerana ia masih baru dan ada pencuri yang suka mencuri kasut baru. Lebih baih beringat sebelum terkena.

Ok ke pakai but dengan abaya?

Oh, sudah semestinya... cuma janganlah pakai abaya yang meleret di lantai, yang itu sangatlah tidak sesuai. Paling lawa pakai but ni ialah dengan abaya labuh paras betis dipadankan dengan seluar panjang sedondon. Tapi, kakchik pakai abaya kakchik yang biasa tu je. Masih lagi ok pada pandangan kakchik. Jangan sampai 'serebeh' sudahlah.

Nanti kan kita nak berpakaian Islam yang bersih dan kemas, jadi tak kemas pula. Pakaian itu cerminan peribadi juga, oleh itu elok benar kita menjaga penampilan kita agar orang yang melihat kita merasakan, bagusnya umat Islam, sentiasa bersih, kemas dan cantik atau segak untuk lelaki.

Contoh pakai but dengan abaya:

Gambar rekaan di Looklet.com Susah nak cari tudung yang elok menutup aurat.

Janganlah kita pandang mudah pada penampilan diri kita tapi janganlah pula kita berlebih-lebihan.

27.9.10

Perkongsian: Bukan sengaja malas

Oleh ADHAM SHADAN

ANDA seorang pemalas? Atau anda seorang bos yang kecewa dengan sikap pekerja-pekerja anda yang malas dan lembap dalam melaksanakan tindakan? Jangan marah-marah. Mungkin anda perlu melihat malas dalam horizon yang lebih luas.

Selain melihat malas lebih kepada masalah psikologi atau sikap individu, malas juga boleh dilihat dari sudut kesihatan. Seseorang itu mungkin malas kerana mempunyai penyakit yang bersimptom kemalasan atau melibatkan hormon.

Gambar hiasan dipinjam dari Saifulislam.com

Menurut pakar kesihatan pekerjaan, Hospital Pakar An-Nur, Dr. Azrul Rozaiman Datuk Abdullah, malas bukan sekadar keengganan untuk melakukan sesuatu aktiviti tetapi ia adalah koleksi sifat-sifat buruk merangkumi sikap gemar bertangguh, tidak menepati waktu, tidak pandai mengurus masa dan lemah untuk mengenal pasti apa yang perlu diutamakan.

Dalam konteks kesihatan pekerjaan, Azrul yang mempunyai kepakaran dalam bidang penyakit pekerja atau risiko penyakit yang boleh didapati pekerja daripada penggunaan bahan kimia serta psikologi, menyifatkan malas diistilahkan sebagai kurang produktiviti.

Subjektif

Tapi, ujarnya, malas juga bersifat subjektif kerana ia bergantung kepada perspektif individu.

Misalnya, jika seorang itu boleh menghasilkan 10 bahan dalam seminggu sedangkan rakannya boleh menghasilkan 100 bahan dalam tempoh yang sama, dia mungkin dianggap malas.

Tetapi dia mungkin tidak dianggap malas oleh bosnya sekiranya bosnya sendiri hanya mampu menghasilkan lima kerja dalam seminggu. Begitulah penjelasan Azrul bagaimana kayu ukur malas boleh berubah.

Jelasnya, daripada konteks kesihatan, malas boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu malas yang merupakan simptom kepada sesuatu penyakit atau malas kerana kesan sampingan ubat-ubatan.

Azrul memberitahu, memang terdapat beberapa penyakit yang boleh menjurus kepada sifat malas seperti penyakit hipotiroid yang disebabkan oleh kekurangan hormon tiroid.

“Apabila hormon tiroid kurang dalam diri seseorang individu, maka ia biasanya akan memperlihatkan simptom malas seperti mentalnya lambat memproses maklumat, lesu, pergerakan turut menjadi lambat dan aktiviti metabolisme badan menjadi perlahan,” ujarnya.

Hormon tiroid dikeluarkan oleh kelenjar tiroid yang terletak di bahagian leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan.

Hormon tiroid berkurangan boleh jadi disebabkan oleh kekurangan pengambilan makanan beriodin seperti ikan.

Beban kerja

Jelas Azrul, penyakit ini hanya boleh dikenal pasti doktor dengan membuat ujian darah. Rawatannya ialah dengan memberi ubat yang boleh meningkatkan kembali paras hormon tiroid dalam diri.

Selain daripada itu, kesan sampingan daripada pengambilan ubat juga boleh membawa kepada rasa malas.

Menurut Azrul, kurang daripada lima peratus pengambil sejenis ubat darah tinggi atau hipertensi boleh mengalami kesan sampingan seperti kelembapan mental dan fizikal.

Depresi atau stres juga boleh mendorong kepada rasa malas.

Berkenaan stres atau depresi jika disebabkan beban kerja yang terlalu banyak melepasi batasan kemampuan diri, Azrul menyarankan supaya wujudnya interaksi antara bos dan pekerja.

“Dalam hal ini, pekerja itu dilihat seperti malas tapi sebenarnya bukan malas.

“Dia mungkin tertekan ekoran beban kerja yang melampaui kemampuan dirinya atau beban kerja yang tidak seimbang antara pekerja-pekerja. Interaksi antara bos dan pekerja mungkin boleh memperbaiki keadaan,” ujarnya.

Dari sudut psikologi, malas boleh jadi disebabkan oleh cara individu dibesarkan, pengaruh sekeliling dan kekurangan pengetahuan.

Amalan bertangguh-tangguh atau melengah-lengahkan kerja juga menjadi penyakit masyarakat moden kerana tekanan hambatan masa.

Menurut sebuah majalah kesihatan, kajian terbaru mendapati 20 hingga 25 peratus daripada manusia hari ini adalah seorang yang gemar bertangguh berbanding hanya lima peratus pada tahun 1978.

“Seorang itu menjadi pemalas mungkin juga kerana cara dia dibesarkan yang mana semua yang dikehendaki tersedia untuknya.

Minat

“Seseorang itu juga mungkin menjadi malas kerana ia dipengaruhi oleh orang sekelilingnya yang suka bermalas-malasan.

“Persekitaran turut mempengaruhi seseorang itu menjadi malas,” ujarnya sambil menjelaskan terdapat dua kategori malas, iaitu malas pada perkara tertentu dan malas pada melakukan banyak perkara.

“Ada sesetengah orang itu kita lihat dia rajin di rumah tapi di pejabat dia malas dan begitu juga sebaliknya. Mengapa ini berlaku?

“Ia mungkin kerana minat terhadap aktiviti berkenaan kurang kerana kekurangan pendedahan atau pengetahuan,” katanya.

Justeru, untuk mengatasi masalah malas ialah dengan mendapatkan pengetahuan secukupnya terhadap apa yang perlu dibuat.

“Para bos misalnya perlu peka dengan kondisi pekerja. Mungkin mereka malas dan tidak produktif kerana mereka tidak tahu atau jelas tentang kerja yang perlu dilakukan,” katanya.

Memberikan motivasi juga merupakan salah satu cara untuk menyingkirkan sifat malas. Sebab itulah pengkaji-pengkaji dari Australia pernah menyifatkan malas yang ekstrem sebagai motivational deficiency disorder.

“Motivasi boleh datang daripada dalam diri individu itu sendiri dan boleh diperoleh daripada dorongan motivasi orang lain. Motivasi bagi diri sendiri boleh diperoleh dengan menetapkan matlamat yang khusus,” ujarnya.

Selain daripada itu, bagi keadaan tertentu dan tujuan yang baik, Azrul berkata, untuk menambah minat seseorang melakukan perkara itu boleh juga menerusi paksaan.

“Adakalanya penyakit malas perlu diubati dengan paksaan. Bukankah dalam hidup kita ada perkara yang kita pada awalnya tidak berminat tetapi berubah minat apabila didorong atau dipaksa untuk melakukannya?

“Seperti juga yang diajarkan dalam agama tentang hal solat. Islam mendidik umatnya agar menyuruh anak sembahyang pada umur tujuh tahun.

“Jika umur 10 tahun, mereka tidak sembahyang, mereka perlu dipukul. Apabila mereka sudah biasa melakukannya, ia boleh mendatangkan minat dan mereka membesar menjadi seorang yang tidak malas untuk menunaikan solat,” katanya.

Artikel disalin sepenuhnya dari Kosmo Online. Sebagai manfaat tuan punya blog dan juga para pengunjung. Adakah kita termasuk dalam kategori orang yang MALAS?

Batas Aurat dengan Sepupu-Sepapat dan lain-lain.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Teman-teman semua, kakchik doakan semuanya dalam rahmat dan berkat Allah SWT. Hari ni kesihatan hidung kakchik masih juga seperti semalam. Belum mahu baik lagi nampaknya tapi kakchik dah kembali bekerja seperti biasa. MC lama-lama pun bukannya kakchik buat apa sangat kat rumah tu. 

Jadi sambil kakchik bertugas di Kaunter ni kakchik akan cuba sambung tulisan kakchik berkenaan tajuk Batas-batas Aurat yang telah kakchik tulis sebelum ni. Kalau nak baca boleh klik tajuk tadi.

Jom kita kongsi pula bagaimana kita nak jaga aurat kita bila ada sepupu-sepapat ni. Bila ada keluarga sudah pasti kita ada sepupu di sebelah mak dan di sebelah ayah. Lelaki dan perempuan. Bagi kita yang perempuan ni, sepupu lelaki adalah off-limits. Mereka itu adalah ajnabi yang sah nikah dengan kita. Jadi bila berada di kalangan mereka kita kena:
  1. tutup aurat sebaik-baiknya
  2. haram bersentuhan seperti bersalaman, berpelukan dan seumpamanya walaupun kita sudah kenal mesra sejak kecil lagi.
KECUALI jika sepupu kita itu adalah anak susuan ibu kita. Jika begitu mereka juga adalah ibarat adik-beradik sendiri dan boleh melihat aurat kita. Cuma... pandai-pandailah kita menjaga diri. Dunia sekarang tidak seperti 10, 20 tahun dulu. Sekarang ini dunia nafsu.

Kakchik ada tengok banyak gambar-gambar raya yang mana sepupu lelaki bersalaman dengan sepupu perempuan. Rasanya mereka tidak tahu akan batas-batas aurat ni. Moga-moga perkara ini dapat dielakkan dengan prinsip selepas ini. Buatlah kerana Allah.

BAPA SAUDARA SABIT

Iaitu suami kepada mak saudara kita sama ada sebelah ibu atau sebelah ayah. Dia juga bukan mahram kita. Jadi aurat tetap kena jaga dengan sempurna. Rambut kita dia tak boleh lihat. Tubuh badan kita juga sejak kita akil baligh, mestilah dilindungi dengan pakaian menutup aurat dari pandangannya.

TAPI, jika kita ni anak susuan mak saudara kita tu, maka bapa saudara sabit tadi telah menjadi bapa susuan kita. Hukumnya kini, dia seperti bapa kandung kita. (Yang ini kakchik kena clarify sekali lagi dengan pakar hukum jadi kalian jangan terima bulat-bulat ya sebab kakchik tak dapat sumber rujukan yang sahih ni.) Lepas ni kakchik edit semula ya.

Kena rehatlah dulu. Tak tahan ...

26.9.10

Purdah Jutawan Kosmetik

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Maafkan kakchik kerana belum sempat nak menyambung tulisan kakchik berkenaan Batas-batas Aurat tu. Kakchik diserang selsema dan kebetulan pula kakchik baru mula makan ubat kampung. Jadi keadaan biologi badan kakchik agak tidak stabil beberapa hari ni. Kakchik online cuma tak berdaya sangat untuk menulis panjang-panjang.

Hari ni kakchik membaca akhbar Kosmo. Tak sangka ada satu rencana di bahagian JURNAL akhbar berkenaan mengenai Pn. Rozita Ibrahim, jutawan kosmetik yang kini berpurdah. Kakchik cuba cari artikelnya di dalam Kosmo Online tapi belum ada. Mungkin esok baru keluar. 

Gambar terbaru dalam Kosmo.

Untuk salin keseluruhan artikel tentulah kakchik tak larat. Jadi hari ni kita tengok sikit gambar-gambar yang kakchik ambil dari akhbar Kosmo. Memang masih bergaya Pn. Rozita ni walaupun sudah berpurdah. Bagi kakchik ia tidak menjadi hal, kerana semuanya terserah kepada niat masing-masing.

Di pejabat beliau.

Apa yang pasti, kakchik bangga dengan perubahan beliau. Dari memandu Mercedes kini beliau lebih tenang memandu MyVi saja. Tertarik dengan kata-kata beliau,
"Apabila saya hendak melakukan perkara yang tidak elok, purdah ini akan menghalang saya. Ia akan membuatkan saya berfikir jangan hanya baik pada pakaian. Contohnya jika saya terfikir melambat-lambatkan solat atau hendak mengata orang."

Bersama anak sulung beliau, Norhayati.

Keratan artikel di halaman JURNAL.
Tahniah Pn. Rozita!

25.9.10

SPALSH: Taman Air Mini


 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah dalam dok selsema ni kakchik dapat juga ambil masa sikit untuk kemaskini blog dengan cerita bergambar. Khamis lepas kakchik dan cik abe membawa anak-anak saudara kami ke taman air mini, SPLASH di Jalan Kuala Krai, KB. Walaupun taman air ni sudah beberapa tahun dibangunkan, inilah kali pertama kami ke sana.

Oleh kerana kakchik tidak begitu selesa untuk menulis panjang-panjang kita sama-sama menjamu mata dengan sebahagian gambar-gambar kenangan kami di sana. Oh, sebelum terlupa, kami tak masuk pun bahagian kolam air sebab budak-budak baru saja bersalin baju sebelum ikut kami ke situ. Baju ganti tak bawa, jadi kami main-main di bahagian taman permainan saja.

DAH SAMPAI 


Papan tanda kecil yang ada di bahagian pintu masuk.

Cik Abe bergambar bersama 3 orang anak saudara yang ikut kami, Nana, Emran dan Amni.

DALAM PERJALANAN

Seriusnya pemandu hehe.

Emran konon-kononnya membaca buku Baby Blues.

Khusyuk tengok gambar je tu...

Budak yang paling suka jalan-jalan.

Nampak tak cermin mata kakchik yang kotor tu? Kelabu pandangan gara2 jari Amni.

Berebut tempat duduk, akhirnya Emran mengalah.

Cam-whoring dengan anak-anak saudara.

Dah bosan di belakang Amni panjat ke depan duduk atas riba sambil hisap susu.

Apalah yang Abang tengah fikir masa tu?

My lovely kids.

Ambil gambar sendiri ni susah juga nak masukkan semua orang.

TAMAN PERMAINAN

Kami sampai waktu nak Asar. Taman masih panas.

Ayah Wae nak solat Asar dulu. Jom kita ke dewan.

Dewan Terbuka Indra Petra boleh disewa.

Sambil menunggu Ayah Wae solat Asar, main-main atas mini-train.

KAlaulah mini-train ni bergerak, kan best.

Bila bosan kita main turun-naik.

Nana dan Em mencuba jongkang-jungkit.

Amni bersungguh-sungguh main alat ni.

Cik Abe dah selesai solat, naik buai la pulak.

Yang sorang ni penakut sikit. Dah naik tak reti nak turun.

Si kecik ni memang berani. Apapun dia nak cuba.

Kan dah tak berani turun... nak menangis dah Emran.

MAKAN-MAKAN

Kat SPLASH ni ada gerai-gerai makan juga, kami pilih untuk cuba Mama Chops & Papa Grill

Sejak pandai membaca, Nana akan baca apa saja yang ada kat depan dia.

Lapar...
 
Sebahagian dari menu yang ada.

Ada 4 sijil pengesahan HALAL.

Senang ke nak makan ni? Niqab diamond besar hadiah AbayaSouq.

Nak minum sendiri tak nak kongsi.

Sama juga dengan yang berdua ni. Alih-alih kakchik yang habiskan.

Tak makan pujuk. Ayah Wae kena order air lain.

Sup Cendawan - Emran

Kentang Goreng - Nana & Amni

Fish & Chips - yours truly. 3 bintang je.

Chicken Chop Black Pepper - Abang punya.

TAMAN AIR

Masuk berbayar. Kaunter tiket.

Pintu masuknya kecil saja. Nampak payung2 kat dalam tu. Kawasan kolam la tu.

Nak jadi ahli kelab renang pun boleh.

Jangan cuba-cuba nak langgar...

MAIN LAGI...

Ketiga-tiganya paling lama bermain alat ini.

Nana dulu...

Yey!!! Amni pun berani.

Yang sorang ni takut-takut saja.

Seronok sekali jadi kanak-kanak.

BALIK & LETIH

Terbongkang semuanya.

Pandai-pandailah bahagi ruang untuk tidur.

Seronok juga kami ke Taman Air Splash. Mungkin lain kali boleh ke sana lagi. Kali tu kita pergi pagi la pulak Yang. Kesian budak-budak main alat-alat yang masih panas-panas. Kakchik pun seronok dapat nak buai. Cik Abe ada rakam video tapi dia tak download ke komputer lagi. Next time la.

Related Posts with Thumbnails