Followers

31.8.10

Yang Lama Sedekah, Beli Yang Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar teman-teman semua di malam Rabu ni? Semoga semuanya sentiasa dalam keadaan sihat dan bahagia bersama keluarga masing-masing.

Alhamdulillah, kita kini menganjak ke hari yang ke-22 Ramadhan. Tentu masing-masing sudah sibuk membuat persiapan untuk menyambut Syawal. Petang tadi semasa kakchik ke kedai kakchik lihat punyalah ramai orang di dalam pasaraya sampai nak naik lif ke tingkat 3 pun kena tunggu agak lama.

Coach 909 beli dengan Nora's Collection

Sebagaimana yang kakchik pernah ceritakan kat sini, persiapan raya kakchik dah siap jadi takdelah nak sibuk-sibuk membeli-belah lagi untuk pakaian. Jadi kakchik hanya kemaskini dan sort semula segala koleksi pakaian yang ada dalam almari.

Mana yang masih elok tapi dah lama kakchik tak pakai seperti jubah, tudung, beg tangan dan kasut, kakchik asingkan dan sedekahkan kepada sanak-saudara. Sebut pasal beg tangan ni, koleksi beg hari-hari kakchik dah tinggal 3 selepas sorting.

Kebetulan pula ada kedai online yang menjual beg tangan imitation yang murah, cantik, seperti ori, kukuh cuma tidak ori je. Kakchik beli satu beg tangan coach imitation yang baru. Mula-mula beli, sampai kat rumah, adik tengok dia berkenan, so kakchik jualkan kat dia. 

Kakchik order yang baru. Kali ini coach imitation juga. Tak tahu kenapa suka sangat beli beg tangan coach imitation ni. Walhal imitation jenama lain pun banyak. Kakchik sebenarnya tak kisah beg tu ada brand atau tidak, asalkan ia kukuh dan harganya tidak lebih RM300 (limit) kakchik beli. Itupun mesti pastikan ia benar-benar digunakan sepenuhnya.

Kakchik tak beli yang ori sebab harganya terlalu mahal. Membazir juga nanti sebab kakchik tahu bukannya boleh tahan lama minat kakchik pada satu-satu beg. beli yang berpatutan ajelah. Bila dah bosan, jualkan atau sedekahkan aje pada yang sudi atau memerlukan.

Susah nak kawal nafsu bila duit ada di tangan.

Hari ini takde entri baru sebab cuti Hari Merdeka Ke-53

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Selamat Hari Merdeka!

Sumber foto: KuasaMotivasi

Alhamdulillah w/pun dah petang sempatlah kakchik mencoretkan sedikit khabar di sini. Hari ni sempena cuti Hari Kebangsaan ni kakchik belum ke mana-mana. Cuma berehat-rehat saja di rumah. Nak mengemaskini blog pun agak keletihan kerana perut yang memulas dari petang semalam.

Dah masuk petang ni baru terasa ok. Alhamdulillah.

Kakchik takde nak kata apa pasal Hari Merdeka ni cuma setiap hari berjuanglah untuk memerdekakan diri dan minda kita dari dibelenggu kehidupan yang jauh dari Islam. Hakikat merdeka bagi kakchik bukan sekadar melaungkan Merdeka! Merdeka! tapi lebih dari itu iaitu dengan berusaha menjadi hamba Allah yang merdeka.

Setiap orang mungkin mempunyai fahaman tersendiri tentang konsep merdeka ni jadi kakchik rasa, satu yang penting untuk kita masukkan dalam fahaman tersebut ialah hidup kita atas dunia ini mestilah merdeka sepenuhnya dari segala perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Bukan senang nak buat tu tapi kita kenalah berusaha. 

Semoga kita berjaya memerdekakan diri kita terutamanya jiwa kita dari segala apa yang mengikat kita dengan dunia. Biarlah jiwa kita bebas dari belenggu nafsu yang lagho untuk melalui kehidupan sebagai insan Muslim yang seimbang dunia akhirat.

Sekadar itu sahaja. Wassalam.

30.8.10

Penyakit Malas

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Di tengahari yang panas ni terasa amat malas nak masuk ke pejabat. Lagi seronok duduk di Kaunter saja. Hehe... bukan apa, bila masuk ke pejabat, dok sorang-sorang tapi di luar ni ramai orang. Kalau terasa mengantuk dapat cepat-cepat di kawal. Kalau dalam pejabat, kenalah bergerak ke sana ke mari. Kalau tidak, boleh tertidur dibuatnya.

Sebentar lagi akan masuk waktu Zohor. Dalam masa sejam untuk rehat dan solat tu bolehlah diambil kesempatan sebentar untuk menyambung tadarrus. Lepas tu bolehlah kembali menyambung kerja.

Tadi pagi kakchik rancang nak keluar mengepos bungkusan jika sempat tapi tak dapat keluarlah. Mungkin lepas Zohor kakchik akan cuba ke pejabat pos. Nak pos secepat mungkin abaya pelanggan dan buku yang dipesan.

Ok, lah dulu... penyakit malas ni nak kena ubat, jadi kakchik kena beransur masuk pejabat la. Hari ni rilek sikit ni sebab akaun dah kemaskini semalam. Dah tak pening-pening kepala dah hari ni.

Till then, wassalam.

29.8.10

Kalaulah kakchik bawa Qur'an...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Dah jam 4 petang ya. Tak lama lagi nak balik kerja dan nak ke MariBaca pula. Tadi lepas solat Zohor kakchik terus ke Kota Bharu kerana ada 2 urusan penting. Satu urusan di pejabat pos besar dan satu lagi di TMB. Oleh kerana urusan di pejabat pos lebih penting dan jarak pun lebih dekat, maka kakchik ke sanalah dulu.

Online pun ada Qur'an - Qur'an Explorer

Mashaallah kenyang 'makan jam' sebelum sampai di pejabat pos tadi. Alhamdulillah dah penat memandu dalam kepanasan cuaca dan jalan yang sesak, kakchik dapat parking yang mudah di dalam kawasan pejabat pos. Untung kereta kita kecik, menyelit masut side parking pun senang hehe.

Selepas ambil nombor, kakchik pun duduklah menanti giliran. Oleh kerana kakchik tengok orang tak berapa ramai, kakchik pun tak bawa buku atau al-Qur'an seperti biasa untuk mengisi masa menunggu. Tunggu punya tunggu, kakchik mula rasa menyesal. Kalau membaca ni entah berapa halaman yang berjaya dihabiskan.

Sayang sungguh. Nak keluar ke kereta, cuaca sangat panas. Duduk dalam pejabat pos dingin sekali jadi kakchik cubalah berzikir. Konon. Mula rasa mengantuk. Bila lah giliran kakchik ni? Ah... dah panggil dah. Selepas hampir 2 jam kakchik pun dapat berurusan.

Tapi kan, urusan kakchik tak berjaya. Pegawai tu kata, "Nampaknya line hang la dik. Mungkin sebab hari ni hari Ahad, sistem tak dapat nak connect dengan KL." Huhu... sedihnya. Masa terbuang begitu saja. Padan muka, sapa suruh tinggal Qur'an dalam kereta?

Lain kali kena letak dalam beg tangan. 

Entah sempat khatam atau tidak bulan ni. Moga-moga kakchik dapat isi masa-masa yang terluang dengan membaca al-Qur'an. Dan semoga kalian juga laju mengaji al-Qur'an di bulan ini. Kalau 'uzur' dengarlah bacaan ayat-ayat sucinya yang boleh dibeli dari serata tempat. 

Ruginya hari ni.

Gambar-Gambar Iftaar di Restoran Syam Bungamas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah... syukur rasanya dapat menghirup udara segar dari tingkap yang terbuka ni. Seronok dapat duduk di kerusi ini, menaip sambil merasai tiupan bayu pagi yang sangat nyaman. Terima kasih ya Allah.

Sementara nak tunggu masa untuk bersiap ke pejabat, kakchik nak masukkan beberapa keping gambar yang diambil semasa iftaar beberapa hari lepas di Restoran Syam Bungamas di Berek 12, Kota Bharu.

Maafkan kakchik sebab lambat meletakkan gambar-gambar ni. Bukan apa... gambar yang diambil tidaklah banyak sebab kakchik segan semasa berada di dalam restoran. Terlalu ramai orang lelaki, jadi nak bangun ke sana ke mari mengacukan kamera rasa tak selesa.

Gambar yang diambil pula, lupa nak setting kepada 'night' jadi kalau hala ke arah cahaya jadilah gelap. Makanya ini saja yang agak terang untuk tatapan umum.

Papan tanda di luar restoran.

Pintu masuk. Ingatkan kecil saja tapi di dalam luas.

Hidangan berbuka kami. Yang kurang ialah kurma.

Meja yours truly.

Restoran ni dua tingkat rupanya.

Gelap. Tangga naik ke atas. Di bawahnya surau.

Makanannya alhamdulillah sedap cuma kalaulah tom yam tu dihangatkan sepanjang masa lagi bagus. Masa kami berbuka tu tomyam dan 'stale'. Kalau nak berjamu selera dalam jumlah yang besar, memang restoran ni sesuai kerana ruangnya luas, meja bulatnya juga besar hinggakan kami kena berdiri bila nak ambil lauk.

Hehe, tangan pendek pun ya jugak.

Kata cik abe, yang tak best ialah tempatnya di tepi jalan yang sibuk dan juga ruangan parking yang terhad. Malam tu kami parking agak jauh dari restoran. Tapi kakchik tak kisah, dapat exercise lepas makan,bagus juga kan?

Ok, nak bersiap ke pejabat dulu. Selamat bercuti bagi yang cuti hari ni. Kami di Kelantan hari ni kerja. Wassalam.

28.8.10

Idea Stail Untuk Yang Suka Pakai Seluar ke Pejabat

Assalamualaikum.





PASTIKAN Tudung yang dipakai menutup dada, tidak jarang, tidak melekat pada badan, tidak menrik perhatian awam dan seumpamanya.

Hidangan mata yang mengantuk - tengok dan nilai fesyen terkini.

Mengantuk & Lailatul Qadr

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Semoga di malam Ramadhan yang ke 19 ni kita semau masih kuat mengerjakan solat terawikh. Allahu Akbar. Malam ni entah kenapa mata kakchik sungguh letih dan mahu tidur saja. Selepas Isyak, kakchik terpaksa baring sebentar sebelum bangkit dan berwudhu' sekali lagi.

Sudah dua malam berturut-turut kakchik mengalami perkara yang sama. Nak kata berbuka tadi kakchik makan banyak, tak juga. Hanya makan sebiji tamar, seketul ayam goreng, 3 sudu makan Sira Roti.dan 1/3 gelas teh panas. Itu je.

Mungkin kesan banyaknya bergerak dan memandu di siang hari. Memandu dalam kesesakan, jiwa resah, minda stres, dugaan iman banyak. Kalau tak sabar, darah boleh naik ke kepala.

Kakchik sebenarnya nak tunggu Lailatul Qadr. Maksud kakchik kalau boleh di malam-malam fasa ke-2 dan ke-3 ni kakchik nak cuba mencari Lailatul Qadr. Tapi bila mengantuk begini, alamatnya sukarlah pula. "Ya Allah, segarkanlah mataku ini. Izinkan aku mengaji Quran, membaca terjemahannya. Dan izinkan aku menjadi tetamu malam al-Qadr Mu."

Kakchik kena tidur dululah. Mahu bangun awal. Semoga kita semua berpeluang menemui Lailatul Qadr.

Boleh ke bukan Islam masuk masjid?

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua yang sudi bertandang.

Kakchik rasa terpanggil untuk menulis tentang isu di atas. Beberapa hari ni kita dihebohkan dengan isu khatib mendoakan orang bukan Islam dan perihal seorang Ahli Parlimen bukan Islam yang memasuki masjid dan berucap di dalamnya.

Dari pembacaan kakchik, mendoakan bukan Islam agar dibukakan pintu hatinya untuk Islam tidak salah. Cuma mungkin waktu untuk mendoakan itu yang jadi isu, kerana khatib berdoa di dalam khutbah Jumaat. Dan orang yang didoakan pula ialah seorang pemimpin bukan Islam yang terkenal. Allahu'alam, gunakan mata hati dan akal kita sebagi orang Islam bukan orang Melayu untuk membuat penilaiannya.

Semalam, bising pula isu pemimpin bukan Islam, wanita, masuk ke masjid dan berucap di dalamnya. Kedua-dua isu menjadi besar bila dikaitkan dengan politik. Punah sungguh. Dari apa yang kakchik tahu, pemimpin itu masuk kerana dijemput berucap selepas beliau menyumbangkan RM1K untuk masjid/suaru tersebut.

Takde salahnya. Sebab dia bukan masuk dengan hajat nak mengkhianati masjid. Mungkin ada yang tak senang dengan pandangan kakchik ni. Tak mengapalah. Kakchik cuma memberi pandangan berdasarkan ilmu kakchik dalam Islam. Tak banyak mana pun tapi sentiasa ditambah.

Cuba dengar apa kata Dr. Danial Zainal Abidin, seorang pakar perubatan, ahli akademik dan penulis buku tentang hal ini. Lepas tu fikirlah baik-baik dan buatlah kesimpulan terbaik.





Jangan sampai kita ikut pandangan orang secara membabi-buta saja. Ikut dengan ilmu dan faham barulah kita tidak hidup sia-sia.

Senarai 18 Barangan Terkawal

Assalamualaikum dan salam pagi ceria untuk semua teman-teman blogger dan para pengunjung Keluargaku Sayang.


Alhamdulillah hari ni kakchik bangun sahur dengan penuh rasa syukur kerana Allah izinkan sehari lagi untuk kakchik mengecapi nikmat berpuasa Ramadhan dan hidup di atas dunia milikNya ini. Alhamdulillah.


Bila dah selesai segala tanggungjawab kepada Allah, kakchik mula membelek suratkhabar hari ni dan tertarik dengan berita tentang 18 barangan terkawal sempena Aidilfitri tahun ni.


Sebagai pengguna dan juga orang yang sekali-sekala memakai title surirumah, kakchik juga amat ambil berat tentang harga barangan. Maklum saja dekat-dekat nak raya ramai peniaga atau pasaraya yang mengambil kesempatan untuk 'bermain-main' dengan harga barangan.


Yang selalu menjadi mangsa ialah kita, pengguna ni.


Mengikut kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, 
"Kerajaan menetapkan harga maksimum borong dan runcit bagi 18 jenis barangan harga terkawal berkuat kuasa dari 3 hingga 17 September depan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2010. Barangan tersebut termasuk dua barangan baru iaitu daging kerbau tempatan dan santan yang merupakan barangan keperluan bagi musim perayaan ini."


Maknanya kesemua 18 barangan tu termasuk daging kerbau tempatan dan santan mestilah dijual pada harga kawalan. Jadi mari kita tengok senarai 18 barangan tersebut:

  1. santan adalah RM6.00/kg
  2. daging kerbau tempatan adalah RM19.00/kg (borong) dan RM21.00 (runcit)
  3. ayam hidup ialah (borong: RM5.40/kg, runcit: RM6.10/kg)
  4. ayam standard (disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal) (borong: RM6.35/kg, runcit: RM7.20/kg)
  5. ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) (borong: RM7.20/kg, runcit: RM8.05/kg)
  6. daging lembu tempatan (borong: RM18.00/kg, runcit: RM20.00/kg)
  7. daging kerbau import (India)
  8. telur ayam gred A, B dan C
  9. kubis bulat import dari Indonesia dan China (tidak termasuk kubis Beijing)
  10. cili merah
  11. tomato
  12. kelapa biji
  13. kelapa parut
  14. kacang tanah import
  15. bawang merah kecil (India)
  16. ikan kembung
Sumber maklumat yang kakchik dapat ni ialah dari mStar Online. Hairannya mana lagi 2 barangan ya?

Jadi baik kita cetak senarai ni dan tampal kat dapur untuk senang kita refer sebelum ke pasar. Semoga kita sama-sama menjadi pengguna yang bijak.

Berita asal:


18 Barangan Terkawal Sempena Aidilfitri - Ismail Sabri
KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan harga maksimum borong dan runcit bagi 18 jenis barangan harga terkawal berkuat kuasa dari 3 hingga 17 September depan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2010.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata barangan tersebut termasuk dua barangan baru iaitu daging kerbau tempatan dan santan yang merupakan barangan keperluan bagi musim perayaan ini.
Dua barangan yang digugurkan pula adalah ubi kentang import (Indonesia dan China) serta bawang putih (China) kerana harga pasarannya yang tidak stabil, katanya semasa mengumumkan pelaksanaan skim kawalan harga tersebut di sini pada Jumaat.
Beliau berkata harga maksimum bagi santan adalah RM6.00/kg, manakala daging kerbau tempatan adalah RM19.00/kg (borong) dan RM21.00 (runcit).
Selain itu harga ayam hidup ialah (borong: RM5.40/kg, runcit: RM6.10/kg), ayam standard (disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal) (borong: RM6.35/kg, runcit: RM7.20/kg), ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) (borong: RM7.20/kg, runcit: RM8.05/kg) dan daging lembu tempatan (borong: RM18.00/kg, runcit: RM20.00/kg).
Ismail Sabri berkata barangan harga terkawal lain termasuk daging kerbau import (India), telur ayam gred A, B dan C, kubis bulat import dari Indonesia dan China (tidak termasuk kubis Beijing), cili merah, tomato, kelapa biji, kelapa parut, kacang tanah import, bawang merah kecil (India) dan ikan kembung.
Sementara itu beliau berkata kerajaan juga bersetuju memansuhkan keperluan untuk para peniaga mendapatkan lesen menjual barangan harga terkawal di musim perayaan.
"Walau bagaimanapun mereka masih tertakluk kepada peraturan lama iaitu perlu meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal.
"Jika tidak, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau dua tahun penjara di bawah Akta Kawalan Harga 1946 atau kompaun sehingga RM7,500, bagi orang perseorangan. "Bagi pertubuhan atau perbadanan denda maksimumnya adalah RM25,000 atau kompaun sehingga RM12,500," katanya.
Beliau menyeru agar pengguna bekerjasama melaporkan mana-mana peniaga yang menjual barangan harga terkawal melebihi kadar yang ditetapkan, tidak meletakkan tanda harga bagi barangan yang dijual dan tidak meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal.
"Pengguna boleh laporkan segera kepada pegawai kementerian yang bertugas, menghubungi pejabat kementerian atau talian bebas tol 1-800-886-800 atau e-mel kepada e-aduan. -BERNAMA

Allahu'alam.

27.8.10

Hidangan Berbuka Kami Hari Ni

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni kakchik rasa macam nak kongsikan hidangan berbuka kami. Dah banyak hari tak memasak. Bila memasak, masak yang mudah-mudah saja. Kami berdua takde selera sangat. Hari ni kakchik buat 2 hidangan mudah je. Sirap Cendol dan Cendawan Goreng Tepung Radix.

Dok elok nasi menggelegak kat atas dapur dan kakchik sedang keluarkan bahan untuk buat lauk, kakak pula datang dan sedekah kat kami Mee Sup Bebola Ikan. Murah... rezeki kami hari ni. Tak makan nasi lagilah nampaknya.

Mee Sup Bebola Ikan

Cendawan Goreng Tepung Radix

Sirap Cendol tak payah tayanglah sebab dah biasa sangat dah. Yang ni wajib aja sebab kegemaran kakchik ni. Suka sangat makan cendol simple macam ni. Kakchik ingat nak share gambar-gambar iftaar di Restoran Syam semalam, tunggulah lepas tarawikh malam nanti. Kakchik akan upload gambar-gambarnya.

Ok, selamat berbuka teman-teman semua!

Dah tutup aurat ni kak...

Assalamualaikum dan salam Jumaat.

Apa khabar teman-teman semua. Dah masuk waktu petang ni barulah kakchik ada masa nak update blog. Pagi tadi kakchik ke KB untuk mendengar kuliah agama. Jadi dari jam 8 pagi hingga 12 tgh tu kakchik masih di sana. Cik Abe buat rakaman video, kakchik meninjau-ninjau kedai-kedai jubah sebelum kuliah bermula. Alhamdulillah, puas hati sungguh dapat ke sana hari ni.

Begini kan cantik...
Kakchik nak minta maaf sebab hari ni masih menyambung tulisan pasal ISTIQOMAH MENUTUP AURAT. Insyaallah ini bahagian terakhir. Nanti kan orang tak minat nak baca dan kata kakchik suka membebel. Insyaallah kakchik tak membebel, cuma berkongsi ilmu dengan kalian. Tak kira perempuan atau lelaki, hal aurat ini wajib diambil tahu, difahami, dihayati dan diamalkan menurut syarat-syarat yang telah ada.

Kakchik nak kongsi satu pengalaman semasa bertugas di Zahra'. Semua orang pun tahu perpustakaan Zahra' ni ialah sebuah perpustakaan awam, jadi yang berkunjung ke situ adalah dari pelbagai golongan dan bangsa. Majoritinya ialah Melayu dan Islam dan juga remaja. Waktu petanglah mereka datang dengan ramainya ke Zahra' dan begitu juga pada hari Sabtu.

Ada satu kali tu, kebetulan kakchik bertugas shif tengahari di Kaunter Informasi. Selalunya kakchik suka tengok para pengunjung yang keluar masuk megikut pintu utama tu. Kadang-kadang kami bertegur-sapa dan ada juga bergurau-senda sekali-sekala. 

Hari tu, ada ramai pengunjung remaja perempuan. Sekarang ni memang jarang jumpa remaja perempuan yang suka berbaju kurung, berjubah tu lagilah susah. Yang ramainya ialah berseluar panjang jenis jeans. Kena pulak hari tu kakchikbaru saja selesai membaca satu artikel tentang bahaya membuka aurat. 

Tiba-tiba lalu 2 orang remaja di depan kaunter, berbual-bual sambil ketawa tak malu-malu. Pakaian mereka, seluar jeans sendat, baju adik (t-shirt kecik) dan tudung bawal diselempangkan ke atas bahu. Rasa nak menggeleng kepala bila kakchik lihat mereka.

Masa tu dalam hati kakchik ni dok berkata-kata, "cubalah tanya mereka, mereka tahu tak aurat tu apa? kesianlah kat mereka jika kakchik tak beritahu hal yang sebenarnya." Bila kakchik nampak mereka berdua tu asyik bersembang di sofa tempat aktiviti santai, kakchik ambil peluang bertemu mereka. Berkenalan dan nyatakan dengan sehabis hemah dan hikmah yang kakchik rasa tentang hajat kakchik bertemu mereka.

Ringkas cerita, mereka faham menutup aurat ialah memakai tudung kepala. STOP. Mashaallah... kalau begitu, kemungkinan besar ramai lagi muslimah di Malaysia ni yang juga berfahaman begitu. Alhamdulillah Allah bagi kekuatan untuk kakchik jelaskan perkara yang sebenarnya. Nampaknya adik-adik itu tertunduk malu. Sudah tingkatan dua tapi maksud aurat masih tidak faham.

Adakah MENUTUP RAMBUT = MENUTUP AURAT?

Bukan macam ni
Tak sama. Kena baiki fahaman kita tu. Nanti kan sampai ke akhir hayat kita dok salah faham. Sebab tu kita masih juga berpakaian tapi telanjang. Bila bertudung tapi bajunya sendat, singkat, jarang dan mengiurkan, itu tandanya belum benar-benar menutup aurat.

Cukuplah. Cukuplah dari menyusahkan diri berhias dengan tudung yang mahal dan cantik tapi bajunya jarang, nampak habis badan di dalam, bajunya sendat, kecik pulak tu. Yang longgar ada tapi tak nak pakai. Kenapa? Takut orang kata tak cantik barangkali. Semuanya kerja SIA-SIA. Buat penat je.

Nak tutup aurat, buatlah sebaik mungkin. Jangan buat penat saja. Rugi karan je. Kita pun tak suka buat kerja sia-sia kan?

Allahu'alam.

Ada seloka dari DUPahang's Weblog:

Bertudung tapi ..Tak Faham Aurat

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

http://www.isuhangat.net

26.8.10

Buffered Earning Bulan Ogos

Alhamdulillah... sejak Ramadhan ni banyak juga kakchik dapat BE untuk 1 blog kakchik. Baru-baru ni hampir 3 minggu status Nuffnang jadi Ordinary kerana kakchik letak kod Advertlets di KakChik's Wardrobe. Walhal kakchik dah buang kesemuanya sebelum letak semula Nuffnang.

Tapi crawler Nuffnang ni memang la sensitif, dia dapat detect juga. Hehe, padan dengan muka. Masa tu ada satu BE kat blog Keluargaku Sayang yang agak banyak nilainya. Tup tup Glitterati jadi Ordinary dan keesokannya Nuffnang pun metered kan iklan tu. Lol... dapatlah separuh.

Haru... bukan rezeki kakchik.

Tapi kini dah kembali Glitterati. Alhamdulillah. Dapatlah kembali berInnit dan senyum lebar. Dah lama tak update pasal Nuffnang ni, malam ni nak kongsikan berita terkini pasal BE. Sekarang ada 8 BE yang sedang aktif di 2 blog kakchik iaitu Keluargaku Sayang dan Abaya Elegan. 

Tabung cash out pun dah lama layak untuk cash out tapi kakchik dah janji pada diri untuk tunggu hujung bulan 9 baru nak keluarkan. Hopefully by then, makin banyak jumlah pendapatan iklan Nuffnang ni untuk tabung laptop kakchik. Kakchik dah boleh beli laptop baru tapi kalau nak guna duit Nuffnang kena tunggu lagi lah nampaknya.

26 Ogos 2010

20 Ogos 2010

Terima kasih kepada kalian yang sudi berkunjung ke sini. Kalian membantu menaikkan trafik dan memberi sedikit sebanyak income kepada penulisan kakchik. Terima kasih banyak ya.

Jom Iftaar di Restoran Syam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam masa sejam setengah jam lagi kakchik akan ke majlis iftaar anjuran Zahra'. Setiap tahun kakitangan Zahra' akan mengadakan iftaar di mana-mana restoran di sekitar KB. Kali ni kami nak mencuba masakan di Restoran Syam pula.

Nasi Ayam Pasar Ramadhan Kubang Kerian
Masuk ke fasa kedua Ramadhan ni sudah banyak orang mengadakan iftaar khas untuk syaraikat atau jabatan masing-masing. Bagi kami pula, aktiviti ini adalah acara tahunan untuk kemesraan di kalangan staf dan ahli keluarga masing-masing.

Tapi malam ni tak tahulah siapa yang akan hadir dengan pasangan. Bos baru kami pun telah dijemput. Harap-harapnya dia bawa isterinya bersama. Dapatlah kami berkenalan nanti. Tak seronoklah kalau tak kenal siapa isteri atau suami masing-masing. Lagipun kami di Zahra' tu dah macam anak-beranak.

Baiklah. Malam nanti kakchik update dengan gambar-gambar di iftaar.

Selamat berbuka!

Duit Raya RM500

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Siapa nak duit raya? Tentu ramai yang jawab nak terutamanya kanak-kanak. Yang dah dewasa tu jawab malu-malu sebab takut beriya sangat kan malu pula hehe. Kakchik pun nak kalau free free dapat duit raya. Tapi sayangnya kakchik bukanlah penjawat awam.


Time macam ni lah penjawat awam beruntung. Kita ni penjawat swasta, bergantung pada budi bicara majikan untuk dapat duit raya atau tidak. Tapi kakchik dah dapat bonus Ramadhan baru-baru ni, alhamdulillah... tak banyak tapi bolehlah cover minyak kereta dalam 4 kali isi penuh.

Pastikan duit raya tu dimanfaatkan sebaik-baiknya. Sayang jika terbazir begitu saja.

Berita pasal penjawat awam bakal dapat duit raya ni dilaporkan oleh banyak media. Ini kakchik salin dari mediakini.com :

PM umum lebih 1.24 juta penjawat awam, 590,000 pesara dapat RM500 sebelum 1 Syawal

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan menerima khabar gembira apabila kerajaan mengumumkan akan memberi bantuan khas kewangan RM500 seorang sebelum 1 Syawal ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini berkata, bantuan khas kewangan itu akan dibayar kepada pesara dan kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54.

Menurutnya, ia melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta untuk kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara.

‘‘Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara kerajaan.

‘‘Ia bagi meringankan bebas kos persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri ini,’’ katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pemberian itu dibuat di bawah skim Bayaran Bantuan Khas Kewangan kelolaan Jabatan Perdana Menteri.

Pada 13 Ogos lalu, Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian duit raya kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara membabitkan jumlah RM37.14 juta yang juga akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Rakyat Malaysia dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 10 September ini. – Utusan Malaysia

Duit raya

KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500, sebelum 1 Syawal.

Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, keputusan membuat bayaran kepada kakitangan Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu diambil selepas mengambil kira kebajikan mereka, terutama bagi meringankan beban kos persediaan menyambut Aidilfitri.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta, iaitu RM639.6 juta bagi kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan kerana pemberian itu dapat meringankan beban mereka bagi menyambut Aidilfitri bulan depan.

Presiden CUEPACS, Omar Osman, berkata pemberian itu sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang.

Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam, katanya.

Beliau berharap kerajaan mempertimbangkan bonus lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011, pada 15 Oktober depan.

Setiausaha Agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd Zainber meminta kerajaan mengetatkan penguatkuasaan bagi memastikan peniaga, peruncit dan pengedar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang apabila mendengar kerajaan memberikan bantuan khas itu.

Kami berharap kerajaan mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang menaikkan harga barang kerana tiada gunanya bantuan khas ini diberikan kepada kakitangan awam jika peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang, katanya.

Presiden Persatuan Pesara Kerajaan, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh, berkata pihaknya berpuas hati kerana kerajaan tidak meminggirkan pesara.

Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan pesara yang pernah berkhidmat kepada negara, katanya.

Raja Wan Mahmood berkata, pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara, selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah. – Berita Harian

Itu tak boleh Ini tak boleh, habis tu apa yang boleh?

Assalamualaikum dan salam pagi Ramadhan ke-16.

Alamdulillah... syukurkan sehari lagi kita dapat memulakan hari baru di bulan yang mulia ni. Kakchik dapat merasakan satu hari ni bakal menjadi satu hari yang penuh bermanfaat kepada kita semua. Insyaallah.

Baiklah. Kakchik nak sambung penulisan kakchik dari semalam pasal nak istiqomah dalam menutup aurat. Ramai orang tak suka bila selalu sangat kita menulis tentang aurat ni. Ada yang kata, "macam takde isu lain", tapi kakchik tetap juga nak bicarakan isu ini kerana ianya sangat dekat dengan kehidupan kita sebagai seorang ISLAM. Lainlah kalau anda BUKAN ISLAM. Isu ini tiada kaitan langsung.

Kadang-kadang sebab yang menjadikan orang malas nak baca pasal AURAT ni ialah kerana kita suka sangat menghukum tapi tidak menyediakan ALTERNATIF kepada masalah yang diperkatakan. Kali ni kakchik nak cuba berkongsi kefahaman kakchik pasal pakaian menutup aurat dengan menunjukkan mana yang tidak sempurna penutupannya dan jenis-jenis pakaian yang sesuai untuk menutup aurat dengan sempurna.

Cadangan dan idea kakchik ni untuk membantu, jika hati pembaca tak terbuka untuk mengubah penampilan diri sendiri, tanggungjawab kakchik sebagai saudara seagama sudah terlaksanan. Biarlah anda berurusan dengan Allah di akhirat nanti. Takdelah Allah nak marahkan kakchik kerana tak memberitahu.

Ok, mari kita tengok contoh-contoh pakaian wanita Islam kita yang MASIH tidak sempurna.

Kalau tengok gambar di atas, Baju Kurungnya sudah sangat memenuhi sebahagian besar syarat menutup aurat. Ianya longgar, labuh dan tidak menonjolkan bentuk badan. BAGUS sangat dah ni TAPI... sayangnya aurat rambut tidak ditutup. Jangan lupa, Nabi Muhammad saw ada menceritakan ramainya wanita di dalam NERAKA kerana tidak menutup aurat rambut di atas dunia.

Jangan pula ingat BILA DAH TUTUP RAMBUT kita dah menutup aurat... belum habis lagi tu. Yang comelnya malah sempurna menutup aurat ialah begini:

Semua pilihan pun ok cuma bila di kalangan yang ada lelaki ajnabi, elok pakai warna lebih suram.

 Begini pun ok juga:

Bukankah elok ni?
Banyaklah contoh yang elok ada di sekeliling kita cuma nak atau taknak ikut je. Berpakaian menutup aurat ni, niat saja dan dapat pahala, bila kita pakai pula lagilah dapat pahala sebab ia satu ibadah. Katakan, penampilan kita membuatkan orang lain juga mahu menjaga aurat, kita telah menjadi ejen dakwah. Dapat ganjaran lagi. Alangkah bagus tu.

Baju Kebaya adalah salah satu pakaian tradisi kaum wanita Melayu dan Cina Peranakan. Bagi wanita Melayu Islam, baju kebaya boleh dipakai, tapi biarlah kena dengan tempatnya dan potongannya. Kalau kebaya sendat seperti dalam gambar, itu HANYA SESUAI dipakai di hadapan suami. DI KHALAYAK RAMAI, sama sekali tidak lulus dari hukum menutup aurat.

Kenapa pulak? Ok, ianya ketat, menampakkan bentuk badan, kalau dibuat dari kain lace macam di atas, lagilah banyak tak kena - nampak kulit dan juga tak tutup rambut. KATALAH wanita ini bertudung dan labuh melepasi paras dada, MASIH TAK BETUL sebab kebayanya pendek, bila berdiri dan berjalan, boleh lihat lenggok punggungnya. 

JADI, kalau nak pakai kebaya kena cari yang macam ni:

Beberapa contoh Kebaya Labuh
DENGAN SYARAT, selendang itu dipakai menutup kepala hingga ke dada, bukannya diselempangkan di bahu atau di lengan. SALAH FUNGSI tu.

Inipun masih tidak sempurna:

Mungkin hanya yang no 2 dari kanan lebih sempurna.

Sebaiknya carilah t-shirt muslimah yang longgar dan tidak begitu jelas menampakkan saiz badan kita. Pemakaian t-shirt lengan pendek dengan INNER yang melekat di lengan adalah tidak sempurna kerana ia masih seperti TELANJANG, siapa melihat sudah tahu lengan kita itu kurus atau gemuk dan seumpamanya.

Yang berbaju merah tu bukan bertudung tapi sekadar menutup rambut.

Seluar pula, pilihlah yang macam ni:

Selesa, ladylike dan longgar.
Warna hitam adalah keperluan kerana boleh dipadankan dengan baju pelbagai warna.
Nnak berseluar tu bagi kakchik takde salahnya jika kita memilih seluar yang besar dan longgar seperti contoh di atas. Seluar jeans pun ada yang jenis wideleg ni. Kalau suka jeans, carilah yang macam tu.

Kakchik percaya teman-teman semua dah biasa jumpa gaya berpakaian seperti di atas. Di mana-mana saja kita akan terjumpa dengan fesyen sebegini. Astaghfirullahalaziim. SAYANG sekali... kakchik yakin, gaya ini termasuk dalam kategori BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG. Kalau kita masih berbuat begini, ubahlah... ubahlah dengan segera. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ni. Insyaallah setiap perubahan kepada kebaikan akan lebih diberkati.

Pakai t-shirt muslimah lagi cantik dan menjaga aurat. Banyak sangat pilihan di pasaran sekarang ni. Nak pakai ke segala program dan aktiviti pun ada. Antara contohnya:

Dipadankan dengan seluar baggy atau skirt labuh, cantik juga.
Yang begini pakai ke pejabat pun sesuai kalau pandai disuaipadan.
Kitalah yang menentukan pakaian yang disarungkan ke tubuh kita. Ada seorang kawan dari USA yang baru beberapa tahun memeluk Islam berkata, "kenapalah orang-orang Islam ni berpakaian dan bertudung tapi banyak yang tidak sempurna. Kenapa tidak buat biar sempurna, kita juga yang untung." Malu kakchik membaca komen beliau.

Memang benar, di mana-mana saja, orang yang lahirnya Islam banyak yang tidak ambil berat pasal ajaran agama sendiri. Take everything for granted saja kita ni. Tak sayangkah kita pada agama kita ni? Sayang... habis tu, kenapa tak buat baik-baik apa yang Allah suruh?

Kita kena insaf diri. Janganlah kita biarkan saja kalau ada yang bertindak berani dengan memakai pakaian sebegini:

Mula-mula tengok gambar di atas ni, ingatan kakchik terus kembali pada satu petang di tepi Kota Sri Mutiara. Kakchik berselisih bahu dengan seorang wanita sedang berjalan sambil memegang tangan anak lelakinya yang masih berpakaian sekolah lengkap bersongkok. Wanita itu berpakaian begini dan juga bertudung. Allah saja yang tahu berapa banyak mata yang melihat dan mengumpat beliau. Kakchik kesian pada kaum sendiri yang seolah-olah terpaksa menutup aurat sedangkan ini bukan arahan manusia.

Ada juga yang hanya memakai tudung sebagai pelengkap menutup aurat (belum sempurna pun) bila mereka berada di Kelantan. Pelik sungguh. Ingat Allah tu hanya ada di Kelantan ke? Ini perkara benar berdasarkan pengalaman sendiri.

Teman-teman tersayang, marilah kita sama nasihat-menasihati, jom lah kita tutup aurat kita dengan SEMPURNA. Banyak sangat caranya dan senang pulak tu. Setiap kali menghadap cermin, berhias diri untuk ke mana saja, berdoalah agar Allah perelokkan akhlak kita sebagaimana Dia perelokkan kejadian kita. Sebagai tanda syukur Allah buat kita ni sempurna, boleh bernafas, sihat tubuh badan, kita balaslah dengan menjaga ciptaan-Nya ini dengan sebaik mungkin - MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA.

Maafkan salah silap kakchik dalam tulisan ni jika ada. Tiada lain tiada bukan hanya untuk membantu setakat yang mampu. Harap membuka minda dan hati-hati kita semua, biar hidup kita lebih berkat dan masa depan di akhirat lebih baik.

Allahu'alam.

... bersambung


Sumber imej: 

25.8.10

Bagaimana nak istiqomah menutup aurat?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar hari ni? Semoga semuanya ceria-ceria selalu hendaknya. Kakchik hari ni dari pagi hingga ke Zohor asyik menaip data buku-buku sampai naik lenguh jari-jemari. Alhamdulillah dah 70% siap dan insyaallah by this afternoon semuanya akan siap sepenuhnya.

Tak sempurna lagi.
Sementara tu kakchik ambil masa untuk berehat sebentar sambil mengemaskini blog buat kali pertama untuk hari ni. Komen-komen teman-teman di entri terdahulu masih ada yang kakchik belum sempat balas. Insyaallah bila balik ke rumah petang nanti, kakchik akan balas satu persatu.

Baiklah, kali ni kakchik nak tulis sikit tentang soalan di atas. Dah banyak kali juga ada orang bertanya kakchik tentang hal ini. Oleh kerana kakchik bukanlah scholar atau ahli agama, kakchik mengambil masa untuk menulis tentang hal ini.

Tapi kakchik tulis mengikut ilmu yang sedikit ini dan juga pengalaman hidup selama 36 tahun yang dipinjamkan Allah kepada kakchik. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Baiklah, untuk memastikan diri terus istiqomah dalam menutup aurat ni pertama sekali kita kena faham KONSEP AURAT. Apa yang kalian faham tentang aurat? Oklah, kakchik rasa majoriti tahu aurat itu bagi seorang wanita ialah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Itu tafsiran mudahnya mengikut ayat dari Surah an-Nur ayat 31.

Juga tak sempurna.
Jadi, mudah sangat konsepnya, TUTUP SELURUH BADAN kecuali muka dan tapak tangan. Sekarang ni tanya diri masing-masing, "Aku ni dah tutup seluruh badan ke?"  Kalau ya, alhamdulillah... lepas satu tahap.

Ok, sekarang kena fahamilah pulak, bila perbuatan ini ada dalam Quran, maknanya ia suruhan Allah. Suruhan Allah adalah WAJIB. Bila buat dapat PAHALA, tak buat BERDOSA. Penting kena ingat ialah BERDOSA kalau TAK TUTUP AURAT.


Lepas tu kena faham pulak, tutup aurat ni pakai apa pun boleh ke? Haaaa.... kat sinilah yang ramai orang keliru. Kena tahu, syariat dah pun memberitahu kita akan kriteria-kriteria pakaian menutup aurat ni. Kalau masih juga tak tahu, baiklah kakchik senaraikan kat sini. Senarai ni belum lengkap ya.
  • tidak nipis
  • tidak jarang
  • menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan
  • tidak menampakkan bentuk badan
  • tudung dilabuhkan ke bawah paras dada
Manis menutup aurat.
Jadi, kalau dah tahu, kenapa masih juga pakai baju t-shirt lengan pendek?  Memang sangat tidak kena bila kepala bertutup dengan tudung tapi bajunya lengan pendek menampakkan lengan. Pas tu bajunya pula kecik, kadang-kadang melekat di badan, menampakkan cembung dadanya, lekuk pinggang dan kecik atau besar pinggulnya. 

Jadilah usaha nak tutup aurat TIDAK SEMPURNA. Maka, bila tak sempurna, SIA-SIAlah ia. Pahala tak dapat, malah DOSA pula yang kita kumpul.

Sempurna

Ok, ok, kita kembali kepada cara nak istiqomah menutup aurat. Segalanya terletak pada diri kita sendiri. Bila kita tahu dan sedar yang kita ini makhluk Allah dan satu hari kita akan mati, dan akan disoal-siasat di hadapan seluruh manusia. Di situlah titik penting yang membuatkan kita akan rasa, "aku kena tutup aurat dengan sempurna." Bukannya susah pun... hanya perlu pakai baju yang kena dengan syarat kat atas tu je.

Tak gitu?

24.8.10

Ingat tak kes bapa saman anak kerana cucu?

Assalamualaikum dan salam 15 Ramadhan.

Kalian ingat tak entri kakchik pasal tajuk di atas tu? Kalau tak ingat, kat sini ceritanya. Hari ni nampaknya ada perkembangan terhadap kes mahkamah yang menarik perhatian seluruh negara ni. Apa yang menarik minat kakchik untuk sekali lagi menulis berkaitan isu ini ialah cara hakim menasihati defendan.
Cuba baca dulu laporan BERNAMA di bawah ni:

mStar Online > MAHKAMAH
Tuesday August 24, 2010

Hakim Nasihat Anak Pulang Selesai Masalah Dengan Bapa

KUALA TERENGGANU: Seorang hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menasihati seorang pengurus operasi sebuah syarikat cari minyak swasta yang menghadapi tuntutan nafkah penjagaan dua anaknya supaya mengambil kesempatan Hari Raya nanti untuk menemui ayahnya bagi menyelesaikan masalah itu.

Hakim Kamarul Azmi Ismail memberitahu Nasrum Mustafa, 37, bahawa bapanya cukup teringin untuk berjumpa dengannya setelah lebih tujuh tahun mereka tidak bertemu. Hakim menasihatkan demikian setelah pihak defendan menyatakan persetujuan untuk menyelesaikan kes tuntutan di luar mahkamah.

Bapa defendan.
Sebelum itu, mahkamah diberitahu oleh peguam defendan Abdullah Muhamad bahawa anak guamnya tidak dapat menghadiri prosiding sebutan semula kes itu pada hari ini kerana mempunyai tugasan di Johor Baharu.

"Anak guam saya juga bersetuju untuk menyelesaikan kes tuntutan ini di luar mahkamah dan beliau difahamkan sedang membuat permohonon pinjaman semula perumahannya bagi membayar tuntutan pihak plaintif," katanya.

Setelah ditanya hakim, bapa Nasrum, Mustafa Ismail, 54, berkata anaknya itu tidak pernah menghubunginya atau kedua-dua anaknya, seorang perempuan berusia 13 tahun dan seorang lelaki, 15 tahun, selepas kes itu mula disebut pada pertengahan Julai lepas.

"Mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk memerintahkan dia untuk pulang berjumpa dengan ayahnya kerana ia terpulang kepada dirinya sendiri. "Walau apa jua masalah dan alasan sekalipun kembalilah kepada hukum," katanya.

Hakim Kamarul Azmi turut memetik riwayat Al Hakim yanng menyebut semua dosa yang dilakukan ditangguhkan melainkan dosa kepada kedua orang tua yang mana Allah akan segerakan hukumannya di dunia lagi.

"Paling ditakuti apabila Allah menghukum dengan menutup pintu hatinya, dan iman tidak dapat masuk dan dengan itu semua yang dilakukannya difikirkan betul.

"Hukuman mahkamah boleh selesaikan pertikaian, tetapi tidak boleh selesaikan apa yang terpendam di dalam hati. Jadi sebaiknya lakukanlah penyelesaian, baliklah berjumpa dengan ayah dan anak-anak," katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 31 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu dan meminta Nasrum untuk hadir.

Sementara itu, ketika ditemui di luar kamar mahkamah peguam plaintif Fazru Anuar Yusof berkata, anak guamnya tidak terlalu mengambil kira soal tuntutan tersebut sebaliknya mahukan anaknya itu pulang berjumpa dengannya serta dua anak yang ditinggalkan itu pada hari raya nanti.

Pada 13 Julai lepas Mustafa menuntut anak lelakinya itu membayar nafkah penjagaan dua cucunya sebanyak RM20,000 sebagai tunggakan perbelanjaan penjagaan selama lebih tujuh tahun.

Selain itu, Mustafa juga menuntut anaknya yang berpendapatan hampir RM17,000 sebulan supaya memberi nafkah RM800 sebulan menerusi potongan gaji dan dimasukkan terus ke akaun cucunya untuk perbelanjaan penjagaan mereka. - BERNAMA

Defendan kelihatannya masih tidak begitu mahu meleraikan sengketa dengan bapanya kerana tidak hadir perbicaraan pun. Dia lebih mengutamakan kerja berbanding urusan keluarga.

Tengoklah apa yang dinasihatkan Hakim tu. Ternyata ianya satu nasihat yang benar dan sebaiknya dipatuhi oleh defendan kerana ianya dari ajaran Islam juga. Kalau kakchik yang mengadili defendan, agaknya dah panjang lebar kena leter. Nasib baik kakchik bukan Hakim.

Kakchik ingatkan selepas bapanya sama bulan Julai lepas, anak itu akan segera kembali memohon maaf dan menjenguk anak-anaknya. Ternyata meleset sangkaan kakchik.

Akhir zaman, anak-anak sudah tidak menghormati ibu bapa lagi.

Sibuk Urusan Duniawi, Biarlah Ia Berkait Dengan Akhirat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah... walaupun dah masuk waktu petang baru dapat menulis, kakchik tetap akan menulis di sini. Hari ni memang banyak sekali urusan yang perlu kakchik selesaikan sebelum masuk ke pejabat.

Sedekah Zahra' untuk pengunjung.
Dari pagi keluar rumah, kakchik ke pejabat pos menghantar bungkusan jubah, shayla dan hadiah giveaway Ramadhan (tak semua sempat kakchik poskan). Lepas tu terus ke Bank Islam untuk keluarkan duit belanja Zahra', sedikit bajet untuk aktiviti Ramadhan dan juga gaji pembantu am kami. 

Hari makin panas, badan mula berpeluh tapi kena juga ke sana ke mari seperti hari-hari biasa. Kalau tak puasa, biasanya masuk ke pejabat terus cari air tapi sekarang ni mana boleh buat macam tu kan? Ramadhan tetap Ramadhan dan kita pun nak jadi hamba yang taat.

Selesai urusan di bank, kakchik tuju pula ke D'Halal Shoppe untuk membeli kurma sebanyak 100 kotak kecil. Ramadhan kali ni pihak Zahra' tak sempat nak adakan sebarang program pengisian jadi kami sediakan kotak-kotak kurma sebagai sedekah kami kepada pengunjung yang datang. Cukuplah untuk mereka makan sewaktu berbuka.

Oleh kerana kotak yang siap dibungkus tidak cukup 100 maka menunggulah kakchik di situ. 15 minit nak pukul 12 barulah kakchik sampai di Zahra'. Allahu Akbar. Badan terasa agak letih tapi tak mengapa... inikan asam-garam berpuasa. Semoga penat-lelah ini berbaloi.

Bila melihat wajah-wajah pengunjung yang menerima sedekah kami tu, terasa memang berbaloi menyediakan kotak kurma yang cute tu. Alhamdulillah. semoga di waktu mereka berbuka nanti, mereka ingat akan perpustakaan ini, ingat sampai bila-bila sebagai tempat yang seronok untuk mereka menimba ilmu.

Allahu'alam.

p/s: gambar-gambar malam nanti baru dapat kakchik upload ke sini.

23.8.10

Perkongsian: Benarkah itu ialah Malaikat?

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Selamat bersiap untuk ke masjid, solat Isyak dan terawikh berjemaah.

Dalam sedikit masa yang ada ni kakchik ingin berkongsi satu tulisan yang sangat menarik dari blog Ustaz Nor Amin. Tentu kalian pernah lihat video tentang Malaikat turun ke atas masjid dan Kaabah di Mekah. Mungkin juga kalian pernah membaca bloggers menulis tentang video tersebut.

Sumber imej dari Melurjelita.com

Tapi, ada tak kalian terfikir, benarkah itu Malaikat? Ust Nor Amin menulis berkenaan hal ini dan eloklah kita baca dan buat penilaian semula. Jom baca!

Boleh Percaya Ke Video Malaikat Turun Di Kota Mekah Ni???

Salam dan selamat berpuasa kepada semua pengunjung blog ini, saya doakan kepada semua semoga Bulan Ramadhan kali ini lebih baik dari Bulan Ramadhan tahun lepas. Ramadhan merupakan bulan pesta ibadah yang diturunkan Allah kepada semua hambanya untuk membersihkan diri dari segala dosa yang telah dilakukan selama setahun.

Sebenarnya saya ingin mendedahkan satu video yang saya jumpa dalam laman web YouTube, kononnya ada seorang ternampak Malaikat turun ke Masjid Al-Haram atau Baitullah. Saya sebenarnya berasa pelik dan timbul persoalan dalam benak fikiran betul ke ada orang nampak Malaikat turun di Kota Mekah. Kesedaran ini berlaku apabila ada kawan-kawan di pejabat bertanya “Betul ke ustaz ada orang boleh nampak Malaikat?”. Yang saya tahu malaikat ini dinamakan sebagai sam’iyat (dengar) dan tidak boleh dilihat dengan mata kepala kita melainkan dengan izin Allah. Nabi dan rasul dahulu lainlah sebab mereka ini maksum dan manusia yang dipilih oleh Allah. Kalau setakat orang yang macam kita yang iman seperti papan saham BSKL ini memang payah dan memang tidak dapat melihat malaikat.

Saya juga pernah melihat di laman web popular Facebook mengenai video ini dengan tajuk Kebesaran Allah, Masyaallah, Malaikat Turun Malam Lailatul Qadar dan banyak lagi tajuk yang diberikan untuk menyebarkan video tersebut. Sebagai orang Islam, sepatutnya kena cari kesahihan video tersebut terlebih dahulu, bukan terus memaparkan video tersebut. Kalaulah video yang disebarkan ini salah dan berlaku penyelewengan pihak-pihak yang busuk hati kepada Islam. Maka secara tidak langsung orang yang menyebarkan video ini dalam Facebook juga mendapat dosa dan menyebarkan perkara dusta yang melibatkan akidah umat Islam. (minta diampunkan Allah) Hal ini juga boleh berlakunya penyelewengan kepada orang awam yang malas mengaji percaya itulah rupa malaikat yang sebenarnya. Secara tidak langsung, berlaku penyesatan akidah umat Islam yang boleh merosakkan iman mereka.

Lihat pada video tersebut, tak silap saya Baitullah di penuhi dengan orang yang berihram dan menunaikan haji. Tetapi ditajuk video ialah Malaikat Turun Di Mekah Pada Malam Lailatul Qadar. Ini sudah membuktikan bahawa berlakunya pembohongan yang nyata. Siap lagi di situ ada orang dan ambil video dan ada orang tunjuk lagi malaikat turun dari langit.

Cukuplah setakat itu, jangan lagi percaya kepada perkara yang tidak mempunyai fakta yang jelas. Ini melibatkan akidah, perkara akidah bukan main-main, silap-silap boleh terkeluar dari Islam dengan mempercayai video tersebut. Tindakan yang baik, kalau jumpa video atau gambar seperti ini, rujuklah dulu kepada orang agama seperti ustaz, mufti, tok guru dan sebagainya untuk mengetahui kesahihannya dan mengetahui komen mereka terhadap perkara ini.

Kakchik juga ada menonton video ini di fb dan pernah kata "I have goosebumps all over me watching this video." Memang kali pertama tengok terasa sedemikian tapi jauh di sudut hati terasa ragu, adakah ianya benar. Alhamdulillah ada tulisan Ust Nor Amin ni, kembali tersedar dari mempercayainya. Biarlah. Serahkan aje pada Allah Yang Maha Tahu.

Terima kasih Ust Nor Amin (http://www.ustaznoramin.com) kerana mengizinkan kakchik kongsikan tulisan beliau di sini.

Kanak-Kanak Sudah Pandai Berzina

Assalamualaikum dan salam sejahtera teman-teman semua.

Kaifa halukum? Ana bikhair, alhamdulillah.. hehehe, cakap Arab sikit pagi ni. Nak cakap banyak-banyak tak pandai. Untung kan kalau kakchik pandai cakap bahasa al-Qur'an ni. Sayangnya kakchik hanya pandai BM dan BI dan BA ni sikit-sikit saja.

Pagi ni seperti biasa kakchik akan memeriksa berita-berita di akhbar tempatan. Kebanyakannya melaporkan tentang peristiwa kanak-kanak yang menjadi mangsa liputan rumah simpanan mercun. Yang berbeza mungkin di akhbar HM. 

Mashaallah mengucap panjang kakchik membaca tajuk utama hari ni. Kakchik pasti kalian juga dah membacanya. Umur baru 12 tahun sudah pandai berzina! Astaghfirullahalaziim. Allahu Akbar! Kenapa begini sekali perubahan yang dilalui oleh kanak-kanak di zaman ini?

12 tahun berzina dengan 2 orang lelaki yang baru dikenali. Pada masa ini, yang bermain di fikiran kakchik ialah didikan bagaimanakah yang diterimanya selama ini hinggakan dia terjerumus ke kancah zina.

Gadis sunti bermukah
Oleh Nor Husaini Nor Majid
am@hmetro.com.my
2010/08/23

KULIM: Usianya baru menjengah 12 tahun, namun gelora nafsu seorang gadis sunti yang juga murid tahun enam, tidak dapat membendungnya daripada melakukan maksiat.

Lebih mengejutkan, ketika umat Islam menahan lapar dan dahaga kerana menunaikan ibadah puasa, murid sebuah sekolah rendah di Kuala Ketil, dekat sini, bertindak di luar dugaan apabila berkhalwat bersama dua lelaki sekali gus pada siang hari.

Malah, ketika operasi mencegah maksiat dilakukan, remaja terbabit didapati sedang melakukan hubungan seks dengan seorang daripada lelaki berkenaan dalam sebuah rumah di Taman Desa Aman, Karangan, dekat sini.

Dalam operasi dijalankan Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) kira-kira jam 11 pagi Khamis lalu, murid perempuan berkenaan didapati sedang bersetubuh dengan lelaki terbabit, manakala seorang lelaki lagi turut berada dalam rumah itu.

Ketua Unit Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, pihaknya menerima aduan orang awam mengenai perbuatan terkutuk remaja terbabit pada jam 10.35 pagi sebelum pegawai PADK, diketuai Sheikh Radzi Abdul Mutalib bersama tujuh anggota, membuat pemeriksaan di rumah berkenaan kira-kira jam 11 pagi.

Katanya, melalui intipan sebelum melakukan serbuan, pihaknya mendapati remaja perempuan itu bersama seorang lelaki berusia 23 tahun dalam sebuah bilik, manakala seorang lagi lelaki turut berada dalam rumah sama.

“Gadis sunti itu baru mengenali lelaki berusia 23 tahun terbabit sebelum mereka melakukan hubungan seks,” katanya.

Azmi berkata, seorang lagi lelaki berusia 20 tahun menjemput remaja berkenaan di Kuala Ketil sebelum membawanya ke rumah sewa lelaki itu di sini.

“Berdasarkan siasatan, lelaki berusia 20 tahun itu turut mengaku tidur bersama remaja perempuan terbabit pada malam sebelum itu.

“Mereka mengakui tidak mempunyai hubungan mahram dan ketiga-tiganya ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Kulim untuk diambil keterangan,” katanya.

Menurutnya, gadis berkenaan dihantar ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan lanjut manakala kedua-dua lelaki terbabit ditahan di lokap Balai Polis Kulim.

Difahamkan, polis mengklasifikasikan kes sebagai rogol kerana membabitkan remaja perempuan bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Dalam perkembangan sama, Azmi berkata sedikit kekecohan berlaku apabila ibu gadis terbabit dipanggil ke pejabat PADK berikutan ketidakpuasan hati wanita berkenaan terhadap tindakan anaknya dan pasangan.

“Ibu remaja itu memukul kepala, muka serta badan lelaki yang ditahan menggunakan kasut kerana tidak puas hati selepas anaknya didapati bersekedudukan, namun kekecohan berjaya dileraikan pegawai bertugas,” katanya.

Sedihnya dengan berita ini. Budak perempuan itu masih kanak-kanak, masih di bawah tanggungjawab ibu bapanya. Bagaimanakah dia boleh terfikir untuk melakukan zina? Siapakah dan apakah yang mengajar dia berbuat begitu?

Kesian sekali dengan nasib kanak-kanak itu. Cepatlah undang-undang syariah dilaksanakan sepenuhnya. Tak sanggup dah nak dengar berita-berita begini. Dibaca dan didengar oleh kanak-kanak lain, entah apa yang bakal mempengaruhi mereka. Kalau ada ibu bapa yang memberi didikan agama sepanjang masa, alhamdulillah. Bagaimana pula nasib anak-anak yang ibu bapa mereka sibuk dengan kerja dan survival hidup semata-mata?

Sampai bilakan kita nak dihidangkan dengan berita sebegini?
Related Posts with Thumbnails