Followers

30.6.10

Mendidik anak-anak saudara bahawa hidup ini tidak kekal

Assalamualaikum dan salam berehat kepada semua teman-teman di mana saja kalian berada.

Malam ni kakchik nak berkongsi sedikit pengalaman dalam mendidik anak-anak saudara kakchik tentang kematian. Sebenarnya pagi tadi ibu kepada Datuk Pengerusi iaitu big boss nombor 1 kakchik telah kembali ke rahmatullah kerana sakit tua dan buah pinggang. Alfatihah untuk arwah Mok, semoga ruhnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

Berbalik pasal mengajar anak-anak saudara kakchik ni, semuanya bermula bila mereka ternampak satu video yang kakchik favourite kan di dalam saluran youtube kakchik iaitu video di bawah ni:


Sejak kali pertama mereka mendengarnya, iaitu dua hari lepas, nampaknya kakak sudah pun pandai menyanyikan lagu ni. Memanglah liriknya agak sedih menceritakan kesedihan seorang anak yang kehilangan ibunya yang meninggal dunia.

Banyak sungguh soalan mereka, misalnya:

"cheja, ibu dia gi mmano?"
"cheja, bakpo dia nok ibu dia?"
"ibu dia mati doh ko?"
"bakpo ibu dia mati?"
"bakpo dia nangis cheja?"

dan macam-macam lagi.

Oleh kerana anak-anak saudara kakchik ni masih kecil dan dua orang dah masuk tadika, kakchik rasa lebih elok kakchik ceritakan yang benar tentang kematian. Dalam lagu tu anak itu merintih mahukan ibu yang hidup selama-lamanya, "I want a mom that last forever." Boleh jadi juga maksudnya ibu yang sentiasa ada untuk dirinya bermanja.

Kakak when she was a few weeks old with Ibu.

Walaupun lagu ni lagu orang putih tapi kita boleh titipkan pengajaran yang baik kepada anak-anak. Misalnya kasih-sayang antara ibu dengan anak. Kakchik cuba jawab soalan mereka dengan mengatakan ibu dia sudah mati, kembali kepada Allah. Kita semua ni Allah bagi hidup sekejap atas dunia ni, sebab tu kena sayang kat ibu, dengar kata ibu, kalau ibu suruh buat benda baik kena buat. Tak boleh degil dengan ibu, nanti kalau ibu takde nak sayang kat sapa?

Kakchik kata kat Kakak, "Sapo-sapo pun buleh mati Kakak, sebab Allah sayang dia. Allah buat kita, Allah juga boleh ambil balik nyawa kita." Dengar je dia tanpa kata apa-apa. Allahu'alam dia faham atau tidak.

Pada si Nana, kakchik kata, "Masa ibu ada ni, kenalah rajin dengar kata ibu. Nanti ibu takdok, ibu gi on call, Nana teringat ko ibu sokmo. Lusa baghu dapat jjupo Ibu. Tapi kalau ibu mati, sapa bilo-bilo doh tokleh jjupo ibu. Sebab tu keno saye sokmo ko ibu. Allah suko kalu kito baik nga ibu kito."

Kakchik hanya ibu saudara tapi kakchik percaya setiap dari diri kita perlu menyumbang dalam mendidik anak-anak kita mahupun anak-anak saudara kita. Semoga mereka membesar dengan pegangan tauhid yang kukuh.

Jika ada yang nak lirik lagu ini, sila ke READ ALOUD KB.

Hugs.

Cara Wardina Mendidik Anak: Panduan Untuk Ibu Bapa Terutama Bapa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Ada satu artikel menarik tulisan Wardina Safiyyah yang kita kenali. SANGAT menarik dan terkesan di hati. Jemputlah sama-sama kita membacanya, menghayati dan sama-sama mengamalkan tips-tips menarik yang beliau kongsikan.

Gambar hiasan diambil dari sini.

LUQMAN - to all parents espcly fathers by Wardina
Luqman -Usrah No 3

lesson to children? Where? Its there in the Quran. Not just about solat, not just about history of Islam, not just about war....The Quran has parts about bringing up children..its all there....

Lesson no 1 -" Wahai anak kesayanganku" - (notice how a parent should address their children.. 1. Wahai 2. anak 3rd KESAYANGAN -

I pun setakat sayang je. "My dear MOST beloved"...is what we should say, let us pay particular attention when addressing our children.

Back to lesson no 1 - my dearest son - Its the AQIDAH - Jangan syirik kan Allah! This Aqidah is the foundation..yes no doubt it starts way early when we teach them the syahadah without them knowing its meaning, when we say Allahuakbar... when we say Allah created the starts, the moon the trees and babies... starts from the parents semua tangkal, tali tu buanglah dari anak. Jangan bawa jumpa bomoh.

PERSOALANNYA - But when the child is around 8 - 9 years- do we sit with them seriously, (panggil anak and tell them, ada sesuatu yang sangat penting abah nak bagitau -ONE ON ONE) and say "Wahai anak kesayangku" "Jangan sekali-kali syirikkan Allah" Allah is the Only God jangan sekutukan Allah dengan yang lain, tiada yang lebh berkuasa dari Allah, tiada orang, tiada benda, tiada wang"

Allah itu satu, tanamkan dalam hati tanamkan dalam diri - "ingat pesan abah NI sampai mati dan kalau abah tiada lagi"... (maunya budak tu tak ingat, katalah dia buat jahat, satu hari akan terdetik dalam hati dia, memori dengan abah duduk berpesan akan dikenang kembali)

YES SURAH LUQMAN SEBENARNYA KHAS UNTUK BAPA-BAPA, KERANA MUNGKN BAPA KURANG 'NALURI' dan "instinct" MEREKA - THIS IS THE SURAH FOR YOU, READ IT, USE IT BECAUSE ITS ULTIMATELY YOUR RESPONSIBILITY AND YOU WILL BE QUESTIONED DEAREST BELOVED FATHERS....

Lets see lesson no #2 - Berbuat baik kepada kedua orang tua. Apa lagi nak di kata..terang, bersuluh dan nyata...

Lesson No 3 - ayat 16 - a reminder to them and to us -- setiap apa yang dibuat anak kesayangku "walau sebesar biji sawi akan Allah dinilai - kita tak boleh bersembuyi" Allah sees us, everything and anything we do...

(the problem now, zina, buang anak -- semua kerana tiada konsep Allah melihat-) Salah siapa? kalau ibu bapa tak pernah ingatkan bukan???

Lesson No 4 -Dirikanlah solat, larang perbuatan mungkar (kalau kawan kita buat benda jahat, kata "jangan" BUKAN IKUT!) Sabar sayang, bila tibanya bencana! Sabar sayang, semua orang akan tempuh masalah dan dugaan... but do we get them ready to face challenges in life?

I'm crying while typing....

Lesson no 5 - ayat 18 - JANGAN SOMBONG sayang! Jangan mendongakkan muka mu dengan sombong di muka bumi ini walaupun ada ferari :) ramainya orang kaya sombong... JANGAN sayang..kerana harta, rupa atau ilmu.... Jangan sayang! Hormatlah orang lain... walau siapa pun kita...

saya kenal orang yang sangat terasa bila dia datang ke rumah seseorang, "tuannya" tak pernah senyum, buat tak tahu... kenapa? sombongnya terdetik dalam hati saya.. kenapa? adakah kerana kamu rasa lebih hebat atau istimewa? tak perlukan orang lain? tak perlukan keluarga?

Lesson no 6 - Bila berkata sederhanakanlah suara..jangan kita bercakap dengan suara yang besar, kerana mahu tarik perhatian...jangan sayang, jangan!

sambungan ayat mengenai melihat keajaiban alam, "lihat di luar sayang" - malam dan siang, alam yang luas terbentang..siapa yang menciptanya sayang?... tenung alam sambil diam...tak mungkin ada yang lain menciptakannya selain Allah... ingatkan mereka "kalau sudah lupa, pandang saja ke langit, inagt pesan abah dan pasti kehebatan Allah akan kita ingat kembali"

what a lovely surah --

to me it means this (one day set a date and time with your child - tell them before hand like 2-3 days earlier -- i have something special and important to let you know dear. Something big that you have to remember, im only telling you because youre already BIG, this is not for little children, and you have to remember this forever and ever and ever.... Tanya anak tu... nak tau tak? Mesti dia kata nak kan.. penyibuk dan curious most of them. Ok, kata tunggu dulu. Bagi dia excited nak tau apa bendala abah nak pesan ni. Take them somewhere (tapi berdua saja) sampaikan pesanan itu.. and then after all the pesanan..bring them out... look at nature..(, the following part about alam - encourages critical thinking, asking the child to THINK - LOOK at this world...)

now i have an idea of doing this -- go camping the two of you....... and use this, say it... a special moment for FATHER and CHILD...that INSYAALLAH WILL BE ENGRAVED IN THEIR MEMORIES FOREVER...

and NO this s not a matter you can ignore IT HAS TO BE DONE and IT IS SERIOUS... Demi Aqidah anak-anak Muslim yang sudah parah kebanyakkannya... if only all fathers menyampaikan pesanan Surah Luqman ini buat anak mereka....

Ameen

Wallahu'alam.

MashaAllah... tulisan Wardina ini sangat memberi kesan kepada kakchik. Berapa ramaikah di kalangan kita yang begitu prihatin dengan acar didikan Islam ini? Ibu atau bapa seolah-olah malu untuk berpesan-pesan tentang kebaikan kepada anak-anak. 

Kakchik ingat lagi bila kakchik tawarkan seorang ibu senaskah buku bertajuk, "Ibu, benarkah Tuhan itu ada?" tulisan Nabilah Hassan, ibu tu kata, "budak kecik... mana dia nak reti semua tu..." Mashaallah... kitalah sebagai orang dewasa, sebagai ibu atau bapa yang seharusnya membaca buku itu malah sebagaimana saranan Wardina, Surah Luqman agar kita tahu caranya mendidik anak dengan tauhid.

Terima kasih Wardina atas perkongsian yang sangat berharga.

29.6.10

Nama saja orang Kelantan tapi...

Assalamualaikum dan salam berehat kepada semua teman-teman.

Dalam masa setengah jam sebelum kakchik offline ni kakchik nak kongsikan sedikit pemandangan yang sungguh menyegarkan. Gambar-gambar ni kakchik rakam dari jendela rumah kakchik siang tadi.

Hijau mata memandang.

Pelbagai jenis pokok yang terdapat dalam tanah jiran di sebelah. Menyuburkan tanah, menyamankan pandangan mata.

Oh, ada buah petai! Inilah kali pertama kakchik kenal pohon petai. Malu je. Gambar ni kakchik zoom.

Zoom beberapa kali dah nampak lebih banyak buah petai bergayutan. Rupanya itu pohon petai...

Hari ni kakchik baru kenal yang pokok di tanah jiran di sebelah tu ialah pohon petai. Sebelum ni kakchik tak tahu pun hinggalah ia mula berbuah. Seronoklah nanti jiran kami makan petai. Kakchik ni tengok saja bolehlah, makannya kakchik tak suka.

Kalau cik abe nak makan, kakchik tak galakkan sangat sebab mulut akan berbau. Tak seronoklah nanti...

Kadang-kadang kawan-kawan pelik dengan kakchik mahupun adik-beradik kakchik. Macamana boleh lahir di Kelantan, tinggal di Kelantan, sekolah di Kelantan, bekerja pun di Kelantan TAPI tak makan budu, tak makan petai, tak makan durian (kalau yang masih mekar tu makanlah juga), tak makan tempoyak, tak makan belacan dan banyak lagi makanan Kelantan yang kami tak makan. Hairan.

Kakchik pun takde jawapannya. Sedar-sedar dah memang tak makan. Tapi ada pengecualiannya. Misalnya budu, kalau dalam Nasi Kerabu mesti makan. Sambal belacan tu kalau beli nasi bungkus dah termasuk sambal belacan, makanlah juga tapi malam pasti tergaru-garu. Hakikanya kami ni cerewet dan kata orang bukan Kelantan pure. Maaf ya, kami anak jati Kelantan yang istimewa, hehe.

Tapi kan, semua menantu dalam keluarga ini sama ada orang Kelantan atau bukan Kelantan, semuanya makan semua yang kami tak makan tu. Jadinya kat dapur semestinya ada juga benda-benda itu terutama budu. Walaupun kakchik dan adik-kakak tak makan, kami sediakan juga sebab pasangan masing-masing suka makan. 

Pelik ke kakchik tak makan semua tu?

Hidangan Orang Sakit

Assalamualaikum dan salam bahagia untuk teman-teman tersayang.

telur dadar budu + sup sayur cendawan

Alhamdulillah... demam dah kebah terus dan bengkak di tekak pun dah hilang. Syukur... yang tinggal hanya bahagian dalam tekak yang masih sakit bila menelan. Takpe... akan sembuh juga nanti.

Makan tengahari tadi selepas puas berfikir-fikir dan menimbang-nimbang, kakchik fikir eloklah kakchik habiskan baki cendawan tiram yang ada. Teringat kat blog Nurindah dia pernah masak Sayur Sup Cendawan, jadi kakchik singgahlah sebentar kat blog Nur untuk salin resepi. Siap bawa laptop ke dapur haha. 

Kakchik dengar nasihat teman-teman suruh makan sup. Kakchik pun fikir sup aja yang paling sesuai untuk tekak yang sakit ni. Kena berlembutlah dengannya barulah ada zat dan vitamin yang masuk ke badan.

Untuk lengkapkan hidangan kakchik buat Telur Dadar Budu hasil perkongsian idea dari sahabat yang akan ke Australia tak lama lagi iaitu Kak Nur @ Ummu Abbas. Kakchik tak makan kalau hanya sambal budu jadi nak habiskan budu yang sedikit tu kakchik guna resepi Kak Nur.

Maknanya tengahari tadi kami makan hidangan dari menu dua orang Nur. Alhamdulillah. Jika ada yang ingin mencuba resepi yang sama, bolehlah klik pada nama masakan yang telah kakchik birukan.

Selamat mencuba! Hidangan sedap, sungguh berselera.

Sakit Tekak dan Tengkok Bengkak

Assalamualaikum dan salam pagi ceria untuk semua.

Apa khabar hari ni? Kakchik MC hari ni sebab tekak kakchik yang sakit sejak Jumaat lalu semakin teruk kondisinya. Malam tadi kononnya nak tidur awal untuk bangun awal. Niatnya nak bertahajud setiap malam bagi menyahut cabaran Prof. Kamil baru-baru ni dan cabaran diri sendiri. Tapi batuk-batuk sangat mengganggu hinggakan lewat pagi barulah kakchik melelapkan mata. Sudah terlalu letih maka, layan tidurlah hingga ke Subuh.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: KaripapSayur

Ubat insyaallah sudah ada tapi kakchik mahu ke klinik sekali lagi untuk doktor cek keadaan dalam tekak kakchik. Risau juga takut infeksi yang bahaya. Batuk yang dihasilkan oleh sakit tekak ni bukan saja menyebabkan kakchik muntah bahkan menyebabkan kakchik jadi letih dan lesu. Semalam di pejabat 2 kali kakchik muntah. Nasib baik berlaku bila kakchik dah masuk ke pejabat selepas beberapa jam di BIMB.

Kakchik syukur walaupun tekak sakit, kakchik demam sikit saja. Yang sukarnya ialah untuk bercakap dan menelan makanan. Kan dah kata, bila Allah tarik satu saja nikmat-Nya, satu badan tidak dapat menikmati kehidupan yang selesa. Semuanya terasa lemah tapi kena gagahkan diri juga. Bila di rumah ni kenalah juga uruskan mana yang patut seperti memasak.

Kejap lagi masuk waktu tengahari kemudian nak solat Zohor. Kakchik masih berfikir ni nak masak apa yang sesuai dengan keadaan tekak yang sakit ni. Dalam peti ais ada stok udang dan ayam. Udang tak boleh makan nanti makin teruk batuk ni. Ayam pula kakchik beli drummet sebab planning asalnya nak buat goreng salut tepung. Hmm... telur pun ada. Buat sup telurlah agaknya paling sesuai.

Bila sakit begini yang paling kakchik suka ialah orang tak tanya kakchik banyak soalan.

28.6.10

Darahku Darah Bisnes

Assalamualakum dan selamat petang untuk semua teman-teman blogger.

Bila kakchik terfikirkan diri kakchik yang kini mempunyai bisnes sendiri, terasa kelakar pun ada. Tidak sangka kakchik akan terjebak juga dalam dunia bisnes. Masa di universiti dulu mati-mati asyik beritahu kawan-kawan yang kakchik tak minat berniaga. Tapi selalu juga beritahu mereka yang kakchik nak ada kedai buku sendiri.

Sebenarnya kakchik ada pengalaman berniaga sejak kecil lagi. Zaman kanak-kanak dulu keluarga kakchik ada sebuah kedai runcit. Kakchik masih ingat bagaimana kami adik-beradik bergilir-gilir menjaga kedai terutama bila masuk waktu solat. Ayah kakchik, dia wajib nak solat 5 waktu di masjid jadi bunyi pret-pret dari cerobong menara masjid kami sudah tahu pertukaran shif menjaga kedai akan berlaku. Hingga ke hari ini Ayah tetap berusaha solat 5 waktu di masjid kecuali dia tak sihat benar.

Semasa kakchik di Matrikulasi barulah Ayah menutup kedai runcit kami dan menjadikannya rumah sewa.

Sepajang menjaga kedai, kebiasaan kakchik dan adik-beradik ialah membawa buku sebagai peneman. Tidak kiralah buku sekolah atau buku cerita. Yang pasti mesti nak ada buku. Cina Leong dan Cina Selipar (kami panggil begitu kerana begitulah peruncit-peruncit lain panggil mereka) selalu kata kat Ummi, "Anok-anok mu ni sumo ghajin-ghajin. Dok jago keda pun bbaco buku. Esok-esok besa jadi oghe panda lako-lako." Alhamdulillah... syukur, benar juga kata-kata dua orang taukey Cina yang selalu menghantar barang ke kedai kami. Cina Leong jual barang dapur dan Cina Selipar sememangnya menjual pelbagai jenis selipar, kasut dan barangan plastik.

Usia kanak-kanak yang paling seronok kalau dapat makan aiskrim Kara' Ali iaitu bhai Punjabi yang mengayuh basikal menjual aiskrim potong. Dalam seminggu ada beberapa kali dia masuk ke kampung kakchik. Kakchik paling suka kalau dapat makan roti kapit atau aiskrim roti iaitu roti yang di dalamnya ada aiskrim potong. Sedapnya... macam terasa lagi nikmatnya di hujung lidah perisa vanila, coklat dan kacang merah.

Bila kakchik masuk darjah 3 kalau tak silap, abang-abang mencadangkan Ummi dan Ayah menutup kedai runcit kami kerana mereka sudah tamat belajar di luar negara dan mula bekerja. Lagipun seorang demi seorang adik-beradik kami masuk sekolah asrama penuh dan universiti. Alhamdulillah. Makin sukar giliran menjaga kedai. Kadang-kadang boleh bergaduh dibuatnya kerana malas nak turun ke kedai sebab sayangkan tv atau buku cerita. Masa tu kakchiklah hantu tv dan La hantu buku cerita. Malas betul kalau tengah syok menonton kartun tiba-tiba Ayah panggil suruh turun ke kedai sebab dia nak ke masjid. Untuk makluman, rumah kami dan kedai ialah dua buah bangunan berasingan. Tapak kedai hari ni telah bertukar menjadi porch untuk kami parking kereta. 

Bila Abang Sir balik, dia perkenalkan intercom. Satu dalam kedai dan satu kat atas rumah. Objektifnya untuk memudahkan kami adik-adiknya untuk bertanya Ummi atau Ayah harga barangan yang kami tidak tahu. Masalahnya dua taukey Cina tu terutama Cina Selipar, suka sangat bermain-main dengan intercom tu bila dia datang. Sementelah pula ketidakcekapan kami dalam menggunakan alat tu, lama-lama intercom rosak dan kami kembali berteriak memanggil Ummi atau Ayah untuk bertanya harga barang. Itu yang tension tu, hehe.

Bahagianya segala kenangan itu. Kakchik fikir, Allah kurniakan banyak sekali nikmat sehingga kakchik berada di sini hari ni. Masih belum berjaya tapi dalam perjalanan untuk mencapai kejayaan, insyaallah. Segala kerja buat dan penat lelah hari ni adalah untuk hidup yang lebih selesa kerana bila keselesaan diperolehi, kakchik mahu fokus pada persiapan untuk kematian pula.

Sarapan hari ni dari Radix Bakery House

Assalamualaikum dan salam ceria kepada semua teman-teman.

Kakchik sedang menanti giliran untuk urusan di bank ni. Sebab lambat lagi kakchik cari tempat untuk blogging la sebentar. Sekadar nak berkongsi maklumat dengan kalian semua yang di KB ni bukan saja ada Radix Chicken House dan Radix Fried Chicken, kakchik baru tahu (actually sejak 2 minggu lepas tapi baru Sabtu 26 jun sempat singgah) yang di sini juga ada Radix Bakery House (RBH).

Pagi ni kakchik dan cik abe bersarapan dengan hidangan yang dibeli di RBH yang terletak di Jalan Paya Rambai berdekatan dengan Z & H Inn. Inilah sarapan kami pagi ni:

pizza + kek gulung + air susu higoat

Testimoni: Pizza tu nampak cam hangus sikit tapi sebenarnya pencahayaan kamera. Selepas dipanaskan pada suhu 180 darjah C selama 10 minit, hasilnya roti basenya lembut dan rangup di luar. Boleh tahan sedapnya cuma sosnya terasa pedas dan sedikit manis. Pizza ni tiada keju tapi mayonis. Kek gulung rasa macam kek gulung biasa yang dibeli di mana-mana bakeri.

Bakerinya masih baru dan belum banyak produk makanan yang dihasilkan tapi setakat apa yang kakchik beli iaitu donat, pizza dan kek, semuanya setanding dengan bakeri-bakeri lain yang kebanyakannya dimiliki oleh bukan Islam. Insyaallah di situ dijamin HALAL.

Ini bakerinya:

Kakchik terlupa nak ambil alamat lengkap dan no. telefon.

27.6.10

Kelantan Fiesta: Apa kata Kerajaan Negeri?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kakchik agak berbelah bagi mahu menulis mengenai isu ini atau tidak. Tapi bila media dan pihak tertentu asyik memburuk-burukkan pihak Kerajaan Negeri kesayangan kakchik ni, kakchik rasa tiba masanya kakchik menghulurkan sedikit sumbangan bagi membela kebenaran yang kakchik percayai. Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sebagai penduduk negeri ini.


Heboh satu Malaysia mengenai kegagalan program Kelantan Fiesta. Kedengaran berita berlaku pemulauan terhadap majlis perasmian program tersebut. Rancangan ihak pengurusan program yang mahu membuat siaran langsung melalui RTM, akhirnya dibatalkan begitu sahaja. Rakyat Kelantan seolah-olah tidak berminat untuk memeriahkan program tersebut. Hujan ribut pula turun mencurah-curah dari awal malam hingga ke awal pagi pada malam perasmian.

Apakah sebenarnya yang berlaku? Silalah berlapang dada dan tontonlah kesemua video persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan yang baru saja berakhir minggu lepas. Berilah peluang kepada diri anda untuk mendengar jawapan dari pihak Kerajaan Negeri. 

Bismillahirrahmanirrahim...






Perbahasan DUN Kelantan sedikit sebanyak menggunakan dialek Kelantan, kalau kurang faham boleh tanya ya. Kakchik harap janganlah kita terlalu mudah menerima berita sebelah pihak saja. Kakchik yakin penjelasan yang diberikan oleh YB Takiyuddin adalah benar kerana disertakan dokumen-dokumen yang berkenaan. Semasa persidangan pula seluruh dewan dipenuhi oleh pelajar sekolah yang datang untuk mengikuti persidangan DUN.

Semoga Allah membuka mata hati kita untuk melihat kebenaran.

Nota: Terima kasih kepada channel rebel7th atas pinjaman semua video di atas.

Pakai Purdah Pun Boleh Menunggang Kuda

Assalamualaikum dan salam bahagia untuk teman-teman semua.

Sudah jam 2 petang makanya solat sudah, makan pun sudah kan? Alhamdulillah di atas nikmat kurniaan Allah ke atas kita. Sikit saja Allah tarik nikmat tu, misalnya dia bagi tekak kita sakit, maka sudah hilang satu nikmat iaitu nikmat makan. Bukan tak boleh makan.... boleh... cumanya kita tidak dapat menikmatinya dengan selesa dan seronok. Betul kan?

Dalam pada kakchik membelek buku-buku baru yang tiba di Zahra' ni, kakchik teringat satu iklan yang ditag oleh seorang kawan di dalam facebook. Yang sebenarnya dia ajak kakchik menyertainya. Memang teruja sangat melihat iklan tu. Apa taknya, kakchik ni pakai purdah, kalau dapat menunggang kuda terasa bagai tentera Islam zaman nabi je, hehe.

Ini iklannya:
Klik untuk pembesaran imej.

Ada 3 sunnah Nabi Muhammad saw yang kakchik sangat teringin belajar dan menguasainya. Teman-teman pun tentu telah baca dan tahu bahawa ada 3 sunnah Nabi yang sangat sesuai sebagai aktiviti mempertahankan diri sama ada dalam perang dan dalam menjaga kesihatan. Iya, berenang, memanah dan berkuda.

Alangkah seronoknya kalau kakchik punya kesempatan mempelajari kesemuanya. Peluang kini terbuka cuma kakchik kena susun atur jadual hari dengan sebaiknya jika kakchik mahu mempelajarinya. Berenang kakchik pernah belajar tapi skill sudah berkarat sebab sudah bertahun-tahun tidak dipraktikkan. Memanah juga pernah mencuba satu ketika dulu tapi sekadar suka-suka. Dan kini peluang untuk belajar menunggang kuda, terbuka luas dan kosnya pun agak murah.

Tentu hebat sekali kalau ramai orang Islam yang pandai menunggang kuda. Setiap kali kakchik tengok orang menunggang kuda terdetik dalam hati, "hebatnya...". Kalian tahu, bukan mudah untuk menunggang kuda. Kata seorang kawan, kalau sesiapa mahu menguruskan badan dengan tempoh yang agak cepat, tungganglah kuda kerana aktiviti itu memberi hentakan kepada seluruh badan. Dia sendiri sudah turun 5 kg sejak beberapa bulan menunggang kuda. Jauh lebih efektif dari aerobik. Menarik kan?

Tapi, bukan itu yang kakchik matlamatkan. Kakchik cuma mahu pandai satu sunnah nabi. Jika diamalkan untuk kebaikan, insyaallah akan dapat pahala. Pahala itu bekalan di akhirat nanti. Umpama pelaburan kakchik untuk hidup selepas mati nanti.

Malam Tadi Dah Cash Out Kali Ke-2

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Seronok ya hari ni ramai yang sedang cuti hujung minggu. Kami kat Kelantan ni bekerja sebab kami dah cuti 2 hari lepas. Sekarang ni kakchik di Zahra' bekerja macam biasa.

Post pagi ni sekadar nak berkongsi berita pasal hasil iklan Nuffnang untuk bulan April hingga semalam. Semalam kakchik tengok Nuffnang dah metered 4 daripada 6 buffered earning kakchik. Jadi kakchik rasa bolehlah kakchik cash out sebab jumlahnya pun dah agak banyak. Alhamdulillah.



Jumlah kali ni hampir menyamai jumlah cash out yang pertama. Dulu kakchik ambil masa 6 bulan untuk cash out tapi kali ni hampir 3 bulan. Maknanya pendapatan melalui iklan-iklan Nuffnang ini telah naik sekali ganda.

Alhamdulillah.

26.6.10

Prof Hj. Mohd Kamil dan Kak Roza

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah mahabbah untuk semua teman-teman di mana saja berada.

Apa khabar kalian semua malam ni? Semoga semuanya diberi kesihatan yang baik oleh Allah SWT dan juga kelapangan untuk menambah amal ibadat untuk perjalanan kita menuju hari yang abadi.

Semalam kakchik terasa seperti nak demam dan tekak pun sakit. Selepas makan ubat sebelum tidur dan cuba minum air masak seberapa banyak yang boleh, kakchik bangkit pagi tadi dengan badan yang agak segar. Tekak dah tak sakit cuma batuk-batuk sahaja.

Malam tadi kakchik mohon dengan Allah agar kakchik diizinkan ke Zahra' pagi tadi kerana kakchik mahu menghadiri ceramah anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia - Kelantan. Sebenarnya kakchik dijemput oleh Pengarah Negeri SSM Kelantan yang juga pelanggan MariBaca dan jiran kepada seorang sahabat baik. Alhamdulillah... sungguh berbaloi.

Tentu teman-teman ada yang telah membaca buku TRAVELOG HAJI: MENGUBAH SEMPADAN IMAN dan TRAVELOG DAKWAH kedua-duanya terbitan PTS. Itulah dua buah buku yang sangat terkesan di hati kakchik di antara banyak koleksi buku yang ada di rumah tu. Setelah banyak kali kakchik terlepas peluang untuk mengikuti ceramah penulis buku ini, hari ini Allah telah makbulkan doa kakchik. Alhamdulillah.

Doa kakchik mahu melihat, mendengar dan bertemu prof tapi Allah beri lebih dari itu. Dia izinkan kakchik berkenalan dengan isteri prof, kak roza yang sungguh peramah dan sekali lihat saja kakchik terasa amat dekat dengan beliau walaupun beliau langsung tidak mengenali kakchik. Hehe, satu persamaan kami siang tadi, kami sama-sama pakai abaya.

Tapi itu bukan point pentingnya. Yang penting, kakchik telah dapat melihat secara dekat seorang penulis yang telah sudi berkongsi pengalaman hidup beliau yang sungguh menginsafkan. Entah berapa kali kakchik mengalirkan air mata sepanjang 2 sesi ceramah beliau pagi tadi. Tak tahu macamana nak gambarkan perasaan kakchik bila prof cerita pengalaman beliau ketika di Makkah. Mashaallah... beliau takut untuk ke sana kerana dosa-dosa silam, kakchik juga takut. Takut Allah tidak mahu menjemput kakchik menjadi tetamuNya.

Bila dapat pula berkenalan dan berbual-bual sebentar dengan kak roza, terasa hebatnya wanita itu. Selama 6 tahun beliau tidak putus berdoa agar suaminya berubah menjadi manusia baik dan akan sama-sama mengerjakan haji di Makkah, akhirnya doa beliau dimakbulkan. Ketabahan seorang isteri dengan senjata paling ampuh iaitu DOA. Kakchik teramat yakin kini, DOA sajalah apa yang kita mahu kepada Allah, cepat atau lambat pasti dimakbulkan jua.

Jangan lupa, mestilah ikhlas dalam berdoa.

Sebagai kenangan inilah sebahagian gambar kenangan semasa program pagi tadi.

Prof sedang menyampaikan ceramah beliau dengan...

penuh perasaan.

Kakchik tak lepaskan peluang bergambar dengan Kak Roza yang kini juga bergelar penulis. Bacalah buku pertama beliau TRAVELOG CINTA tentu akan terimbau banyak kenangan silam.

Prof Hj. Mohd. Kamil yang sangat down-to-earth. Menandatangan buku hanya dengan berlutut di lantai dewan.


Isteri Pengarah SSM Kelantan, Kak Anis dan staf SSM Kelantan tak ketinggalan mendapatkan tandatangan Kak Roza untuk buku beliau.

Itulah cerita paling menarik hari ini. Mungkin bagi sesetangah orang tiada apa yang menariknya tapi bagi kakchik, amat besar maknanya. Terima kasih banyak pada En. Hairul, Pengarah SSM Kelantan yang sudi menjemput kakchik menyertai ceramah pagi tadi. 

Moga-moga dia maafkan kakchik yang terpaksa beredar lebih awal tanpa makan tengahari. Ada dating dengan cik abe. Dating yang dia pun tak tahu.


p/s: SEMUA BUKU PROF DAN KAK ROZA BOLEH DIBELI DENGAN KEDAI BUKU KAKCHIK, MARIBACA. SEMENTARA STOK MASIH ADA.

Cerita Menarik Hari Ni

Siapakah mereka?
Tunggukan ceritanya selepas ini.

Sudah 400 Orang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sebelum tidur malam ni kakchik terperasan yang follower blog Keluargaku Sayang telah mencapai 400 orang! Mashaallah... terima kasih banyak kepada semua yang sudi follow blog ini walaupun isinya kadang-kadang saja bernas.


Kakchik sememangnya menanti angka itu menjadi 400 kerana ada sedikit buah tangan yang ingin kakchik hadiahkan kepada follower ke-400. Tanpa permintaan atau paksaan dari kakchik, kalian semua telah sudi follow. 

Oleh kerana kakchik hanya berhajat memberi hadiah kepada follower ke-400, maka ZURENA layak menjadi penerimanya. Kenapa tunggu hingga 400? Kerana angka itu satu angka yang kakchik tidak percaya boleh dicapai oleh blog ini.


Kepada ZURENA, kalau sudi, silakan emailkan detail alamat dan sebagainya untuk penghantaran cenderahati dari kakchik.

Rasanya kalau sampai angka 500, bolehlah kakchik sedekahkan cenderahati lagi. Insyaallah dengan izin-Nya.

Terima kasih banyak-banyak duhai follower sekalian. Ini hadiah kakchik untuk kalian semua.


Insyaallah kakchik akan cuba mengemaskini blog dengan pelbagai topik berkaitan keluarga, diri, agama dan masyarakat. Semoga ada kebaikan untuk kita semua.

25.6.10

Sedih juga baca Anne Ngasri Cerai Talak Tiga

Assalamualaikum dan salam Jumaat yang nyaman untuk semua.


Kakchik baru je membaca update terkini dari BLOG PERIBADI KADI KLUANG pasal berita di atas. Tiba-tiba je terasa sedih. Bukan apa... Anne Ngasri dengan kakchik takde kaitan apa-apa pun. Kakchik cuma mengenali dia sebagai pelakon yang telah berlakon sejak zaman kanak-kanak lagi. 

Tapi perasaan sedih tu datang sebab selama ini kakchik pernah golongkan dia dalam senarai artis Malaysia yang rumahtangganya aman damai, mungkin boleh dibuat contoh oleh artis-artis lain. Sayangnya dia juga ada cerita tersendiri. 

Satu perkara yang kakchik lihat positif berlaku ke atas artis ini ialah perubahan penampilannya yang kini bertudung. Ada sekali kakchik lihat dia berlakon dalam drama, tak tahu apa tajuknya. Dalam tu dia bertudung, bekerja di sebuah restoran tapi ada sedikit lagi yang boleh berubah iaitu bajunya. Alangkah baik kalau bajunya berlengan panjang dan labuh dari pinggul.

Apapun, bertudung itu satu langkah yang sangat baik. Bukan mudah seorang artis mahu membuat penghijrahan sebegitu. Kakchik doakan Anne akan istiqomah dalam menutup aurat dan semakin menutup dengan sempurna. 

Mengenai perceraiannya, kita tidak tahu apa sebenarnya berlaku lagipun bukan urusan kita untuk mengorek kisah peribadi orang. Tak baik membuka aib orang. Semoga Anne dan bekas suaminya menemui kebahagian sebenar selepas ini iaitu kebahagiaan di jalan Allah.

Anne seorang yang tabah.

Ini quote dari blog Kadi Kluang:
Pelakon Anne Ngasri sah bercerai talak tiga dengan suaminya, Abdul Wafi Hassan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Hakim syarie, Shaiful Azli Jamaludin mensabitkan tiga talak yang dilafazkan sebanyak tiga kali oleh Abdul Wafi terhadap Anne iaitu talak pertama pada awal Julai tahun lalu, talak kedua pada pertengahan Julai lalu dan talak ketiga pada 25 Mac lalu.

Dalam kes cerai talak tiga, pasangan tak boleh rujuk semula. Juga tak boleh nikah semula dengan bekas isteri. Kalau nak nikah juga, kena tunggu perempuan nikah dengan lelaki lain selepas habis edah, berlaku persetubuhan selepas nikah, kemudian bercerai. Bila habis edah perceraian tu, barulah boleh nikah semula dengan suami lama. Itu pun kalau nak nikah semula.

Segalanya jadi perlahan...

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua. Semoga teman-teman semua dalam rahmat dan berkat Allah SWT.

Hari ni kakchik tak de mood sangat nak update blog sebab ada tanda-tanda nak demam selsema. Tekak terasa perit, kemungkinan besar juga kerana terpaksa menghidu racun nyamuk yang agak banyak semalam. Belakang rumah kakchik ni ada semak sikit jadi nyamuk-nyamuk ni memang suka sangat berkampung kat situ. Bila Maghrib je mulalah nak masuk ke dalam rumah.

sayur campur cendawan masam manis

Jadi kakchik terpaksa meracun mereka sebentar tapi tahu sajalah kesannya... nama lagi racun. Bukan ubat nyamuk... Yang menerima kesan ialah kita. Kemungkinan juga kerana semalam kakchik ditimpa hujan sikit. Hujan zaman sekarang ni manalah airnya bersih macam hujan zaman dulu. Partikel air hujan zaman sekarang ni mengandungi banyak toksid. Tu yang mudah nak demam kalau terkena walaupun sikit.

Jadinya... segala pergerakan dan aktiviti kakchik menjadi perlahan. Alhamdulillah sebab semua 3 kelas tutorial hari ni dipinda ke Jumaat depan. Tutor yang pinda. Allah tahu kakchik takde mood :)

Lepas online di FB sebentar, kakchik berehat barang setengah jam lepas tu mula masak-masak untuk makan tengahari. Macam biasa la kan, masak yang mudah-mudah je. Menunya ayam goreng celup tepung, sayur campur cendawan masam manis dan nasi. Kakchik buat coleslaw lagi hari ni. Nanti petang bolehlah dimakan dengan roti.

dinner semalam, sup rawan + kentang

Tapi kakchik dah cuba buat sandwich tadi, alhamdulillah... sedap. Jadi kakchik tak makan nasi la tengahari ni hanya temankan cik abe makan je. Nak minum air banyak-banyak sebab kawan-kawan di FB pesan suruh minum air banyak-banyak.

Oh, lupa, Yanmie pesan suruh sebut nama dia masa makan. Hehehe... kakchik asyik teringat je masa makan sandwich tadi. Yan, marilah makan sandwich petang ni sambil minum teh. Nak tak?

24.6.10

Award From New Friend, Nonie

Assalamualaikum semua.

Bertemu lagi kita hari ni. Kakchik terlupa pasal award pemberian kenalan baru kakchik iaitu NONIE. Sekali berkenalan, diberinya 3 award untuk kakchik. Terima kasih banyak yan NONIE.




Rasanya NONIE pun menerima award ni dari kawan-kawan yang link blog mereka ada di atas setiap award di atas tu. Kakchik pun nak panjangkan semua award ni kepada semua kawan yang ada dalam senarai FRIENDS kakchik kat sebelah tu.

Sila terima ya.

Sehari sebuah buku

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Dah 12 lebih... cepat sungguh masa berlalu. Kakchik baru selesai beberapa aktiviti, masih banyak lagi ni. Hari ni membuta lama sikit sebab cuti. Tak biasa buat kerja membuta ni tapi badan kakchik ni terasa lagi kesan-kesan letih semalam. Dalam 8 lebih tu baru nak mandi selepas selesai menyapu rumah.

sup rawan kentang + roti = sarapan

Sediakan sarapan untuk cik abe sebab dia nak keluar jumpa client pukul 10 pagi. Kakchik pulak nak ke pasar dengan Ummi. Bila cik abe dah keluar, kakchik layan anak-anak sedara bereempat tu tengok Kungfu Panda lepas tu ke pejabat pos, poskan buku dan abaya pelanggan, singgah beli chakuih, goreng pisang, cakar ayam dan roti kemudian ke pasar ambil Ummi yang kakchik tinggalkan kat situ.

amni, aqif, aqim dan emran menonton kungfu panda

Sampai rumah ni ingat nak bermalasan je sambil sudahkan membaca novel Julia Quinn yang dah separuh kakchik baca malam tadi. Dah lama sungguh kakchik tak baca novel yang bakal dimasukkan dalam senarai Novel Sewa di MariBaca. Kali ni nak relax betul-betul sebab lepas Zohor nak menghadap assignment la pulak.

novel yang sedang dibaca.

Novel-novel Inggeris ni adalah peranan besar dalam memantapkan penguasaan bahasa Inggeris kakchik. Kalau nak harapkan komunikasi memang sukarlah sebab tak ramai orang kat Kelantan ni yang nak gunakan bahasa omputih tu lagipun kita ada bahasa kita sendiri untuk bercakap kan.

Tapi pengaruh besar dalam bahasa Inggeris kakchik ialah buku termasuklah novel. Insyaallah sebelum pukul 3 novel ini akan habis kakchik baca. Hingga itu, wassalam.

23.6.10

I am so tired today.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

gambar dipinjam dari sini.

Malam ni kakchik terasa teramatlah letih, kes mengemas pejabat sorang-sorang, ditolong serba sedikit oleh Mokcik - menziarahi mak Pengerusi yang sakit - singgah beli sup rawan alah balik pejabat - sambung mengemas pejabat lagi,

Balik kerja - singgah di MariBaca - sedekah pakaian lama kat staf (kesian diorang asyik bergilir beberapa baju kurung je dalam seminggu, kakchik galakkan diorang berbaju kurung) - beli barang dapur termasuk 5 kg beras - tersilap gi parking kat belakang Billion bukan kat basement - kenalah jalan kaki sambil bawa barang-barang yang berat ke kereta - banyak pula lopak air - becak sana-sini - sakit dan tegang segala urat saraf membawa barang kena pulak mengelak lopak air,

Nak balik rumah - masuk dalam kereta lepaskan lelah beberapa minit sambil baca 3 mukasurat novel - pandu kereta dalam keadaan letih - rasa macam nak tido dalam kereta je - BAHAYA !! 

Sambil memandu - dalam kepala dok berkira nak masak apa malam ni? - nasib baik dah beli sup rawan tenghari tadi - hanya tambah kentang je lepas tu tengoklah nak tanak nasi atau makan dengan roti je - jalan jem - ya Allah ngantuknya... 

Parking kat porch - sudah parking tel cik abe minta datang ambil barang, no respon - mesti dalam bilik air - tinggalkan barang yang berat, angkut beg-beg kerja, roti dan telur naik ke rumah - simpan mana yang patut kat dapur terus cari bantal,

Kena tido juga - baring atas lantai yang sejuk tanpa salin pakaian - tido zzz hingga Maghrib - alhamdulillah cik abe dah ambil semua barang dari kereta dan simpan yang dingin beku dalam peti ais, terima kasih Yang.

Dengar azan, bingkas bangun - mandi dan segarkan diri - ke dapur panaskan sup - rasa tak larat nak tanak nasi - cik abe offer nak tanakkan, alhamdulillah, selamat... - online la kejap sementara nasi masak

How was your day? 

Sekarang ni tengah 'uzur', tak dapat baca al-Qur'an terasa diri ni lemah iman sikit - masa ziarah Mak Pengerusi tadi hanya mampu sedekahkan doa - takpe, telinga kan ada... kita dengarlah kuliah atau ceramah atau bacaan ayat-ayat suci al-Qur'an - jangan biarkan diri jauh dari Tuhan.

That's it for now, ma'assalamah.

Pejabat Dimasuki Ular

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Semoga teman-teman semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Kakchik, alhamdulillah sihat walafiat. Hari ni lewat sikit mengemaskini blog disebabkan beberapa perkara yang berlaku.

Perkara pertama ialah PEJABAT KAKCHIK DIMASUKI ULAR!

gambar pinjam dari sini.


Iya.... pagi tadi selepas mengecop suratkhabar dan membelek serba sedikit kakchik terus masuk ke pejabat macam biasa. Ingat nak cepat selesaikan bil suratkhabar sebab kami staf perempuan dah berjanji nak menziarahi mak Pengerusi yang sedang sakit pada jam 11 pagi.

Elok masuk je dalam pejabat, terus letak beg laptop kat tepi meja dan letak beg tangan kat atas kerusi, bungkusan nasi atas meja. Baru nak labuhkan punggung atas kerusi kakchik dengan bunyi benda bergerak kat tepi meja. Bila intai, Allahu Akbar! Terkejutlah juga bila nampak ekor dan badan ular. Nasib baik tak nampak kepalanya. Warna perutnya kuning, atasnya hitam belang kuning.

Macam beranilah pulak, selamba je ambil beg tangan dan terus keluar dari bilik untuk minta tolong dari CikMat dan Pakcik Aziz di Lobi perpustakaan. Walaupun takde pengalaman menangkap ular ni Pakcik Aziz tolong juga selesaikan masalah kakchik.

Masa tu kami belum pasti jenis ular tu sebab kakchik hanya tengok sekilas je.

Habis pejabat berselerak. Tahu aje pejabat kakchik ni banyak barang, buku, majalah dan segala mak nenek fail. Tapi bagus juga sebab hari ni kakchik dapat ubah kedudukan dalam pejabat. Yey! Alhamdulillah.

Selepas berjaya menjejak ular yang licik tu, akhirnya Pakcik Aziz berjaya juga menekan badannya dengan penyapu. Kakchik disuruhnya buka plastik beg luas-luas dan dia pegang kepala ular tu dengan kertas. Hiiii geli-geleman rasanya sampai nak pitam. Hehe... maklum saja, tak pernahlah tengok ular real macam ni.

Makanya hajat untuk menukar susunatur dalam pejabat akhirnya tercapai juga setelah Allah menghantar seekor ular ke dalam pejabat. 

Tentu ada yang tertanya-tanya, bagaimana ular tu boleh masuk. Gini... pejabat kakchik ni dalam sebuah banglosetingkat, kat belakangnya banyak pokok-pokok dan ular tu kemungkinan besar masuk melalui lubang aircond. Semalam memang ada bunyi bising dari dalam aircond tu. Kakchik ingatkan cicak atau lipas bergaduh sebab biasa juga berlaku, cuma bunyinya kuat sikit.

Kakchik pun naik atas meja (meja betul-betul bawah aircond) dan ketuk-ketuk aircond tu. Kononnya nak halau serangga dan haiwan perosak. Eiiii sekali ingat ular tu sejak semalam lagi kat dalam tu, meremang bulu roma. Agaknya dia turun semasa kakchik dah balik kerja dan hari ni dok melepak kat tepi meja atas fail-fail kakchik.

Alhamdulillah... kakchik dapat beberapa pengajaran dari kejadian ular masuk pejabat ni.

1. Janganlah suka bertangguh. Misalnya kakchik dah bertangguh beberapa bulan projek nak susunatur semula pejabat kakchik ni. Patut buat sikit-sikit lama-lama akan selesai juga. Iyalah kalau nak cari alasan tu memang banyak tapi hakikatnya kakchik bertangguh.

2. Aircond tu dah sampai masa untuk diservis. Hehe... sebenarnya dalam seluruh bangunan perpustakaan ni hanya aircond dalam pejabat kakchik je yang sangat lama tidak diservis. Bukan CikMat tak mahu servis tapi kakchik yang tolak. Sebabnya, aircond dah sedia ok cumanya sebab dia sangat antik, takde controller maka masa hujan akan teramat sejuk dan masa panas, tak rasa sejuk sangat. Noted: Aircond need to be clean soon.

3. Banyak lagi majalah yang perlu dihantar jilid. Mana nak cari jurujilid yang berpatutan ni? Yang sedia ada tu memanglah murah caj dia ambil tapi servisnya sangat tidak bagus. Sudah masuk 2 tahun, majalah yang kami hantar dari 22 tajuk, hanya siap 13 tajuk. Itupun selepas kakchik telefon bagitau Pengerusi marah. Macam pahat dengan penukul. 9 tajuk lagi entah bila dia nak siapkan. Tiap kali ke kedainya kedai asyik bertutup. Mungkin dia ada masalah tapi kami pun sukar nak dapat berita terkini majalah-majalah kami tu. Banyak lagi kami nak jilid ni.

4. Pejabat kakchik jadi lebih luas. Selepas mengemas segala barang yang berselerak tu, kini ruang pejabat kakchik terasa jauh lebih luas dari sebelum ni. Malas pula nak ambil gambar. Insyaallah bila kakchik dah siap pindahkan rak-rak buku, kakchik akan ambil gambar dan jika rajin bolehlah kongsi kat sini.

Allahu Akbar! Lega rasanya. Terima kasih kat sang ular yang telah membantu kakchik mengemaskini bilik pejabat kakchik. Hehe, nasib baik tak kena patuk. Ular tu bukan calang-calang ular. Nak tengok? Tadi tak sempat ambil gambar sebab dia meluncur laju sangat, jadi kakchik Google aje.

Tak payah tengoklah... naik meremang bulu roma tengok gambar-gambar kat Google. Yang masuk pejabat tu masih anak kot sebab sebesar ibu jari tangan je. Yang dalam Google semuanya besar-besar. Takut nak tengok. Ular gading wat kata orang Kelantan atau ular orok-orok.

Selamatlah sudah ... Pakcik Aziz lepaskan kat kawasan semak di belakang Zahra'. Bye-bye ular.

22.6.10

Laporan bergambar aktiviti hari ini.

Assalamualaikum dan salam keamanan untuk semua.

Kakchik agak keletihan malam ni sebab terlalu banyak menjawab email terutama dari pelanggan. Belum cek lagi kotak spam. Kadang-kadang banyak juga email yang masuk ke situ. Sambil balas email, sambil jawab mesej di facebook. Sambil juga search bahan-bahan rujukan assignment yang belum mencukupi. Cari dulu, print dan Khamis ni dah boleh mula sediakan draf.

Sebab letih, kakchik update blog dengan gambar-gambar aktiviti yang berlaku hari ni sehingga sejam yang lalu. Kalau sudi nak tengok, silakan.

Pagi tadi kakchik ke Pesta Buku Islam Antarabangsa Ke-2 di Balai Islam, Lundang. 

Tujuannya termasuklah nak singgah di gerai JEMARI SENI dan kalau-kalau ada rezeki bertemu penulis IMAEN.
Teramatlah bersyukur kerana Allah izinkan kakchik bertemu penulis yang kakchik minati ni. Terima kasih IMAEN kerana sudi perkenalkan diri dan tandatangan 2 naskah novel tadi.

Balik dari pesta buku, kakchik dan dila singgah makan tengahari di Ani Sup Utara. Kali ke-3 dah kami makan kat situ. Supnya sedap...
Kami turut belikan mee sup dan bihun sup untuk staf Zahra' yang sedang bertugas semasa kami buat kerja lapangan. Sekali-sekala Zahra' belanja makan. Minum bandung cincau dan dila, jus oren. Mashaallah... nikmat sekali.

Eh, terlupa pulak. Masa kat pesta buku kami singgah juga di gerai ALAM RAYA ENTERPRISE iaitu syarikat pengedar buku-buku dari Indonesia. Syarikat ini juga kini menjadi penerbit buku-buku popular mengenai Hassan al-Banna, Turki dan Gaza.
Cuba teka buku mana yang kakchik sangat berkenan untuk memilikinya? Sayang dalam bahasa Indonesia yang agak sukar kakchik fahami.

Balik kerja singgah sebentar di MariBaca kemudian terus balik ke rumah kerana suami tercinta sedang menanti dengan si kecil Amni. Layan Amni yang lincah, keletah dan cerdik bermain tripod sambil masakkan makan malam cik abe yang tersaaaangatlah ringkas.
Amni di rumah Ummi sementara Umminya ke luar negara selama beberapa hari kerana ada konferens. Dia manja dengan cik abe, jadi selalulah dia naik ke rumah kami.
Sangatlah ringkas sebab stok di dapur sudah tiada, lupa nak singgah di pasar. Maaf ya Yang. Sambil goreng telur dadar sempoi, kakchik buat coleslaw lagi. Yang pagi tadi habis dimakan cik abe dan Amni. Buat lagi untuk bekalan esok.

Lepas tu mulalah cek buku-buku yang dibeli di pesta buku siang tadi campur beberapa naskah yang dibeli di Popular semalam. Huhu, entah bila nak habis membaca semuanya.

Lepas tangkap gambar, terus online sambil multi tasking la kan. Insyaallah esok nak mula membaca Labyrinth dan The Twenties Girl. Malam ni nak belek buku masakan la dulu.

Itu je untuk malam ni. Semoga terhibur dan termotivasi melihat mana-mana gambar yang bersesuaian :)

Wassalam.

Breakfast ala Western

Assalamualaikum dan salam pagi ceria semua. Apa khabar? Kakchik doakan teman-teman semua sentiasa dalam rahmat dan berkat Allah SWT.

Pagi-pagi ni bila takde idea menarik nak tulis, bolehlah kakchik kongsikan gambar sarapan kami berdua pagi tadi. Kononnya nak buat yang ringkas ala sarapan orang Barat gitu. Inilah dia:

telur hancur + fries + coleslaw

Alhamdulillah... kenyang kakchik makan hidangan ni. Memang mudah sungguh la nak buat. Untuk dua orang possible la kan nak buat dalam masa 30 min. Kalau anak ada dan ramai pula, kenalah fikirkan kuantitinya. Apa pun yang penting ada rasa bila dimakan. Rasa sedap la paling kurang kan hehe.

Nanti kalau ada masa kakchik akan update resepinya di My Culinary Adventure. Sekarang tak sempat sebab kejap lagi nak ke Balai Islam dengan Dila untuk ronda-ronda cari buku di Pesta Buku Islam. Kalau ada gambar menarik akan kakchik masukkan di entri seterusnya.

Selamat menjalankan amanah untuk semua teman-teman tersayang!

21.6.10

Kotak Komen Hilang Buat Sementara Waktu

Assalamualaikum dan salam keamanan.

Kakchik nak maklumkan kepada para pengunjung, mungkin dalam 48 jam kotak komen di blog Keluargaku Sayang ni tak akan kelihatan untuk beberapa entri terakhir sejak kakchik menggunakan DISQUS.



Tapi tadi kakchik dah buat keputusan muktamad tak mahu guna DISQUS lagi kerana rasa kurang selesa di pihak kakchik. Loadingnya lambat dan turut melambatkan loading keseluruhan blog kakchik.

Jadi pihak DISQUS kata kena ambil masa 48 jam baru keadaan akan kembali macam biasa. Maknanya kena tunggu dan lihatlah betul atau tidak.

Untuk kesemua komen di setiap yang menggunakan DISQUS mungkin akan hilang terus jadi kakchik dah CTRL + R dah. Nantilah kakchik fikirkan nak masukkan atau tidak.

Silakan komen di shoutmix buat sementara waktu. Harap maaf ya kawan-kawan.

Penjara Pudu Akan Dirobohkan Malam Ini.

Assalamualaikum dan salam bahagia semua.

Malam-malam ni sambil menanti makanan selesai dihadam kakchik dok menghadap komputer sambil cari bahan rujukan untuk siapkan assignment. Sambil-sambil tu sempat juga belek-belek BH Online.

Ada berita terkini, katanya malam ni pada jam 10 malam Penjara Pudu yang juga penjara tertua akan dirobohkan. Hilanglah satu lagi bahan sejarah negara. Walaupun sebuah penjara tapi ada nilai pengajaran yang bagi kakchik patut dipulihara oleh kerajaan. Tapi pembangunan perlukan ruang maka penjara yang tiada penghuni itu akan dirobohkan juga.

Kalau tak silap kakchik sebelum ni ada pakej melawat dan bermalam di situ kan? Rasa macam pernah je baca dalam suratkhabar liputan pasal orang pergi bermalam dalam penjara tu. Tak rajin pula nak mencarinya hehe.

Jadi, sebelum ia dirobohkan, kakchik nak simpanlah gambar kenangan Penjara Pudu ni yang kakchik ambil dari BERNAMA.

Pintu masuk Penjara Pudu

Selamat tinggal Penjara Pudu. Tinggallah dalam kenangan. 

Kalau di Pengkalan Chepa ni kakchik pernah juga beberapa kali masuk dalam kawasan Penjara Pengkalan Chepa tu. Satu masa dulu cik abe ada buat servis kontrak suratkhabar kat situ. Jadi sempatlah juga ikut dia pergi hantar suratkhabar dalam tu, sempatlah round-round tengok suasana sebahagian dari kawasan penjara. Gerun dan insaf.

Di sebalik pagarnya yang tinggi dan berdawai, adanya para pesalah, para penjenayah dan para pelaku kerosakan yang berjaya ditangkap. Sama ada sudah dibicarakan atau menanti bicara malah sebahagiannya sedang menjalani hukuman. Terasa insaf sangat dan bersyukur ke hadrat Allah kerana dilindungi diri ini dan seluruh ahli keluarga dari menjadi penghuninya. Na'uzubillah.

Kakchik kasihan kepada penghuni-penghuninya. Semoga mereka keluar sebagai insan yang insaf dan taubat. Kembali ke masyarakat dengan jiwa bersih dan kembali ke jalan Tuhan. Allahu Akbar!

Mansuhkan UPSR adan PMR, kita setuju ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar kalian semua hari ini? Kakchik doakan semuanya dalam keadaan sihat dan berbahagia selalu. Walau dalam apa juga keadaan, moga-moga iman kita sentiasa kuat untuk menghadapinya terutama cabaran-cabaran hidup yang kini terlalu banyak menggoncang keimanan kita.

Pagi-pagi ni bagi kakchik di perpustakaan ni ialah memeriksa tajuk-tajuk utama di suratkhabar. Hampir kesemua akhbar hari membincangkan topik hangat malam tadi yang diletuskan oleh TPM kita Tan Sri Muhyidin Yasin. Isu di ataslah.

Huhu, terkujat juga kakchik bila dengar saranan beliau. Kalaulah benar bagai dikata, maknanya anak-anak generasi baru di negara kita ni hanya akan dinilai sekali saja dalam hayat persekolahan mereka. Hanya perlu ke sekolah saja dan tunggu peperiksaan utama yang mungkin menentukan nak masuk universiti nanti.

Besar isu ni dan memang sensitif. Dalam kereta pagi tadi kakchik dengar radio IKIM.fm pun ada sesi beri pendapat tentang isu yang sama. Ramai pemanggil tak bersetuju. Antara alasan mereka ialah:

  • bagaimana mahu menilai prestasi pelajar jika mereka hanya perlu periksa sekali saja?
  • pelajar mungkin jadi leka dalam pembelajaran mereka kerana lambat lagi untuk penilaian utama.
  • kemungkinan besar makin banyak masalah sosial yang akan timbul
  • semangat belajar dan persaingan akan luntur
  • kerajaan tidak perlu mansuh tapi perlu rombak sistem pendidikan yang sedia ada. tambahkan nilai-nilai yang perlu di dalamnya dan buang mana yang tidak perlu.
  • kerajaan perlu teliti balik sistem pendidikan negara dan buat perubahan positif di situ
Bak kata isu ini akan menjadikan pelajar sekali lagi mangsa keadaan. Kesian, tapi apalah daya kita yang hanya ada mulut dan jari-jemari ni.


Kakchik tahu kerajaan masih di peringkat cadangan tapi bila dah masuk berita, dah masuk akhbar kemungkinan besar cadangan itu sudah hampir nak jadi keputusan. Semoga kebijaksanaan dan keimanan terhadap Allah SWT akan membantu pihak kerajaan kita membuat keputusan yang paling memenuhi kepentingan dan keperluan masyarakat terutama para pelajar.

Allahu'alam.

Rujuk:
Related Posts with Thumbnails