Followers

28.2.10

Ketika Cinta Bertasbih 2

MALAM INI!

Jom, kita sama-sama ke Dewan Balai Islam, Lundang untuk menonton wayang bersama Tok Guru.


 Sejarah dalam hidup yang tak mungkin berulang lagi.


Masuk - PERCUMA

Hutang Punca Obesiti

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga di hari Ahad ini kita semua masih dalam keadaan sihat walafiat dan dapat meneruskan hidup kita di atas dunia ini dengan penuh keceriaan.

Sumber imej: TAZKIRAH

Hari ni kakchik ingin berkongsi satu artikel pendek yang kakchik baca dari majalah Harmoni edisi 1 - 15 Mac iaitu berkaitan tajuk di atas.

Sumber imej: An-Nabaat

Mengikut artikel tersebut, orang yang banyak hutang cenderung untuk mengalami obesiti atau kegemukan. Pakar dari Jerman telah membuat kajian dan mendapati orang yang gagal melunaskan hutang dalam tempoh yang ditetapkan berisiko dua kali ganda untuk mengalami obesiti. Sangat membahayakan.

Sumber imej: Sini

Pakar tu namanya Eva Muenster, seorang ketua penyelidik dari Universiti of Mainz. Ramai juga orang yang menjadi bahan kajian beliau iaitu seramai 949 responden yang kesemuanya menghadapi masalah hutang. Bagaimana cik Eva ni boleh dapat datanya? Dia bandingkan dengan keputusan kaji selidik ke atas orang yang berhutang dengan kaji selidik ke atas orang yang bebas hutang, akhirnya dapatlah keputusan yang kata orang banyak hutang mudah mendapat penyakit obesiti.

Dari 949 responden tu, inilah hasilnya:
  • 11% responden yang banyak hutang mengalami obesiti berbanding 25% yang bebas hutang - maknanya lagi banyak hutang, lagi tinggi peluang nak jadi gemuk.
  • selain obesiti, hidup mereka tertekan dan mempunyai gaya hidup tidak sihat
Konklusinya:
Hutang banyak -- stress -- makan berlebihan -- murung -- kurang senaman -- akhirnya OBESITI !
Kakchik bimbang juga pasal ni. Alhamdulillah buat masa ni masalah hutang tidaklah sampai menggemukkan kakchik. Makin kecik adalah kot. Tapi hutang... lagu-lagu mana pun (kata orang Kelantan) wajib dibayar.

27.2.10

Keropok lekor untuk minum petang

 
Petang ini kakchik goreng keropok lekor untuk minum petang. 
Di sini nak mencari keropok lekor tidaklah susah tapi nak membeli yang betul-betul sedap, yang banyak ikan dan kurang kanji bukanlah mudah. Memang semua orang tahu keropok lekor yang paling glamor ialah keropok losong di Terengganu tapi sekarang ni di KB pun boleh dapat keropok lekor yang sedap misalnya seperti yang kakchik beli di gerai di Dataran Ilmu semasa kuliah Jumaat semalam.

Jujurnya, keropok ni masih terasa kekurangannya iaitu agak tawar tapi bila dimakan bersama sosnya, alhamdulillah sedaplah juga.

Kat gerai tu ada 3 jenis keropok lekor yang dijual. Ia dibezakan oleh saiz masing-masing iaitu:

 
Saiz A, paling besar dan sepanjang lengan kakchik. Dijual sebatang RM1.00
 
Saiz B, lebih pendek dan kurus sikit. Dijual 2 batang RM1.00

 
Saiz C, sebesar ibu jari dan panjang sejengkal. Dijual 4 batang RM1.00

Kakchik beli yang saiz C tu sebanyak RM5 untuk minum petang. Hari ni kakchik cuti ganti untuk Maulidur Rasul semalam. Sepatutnya hari ni kakchik kerja. Seronok juga dapat bercuti sebab adik-beradik yang dok di Kelantan semua berkumpul di rumah ni. Kawasan dapur tu sepanjang hari ada je penghuninya. Bak kata selalu je ada orang membasuh pinggan di singki, hehe.

Kawan-kawan pula petang ni berjamu apa? Tentu banyak yang masak sedap-sedap ni.

Dedikasi indah dari kenalan bernama Kheir Irwan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua teman-teman dan pengunjung yang budiman. Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan sedang bergembira bersama keluarga di hujung minggu ni.

Semalam yang indah telah berlalu, hari ini bermula dengan jamuan keluarga yang sungguh meriah seperti menyambut hari raya. Ummi menyediakan nasi himpit kerana anak-anak balik bercuti sempena Maulid Nabi. Alhamdulillah... ceria sekali Ummi.

Dalam meniti permulaan hari yang bahagia ini, hati kakchik telah disentuh dan terasa cukup terharu atas satu dedikasi yang dikirimkan melalui FB oleh seorang peminat blog ini iaitu Saudara Kheir Irwan untuk kami berdua sempena ulang tahun perkahwinan kami.
Dengan izin kheir, kakchik kongsikan di sini dedikasi beliau:
salam, kak chik..
kisah pertemuan dua jiwa,dua hati, satu ikatan,
Alhamdulillah, ku dedikasikan ini pada empunya sebuah hikayat cinta, suatu perjalanan yang panjang..

kak chik,
moga perjalanan hidup kak chik bersama ustaz wan akan dirahmati, dinaungi payung takwa,
Ya Allah, jadikan pasangan Nor Haniza Taib dan suaminya, sebagai satu pasangan yang saling melengkapi... Yang sentiasa membenarkan kalimah La Ila Ha Illallah... Yang berusaha menaikkan panji-panji Agama-Mu, Islam...
Ya Allah,
Berikan pasangan ini kebahagiaan, dengan ikatan perkahwinan ini...
Kekalkan pasangan ini, hingga ke Jannah-Mu..
Suburkan pasangan ini dengan cinta...
Sebagaimana cinta Adam pada Hawa,
Seperti juga kasih Ibrahim pada Siti Hajar,
Dan yang paling agung,
Cinta Muhammad S.A.W pada Siti Khadjah, dan Ummahatul Mukminin, Aisyah..
Ya Allah,
Kuatkan semangat Ust Wan,
Sebagaimana kuatnya keteguhan Zakaria..
Makbulkan tiap doanya..
Sepertimana rintihan Zakaria..
Ya Allah,
Teguhkan juga semangat kak chik,
Sepertimana Engkau memberikan kekuatan, pada Ummahatul Mukminin..
Juga kpd Siti Sarah,
Moga,atas sebab ujian ini,
mereka akan lebih tabah, dalam menggapai cinta-Mu Ya Allah,
Dalam doaku,
Moga mereka, suatu hari nanti,
akan menemui satu keajaiban..
bagai Siti Maryam...
yang terisi rahimnya dengan Isa,
Juga seperti keluarga Imran..
Penantian yang akhirnya dianugerahkan Maryam..
Cekalkan kak chik Ya Allah..

Jadikan lautan mehnah ini,
sebagai satu kafarah..
Ganjari mereka dengan iman dan takwa..
- Amin -

Terasa kecilnya diri ini bila membaca dedikasi ini. begitu sekali pandangan dan harapan saudara kheir untuk kami. Jazakallahu khairan kathira kheir. Semoga Allah merahmati kheir. Kakchik sungguh-sungguh terharu membacanya.

26.2.10

12 Rabiulawal 1423H bersamaan 25 Mei 2002: Kisah Pertemuan Dua Jiwa

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wr wbt. Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad saw, rasul junjungan kita. Salam Maulidur Rasul untuk semua.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Yang menghidup dan mematikan. Yang menyatu dan memutuskan. Yang memberi cinta dan membahagiakan. Yang melapangkan dada dan menyenangkan jiwa. Itulah Allah, Tuhan Yang Maha Menciptakan.

Teman-teman tersayang,

Malam ini kakchik ingin berkongsi satu cerita tentang seorang gadis yang sederhana dipertemukan dengan seorang pemuda yang juga sederhana dalam sebuah masjid yang dibina atas nama Allah. Kisah ini kisah sebenar bukan rekaan atau khayalan. Inilah kisah cinta yang bersemi antara dua hati yang dulunya begitu asing tapi kini begitu intim. Semoga kita temui sesuatu yang bermakna dari cerita ini.

9 tahun yang lalu kedua-dua insan ini telah ditakdirkan Allah bertemu buat pertama kalinya di dalam sebuah mesyuarat untuk menerbitkan sebuah buletin Kerajaan Negeri bernama Ad-Din. Perkenalan rasmi tersebut hanyalah atas dasar kerja tanpa sebarang syak wasangka. Walaupun hanya mereka berdua yang masih belum berpunya di antara ahli mesyuarat, tapi tiada siapapun menyangka bahawa beberapa bulan selepas itu, hati dua insan tersebut akan ditemukan oleh Allah SWT dalam ikatan perkahwinan.

Bagi pihak si gadis, pernah difitnah sebanyak dua kali bahawa ingin mengambil suami orang kerana suasana kerjanya yang dikelilingi lelaki sedangkan hanya dia seorang perempuan. Tapi kerana ketegasannya dan keyakinannya akan kebenaran, akhirnya fitnah yang membuatkan ibunya berduka lara akhirnya terlerai dengan sendirinya. Gadis itu menang, mereka yang memfitnah termalu sendiri. Maha suci Allah.

Sebagai seorang gadis yang sejak di tahun dua pengajian mengambil keputusan untuk berjilbab penuh, menjaga tingkah-laku, prestasi kerja dan pergaulan adalah satu keutamaan. Kerana... baginya imej inilah yang bakal menaikkan nama Islam. Dialah pemegang amanah Allah untuk membuktikan bahawa perempuan berpurdah juga boleh memimpin, boleh berkomunikasi dengan cemerlang, boleh membantu menaikkan imej Islam di mata masyarakat, boleh meninggikan imej wanita berpurdah di kalangan wanita.

Sementara itu, si pemuda yang pendiam dan kelihatan tegas dan garang sedang membina karier di bidang kewartawanan. Dari pemerhatian si gadis, pemuda itu kelihatannya sangat dedikasi dengan kerjanya dan berakhlak Islam cuma agak pendiam. Dari pakaiannya, sekali pandang cukup sesuai digelar ustaz tapi kerana perkenalan mereka dalam urusan yang formal dan jenis kerjayanya, dia hanya dipanggil encik oleh si gadis sebagai menghormatinya. Entah kenapa...

Dalam tempoh pertemuan dalam mesyuarat demi mesyuarat, tidak pernah sekalipun di hati gadis itu terdetik bahawa suatu hari dia dan si pemuda itu akan didekatkan oleh ikatan pertunangan. Masing-masing sedang melalui proses mencari pasangan. Khabarnya si gadis sudah 50 peratus akan disunting oleh seorang jurutera dari Kuala Lumpur dan si pemuda juga sedang berkira untuk menyunting seorang gadis, siapa orangnya, gadis itu tidak pernah tahu (hinggalah ke hari ini).

Namun, takdir Allah... entah melalui siapa, akhirnya kenalan sekeliling si gadis yang kebetulan juga kenalan sekeliling si pemuda, menjadi pemangkin risikan pertama dari pemuda kepada gadis itu. Kalau sudah jodoh, pasti bertaut jua. Rombongan merisik tiba dan buat pertama kalinya debaran pun bermula. Selepas itu pertemuan di mesyuarat pertama selepas risikan, si gadis sudah begitu sukar untuk berlama-lama menjadi ahli mesyuarat kerana ahlinya asyik mengambil peluang mengenakan mereka berdua. 

Perhubungan dan komunikasi antara si gadis dan pemuda masih terhad dan memang sengaja dihadkan. Si gadis mahu menjaga hatinya kerana dia bimbang timbul keseronokan yang melalaikan. Rombongan peminangan datang diketuai oleh arwah seorang Ketua Muslimat Negeri kerana keluarga si pemuda adalah dari kawasan beliau dan amat rapat. Cincin berlian tersarung di jari manis dan si gadis mencium jemari bakal ibu mertua yang kelihatannya begitu gembira kerana akan berbesan dengan orang Pulau Melaka.

Kini bermulalah fasa baru dalam hidup mereka iaitu pertunangan selama 6 bulan. Sepanjang tempoh itu mereka memulakan taaruf atau perkenalan melalui email dan telefon. Oleh kerana kedua-duanya sentiasa sibuk maka sesi taaruf itu hanyalah beberapa kali cukup untuk mengenali latar belakang masing-masing dan betapa sukarnya untuk si gadis buat pertama kalinya mahu memanggil tunangnya 'abang'. Malu dan takut hatinya dilalaikan, maka panggilan itu hanya digunakan di dalam email atau perbualan di telefon sahaja.

Manisnya tempoh pertunangan itu, tidak pernah sekalipun kedua-duanya melanggar batas pergaulan kerana mereka masih lagi bukan mahram. Tiada keluar ke mana-mana berdua-duaan. Tiada perbualan yang melalaikan. Pertemuan antara keduanya berlaku di rumah si gadis itupun yang banyak melayan si pemuda adalah ayahnya dan mengikut kata pemuda itu, dia tidak berpeluang menatap betul-betul wajah tunangnya setiap kali datang bertandang kerana malu kepada bakal mertua walaupun tunangnya melepaskan purdahnya. Apabila si gadis tahu akan hal ini, hatinya sangat berbunga kerana wajahnya terpelihara. Dia bimbang tunangnya akan terbayang-bayang akan wajahnya sedangkan mereka belum lagi suami isteri.

Pernah sekali si pemuda berkunjung ke tempat kerja si gadis dan meminta izin untuk melihatnya tapi kondisi di tempat itu tidak sesuai untuk tunangnya itu sukarela membuka hijab wajahnya maka terlepaslah peluang hinggalah... 6 bulan kemudian.

Tarikh pernikahan begitu rapi dipilih agar jatuh pada hari ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad saw kerana si gadis mahu mencari kelainan dari kebiasaan iaitu ramai orang berkahwin di musim cuti sekolah tapi mereka mahu berkahwin di musim cuti Maulid Nabi. Muktamad! Tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 25 Mei adalah pilihan yang tepat. Jemputan hampir mencecah 3 ribu orang bakal berkumpul di Pulau Melaka. Akad nikah akan dilangsungkan di Subuh tersebut di Masjid Pulau Melaka kerana pengantin mahu dinikahkan oleh Tok Guru kesayangan seluruh negeri, yang juga jiran si gadis.

 
Salam pertama di pagi hening selepas sah sebagai suami - isteri.

Selepas majlis akad nikah selesai, rombongan pengantin lelaki yang datang jauh dari Pasir Puteh, singgah di rumah pengantin perempuan untuk sarapan pagi dan itulah buat pertama kalinya si pemuda betul-betul melihat wajah si gadis yang kini isterinya yang sah. Pagi yang hening itu, menjadi saksi, dua pasang tangan bertaut erat dalam getaran dan degupan dan si gadis mencium tangan suaminya untuk kali pertama. "Salam perkenalan bang."

Malu diusik-usik oleh adik-beradik, pengantin hanya tersipu malu kerana masing-masing masih segan untuk berbual panjang. Segala macam perkara berlegar di fikiran, untuk memandang antara satu sama lain pun masih terlalu segan. Mereka berpisah buat sementara kerana pengantin lelaki perlu pulang ke kampungnya dan akan datang kembali bersama rombongan keluarganya selepas solat Zohor.

Inilah pertama kali dalam sejarah keluarga pengantin perempuan, menyambut rombongan pengiring pengantin lelaki seramai hampir sebuah kampung. Mereka datang dengan kereta, van dan sebuah bas. Suasana seluruh kampung menjadi sungguh meriah dengan selawat bila pengantin lelaki berarak ke rumah pengantin perempuan. Dengan pakaian berwarna hijau lembut hasil rekaan sendiri, pengantin perempuan dengan hati berbunga menyambut kedatangan suaminya di pintu bilik. Dia tidak turun ke bawah kerana wajahnya telah berhias indah, dia tidak mahu dilihat oleh para tetamu lelaki kecuali suaminya dan ahli keluarga terdekat sahaja. Akhirnya mereka bertemu kembali.

 
Pasangan pengantin dalam persalinan kahwin yang hingga kini masih cantik terjaga, dipakai di majlis istimewa sahaja.

Dari saat itu bermulalah lembaran baru dalam hidup mereka berdua sebagai suami isteri. Seperti juga pasangan suami isteri yang lain, mereka mula bercinta, mengenali hati budi masing-masing setelah terangkatnya ijab dan qabul. Hari ini, mereka mengenang kembali sejarah pertemuan mereka dan suka duka sepanjang tempoh hidup bersama.

Semoga Allah mengeratkan hati-hati mereka berdua, sentiasa membimbing keduanya di atas jalan yang lurus menuju-Nya, mengasihani mereka berdua dengan rahmat dan kasih-sayang-Nya dan mengurniakan rezeki agar mereka dapat meneruskan perjuangan hidup mereka menuju-Nya. Mereka kini amat berharap Allah memakbulkan hajat mereka untuk mempunyai cahayamata agar perjuangan mereka untuk Islam, perjuangan mereka sebagai khalifahnya di muka bumi ini mempunyai penerus di kemudian hari. Tolong doakan mereka.

 
Petang tadi di Marry Brown.

"Selamat hari ulang tahun perkahwinan yang ke-8 Yang. Semoga Allah merahmati kita berdua dan redha akan kita sebagai hamba-Nya. Mohon ampun maaf dari Yang atas segala lalai leka Nor sepanjang kita hidup bersama. Insyaallah Nor akan terus berusaha untuk menjadi isteri Yang yang solehah."

Wassalam.

25.2.10

Terasa lega yang amat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... apa khabar malam ini? SALAM MAULIDUR RASUL dan selawat serta salam untuk kekasih Allah, Nabi Muhammad saw. Esok sudah 12 Rabiulawal, semoga malam ini kita ada meluangkan masa mengingati kembali siapa nabi kita dan kenapa kita mengikuti baginda. Sama-sama ya.

Malam ni kalau 8 tahun lalu ialah malam penuh debaran buat kakchik kerana Subuh esok kakchik akan bertukar status dari anak dara kepada isteri orang. Nak tau ceritanya? Nanti kakchik kongsikan dalam entri seterusnya.

Untuk malam ini kakchik mahu berkongsi kisah petang tadi. Kisah jamuan di MariBaca.

 
Terima kasih banyak kepada Kak Misra yang menjadi tetamu pertama hadir.

Alhamdulillah majlis jamuan kedai kakchik yang sepatutnya formal telah bertukar menjadi santai. Oleh kerana tetamu datang tidak kira masa bermula jam 3 petang lagi, maka kakchik tak dapat nak buat acara formal. Tak mengapalah, asalkan hajat untuk memperkenalkan MariBaca kepada orang ramai tercapai.

 
Terima kasih Kak An dan Adneen yang sentiasa menceriakan hari kakchik.

Kakchik cuma menjemput seramai hampir 50 orang kenalan dan tetamu, alhamdulillah... yang datang rasanya lebih daripada itu dan makanan masih mencukupi. Mungkin juga sebab kami turut menjemput kakitangan dan peniaga-peniaga di kedai-kedai bersebelahan.

Terima kasih banyak kepada teman-teman yang sudi hadir menjamu selera, membeli buku dan mendapat kad keahlian bertandatangan istimewa, hehe... nanti kakchik akan ganti dengan yang standard ya.

 
Ayu dan anak-anak.

Turut menggembirakan hati kakchik ialah dapat bertemu mata dengan peminat blog kakchik iaitu Cikgu Ayu Idris yang mengajar di sekolah menengah agama yang berdekatan. Ayu datang bersama 2 puterinya yang comel, Wan Farah Ilya Qistina (nana) dan tasya (kakchik lupa namanya yang panjang tu). Kakchik cukup suka kalau tetamu membawa anak-anak bersama, boleh kakchik berkenalan.

Untuk menjamu tetamu, seperti yang kakchik dah maklumkan dalam entri sebelum ni, hidangannya terdiri dari beberapa jenis. Sepatutnya ada kuih, tapi last minute kakchik tukar dengan kek dan pizza. Alhamdulillah, bajet jamuan sebanyak RM500 memadai. Kakchik tak sempat nak ambil gambar kesemua makanan yang dihidangkan sebab sibuk layan tetamu. Tapi inilah yang sempat.
 
3 jenis kek keju (oreo, blueberry dan fruit flan), 3 jenis pizza (pepperoni deluxe, seafood dan chicken pepperoni), makaroni sup (teramatlah sedap, tempah dengan kak nina), bihun goreng udang (masakan ummi), snek, gula-gula, teh o dan oren twister.
Mungkin bila umur MariBaca sampai 10 tahun nanti, kakchik akan buat majlis lebih besar untuk meraikan pelanggan dan peminat. Doakan ya.

Jamuan Sempena Pembukaan Rasmi

Assalamualaikum wr wbt dan salam sejahtera semua.
Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan bahagia sentiasa.


Hari ni insyaallah bakal menjadi kenangan buat kakchik kerana petang nanti kedai buku kakchik akan dibuka dengan rasmi. Kalau ikut perancangan yang asal, akan ada tetamu khas merasmikannya tapi tetamu tersebut terpaksa menarik diri kerana ada hal lebi penting perlu diutamakan dan kakchik redha kerana kakchik pun tahu urusan itu jauh lebih penting dari merasmikan kedai buku kakchik. Tidak mengapa.

Jadi majlis petang nanti hanya akan dibuat secara ringkas dan kecil-kecilan saja iaitu dengan pembacaan doa khas dari cik abe, mungkin kakchik akan buat ucapan sikit dan seterusnya jamuan makan bagi meraikan sesiapa saja yang hadir terutama keluarga, sahabat-handai, kenalan blogger dan pelanggan yang datang.

Oleh kerana majlis bermula jam 3 petang, maka jamuan yang disediakan pun ala-ala minum petang gitu. Takde makanan berat. Kakchik cuma sediakan makaroni sup, bihun goreng istimewa, kuih-muih tradisional dan air minuman dengan harapan jamuan itu dapat mengeratkan hubungan dan saling mengenali antara satu sama lain.

Jadi... walaupun pagi ni baru nak menjemput, kakchik silakan teman-teman yang mampu hadir untuk sama-sama ke kenduri pertama MariBaca Bookstore bagi merasmikan pembukaannya di tempat baru agar selepas ini kami akan terus membuat bisnes yang jujur dan berkembang maju, juga para pelanggan dan masyarakat akan mendapat manfaat dari kewujudannya.

Maaafkan kakchik kerana jemputan ini di saat akhir dan tiada surat yang rasmi. Banyak urusan yang melibatkan pihak lain yang melembapkan proses merasmikan kedai menjadikan kakchik ambil tindakan ini. Inilah dugaan bila buat kali pertama nak rasmikan kedai.

Jemput datang ya!

24.2.10

Perbelanjaan Yang Tak Penting Tapi...

Assalamualaikum dan salam malam yang indah kepada semua teman-teman. Sedang buat apa kalian semua di kala jam menunjukkan pukul 10 ni? Tentu di saat ini ramai blogger sedang menghadap pc atau laptop masing-masing kan. Kakchik dan cik abe pun sama juga... menziarahi blog teman-teman, mengemaskini blog-blog yang ada dan memikirkan jadual esok yang pastinya akan padat. 

Malam ni kakchik ingin bicarakan pasal berbelanja. Setiap dari kita setiap hari pasti mengeluarkan duit untuk membeli sesuatu kan. Membeli makanan atau bahan makanan, adalah kemestian, tapi ada juga sesekali kita berbelanja sekadar memuaskan kehendak hati. Kadang-kadang kita melakukan impulse purchase tanpa memikirkan kesannya. Kakchik ada juga buat macam tu, bila balik rumah barulah rasa menyesal.

Tapi, sejak membuka kedai buku di dalam shopping mall, kakchik sudah banyak mengurangkan impulse purchase ni. Kakchik paling terancam bila nampak buku, beg tangan dan kasut. Kalau tahun lepas kakchik gila membeli abaya, tahun ni kakchik sudah tekad hanya akan membeli bila perlu saja. Setakat ni alhamdulillah belum ada abaya baru dalam tahun ini. Semua yang ada masih cantik dan elok dipakai.

Bila kakchik selalu beringat-ingat, duit kakchik dalam bank, alhamdulillah banyak yang selamat. Terasa sangat lega bila masuk tengah bulan sebab masih ada kontigensi tidak terusik. Bolehlah forward ke akaun Tabung Haji, alhamdulillah.

Tapi... kakchik belum sepenuhnya berjaya mengawal perbelanjaan kakchik. Inilah hasil berbelanja sepanjang bulan Jan - Feb ni. Harap-harap sebelum bulan ini berakhir, kakchik tidak berbelanja seperti ini lagi kecuali membeli barang keperluan rumahtangga.

 
Belanja kakchik untuk Jan dan Feb

Buku
Kakchik memang ada peruntukan bulanan sebanyak RM300 untuk membeli buku. Sepanjang dua bulan ini bajet tersebut masih berbaki dalam RM200 lebih, alhamdulillah.

Tudung
Oleh kerana abaya kakchik kebanyakannya datang bersekali dengan matching shayla, maka kakchik jarang-jarang beli tudung. Lagipun tudung kakchik sudah amat banyak. Kalau ada sesiapa yang suka pakai tudung 4 segi yang 60 inci tu dah tidak mampu membelinya, bagitau kakchik ya, kakchik boleh sedekahkan tudung kakchik.

Beg Tangan
Hanya beli ketika SALE dan beg yang lama sudah disedekahkan kepada orang lain contohnya adik-beradik. Beg yang dalam gambar tu kakchik dapat diskaun 40%, jimat banyaklah dari harga asalnya. Kini beg tangan kakchik cuma ada 4 sesuai dengan fungsi dan kegunaannya. Biasanya setiap minggu kakchik akan gilirkan beg tersebut. Semuanya bersaiz agak besar kerana kakchik punya banyak 'harta' nak dimasukkan ke dalamnya.

VCD Drama Korea
Suatu masa dulu kakchik banyak menghabiskan duit membeli VCD drama-drama ini tapi sekarang kakchik membelinya hanya bila ada kawan yang memesan. Kalau nak tengok percuma ada banyak tempat dalam internet tapi sekarang ni nak habiskan satu-satu cerita pun tak sempat, sebab kena utamakan yang lebih utama. Tengok drama akan buat kita 'ralit' atau leka, nanti kan kena marah pulak sebab terbengkalai habis kerja yang lain.Oh ya, VCD yang ada tu sedang dalam perkiraan untuk dijualkan saja.

Kosmetik dan Peralatan Kebersihan Diri
Kakchik hanya membeli bila bekalan yang ada sudah tinggal sedikit. Buat kali pertamanya kakchik membeli losyen kolagen, maklum saja kita dah nak masuk 36 tahun dah tahun ni. Nak kekalkan keremajaan kulit gitu hehe. Ada beli stokin baru sebab yang lama dah ada yang koyak. Stokin wanita ni item penting dalam pakaian kakchik setiap hari kerana kaki kita juga aurat.

Bila dikira semuanya, banyak juga yang kakchik belanjakan sepanjang 2 bulan ni. Huhu, bulan depan kena lebih hati-hati. Berbelanja ini kalau tanpa sedar boleh membahayakan.

Hadiah dari cikmin.com sudah sampai!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kali ni kakchik kemaskini blog untuk memaklumkan yang kakchik telah pun menerima hadiah dari cikmin.com untuk entri ini petang semalam. Kakchik pun tak menyangka yang entri kakchik yang simple tu akan terpilih sebagai ENTRI TERBAIK. Teman-teman boleh melihat keputusannya di blog cikmin di sini.


Terima kasih banyak kepada cikmin yang telah bermurah hati memilih kakchik sebagai pemenang entri terbaik dan dengan pantas menghantarkan hadiahnya, padahal kakchik lewat juga menghantarkan alamat kakchik hari tu.

Hadiah wangian PURE sebanyak 4 botol kecil ini belum kakchik rasmikan lagi. Hehe, insyaAllah kalau sempat nak dipakai pada 26 Feb nanti sempena 12 Rabiulawal bersamaan dengan ulang tahun ke-8 perkahwinan kakchik dengan cik abe.

Bersamanya ada sekeping kad ucapan dari cikmin, walaupun ringkas saja tapi akan kakchik abadikan dalam diari kenangan 2010 kakchik.

Semoga ukhuwah kita berkekalan ya cikmin.

Tayangan Filem Percuma di Kelantan

Assalamualaikum dan salam pagi ceria kepada semua teman-teman blogger dan apara pengunjung blog Keluargaku Sayang. Terima kasih banyak ya sebab sudi bertandang ke sini.

Hari ni pagi-pagi ni sementara kakchik menggantikan Dila di Kaunter Zahra', kakchik dok belek-belek suratkhabar online yang ada. Kakchik dah belek Metro, Kosmo, UM, BH, The Star dan Harakah. Wah, ada macam-macam berita menarik hari ni tapi ada satu yang kakchik nak ulas sikit sebab ianya mengenai Kelantan.

Ini beritanya,

Kelantan kaji tayang filem percuma


10 Rabiul Awwal 1431H
Rizal Tahir

KOTA BHARU, 24 Feb: Kelantan mungkin menjadi negeri pertama di negara ini yang menayangkan filem-filem secara percuma yang memberi mesej pengajaran dan dakwah kepada rakyat.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, perkara itu masih dalam kajian kerajaan sebelum ia dilaksanakan.

Kita menjangka dapat menayangkan setiap dua hingga tiga bulan sekali filem-filem yang membawa mesej baik untuk rakyat.

Apa yang penting filem yang ditayang itu tidak bercanggah dengan Enakmen Kawalan Hiburan 1998,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan negeri pernah menayangkan filem dari Iran yang diarahkan Majid Majidi bertajuk Children Of Heaven.

Filem tersebut memenangi festival filem peringkat dunia yang memaparkan kisah menarik untuk tontotan masyarakat.

Pada 14 Februari lalu, filem Ketika Cinta Bertasbih yang diadaptasikan daripada novel Ustaz Habiburahman El-Shirazy juga dipertontonkan kepada orang ramai.

“Kami mendapat maklmum balas daripada orang ramai selepas tayangan pertama yang begitu positif sekali. Ini menyebabkan tayangan kedua diadakan,” ujar Ahmad Baihaki.

Beliau berkata, pihaknya sudah mendapat persetujuan dan kebenaran dari pengarah bersama filem itu, Habiburahman untuk menayangkan filem terbabit.

Tayangan itu akan diadakan di Balai Islam, Lundang bermula jam 9 malam pada 28 Februari ini.
Apa yang menarik di sini ialah keterbukaan Kerajaan Negeri Kelantan untuk membenarkan tayangan percuma filem-filem yang bermanfaat di negeri ini. Nampaknya hasrat yang sekian lama ini akan terlaksana secara berkala jika segala perbincangan mengenainya berjalan lancar. Kakchik benar-benar harap, ia membuka jalan kepada satu lagi sumber hiburan untuk rakyat negeri ini yang tidak lari dari batas-batas syariat Islam.

 
Sumber imej: Here

Mungkin orang luar akan kata, benda macam ni pun nak cerita kat orang ke? Biarlah... asalkan apa yang dibuat itu (tayangan filem) adalah secara Islamik dengan tujuan mendidik masyarakat dan usahanya dibuat oleh sebuah kerajaan negeri. Kakchik yakin, hujung jatuh tindakan ini adalah kerana Allah SWT.

Dua tahun lalu kami telah menonton Children of Heaven di Balai Islam Lundang, yang mempunyai nilai moral yang sangat tinggi. Walaupun tiada watak perempuan penggoda, tiada keganasan, tiada unsur seram, tiada cinta lelaki-perempuan yang memualkan, tiada pakaian yang seksi, filem ini berjaya menaikkan kesedaran tentang nilai kehidupan kita. Filem-filem bermutu seperti inilah yang bakal ditayangkan di negeri ini. Semoga semakin mantap sumber hiburan di negeri ini tersalur ke jalan yang halal.

Mungkin selepas tayangan Ketika Cinta Bertasbih 2, kerajaan negeri boleh usahakan tayangan filem Laskar Pelangi pula. Bagi kakchik filem itu filem wajib tonton seisi keluarga,

Walaupun kita dapat menonton filem-filem ini di internet, tapi menontonnya beramai-ramai dalam suasana yang terjaga syariatnya, teramat lain pengalamannya dan kesannya.

Allahu'alam.

23.2.10

Telatah yang menggembirakan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Semoga teman-teman semua dalam keadaan sihat walafiat.

Hari ni jamu mata tengok gambar anak-anak sedara kakchik la ya sementara kakchik selesaikan pejabat ni. Gambar-gambar diorang dah terlalu banyak dalam hardisk.

 
Khamis lepas, Emran dan Amni menemani kami ke TM Point yang baru dibuka di Kubang Kerian.

 
Emran begitu khusyuk mendengar cerita online di Reading Is Fundamental

 
Si aktif, Amni yang sangat lincah pergerakannya.

 
Kakak dan Nana


 
Eqbal yang fotogenik.

Semoga terhibur.

22.2.10

Untuk Suamiku - Solat di Masjid

Assalamualaikum dan salam Maghrib semua.

Tak lama lagi waktu Maghrib akan masuk dan sudah pasti ramai di kalangan kita terutama para pemuda, para suami, para ayah dan para datuk sedang bersiap untuk ke masjid begitu juga dengan cik abe.

Gambar dari Jalinan Mesra

Kebetulan pula kakchik baru membaca email terkini di yahoomail. Ada satu email dari izzah hayati sangat menarik perhatian kakchik. Ia mempunyai satu cerita tentang seorang pemuda yang cekal hatinya untuk bersolat Subuh di masjid.

Inilah ceritanya:
Solat Subuh di Masjid


Seorang pemuda bangun pagi-pagi buta untuk solat subuh di Masjid.


Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid.


Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.


Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah.


Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan lagi, berjalan menuju masjid.


Dlm perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama !


Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.


Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid.


Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.


Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan lelaki itu menjawab "Aku melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi aku bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu...".


Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.


Saat sampai di masjid, pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya, lelaki itu menolak.


Pemuda itu mengajak lagi hingga berkali-kali dan lagi, jawapannya sama.


Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat. Lelaki itu menjawab, "Aku adalah IBLIS (syaitan)".


Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.


Syaitan kemudian menjelaskan,


"Aku melihat kamu berjalan ke masjid, dan akulah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa-dosamu.


Aku membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu tetap memutuskan kembali ke masjid.


Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa-dosa seluruh anggota keluargamu.


Aku KHAWATIR jika aku membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan-jangan Allah akan memaafkan dosa-dosa seluruh penduduk desamu, jadi aku harus memastikan bahawa kamu sampai di masjid dengan selamat..."


Jadi, jangan biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap perbuatannya.
Jangan melepaskan sebuah niat baik yang hendak kita lakukan kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yang akan kita dapat dari segala kesulitan yang kita temui dalam usaha kita untuk melaksanakan niat baik tersebut.

KAKCHIK:

Persoalannya, berapa ramaikah di kalangan pemuda kita pada hari ini misalnya suami kita semua yang Subuhnya bersolat di masjid? Kalau bukan Subuh, bagaimana pula dengan waktu solat yang lain?

Jom, kita para isteri penyayang, yang sayangkan suami masing-masing, yang kasihkan ayah masing-masing, yang kasihkan adik dan abang masing-masing, kita berikan galakan agar mereka semua suka bersolat jemaah di masjid kerana di sana ada banyak JAWATAN KOSONG.

Gambar dipinjam dari ahli GengBlogger, kakchik terlupa siapa, kalau singgah tolong mengaku ya.

Syukur alhamdulillah... punya suami yang suka ke masjid. Semoga selamanya begitu.

Sehari Tanpa Update

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad s.a.w. rasul junjungan kita.

Teman-teman blogger dan pengunjung yang dihormati,

Semalam berlalu tanpa sebarang update dari kakchik. Bukan tidak ada isu atau topik yang ingin kakchik bicarakan kat sini tapi beberapa percubaan untuk menulis gagal kerana beberapa gangguan yang berlaku. Tambahan pula semalam kakchik bekerja dan banyak urusan yang perlu dibereskan. Setiap yang kakchik mula tulis, kematian idea di tengah jalan. Langsung disimpan menjadi draf saja.

Satu sebab lagi mungkin kerana malam kelmarin kakchik hanya tidur 2 jam lebih sikit saja. Akibat minum kopi di petang harinya di pejabat, malam pula batuk-batuk hampir beberapa minit sekali, kakchik tak dapat nak tidur. Kakchik baca buku, baca blog dan tengok drama korea dan cuba untuk lelapkan mata tapi hingga ke jam 5.30 pagi, mata tetap juga cerah.

Kakchik sempat chatting dengan yanmie di shoutbox hingga jam 3.30 pagi lepas tu ambil buku dan cuba lelapkan mata. Ingatkan akan cepat tidur tapi buku tu pula membuatkan kakchik makin segar. Silap pilih buku. Patut kena pilih bacaan yang lebih akademik baru cepat tertidur.

Bila cik abe ke masjid solat Subuh, kakchik dapat lelapkan mata hinggalah ke pukul 8 pagi, terus bangun, mandi dan bersiap ke pejabat. Yang hairannya, kakchik tidak rasa letih atau mengantuk langsung, cuma otak kakchik jadi khayal sikit. Nasib baik tidak mengganggu kerja.

Selepas difikir-fikir, kakchik rasa puncanya ialah kopi segera yang diminum. Kali pertama kakchik minum kopi segera jenama itu. Entah bahan apa yang dimasukkan hingga berjaya memutarkan jam biologi kakchik begitu sekali. Kakchik pasti tak akan minum lagi. Kesannya membahayakan kesihatan kakchik.

20.2.10

Jutawan Sendayu Tinggi: Gambar Terkini

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Semoga di waktu petang ni, kita semua sedang menikmati waktu-waktu berharga bersama keluarga tercinta. Di hujung minggu ni janganlah pula kita membuat maksiat ya, misalnya berdua-duaan dengan pasangan kekasih di mana-mana. Sungguh tidak elok di pandang mata dan berdosa di sisi agama.

Di petang yang panas ni kakchik ingin sekali berkongsi gambar-gambar terkini jutawan Sendayu Tinggi, Puan Rozita Ibrahim yang pernah kakchik tulis entri mengenai penghijrahan beliau sebelum ini. Jika ingin membacanya sila klik di sini.

Telah lama kakchik mencari-cari gambar-gambar terbaru beliau selepas beliau memakai purdah. Maklumlah, seorang tokoh usahawan wanita yang bergelar jutawan, menjadi idola ramai orang, tiba-tiba berhijrah dalam pemakaiannya, tentulah ramai yang ingin melihat penampilan beliau yang terkini.

Inilah sebahagian gambar terkini beliau yang kakchik snap dari sebuah majalah kekeluargaan. Mungkin sudah ramai yang melihat dan membaca artikel mengenai beliau di dalam majalah tersebut. Semoga perkongsian gambar-gambar ini akan membuka perspektif kita terhadap wanita Muslimah yang berpurdah.

 
Inilah sebahagian gambar yang terdapat di dalam majalah berkenaan.

Sedutan dari artikel:
BUKAN KERANA MUKA ROSAK

Mengambil keputusan untuk mengenakan purdah sejak setahun lalu, Rozita mengakui, pelbagai andaian dan spekulasi dibuat masyarakat di atas penghijrahannya itu. Malah dia turut membaca komen-komen di laman web yang menyatakan dirinya menutup muka kerana wajahnya telah rosak akibat suntikan dan sebagainya.

Bercakap dengan lebih lanjut tentang perubahannya itu, jelas Rozita, ia bukan dibuat kerana kerosakan wajahnya. Sebaliknya, perubahan itu dilakukan untuk membersihkan diri agar tidak terlalu leka dengan kemewahan dunia.

"Wajah saya masih elok dan sempurna seperti dulu. Ia tidak pernah rosak seperti yang diperkatakan masyarakat. Saya mengaku, saya berubah bukan kerana saya alim tetapi saya rasa sudah sampai masanya untuk saya menzuhudkan diri dan berubah menjadi insan yang lebih baik dan dijauhi daripada sifat-sifat riak yang boleh memudaratkan. Maklumlah kesusahan duniawi sering berpunca daripada hati, jadi saya rasa inilah cara bagi saya untuk mengelak penyakit yang berpunca dari hati.

Walaupun menutup muka bukan tuntutan wajib di dalam Islam tetapi inilah cara saya untuk mengelakkan fitnah. Dengan penampilan ini juga hidup saya lebih tenang dan bebas. Dulu, ketika saya masih menunjukkan wajah kepada khalayak, segala gerak-geri saya diperhatikan masyarakat. Apabila saya tidak memakai pemandu atau memandu kereta mewah, mereka kata saya kedekut dan sebagainya. Dan apabila saya bergaya, mereka kata saya mahu menunjuk-nunjuk, justeru saya mengambil keputusan untuk mengubah penampilan diri.

Dengan imej terbaru ini, saya bebas melakukan sesuatu yang memberikan keselesaan kepada diri saya tanpa pandangan serong daripada masyarakat," katanya yang sudi menunjukkan wajah terbarunya untuk disiarkan di dalam majalah tersebut.
Kakchik tidak akan menyiarkan gambar Puan Rozita yang dibukanya untuk wartawan majalah. Jika kalian ingin melihatnya, silalah beli majalah tersebut.

Manusia yang berhati busuk, akan sentiasa mencari kesalahan orang yang berusaha melakukan kebaikan. Yang mereka cari ialah keburukan, ditulis, dikritik, dikomen mengikut selera nafsu mereka sendiri. Berburuk sangka dan mengumpat. Nasib Puan Rozita yang diumpat kerana beliau menutup wajahnya lebih kurang sama dengan nasib Wardina yang dituduh menjadi anasir parti politik tertentu. Kesian mereka yang terkenal ini, kecodongan mereka kepada Islam dan cara hidup Islam masih juga disalah tafsir oleh mereka yang berhati busuk, semoga Allah lindungi hamba-hambaNya yang ikhlas.

Contohi dan teladani mereka yang berhijrah kepada kehidupan yang lebih Islamik agar kita juga menjadi seperti mereka, berani, bebas dan selesa.


Kredit gambar dan sedutan artikel: Majalah Keluarga Harmoni, Bil. 129

Pandangan tentang akhbar negara kita.

 Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua teman-teman bloggers dan para tetamu.
Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad s.a.w, Rasul junjungan kita.

Teman-teman yang kakchik hormati,

Hari ni kakchik nak bicara sikit pasal suratkhabar-suratkhabar terkenal di negara kita. Kakchik percaya, ramai yang singgah di sini pernah membaca suratkhabar-suratkhabar ini sama ada sekali-sekala atau setiap hari sebagai rutin yang wajib. Bagi kakchik pula membacanya adalah sebahagian daripada tugas harian kakchik sebagai petugas di maktabah. Mencari maklumat terkini, memilih yang baik dan sesuai untuk rujukan pembaca dan membuat penilaian terhadap nilai moral yang dibawa oleh media cetak tersebut. Bukanlah kakchik ini layak untuk membuat penilaian untuk orang lain tapi dengan sedikit ilmu yang ada, kakchik menilainya sama ada Allah suka atau tidak dengan harapan penilaian kakchik itu disukai Allah SWT dan memberi faedah kepada masyarakat.

Dalam banyak-banyak akhbar di negara kita ni secara peribadi, kakchik merasakan ada beberapa yang terlalu banyak menulis tentang isu-isu negatif seperti gossip, jenayah, hiburan dan berita-berita kerosakan akhlak. 

Beberapa hari lepas kakchik saja-saja membilang berita-berita negatif dari halaman pertama hingga ke halaman 23 senaskah akhbar, hanya satu dua saja berita tentang isu semasa dan selebihnya ialah berita rogol, liwat, bunuh, mahkamah, curi, pukul, tikam, kahwin lari, dera, tuduh-menuduh, buang bayi, rumah urut, pelacuran, zina, cerai, halal atau haram, ponteng, dadah, ragut, kemalangan ngeri, barang naik harga, rompakan bersenjata dan bunuh, tangkap khalwat, rasuah, palsu cukai jalan, nahas industri, pecah amanah, dan macam-macam lagi. Ni kakchik refer yang tarikh 20 Jan yang kebetulan ada kat atas meja ni tapi ada juga dari yang minggu lepas.

Bagi kakchik, semua berita tu tujuan utamanya mungkin nak lariskan akhbar tersebut. Orang kita sukakan berita gempar dan gossip panas. Memang itu cara tersendiri untuk menarik pelanggan tapi kakchik agak kecewa kerana penulisan berita-berita tu hanya sekadar membuatkan kita yang membaca ni rasa kesian, sedih, kecewa, tak sangka, terkejut, marah dan banyak lagi perasaan negatif. Tapi sekadar di situ sajalah kerana ia jarang membangun jiwa. Maka sesudah dibelek-belek, kakchik rasa jarang tertinggal kesan mendalam misalnya nak membuat perubahan kepada diri atau masyarakat. Tulisan itu tidak menjadi santapan jiwa dan minda tapi sekadar santapan mata.

Kakchik terfikir, alangkah bagusnya kalau akhbar harian di negara kita ini berita-beritanya boleh membangkitkan keinsafan mendalam di dalam hati-hati pembacanya dan menolong mereka berubah kepada kebaikan. Berita perlakuan jenayah misalnya, usahlah ditulis dengan detail bagaimana mereka melakukannya, kerana ia boleh memberi idea kepada mereka yang di hatinya mempunyai niat jahat untuk meniru cara tersebut. Mungkin highlight kan apakah hukumannya dan siapakah pelakunya supaya masyarakat dapat ambil pengajaran mendalam.

Entahlah... hati kakchik hambar dengan didikan tidak langsung media kepada nilai-nilai negatif. Sepatutnya perbanyakkan berita-berita tentang kebaikan, letak di muka depan, tulis tajuknya besar-besar dan indahkan bahasa laporannya sebagaimana pemberita boleh menggarap tulisan yang memukau tentang hiburan, gossip, jenayah dan sebagainya. Berita-berita negatif itu letaklah di halaman belakang-belakang sikit barulah syiar kebaikan itu lebih dahulu dilihat oleh mata-mata pembaca.

Allahu'alam. Ini cuma luahan peribadi kakchik yang inginkan media cetak di negara kita mengutamakan berita-berita positif berbanding yang negatif. Terlalu banyak yang negatif menggambarkan seolah-olah negara kita ini terlalu banyak berlakunya keburukan terutama kerosakan akhlak rakyatnya. Alangkah baik kalau 20 halaman terawal itu menunjukkan betapa banyak kebaikan berlaku di seluruh negara sebelum kita membaca berita-berita negatif.

Berita tentang masalah sosial mesti ada, tapi janganlah terlalu disensasikan. Kakchik doakan para wartawan di negara kita sentiasa menulis dengan mengingati bahawa di kiri kanan ada Malaikat yang mencatat, di hadapan  ialah masyarakat yang akan membaca, menghadam, menilai, dipengaruhi, jika nilai-nilai baik yang pembaca dapat dan dimanfaatkan, penulis berita juga yang mendapat ganjaran kebaikan tapi jika nilai-nilai buruk yang diterima dan diamalkan pembaca, sia-sialah penulisan tersebut. Semoga kita sentiasa ingat, kita menulis dengan setiap saat diperhatikan Allah setiap perkataan dan niat yang mengiringinya.

Sekadar luahan seorang rakyat biasa di negara Malaysia yang dicintai ini. Moga Allah ampun jika ada salah dan silap. Kita hanya mahu kebaikan dunia dan akhirat.

Wassalam.

19.2.10

Komen Habiburrahman el-Shirazy Tentang Kelantan

CERITA DARI KELANTAN

Siang itu, 14 Februari 2010, saya mendarat di Bandara Kota Bharu, Negeri Kelantan. Saya datang ke Kelantan atas undangan Departemen Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan,sebagai pembicara ahli dalam acara talkshow berjudul, Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat dalam momen Festival Hiburan Islami.

Juga diundang untuk memberi kuliah umum di Masjid Kerajaan. Tiba di bandara panitia sudah datang menjemput. Mereka terdiri dua orang gadis dan dua orang lelaki. Ramah dan baik. Saya langsung diajak untuk menemui tokoh paling dihormati di Negeri Kelantan, yaitu seorang ulama kharismatik yang juga menjabat sebagai Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan, yaitu Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.

Di rumah dinas, tempat Menteri Besar biasa menerima tamu, para wartawan dari media cetak dan elektonik telah menunggu. Ternyata di sana sudah datang terlebih dahulu seorang artis dan penyanyi terkemuka Malaysia yang kini setia mengenalkan jilbab, yaitu Wardina Shafiyyah. Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyambut dengan senyum yang mengembang.

Kharismanya sebagai seorang ulama tampak jelas. Sayangnya beliau tidak bisa berlama-lama menemani. Sebab saya datang memang terlambat. Saya sampai di Kota Bharu pukul 12 siang lebih, yang semestinya dijadwalkan pukul 11 siang. Penyebab keterlambatan itu adalah pesawat Malaysian Air Lines yang tidak tepat waktu. Semestinya terbang dari KLIA ke Kota Bharu pukul 10.00 ternyata baru terbang pukul 11.20. Saya dijadwalkan bertemu dan berbincang dengan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz pukul 11.00, dan beliau ternyata sudah menunggu sejak pukul sebelas.

Beliau pun masih setia menunggu sampai saya datang. Hanya saja tidak bisa berlama-lama menemani, sebab ada tamu lain yang juga harus beliau temui. Sementara beliau menemui tamu yang lain, saya yang baru datang diminta untuk menyantap hidangan makan siang bersama Wardina Shafiyyah dan suaminya.Sebelum makan siang, para wartawan minta konferensi pers. Banyak pertanyaan yang diajukan seputar perkembangan perfilman di Indonesia.

Ada juga yang bertanya tentang proses pembuatan film berkarakter seperti Ketika Cinta Bertasbih dan Ayat Ayat Cinta. Saya sempat menunggu-nunggu adakah wartawan yang akan menanyakan hal berkaitan dengan Manohara. Sebab saya sedang berada di tempat Manohara pernah membuat kisah yang banyak mendapat perhatian di Indonesia. Ternyata tidak ada satu pun yang menyinggung masalah itu. Semuanya fokus menanyakan segala hal yang berkaitan dengan seluk beluk perfilman dan sastra.

Adzan dhuhur berkumandang, Menteri Besar mengajak shalat berjamaah. Saya tidak ikut karena ada bagian dari pakaian saya yang kotor, saya memilih untuk menjama’ shalat dengan jama’ ta`khir. Selesai shalat berjamaah Menteri Besar kembali menemui saya. Kami berbincang-bincang sebentar. Lalu bagian dokumentasi Kerajaan Negeri Kelantan meminta saya berfoto bersama Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Setelah itu panitia mengajak saya langsung ke acara inti yaitu talk show di KB Mall Kota Bharu Kelantan. Panitia memberi tahu pengunjung telah membludak.Saya meminta pengertian panitia untuk membawa saya ke hotel dulu. Sebab saya baru tiba dari bandara, saya perlu cuci muka dang anti pakaian.

Sebenarnya sejak awal saya ingin ke hotel dulu dan berpakaian lebih rapi ketika bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Tetapi waktu tidak memungkinkan, Tuan Guru sudah lama menunggu. Akhirnya saya ikut saja. Maka ketika saya diajak langsung ke KB Mall, saya minta pengertian panitia. Dan mereka setuju. Saya dibawa ke Kelantan Trade Centre untuk membersihkan badan dan ganti pakaian. Acara talk show di KB Mall berjalan hangat. Pengunjung membludak.

 
Sumber imej: Bazilah Addin

Yang unik adalah background panggung dan hiasan Mall seratus persen bernuansa China. Karena hari itu memang bertepatan tahun baru China. Akan tetapi acara sesungguhnya adalah Festival Hari Hiburan Islam. Dalam acara itu tampak jelas kerinduan masyarakat Malaysia akan hadirnya film-film Islami di Malaysia. Masyarakat Malaysia mengakui dalam hal kreatifitas pembuatan film Islami pun Malaysia masih
tertinggal beberapa langkah dari Indonesia.

Mereka takjub dengan yang terjadi di Indonesia. Mereka merindukan adanya audisi pemilihan bintang film yang bermoral seperti yang dilakukan di Indonesia melalui film Ketika Cinta Bertasbih. Hari berikutnya, saya menyempatkan diri melihat rumah kediaman Menteri Besar sederhana dan paling bersih di Malaysia. Saya memang ingin melihat langsung seperti apa rumah tokoh besar yang namanya tercatat dalam 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan dimuat dalam buku berjudul ”The 500 Most Influential Muslims” yang dieditori oleh Prof. John L Esposito dan Prof Ibrahim Kalin.

Rumah Menteri Besar Nik Abdul Aziz memang biasa saja, sama dengan umumnya rakyat Malaysia. Rumah itu ada di samping masjid, berada di komplek lembaga pendidikan yang didirikannya. Tak ada penjaga. Tak ada protokoler. Tak ada polisi yang tampak. Benar-benar biasa.

Siapa pun bisa menemui Menteri Besar ini jika beliau ada di rumah. Siang itu beliau tidak ada di rumah. Saya memang tidak membuat janji untuk itu. Saya ditemui salah satu putra beliau yang juga bersahaja. Dari cerita orang-orang Kelantan, ternyata Menteri Besar Dato` Nik Abdul Aziz dikenal orang yang sangat dekat dengan segala lapisan masyarakat. Ada kebiasaan unik yang dilakukan pemimpin paling kharismatik di Malaysia ini.

Setiap hari Jumàt, tepatnya setelah shalat shubuh, Menteri Besar yang juga ulama besar ini selalu menyediakan diri menjadi tukang cukur bagi rakyatnya. Maka tak heran, jika setiap hari Jumàt, masyarakat berdatangan shalat shubuh di masjid beliau, dan beliau yang menjadi imam shalat. Selesai shalat shubuh puluhan orang bersiap diri untuk dicukur rambutnya oleh beliau. Dan beliau melakukan hal itu dengan penuh rasa sayang pada rakyatnya.

Kebiasaan beliau yang lain. Selama ada di kantornya, jika bukan untuk urusan Negara maka beliau akan mematikan semua fasilitas yang ada di sana. Misalnya jika dia harus shalat pada waktu malam, karena shalat adalah urusan pribadi dan bukan urusan Negara, dia mematikan lampu dan AC yang ada di ruangannya. Kepribadian ini mengingatkan pada kepribadian Umar bin Abdul Aziz.

Tak heran jika Dato` Nik Abdul Aziz ini,pada tahun 1998 dinobatkan oleh Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) sebagai Menteri Besar - kalau di Indonesia sepadan dengan gubernur- yang memiliki reputasi paling bersih di Malaysia.Anugerah itu diberikan sebagai penghargaan atas usaha beliau menentang gejala bentuk suap dan korupsi selama memerintah Negeri Kelantan selama hampir 18 tahun.

Tiga hari saya berada di Malaysia, dan saya menjumpai betapa cintanya penduduk Kelantan pada Tuan Guru mereka, kepada ulama mereka yang juga menjadi Menteri Besar mereka. Ada kalimat Tuan Guru Dato`Haji Nik Abdul Aziz yang diingat selalu oleh rakyatnya, yaitu, ”Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mampu menyatukan hati banyak orang. Bukan pemimpin yang hanya mampu menggunakan kekuasaannya untuk membatasi ini dan itu.

”Selama tiga hari juga, saya masih penasaran kenapa tidak satu orang pun yang menyinggung Manohara. Akhirnya pada suatu jamuan makan bersama beberapa panita, salah seorang dari mereka menanyakan kasus Manohara. Dia bertanya, apakah citra Kelantan sedemikian buruk di Indonesia. Saya jawab, mungkin iya. Tampak dia agak sedih.

Saya lalu balik bertanya sebenarnya bagaimana masyarakat Kelantan memandang kasus Manohara? Orang itu menjawab, mayoritas masyakarat Kelantan tidak tahu menahu tentang kasus Manohara. Tidak ada beritanya sama sekali di Kelantan. Dan itu juga bukan urusan pihak Kerajaan Negeri Kelantan, tetapi itu urusan dalam rumah tangga Istana Raja. Dia sendiri memandang tidak ada yang bisa dibenarkan dalam kasus Manohara. Menurut dia kedua-duanya salah. Dia berkata, ”Mereka bertemu secara tidak baik-baik,dan berpisah juga dengan tidak baik-baik.

Itu masalah dua anak kecil yang tidak baik, tetapi disangkut-pautkan dengan negara. Paling tidak mendengar hal itu, saya telah mengetahui satu sudut pandang masyarakat Kelantan tentang kasus itu. Kenyataan yang saya temui, masyarakat awam Melayu Kelantan sangat menghargai bangsa Indonesia. Dan masih mengakui Indonesia sebagai bangsa besar.

Seorang di antara mereka dengan jujur mengatakan kepada saya, ”Indonesia adalah ikon Islam di Asia Tenggara. Jika Indonesia tegak, maka umat Islam di Asia Tenggara termasuk Malaysia tegak. Jika Indonesia runtuh yang lain juga akan runtuh.”

Habiburrahman El Shirazy
Budayawan Muda, Penulis Novel Ketika Cinta Bertasbih


Maklumat dari: Saifudin Ibrahim

18.2.10

Calon Adik Ipar

STICKY POST. SILA KE BAWAH UNTUK POST TERBARU.



Kelayakan:


1. Khatam al-Qur'an - boleh membacanya dengan baik dan tertib, kalau hafal banyak Surah, lagi baik.

2. Tidak merokok - haram sama sekali.

3. Berakhlak Islam - menghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua, bercakap dengan bahasa yang sopan, berpakaian menutup aurat, takutkan Allah, cintakan Islam - sekadar menyebut beberapa contoh.

4. Menjaga batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan - tidak senang-senang bergurau-senda atau ketawa. Sentiasa membataskan perbualan yang tidak perlu.

5. Boleh menjadi imam solat - sekurang-kurangnya untuk ahli keluarga sendiri.

6. Mencintai ilmu - sukakan program-program ilmu dan menjauhi hiburan yang melalaikan.

7. Matang dalam tindakan dan fikiran.

8. Bersungguh dalam mencari rezeki - stabil kewangannya, ikhlas menanggung isteri, bertanggungjawab pada ibu bapa.

9. Suka solat berjemaah di masjid - Ayah yang sudah hampir 80 tahun pun dari muda hingga ke tua, solat 5 waktunya di masjid kecuali sakit.

10. Berumur antara 29 - 33 tahun.

Beginilah kalau hari Khamis.

Assalamualaikum dan salam petang yang cerah untuk semua.

Dah petang barulah kakchik ada masa sikit untuk update blog. Sekarang ni kakchik di Zahra', datang bukakan pintu untuk Dato' yang ada mesyuarat dengan beberapa orang yang kakchik tak kenal. Sementara mereka bermesyuarat tu, kakchik ambil peluang ni untuk update blog.

Pagi:
1. Bangun lambat hari ni sebab masih 'bercuti' nasib baik tak terbabas lebih dari pukul 7. Buat malu je...
2. Basuh kain-baju yang tidak machine friendly sebaldi dan sebakul dengan washing machine.
3. Layan Emran dan Amni - buat read aloud sebentar lepas tu biarkan mereka tengok read aloud kat internet di Reading is Fundamental.
4. Sediakan sarapan cik abe - makaroni goreng, air teh.
5. Menggosok - beberapa helai je, cukup untuk beberapa hari.

Tengahari:
1. Bungkus buku-buku yang pelanggan online beli. 2 bungkusan dah siap dibuat sejak hari Selasa, hari ni tambah 3 lagi.
2. Mandi - hari cuti selalunya mandi lambat sebab perlu selesaikan kerja rumahtangga dulu.
3. Print soalan assignment untuk 3 subjek, baca sepintas lalu. Esok ada tutorial.
4. Lepas makan tengahari dengan cik abe, ke Pos Mini Padang Tembak - poskan semua bungkusan.
5. Terus ke MariBaca.

Petang:
1. Baru beberapa minit sampai di MariBaca, boss telefon minta bukakan pintu Zahra'. Adus! Hangus RM2 bayar parking. Nasib baik Zahra' dengan kedai dekat je.
2. Di Zahra' dan sekarang nak ke mesyuarat la pulak. Dato' pun dah balik tinggal kakchik sorang-sorang dalam banguna besar ni.
3. JKR 10 - kejap ya, nak tutup segala pintu dulu barulah ke sana.

Hingga jumpa lagi, wassalam.

3 Penzina Wanita Disebat

3 wanita disebat

Oleh Sazarina Shahrim
sazarina@bharian.com.my


PEGAWAI Jabatan Mufti Negeri Pahang menunjukkan cara sebatan kes peminum arak dan zina pada satu seminar di Kuantan, baru-baru ini.

Kumpulan pertama jalani hukuman ikut undang-undang syariah: Hishammuddin

PUTRAJAYA: Tiga wanita yang disabitkan dengan kesalahan melakukan persetubuhan luar nikah, menjadi kumpulan wanita pertama menjalani hukuman sebat mengikut undang-undang syariah di negara ini.

Pelaksanaan hukuman itu dijalankan di Penjara Wanita Kajang pada 9 Februari lalu dengan disaksikan 13 orang termasuk Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan serta pegawai dari Bahagian Syariah Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri.



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata dua daripada wanita itu dikenakan enam sebatan, manakala seorang lagi empat sebatan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 23 (2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 antara Disember 2009 hingga Januari lalu.

Sambil merujuk kebimbangan sesetengah pihak berhubung hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor yang belum dilaksanakan, beliau menegaskan sebatan terhadap tiga wanita itu tidak langsung mendatang kecederaan.

"Dari segi pelaksanaan dan kebimbangan orang ramai kononnya apa yang berlaku (hukuman) tidak berperikemanusiaan dan mencederakan, tidak berasas dan hanya digembar-gemburkan sedangkan apa yang dilihat tiada kesan kecederaan langsung.
"Berdasarkan temubual dengan tiga pesalah wanita itu, didapati bahawa mereka reda, insaf dan bertaubat dengan hukuman yang diterima.

"Walaupun sebatan tidak mendatangkan luka pada badan, mereka mengakui ia mendatang kesan yang mendalam kepada diri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini, semalam.

Beliau berkata, seorang daripada wanita itu sudah dibebaskan Ahad lalu selepas menjalani hukuman penjara sebulan, seseorang lagi akan dibebaskan hujung bulan ini manakala pesalah ketiga Jun depan.

Selain tiga wanita terbabit, katanya, empat pesalah lelaki turut dikenakan hukuman enam sebatan pada hari sama pada jam 10 pagi. Tahun lalu, keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan yang menjatuhkan hukuman enam sebatan terhadap Kartika Sari kerana kesalahan meminum arak, mencetuskan kontroversi sehingga menyebabkan hukuman berkenaan terpaksa ditangguhkan sehingga hari ini.

Beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempertikaikan hukuman itu yang didakwa sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan walaupun Kartika Seri sendiri rela untuk dikenakan sebatan.

Hishammuddin berkata, pihaknya bekerjasama rapat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama dan kehakiman syarie dalam melaksanakan hukuman itu.

"Saya berharap isu ini tidak disalah erti sehingga mencemarkan kesucian Islam. Hukuman berkenaan adalah untuk mendidik dan memberi keinsafan supaya mereka yang terlanjur dapat kembali ke pangkal jalan dan membina hidup baru yang lebih baik," katanya.

NOTA KAKCHIK:

Semoga bukan mereka sahaja yang insaf tapi kita semua turut insaf dalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai anggota masyarakat yang prihatin. Sama-samalah kita ingat-mengingati agar DOSA seperti ZINA ini tidak berleluasa di kalangan kita terutama di kalangan anak-anak remaja.

17.2.10

Siapa yang tak mahu jadi kaya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan berbahagia sokmo.

Sejak petang tadi kakchik mencari-cari mood untuk update blog. Sambil-sambil membaca akhbar online, kakchik jalan-jalan ke blog kawan-kawan. Banyak betul sekarang ni teman-teman bloggers yang menulis luahan hati mereka berkaitan sikap sebahagian bloggers yang suka blogwalk ke banyak blog dengan mengharapkan tuan punya blog membalas lawatan mereka atau mem 'follow' mereka. Ramai nampaknya tidak suka dengan amalan sedemikian. 

Kakchik pun kadang-kadang rasa annoying juga terutama yang singgah tanpa salam terus minta kakchik follow dan ada yang tipu kata "i follow you, follow me back" tapi takde pun ikon dia kat list Followers tu. Maafkan kakchik ya, kakchik tak suka memaksa orang follow blog kakchik dan tolong jangan tinggalkan ayat2 macam tu kat shoutbox kakchik. Kalau buat macam tu dalam bisnes, alamat pelanggan lari. Kakchik amatlah malas nak follow kalau orang buat begitu.

Cerita pasal nak jadi kaya ni, kakchik teringat sebuah buku tulisan Aa Gym iaitu AKU TIDAK MAHU KAYA TAPI HARUS KAYA. Kaya ini materialistik dan orang yang kaya di akhirat kelak memang lama dia di mahkamah Allah sebab setiap hartanya akan dihisab. Tapi sebagai orang Islam yang ingin menegakkan agama Allah, kita harus kaya. Kaya boleh mengeluarkan ZAKAT, membantu golongan yang susah. Tambahan pula, TANGAN YANG MEMBERI ADALAH LEBIH BAIK DARI YANG MENERIMA. Sudah tentu yang mampu memberi itu lebih kaya dari yang menerima.

Nak tak nak, kita kena jadi kaya. Contohnya, kaya seperti Saiyidatina Khadijah atau Saiyidina Abu Bakar yang melaburkan segala hartanya untuk Islam. Mungkin tahap itu terlalu tinggi bagi kita, jadi di zaman moden ni mungkin kita boleh contohi Syed Mokhtar al-Bukhary yang kaya tapi turut berbakti kepada masyarakat. 
"TAN Sri Syed Mokhtar Albukhary kekal jutawan tunggal Melayu yang menduduki tempat ke-10 teratas dalam senarai 40 individu terkaya Malaysia berdasarkan kaji selidik dilakukan majalah Malaysian Business terbitan Berita Publishing Sdn Bhd setakat 15 Januari 2010 yang diterbitkan semalam.

Jutawan berusia 58 tahun yang mencatatkan nilai kekayaan keseluruhan RM6.01 bilion itu menduduki tangga ketujuh dalam senarai carta yang terus didominasi Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok dengan nilai kekayaan keseluruhan RM42.76 bilion selepas menambah RM16.10 bilion dalam jumlah hartanya. Tahun lalu, nilai kekayaan Robert Kuok RM26.6 bilion.

myMetro, 17 Feb 2010"

Jom kita jadi orang kaya yang bertaqwa.
Jom kita jadi orang kaya yang membayar zakat.
Jom kita jadi orang kaya yang pemurah.
Jom kita jadi orang kaya yang penyayang.
Jom kita jadi orang kaya yang ikhlas.
Jom!

Fungsi Page Dalam Photoscape

Kakchik ni masih baru dalam menggunakan perisian Photoscape ni. Sebelum ni ada cuba-cuba menjelajah fungsi Editornya tapi malam ni nak main-main pula dengan fungsi Page. Budak baru nak belajar... main yang mudah-mudahlah dulu hehe.

Gambar-gambar di bawah ni ialah hasilnya:

 
Amni Wadhihah

 
Adik dengan Eqbal Murshidi

 
Pizza, Mee Bandung, Burger dan Mee Hailam

 
Bougainvillea kesayangan Ummi

 
Koleksi Pashmina yang kakchik jual. Sepupu jadi model.

 
Di MariBaca Bookstore

Masih banyak yang kakchik nak explore dalam Photoscape tu. Perlahan-lahan la kan lagipun kena tunggu ada masa luang sikit. Untuk malam ni, main yang simple aje dulu.

Bagi sesiapa yang nak tahu apa itu Photoscape, sila klik di atas perkataan Photoscape kerana kakchik dah letakkan link untun muat turun.

16.2.10

Menonton Wayang Buat Kali Pertama

Malam 14hb yang lepas kakchik dan cik abe buat pertama kalinya dalam hidup kami pergi menonton wayang. Tak percaya? Percayalah...

Kompilasi 2 buah novel KCB yang kakchik beli dengan harga diskaun RM56 sebuah.

Wayang yang kami tonton tu dahpun kakchik war-warkan dalam blog ni sebelum ini. Filem mana lagi kalau bukan KETIKA CINTA BERTASBIH. Bukannya kami tak boleh tengok melalui Youtube tapi kami ingin turut sama meraikan usaha Kerajaan Negeri untuk memperkenalkan filem-filem Islamik kepada masyarakat. Tayangan KCB1 ini adalah sempena Hari Hiburan Islam pada tarikh tersebut.

Bagi kebanyakan orang, menonton wayang mungkin sudah terlalu biasa, tiada yang pelik atau istimewanya. Bagi kakchik pula adalah sebaliknya. Di Kelantan ini bukan tidak ada panggung wayang, kalau tak silap masih ada sebuah yang beroperasi. Entah-entah sudah gulung tikar, allahu'alam. Didikan Islam yang kakchik terima sejak kecil, mendidik kakchik bahawa menonton wayang di panggung bukanlah sesuatu yang sihat kerana suasana panggungnya yang gelap, percampuran tempat duduk dan sebagainya yang sangat tidak sesuai dengan jiwa Islam. Sebab itu dalam keluarga kakchik tiada seorang pun ada pengalaman menonton wayang di panggung/cinema.
Bergambar bersama penulis novel KCB, Kang Abik (Habiburrahman el-Shirazy) selepas tamat tayangan.

Tapi bila ada peluang menonton wayang dalam suasana yang Islamik dan terkawal, apa salahnya kami mengambil peluang itu untuk mencari pengalaman. Tambah-tambah filemnya adalah yang sangat kakchik nanti-nantikan selama ini. Alhamdulillah cik abe pun bersetuju nak sama-sama menontonya. Bukan senang tu... hehe.

JIWANG ISLAMIK

Bagi kakchik inilah jenis filem cinta yang paling Islamik setakat ini berbanding filem-filem yang ada. Kualiti penjagaan batas-batas Islam amat jauh berbeza dari filem Ayat-Ayat Cinta. Sebenarnya sampai ke hari ni kakchik belum pun menonton AAC kerana membaca dan mendengar komen orang ramai membuatkan kakchik tidak mahu merosakkan sangka baik kakchik terhadap bukunya. Ada kawan kata, baik jangan tengok filemnya, nanti spoil.

Buku ini istimewa kerana ada tandatangan Kang Abik.

Kakchik menangis menonton KCB kerana di awalnya kakchik melihat al-Azhar, universiti di mana cik abe pernah menghabiskan 3 tahun usianya menimba ilmu. Katanya ingin kembali ke sana dengan membawa kakchik sekali. Entah bila impian itu akan tercapai, Tuhan saja yang tahu. Air mata berlinang kerana kakchik terasa sayu melihat sebuah universiti terulung di bidang pengajian Islam dan suami kakchik pernah menjadi pelajarnya. Pernah melalui pengalaman seperti Abdullah Khairul Azzam.

Filem KCB tidaklah meletakkan cinta sebagai mainan tetapi isu cinta antara lelaki dan perempuan disandarkan pada Islam. Teguhnya iman seorang lelaki dalam mencari pasangan hidup yang menepati ciri-ciri Muslimah yang cintakan agamanya.

Kakchik sangat suka jalan ceritanya, cara pengambilan pelakonnya, menurut Kang Abik, penulis novelnya, daripada 7000 orang yang datang audition, hanya 100 dipilih menyertai kem sebulan ala Akademi Fantasia tetapi cara Islamik. Semua peserta mestilah boleh membaca al-Qur'an dengan baik dan betul. Mereka ditamrinkan selama sebulan, bersolat Subuh berjemaah, belajar lakonan, diberi pendidikan agama oleh ustaz-ustaz jemputan dan dipantau lakonan mereka agar selari dengan syariat Islam.

Rakam kenangan selepas tayangan selesai jam 12 malam.

Kakchik boleh setuju 90 peratus dengan filem ini dalam menggambarkan bagaimana muamalah antara lelaki dan perempuan perlu dijaga.Persentuhan lelaki dan perempuan dalam lakonan, penjagaan pakaian, ayat-ayat bicaranya dan isu-isu moral masyarakat seperti menghormati ibu bapa (orang yang lebih tua), menjaga keluarga, kewajipan menyampaikan ilmu walau sedikit.

Kakchik menjiwai filem ini lebih-lebih lagi kisah pra-perkahwinan kami ada sedikit persis jalan ceritanya.
Related Posts with Thumbnails