Followers

14.7.10

Kemalangan tidak berbau

Assalamualaikum dan salam Maghrib untuk semua.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT sebab masih mempunyai peluang untuk mendirikan solat berjemaah bersama cik abe kemudiannya membaca Surah Al-Ankabut hingga habis. Insyaallah jika umur masih panjang kakchik akan sambung membaca Surah Ar-Ruum lepas Maghrib esok.

Sememangnya kakchik harus bersyukur kerana masih diizinkan bernyawa walaupun sedikit trauma selepas kejadian pagi tadi. Semuanya takdir Allah yang kita tidak jangka. Inilah kronologinya.

Rumah ke BIMB
Hari ni hari kakchik ke bank Islam di KK untuk menyelesaikan beberapa urusan pejabat. Oleh kerana BIMB terletak dalam laluan perjalanan ke pejabat maka kakchik singgah di situ dulu sebelum ke pejabat. Oleh kerana sistem di bank hari ni terutama mesin deposit tunainya terlalu lembab, urusan kakchik selesai agak lewat iaitu hampir pukul 11 pagi.

BIMB ke RFC KK
Selesai urusan bank selesai, kakchik teringat jemputan seorang teman FB agar ke Radix Fried Chicken yang baru beroperasi di KK. Lagipun kakchik ada hajat untuk membelanja rakan sekerja di Zahra' makan ayam herba HPA. Kedudukan BIMB dengan RFC sangatlah dekat tapi servis di RFC agak perlahan. Mungkin kerana staf tak ramai dan belum begitu cekap.

RFC Kubang Kerian, tema warna oren. Macam pasukan Belanda je.
Kaunter pesanan pelanggan yang ada dua stesyen saja.
Tingkat 1 yang masih lengang semasa kakchik singgah. Ada tempat mainan kanak-kanak.
Model-model kakchik hehe.
Pandangan dari sudut lain.
Tempat kanak-kanak bermain.

Jadi, kakchik ambil peluang meninjau dekorasinya sambil mengambil beberapa keping gambar. Tak sangka pula terjumpa dengan adik-adik peminat blog dari USM yang turut makan di RFC. Mereka jadi mangsa kakchik hehe - kena jadi model la. (Terima kasih ya Nad and the Gang, semoga kalian semua akan jadi doktor yang hebat satu hari nanti.)

RFC ke Nasi Kak Wook
Setelah kakchik beli satu set Mix Party untuk 6 orang (lebih kurang macam combo KFC), kakchik singgah di kedai Nasi Kak Wook untuk membeli nasi. FYI kakchik belum sarapan pagi. Sebelum keluar rumah tadi hanya alas perut dgn sekeping roti bakar disapu jem dan 2 teguk air kopi wanis. Kakchik kena makan nasi, kalau tidak kakchik tak akan dapat kerja dengan baik.

Lepas beli nasi kakchik ambil jalan pintas melalui depan SKKK3 untuk ke pejabat. Jalan ni dia ada bahagian selekoh tajam berbentuk L. Di depan kakchik ada sebuah Grand Livina putih berplet wilayah bergerak dengan sangat perlahan. Dalam hati, kakchik fikir pemandunya tentu sedang mencari jalan jadi kakchik jarakkan kereta tapi terus mengekori kereta tu hingga sampai selekoh L.

Kemalangan
Grand Livina tu macam tak pasti nak ke depan atau nak berhenti jadi untuk beri peluang kepada pemandu membuat keputusan kakchik brek kereta bila sampai di selekoh L tu. Kereta tu masuk sedikit ke bahagian membelok, agak-agak jarak antara kereta kami tu muat sebuah motorsikal, TIBA-TIBA dia terus UNDUR tanpa bagi signal langsung. 

Masa tu kakchik memang dah berdebar macam terasa je dia nak undur, dalam debaran tu tangan mencari punat hon pun tak jumpa. Sebaik saja tangan kiri kakchik menekan hon, DUM! Kereta sudah dilanggar. Kakchik terus kata ALLAHU AKBAR beberapa kali, tukar gear P dan keluar dari kereta. Pemandu G. Livina juga berbuat demikian.

Pandangan depan. Kalau lihat pandangan dari sisi kiri barulah nampak di mana sengetnya.
Bumper Grand Livina tertolak keluar dan calar-calar.

"Ya Allah! Kak, saya minta maaf kak... salah saya.", kata pemuda tu. Dari pakaian dan penampilannya kelihatan macam orang yang baik. Kalau ikutkan bunyi dentuman yang kuat tu kakchik fikir tentu himpit teruk bahagian depan Kenari kakchik, tapi alhamdulillah tidaklah seteruk kereta pemuda tu tapi esok barulah kakchik akan tahu berapa kos membaiki bahagian depan tu sebab mmg rosak juga cuma tak nampak kalau lihat dari depan.

Ringkas cerita, kakchik ceramahlah sikit kat dia pasal sikap berhati-hati dan tidak patut reverse di kawasan selekoh tajam dan sempit macam tempat kejadian tu. Dah ambil kad bisnes dia, kakchik akan telefon dia untuk klim bayaran baiki kereta. Kakchik terpaksa suruh dia tanggung kos sebab dia salah 100%. Kakchik tak marah mala sembang elok-elok dengan dia.

Terima kasih kepada CikMat dan Pokcik Aziz yang tolong datang menilai kerosakan dan berkenalan dengan pemandu yang cuai tu. Kakchik tak dapat bagitau cik abe sebab masa kemalangan tu telefon habis bateri (pengajaran - caj telefon sebelum keluar rumah) dan kakchik terpaksa pinjam telefon adik tu. Jadi kakchik telefon pejabat ajelah sebab no.telefon rumah masih baru dan kakchik belum hafal. No.telefon Zahra' je yang ingat.

Malang memang tidak berbau. Trauma sikit-sikit masih ada.

17 comments:

  1. Syukurlah kak chik takde apa2..Peringatan tu. Supaya berhati2 bila memandu.

    Cam best je KFC Radix tu...

    ReplyDelete
  2. Iya, kakchik memang berhati-hati. Orang depan yang cuai.

    Ayam RFC berherba, terasa lain sedapnya.

    ReplyDelete
  3. Salam kak Chik,

    Alhamdulillah, bersyukur akak kak chik tak cedera..itulah kan kak chik walaupun kekadang kita berhati2 tetapi disebabkan oleh kecuaian oranag lain, kita yang menjadi mangsa..itulah yang dikatakan malang tak berbau..kalau dah berbau sure kita boleh elakkan..

    Semoga ianya menjadi ikhtibar kepada pemuda tersebut supaya lebih berhati2..

    ReplyDelete
  4. syukur kak chik selamat....tulah..kita dah ebrhati2..org lain pulak yang alpa..

    ReplyDelete
  5. Wkslm kak azah.

    Alhamdulillah kak. Kakchik anggap kejadian tu sbg peringatan kecil je dr Allah SWT. Rasanya pemuda itu pun fikir panjang tu. Dia pun gementar sangat tadi.

    ReplyDelete
  6. Catlina, malang tak berbau dik.

    ReplyDelete
  7. hoho.alhamdulillah kakchik xde pape.mcm2 boleh j datas jalan nih.take care ea kakchik:)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah, nasib baik skit jer...

    nampaknyer kena jarak lagi jauh dari kereta depan tuk lebih selamat, tu lar kadang kita dah berhati2 orang lain pulak...

    ReplyDelete
  9. salam chik...
    syukur tak serius kemalangan ni,lain kali hati-hati ye chik,walaupun cikmin tahu kakchik memang tak salah langsung dalam hal ni,tapi tu la kan chik,bila kita agak panik,hon depan mata tu pun kita tak leh nampak..

    ReplyDelete
  10. kak chik alhamdulillah kak chik selamat...kita pun pernah gak orang langgar belakang kemek la skit kita punya keta kecik tu kan...nak buat camner memula pandang masa orang langgar tu tak nampak pun kemek kat bonet dah balik rumah baru nampak...nasib la kena tanggung sendiri kos baiki..huhuhu

    ReplyDelete
  11. terima kasih sizuka. paling bimbang mati atas jalan je. mohon sgt dgn Allah nak mati cara yang baik-baik.

    ReplyDelete
  12. wan, memang kakchik syukur sebab sikit je. ha'ah jarak tu patut lagi jauh. masa tu kami bergerak dalam 20km/jam kakchik ingat tak bahaya sangat. silap juga.

    ReplyDelete
  13. wkslm cikmin.
    terima kasih. banyak lagi yang chik nak kena beringat. ketar tangan cari hon sebab otak kata dia pasti akan langgar.

    ReplyDelete
  14. syukur alhamdulillah kami dua-dua selamat, tak cedera apa-apa. nasib kita hampir serupa kan, balik dr tempat kejadian baru nampak kerosakannay. sabar ajelah.

    ReplyDelete
  15. Wkslm Nad. Takpe... orang busy, biasa la tu. Sama2 Nad. Semoga bahagia belajar di USM.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs