Followers

31.10.09

Tazkirah Hati

2 comments

The Road Less Traveled

When a gush of wind pushed me
To this road less traveled,
I thought I would stumbled,
I thought I would fumble in the dark,
I thought surely I’ll fall!

Little had I noticed,
The bruises on my body,
Had made it tougher,
To stand the wicked weather...

Little did I realize,
Every fall in the ditch,
Strengthens my spirit...

Little did I know,
Every time I thought I lost my soul,
I found faith bringing it back to me...

The feeling was different...
Because I have always wanted...
To see the light
At the end of the tunnel,
Because I have always imagined...
The beautiful landscape
At the bottom of the hill.

The feeling changed
From scared to blessed...
In the darkness,
I can see the guiding light...
In the loneliness,
I hear the voices of my heart...

Every time I lost my balance and fell,
HE made me persevere with determination,
To get up and never give up I must tell...

The road less traveled,
Surely the road not preferred!

Regret it not,
For it was not a choice,
Blessed indeed I profoundly felt,
Because the gush of wind...
Made me take the road less traveled!

~ RadenGaloh.

30.10.09

Perunjukan Fesyen Gala Pesona di KTC

18 comments
NOTIS: SEGALA GAMBAR YANG ADA DI SINI ADALAH HAK MILIK KAKCHIK, JADI TOLONG JANGAN COPY KECUALI KAKCHIK IZINKAN TERLEBIH DAHULU.

Assalamualaikum wbt.

Sebagaimana yang kakchik janjikan, inilah sebahagian gambar-gambar semasa di Gala Pesona petang semalam. Inilah pertunjukan fesyen yang sangat GRAND bagi kakchik diadakan di negeri ini. Diadakan secara tertutup, khusus untuk muslimat sahaja, tiada seorang lelaki pun yang terlibat dalam acara ini kecuali 3 orang kanak-kanak lelaki bawah umur, hehehe yang hadir bersama ibu masing-masing. Alhamdulillah... memang seronok sekali.

KakChik sebenarnya tak dapat ambil banyak sangat gambar semasa model-model beraksi kat pentas sebab tak mahu berlawan dengan terlalu ramai jurugambar yang lain terutama wartawan yang meja mereka hanya di sebelah meja kakchik. Jadi layan ajelah gambar-gambar yang diambil dengan kamera telefon ni. Kamera kakchik tiba-tiba je buat hal.


Kakchik dengan sahabat-sahabat seusrah, Kak Nur dan Ni'mah, BFF semuanya.


KakChik bersama Na yang juga sahabat seusrah, penaja utama kehadiran kakchik ke gala tersebut. Terima kasih Na. Lawalah baju komiti majlis... tanda sokongan kepada kempen kanser payudara ke?


Tiket kehadiran untuk tempat yang istimewa, meja CEO, hehehe... tak sangka pula.


Inilah dia pentas peragaan sebelum majlis bermula. Segalanya pink sempena bulan kesedaran kanser ni.


Yang ini pulak ialah pentas untuk sesiapa saja bergambar, ala-ala macam Emmy Award ke apa-apa jenis award la... sebelum masuk dewan, berhenti kat sini dan bergambar.


Pintu utama Dewan Konvensyen KTC tempat majlis berlangsung. Tengoklah tu ahli-ahli komiti yang pakai jubah batik moden warna pink. Cantik kan.


Salah satu pakaian yang diperagakan. Kalau nak tengok yang lain singgah di KakChik's Wardrobe la pulak.


Farah Adeeba pun turut membuat penampilan istimewa. Dia keluar sekali je.


Penampilan istimewa oleh Maizawati Zainal ex-wife Akhil Hayy. Memang lawa orangnya. Abaya yang dia pakai pun saaaaangat lawa. Maaf la gambar tak lawa.


Dan adik pengacara yang cantik manis, Syarifah Noor dari TV9.

Semoga perkongsian ini dapat juga menggembirakan hati kalian.

NOTIS: SEGALA GAMBAR YANG ADA DI SINI ADALAH HAK MILIK KAKCHIK, JADI TOLONG JANGAN COPY KECUALI KAKCHIK IZINKAN TERLEBIH DAHULU.

29.10.09

Harap Maaf

6 comments
Assalamualaikum semua.

Kakchik tak dapat nak upload gambar semasa gala petang tadi sebab kepala tengah sakit ni. InsyaAllah kalau esok sakitnya dah hilang kakchik akan uploadkan.

Maafkan kakchik ya. Mungkin sebab dah keluar rumah dari pagi menyelesaikan pelbagai urusan dengan memandu dan berjalan ke sana ke mari, darah kakchik naik sikit, tu yang rasa menyucuk-nyucuk di kepala. Balik rumah pun dah hampir 7.50 malam selepas ke rumah Kak An.

Jadi, kasi can kakchik rehat ya malam ni.

Diharap bersabar.

Today's Busy Schedule

4 comments

Rumah kami yang masih belum siap.

Assalamualaikum dan salam pagi ceria semua. Semoga kalian semua dalam keadaan sihat walafiat dan bergembira selalu.

Kakchik hari ni alhamdulillah, sihat dan syukur alhamdulillah kerana masih diizinkan Allah untuk menghirup udara segar di alam milikNya ini. Memang sangat segar suasana pagi ni sebab dari malam tadi hujan turun tak berhenti-henti tapi renyai-renyai saja. Harapnya cuaca begini tidak akan membantutkan pelbagai tugasan yang akan kakchik laksanakan hari ni.

Sebenarnya kakchik takde idea nak berkongsikan apa pagi ni jadi berkongsi jadual kerja pun tak kisah la kan. Bukannya jadual kerja wakil rakyat, hehehe...

Ok... apa yang kakchik nak kena buat hari ni?
  1. Membasuh abaya - malam tadi dah disental abaya sebaldi tu, pagi ni cuma perlu dibilas dan dikeringkan. Abaya semuanya kakchik basuh dengan tangan. Nak masukkan dalam mesin basuh bimbang tercabut segala manik dan hiasan lain.
  2. Sarapan - hari ni Ummi dah siapkan sarapan awal-awal lagi jadi kakchik hanya tukang makan. Terima kasih Ummi sebab tak payah nak buat sarapan. Sayang Ummi!
  3. Ke pejabat pos - mengeposkan beberapa bungkusan buku dan abaya yang dibeli pelanggan. Hari Khamis ni hari khusus untuk urusan ini. Lagipun kakchik tak kerja hari ni, senang nak ke mana-mana (dengan izin Cik Abe lah...)
  4. Kedai mozek - pergi dengan Ayah untuk beli mozek untuk tingkat atas rumah dan bilik-bilik air.
  5. Ke Maybank - deposit cek untuk PTS
  6. Ke Bank Islam - deposit tunai dan cek untuk Dar Nur al-Zahra'
  7. Ke MariBaca - kenalah jenguk-jenguk kedaibuku kesayangan ni. Urusan bisnes sendiri, hari ni dah nak sampai penghujung sale. Dapatlah tolong-tolong ringankan tugas pembantu kedai.
  8. Rumah Kak Ann - jemputan makan tengahari sempena anaknya nak ke madrasah tahfiz di Pulau Pinang. Kawan baik kakchik ni yang juga suka pakai abaya. Satu geng la ni. (pergi dengan Cik Abe)
  9. Gala Pesona Cik Siti Wan Kembang - jemputan ke pertunjukan fesyen di Kelantan Trade Center jam 2.30 petang. Yang ni memang nak pergi. Sesuai nak buat laporan dalam KakChik's Wardrobe.
InsyaAllah semuanya akan dapat dilakukan dan diselesaikan dengan baik.

Sekarang kakchik permisi dulu. Susah sikit nak menaip bila si comel Amni duduk atas riba ni. Jumpa lagi. Wassalam.

27.10.09

Pink Hijab Day for Breast Cancer Awareness

14 comments
Esok kan 28 Oktober kan? Esok ialah GLOBAL PINK HIJAB DAY! Apa itu Global Pink Hijab Day? Ok, sila ke sini untuk maklumat lebih lanjut.

Mission:
Pink Hijab Day is intended to shatter stereotypes of Muslim women, as well as raise awareness and funds for breast cancer research. All over the world, Muslims participated by wearing pink hijabs, pink ribbons, and donating to breast cancer foundations.

Ini idea kakchik untuk pakaian ke pejabat esok. Abaya hitam dengan hijab warna pink serta aksesori bersesuaian termasuk lambang sokongan kepada kempen kesedaran kanser payudara.

Rasanya kalau tengok dalam almari, kakchik memang ada semua item yang nak serupa macam dalam set kat atas tu. Jom kita cek.
  • Abaya hitam - ada (TheAbayaSouq)
  • Beg coklat - ada (Rorine)
  • Wedges - ada (Bata)
  • Shawl Pashmina Hot Pink - ada (pinjam Adik punya)
  • Cincin - ada (cincin kahwin sentiasa di jari)
  • Jam - ada (kakchik pakai jenama Crocodile je)
  • Minyak wangi - ada (Sweetheart) - tak pakai kalau gi keje
  • Cermin mata - ada (Bonia - memang wajib pakai)
Banyak juga item yang kakchik pakai setiap hari. Tu belum dikira baju yang dipakai di bawah abaya. Sebab itulah kain yang dibasuh setiap hari sentiasa banyak dan kerja nak melipatnya selalu je mengambil masa.

Anyway... back to the topic.

Sebab tak mampu nak tolong cara lain, kakchik harap cara ni pun boleh menolong meningkatkan kesedaran kita semua untuk menjaga kesihatan diri dan sentiasa membuat pemeriksaan payudara. Semoga diri kita semua terhindar dari sebarang penyakit dan semoga semua pesakit kanser atau apa jua penyakit akan segera sembuh dan meneruskan hidup dengan lebih insaf dan mendekatkan diri kepada Allah. Penyakit juga satu ujian cuma kita kadang-kadang terlupa. Kita pun tak tahu bila kita akan diuji. Sementara ujian datang, baiklah kita syukuri segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita setiap saat.

Ok lah, mata pun dah mengantuk. Hujan pun dah turun tu. Sedap tidur malam ni. Peminat-peminat bolasepak pun tentu gembira dan lena tidur malam ni sebab Kelantan menang separuh akhir tadi. Cik Abe pun dah berjam-jam di depan pcnya mengemaskini setiap perkembangan. Balik je dari kuliah malam ni, terus je dia di situ sampailah di saat kakchik menaip ni. Tahniah Kelantan! Rasanya akan jumpa pasukan N9 di final nanti.

Sebelum permisi, satu berita baik, kakchik menang lagi!

Menang contest di Polyvore je, hehe. Inilah set yang kakchik menang no. 3 tu. Contest sempena kempen ni.

Kalau boring, jom singgah ofis kakchik

14 comments
Assalamualaikum dan selamat berehat. Sekarang ni sama ada waktu makan, waktu solat dan waktu rehat bagi kita semua. Ada juga waktu ni adalah waktu untuk keluar shopping terutama kalau bekerja tentu satu jam waktu rehat ni digunakan untuk pelbagai tujuan. Pejabat dekat dengan shopping mall, tentu cepat je akan ke sana tambah-tambah gaji dah masuk, hehe.

Kakchik tak ke mana, sambil berehat ni kakchik main-main dengan kamera dalam pejabat yang sejuk ni. Dok sorang-sorang memang cepat sejuk, lainlah kalau berkongsi. Kalau rasa takde kerja, bolehlah singgah ke pejabat kakchik ni.

Inilah tempat kerja kakchik setiap hari kecuali Khamis dan Jumaat.


Kalau dari atas kerusi, boring sikit, boleh jenguk ke luar tingkap. Tengok pokok menghijau, dengar kicauan burung dan kadang-kadang ternampak budak-budak berlarian di belakang library.


Kat belakang tempat duduk memang tak kemas langsung. Entah bila nak dikemaskan betul-betul. Payung yang tersangkut tu untuk emergency, sekarang niasyik hujan ribut sebelah petang. Nak tahu usia payung tu tak? Kalau taknak tahu pun kakchik nak bagitau juga. Tahun ni usianya dah masuk 23 tahun. Inilah payung terakhir peninggalan kedai runcit Ummi kakchik yang ditutup pada tahun 1986. Warna asal royal blue dah pudar sesangat. Kakchik sayang sangat payung tu.


Kat tepi kabinet besi tu ada 2 botol racun serangga. Memang perlu ada sebab kadang-kadang ada juga semut, lipas dan nyamuk masuk dalam pejabat. Sejuk macam ni pun diorang boleh duduk.


Kat bawah meja, ada sekotak majalah 'haven' dan Mingguan Wanita, koleksi peribadi yang kakchik dah lama tak belek. Tujuan masukkan dalam kotak tu ingat nak bawa balik rumah tapi dah bertahun dia kat situ. Malas nak bawa balik sebab takde tempat nak simpan. Tunggu rumah baru siaplah.


Sebelah kanan tempat duduk, ialah rak buku, stor alatulis dan pelbagai fail kerja. Dah berapa kali dikemaskan tapi masih juga berterabur.


Kat satu sudut rak buku tu kakchik letakkan benda-benda ni.


Ini pula workstation kakchik yang dah jarang-jarang kakchik guna. Lebih banyak buat kerja guna laptop sendiri. Bila nak mencetak je baru guna yang ini. Bukan apa, kelajuannya terhad, ruang simpanan pun makin kecil dan selalu sangat dia hang. Kerusi jadi tempat sangkut kain sembahyang dan sejadah.


Di depan pintu masuk pejabat, ialah meja kerja berkaitan majalah bulanan yang dilanggan. Stesyen majalah bulan lepas.


Di kaki meja kerja tu ialah majalah-majalah langganan tahun ini yang kakchik dah atur mengikut tajuk masing-masing.


Bila dah cukup 12 keluaran iaitu setahun, kakchik susun kat sini sebelum dihantar jilid. Yang ni ialah majalah tahun lepas, sedang menanti giliran ke kedai jilid.


Kat sudut ini pula ialah stor barang-barang dan palbagai alatan yang kami gunakan jika ada sebarang aktiviti atau program besar.


Sekali tengok macam SOHO je dalam pejabat kakchik ni.


Agaknya inilah pandangan tetamu yang duduk di depan kakchik.


Isyk... bilalah nak betul-betul kemas ni?


Dah... masa rehat dah tamat. Jom sambung kerja.

26.10.09

Mencari batik di Nordin Batik

12 comments
Assalamualaikum semua dan selamat petang. Kejap lagi dah nak balik keje tapi nak juga update sikit.

Pagi semalam kakchik ke Nordin Batik, satu gedung batik kepunyaan Tuan Haji Nordin yang terletak di Kampung Palog Pintu Geng, Kota Bharu. Ini ialah antara syarikat pengeluar batik yang sangat terkenal di Kelantan.

Dah tak sempat dah nak tulis panjang-panjang.

Jom tengok apa yang kakchik beli semalam.


Kaftan hijau - jatuh cinta pandang pertama. Bila dicuba pakai, memang sesuai dengan badan, terus je beli. Tapi dapat murah sikit sebab diorang sedang SALE.


Kaftah biru inipun kakchik beli juga sebab dah tahu kalau bawa balik yang hijau mesti adik atau kakak pun nak juga. Terbukti, sampai di rumah semua pun nak... yang ni La yang beli.


Ini pula RM320 sepasang, batik sutera Jackquard pilihan kakchik untuk seorang teman. Dapat diskaun ni... jadi RM250 sepasang. Kakchik belikan yang sebelah kiri tu untuk dia.

Lepas keje ni nak ke sana sekali lagi. Masih ada pesanan...

Sale masih ada beberapa hari lagi

10 comments
Assalamualaikum dan salam pagi ceria untuk semua...

Pagi-pagi ni sejuk betul dok dalam pejabat ni. Sekarang ni kakchik tengah edit Job Description staf-staf Zahra' untuk tahun depan. Esok nak mesyuarat bulanan jadi bolehlah serahkan kepada setiap orang staf. Lama juga kakchik nak siapkan keje menyiapkan JD ni. Walaupun kami cuma ada 6 orang tapi kalau satu orang je nak kena fikirkan benda ni, sakit otak jugakan. Lagipun setiap terma tugas nak kena menepati bidang kerja di samping nak berlaku adil dengan semua orang. Beginilah kami yang bekerja di organisasi yang kecil ni. Memang kena ada tugas yang semua orang kena pikul tak mengira jawatan. Lagipun kami dah seperti keluarga.

Tapi, itu bukan cerita yang nak kakchik kongsikan pagi ni.

Cerita sebenar ialah pasal JUALAN PENGHABISAN STOK yang sedang berjalan di MARIBACA BOOKSTORE, kedai buku kakchik tu. Tempoh sale akan berakhir pada hujung bulan ni, jadi kalau ada sesiapa yang tinggal di sekitar KB tu bolehlah singgah kot-kot ada buku-buku yang boleh meningkatkan minat membaca seisi keluarga terutama anak-anak. Jemputlah singgah di kedai kakchik.

Petanya ada kat bawah ni.

Klik untuk imej lebih jelas.

Kami tawarkan DISKAUN 15% hingga 60% untuk semua item. RUGI la kalau tak ambil peluang ni. Kalau ada anak-anak di usia remaja ke bawah tu, singgahlah... PENJIMATAN UNTUK WANG ANDA, hehe.

Kalau ada yang suka membaca NOVEL kami juga ada khidmat SEWA NOVEL untuk tempoh 2 minggu untuk sebuah novel. Tapi pelanggan boleh menyewa lebih dari satu novel mengikut syarat-syarat yang ada di MariBaca. Setakat ni kami dah ada beberapa orang penyewa tetap novel yang akan datang menukar novel baru setiap dua hari sekali terutama beberapa orang doktor yang mempunyai klinik berhampiran dan juga dari HUSM. Kata diorang, sambil tunggu pesakit bolehlah mereka mengisi masa dengan membaca novel. Kan bagus macam tu...

Entah macamana nanti kalau kami jadi berpindah ke lokasi baru? Yang paling kakchik fikirkan ialah pelanggan tetap dan juga para penggemar novel ni. Tentu sukar sikit untuk mereka ke kedai kalau lokasi dipindahkan. Hmm... kena fikir elok-elok ni. Mungkin kami kekal aje di premis sekarang tapi fokus kepada SEWA BUKU dan fotostat aje. Di premis baru boleh fokuskan kepada buku kanak-kanak dan aktiviti untuk mereka. Kawan-kawan ada idea tak?

Kejap lagi ada sahabat blogger nak datang. Kami dah jadi rakan kongsi untuk bisnes ABAYA kakchik. InsyaAllah order pertama telah pun kakchik buat kepada pembekal di Dubai dan kami sudah pun mempunyai beberapa orang pelanggan yang membuat tempahan. Hari ni kami nak finalise perjanjian perkongsian kami. Doakan usaha kami berjaya!

25.10.09

Kenapa suka sangat dengar cakap orang?

7 comments
Bismillah. Aku mohon perlindungan Allah dari Syaitan yang direjam.

Assalamualaikum wbt.

Teman-teman yang dihormati dan dikasihi kerana Allah, petang ni kakchik nak luahkan sikit satu rasa yang berbuku di hati ni. Perasaan geram terhadap orang-orang yang suka sangat mendengar sesuatu cerita bukan dari sumbernya tapi dari mulut-mulut orang lain yang juga tidak mendapat maklumat yang tepat.

Kakchik tahu, diri kakchik ini tidak sempurna, terlalu banyak kelemahan yang amat memerlukan perubahan kepada yang lebih positif. Dalam ketidaksempurnaan ini kakchik sudah tentu pernah membuatkan orang lain merasa marah, benci, dengki, sakit hati, curiga, gembira, bahagia dan macam-macam lagi bergantung kepada persepsi masing-masing.

Apa yang kakchik tahu dengan yakin ialah kakchik ini suka berkongsi kegembiraan dengan orang lain (di sini atau di alam nyata) tapi perkongsian kesedihan yang banyaknya ialah di sini.

Sebagai seorang Islam, kakchik cuba mengamalkan dengan sebaik mungkin nilai-nilai akhlak Islam yang telah lama kakchik pelajari contohnya cara bercakap dengan orang, cara bersahabat, cara berhujah jika ada perselisihan faham, cara menyimpan rahsia dan sebagainya. Bagi kakchik lebih baik berkawan daripada tiada kawan atau bermusuh. Tapi kadang-kadang kakchik juga bercakap kasar, maafkan kakchik.

Beberapa bulan lepas, kami (kakchik & cik abe) ditimpa ujian dan kami berjaya melaluinya dengan tenang, tabah. Dari peristiwa itu kami semakin rapat dan bahagia. Kakchik secara peribadi telah memaafkan pihak yang menyakiti kami tapi nampaknya hingga ke hari ini masih lagi ada 'soksek-soksek' di belakang kami berkaitan perkara itu. Kakchik perasan, orang berbicara negatif tentang kami kerana peristiwa itu, orang berbicara menyindir dan mengata-ngata akan kami. Yang menyedihkan ialah 'soksek-soksek' ini berlaku di kalangan orang-orang yang pernah rapat dengan kakchik. Kakchik amat terkilan. Terkilan dengan sikap begini - suka bercakap belakang. Hanya seorang sahabat dari kalangan itu yang sudi menelefon dan bertanyakan hal di sebelah kami. Kakchik amat berterima kasih kepadanya dan kakchik pun memang tahu dia tentu tertanya-tanya pasal hal itu.

Sikapnya itu amat kakchik suka. Terus bertanya kepada sumbernya bukan asyik berbisik sesama sendiri, membuat pelbagai andaian. Tidak baiklah macam tu... kakchik ini bukannya orang lain, tapi sahabat kalian juga. Kakchik tidak pernah mahu bersangka buruk dengan orang lain tapi kenapa ada yang suka mencari pasal dengan kakchik. Adakah diri kakchik ni tidak 'approachable'? Kalau ingin tahu tanyalah, apa nak ditakutkan. Kitakan sama-sama di atas perjuangan ini? Kenapa 'soksek-soksek' di belakang? Janganlah biarkan syaitan menyucuk jarum-jarum kesangsian, kebencian atau permusuhan di antara kita.

Isu kami ditimpa kezaliman orang itu, kami sudah mulai lupa. Tapi di kalangan ahli keluarga sudah mula rasa tidak mahu lagi mengambil berat akan hal-hal yang berkait dengan 'masjid'. Cukuplah kami membantu jauh-jauh. Peritnya masih terasa. Entahlah...

Kalau sampai perlu kakchik menziarahi mereka, mungkin kakchik akan pergi sebab sekarang ni kakchik rasa diri sudah tenang. Perasaan ammarah di waktu itu telah tiada. Yang ada hanyalah kasihan.

Buruk sangka, dengki, adu domba, mengumpat, memfitnah, memang lumrah dalam masyarakat Melayu tapi sifat-sifat itulah yang Islam larang daripada berakar umbi di dalam kehidupan kita. Selagi kami yakin kami di pihak yang benar, jalan kami ialah kerana Allah, kami akan teruskan hidup, terus berusaha untuk diri, keluarga, masyarakat dan agama. Dah malas nak ambil tahu pasal orang-orang yang suka dengar cakap orang ini.

Allahu'alam.

Contoh ada di mana-mana, mahu ikut atau tidak

10 comments
Assalamualaikum dan salam kasih sayang kepada semua teman-teman di mana saja anda berada. Semoga kita semua sentiasa berada di atas jalan Allah, hidup penuh keberkatan dengan tubuh badan yang sentiasa sihat. Hari ni kakchik nak berkongsi lagi satu email dari kenalan mengenai 3 kisah rumah tangga yang sesuai benar kita jadikan pedoman dalam hidup kita terutama yang sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Yang masih bujang juga boleh jadikan kisah-kisah ini sebagai teladan dan panduan. Jom baca! Bismillah.
=======================================

Kisah-1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.

1.. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur Dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan..
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan selesa walaupun gajinya kecil jika dinisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang Kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam.. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada ibu bapa dan ibu bapa mertuanya ...
6. Suka menolong orang dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkannya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.

Kisah-2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai, Johor. Pada hari Ahad itu saya sampai di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur. Rashid berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi.. Ini ada kaitan dengan tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba . Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (masalah kena curi dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika Ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja.

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita. Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung untuk mencari keberkatan hidup.

Kisah-3

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini...

Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Si suami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang kesemuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.

Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat, si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa... ". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Subhanallah. ... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki...

Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri...

-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???

Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua...

Sumber: Email

Konsert OPICK - Minat Punya Pasal

0 comments



Orang di Selangor... JANGAN lepaskan peluang ini! Kalaulah kakchik dok dekat sana ketika tu memang nak sangat pergi konsert ni. Kakchik suka sangat lagu-lagu OPICK. Dalam kereta tu selalu jugak pasang CD dia. Yang paling kakchik suka, TAUBAT.


Klik pada imej-imej di atas untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini.

24.10.09

Untuk Suami dan Untuk Isteri

9 comments
Rumahtangga Hilang Perencah Kata



“Assalamualaikum,” sang suami memberi salam tatkala menjengah di muka pintu usai pulang daripada kerja.

“Waalaikum al-salaam. Abang tolong petik suis kipas tu,” jawab si isteri yang sedang membedakkan anaknya.

Wajah suami menjadi kelat.

Suis dipetik, tetapi cerianya di muka pintu tadi terbang melayang.

“Ina sakit kepalalah. Agaknya sebab kopi yang Ina minum petang tadi. Banyak kafien,” adu sang isteri sambil memicit-micit kepalanya.

“Ayang ada nampak tak butang baju melayu abang? Rasanya semalam abang letak di atas almari ini,” jawab si suami, dengan soalan yang bukan jawapan.

Si isteri bangun dengan air muka yang berubah, sambil teraba-raba mengeluarkan butang baju melayu suami daripada simpanan.

SEMUSIM TELAH BERLALU

Dialog seperti ini tidak melintas kehidupan pasangan yang masih berinai di jari. Tatkala itu, bicaranya panjang-panjang. Selang seminit ada sahaja gurau senda yang memecah tawa. Itu seni berbual di musim bulan madu.

Tetapi selepas masa berlalu, perbualan menjadi semakin ringkas dan isi-isinya lebih banyak bersangkutan dengan rutin harian berbanding butir-butir baru yang menambah warna hubungan antara suami dan isteri. Jika dahulu, had 160 karakter pada SMS itu menambah sulit untuk pesan-pesan dihantar antara dua pasangan yang bercinta, kini 160 karakter itu sering sahaja berbaki. Bukan kerana banyak ringkasan ejaan, tetapi banyak ringkasan pesan.

Ada kalanya perkembangan seperti ini tidak disedari berlaku di antara suami dan isteri. Mereka membiarkan sahaja perbualan sesama mereka hilang kemanisan dan kemesraan. Sebaliknya berasa cukup selesa dengan tercapainya matlamat-matlamat harian, dan tercegah daripada pergaduhan yang kebetulannya sering mencelah hubungan mereka semasa beranak satu dahulu, berbanding sekarang.

Seorang isteri mahu pun suami harus bertanya, apakah isi kandungan kata-kata hariannya kepada pasangan?

Arahan?

Suruhan?

Permintaan?

Larangan?

Kritikan?

MINIT-MINIT PENENTU

Selepas berpisah separuh hari kerana komitmen kerja, memilih perkataan yang betul sebagai pemula bicara di minit-minit awal pertemuan amat penting. Tetapi setelah 12 jam tidak bertemu, dan kalimah yang menyambut pertemuan ialah ‘arahan’ biar pun arahan itu logik, perlu, dan tidak mempunyai apa-apa niat yang tidak baik, ia tetap tabiat yang mampu menghambarkan hubungan perkahwinan.

“Assalamualaikum,” kata suami semasa isteri membuka pintu kereta.

“Waalaikum al-Salaam. Amboi cerianya muka abang. Ada berita baikkah?” jawab si isteri, beserta kenyataan yang memperlihatkan kepekaannya ‘membaca’ suami.

“Oh, tiada apa-apa. Projek abang dah siap. Berita baiknya, balik ke rumah hari ini dengan kepala kosong. Tenang” balas suami. Bijak mewujudkan ‘berita baik’ walaupun mungkin tidak terfikir mengenainya untuk dikongsi bersama isteri semasa terperangkap di kesesakan jalan raya tadi.

“Baguslah. Tidaklah nanti mengigau-ngigau di malam hari. Abang kalau runsingkan sesuatu sampai bercakap dalam tidur, tau” tambah si isteri.

Perbualan itu berterusan dan ia amat berkesan dalam menghilangkan rasa letih bekerja sepanjang hari kedua-duanya. Si suami biar pun sudah 10 tahun berumahtangga, sering mahu bersegera bertemu dengan isteri kerana yakin bakal terhibur dengan celoteh yang menenangkan diri setelah diasak bebanan tugas semenjak pagi. Isteri juga tersenyum-senyum berdiri di bawah redup bumbung pejabat kerana perbualan semalam bersama suami terasa bagai mahu disambung lagi.

DIALOG PEROSAK

Berbeza sekali kesan perbualan pasangan berikut ini:

“Assalamualaikum. Lama tunggu?” tanya suami kepada isteri setelah tiba lewat sedikit akibat traffic jam.

“Wa ‘alaikum al-Salam. Biasa aje. Abang jom pergi kedai sekejap. Tadi bibik sms, katanya sabun mandi anak sudah habis,” jawab isteri, beserta ‘permintaan’.

“Ok,” jawab suami, benar-benar ringkas.

“Letih betullah di tempat kerja tadi. Minggu depan ada pemeriksaan ISO. Habis semua orang dikerah bos supaya menyediakan laporan. Rasa bengkak tangan ini dibuatnya,” kata isteri sambil menunjukkan tangannya.

Suami hanya menjeling di hujung mata.

“Jadi minggu depan, you balik kerja lewatlah ya?” tanya suami.

Soalannya langsung tidak mempunyai sebarang indikasi yang menunjukkan kepeduliannya terhadap bengkak tangan si isteri.

“Agaknya” balas isteri.

Suami terus memerhatikan trafik.

Isteri pula merenung jauh ke luar tingkap.

Hanya hilai tawa DJ radio sahaja yang memecah hening sepi di dalam kereta.

Kedua-duanya sedang membunuh kasih sayang mereka tanpa sedar, tatkala bicara masing-masing gersang dari sebarang emosi dan usaha yang bisa menyuburkan cinta. Mereka tidak bergaduh, tetapi menyediakan tapak untuk perang dingin yang membingungkan.

RAFAS DAN JANGAN RAFAS

Pernahkah kita terfikir mengapa di dalam suasana-suasana tertentu, kita dilarang daripada mengungkapkan kata-kata atau melakukan sebarang perbuatan yang dikategorikan sebagai rafas di dalam al-Quran dan al-Sunnah? Bagi mereka yang berada di dalam ihram, atau yang sedang berpuasa khususnya di bulan Ramadhan, larangan terhadap unsur rafas itu diulang berkali-kali.

Rafas ini adalah perkataan atau perbuatan yang bersangkut paut dengan seks, bermula daripada cakap-cakap dan tindak tanduk hinggalah membawa kepada menggauli pasangan.

Jika negatif ia bernama lucah.

Jika positif ia bermaksud intim.

Kedua-duanya harus dielak tatkala sedang berihram atau berpuasa kerana kondisi masing-masing yang sedang ‘terbatas’.

Tetapi ketika suami dan isteri tidak berihram mahu pun berpuasa, ‘berrafaslah’ kamu antara satu sama lain!

Ia tidak sama sekali bermaksud melucahkan perkataan atau perbuatan. Tetapi apa yang diperlukan dalam hubungan suami isteri adalah kata-kata dan perbuatan yang intim serta menerbitkan rasa cinta.

HAMBAR DAN HILANG ‘SENSE OF HUMOR’

Seandainya suami yang balik bekerja, mengajak isteri berbual tentang pandangannya berkaitan dengan perkembangan Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur, atau gosip ekonomi di saluran Bloomberg, di manakah saluran untuk terbitnya rasa cinta dan mesra antara pasangan berkenaan?

Mungkin pandangan ini lebih perlu ditegaskan kepada pasangan-pasangan yang bertemu jodoh di medan dakwah. Kita pasti, ramai daripada kalangan aktivis dakwah yang berkahwin adalah di atas faktor-faktor yang tinggi, dan bukan didorong oleh kecantikan isteri, atau ketampanan suami.

Tetapi, biar pun perkahwinan itu bukan kerana kecantikan, janganlah sampai sang suami langsung tidak pernah menghargai kecantikan isteri.

“Abang, cantik tak baju raya saya ni?” tanya si isteri yang baru membeli baju raya dengan warna sedondon baju raya suami yang telah ditempah lebih awal.

“Hmm…” jawab si suami, langsung tidak menampakkan sebarang emosi.

Lebih teruk lagi, jika usaha isteri untuk berhias, diperlekeh pula oleh si suami.

“Ok la, berbanding dengan nangka berbalut kain batik di pokok tu!” kata suami.

Aduh, hancur hati isteri mendengarnya.

Sama jugalah dengan sang isteri. Andaikata perkahwinan yang dibina tiada kena mengena dengan soal paras rupa sekali pun, berilah galakan kepada suami untuk berhias. Tidaklah sampai bersolek pula, tetapi cukuplah dengan memakai pakaian yang kemas, rambut bersikat, janggut dikemaskan, bulu ketiak dan kuku dipotong, serta tubuh badannya diberi galakan agar maintain dan tidak terlalu membesar.

TELADAN NABAWI

Pernah di suatu ketika, terdapat sebuah kisah yang disampaikan oleh ‘Abbas al-’Aqad di dalam ‘Abqariah al-Siddiq berkenaan dengan sebuah syair yang telah dihafal oleh ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha. Syair berkenaan dipelajari oleh ‘Aisyah daripada bapanya Abu Bakr al-Siddiq radhiyalaahu ‘anhu.

“Suatu hari ketika cuaca begitu panas terik, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam memperbaiki kasut baginda. Di dahi baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengalir peluh hingga ke pipi. Ketika itu ‘Aisyah mampir dan memerhatikan baginda dari dekat, seolah-olah beliau teringatkan sesuatu.

Lalu Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bertanya, “Apakah hal yang menyebabkan engkau tercengang?”

‘Aisyah menjawab, “Diriku merenung wajahmu, dan keringat yang mengalir itu menerbitkan kilauan yang menakjubkan diriku. Sekiranya Abu Kabir al-Hazli melihatmu, pastilah dia tahu bahawa engkaulah orang yang paling berhak ke akan syairnya.”

Baginda bertanya lagi, “apakah yang dia katakan?”

‘Aisyah menjawab dengan lantunan syair:

Tidak berbekas padanya (kebudak-budakan) susuan ibu atau sakit yang melarat
Jika engkau memandang kepada wajahnya yang berseri-seri
Bercahaya bagaikan kilatan petir yang menyambar

Baginda Rasulullah sallallaahu tatkala mendengar syair itu melepaskan apa yang ada di tangan Baginda, bangun lalu mencium dahi ‘Aisyah dan berkata, “kemanisan apa yang telah engkau ungkapkan, adalah lebih mengujakan berbanding pandangan peluhku berbekas kepada dirimu!” [Lihat juga Rahmat-ul-lil-Aalameen: jilid 2, ms. 153]

Catatan itu begitu indah pada menggambarkan keintiman hubungan di antara Uswah Hasanah kita dengan isterinya. Bagaimana ‘Aisyah menggunakan kuasa kata-kata syair yang indah untuk memuji suaminya yang kepenatan bekerja, manakala suami pula menunjukkan penghargaan tertinggi kepada usaha itu lantas membalasnya dengan ciuman mesra di kening sang isteri.

Tidak hairanlah pada titis peluh pun boleh ada sinar cinta!

Keindahan Rumahtangga Nabawi itu bukan dicampakkan Allah daripada Syurga tanpa harga. Ia datang bersama usaha Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan isteri baginda pada menimbulkan perasaan cinta dan kasih sayang yang membawa ke Jannah.

Justeru bagi para suami dan isteri yang sudah masuk sedekad mengharung kehidupan, hitungkanlah kata-kata dan perbuatan seharianmu. Apakah ia baja menyubur cinta, atau bahang kemarau gersang.

Bertindak sebelum terlambat.

Mencegah lebih indah daripada mengubat.

Hambar kata mendingin rasa, perang tanpa berkasar suara, sebelum tiba malang dan petaka, beringat-ingatlah meniti usia.

Artikel oleh: ABU SAIF @ www.saifulislam.com

23.10.09

"Callin' U" by Outlandish

0 comments
"Callin' U"


I'm callin' U
When all my goals, my very soul
Ain't fallin' through
I'm in need of U
The trust in my faith
My tears and my ways is drowning so
I cannot always show it
But don't doubt my love

I'm callin' U
With all my time and all my fights
In search for the truth
Tryin' to reach U

See the worth of my sweat
My house and my bed
Am lost in sleep
I will not be false in who I am
As long as I breathe

Oh, no, no
I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
My One & Only

I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
U all I need in my life

I'm callin' U
When all my joy
And all my love is feelin' good
Cuz it's due to U

See the time of my life
My days and my nights
Oh, it's alright
Cuz at the end of the day
I still got enough for me and my

I'm callin' U
When all my keys
And all my bizz
Runs all so smooth
I'm thankin' U
See the halves in my life
My patience, my wife
With all that I know
Oh, take no more than I deserve
Still need to learn more

Oh, no, no
I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
My One & Only

I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
U all I need in my life

Our relationship, so complex
Found U while I was headed straight for hell in quest
You have no one to compare to
'Cause when I lie to myself nothings hidden from U
I guess I'm thankful
Word on the street is U changed me
It shows in my behaviour
Past present future
Lay it all out
Found my call in your house
And let the whole world know what this love is about

Yo te quiero, te extraño, te olvido
Aunque nunca me has faltado, siempre estas conmigo
Por las veces que he fallado y las heridas tan profundas
Mejor tarde que nunca para pedirte mil disculpas
Estoy gritando callado yo te llamo, te escucho, lo intento
De ti yo me alimento
Cuando el aire que respiro es violento y turbulento
Yo te olvido, te llamo, te siento

[Translation:]
I love you, I miss you, I forget you
Even though you never let me down and always are by my side
For all the times I've failed and hurt you deeply
Better later than never to give you a 1000 apologies
I'm shouting silently, callin' you, I'm listening to you, I'm tryin'
You nourish me
When the air that I breathe is violent and turbulent
I'm forgettin' you, I'm callin' you, I'm feelin' you

Oh, no, no
I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
My One & Only

I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U...

===============================
KakChik - I love listening to this song from Outlandish. It's quite close to me especially when I'm in a sad mood. Thanks for Sayyidah Nafisah for the lyrics and then I search through YouTube for the video. Video credit goes to koukoupc

22.10.09

Khusyuknya dia...

4 comments

Assalamualaikum.

Hari ni kakchik sekadar nak kongsikan satu video yang mengagumkan. Seronoknya ibu-ibu yang mengandung dan melahirkan jika anak comelnya sentiasa begini.

Teringin sekali untuk mempunyai zurait sendiri dan beginilah harapannya untuk melihat anak comel membesar dalam suasana ayat-ayat al-Qur'an.

Bertuah ibu bapa kalau mampu menyediakan suasana kehidupan dan persekitaran anak-anak yang telinganya saban hari mendengar ayat-ayat al-Qu'an.

Al-Qu'ran yang dibaca siang dan malam oleh ayah dan ibu, anak yang melihat akan jadi sebati dengan keenakan mendengar bacaan tersebut walaupun suara si pembacanya bukanlah semerdu qari atau qariah terkenal.

Kita masih belum terlambat untuk memberikan kelebihan ini kepada anak-anak kita.

21.10.09

Salahkah wanita bekerja?

10 comments
WANITA DILARANG BEKERJA, MELAINKAN ...
Ditulis oleh Ustaz Zahazan di www.zahazan.net
Jumaat, 09 Oktober 2009 10:45

Apakah hukum bekerja bagi seseorang perempuan? Sekiranya ia dibenarkan, tolong jelaskan adab lain yang perlu diamalkan bukan saja oleh wanita, tetapi seorang lelaki Muslim kepada wanita yang bukan muhrimnya.
Hamba Allah, Putrajaya

Hukum bekerja bagi seseorang perempuan adalah harus. Berkaitan dengan perkara ini, Sayyid Qutb membuat satu ulasan yang menarik berkaitan dengan peristiwa pertemuan Nabi Musa a.s dengan dua orang anak perempuan hamba yang salih di Madyan. Sesetengah pandangan mengatakan ia adalah Nabi Syuib a.s.

Firman Allah dalam ayat ke 23 surah al-Qasas :
Dan ketika dia sampai di telaga air negeri Madyan, ia dapati di situ sekumpulan orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan ia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan kambing-kambingnya. Dia bertanya: "Apa hal kamu berdua?" Mereka menjawab: "Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya". Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan". Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata:" Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami". Maka ketika Musa datang mendapatkannya dan menceritakan kepadanya kisah-kisah kejadian yang berlaku (mengenai dirinya) berkatalah orang tua itu kepadanya: "Janganlah engkau bimbang, engkau telah selamat dari kaum yang zalim itu ".

Kata Sayyid Qutb, syarat pertama membenarkan wanita bekerja apabila keadaan ekonomi menuntutnya. Pada waktu itu, dia terpaksa keluar untuk memenuhi tuntutan mencari rezki. Ini dapat kita lihat pada frasa ayah kami sudah terlalu tua.

Perkara yang kedua ialah jangan ada percampuran bebas yang berlaku antara lelaki dan perempuan. Perkara ini dapat kita lihat menerusi gambaran ayat "Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing”

Syarat yang ketiga pula ialah kewajipannya memelihara diri & kehormatan. Ini disebut jelas dalam ayat “Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu..” Seseorang wanita yang bekerja wajib menjaga maruah diri agar jangan menjadi wanita murahan mudah bergelak ketawa dengan lelaki-lelaki lain yang merupakan rakan sepejabat. Malah dia dengan mudah menawarkan diri keluar bersama berdua-duaan untuk makan tengahari dan sebagainya.

Ringkasnya, seseorang wanita yang beriman hendaklah memelihara dirinya dari menjadi alat hiburan yang mengasyikkan lelaki-lelaki liar. Allah s.w.t mengajar kaum muslimah agar menjaga diri seperti firmanNya dalam ayat 31 ke surah an-Nur:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Merujuk soalan yang kedua pula, lazimnya masyarakat Melayu menggunakan perkataan muhrim yang merujuk kepada golongan yang haram dikahwini. Sebenarnya perkataan yang tepat adalah mahram. Muhrim adalah bermaksud dalam bahasa Arab sebagai orang yang berihram. Ajnabi pula adalah seseorang lelaki yang asing, yang bukan mahram contohnya jiran, rakan sepejabat dan lain-lain. Ajnabiyyah pula adalah seseorang perempuan yang bukan mahram bagi seseorang lelaki contohnya pembantu rumah wanita, pekerja di pejabat dan lain-lain.

Intipati larangan Islam kepada kedua golongan lelaki dan perempuan adalah jangan berdua-duaan dalam satu suasana yang boleh mengundang curiga kepada pihak lain. Dalam banyak hadis yang sahih contohnya seperti yang diriwayatkan oleh al-Bazzar Nabi menjelaskan, tidak akan berdua-duaan seorang lelaki dengan perempuan melainkan syaitan akan jadi yang ketiga.

Selain itu seseorang lelaki juga diharamkan bermusafir bersama seseorang wanita bukan mahram melainkan jika ada lelaki yang merupakan mahram wanita itu. Seorang lelaki juga diharamkan menceritakan urusan peribadinya atau masalah peribadinya kepada seseorang wanita ajnabiyyah (begitu juga sebaliknya).

Imam Nawawi menjelaskan dalam kitab al-Majmuk, maslahat atau kebaikan yang terdapat dalam pemeliharaan hubungan ini adalah demi kepentingan nasab dan keturunan.

Apabila kita melihat masyarakat barat sebagai contohnya yang amat fleksibel dalam hubungan tersebut hingga menatijahkan lebih 80% kelahiran adalah dari pasangan yang tidak dapat dikenal pasti.

Amat benar kata-kata ulama Islam, contohnya Ibnul Qayyim apabila beliau berkata, pensyariatan undang-undang dalam Islam ini semuanya merupakan keadilan dan kebaikan secara mutlak. Justeru menegakkannya menyebabkan kehidupan menjadi teratur dan selamat dari persengketaan.Wallahu a'lam


NOTA:

- membaca soal-jawab ini memberi kesan mendalam kepada kakchik.
- satu peringatan agar sentiasa menjaga muamalah/perhubungan antara lelaki dan perempuan dalam urusan seharian.
- agama adalah untuk memudahkan hidup kita bukan untuk menyusahkan
- agama menjaga maruah dan keperibadian kita
- agama menolong kita menjauhi dosa
- dalam berinternet pun sama juga aplikasinya
- semoga kita dapat mencontohi akhlak dan perilaku wanita-wanita Islam yang terakam kisah mereka di dalam hadis dan al-Qur'an.

20.10.09

Hidup Berhutang, Meletihkan

6 comments
Sedang membaca buku ini hingga tak sempat nak kemaskini blog Keluargaku Sayang. Memang buku yang sangat perlu dibaca. Rasanya takde orang yang tak pernah berhutang kan.

Kakchik pun sama juga. Masih ada hutang-hutang belum selesai dibayar terutama dengan pembekal-pembekal buku. Membebankan sekali hidup dengan ada hutang ni. Kalau boleh mahu saja hari ni dibayar semuanya. Tapi... manalah ada duit.

Beruntungnya orang-orang yang tidak pernah berhutang, tiada hutang dan telah selesai membayar hutang. Tentu hidupnya lebih tenang dan selesa.

Bagi kita yang masih ada hutang ni, kena berusaha lebih untuk membayarnya. MALU sungguh kepada para pemberi hutang sebab tidak berjaya melangsaikan hutang-hutang yang ada.

Kakchik takut sungguh kalau mati dalam keadaan berhutang sebab orang yang mati meninggalkan hutang akan dibalas di akhirat kelak. Minta dijauhkan Allah.

Walau apa sekalipun kakchik akan bayar setiap hutang yang ada. Semua ini turut membabitkan maruah diri dan kepercayaan orang terhadap kita.

Kakchik, Chaiyyok!

19.10.09

Maybankard Visa Debit

22 comments
Assalamualaikum.



Kakchik nak tahu ada tak di kalangan teman-teman blogger atau para pembaca sekalian yang biasa menggunakan PayPal? Maksud kakchik, mempunyai akaun PayPal untuk transaksi kewangan sama ada untuk membuat pembelian atau pembayaran. Kakchik ada akaun PayPal tapi sebab tak ada kad kredit, akaun tu tak boleh 'verify' lagi.

Dan hari ni kakchik ada terbaca maklumat mengenai Maybankard Visa Debit (MVD). Mungkin kebanyaka dari kita ada kad ini. Tapi kakchik ni tak tahu sangat fungsinya hinggalah terbaca artikel di sini. Jakun juga kakchik ni. Dah berbulan pakai MVD tapi tak pernah pula nak cek kelebihan atau kekurangannya.




Yang sebenarnya kakchik amat bersyukur kalau MVD ni boleh 'verify' PayPal sebab sudah beberapa kali pelanggan luar negara menghadapi masalah untuk membuat pembayaran kepada kakchik sama ada untuk buku, tudung atau abaya.


Berdasarkan perbincangan di ruangan komen di dalam artikel tersebut, MVD sudah boleh 'verify' akaun PayPal. Boleh tak di kalangan teman-teman berkongsi testimonial kalau pernah menggunakan cara ni atau pernah dengar pengalaman orang lain. Tolong ya.

Berdasarkan laman web Maybank, inilah maklumat yang diberikan mengenai MVD:
Maybankard Visa Debit
A card that lets you withdraw cash at ATMs and make direct debit purchases at merchant locations displaying the Visa logo.

Annual fee: Free
Minimum annual income: Nil

Benefits
* Shop at over 29 million VISA merchant locations worldwide
* Use it to pay bills or transfer money
* Use it as your ATM card to withdraw cash locally and overseas
* Earn 1 TreatsPoints for every RM3 spent and enjoy privileges when you shop
* Set your own purchase limit up to RM5,000
* No income requirement for application, no finance and late charges or annual fees
* Online statement through www.maybank2u.com
* Peace of mind with smart chip security

Who can apply?
* Maybank savings/current accountholders aged 18 and above

How to apply
  1. Visit your nearest Maybank branch.
  2. Fill up the application form and choose Maybankard Visa Debit when you open a savings or current account.
  3. Existing savings and current account customers can apply for a Maybankard Visa Debit immediately.

Fees & charges
Card issuance
Opening new account: Free
Annual service fee: Free
Card replacement due to faulty chip: Free
Renewal (after 7 years expiry date): Free
Conversion from Maybankard Bankcard to Maybankard Visa Debit: RM12
Replacement due to lost/stolen/damaged card, forgotten PIN: RM12

Transaction fee
First four (4) cash withdrawals in a month at any Maybank ATM: Free
Fifth withdrawal and above in a month*: RM0.50 per withdrawal**
Cash withdrawal at other domestic banks' ATMs: RM1 per withdrawal**
Cash withdrawal at international banks' ATM via PLUS platform: RM12 per withdrawal
Non-cash ATM transactions such as e-balance enquiry, fund transfer to any Maybank account, local cheque deposit, cash deposit, etc: Free
Retail purchase at merchants/retailers: Free
Penalty fee on overdrawn account: RM10

* Fee waived if you have a balance of above RM5,000 at time of withdrawal.
** Charge will be debited directly from your account at the end of each transaction.

Hari tu masa kakchik nak mohon MVD ni memang cepat juga prosesnya. Hanya perlu bawa Maybankard yang kuning tu, isikan borang mohon MVD dan bayar RM12. Dalam beberapa minit, kad sudah siap dan boleh digunakan. Tak ingat dah bulan berapa kakchik buat permohonan ni tapi sehingga ke hari ni kakchik hanya guna untuk 'withdraw' duit je. Memang pemalas betul nak korek maklumat kan!

Jadi, kakchik harap ada yang nak berkongsi maklumat atau pengalaman mengenai MVD dengan kakchik. Tolooooog ya.
=====================================
Kemaskini jam 10.54pagi - Kakchik dah berjaya 'verify' akaun PayPal menggunakan MVD kakchik. InsyaAllah selepas ni mudahlah pelanggan luar negara membuat pembayaran.
Related Posts with Thumbnails